Ahad, 15 Jun 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Hanya Blogger Jamah Cadbury, Pegawai Jakim Enggan

Posted: 15 Jun 2014 02:03 AM PDT

Foto: The Rakyat Post
[AA] KUALA LUMPUR: "Kami tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun." Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

"Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam."

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

"Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja."

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam 175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal. - Melissa Sahari/15/6/14


P/s: Mengapa blogger mesra UMNO beria-ria mahu makan Cadbury secara terbuka di depan media? Adakah kerana pemegang saham Cadbury termasuk Felda dan Boustead?

Kalau mahu makan Cadbury, makanlah Cadbury yang dijual sebelum Februari 2014.

Ada berani?

Laporan lain di sini.


Lelaki Dirotan Isteri Kerana Enggan Lakukan Seks

Posted: 15 Jun 2014 12:52 AM PDT

Sekadar hiasan.

Seorang wanita dari Klang bertukar ganas dan bertindak merotan suaminya apabila lelaki itu enggan  memenuhi keperluan seksualnya, lapor China Press. Bukan itu sahaja, menurut laporan, wanita itu  mahu kehendak seksnya dipenuhi setiap! 

Wanita itu juga memaksa suaminya minum produk afrodisiak untuk meningkatkan prestasi seksual supaya dia dapat memenuhi permintaan seksualnya. 

Lelaki yang telah berkahwin dengan wanita itu sejak dua tahun lalu dilaporkan bercadang untuk membuat laporan polis beberapa kali, namun tidak berbuat demikian kerana menyayangi isterinya. 

Dia mengubah pendirian apabila mendapati penderaan itu masih berterusan dan tidak mampu menanggungnya lagi. Dia membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada pengasas Komuniti Kepolisan Selangor, Kuan Chee Heng. 


Lelaki itu menunjukkan parut di kaki dan di punggungnya. Kuan bagaimanapun mengakui beliau tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes sedemikian. - DCM/The Star/ANN/14/6/14

Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter

Posted: 15 Jun 2014 12:06 AM PDT



[Mstar] SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.

Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.

Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun. -15/6/14


[Video] Seksa Tercekik TELEFON BIMBIT

Posted: 15 Jun 2014 12:03 AM PDT


LELAKI tidak dikenali menderita sukar bernafas sehingga dia diselamatkan.

[HM] Klerksdorp, Afrika Selatan: Insiden seseorang menderita kerana tercekik memang bukan sesuatu yang aneh, tetapi apa yang berlaku di Afrika Selatan ini boleh dianggap luar biasa.

Satu rakaman video dimuat naik di Internet menunjukkan sepasukan kakitangan perubatan berusaha mengeluarkan objek besar - yang kemudian dikenal pasti sebagai telefon bimbit - dari tekak seorang lelaki malang.

Video dirakam di sebuah hospital di Klerksdorp itu menunjukkan lelaki terbabit terbaring dan sukar bernafas ketika doktor menggunakan penyepit besi menarik objek yang menyekat kerongkongnya itu.

Tanpa mengetahui apa sebenarnya objek berkenaan, pasukan perubatan yang bertugas jelas terkejut dan tidak kurang juga ada gagal menahan ketawa apabila mendapati ia adalah telefon bimbit.

Walaupun video berkenaan baru dimuat naik, ia dipercayai dirakam pada Mei 2012 oleh Edwin Shingo yang juga seorang pegawai keselamatan yang menyaksikan kejadian luar biasa itu.

Bagaimanapun identiti lelaki terbabit tidak didedahkan dan tidak diketahui bagaimana dia boleh tertelan telefon bimbit berkenaan.

Ia bukan kejadian kali pertama seumpamanya.

Pada 2005 seorang lelaki di Missouri dituduh melakukan serangan kejam dengan memaksa teman wanitanya menelan telefon bimbit ketika mereka bertengkar.

Wanita berusia 24 tahun itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan.

Video terbaru bertajuk "The guy with a cell phone in the mouth" mendapat 56,000 tontonan sejak dimuat naik minggu ini. - Agensi/15/6/14





Aggota Tentera Disyaki Rogol Remaja 13 Tahun

Posted: 14 Jun 2014 11:58 PM PDT



[HM] Johor Bahru : Polis menahan enam anggota tentera, semalam selepas seorang daripada mereka disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dan menyamun rakan lelakinya berusia 16 tahun di tepi pantai Pontian Besar, Pontian dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, kedua-dua mangsa sedang melepak di tepi pantai terbabit sebelum didatangi enam lelaki beruniform lengkap tentera dan memeriksa mangsa. 

Difahamkan, anggota tentera itu menuduh kedua-dua mangsa melakukan perbuatan terkutuk namun dinafikan sebelum seorang daripada enam anggota terbabit membawa remaja perempuan itu ke bahagian pantai berbatu dan menyuruh melakukan seks, namun permintaan itu ditolak mangsa. 

Supek kemudiannya memaksa dan merogol mangsa sebelum datang seorang lagi suspek yang memaksa mangsa menjilat kemaluannya.

Dalam masa sama, suspek lain yang berada bersama remaja lelaki itu turut menampar selain menumbuk mangsa serta dipaksa menghisap rokok dan telefon bimbitnya turut dirampas sebelum kedua-dua mangsa kemudiannya dilepaskan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan kejadian bagaimanapun enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai maklumat kejadian. 

Mahkamah Majistret Pontian memerintahkan enam suspek itu ditahan reman selama 10 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Siti Nadirah Hafidzin/12/6/14

[Video] Pekerja DBKL Menangis Roboh Rumah di Kampung Chubadak

Posted: 14 Jun 2014 11:35 PM PDT


[MG] Maka menangislah warga-warga emas di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur selepas rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun dirobohkan tanpa belas.

Rata-rata yang tinggal di situ adalah masyarakat Melayu yang telah pun memohon untuk mendapatkan status hak milik yang kini dikhabarkan sedang dalam proses untuk dikeluarkan.

Melihatkan kesungguhan penduduk mempertahankan hak mereka, rasanya mereka ada bukti sahih permohonan masing-masing memang sedang dalam proses untuk menjadi kenyataan.

Malah mereka juga telah mendapat surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 12 Jun 2014 yang menghalang mana-mana pihak daripada menceroboh atau meroboh rumah mereka buat sementara waktu.

Namun apapun alasan yang diberi walau keluar air mata darah sekalipun, jentolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan kerja merobohkan rumah-rumah di situ.

Semuanya kerana tugas dan mereka bukanlah sengaja datang hendak menghalau penduduk jika tidak ada arahan daripada pihak atasan.

"Kami faham perasaan mereka yang enggan keluar tetapi apa daya kami untuk tidak merobohkan rumah-rumah di situ kerana kami hanya menjalankan tugas sebagai pekerja.

"Kalau kami dipandang benci sekalipun, kami perlu menjalankan tugas yang diarahkan walaupun hakikatnya kami juga ada perasaan tidak sampai hati," kata seorang pekerja DBKL yang enggan namanya disiarkan. 

Katanya, setiap kali melihat warga-warga emas di situ merayu dan merintih, hati kecilnya tersentuh tetapi dia melakukannya kerana terpaksa demi tugasan yang dipertanggungjawabkan.

"Saya dan rakan-rakan sekerja dimaki, dicaci sepanjang kami bekerja tetapi kami hanya mendengar. Kami faham apa juga alasan yang kami beri, mereka tidak akan terima.

"Sebenarnya, kalau perkara itu berlaku dalam keluarga saya pun saya tidak boleh terima dan pasti saya akan melakukan perkara sama yang dilakukan oleh mereka.

"Tapi inilah kerja saya dan punca rezeki untuk menyara keluarga. Kalau saya tidak melakukannya, saya akan dikenakan tindakan disiplin atau macam-macam lagi yang pasti akan menjejaskan kerja saya," ujarnya.

Pun begitu katanya, dia mengharapkan apa yang berlaku di Kampung Chubadak akan berakhir dengan sesuatu yang boleh memuaskan hati penduduk di situ.

"Saya hanya orang bawahan yang turut merasakan kesedihan mereka. Jadi, mudah-mudahan, selepas kejadian ini, ada pihak yang akan datang membantu mereka untuk menenangkan keadaan agar kesedihan yang ditanggung dapat diredakan," katanya. - Hamdan Othman/15/6/14



Berkaitan:

Pemimpin UMNO Membisu Lihat Penduduk Kampung Chubadak Meraung


 Seorang daripada penduduk Kampung Chubadak Dalam, Sentul menggunakan pembesar suara ketika membantah tindakan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 19 Februari lalu. Gambar: SAFWAN MANSOR.

[MG] "Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,".

Itu kata seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal Kampung Chubadak Tambahan yang dipaksa keluar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memajukan kawasan tersebut.

Kata mudah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen.

"Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri.

"Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami.

"Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpi-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami," katanya penuh kesal.

Menurut Munah, apa yang berlaku memang sukar diterima penduduk kampung itu tetapi lebih menyedihkan perjuangan mereka sebagai bangsa Melayu tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu.

"Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami?

"Satu dunia nampak apa yang berlaku di sini. Satu dunia nampak kami merayu pihak DBKL supaya tidak merobohkan rumah kami dan takkanlah tak ada seorang pun pemimpin Melayu yang boleh bersuara supaya kami tidak dihalau sebegini rupa?

"Tak lama lagi umat Islam akan menyambut puasa dan kemudian hari raya. Cubalah bayangkan bagaimana dan di mana kami hendak meraikan bulan-bulan kebesaran Islam itu setelah kami kini tiada tempat tinggal," katanya.

Jelas Munah, perkara sudah pun berlaku dan sudah terlambat untuk mana-mana pemimpin datang membantunya. Pemimpin yang datang dan berjuang bersama mereka ialah pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua dan Pemuda Pas.

Ini bukan soal politik katanya tetapi lebih kepada misi kemanusiaan. Namun pemimpin UMNO yang diharapkan tidak pernah muncul apalagi untuk bersuara.

"Hati kami dah hancur lebur sama seperti hancurnya rumah kami yang dirobohkan DBKL tanpa ehsan. Lepas ni, tak payahlah susahkan diri datang jumpa kami nak hulur bantuan itu dan ini.

"Semuanya tidak akan dapat mengubat hati kami yang dah lebur. Kampung kami sudah hilang dan kini telah pun menjadi sejarah.

"Namun perasaan kesal tetap akan kekal dalam diri kami kerana sikap pemimpin yang jelas nampak hanya mementingkan diri sendiri daripada rakyat," ujarnya. - MalaysiaGazette/Hamdan Othman/15/6/14





Tiada ulasan: