DIALOG RAKYAT |
- PRU ke13 TS Khalid testimonial PR, siapa pula testimonial PR dalam PRU ke14?
- 178 pasar raya sertai kempen penurunan harga setakat ini, kata menteri
- Dollah Salleh dilantik Ketua Jurulatih Harimau Malaya
- Rumah setinggan, rumah kedai musnah terbakar
- MCA biadab kaitkan PAS dengan pengkhianat
- Utusan: MCA, GERAKAN perlu tebus maruah
- 'Teng perlu jawab jika PIA gagal dinaiktaraf'
- PKR mahu k'jaan dedah audit sistem radar
- DAP: Zahid tak layak jadi menteri dalam negeri
- 5,000 Rakyat Malaysia Berpuasa Di Tanah Suci
- Tepi Lorong Bawah Jambatan
- Perketat kawalan mercun, bunga api sebelum 'makan' mangsa
- Pekerja Restoran Terlampau.. Peluk & Usap Budak Perempuan 10 Tahun
- Ulama tetap tunjang kepada PAS - Dr Khairuddin
- Kabinet membusung dengan 35 Menteri, tiada inisiatif dasar baru
- Buat aduan pada JPP jika tidak puas hati, ujar Johari Abdul
- Bacaan IPU semakin baik di kebanyakkan kawasan
- Colombia lawan Brazil di suku akhir
- DAP kutuk insiden kepala lembu, minta rakyat P Pinang bertenang
- Terus perjuang dasar bersama Pakatan untuk kekalkan sokongan rakyat
- Zahid Hamidi, Contoh Menteri Menghabiskan Beras!!!
- Tangki bahan kimia bocor, R&R Tapah ditutup
- Kula akan fail prosiding hina mahkamah terhadap IGP
- Tiga calon AJK Cabang Sepang dibatalkan
- 'Jangan naik cukai jika khidmat tidak memuaskan'
PRU ke13 TS Khalid testimonial PR, siapa pula testimonial PR dalam PRU ke14? Posted: 29 Jun 2014 04:04 AM PDT Setelah Khalid tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor sudah ada suara dikalangan ADUN PKR sendiri meminta beliau meletakkan jawatan sebagai MB. Suara yang sama telah pun kita dengar dari beberapa orang pimpinan PKR yang tidak senang dengan kehadiran Khalid sebagai MB kerana jawatan itu juga diminati oleh pemimpin yang lain dalam parti itu. Kalau dipandang dari sudut yang lain adalah susah bagi seorang MB itu kalah dalam pemilihan partinya tetapi oleh kerana permainan politik yang begitu kuat dikalangan pimpinan parti itu, maka ia tidaklah menjadi suatu perkara yang menghairankan jika ia berlaku. Perlu diingat PKR adalah 'anak tut' kepada UMNO setelah Anwar dipecat dari parti UMNO pada tahun 1998 dahulu. PKR bukannya parti perjuangan tetapi parti yang tertubuh kerana Anwar terpecat dari UMNO hasil dari permainan politik beliau dan Mahathir sendiri semasa itu. Jadi jika wujud elemen berebut sampai parti mati ini tidak lah suatu perkara yang ganjil berlaku dalam PKR itu. Khalid sudah dijadikan isu besar kerana pergolakan dan perebutan kuasa diantara pimpinan parti. Kita masih ingat bagaimana Khalid telah dipuji meninggi sebagai 'the best MB' dalam negara ini dan ia terbukti telah hampir melumpuhkan UMNO di Selangor ini kerana BN dan UMNO hanya mempunyai 12 kerusi sahaja di Selangor ini. Malahan 'performance' Khalid ini telah dijadikan testimonial yang begitu hebat dalam pilihanraya yang lalu sehinggakan ia memberikan pengaruh besar di seluruh negara dan PKR khususnya serta Pakatan umumnya, telah mendapat sokongan begitu kuat semasa itu. Tetapi keadaan berbeza kerana jika negeri Selangor itu menjadi kaya raya dibawah Khalid ia bukannya baik untuk Khalid kerana kejayaan itu, sebaliknya ia akan menjadi isu besar kepada pemimpin yang mencemburui kejayaan Khalid itu. Dalam PKR yang mempunyai DNA UMNO yang begitu kuat pemimpin yang baik dan produktif akan dibunuh oleh rakan parti sendiri. Dalam UMNO sejak lebih dari tiga puluh tahun dahulu telah membunuh karier pemimpin yang baik-baik dan produktif. Selepas lebih dari tiga dekad kita telah diwariskan dengan barisan pimpinan yang paling lemah seperti yang ada pada hari ini. PKR seperti UMNO telah menjadi parti yang tidak berjiwa lagi dan untuk mewujudkan atau untuk mengembalikan roh pimpinan itu buka satu kerja yang mudah dalam negara sedang berhadapan dengan kepimpinan yang tidak semenggah semuanya itu. Kekalahan Khalid Ibrahim di Kuala Selangor itu sememangnya sengaja dilakukan oleh musuh Khalid diperingkat yang tinggi. Pimpinan PKR itu mempunyai sifat 'vandalism' yang kuat dan sifat itu jugalah yang telah melemahkan UMNO setelah tiga puluh tahun elemen itu mula wujud dalam parti itu. Kini PKR pula menjadi murid UMNO yang baik kerana parti itu adalah 'offshoot' UMNO. Bagaimana Dr Mahathir yang memainkan politik pecah perintah dalam UMNO dahulu, begitu jugalah apa yang dilakukan oleh Anwar dalam PKR itu. Jika UMNO memakan masa tiga dekad untuk hancur hasil dari elemen pecah dan perintah ini, PKR akan hanya memakan masa empat lima tahun sahaja dari sekarang untuk pecah kerana itulah satu-satunya hasil dari parti yang mempraktikkan pecah perintah ini. Kecelaruan yang sedang berlaku di Selangor sekarang ini sesungguhnya telah menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat Selangor kerana parti tunjangnya sedang berkrisis yang tidak mungkin mudah diselesaikan itu. Apa pun yang orang kata semuanya ini bersebab dari ketidak jujuran pucuk pimpinan dan barisan pimpinan yang tertinggi. Seburuk dan sekecil mana seorang pemimpin ini mempunyai pengaruh mereka dikalangan ahli-ahli dan jika pemimpin berpecah maka tidak hairan perpecahan itu melintasi garisan dibawah-bawah ini. Baik UMNO mahu pun PKR pemimpin yang suatu hari dipuji dan dijunjung akhirnya akan terbunuh politik mereka jika pimpinan itu menempa kejayaan.. Hanya yang pandai main silap mata dengan pucuk pimpinan sahaja yang boleh mendapat tempat dalam parti itu. Bagi saya Khalid boleh kita jangka kesudahan politik beliau. Beliau sudah tidak diperlukan oleh ramai kepimpinan PKR kerana ada pemimpin lain yang terkeliur dengan jawatan MB yang disandang Khalid itu. Kita tidak tahu siapa kah yang akan menjadi testimonial kejayaan bagi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Khalid Ibrahim sudah pasti tidak boleh lagi dijadikan testimonial kejayaan kerana beliau telah dibunuh politiknya oleh rakan-rakan dalam kepimpinan PKR itu sendiri. |
178 pasar raya sertai kempen penurunan harga setakat ini, kata menteri Posted: 29 Jun 2014 04:02 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Kempen penurunan harga yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 29 Januari lepas, menarik 178 pasar raya dengan 1,089 cawangan di seluruh negara setakat ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek (gambar) berkata kempen itu yang bertujuan meringankan beban yang ditanggung pengguna akibat kenaikan harga barangan melibatkan sehingga 4,000 produk. Kempen itu menawarkan penurunan harga antara 10% dan 70%, katanya kepada pemberita selepas melawat pasar raya Tesco Seremban 2 hari ini. Mengenai skim kawalan harga sempena Aidilfitri kali ini, Hasan mengingatkan peniaga skim tersebut akan berkuat kuasa dari 20 Julai hingga 5 Ogos dan membabitkan 18 jenis barangan. Peniaga yang gagal mematuhi skim ini akan dikenakan tindakan tegas, katanya. Antara barangan yang dimasukkan di bawah skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, daging lembu tempatan, daging kerbau import, telur ayam, cili merah, kelapa dan bawang merah serta ikan kembung. – Bernama |
Dollah Salleh dilantik Ketua Jurulatih Harimau Malaya Posted: 29 Jun 2014 03:56 AM PDT Radhi Razak KUALA LUMPUR - Dollah Salleh hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan Harimau Malaya menggantikan Datuk K Rajagobal yang tamat kontraknya akhir tahun lalu. Pemilihan itu dibuat selepas Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mengambil kira tempoh persediaan singkat menjelang Piala Suzuki AFF dan prestasi Dollah ketika mengendali Pahang tahun lalu dan PDRM tahun ini. Pengendali sementara pasukan kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee kekal sebagai pengendali Harimau Muda A yang akan mengharungi tugasan di Sukan Asia tahun ini. Dilahirkan di Melaka pada 10 Oktober 1963, Ketua Jurulatih Skuad PDRM ini memulakan karier awal dengan skuad Johor yang merupakan antara pasukan terhebat pada ketika itu. Kelincahannya sebagai penyerang membuatkan dirinya menjadi perhatian skuad negeri. Pada 1987, beliau telah berhijrah ke Selangor dan berganding bersama pemain terkenal, Zainal Abidin Hassan. Selepas era James Wong dan Hassan Sani yang dikenali sebagai twin striker, mereka mengambil alih gelaran tersebut pade era 1980'an. Bersama Selangor, Dollah Salleh telah menyumbang pelbagai kejuaraan liga dan piala. Ketika era ini juga, beliau telah menyertai skuad kebangsaan yang menjadi pertaruhan berbisa dan disegani di peringkat Asia. Keputusan menyertai skuad Pahang pada tahun 1991 dengan mencatat beberapa rekod kejuaraan skuad Tok Gajah itu. Karier dalam bolasepak diteruskan sebagai jurulatih, karisma memimpin pasukan terserlah apabila berjaya membawa kelab pertama yang memenangi Piala Malaysia pada 2003. Beliau juga pernah melatih Selangor pada tahun 2005 sebelum berpindah ke Kelab Shahzan Muda seterusnya dilantik sebagai Jurulatih Pahang. Foto - The Star Berikut merupekan pencapaian Dollah Salleh :- Pasukan Kebangsaan 1989- Pingat Emas Sukan SEA 1993-Juara Pesta Bolasepak Merdeka Johor 1985-Juara Piala Malaysia 1986-Piala Sumbangsih Selangor 1989,1990-Liga Malaysia 1987,1990-Piala Sumbangsih Pahang 1992-Juara Liga Premeir 1992-Juara Piala Malaysia 1992,1993-Juara Piala Sumbangsih 1995-Liga Malaysia Rekod sebagai Jurulatih : - Selangor MPPJ 2003-Juara Piala Malaysia 2003-Juara Liga Premeir 2004-Juara Piala Sumbangsih Selangor 2005-Juara Piala Malaysia 2005-Juara Liga Premeir 2005-Juara Piala FA |
Rumah setinggan, rumah kedai musnah terbakar Posted: 29 Jun 2014 03:36 AM PDT MALAYSIAKINI Kira-kira 100 buah rumah setinggan dan 50 rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, Kunak dekat Tawau awal hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.48 pagi dan dua jentera bomba bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian. "Kami turut menerima bantuan satu jentera bomba dan enam anggota dari balai Tawau. Kami sampai ke tempat kejadian pukul 1.51 pagi dan kebakaran itu berjaya dikawal lebih kurang 5.20 pagi dan operasi selesai sepenuhnya 7.59 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian dalam siasatan, katanya. - Bernama |
MCA biadab kaitkan PAS dengan pengkhianat Posted: 29 Jun 2014 03:32 AM PDT Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PASyang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS. "Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah kami semua pengganas. "Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat," jelasnya kepada Harakahdaily. Beliau yang kesal dengan kenyataan MCA itu dan mengganggap ia sebagai tidak berasas serta mencari publisiti murahan. "Kalau ini kenyataan dari pimpinan MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti semula pelantikan mereka di dalam kabinet. "Bila diberikan jawatan, MCA tidak mengenang budi bercakap hanya untuk mencari publisiti tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Najib serta Umno perlu menelitinya kembali," sambung beliau lagi. |
Utusan: MCA, GERAKAN perlu tebus maruah Posted: 29 Jun 2014 03:25 AM PDT MALAYSIAKINI Akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia mencabar MCA dan GERAKAN untuk menebus kembali maruahnya dengan menarik sokongan masyarakat Cina selepas wakil parti tersebut kini menyertai Kabinet. Tulisan pojok pengarang dalam edisi hujung minggu akhbar Utusan Malaysia itu menyebut, kedua-dua perti berkenaan perlu merebut semula sokongan yang beralih kepada DAP dan tidak mengharapkan sokongan pengundi Melayu semata-mata. "Itulah ujian dalam menentukan kekuatan sebenar mereka. Persoalannya, mampukah MCA dan GERAKAN ketika majoriti kaum Cina belum menampakkan petunjuk untuk beralih menyokong BN?," tulisan itu dipetik. Ia turut menyatakan bahawa GERAKAN mendapat semangat baru apabila berjaya menempa kejayaan melalui pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, namun MCA dilihat masih menunjukkan prestasi hambar. "Maka menjadi harapan dengan kembalinnya MCA dan GERAKAN, akan memberi dorongan kepada kedua-dua parti itu untuk menarik sokongan kaum Cina yang terikut rentak percaturan DAP pada 2013. "MCA khususnya tentu punya maruah bagi menebus malu yang terpalit hingga hari ini," tulisnya, seperti disiarkan dalam ruangan Bisik-Bisk Awang Selamat. Tulisan itu turut menyokong langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengembalikan wakil MCA dan GERAKAN ke dalam Kabinet. Najib pada minggu ini mengumumkan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan manakala Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri. |
'Teng perlu jawab jika PIA gagal dinaiktaraf' Posted: 29 Jun 2014 03:23 AM PDT MALAYSIAKINI Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menggesa pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow bertanggungjawab sekiranya Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) gagal dinaiktaraf. Lim berkata Teng perlu memikul tanggungjawab itu kerana BN Pulau Pinang menurutnya mengalami "krisis identiti" dan kepimpinannya pula "terpisah". Jelasnya, Teng membantah cadangan menaiktaraf lapangan terbang antarabangsa di Kulim, namun Umno Pulau Pinang menyokong cadangan itu, yang dikemukakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Sedangkan, lapangan terbang tersebut akan menjadi pesaing kepada Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), katanya. "Siapa yang buat keputusan – Teng atau Umno Pulau Pinang?," soalnya. Lim berkata, beliau melihat Teng sama seperti pemimpin GERAKAN lain, yang tidak berkuasa dan tidak mampu mengawal pemimpin Umno Pulau Pinang. "Ini hanya memudahkan Umno dengan angkuh membuat keputusan besar sesuka hati tanpa merujuk kepada GERAKAN," kata Lim dalam kenyataan semalam. Lim berkata Teng seharusnya membantu Pulau Pinang dan mengubar pendiriannya dengan menyokong pembinaan landasan kedua untuk PIA. Beliau mendakwa Putrajaya projek membina lapangan terbang baru dengan dua landasan di Kulim itu hanyalah usaha BN untuk membalas dendam kepada rakyat Pulau Pinang kerana menolak parti tersebut. "Tanpa menjawab dengan hujah logik mengapa beliau menentang landasan kedua di Pulau Pinang, Teng sebaliknya cuba mengalihkan perhatian dengan mempersoalkan pelaburan yang semakin menurun di Pulau Pinang, "kata Lim |
PKR mahu k'jaan dedah audit sistem radar Posted: 29 Jun 2014 03:21 AM PDT MALAYSIAKINI Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mendedahkan audit ke atas sistem radar penerbangan awam yang mungkin menjejaskan pencarian pesawat MH370. Nurul Izzah berkata, kelemahan dalam sistem tersebut dibangkitkan sejak 2012, lebih setahun sebelum MH370 hilang pada Mac lalu. Beliau merujuk kepada pendedahan satu dokumen yang kemudiannya disahkan oleh kementerian. Ia mendedahkan, sistem rada lapangan terbang Subang ditutup sepenuhnya selama dua jam manakala kawalannya dipindahkan ke Pulau Pinang. ""Kami telah meminta agar sistem udara Malaysia diaudit oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)... Sehingga hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah audit itu akan dilaksanakan. "Apakah jika audit tersebut dijalankan dan saranan baikpulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat. "Demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara ini, saya menyeru menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam," kenyataannya dipetik. Beliau juga menggesa Liow mendedahkan audit yang dijalankan oleh ICAO ke atas tahap keselamatan terminal baru KLIA2. ICAO meluluskan tahap keselamatan lapangan terbang tersebut, yang dibuka pada hujung April lalu. Beliau juga menggesa satu jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes MH37 memandangkan anggota keluarga penumpang dan anak kapal masih menunggu jawapan lebih tiga bulan lamanya |
DAP: Zahid tak layak jadi menteri dalam negeri Posted: 29 Jun 2014 03:20 AM PDT MALAYSIAKINI DAP menggesa perdana menteri segera menggugurkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Jemaah Menteri atau menukar portfolio menteri dalam negeri itu, yang dianggap sebagai pemimpin paling tidak sesuai untuk jawatan tersebut. Naib pengerusi DAP Teresa Kok berkata, Najib tidak menunjukkan sikap yang serius untuk melaksana transformasi kerana tidak menukar portfolio para menteri, termasuk Zahid. Beliau merujuk kepada tindakan Zahid semalam yang menyalahkan RSN Rayer dalam kejadian kepala lembu yang dicampakkany ke luar rumah ADUN DAP tersebut. Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini, "Jelas Zahid tidak tahu apa yang betul atau salah, dan sekali lagi persoalan timbul adakah beliau komited dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, keamanan dan keharmonian dalam negara ini. "Dalam tempoh setahun lebih Zahid telah membuktikan dirinya adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak sesuai dalam sejarah negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataannya itu juga merujuk pada kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini. Oktober tahun lalu, Malaysiakini melaporkan Zahid memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek kes jenayah ditembak terlebih dahulu sebelum siasatan dijalankan. Awal tahun ini, Zahid berkata ugutan sebuah NGO yang menawarkan wang untuk menampar Teresa bukan satu jenayah. Semalam satu portal berita melaporkan, Zahid menasihati Rayer supaya sedar bahawa kenyataan ADUN tersebut – yang menggelar Umno sebagai parti "celaka" – menimbulkan kemarahan orang ramai. Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer. "Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar," kata Zahid seperti dipetik dalam laporan portal berita tersebut. Kenyataan Zahid itu menimbulkan kecaman pelbagai pihak, termasuk dari komponen BN sendiri yang menyifatkan beliau sebagai menteri yang gagal memahami sensitiviti penganut agama Hindu. Ketua Biro Undang-undang dan hak asasi parti itu, Baljit Singh semalam berkata sebagai menteri dalam negeri, Zahid perlu memupuk keamanan dan keharmonian dan bukannya menggalakkan keganasan. |
5,000 Rakyat Malaysia Berpuasa Di Tanah Suci Posted: 28 Jun 2014 11:11 PM PDT MSTAR ONLINE Menurut sumber Tabung Haji, mereka akan berada di Makkah bagi menunaikan ibadat umrah dan berpuasa sepanjang Ramadan ini. Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan Ramadan bermula Ahad ini (29 Jun), sama seperti tarikh awal Ramadan di Malaysia. Umat Islam di tanah suci juga mula menunaikan solat sunat Tarawih malam ini. Beberapa rakyat Malaysia ketika ditemui di Madinah turut melahirkan penuh kesyukuran kerana dapat menunaikan ibadah puasa di Tanah Suci. Mohd Shah Che Ahmad, 26, dari Kuala Lumpur berkata, peluang berpuasa di Tanah Suci buat pertama kalinya amat bermakna kerana ia dapat mendekatkan dirinya kepada Allah. Beliau dijadual menunaikan umrah esok, selepas dua hari menziarah Madinah. "Azam saya untuk berpuasa di Tanah Suci akhirnya dimakbulkanNya. Saya berdoa semoga dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh keberkatan," katanya. Johari Ramli, 44, pula berkata, beliau berdoa supaya isteri, keluarga dan sahabat handainya juga kelak berpeluang menunaikan ibadat puasa di tanah suci. |
Posted: 28 Jun 2014 11:04 PM PDT Oleh Edry Faizal 'Seseorang itu miskin kerana malas' merupakan satu kesimpulan yang pastinya biasa didengar. Kadangkala tanpa cubaan menilai kembali sama ada pernyataan yang menjadi tiang bagi kesimpulan itu kukuh atau rapuh. Baik di sekolah mahupun di dalam masyarakat, kejayaan dikaitkan dengan kerajinan, kegagalan pula dengan kemalasan. Apabila masyarakat menjadikan kekayaan sebagai simbol kejayaan, kemiskinan akan langsung menggambarkan kegagalan. Kemudian kejayaan dan kekayaan itu seringkali dipamerkan sebagai usaha individu semata, kegagalan dan kemiskinan juga akan dilihat begitu. Kemiskinan tidak akan dilihat ada kena-mengena dengan sistem ekonomi, politik dan sebagainya, melainkan hal individu itu semata-mata. Lalu secara sedar atau tidak, lebih mudah kemiskinan itu terus dikaitkan dengan kemalasan kerana tumpuannya ialah individu. Ditambah semakin menjadi-jadi zaman ini, kayu ukur kejayaan sering dikaitkan dalam bentuk pemilikan harta. Mempunyai rumah agam meletakkan seseorang pada kasta lebih tinggi berbanding yang sekadar memiliki pangsapuri. Yang memiliki pangsapuri tentulah lebih tinggi kastanya berbanding sekadar menyewa. Oleh itu amat mudah untuk menyusup ke fikiran kasta lebih tinggi satu tanggapan, mereka tanpa rumah itu kasta paling bawah dalam sistem kejayaan. Jika demikian corak fikir masyarakat, di manakah kedudukan kelompok yang bukan saja miskin tetapi juga tiada tempat tinggal, sehingga terpaksa hidup bergelandangan? Sepertimana masalah kemiskinan, masalah gelandangan ada kerumitan tersendiri. Mengabaikan kerumitan itu menyebabkan mudah membuat kesimpulan kelompok terpinggir itu hanya mengada-ada. Hidup di bawah jambatan atau lorong-lorong kerana malas bekerja, memperbaiki kehidupan dan cuma mengharapkan bantuan. Tanggapan serong bertunas daripada corak berfikir pukul rata bahawa golongan miskin adalah kelompok pemalas. Baru-baru ini, tinjauan portal berita The Star memberikan gambaran jelas betapa masalah golongan gelandangan itu pelbagai. Ada yang dihalau keluarga kerana punyai anak di luar pernikahan. Ada disisihkan kerana kecacatan mereka menyebabkan mereka tidak dapat lagi berfungsi di dalam masyarakat. Ada ditipu dengan janji peluang pekerjaan lebih baik di bandaraya, kemudian menyedari hanya sekadar menjadi buruh murah. Malah turut dikisahkan ramai di kalangan mereka pernah dikecewakan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu. Tinjauan juga mendapati tidak sedikit yang mempunyai pekerjaan namun tidak mampu untuk menyewa walaupun sekadar bilik. Terpaksalah hidup gelandangan. Sekiranya diberikan pilihan, tiada siapa mahu hidup dalam keadaan sedemikian, namun kemiskinan dan penyisihan telah merobohkan pintu-pintu pilihan. Di saat aktivisme membantu golongan terpinggir itu kian rancak terutamanya di Kuala Lumpur, muncul menteri yang bertanggungjawab menyatakan bantuan makanan kepada golongan gelandangan ini hanya akan membuatkan mereka 'manja', atau bahasa lebih kasar 'naik lemak'. Kenyataan itu menampakkan gejala-gejala corak fikir yang disebutkan sebelum ini dipukul rata pada golongan gelandangan. Adakah pihak yang bertanggungjawab sudah lelah dengan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka? Apakah makna usaha-usaha baik jika tidak digerakkan dari sikap kebersamaan, empati dan kasih-sayang? Memberikan gelandangan peluang mengisi perut sungguhpun bersifat jangka pendek, dapat mengurangkan seksa kelaparan dan memberikan harapan bahawa kasih sayang kemanusiaan masih wujud. Harapan seringkali menjadi bius berkesan bagi menghadapi hari-hari yang menekan. Menganggap sumbangan itu akan menyebabkan gelandangan naik lemak, tidak mahu keluar dari kesempitan hidup menimbulkan pertanyaan. Apakah yang berkata itu pernah merasai kehidupan yang menghimpit? Apakah kehidupan terpinggir dan tersisih itu bagai syurga sehingga ramai lebih rela kekal begitu? Tidak dinafikan ada sesetengahnya tidak mahu keluar dari kehidupan sedemikian. Namun memukul rata kesemua mereka cenderung kekal begitu hanya kerana sesuap nasi jelas serkap jarang. Turut membimbangkan apabila menteri mula menyampaikan mesej menggesa semua sumber bantuan NGO-NGO biarlah disalurkan di 'tempat yang bersesuaian' dan bukannya di jalanan, terus kepada mangsa. Adakah itu secara halus mengingatkan agar segala sumber bantuan hendaklah melalui badan-badan yang ditetapkan negara, atau ringkasnya, diinstitusikan? Negara punyai peranan memastikan setiap warga dapat hidup bebas serta dapat mengamalkan hak-hak sebagai anggota masyarakat dengan bermakna. Salah satu cara mencapai hasrat itu adalah dengan membantu keluarkan mereka dari kancah kemiskinan yang mencengkam, melalui pengurusan kebajikan sesuai mengikut keperluan. Namun tiada sebab negara perlu memonopoli peranan kebajikan. Lebih-lebih lagi di saat ramai semakin skeptis dengan kemampuan pihak pengurusan institusi-institusi negara dalam hal itu. Sepatutnya masyarakat sivil digalakkan turut serta menyumbang mengikut cara-cara yang mereka rasakan baik, bukan apa yang pemerintah rasakan baik. Masalah gelandangan atau kemiskinan saling berkait dengan permasalahan ekonomi, kos sara hidup, eksploitasi pekerja, pendapatan, lambakan buruh asing, kecekapan sistem sokongan dan lain-lain. Seandainya sepiring nasi tidak dapat membawa mereka keluar terus dari permasalahan, sudah tentu sepiring nasi tidaklah begitu dasyat mampu memerangkap mereka di dalam permasalahan. Penyelesaian kepada permasalahan ini tentu sekali harus bermula dengan corak fikir dan cara pandang yang lebih tepat. Yang diperlukan bukan usaha 'basmi gelandangan' atas sebab sakit mata melihat mereka, kelompok terpinggir. Tetapi usaha agar saudara-saudara kita itu memperoleh hidup yang lebih bermakna. |
Perketat kawalan mercun, bunga api sebelum 'makan' mangsa Posted: 28 Jun 2014 10:54 PM PDT Bahan-bahan terlarang ini menjadi buruan peniaga untuk meraih keuntungan kerana permintaannya sangat menggalakkan. Kesempatan yang datang sekali-sekala ini tidak dilepaskan oleh peniaga mahupun pembeli. Di satu pihak, hendak kaut untung dan di satu pihak lagi, mahu bergembira kerana hari raya setahun sekali. Baru-baru ini, Kastam Kelantan merampas 424 kotak mercun bernilai RM305,811 di kawasan ladang kelapa sawit Felda Bukit Tandak, Rantau Panjang. Ini antara rampasan terawal sebelum tirai Ramadan disingkap. Itu belum lagi ketika umat Islam menyambut Ramadan dan ketika Aidilfitri hampir menjelma. Biasanya apabila 'semangat' hari raya mula terasa, dentuman mercun dan percikan bunga api mula kedengaran dan dapat dilihat di mana-mana di samping rampasan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Apabila masih kedengaran dentuman mercun dan terlihat percikan bunga api, bermakna ada bahan-bahan tersebut yang terlepas daripada jangkauan pihak berkuasa. Trend sekarang, di beberapa tempat, dalam majlis-majlis perkahwinan pun, mercun dan bunga api menyambut pengantin, riuh-rendah bercampur dengan paluan kompang. Ini bermakna bahan-bahan terlarang ini sentiasa ada dan boleh terlepas ke tangan orang ramai, sedangkan ia dikategorikan sebagai bahan bahaya. Usaha untuk menyekat kemasukan bahan-bahan terlarang ini sentiasa dilakukan terutama ketika hampir musim perayaan. Malah, di sempadan negara, kawalan ketat dipertingkatkan demi mengelak berlaku penyeludupan masuk bahan-bahan kawalan, yang bukan hanya membabitkan mercun dan bunga api, tetapi bahan-bahan lain terutamanya dadah. Pada 2013, Kastam Selangor telah mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api dipercayai dari China di Pelabuhan Klang. Pihak polis dan kastam di negeri-negeri yang berhampiran sempadan perlu bersiap sedia menghadapi aktiviti menyeludup bahan-bahan larangan ini ke negara kita berikutan permintaannya yang dijangka meningkat. Sesetengah pihak sudah menjadikan mercun sebagai pelengkap perayaan. Inilah yang menjadi masalah sehingga mercun sukar dibanteras. Di pihak peniaga pula, mereka akan meraih keuntungan lumayan daripada penjualan mercun dan bunga api. Malangnya, ramai yang tidak berfikir kesan daripada penjualan dan permainan mercun dan bunga api. Mengimbau beberapa kejadian, pada 26 Ogos 2010, seorang budak berusia enam tahun maut apabila stor menyimpan bahan letupan tersebut meletup di Terengganu. Pada 1991, sebuah kilang mercun di Sungai Buluh meletup dan terbakar mengorbankan 26 orang sehingga mendorong kerajaan mengharamkan mercun. Banyak lagi kes membabitkan mercun dan bunga api termasuklah kejadian putus jari tangan, muka lebam sana-sini, rumah terbakar dan sebagainya. Bagaimanapun, insiden-insiden ini seolah-olah tidak memberi pengajaran kepada orang ramai sebaliknya terus ghairah dengan bahan-bahan ini setiap kali musim perayaan tiba. Oleh yang demikian, pelbagai ikhtiar mesti dilakukan untuk membendung gejala bermain mercun dan bunga api. Ibu bapa berperanan penting memantau aktiviti anak-anak mereka sebaik sahaja musim perayaan bermula. Didiklah anak-anak supaya tidak membeli barang yang boleh mengancam keselamatan mereka dan harta benda. Nasihati juga anak-anak supaya tidak membeli mercun dan bunga api kerana ia satu pembaziran yang mesti dielakkan. Wang itu boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Pihak berkuasa pula mestilah memperketat kawalan. Apabila bahan-bahan itu sudah terlepas masuk ke dalam negara, pelbagai ikhtiar lain boleh digunakan untuk membendung gejala tidak sihat ini. Di kampung penulis, beberapa anggota polis berpakaian preman membuat rondaan pada sebelah malam. Apabila terserempak sahaja dengan budak-budak yang bermain mercun, mereka akan bertanya, dari mana mercun itu dibeli. Apabila budak-budak itu memberitahu, maka pihak polis menyerbu rumah peniaga mercun kemudian menahannya. Kaedah ini ternyata berkesan kerana dapat mengurangkan jumlah peniaga mercun secara haram. Selain itu, pelbagai kaedah lain mungkin boleh dipraktikkan termasuk menyerbu kedai yang disyaki menjual bahan-bahan larangan ini. Pengawalan dan penguatkuasaan terhadap bahan larangan ini sangat penting kerana lebih banyak kemudaratan yang dibawanya daripada 'kegembiraan' yang bersifat sementara |
Pekerja Restoran Terlampau.. Peluk & Usap Budak Perempuan 10 Tahun Posted: 28 Jun 2014 10:49 PM PDT KELAB REENBOCSeremban – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu. Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan. Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun. "Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan. "Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang," katanya. Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya. Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai. "Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut. "Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang," katanya. Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang. Sementara itu, Sinar Harian mendapati, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek mula disebarkan di laman Facebook, sejak Khamis lalu. Malah ia turut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku. |
Ulama tetap tunjang kepada PAS - Dr Khairuddin Posted: 28 Jun 2014 10:44 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR: Ulama PAS menafikan sayap utama parti Islam itu tidak agresif sehingga memperlihatkan ia 'tenggelam' berbanding dengan sayap-sayap lain. Sebaliknya Ketua Penerangan Dewan Ulama Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan sayap itu tetap memainkan peranan utama dengan mempunyai anggota di setiap dewan. "Ya, tetap...sebab PAS ini ada dua perkara iaitu politik dan juga dakwah. Dakwah tunjangnya ialah ulama, politik oleh kerana ini adalah politik Islam tunjangnya ialah ulama. "Sama ada mengawal, duduk di belakang atau di hadapan yang penting tetap memberi peranan besar dalam parti supaya mengawal agenda parti dan juga dasar-dasar parti," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos baru-baru ini. Justeru jelas beliau tidak timbul bahawa Dewan Ulama PAS tidak bergerak seiring dengan sayap lain iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. "Dewan Ulama mempunyai ruang yang sangat besar sebenarnya sebab ulama berada di semua posisi, dalam Dewan Pemuda ada ahli ulama, dalam Dewan Muslimat pun ada kalangan alimat dan dalam AJK Pusat ada ulama. "Bererti ulama kedudukanya lebih global, berada di mana-mana...ertinya suara mereka sampai samaada menerusi medium Dewan Ulama sendiri atau menerusi mesyuarat PAS Pusat kerana kita ada wakil di sana yang hadir yang menjadi AJK PAS Pusat. "Contohnya kita ada Tantawi (Nasrudin Hassan)sebagai AJK PAS Pusat dan AJK Ulama Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga AJK PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh selaku AJK PAS Pusat dan kita juga ada suara di peringkat dewan yang mana mereka sebahagiannya ustaz-ustaz yang bernaung di peringkat negeri masing-masing," katanya. Ulama PAS selesa bergerak di belakang tabir Selain mengisi peranan dalam parti ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus ini, golongan ulama dalam PAS turut berperanan penting dalam program berbentuk keagamaan. "Jadi ertinya suara ulama disampaikan dengan pelbagai wajah, itu suara di samping kita terlibat dengan program tarbiyah. "Kalau ceramah agama dan kuliah tentulah kita, tasbih haraki tentulah kita...siapa lagi yang boleh mengisi, usrah siapa yang naqib tentulah kita. "Jadi medium sebenarnya tersangat besar cuma sejauh mana dilihat ke depan itu persepsi, persepsi kerana melihat dewan hanya dewan sedangkan ahli dewan berada di mana-mana," katanya. Tambah Mohd Khairuddin, mungkin Dewan Ulama PAS nampak tidak berada di hadapan kerana sayap itu lebih selesa bergerak di sebalik tabir dengan menggerakkan gerak kerja parti. "Cuma kenyataan rasmi menerusi sayalah sebagai ketua penerangan, kalau dihihglight pandangan kita orang akan tahu...kalau tak highligh orang tak tahulah," katanya. Menurut beliau, Dewan Ulama PAS bertanggungjawab untuk menjaga dasar serta memberi nasihat kepada kepimpinan parti sekiranya perlu. "Pertama sekali Dewan Ulama ini dewan yang kanan, tugasnya untuk menjaga parti, dasar parti serta memberi nasihat kepada kepimpinan parti. "Sebab itulah kita yang paling concern ialah memberi pandangan kepada masyarakat sama ada kepada ahli parti atau pun umat Islam," katanya. Kata Mohd Khariddin lagi, sayap itu sentiasa bersuara dalam pelbagai isu terutamanya berkaitan dengan agama Islam. "Kita menerusi saya punya lajnah iaitu lajnah penerangan selalu bawa pelbagai isu dalam masyarakat dan isu itu selalunya kita paparkan di page Dewan Ulama PAS. "Jadi kalau nak tahu apa isunya boleh lihat isu-isu umat yang kita bawa dalam Dewan Ulama PAS Pusat," katanya. |
Kabinet membusung dengan 35 Menteri, tiada inisiatif dasar baru Posted: 28 Jun 2014 10:42 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Bagi Malaysia, sebuah negara dengan populasi penduduk 28 juta, kabinet dianggotai 35 menteri penuh dan 27 timbalan menteri 'begitu membusung' kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Katanya, keadaan ini tidak munasabah dibandingkan dengan tiga negara yang mempunyai populasi lebih besar tetapi hanya mempunyai 23 menteri kabinet, seperti United Kingdom dengan 63 juta rakyat, Amerika Syarikat 313 juta rakyat, malahan India yang mempunyai 1.1 bilion penduduk. "Atas dasar dan logik apa Malaysia yang mempunyai bilangan penduduk sedikit berbanding UK, USA dan India, tetapi mempunyai 50% lebih anggota kabinet? kata Guan eng dalam kenyataannya hari ini. Tambahnya, lebih malang lagi apabila pelantikan mereka tidak disertai sebarang inisiatif dasar baru seperti melawan rasuah, mengisytiharkan harta para menteri secara terbuka atau menamatkan tender runding terus dan memberi laluan kepada sistem tender terbuka. Selain itu, antara dasar yang gagal diupayakan termasuk penginstitusian dana tahunan untuk sekolah Cina dan Tamil, selain menumpukan sumber kepolisan untuk membanteras jenayah, agar rakyat bukan sahaja selamat, tetapi yakin mereka selamat. Kata Guan Eng, pelantikan seorang menteri Kabinet dari Gerakan, dua Menteri Kabinet MCA dan tiga Timbalan Menteri MCA hanya 'kejayaan peribadi', sebaliknya menewaskan kepentingan umum serta prinsip terhadap jawatan politik selain kekuasaan Umno ke atas BN. Tambahan, lantikan ke jawatan kosong tanpa portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuktikan pengaruh wakil MCA dan Gerakan terhadap dasar BN lebih kecil berbanding Perkasa. Walaupun MCA mempunyai tujuh kerusi parlimen berbanding empat dimiliki MIC, parti itu memegang portfolio berpengaruh seperti Sumber Asli & Alam Sekitar dijawat oleh Datuk G. Palanivel, sementara Kementerian Kesihatan dipegang Datuk S Subramaniam. "Orang ramai berharap supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya menggantikan beberapa menteri kabinet Umno untuk mengembalikan portfolio tradisional kepada MCA. Bagaimanapun, ini tidak berlaku," kata Guan Eng. Tambahnya, MCA tidak boleh mendakwa mereka diberi jumlah jawatan kabinet yang sedikit kerana mereka menang jumlah kerusi yang sedikit pada pilihanraya umum 2013. "Walaupun MCA menyelamatkan Umno-BN daripada kekalahan pada pilihanraya umum 1999, bilangan jawatan menteri mereka tidak bertambah, malah kekal sebanyak empat jawatan. "Jelas sekali MCA dilayan tidak lebih daripada pengemis politik dan memperolehi apa sahaja yang tersisa. Tidak dianugerah (jawatan) apabila menang besar, tidak pula dihormati apabila tewas," kata Guan Eng. Tambahnya, kemasukan semula MCA dan Gerakan ke dalam kabinet tidak akan membuat sebarang perubahan, sebaliknya hanya sandiwara politik yang bingit, 'membantah di luar, tetapi menikus diam di dalam'. "Jelas sekali dua MCA dan Gerakan tidak mengambil pelajaran daripada kekalahan mereka dalam pilihan raya 2013. Nampaknya tetap kembali kepada cara lama, tunduk patuh kepada kekuasaan Umno," tegas Guan Eng – Roketkini.com |
Buat aduan pada JPP jika tidak puas hati, ujar Johari Abdul Posted: 28 Jun 2014 10:37 PM PDT Oleh Shuhainiza Said SHAH ALAM: Mana-mana ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti itu perlu membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terlebih dahulu, bukannya terus membawanya ke mahkamah. Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul berkata, perkara itu boleh dibincangkan dan diselesaikan di peringkat parti, dan pihaknya mengambil perhatian sekiranya ia disuarakan. Terdahulu seorang ahli PKR, Nasharudin Md Isa, 51, dilaporkan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membatalkan keputusan Pemilihan PKR 2014, Cabang Ampang. "(Kalau) dia (Nasharuddin) rasa saya perlu ke mahkamah kerana tak telus, jadi saya akan (beri kerjasama) menjawab di mahkamah. "Kalau dia nak suruh saya lihat balik keputusan itu, dia patut datang kepada saya. Kita boleh bincang. Apa masalah dia dan apa yang dia tak setuju. Ini dia tak jumpa saya dan dia nak bawa ke mahkamah. Jadi kita tunggu di mahkamah," katanya. Tuntutan saman oleh Nasharuddin dibuat melalui firma guaman, Tetuan Partick Dass & Co. dengan menamakan Johari sebagai defendan pertama, JPP PKR sebagai defendan kedua manakala calon Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai defendan ketiga. Zuraida telah diisytiharkan memenangi jawatan tersebut oleh jawatankuasa berkenaan pada 11 Jun. Ahli PKR berkenaan berkata beliau membawa perkara tersebut ke mahkamah setelah dua bantahannya terhadap keputusan pemilihan cabang itu kepada jawatankuasa berkenaan tidak diambil tindakan lanjut. Johari bagaimanapun menafikan beliau menerima aduan dan bantahan seperti yang didakwa Nasharudin. "Tak ada. Yang saya ingat, tak ada (terima bantahan). Kalau dia tak puas hati, dia ada jawatankuasa rayuan yang dipengerusikan Datuk Kamarul. Anda tak rayu, kemudian terus ke mahkamah, kita ucapkan 'Good luck' kepadanya," katanya lagi. Tambah Johari, JPP tidak akan melayan tuntutan ahli PKR berkenaan yang mendesak agar proses pemilihan PKR Cabang Ampang yang diadakan 11 Mei lalu dan keputusan pemilihan yang diumumkan pada 11 Jun lalu agar dibatalkan. "Apa lokus-standi dia nak suruh saya batalkan. Apa masalah dia? Dia kena beri alasan.. kalau begitu, sesiapa yang kalah saja akan bawa ke mahkamah. Kalau begitu, jenuh lah. "(Keputusan) dikekalkan.. kecuali kalau dia boleh buktikan (ada penipuan). Itu pun dia tak kemukakan," ujarnya. Beliau dalam pada itu memaklumkan lembaga disiplin parti akan mengambil tindakan terhadap ahli PKR berkenaan kerana membawa tindakannya bertentangan dengan Fasal 44.1 Perlembagaan PKR. Fasal itu menyatakan 'Tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara parti ke mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotannya tergugur secara automatik'. Mengulas tingkas perkara itu, Johari tidak menolak keahlian Nasharuddin dalam PKR kini sudah terlucut. "Iya mesti..Kita ada peraturan dan perlembagaan," ujarnya lagi. |
Bacaan IPU semakin baik di kebanyakkan kawasan Posted: 28 Jun 2014 10:34 PM PDT ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Kebanyakan tempat di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras baik setakat 11 pagi ini. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 20 lokasi bagaimanapun merekodkan bacaan IPU sederhana termasuk Nilai (86), Pelabuhan Klang (77), Shah Alam (73), Petaling Jaya (70), Kemaman (69), Putrajaya (67) dan Cheras (62). Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. |
Colombia lawan Brazil di suku akhir Posted: 28 Jun 2014 10:33 PM PDT ANTARAPOS.COMRIO DE JANEIRO: James Rodriguez menjaringkan antara gol tercantik kejohanan, sebelum menambah gol kedua ketika membantu Colombia melangkah ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas menumpaskan Uruguay 2-0, sebentar tadi. Uruguay nyata tidak bermaya beraksi tanpa Luis Suarez, manakala Colombia menjadi pasukan yang perlu diberi perhatian apabila berdepan tuan rumah, Brazil pada suku akhir, Sabtu ini. Rodriguez meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-28 selepas menjaringkan gol cantik menerusi voli jarak jauh dan meledak gol kedua hasil rembatan jarak dekat, lima minit selepas babak kedua bersambung. - AGENSI |
DAP kutuk insiden kepala lembu, minta rakyat P Pinang bertenang Posted: 28 Jun 2014 10:26 PM PDT Roketkini.com GEORGE TOWN: DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang kepala lembu berdarah di hadapan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer pagi tadi. Setiausaha Agung merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan tindakan ini jelas satu cubaan untuk mengganggu keamanan dan keharmonian negeri dan telah menghina seluruh penganut agama Hindu. "DAP mengutuk tindakan gasar dan tidak bertamadun ini. Ia adalah usaha puak perkauman dan ekstremis untuk menakut-nakutkan penganut agama Hindu, serta mengancam ketenteraman dan keharmonian di Pulau Pinang. "Tidak berpuas hati dengan Rayer adalah satu perkara, tetapi dengan gunakan cara ini telah menghina satu golongan kaum dan agama. Kerana kita semua tahu ini adalah suci untuk orang Hindu," katanya yang jelas kecewa dengan kejadian tersebut. Sehubungan itu, beliau meminta seluruh rakyat Pulau Pinang agar menunjukkan soladiriti mereka dengan tidak termakan usaha jahat ini. "Saya menyeru orang ramai agar bertenang, hadapi perkara ini dengan semangat untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan," katanya lagi. Rayer yang turut bersama ketika sidang media berkata, beliau bergegas keluar dari rumah ketika dimaklumkan oleh isterinya berhubung apa yang berlaku, kira-kira jam 7 pagi tadi. "Saya terus hubungi polis dan Ketua Menteri untuk maklumkan perkara ini. "Saya kecewa dengan apa yang berlaku. Ini adalah tindakan biadap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya. Menurut rakaman CCTV, ia dilakukan pada jam 5.58 pagi, oleh seorang lelaki bermotosikal yang tidak dapat dikenalpasti kerana seluruh mukanya dilindungi topi keledar. Dalam pada itu, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak sebagai dalang di belakang tindakan ini. "Biar saya jelaskan, kami tidak mahu menuduh mana-mana pihak. Walaupun sejarah menunjukkan tindakan sama pernah dibuat puak pro-Umno pada tahun 2009," katanya, merujuk insiden yang berlaku di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam lima tahun lalu. Najib perlu bertindak Beliau juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar dapat mengambil tindakan bagi membendung aksi serta ucapan yang menggalakkan keganasan dan permusuhan. "Kita minta Najib ambil tindakan agar dapat membendung ucapan atau perbandingan yang nampaknya seperti menggalakkan keganasan, seperti yang beliau sebut sendiri (tentang ISIL). Apabila Zulkifli Noordin bercakap tentang 13 Mei (secara mengancam), juga tiada tindakan yang diambil," katanya lagi. Ketika mengulas kontroversi kalimah Allah baru-baru ini, Zulkifli Noordin mengungkit kemungkinan pengulangan tragedi 13 Mei 1969, manakala Najib sendiri membuat kenyataan menyeru ahli Umno mencontohi keberanian militan ISIL. – Roketkini.com |
Terus perjuang dasar bersama Pakatan untuk kekalkan sokongan rakyat Posted: 28 Jun 2014 10:24 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyeru semua parti dalam Pakatan Rakyat agar sentiasa mengutamakan dasar bersama Pakatan Rakyat, jika benar-benar ingin mendapatkan sokongan rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang. "Rakyat Malaysia ingin terus menyokong Pakatan dan ingin melihat kita menggantikan BN sebagai kerajaan. Namun ia bersyarat – Pakatan perlu menunaikan kepercayaan rakyat untuk mengutamakan dasar bersama (seperti yang dijanjikan). "Ini akan menjadi ujian besar untuk pimpinan Pakatan dalam DAP, PAS dan PKR, sama ada mereka berjaya mengatasi krisis serta menunaikan janji (untuk memperjuangkan dasar yang dipersetujui bersama) itu kepada rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau membangkitkan kejayaan Pakatan mendapat 52 peratus undi popular pada Pilihanraya Umum yang lalu – pertama kali dalam sejarah – berkat kerjasama utuh, terutama dalam memperjuangkan isu yang dipersetujui bersama. Awal tahun ini, isu pelaksanaan hudud sekali lagi menimbulkan pergeseran dalam Pakatan, terutama antara PAS dan DAP. Walaupun isu itu kini tidak lagi panas berbanding beberapa bulan sebelumnya, tiada siapa yang dapat menolak ia sekali lagi diperalatkan Umno BN untuk memecahbelahkan Pakatan, terutama menuju PRU ke-14 beberapa tahun dari sekarang. Mengulas lanjut, beliau membangkitkan kebimbangan yang semakin bertambah di kalangan rakyat, sama ada Pakatan akan mengikuti jejak yang dilalui Barisan Alternatif (BA) yang hanya mampu bertahan untuk satu PRU sahaja. "Adakah Pakatan akan sama seperti BA yang hanya berjaya bertanding dalam PRU 1999? Atau kita akan kekal bersama sebagai satu pakatan untuk bertanding dalam PRU ke-14, seterusnya menggantikan tempat BN di Putrajaya?," soalnya. Beliau berkata, Pakatan berjaya mengatasi krisis yang melanda pada akhir 2011, dengan menyelesaikan perbezaan antara parti dan membuat penegasan untuk terus memperjuangkan dasar bersama Pakatan dalam kenyataan bersama pada 28 September 2011. Maka, katanya lagi, tiada jalan lain selain meneruskan komitmen itu untuk masa akan datang, terutama bagi menghadapi PRU ke-14.-Roketkini.com |
Zahid Hamidi, Contoh Menteri Menghabiskan Beras!!! Posted: 28 Jun 2014 05:27 PM PDT shahbudindotcomBaru semalam Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin menyindir mengenai kabinet Najib Razak yang disifatkannya bersaiz XXL yang membuatkan rakyat berhak berharapan besar juga tetapi dibimbangi hanya menghabiskan beras saja. Dalam penutup tulisan di blognya, beliau menulis, "Oleh kerana Perdana Menteri suka besar, maka kita berhak berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah kabinet XXL Mohd Najib ini akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata. "Rugilah kita kalau kabinet XXl itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja." Malangnya hari ini, seorang menteri kanan dalam pentadbiran Najib sudah pun menunjukkan kedudukannya sekadar menghabiskan beras saja. Seluruh rakyat, pengundi Bagan Datoh, ahli UMNO, pengundi bukan ahli UMNO, pengundi tidak berparti, malah budak-budak sekolah patut malu dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi berhubung insiden kepala lembu yang didapati dilemparkan di hadapan rumah ADUN DAP RSN Rayer. Jauh dari menunjukkan sikap yang sewajarnya sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, Zahid sebaliknya menyifatkan kejadian itu adalah harga yang perlu dibayar kerana kecelurapan RSN Rayer sendiri sebelum ini. RSN Rayer sebelum ini mengundang kemarahan ramai pemimpin dan ahli UMNO berhubung ungkapan "UMNO Celaka" yang dilakukan dalam sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini. Meskipun ungkapan Rayer itu tidak seharusnya disokong atau dialu-alukan, tetapi membalasnya dengan melemparkan kepala lembu yang dianggap suci kepada penganut agama Hindu, memanglah agak keterlaluan. Ungkapan kesat dan meyakitkan hati, kalau pun mahu dilawan, seharusnya dibalas dengan ungkapan yang bermaksud serupa juga. Itulah politik. UMNO dan para peminpinnya juga pernah melemparkan tuduhan dan kata-kata tidak wajar kepada pembangkang seperti DAP komunis, PAS parti syaitan, Pas parti sesat dan sebagainya. Pemimpin pembangkang pula kemudian membalasnya dengan perkataan lain yang juga pedih maksudnya dalam ceramah-ceramah. Meskipun tidak diketahui siapa yang melakukan lemparan kepala lembu itu, tetapi lebih tidak wajar dan keterlaluan ialah sikap yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi, sebagai pemimpin kanan dalam dalam UMNO dan kerajaan ketika memberi reaksi. Menyifatkan kejadian kejadian meletakkan kepala lembu itu sebagai harga yang perlu dibayar atas keceluparan Rayer, tidak menunjukkan jiwa besarnya sebagai pemimpin dalam kerajaan. Malah ia seperti menyokong dan menyetujui perbuatan melemparkan kepala lembu itu. Zahid seharusnya sedar beliau adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, bukannya ketua cawangan, macai UMNO atau ahli JKKK tetapi komennya menunjukkan beliau tidak lebih dari itu standardnya. Memandangkan kepala lembu berkaitan dengan kepercayaan agama lain, sikap "menghabiskan beras" yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi tidak mustahil mengundang serangan balas daripada penganut agama Hindu kepada orang Islam pula. Jika ia berlaku atau berterusan berlaku, tentulah mengundang ketidakharmonian dalam negara yang berbilang kaum dan agama ini. Nampaknya belum pun lama kebimbangan ramai bahawa saiz kabinet yang besar yang dilakukan oleh Najib ini bukan saja tidak wajar, sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja, ia mula terserlah satu demi satu. Setelah sekian banyak penonjolan watak menteri yang menghabiskan beras yang sudah pun diketahui dan dibualkan umum sebelum ini, Zahid Hamidi kini merupakan menteri dan pemimpin kanan UMNO yang terbaru menunjukkan perwatakan seperti itu. |
Tangki bahan kimia bocor, R&R Tapah ditutup Posted: 28 Jun 2014 04:58 PM PDT Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahaya Madis berkata kebocoran dikesan berlaku pada satu daripada dua tangki lori berkenaan. "Tangki yang bocor adalah yang berkapasiti lapan tan dan cecair telah mengalir ke dalam longkang berhampiran. Pasukan bomba dan PLUS telah membuat sekatan di dalam longkang itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata injap pada tangki berkenaan telah ditutup namun kebocoran masih berlaku. Kejadian dilaporkan ke Balai Bomba dan Penyelamat Tapah pada pukul 12.58 tengah hari dan kini pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pasir Puteh di sini berada di tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan pembersihan, katanya. Jurucakap Plusline ketika dihubungi Bernama berkata kawasan R&R itu telah ditutup kepada kenderaan. "Jangka masa penutupan itu bergantung kepada kerja-kerja dan operasi kawalan serta pembersihan pihak bomba," katanya. Beliau berkata bagaimanapun setakat ini lalu lintas di laluan utama lebuh raya bergerak lancar. Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Tapah Insp Khairul Nizam Ismail berkata lori tangki tersebut disedari mengalami kebocoran apabila kenderaan itu mula memasuki lebuh raya selepas mengisi minyak di kawasan R&R Tapah. "Kebocoran dikesan sebelum kenderaan itu memasuki lebuh raya. Sebelum itu lori tangki tersebut berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak berhampiran R&R Tapah," katanya. |
Kula akan fail prosiding hina mahkamah terhadap IGP Posted: 28 Jun 2014 04:54 PM PDT MALAYSIAKINI Peguam M Kulasegaran berkata beliau akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kes hak penjagaan anak. Ia ekoran kegagalan untuk melaksanakan beberapa perintah Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung kes perebutan hak penjagaan anak antara agama, di mana Kulasegaran yang juga MP Ipoh Barat mewakili M Indira Gandhi. Perintah mahkamah itu termasuk satu perintah komital, satu waran tangkap terhadap bekas suami Indira - K Pathmanathan @ Muhd Ridhuan Abdullah - dan perintah supaya anak mereka, Prasana Diksa, dipulangkan kepada Indira. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bersama anak guamnya, Kulasegan menegur IGP, sebagai mungkin satu-satunya IGP di dunia, yang enggan melaksanakan waran tangkap, dan berkata keadaan Indira boleh diselesaikan dengan mudah jika Khalid menguatkuasakan perintah mahkamah. Katanya, tidak akan ada keperluan untuk Peguam Negara (AG) campurtangan jika perintah itu dikuatkuasakan. |
Tiga calon AJK Cabang Sepang dibatalkan Posted: 28 Jun 2014 04:52 PM PDT PETALING JAYA – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR membatalkan tiga nama calon dari bertanding Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang, 28 Jun ini. Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, nama mereka dibatalkan kerana melanggar peraturan pemilihan. "Ketiga-tiga mereka didapati melakukan tindakan yang melanggar pemilihan seperti mengoyak kertas undi," katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, semalam. Dalam pada itu, Johari berkata pemilihan PKR yang sepatutnya selesai sebelum Ramadan terpaksa dipanjangkan. Katanya, terdapat lima pemilihan semula di mana tiga akan diadakan pada 28 ini dan dua pada Ogos nanti. "Atas permintaan, kita setuju adakan pemilihan semula tiga cabang, Sungai Besar, Subang dan Sepang pada 28 dan 10 Ogos pula di Puchong dan Kelana Jaya," katanya. Dalam perkembangan sama, Johari berkata, PKR menerima kritikan secara terbuka daripada ahlinya termasuk membawa ke mahkamah berkaitan pemilihan parti. Ujarnya, ahli parti mempunyai saluran mengemukakan bantahan kepada Jawatankuasa Rayuan atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) jika tidak berpuas hati pada proses pemilihan. |
'Jangan naik cukai jika khidmat tidak memuaskan' Posted: 28 Jun 2014 04:51 PM PDT KUALA LUMPUR - "Jangan naikkan cukai taksiran jika perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih tidak memuaskan," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Menurut Nurul Izzah, kenaikan cukai pintu itu sepatutnya selari dengan peningkatan mutu perkhidmatan dan tahap kepuasan orang ramai terhadap pihak berkuasa tempatan itu. "Sebarang kenaikan harus sejajar dengan peningkatan perkhidmatan, adakah kita berpuas hati dengan perkhidmatan DBKL? "Adakah jalan raya dalam keadaan tip top ditar dan isu-isu lain yang berkait dengan perkhidmatan DBKL, sebenarnya tidak. "Saya harap DBKL khususnya menteri belajar daripada kesilapan lampau, apa pun proses perlu mendapatkan penglibatan dan pendengaran yang setimpal dengan warga Kuala Lumpur," katanya selepas Dialog Jenayah bersama penduduk Bangsar, di sini, malam semalam. Selasa lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan kadar cukai taksiran akan dihadkan kepada 10 peratus bagi perumahan dan 25 peratus bagi hartanah komersial. Katanya, pengumuman itu berdasarkan keputusan yang telah dipersetujui Kabinet baru-baru ini. Ditanya tentang kenaikan cukai taksiran tahun depan, beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang jaminan mengenai perkara itu. Mengulas lanjut, Naib Presiden PKR itu menggesa DBKL mengemas kini data pemilik hartanah dalam mengenal pasti antara untuk kegunaan sendiri atau komersil dapat dibezakan sebelum cukai taksiran itu dikutip. "Saya harap lebih telus daripada DBKL dan menteri, jangan salahkan PR dalam hal ini. "Kenaikan itu rasionalnya secara berperingkat dan harus setimpal dengan perkhidmatan yang konsisten. "Kenaikan itu harus ada sedikit rasional dan perancangan baik, bukan kata tidak boleh tingkatkan, pada saya tugasan DBKL itu patut bersyarat, selangkah demi selangkah sebelum pelaksanaan itu," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan