Sabtu, 28 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Khalwat: Pelajar IPTA Terjun Tingkat Empat Tinggal Kekasih

Posted: 28 Jun 2014 12:30 AM PDT



[myMetro Online] Melaka – Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sanggup terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Melaka Raya, Banda Hilir, di sini meninggalkan kekasihnya bagi mengelak dicekup penguatkuasa dalam Operasi Bersepadu, awal pagi tadi.

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan sembilan jam kemudian selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat tinjauan semula di hotel sama pagi tadi.

Lelaki berasal dari Johor dan kekasihnya berusia 18 tahun berasal dari Selangor itu, datang ke negeri ini semata-mata melempiaskan nafsu sehari sebelum Ramadhan.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit sanggup bergadai nyawa terjun dari tingkat empat ke tingkat dua bangunan hotel sebelum menghilangkan diri.

Bilik yang dikunci menggunakan selak itu, hanya dibuka remaja perempuan berkenaan selepas lebih setengah jam pihak penguatkuasa mengarah berbuat demikian dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut. – 28/6/14

“Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”

Posted: 27 Jun 2014 08:15 PM PDT

ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada.
[Harian Metro] Nilai: "Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.". Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.

Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu. 

Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan. 

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.

Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam. - Mohd Khidir Zakaria/28/6/14

Badang Sarawak Selamba Pikul Motor 100kg

Posted: 27 Jun 2014 08:01 PM PDT


BADANG Sarawak mengangkat motosikal daripada bot untuk dibawa ke jeti.

[Harian Metro] Kapit: Jika menjejakkan kaki ke Terminal Penumpang Kapit, jangan terkejut jika terlihat orang mengangkat motosikal ataupun barangan seberat 100 kilogram di situ.

Bagi mereka yang pertama kali melihatnya, pasti kagum dengan kekuatan fizikal pengangkat barang itu, lebih-lebih lagi jika melihat susuk fizikal mereka seperti orang biasa. 

Di terminal pengangkutan sungai itu, mereka bersedia menerima khidmat mengangkat apa saja jenis barang daripada pengguna bot ekspres sehingga ramai yang menggelar mereka sebagai 'Badang Sarawak'. 

Lazimnya, khidmat mereka itu diperlukan penumpang untuk memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.

Dalam kalangan penduduk tempatan, sudah menjadi pemandangan biasa sekitar terminal berkenaan apabila melihat mereka ini memikul longgokan besi yang berat, motosikal, mesin basuh, seguni beras atau apa saja jenis barang berat.

Bagi Rantai Ija (gambar), 25, kerja mengangkat barang ini sebenarnya mudah sekiranya tahu cara dan teknik betul mengangkatnya walaupun berat barang berkenaan melebihi separuh berat badannya. 

Dia yang bekerja sebagai pengangkut barang di Terminal Penumpang Kapit sejak berusia 18 tahun berkata, teknik yang sering digunakannya ialah memikul barang di atas bahu kerana selain dapat menampung berat, ia juga memudahkannya melangkah, terutama ketika menaiki dan menuruni tangga di jeti berkenaan. -Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail/28/6/14


Khalwat Isteri Orang

Posted: 27 Jun 2014 06:26 PM PDT


[Harian Metro] Alor Setar: Seorang penjawat awam dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini, malam kelmarin.

Mereka dicekup berkhalwat kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam Ops Bersih. 

Lelaki lingkungan 30-an yang mempunyai isteri dan seorang anak berusia empat tahun itu berasal dari Pendang dan dipercayai baru bertukar kerja dari Sabah ke negeri ini sejak sebulan lalu. 

Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai baru mengenali wanita berusia 25 tahun itu yang bekerja di sebuah salun rambut di bandar raya ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata operasi itu disertai 25 anggota penguat kuasa JAIK yang tertumpu di sekitar bandar raya ini dalam usaha membanteras kegiatan maksiat di negeri ini.

Beliau berkata, ketika membuat pemeriksaan di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini mendapati sebuah bilik berkunci dari dalam. 

"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam hampir 10 minit, seorang wanita yang berpakaian lengkap kemudian membuka dan membenarkan pemeriksaan dalam bilik itu. -Zuliaty Zulkiffli/28/6/14



Tiada ulasan: