Khamis, 19 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Bekas Suspek Pembunuhan Altantuya Kantoi Khalwat dengan Isteri Orang???

Posted: 19 Jun 2014 12:52 AM PDT




Bekas Suspek Kes Bunuh Altantuya Ditangkap Khalwat dengan Polis Wanita 

[The Malaysian Insider] Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

Lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.

Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.

Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.

Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

"Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais," kata Yusof kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan mengesah atau menafikan lelaki yang ditahan itu adalah orang yang sama disabitkan membunuh Altantuya dan kemudian bebas dalam kes rayuan.

"Saya belum melihatnya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu kamu," katanya.

Difahamkan nama lelaki berkenaan dalam laporan polis ialah Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri iaitu salah seorang daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lalu selepas mahkamah membenarkan rayuan selepas mereka disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Secara kebetulan, lelaki yang ditangkap awal hari ini juga adalah bekas pegawai polis yang pernah bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, unit yang sama dengan Azilah sebelum beliau ditahan pada 2006.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.

Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.

Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. – Muzliza Mustafa/19 Jun, 2014.

Penswastaan UiTM: Mengapa Umno, NGO Membisu?

Posted: 18 Jun 2014 10:39 PM PDT


[Nik Nazmi] PENDEDAHAN Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai penswastaan UiTM melalui sistem konsesi yang menguntungkan kroni, dilihat merupakan satu masalah yang akan merugikan rakyat khususnya Bumiputera.

Ini kerana UiTM merupakan salah satu institusi kebanggaan Bumiputera selama ini.

Meskipun kos pembinaan enam kampus UiTM yang telibat di dalam skim ini sekitar RM1.8 bilion, tetapi rakyat menerusi Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar RM8.6 bilion sebagai sewa untuk tempoh 23 tahun.

Mengapakah pimpinan Umno yang kononnya pejuang Melayu menerima konsesi-konsesi mewah dalam pembikinan UiTM?

Ke manakah suara-suara lantang dari NGO-NGO Umno seperti Isma, Jati dan Perkasa yang selama ini mendabik dada dengan bangga mengatakan bahawa mereka adalah pembela hak kaum Melayu apabila pendedahan ini dibuat?

Walhal, sudah terang dan nyata bahawa penswastaan UiTM ini nanti akan membebankan rakyat.

Adakah masing-masing menjadi bisu hanya kerana syarikat-syarikat yang telah dilantik sebagai pemegang konsesi adalah dari kalangan kroni mereka sendiri?

Sejak penubuhan UiTM itu sendiri, mereka sentiasa menyifatkan istitusi itu merupakan sebuah institusi yang ingin membantu bumiputera.

Ini kerana UiTM menawarkan yuran pengajian yang agak rendah berbanding institut pengajian tinggi yang terdapat di negara ini.

Jelas dapat dilihat dengan perjanjian konsesi selama 23 tahun ini nanti, sudah pasti kesannya akan membebankan rakyat.

Adakah kerajaan sendiri lupa akan idea penubuhan UiTM itu sendiri?

Dengan pelaksanaan konsesi UiTM ini nanti, tidak mustahil yuran pengajian mahupun yuran-yuran lain di UiTM ini nanti akan dinaikkan.

Sudah pasti kesan ini akan dirasai oleh pelajar.

Ini jelas sekali bercanggah dengan idea penubuhan UiTM yang ingin membantu Bumiputera.

Tidakkah pembela dan pejuang Melayu ini memandang serius kepada masalah ini?

Adakah kerana ia memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu, maka mereka membatukan diri?

Jangan kerana keuntungan sebelah pihak, maka mereka menafikan hak pihak rakyat yang ramai.

Bak kata pepatah Melayu, "menang sorak, kampung tergadai". -19/6/14


P/s: Apa yang mahu admin suarakan sudah dinyatakan di atas. Baca lanjut di blog laman Rafizi di sini.


Pertaruhan Gila: Siapa Kalah Kena Rogol Remaja 13 Tahun

Posted: 18 Jun 2014 07:16 PM PDT


[Harian Metro] Kajang: Dua remaja lelaki membuat 'pertaruhan gila' apabila menjadikan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebagai 'bahan hukuman' dalam pertandingan permainan komputer diatur mereka.

Dalam kejadian jam 2 pagi Ahad lalu, seorang daripada remaja lelaki terbabit yang tewas dalam permainan komputer itu didenda supaya memperkosa mangsa di sebuah rumah di Batu 9. Cheras di sini. 

Sumber polis berkata, kejadian malang itu menimpa mangsa selepas dia menemani rakan perempuannya bertemu dua suspek di kediaman berkenaan. 

Menurutnya, mangsa pada mulanya keluar bersama suspek untuk minum di sebuah restoran di Hulu Langat, di sini.

"Selepas selesai minum mereka kemudian singgah di rumah seorang suspek lelaki itu yang berusia 17 tahun. Mereka dikatakan bermain permainan komputer dan membuat pertaruhan. - Muhaamad Hafis Nawawi/19/6/14

Sambung di sini.




Tiada ulasan: