Isnin, 30 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Puasa Paling Singkat Tempohnya di...

Posted: 30 Jun 2014 01:31 AM PDT


Rujuk senarai di atas.

[Senarai] Kopi Seks Antara 129 Produk Dikesan Ada Bahan Terlarang

Posted: 29 Jun 2014 11:17 PM PDT


129 Produk Kesihatan Dikesan Ada Bahan Terlarang

[Bernama] MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan 129 produk kesihatan dan kecantikan yang dikesan mengandungi bahan terlarang termasuk racun terkawal.

Produk tersebut termasuk 357 Nasal Spray, Acai Berry ABC, Atika Beauty Renewal Cream, Bio Dream Gold, Lami, Kopi Pahlawan, Maajun Tenaga Herba-Ubi Jaga, Natasya Krim Herba, Tia Amelia Krim Jaragat dan Tri-Max.

Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata senarai penuh produk berkenaan boleh dilihat di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), www.pharmacy.gov.my.

"Sebanyak 55 peratus daripada produk tersebut adalah kategori makanan, 32 peratus kategori ubat tradisional dan 13 peratus merupakan kosmetik," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) Datuk Seri Prof Dr Saharuddin Awang Yahya.

Beliau berkata produk seperti Candy 193, minuman Catuaba dan Kopi Bagus AAA dikesan mengandungi bahan perangsang seks seperti Tadalafil, Sildenafil, Analog Sildenafil dan Analog Tadalafil yang boleh menyebabkan pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah sehingga ke peringkat berbahaya, strok dan serangan jantung.

Katanya penggunaan racun terkawal Sibutramine yang digunakan untuk rawatan obesiti dalam minuman Slimina Slimming Coffee dan ubat tradisional Phytoshape pula boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Dr Ghazali berkata racun terkawal Tretinoin dan Hydroquinone yang dikesan dalam kandungan produk kosmetik seperti Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya dan RZAC White Pearl boleh mengakibatkan kulit kemerahan, ketidakselesaan dan kulit menjadi hipersensitif.

Beliau berkata bagi ubat tradisonal Penawar Sendi Tulang dan Reepo yang dikesan mengandungi racun terkawal Dexamethasone akan menyebabkan kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Dalam pada itu, katanya sebanyak 435 produk yang mengandungi bahan terlarang membabitkan nilai RM119,828 telah dirampas dalam 223 pemeriksaan rutin dan 42 Ops Sedar yang dijalankan dari Januari hingga 31 Mei lepas di sekitar Melaka.

Saharuddin turut mencadangkan agar hukuman lebih berat termasuk denda yang tinggi perlu dikenakan terhadap penjual dan pengeluar produk berkenaan mengikut Akta Racun 1952. - 26 Jun 2014

Senarai produk yang ditemukan dalam blog:

bahanbahan2bahan3bahan4bahan5bahan6

Sumber gambar di sini.



Unisel Cipta Alat Kesan Babi dalam 1 Minit

Posted: 29 Jun 2014 10:43 PM PDT


Kesan Babi dalam 1 Minit

[Sinar Harian] SETIAP kali ke pasar, perkara utama yang selalu kita fikirkan ialah mahu membeli barangan yang baik sebagai santapan keluarga. Dan sebagai orang Islam, makanan itu seharusnyalah halal.

Namun dalam keadaan di sebuah negara yang lebih 70 peratus produk makanan dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam, tidak dapat tidak, pasti timbul keraguan dari segi status halalnya. Akan tetapi, kita memang tidak ada pilihan. Biarpun sangsi, perut perlu juga diisi.

Dalam keadaan ini, apa yang paling kita boleh harapkan ialah adanya logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Namun timbul pula isu-isu berkaitan logo halal Jakim.

Sudahlah jenuh dengan cerita logo halal palsu, kontroversi demi kontroversi turut mencarikkan keyakinan. Lalu ke mana lagi mahu disandarkan pergantungan?

Langkah Universiti Selangor (Unisel) membangunkan produk kit halal yang berfungsi untuk mengenal pasti bahan tidak halal dan berupaya memberikan keputusan dalam tempoh sesingkat seminit diharap akan membawa kelegaan dan menyelesaikan masalah umat Islam di negara ini, dan mungkin juga di seluruh dunia suatu hari nanti.

Ikuti kupasan lanjut berkaitan alat canggih ini daripada Naib Canselor Unisel, PROF DR ANUAR AHMAD yang disediakan wartawan Sinar Harian, Robiatuladawiyah Abd Rashad, Noor Ainulyakin Mohamad Ishak & Siti Nursyahidah Abu Bakar.

Anda sedang membeli-belah di pasar raya dan terpandang satu produk makanan yang begitu anda inginkan. Namun, mungkin akibat terpengaruh dengan penyebaran maklumat dalam media sosial kononnya produk berkenaan mengandungi unsur haram, anda dibelenggu rasa was-was.

Mengikut nasihat agamawan, apabila timbul rasa was-was, anda perlu jauhi makanan itu.

Akan tetapi dengan adanya teknologi halal kit, situasi anda tidak perlu sampai ke tahap itu.

Ini kerana teknologi yang sedang dibangunkan Universiti Selangor (Unisel) mampu memberikan anda jawapan halal atau tidak sesuatu makanan hanya dalam tempoh seminit.

Sangat cepat dan sangat mudah, bukan?

Dengan adanya teknologi ini, anda juga tidak perlu membawa senarai panjang logo halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk disemak setiap kali mahu membeli sesuatu produk yang mungkin logo-logo itu juga belum sahih keasliannya disebabkan peniruan pada zaman serba canggih ini sangat licik.

Sama ada terdapat logo halal Jakim ataupun tidak, anda boleh periksa sendiri untuk memastikan sesuatu produk itu mengandungi unsur babi ataupun tidak. Malah produk yang tidak ada logo halal sekalipun anda boleh kunyah dan telan tanpa was-was jika mendapati ia bebas daripada unsur haiwan itu.

"Inilah gunanya kit halal yang sedang kita usahakan," kata Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad ketika ditemui di kampus universiti itu di Shah Alam.

Mengenai projek kit halal itu, Anuar menjelaskan bahawa Unisel diberi peruntukan RM1.3 juta untuk membangunkan alat itu dalam tempoh 18 bulan dan dijangka siap pada Disember 2015.

"Alat ini bukan untuk makanan saja tetapi juga kosmetik dan ubat-ubatan," katanya.

Kesan zat babi serendah 0.001 peratus

Kit halal bukan perkara baharu. Sebelum ini, di negara kita sahaja sudah ada beberapa pihak terutama universiti yang cuba memajukan kit halal.

Namun setakat ini, teknologi yang akan dibangunkan Unisel dikenal pasti sebagai yang termaju.

"Kit halal yang ada sebelum ini berfungsi untuk mengesan kandungan DNA babi saja. Ini berbeza dengan apa yang kita akan keluarkan yang mana kit halal Unisel menggunakan teknologi pengesan nano bagi mengetahui kandungan zat babi sekecil 0.001 peratus," kata Anuar.

Sebagai contoh, kandungan perisa dalam makanan atau gelatin yang digunakan pada kapsul, zatnya memang terlalu rendah. Apabila alat pengesan konvensional yang kemampuannya untuk mengesan hanya sekadar lingkungan 20 peratus, ia tidakakan dapat memberi bacaan tepat mengenai kandungan sebenar bahan terlarang dalam produk itu.

Itulah kelebihan kit halal Unisel yang mampu mengesan zat serendah 0.001 peratus iaitu zat paling rendah yang kebiasaannya terkandung dalam makanan, kosmetik atau ubatan dalam pasaran

Bagaimana menggunakannya?

Mudah, sangat mudah! Hanya masukkan sampel ke dalam pengesan, kemudian goncang hingga larut dalam masa 10 saat. Seterusnya uji bahan yang sudah larut itu dengan alat pengesan elektronik pada kit.

Secara automatik, kit akan mengeluarkan cahaya floresen yang akan menentukan kandungan zat babi dalam tempoh seminit!

Siapa yang akan gunakan kit itu?

Kumpulan utama sasaran menggunakan kit halal Unisel ialah penguat kuasa. Selepas itu, baharulah ia diperluaskan kepada orang ramai. Namun alat berkenaan mungkin dikeluarkan dalam versi berbeza antara penguat kuasa dan pengguna.

Berkesankah?

Walaupun kecil bentuknya, kata Anuar, kit halal itu tidak perlu diragui kerana pihaknya melaksanakan mandat Kerajaan Selangor untuk membangunkan teknologi itu dengan penuh amanah dan tanggung jawab.

"Walaupun kecil ia dapat menjimatkan kos berbanding ujian makmal. Oleh itu, jangan ragu-ragu menggunakan alat ini, kerana hasil ujiannya diyakini tepat, setanding dengan hasil ujian makmal yang menelan belanja ribuan ringgit," katanya penuh yakin.


Cabaran mendapatkan komponen

Namun dalam setiap penciptaan, pasti halangan dan cabaran tidak dapat dielakkan. Ia diakui sendiri oleh Anuar yang mana katanya, proses mendapatkan komponen elektronik kit mungkin agak sukar kerana kini ia lebih kecil dan teknologinya berbeza.

"Teori tentang kit ini, memang tidak ada masalah kerana telah selesai, hanya menunggu bajet diumumkan kerajaan negeri untuk membeli komponen elektronik dan pengesan yang dijangka diperoleh Julai ini.

"Saya pernah menghasilkan alat yang hampir serupa sebelum ini. Namun, kebanyakan komponen digunakan ketika itu sudah tidak ada dalam pasaran. Jadi, kita perlu mendapatkan komponen baru yang lebih canggih. Kita juga akan menggunakan teknologi dan kepakaran dari Amerika Syarikat bagi memastikan alat ini mengikut piawaian sebelum dipasarkan," katanya.

Hilangkan rasa waswas

Sebagai pengguna apabila ada alat yang boleh mengesan status halal dengan kadar segera, pastinya sesiapa juga mahu memilikinya bagi mengelak perasaan was-was yang membelenggu diri sebelum ini.

"Walaupun ada logo halal Jakim, ia masih dilihat kurang memberi keyakinan kepada pengguna berikutan banyaknya lambakan logo halal palsu di pasaran. Jadi, jika tidak mahu timbul rasa ragu-ragu, penggunaan kit halal seperti yang dinyatakan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah itu," katanya.

Oleh itu, harapannya, sekiranya kit ini siap kelak, ia bukan saja akan dipasarkan di Selangor dan negeri lain, malah di seluruh dunia agar kelebihannya dapat digunakan sebaiknya oleh umat Islam di mana-mana sahaja.

Bagi Unisel, penghasilan kit itu lebih kepada niat fardu kifayah kepada pengguna Muslim, bukan untuk mengaut keuntungan dan secara tidak langsung, ia juga boleh menjadi nilai tambah kepada kredibiliti Unisel. -ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD, NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK & SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR/30/6/14

Bini Orang Mengaku Tunang Lelaki yang Dicekup Bersamanya

Posted: 29 Jun 2014 10:35 PM PDT

Sekadar hiasan.

[Sinar Harian] ALOR GAJAH - Seorang wanita sanggup mengaku janda dan tunangan kepada lelaki yang dicekup bersamanya ketika Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membuat serbuan di sebuah hotel bajet, di Rembia di sini, kelmarin.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, wanita berusia 33 tahun dan pasangan mudanya berusia 26 tahun itu ditahan ketika serbuan kira-kira jam 11 pagi.

"Wanita itu ditemui berdua-duaan di dalam salah satu bilik di hotel berkenaan selepas pintu dibuka lelaki kira-kira 20 minit diarahkan berbuat demikian.

"Mereka yang berpakaian lengkap mengaku sudab bertunang ketika disoal mengenai status dan hubungan antara mereka," katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, rahsia wanita tersebut isteri orang hanya terbongkar apabila suaminya sendiri datang ke pejabat penguatkuasa Jaim di Bukit Palah, malam kelmarin.

"Suaminya seorang tentera dan mereka yang mempunyai dua anak kini menetap di negeri ini datang ke pejabat kira-kira jam 11 malam.

"Maklumat lelaki berkenaan diambil bagi membantu siasatan terhadap isterinya yang ditangkap berkhalwat dengan pasangan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991," katanya.

Seramai tiga pegawai dan dua anggota polis terlibat dalam pemeriksaan terhadap wanita yang berasal daripada Negeri Sembilan dan pasangannya yang berniaga sendiri, berasal dari Kelantan. -30/6/14


Profesor UM Letak Jawatan Selepas Diarah Kementerian Pendidikan, Apa Respons Saifuddin?

Posted: 29 Jun 2014 08:32 PM PDT



[The Malaysian Insider] Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). – Zulkifli Sulong/30 Jun, 2014.




[PANAS] Majlis Antara Agama Dakwa Sejarah, Perlembagaan BUKTI Malaysia Negara SEKULAR

Posted: 29 Jun 2014 08:20 PM PDT

Presiden MCCBCHST Jagir Singh berkata negara sekular tidak bermakna pemisahan agama dan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
[The Malaysian Insider] Majlis Antara Agama Kebangsaan berkata Malaysia adalah sebuah negara sekular dengan membawa bukti sejarah dan Perlembagaan yang diperakui perdana menteri terdahulu.

Memetik dokumen sejarah seperti Memorandum Perikatan yang dihantar kepada Suruhanjaya Reid pada 1956 dan kertas putih kerajaan British pada Jun 1957, majlis itu berpendapat tiada dokumen sejarah yang bercanggah Malaysia sebuah negara sekular.

Memorandum Perikatan oleh Umno, MCA dan MIC kepada Suruhanjaya Reid menyatakan secara spesifik mereka mahukan sebuah negara sekular meskipun agama Persekutuan adalah Islam.

Ini merupakan respon Majlis Rundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism (MCCBCHST) terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang mendakwa Malaysia bukan negara sekular.

Jamil Khir berkata, pembentukan Malaysia adalah berdasarkan pentadbiran Islam dan Sultan Melayu merupakan ketua dalam negeri di bawah jajahannya.

Presiden MCCBCHST Jagir Singh berkata negara sekular tidak bermakna agama dan negara berpisah secara keseluruhannya.

"Sebagai contoh, negara seperti Turki dan Indonesia mengamalkan prinsip Islam tetapi mereka adalah sekular.

"Maka, Malaysia boleh diklasifikasikan sebagai sekular dengan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi Islam tidak membentuk undang-undang rasmi kerana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara," katanya.

Jagir berkata, Perkara 4 (1) jelas meletakkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan bukannya undang-undang syariah.

Katanya, perkataan undang-undang Islam dan mahkamah syariah tidak dijumpai dalam Perlembagaan pada 1957.

"Mahkamah orang Islam dinamakan mahkamah syariah pada 1976 dengan meminda Jadual 9. Begitu juga undang-undang orang Islam dipinda menjadi undang-undang Islam," katanya.

Atas dasar itu, Jagir berkata pihaknya menentang sebarang usaha melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Katanya, MCCBCHST bimbang pelaksanaan hukuman itu akan mengenepikan konsensus dicapai pelbagai kaum, Perlembagaan dan hak asasi, termasuk kebebasan beragama.

"Ia akan menjadikan negara berubah daripada demokrasi berparlimen kepada negara Islam yang mengutamakan undang-undang Tuhan berpandukan Al-Quran dan Sunnah dengan tidak lagi berpandukan Perlembagaan," katanya.

Jager berkata, daripada 57 negara Islam seluruh dunia, hanya sebilangan negara yang melaksanakan hudud dan ini tidak termasuk Indonesia dan Bangladesh.

"Keadaan di Malaysia tidak sesuai untuk melaksanakan hudud kerana ia memerlukan masyarakat yang jujur dan apabila hukuman dijatuhkan, ia tidak boleh ditarik balik," katanya.

Persatuan Taoist Malaysia pula berpandangan, proses Islamisasi hanya bermula pada 1980-an sebagai respon politik kepada kesederhanaan dan modernisasi.

"Ini menjadikan pemikir Islam mewujudkan zon agama yang lebih selamat dengan memperkenalkan syariah dan instrumen kawalannya iaitu hudud," kata presidennya, Daozhang Tan Hoe Chieow.

Persatuan Hindu Sangam pula berkata walaupun tanpa hudud, bukan Islam terus ditekan kerana banyak institusi terus memejamkan mata dalam kes pertukaran agama dan hak penjagaan anak serta rampasan Bible oleh Jais.

"Rampasan Bible membuktikan mereka mahu mengatur agama lain. Tanpa hudud sekali pun, banyak yang tidak adil dan institusi yang tidak berfungsi, malah hal sebegini akan bertambah buruk jika hudud diperkenalkan," kata presidennya, Datuk RS Mohan Shan.

Mohan berkata, tidak benar hudud tidak memberi kesan kepada bukan Islam kerana Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Kelantan menyatakan bukan Islam juga tertakluk kepada undang-undang itu.

"Ia bercanggah dengan Perlembagaan dan ia mesti dihalang untuk dibentangkan," katanya.

Sementara itu, Majlis Gereja Malaysia berkata hudud adalah contoh hal ehwal Islam diganggu gugat politik.

"Mereka yang bercakap tentang isu itu cuba meningkatkan tauliah mereka sementara Umno dan PAS masing-masing mahu mengkafirkan sesama sendiri," kata setiausaha agungnya, Dr Hermen Shastri.

Hermen berkata, apa yang diperlukan negara adalah sistem urus tadbir yang adil, telus dan bertanggungjawab. – Jennifer Gomez/29 Jun, 2014.



Tiada ulasan: