Sabtu, 28 Jun 2014

dollah yankee

dollah yankee


Dia pernah menangis dan melutut depan Mahathir dan Hasmah

Posted: 28 Jun 2014 04:48 PM PDT

Sekiranya anda menganggap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang yang tidak ada 'class', suka menghina dan jahil, salahkanlah Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Karier politik beliau pernah terkubur selepas meletak jawatan Ketua Pemuda Umno, malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.
Kepada mereka yang lupa sejarah Zahid, beliaulah yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan kronisme dan nepotisme.
Rancangan itu tidak jadi, dan Dr Mahathir menelanjangkan sifat talam dua muka Zahid dengan membongkar bagaimana Zahid telah memperkayakan diri menerusi kronisme. Dari segi politik, Zahid terkubur, sehinggalah Abdullah, selepas mengambil alih dari Dr Mahathir, memberikan beliau nafas baru dalam Umno dan kerajaan.
Yang selainnya tinggal sejarah. Menyedihkan. Zahid kemudiannya bangkit semula dan kini merupakan Menteri Dalam Negeri. Sesuatu yang ironis, kerana orang yang dituduh memukul kekasih anak perempuannya kini ditugaskan menjaga keamanan. Pertuturannya umpama samseng; tidak berupaya membezakan dirinya sebagai orang Umno dan Menteri Dalam Negeri, dan ia menjadi peringatan betapa ramai pak menteri dalam kabinet XXL Najib sekarang terdiri daripada individu yang tidak cekap.
Hari ini, jauh dari merasa kesal dan terganggu dengan perbuatan meninggalkan kepala lembu di rumah R.S.N. Rayer di Pulau Pinang, Zahid memarahi Adun DAP itu atas keceluparannya, sambil berkata beliau sendiri mengundang perbuatan tersebut kerana kenyataan "Umno celaka" yang diucapkan di sidang Dewan Undangan Negeri.
Ingat, ini kata-kata seorang Menteri Dalam Negeri. Seolah-olah beliau bersetuju dengan mereka di belakang perbuatan melemparkan kepala lembu itu. Beliau tidak berbeza dengan seorang lagi menteri dalam negeri dari Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang satu ketika dulu turut bersimpati dengan orang partinya yang mengheret kepala lembu di Shah Alam pada 2009.
Apakah seseorang akan berfikir dua kali sebelum mengulang perbuatan yang dianggap penghinaan ke atas penganut Hindu itu? Tidak peliklah apabila sejak kebelakangan ini, golongan minoriti terpaksa berdepan dengan bangkai binatang dilemparkan di rumah ibadat dan tempat lain?
Tindakan provokatif mereka jauh sekali mengundang hukuman. Bilakah kali terakhir polis menangkap sesiapa yang perlu ditangkap?
Mudah, malah terlalu mudah, untuk mengatakan bahawa ini mengenai Rayer semata-mata dan rakyat Malaysia tidak perlu terlalu teruja dengan kenyataan Zahid.
Keceluparan Zahid menunjukkan ramai di dalam kerajaan tidak mampu membezakan yang hak dan batil, dan tidak faham akan asas kepimpinan, iaitu mereka di tampuk kuasa perlu buta warna dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas.
Zahid menunjukkan beliau tidak layak menjadi seorang pengadil jujur. Dia cumalah orang Umno, tidak lebih dari itu. Cuma seorang yang mengeluarkan penghinaan, seorang yang tiada 'class'.
Cuma sebuah hadiah peninggalan Abdullah Badawi, seperti juga suruhanjaya rasuah yang tidak bertaring dan kehakiman yang tidak berkredibiliti. 

dollah yankee -malaysian insider,28jun2014

Tiada ulasan: