Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Jenazah Pelajar Malaysia Meninggal Selepas Kemalangan Di Mesir Dibawa Pulang

Posted: 17 Jun 2014 01:18 AM PDT


Seorang pelajar Malaysia di Mesir, Ummi Nadiah Filzah Daud, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua minggu lepas, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti Iskandariah kelmarin.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata berdasarkan laporan awal, Allahyarham Ummi Nadiah Filzah meninggal pada jam 8 malam (waktu tempatan) akibat kecederaan teruk pada paru-paru.

Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari bersama pegawai-pegawai Kedutaan kini berada di Iskandariah membantu urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia atas permintaan ibu bapa Allahyarham.

Kenyataan itu menjelaskan ibu bapa itu mahukan Allahyarham dikebumikan di Bandar Tasik Putri, Rawang, Selangor.

"Kementerian menyampaikan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga Ummi Nadiah Filzah," kata Wisma Putra.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku bila van yang membawa Ummi Nadiah Filzah dan rakan-rakannya - semuanya pelajar Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah melanggar bahagian belakang sebuah lori lalu terbabas.

Pelajar-pelajar itu tercampak keluar van. Lima pelajar lain cedera, dan pemandu terselamat.

Pelajar itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Borg El Arab untuk pulang bercuti semestar di Malaysia. - Bernama

Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Malaysia Meninggal Dunia


Ummi Nadiah Filzah Binti Daud pelajar Malaysia di Mesir meninggal dunia.

Menerusi laman facebook Media Perubatan, dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang pelajar Malaysia iaitu Ummi Nadiah yang kritikal akibat kemalangan sejak 4 Jun 2014 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 Jun 2014 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir.

Terdahulu, Allahyarhamah Ummi Nadiah Filzah Daud Ummi Nadiah bersama lima rakannya yang juga penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah terlibat dalam kemalangan ketika menaiki sebuah van menuju lapangan terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air.

Van yang dinaiki mereka dikatakan terlanggar sebuah lori sebelum kesemua penuntut berkenaan tercampak di Tasik Mesir.

Gambar Dalam Kenangan Ummi Nadiah Filzah Daud


Kronologi Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Malaysia Meninggal Dunia

4 Jun 2013: Satu kemalangan melibatkan 6 penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah berlaku pada jam 8.30 malam ketika van yang dinaiki mereka telah melanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air. Susulan itu, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Salamah untuk rawatan lanjut. 2 daripada mereka hanya mengalami cedera ringan dan dibenarkan pulang.

6 Jun 2014: Senarai 4 Mangsa masih dalam rawatan manakala 2 lagi telah dibenarkan pulang

* Siti Nurul Aisyah bt Zahari telah selesai menjalani pembedahan tangan di Hospital Pakar Tulang Nariman.
* Fatin Inani bt Mohd Noh berada di Hospital Nur Islam,Camp Caesar telah selesai pembedahan plastik di bahagian muka dan rahang.
* Ummi Nadiah Filzah bt Daud masih belum sedar sepenuhnya berada di wad ICU Hospital Salamah, Azarita.
* Siti Shahirah bt Abdul Jalil kini berada di ICU Hospital AlMiri sekarang dalam keadaan stabil dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.

9 Jun 2014

* Siti Shahirah binti Ab Jalil telah dipindahkan ke Hospital Nur islam bagi menjalani pembedahan rahang.
* Ummi Nadiah Filzah binti Daud pula telah dipindahkan ke Hospital Miri Iskandariah, Mesir.

11 Jun 2014: Penderma darah diperlukan untuk salah seorang mangsa kemalangan, Ummi Nadiah Filzah bt Daud.

15 Jun 2014: Ummi Nadiah Filzah binti Daud dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir.


Sumber: Pelajar Malaysia Di Mesir Kemalangan Meninggal Dunia / melvister.com










IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



[VIDEO] Luahan Hati Waris & Ahli Keluarga MH370 Setelah 100 Hari

Posted: 16 Jun 2014 10:22 PM PDT


MH370: 100 hari yang menyakitkan...

MELIHAT raut wajah ceria Iman, anak perempuan sulung kepada pramugara MH370, Hazrin Mohamed Hasnan dan isterinya, Intan Maizura Othaman yang berusia empat tahun ketika melakar kad ucapan hari bapa membuatkan saya benar-benar tersentuh.

Masakan tidak, ketika Iman berlari-lari kecil sambil memegang sekeping kad hari bapa hasil lukisannya - watak orang salji di dalam filem Frozen, Olaf - semua di dalam dewan yang hadir dalam majlis memperingati 100 hari kehilangan MH370 seolah faham, Iman benar-benar merindui papanya.

Dan ayat pertama Intan kepada saya;

"Tidak ada yang lebih berat daripada beratnya menanggung kesakitan kehilangan kapal terbang ini."

Ketika itu saya kelu untuk bertanya apa-apa selain berdoa kepada Tuhan, segeralah berikan jawapan misteri MH370 ini.

Intan saya lihat berpegang dengan keyakinan tidak percaya pesawat yang membawa suaminya yang lebih mesra dipanggil `Rain' itu berakhir atau hilang di Lautan Hindi.

Biarlah usaha pencarian dilakukan seberapa lama sekali pun, namun yang pasti tidak apa dapat mengubah pendirian Intan terhadap pencarian di lokasi itu.

Dia terima ketentuan kehilangan namun bertegas ia tidak mungkin di sana kecuali ada bukti yang boleh mengubah pendiriannya.


"Pada awalnya ia OK tapi makin lama makin sakit kerana kita tidak mendapat jawapan."

"Kita tidak tahu kebenaran dan menunggu dan menanti adalah sesuatu yang sangat menyakitkan, sangatnya dirasa sangat menyakitkan bila hari-hari kita tunggu dan tunggu," ujarnya.

Intan bagaimanapun akur, dia mahu meneruskan kehidupan membesarkan Iman dan anaknya yang baru lahir 19 Mei lalu, Muhammad dengan semangat keluarga yang menjadi sumber kekuatan untuknya.

"Solat dan doa serta semangat keluarga dan orang ramai yang saya kenal dan tidak menjadi sumber kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang

Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit. - al-Isra ayat 85.

Dia (Allah) menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya". - Nahl ayat 8.

Kisah kehilangan Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac.

Pesawat itu masih belum dijumpai walaupun pencarian luas di Laut China Selatan dan selatan Lautan Hindi dilakukan.

Intan juga sebelum ini pernah meluah perasaan di dalam laman media sosial, Instagram.

dan kisahnya memujuk Iman yang bertanya di mana papanya.

Intan yang ditemani adik dan kakak Rain ke majlis itu seolah mahu memberitahu dunia keperitan yang dihadapi ketika menangkis dan mendengar pelbagai spekulasi serta khabar angin yang datang.

"Kalau hendak cerita memang panjang, tidak akan sudah namun semua perlu tahu kita di atas (staf pesawat) akan menumpukan tahap keselamatan sebagai yang utama dalam setiap tugas penerbangan yang diberi," jelasnya.

Majlis selama dua jam itu turut dihadiri isteri penyelia penerbangan MH380, Patrick Francis Gomes, Acquita Gonzales.

Dalam nada sayu Gonzalez berharap MH370 ditemui dan menyatakan banyak perubahan berlaku sejak ketiadaan suaminya di dalam keluarga.

``Hadiah paling besar yang saya harapkan tahun ini adalah kepulangan suami. Dia sumber keceriaan keluarga dan pasti sambutan Krismas tahun ini tidak bermakna tanpa kehadiran Patrick.

``Sebab itu, saya benar-benar mahu dia sebagai hadiah paling bermakna. Sayu apabila melihat cucunya selalu bertanya di mana atuknya,"
katanya.

Harapan Gonzalez dan kira-kira 20 lagi keluarga yang hadir pada majlis itu ialah pihak berkenaan terus mencari walau Kerajaan memainkan peranan dalam mengatasi kebuntuan ahli keluarga berkenaan terhadap misteri MH370.

Diriwayatkan Abi Syaibah di dalam Mushannifnya dan Ath-Thabrani dari hadits Ibnu Umar yang maknanya adalah barangsiapa yang kehilangan sesuatu maka hendaklah dirinya mengambil air sembahyang, solat dua rakaat, duduk dalam tahiyat lalu mengucapkan;

Dengan nama Allah, Wahai Yang Menunjuki yang tersesat dan Yang Mengembalikan yang hilang (maka) kembalikanlah kepadaku (sesuatu) yang hilang (dari) ku dengan keagungan-Mu dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya ia (sesuatu) itu adalah pemberian-Mu dan kurniaMu)."

Dalam pada itu, jauh di sudut hati Jalwati Jalil, isteri kepada pekerja Freescale, Safuan Ramlan yang turut berada di dalam MH370, harapan untuk melihat tanda pesawat itu dapat ditemui kembali tidak pernah lenyap dari benak fikirannya.

Walau pesanan terakhir Safuan yang dia akan pergi dalam tempoh lama sentiasa terngiang-ngiang di ingatannya, Jalwati tidak mahu maksud tempoh lama itu ditakrif sebagai hilang selama-lamanya.

Bagaimanapun dia bersyukur, syarikat suaminya sentiasa memberi bantuan dan tidak meminggirkan kebajikan keluarganya sejak hari pertama kehilangan MH370 diketahui pada 8 Mac lepas.

"Walau selepas tiga bulan wang gaji suami masih tidak dapat disentuh kerana tiada sebarang pengesahan status, saya tidak dipinggirkan Freescale dan syarikat insurans berkenaan.

"Saya berharap MH370 ditemui, walau serpihan, ia sudah cukup merungkai pelbagai persoalan yang hadir," ujarnya.

Usai simbolik akhir majlis 100 hari kehilangan MH370 - melepas belon ke udara - Iman menangis kerana kehilangan belon yang dipegang sejak awal majlis.

Dan dia tahu...dunia terlalu rindukan MH370...
-astroawani










IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



Dua Kisah Yang Mengharukan, Anak-anak.. Bacalah...

Posted: 16 Jun 2014 05:20 PM PDT

Terharu dgn pengorbanan seorang ayah demi pendidikan anak2...

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".

Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.

Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.

Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.".

Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...".

Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.

Satu hari Di Mesin ATM


Sekadar kongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.
Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..
Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.
Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.
Pakcik ada duit lain?
Tak ada nak.
Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.

Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor.

Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.
RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar: Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..
-fb



ULASAN GB

Wahai anak-anak, hargailah jasa ibubapamu. mereka sanggup melakukan apa saja untuk kita dapat belajar dengan sempurna, asalkan kita merasa gembira dan bahagia...

Kisah-kisah di atas menyebabkan GB sendiri turut merasa terharu... kerana lebih kurang demikian juga keadaan ayah GB dulu, malah lebih teruk dari itu... masa itu bukan pasal beli komputer atau masuk duit di ATM... lebih sukar ... seorang penoreh, terpaksa berjalan berbatu-batu mencari sebuah kedai buku, dan beratur panjang-panjang untuk menghantar "telegraphic money order" kepada anaknya ini untuk meneruskan pelajaran.

Belum sempat GB membalas jasanya, Allah telah memanggil ke rahmatNya.. menyebabkan GB terasa terlalu sedih ketika itu... Hanya doa yang mampu dititipkan sebagai membalas pengorbanan mereka disamping aliran airmata setiap kali terkenang jasa dan pengorbanan mereka...

Jangan lupa anak-anak, kita panjatkan doa untuk kedua ibu-bapa kita yang banyak berjasa itu:















IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT