Sabtu, 21 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Ditangkap Melancap di Pasar Raya

Posted: 21 Jun 2014 03:00 AM PDT



[Harian Metro] Bandar Oklahoma: Seorang lelaki mendakwa "sangat terkejut" apabila ditahan kerana selamba melakukan onani sambil berjalan-jalan di dalam sebuah pasar raya.

Derek Bennett, 26, memberitahu polis, dia tidak menyangka perbuatannya itu disedari orang ramai yang memenuhi pusat beli-belah Walmart. 

Aksi Bennett itu menarik perhatian dua pelanggan kerana dia membuka zip dan mengeluarkan kemaluannya. 

Lebih mengejutkan, dia melakukan onani itu tanpa berselindung di kedai Tire and Lube Express.


Orang awam kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan.

Ketika polis tiba, Bennet cuba melarikan diri dari kedai itu namun ditahan polis. 

Menurut media semalam, Bennet mengaku melakukan perbuatan terkutuk berkenaan tetapi 'benar-benar terkejut' kerana tidak menyangka ada orang lain yang menyedarinya. 

Dia menghadapi pelbagai tuduhan tidak sopan dan akan dihadapkan ke mahkamah atas kelakuan tidak senonoh itu. 

Dua minggu lalu seorang lelaki didakwa kerana memuaskan dirinya di perpustakaan Toronto dengan sebiji timun. - Agensi/21/6/14


[SADIS] Remaja OKU Dikurung Sampai Kering

Posted: 21 Jun 2014 02:39 AM PDT




[Harian Metro] Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak. 

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu remaja malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). -Mohd Khidir Zakaria/21/6/14

Foto: Bernama





Tiada ulasan: