Jumaat, 27 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Malaysia VS Korea Selatan

Posted: 27 Jun 2014 01:10 AM PDT

S


Keadaan Korea Selatan dahulu….


Pendapatan Per Kapita di Korea Selatan dua kali ganda daripada Malaysia. Singapura, negara jiran kita 5 kali ganda daripada Malaysia. Kalau dahulu, sama-sama digelar negara Harimau Asia. Tetapi, sekarang apa dah jadi? Korea Selatan tumbuh gigi taring, negara Malaysia pula tanggal gigi. Sepatutnya semakin baik. Apa silapnya Malaysia?

Korea Selatan semakin maju dan jauh meninggalkan Malaysia. Singapura apatah lagi (negara yang tak punya apa-apa sumber dan tak habis-habis nak "minta sedekah dengan Malaysia). Tetapi apa faktor yang menyebabkan mereka jauh meninggalkan Malaysia.
  • Korea Selatan pinjam IMF semasa krisis kewangan tahun 1998
  • Indonesia pun pinjam IMF, lihat perkembanga ekonomi Indonesia sekarang?
Sama-sama kena tibai masa krisis kewangan Asia tahun 1998. 10 tahun kemudian Malaysia masih tak mampu nak membaikpulih sepenuhnya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dengan polisi yang ada sekarang?

Terpaksa kami cakap terus terang dalam beberapa isu di sini. Sebelum ini artikel-artikel kami, banyak yang kami tinggalkan dalam bentuk persoalan untuk sama-sama kita berfikir apa sebab musababnya Malaysia jadi begini? Negara lain dah melangkah amat laju ke hadapan. Kita di sini, masih lagi nak bergaduh dan terlalu banyak bincang perkara remeh temeh, bergaduh sesama sendiri, banyak buang masa dengan "timbulkan isu-isu yang boleh diibaratkan sampah sebenarnya" ataupun timbulkan isu diibaratkan ludah ke langit tetapi akhirnya kena ke muka sendiri. Hentikanlah……….
"Kalau ekonomi Malaysia yang baik, rakyat juga dapat tempias".
Yang yang kerja di luar negara sana, tak payah panggil, mereka sendiri akan datang balik ke Malaysia kalau ekonomi di Malaysia semakin baik. Ini bukan soal patriotik semata. Banyak sudut yang sepatutnya disemak dan diperbaiki semula.
Contonya seperti burung jantan, dia hendak pikat burung betina, apakah yang ia buat?? Antara salah satunya dengan cara membuat sarang yang cantik. Kalau ada sesuatu daya tarikan yang bagus, maka tidak mustahil hasil pulangannya adalah juga membanggakan.
Link dibawah menunjukkan indeks rasuah di Malaysia pada tahun 2009 yang mana sebanyak 4.5
http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2009/cpi_2009_table
Link dibawah ini pula  menunjukkan pada tahun 2010, indeks rasuah di Malaysia ialah 4.4
http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2010/results
Untuk menjadi negara maju, rasuahnya haruslah sangat minima, tiada negara maju di dunia yang kadar rasuahnya tinggi.
Indeks rasuah di Malaysia tahun 2010, Malaysia menduduki tangga 56 manakala Korea Selatan 39. Manakala Singapore di kedudukan teratas bersama Denmark dan New Zealand. Rasa-rasa andalah ada kaitan tak dengan tahap kemajuan Malaysia dibanding Korea berdasarkan ranking rasuah?


Korea Selatan lebih teruk keadaan dibanding Malaysia sebenarnya :
  • tiada sumber asli
  • politik tak pernah stabil
  • berapa kali mereka terpaksa tukar Perdana Menteri dan menteri dalam masa singkat. (Kebanyakan Perdana Menteri mereka terpaksa letak jawatan walau kesalahan orang bawah yang buat atau mereka sendiri di dakwa di mahkamah atas kesalahan yang mereka sendiri buat. Kuncinya di sini bukan siapa tetapi lebih kepada sistem, iaitu ketelusan)
  • terpaksa hadapi perang sampai hari ini
  • pulau & laut diambil Jepun
  • terpaksa harungi musim sejuk yang agak ekstrem
  • satu bangsa dua negara
Korea dalam usia 60 tahun dah bergerak maju ke hadapan, macam juga Russia & Taiwan yang dahulu mengambil masa sekitar 50-60 tahun. Apa yang membezakan Malaysia dengan Rusia/Taiwan/Korea Selatan?
Malaysia hanya bangsa Pengguna, manakala Korea/Taiwan itu BANGSA PENCIPTA. Itu sebablah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin jatuh dan jatuh
Di Malaysia banyak wang dihabiskan untuk memecahkan bangsa, bukannya mahu menyatukan bangsa. Banyak pertubuhan dan program-program yang ada di Malaysia menawarkan "khidmat mereka untuk memecahkan kepelbagaian kaum di Malaysia?
Baru-baru ini punya kes di Malaysia :
Pada 20 Januari lalu, sebuah pemerhati kewangan – Global FinancialIntegrity (GFI) – menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu. Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008. Aliranwang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.
Sebab apa ini? Duit banyak keluar maknanya banyak kegiatan haram di Malaysia yang tak menyumbang pada ekonomi. Antaranya sebab rasuah, duit panas. Jadi nak selamat mereka hantar duit keluar.




MALAYSIA dan KOREA kongsi lambang negara yang sama iaitu Harimau Belang tapi mereka di sana dah mula mengaum kuat. Korea Selatan ada industri kereta. Mereka dah dah eksport juta-juta setahun tetapi Malaysia? Hyundai contohnya dah lama masuk ke USA dan sekarang mereka masuk pasaran India pula. Itu tak termasuk barangan pengguna mereka yang gah pasarannya seluruh dunia. Kerajaan masih tak berani nak turunkan cukai kereta import yang sepatutnya Proton dah boleh mula berdikari, walaupun secara perlahan-lahan.  Itu sebab jugalah Proton berani pinjam Rm2.5billion dalam keadaan tak pernah untung. Kereta China yang bermula lambat daripada Proton pun sudah mula "menjelajah dan menawan dunia".

Sebab lain pun adala masalah pengurusan. Antara isu yang paling mudah, isu air. Sedangkan rakyat Johor sendiri bayar harga yang mahal iaitu seringgit lebih tapi Singapura hanya perlu bayar 3 sen sahaja untuk 1000 gelen air, sedangkan Hong Kong sendiri bayar USD5 dollar untuk 1000 gelen air yang disalurkan dari negara China. Macam mana tu? Siapa lagi cerdik?

Korea Selatan walaupun satu bangsa lihat semasa sidang parlimen mereka, ada juga bertumbuk dan bergusti :
South Korea's politicians descended into a large scale brawl, building a furniture blockade as the government pushed through the 2011 budget.  One GNP member was taken to hospital after being hit on the head with a gavel during the scuffle Photo: AFP/GETTY IMAGES
Rakyat di negara Korea Selatan walaupun sebuah negara maju, masih juga berdemo jika tidak puas hati dengan dasar-dasar tertentu daripada kerajaan Korea Selatan :


During the last holidays on May 2nd and 3rd, 2008 unusual incidents caught our eyes at the Cheonggyecheon Plaza. In the evening on the last May 2nd, unexpectedly massive citizens and netizens gathered together, lodging a protest against U.S. beef contaminated by mad cow diseases, at a candlelight vigil. Another candle demonstrations coloring the Cheonggyecheon Plaza red with red candlelights, were organized on the following day, and in May 6th evening, similar kinds of rallies were planned to be organized at Yeoido and the
Demontrasi sangat popular di sana untuk mereka menunjuk dan menonjolkan pendapat mereka. Tetapi mengapa negara mereka boleh juga maju?

Lihat Jepun sampai terpaksa tukar Perdana Menteri setiap 20 bulan, tak penah bersatu dan sukar nak sepakat dalam apa isu sekalipun. Lihat Taiwan pun hampir sama, begitu juga  dengan  Korea sampai pecah dua.

Tiada satu bangsa dalam dunia ini yang benar-benar bersatu, tetapi negara-negara seperti Korea, Jepun dan Taiwan ini jugalah yang boleh maju. Penyatuan bangsa bukan satu masalah besar untuk mereka…

Beranikah Najib Pecat Ceo Petronas?

Posted: 27 Jun 2014 12:55 AM PDT

shahbudindotcom
 
 
Ramai benar yang marah dengan kenyataan Ceo Petronas, Shamsul Azhar Abbas yang disiarkan dalam sebuah akhbar perniagaan The Edge yang disifatkan menggambarkan dirinya seorang yang lberal, tidak berjiwa Melayu dan tidak suka dengan campurtangan orang politik dalam tugasnya.

Tidak saja kecaman dan serangan bertubi-tubi ditujukan kepadanya, malah beliau turut diminta meletakkan jawatan jika isu Bumiputera dan bukan Bumiputera serta canpurtangah politik menjadi masalah kepadanya. Antara yang mahu beliau meletakkan jawatan ialah Perkasa yang disuarakan oleh Presidennya, Ibrahim Ali.

Dalam interbiu itu, dua isu pokok yang menjadi perhatian ialah berkenaan hak milik minyak dan gas serta campurtangan orang politik. Shamsul Azhar bertegas menyatakan bahawa minyak dan gas bukanlah hak milik Melayu dan Bumiputera semata-mata, tetapi adalah milik semua rakyat negara ini.

Katanya, Akta Pembangunan Petroleum dengan jelas menyebut bahawa minyak dan gas adalah hak milik rakyat Malaysia dan ia boleh jadi milik kerajaan, milik pembangkang atau sesiapa saja sementara Petronas hanyalah sebagai penjaganya sahaja.

Kenyataan ini dilihat oleh banyak pihak yang pro UMNO dan Melayu sebagai menunjukkan dirinya yang liberal dan tidak kuat jiwa Melayunya. Ramai yang melihat bahawa beliau tidak perlu pun menyebut hak milik siapa minyak dan gas di negara ini kerana semua orang sudah mengetahui dan memahaminya, cumanya sebagai seorang Melayu yang duduk di kerusi yang mempunyai peluang memajukan bangsanya sendiri, beliau harus mempunyai tekad, azam dan semangat ke arah itu.

Penegasan beliau secara terbuka itu dikatakan lebih bertujuan menggembirakan hati bukan Melayu dan menghalalkan tindakannya selama ini membawa masuk ramai bukan Melayu ke dalam syarikat minyak itu.

Mengenai campurtangan orang politik pula, Shamsul Azhar berkata, setakat ini bossnya (Najib Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campurtangan.

Dalam hal ini, beliau nampaknya tidak risau dengan campurtangan Najib kerana ianya tidak banyak, bukannya setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Beliau secara jelas mengakui ada campurtangan Najib, cuma tidak banyak dan mungkin hanya sesekali sahaja. Walaupun tidak banyak dan subjektif, beliau masih boleh menerima lagi canpurtangan itu.

Namun, dengan mengatakan orang di sekeliling Najib yang campurtangan, Shamsul memperlihatkan beliau rimas dengannya serta menganggapnya sebagai suatu gangguan kepada tugasnya. Mungkin Shamsu Azhar hanya mahu Najib yang campurtangan dan berurusan dengannya, tetapi bukan orang-orang keliling Perdana Menteri.

Dalam hal ini, Shamsul juga dikecam kerana seolah-olah lupa bahawa Petronas sendiri ditubuhkan melalui iltizam politik yang tinggi ketika era Tun Razak dengan mengarahkan Tengku Razaleigh Hamzah merangka Akta Pembangunan Petroleum itu. Ada juga yang mengatakan campurtangan politik memang tidak dapat dielakkan kerana akhirnya apabila timbul isu berbangkit mengenai Petronas di Parlimen atau di kalangan sesetengah kelompok rakyat, ahli politiklah yang bertanggungjawab untuk tampil ke depan memberi penjelasan dan jawapan.

Oleh itu, kata sesetengah pihak, campurtangan politik tidak boleh dinafikan seratus-peratus. Tambahan pula, jika Petronas bebas terus dari campurtangan politik, mungkin bahaya atau bala lain pula yang menimpa syarikat milik kerajaan paling kaya itu.

Berikutan keceluparan Shamsul Azhar itu yang sekaligus memperlihatkan warna dirinya yang sebenar, selain ramai yang memintanya meletakkan jawatan, ada juga yang mengusulkan agar Najib segera memecatnya.

Tetapi, oleh kerana Shamsul Azhar dijangka akan terus bertahan dengan hujah selagi Najib dan kerajaan mempercayainya, tidak sebab untuknya perlu meletakkan, maka jalan pintas paling mujarab yang disyorkan oleh banyak pihak pihak ialah agar Najib segera menggunakan kuasanya memecat Ceo Petronas itu.

Cumanya, mungkinkah Najib akan memecat Ceo Petronas itu?

Jika diimbas kembali, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau juga dilihat cuba bersikap lebih liberal daripada yang sewajarnya. Melalui dasar 1Malaysia, ucapan, kenyataan, bantuan dan apa saja yang dilakukan atas kapasiti Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi BN jelas memperlihatkan sikapnya yang lunak kepada bukan Melayu berbanding bangsanya sendiri.

Kalau ada pun tergambar sikit-sikit jiwa Melayu Najib hanyalah ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO setahun sekali.

Lagi bukan Melayu tidak menyokongnya, lagi terhegeh-hegeh beliau menawarkan bantuan dan habuan kepada mereka.

Jika Shamsul Azhar cuba bersikap liberal dan memperlihatkan jiwa Melayunya yang tidak kukuh, hati dan jiwa beliau sebenarnya adalah fotokopi kepada hati dan jiwa Najib juga. Shamsul Azhar adalah sehati sejiwa dengan Najib, orang yang dianggap bos oleh Ceo Petronas itu.

Dengan demikian, jangan mimpilah Najib nak pecat Shamsul Azhar walau sekian banyak desakan ke arah itu. Takkan orang liberal nak buang orang liberal. Sebab itu Pemuda UMNO yang juga liberal, diam saja.

Kenaikan Tarif Elektrik Naik 2014 TNB Siri 2 Bulan Julai? Kenaikan 24% hingga 39% 18 Bulan Daripada Sekarang!

Posted: 27 Jun 2014 12:53 AM PDT



tarif elektrik naik



Kenaikan Tarif Elektrik Naik 2014 : Paling rakyat takutkan adalah mendengar pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia, kedua adalah pengumuman kenaikan tarikf elektrik naik. Masakan tidak, kesannya rantaian cukup dahsyat ke atas kos sara hidup di Malaysia.

Kali terakhir, TNB melakukan semakan kenaikan tarif elektrik naik adalah pada Januari 2014 yang lalu di mana rakyat Malaysia mula "menikmati" peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh). Belum sempat….

Belum sempat rakyat Malaysia yang mengalami kesesakan nafas apabila menerima berita kenaikan tarif elektrik naik pada Januari 2014, dijangka akan ada satu lagi siri pengumuman kenaikan tarif elektrik naik sekitar bulan Julai 2014 akan diumumkan kelak.

Butiran Kenaikan Tarif Elekrtik Naik 2014 Siri 2

  • dijangka kenaikan tarif elektrik naik bermula bulan depan, Julai 2014
  • kenaikan tarif elektrik tersebut tidak dapat dielakkan kerana berpunca daripada peningkatan harga gas antarabangsa
  • ditambah dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif elektrik akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan
  • Januari hingga Jun, berlakunya kenaikan harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut
  • Tiada pilihan lain, iaitu merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini
  • Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh tetapi rakyat Malaysia hanya membayar tarif elektrik semasa 38.53 sen per kWh
  • jika tarif elektrik terus kekal seperti yang ada sekarang untuk beberapa bulan akan datang, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.
Dengan kenaikan tarif elektrik naik Julai 2014 kelak, bukan sahaja orang bandar sahaja bakal terkesan, orang kampung, peniaga, pengilang, pemborong, pelabur asing bakal merasai impaknya.
Para pengilang dan para peniaga paling banyak mengunakan elektrik, yang mana akan menyebabkan kos akan meningkat secara mendadak dek kerana bil elektrik yang melambung tinggi. Akhirnya barang dikeluarkan kilang, pemborong hingga peniaga runcit semua akan terpaksa dinaikkan disebabkan kenaikan tarif elektrik naik peningkatan kos.

Suasana pelaburan dan perniagaan bakal menjadi tidak kompetitif. Jikalau ada negara lain yang bakal menawarkan kemudahan yang lebih baik, apa guna mereka melabur di Malaysia?

Dan juga Berita Semasa melihatkan gaji rakyat Malaysia (KLIK SINI) yang tidak naik mendadak sedangkan tarif elektrik dijangka terus dinaikkan setiap 6 bulan? Bagaimana mungkin mereka mampu menyerap lonjakan kos sara hidup di Malaysia? Akhirnya kelak, daya beli rakyat Malaysia semakin berkurang, peniaga mula merasai kelembapan penjualan akhirnya cukai turut akan berlaku penyusutan.

Bil Elektrik Naik 2014

Tidak cukup lagi, untuk tempoh 18 bulan daripada sekarang, kenaikan tarif elektrik naik lagi secara berterusan antara 24% hingga 39% berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) . 

Sudah bersediakah rakyat Malaysia menghadapi satu lagi siri gelombang kenaikan tarif elektrik naik selepas ini?

Kisah Benar Kronologi Faizal Fazri Othman (Pengarah Imigresen Negeri Sembilan) Jumpa Muhammad Firdaus Dullah

Posted: 27 Jun 2014 12:46 AM PDT



Faizal Fazri Othman


Kisah Benar Kronologi Faizal Fazri Othman (Pengarah Imigresen Negeri Sembilan) Jumpa Muhammad Firdaus Dullah: Allah itu Maha Besar & Mahal Adil. Usah lagi beralasan rakyat Malaysia telah menyaksikan sendiri bagaimana anak OKU diperlakukan sebegitu rupa. Alasan hidup susah tak munasabah. Gaji RM1650 sebulan memperlakukan anak sebegini rupa? Alasan…

Alasan tidak tahu daftar anak OKU, Muhammad Firdaus Dullah di JKM? Alasan kena kerja tinggal anak OKU? Semuanya itu bukannya alasan.
  • Tetapi ada masa pula membuka akaun facebook Imashima Lola? Sukarkah untuk google untuk mencari maklumat andaikata terasa berat mulut untuk bertanya kepada orang ramai
  • Sukar atau tidak angkat phone tanya JKM sendiri?
Bagi Berita Semasa sendiri, ini bukan soal mampu atau tidak. Ini soal apabila ciri kemanusiaan & keibuan untuk memikul tanggungjawab sudah tidak lagi dan tidak tahan untuk jaga anak OKU sendiri.
  • bukan senang jaga OKU dan orang tua ni..
  • banyak kesabaran dan masa diperlukan..
Malangnya apabila sudah sebar satu dunia baru nak insaf? Jikalau lagi 10 tahun tiada siapa yang ambil peduli dan mengesan adik Muhammad Firdaus Dullah situ, apa jadi kepadanya selepas itu?
  • Jikalau Muhammad Firdaus Dullah tertinggal atas katil, tiada siapa yang akan marah.
  • Jikalau Muhammad Firdaus Dullah hyper sekalipun, letak dalam rumah yang tiada benda membahayakan pun boleh
Kenapa perlu kurung sampai bergelumang najis dan dibiarkan sampai kurus rangka?

Allah itu Maha Besar & Mahal Adil. Allah gerakkan hati Faizal Fazri Othman (Pengarah Imigresen Negeri Sembilan) dan pasukannya untuk pecah pintu rumah itu pun sudah kira bersyukur.

Menerusi video pertama sekali yang pernah dikongsikan (DI SINI) tersebar, kita dapat melihat bagaimana individu pertama yang menemui adik Muhammad Firdaus Dullah, 15, beristighfar beberapa kali sebaik sahaja melihat tubuh remaja OKU di salah sebuah bilik yang diperiksa penguatkuasa Imigresen pada 21 Jun 2014 (Hari Sabtu)
Individu tersebut adalah Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman.
Faizal Fazri Othman berkongsi pengalamannya ketika mula-mula melihat keadaan Muhammad Firdaus Dullah. Ternyata hingga ke hari ini, Faizal Fazri Othman masih berasa marah dan kecewa mengenang perbuatan dilakukan terhadap remaja OKU tersebut.

Kronologi Kisah Benar Faizal Fazri Othman (Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Jumpa Muhammad Firdaus Dullah

  • Ketika Muhammad Firdaus Dullah dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.
  • Malah paling menyedihkan Muhammad Firdaus Dullah ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.
  • Sehingga kini, saya (Faizal Fazri Othman masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya (OKU) dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.
  • Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.
  • Jadi saya melakukan operasi dan rumah Muhammad Firdaus Dullah merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.
  • Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.
  • Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.
  • Saya cuba memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.
  • Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.
  • Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang. Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.
  • Muhammad Firdaus Dullah sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.
  • Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Muhammad Firdaus Dullah yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.
  • Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.
  • Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.
  • Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.
  • Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Muhammad Firdaus Dullah?
  • Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.
  • Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
  • Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?
  • Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Muhammad Firdaus Dullah.
  • Mungkin Muhammad Firdaus Dullah akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.
  • Saya gembira lihat perubahan Muhammad Firdaus Dullah. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini…
  • Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).

Faizal Fazri Othman (Pengarah Imigresen Negeri Sembilan)

P/S : Tiada yang indah di Bulan ramadan dan syawal tahun ini buat saudara Faizal Fazri Othman kerana dapat menyelamat seorang insan OKU yg terbiar begitu besar pahala saudara tidak dapat di nilai.

Mengaku tidak bersalah hina Sultan Mizan

Posted: 27 Jun 2014 12:39 AM PDT


Nik Ahmad Ruknuddin mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghina Sultan Mizan melalui Facebook miliknya, semalam. Nik Ahmad Ruknuddin mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghina Sultan Mizan melalui Facebook miliknya, semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini, semalam terhadap tuduhan melakukan penghinaan ke atas Sultan Mizan Zainal Abidin melalui Facebook miliknya, tiga tahun lalu.

Nik Ahmad Ruknuddin Rabani Nik Arif, 27, dari Kubang Kerian, Kota Bharu didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli.

Tertuduh didakwa melakukan penghinaan ke atas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (ketika itu) dengan cara mengubah wajah Sultan Mizan.
Selain itu, tertuduh didakwa menggunakan gambar ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai gambar profil di dalam akaun Facebooknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Jun 2011, kira-kira jam 9 malam di Taman Shah Bandar, di sini.

Tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan pada 10 Julai depan untuk lantikan peguam.

Sebelum ini perbuatan seorang suspek dipercayai terbongkar apabila beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Terengganu FC yang ketika itu sedang berada di Taman Shah Bandar, pada 13 Jun 2011, telah menerima satu komen dari Rakyat Kelantan melalui telefon pintar mengenai gambar Yang di-Pertuan Agong yang telah diedit.

RUU Harmoni bukan tongkat sakti

Posted: 27 Jun 2014 12:36 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pada bulan Oktober 2013, saya menerima panggilan menyatakan bahawa saya telah dijemput untuk menyertai dalam sebuah badan yang dinamakan sebagai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara.

Tawaran dibuat dalam keadaan saya sendiri tidak mempunyai maklumat apakah tujuan dan matlamat majlis ini atau singkatannya MKPN dari sudut kuasa dan skopnya. Apa yang saya tahu, skop kerja utamanya ialah untuk perpaduan nasional.

Saya masih ingat, saya menerima panggilan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri itu semasa Muktamar PAS sedang berlangsung. Mereka meminta keputusan segera sebab Perdana Menteri akan memberi tauliah kepada kami ahli majlis dalam masa seminggu lagi.

Saya berbisik pada presiden PAS di atas pentas muktamar yang berlangsung di Shah Alam tentang tawaran ini sambil menjelaskan sedikit maklumat tentangnya.

Beliau bersetuju dan mengharapkan kehadiran saya dapat menyumbang kepada sikap PAS terhadap perpaduan nasional. Dengan persetujuan itu, saya segera memaklumkan bahawa saya akan menerima tawaran itu.

Selaku pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional untuk parti saya sejak tahun 2005, saya banyak terlibat mengoperasikan usaha perpaduan nasional dan menjelaskan sikap parti saya kepada isu-isu perpaduan.

Tugasan utama saya ialah menjadikan PAS sebagai parti pelbagai kaum dari segi strukturnya dan luaran pula menggarap isu yang menyinggung perpaduan dari sudut isu-isu kritikal dalam hubungan antara kaum dan agama di negara yang majmuk ini.

Ia membawa saya kepada pertemuan dengan pelbagai NGO dan pihak berkepentingan dalam isu seperti penggunaan kalimah 'Allah' dan ketegangan kaum.

Saya merakamkan pemahaman saya kepada isu perpaduan nasional dalam beberapa buku saya seperti Aren't we all Malaysian? dan Engaging Christianity: A Travelogue of Peace. Tulisan-tulisan saya yang lain pula banyak berselerak dalam beberapa portal berita.

Negara bangsa

Kerja saya membawa saya kepada tokoh-tokoh agama yang pelbagai dan bertemu dengan mereka serta menjelaskan kepada mereka beberapa perkara, antaranya bersedia berbincang secara terbuka dalam isu yang dianggap sensitif, meletakkan negara dan kepentingan membina perpaduan nasional dan paling utama ialah meletakkan asas untuk generasi akan datang mewarisi negara ini dalam keadaan terbaik.

Secara ringkasnya saya menekankan perlunya berfikiran negara-bangsa (nation building) dalam melihat segala isu yang mencabar kewujudan negara bangsa Malaysia.

Saya berkeyakinan bahawa negara ini tidak memerlukan kelompok ekstrim dalam menentukan masa depan negara.

Saya bersetuju dengan sahabat saya, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa ia bukan pertembungan parti-parti politik semata-mata akan tetapi persaingan antara kelompok ekstrim dan sederhana dalam menentukan posisi masing-masing dalam pelbagai isu kritikal.

Setiap kelompok pasti akan mempunyai jalur ekstrim kanan atau kiri dalam apa yang diistilahkan sebagai kelompok radikal dan konservatif.

Isu yang berlaku hanya merupakan peluang untuk menonjolkan identiti jalur pemikiran masing-masing dan lebih buruk lagi ialah jika penonjolan sikap ini adalah untuk mengeksploitasi suasana politik lalu meranapkan harapan generasi untuk menerima bahtera merdeka dalam kedamaian.

Menentang ekstrimisme

Negara ini memerlukan pendekatan sederhana untuk maju ke hadapan. Kesederhanaan adalah tabiat semula jadi yang mengimbangi kehidupan manusia dalam semua aktivitinya termasuk dalam beribadat.

Usaha mendamaikan ketegangan agama dan kaum di Malaysia sebenarnya adalah usaha meletakkan keseimbangan pada tempatnya kerana setiap kejadian Allah SWT adalah pada titik perseimbangannya termasuklah hubungan antara agama dan kaum.

Saya tidak mencipta perjuangan yang baru di Malaysia, saya cuma menegaskan asas yang sudah diterima beribu tahun yang lalu.

Sebagaimana generasi terawal berhadapan dengan berbagai kesukaran membawa risalah kesederhanaan, cabaran saya tidaklah terkecuali dan saya menerimanya sebagai motivasi untuk meneruskan jalan kedamaian ini.

Tugasan di MPKN

MPKN mula 'memperkenalkan dirinya' dalam isu rampasan Bible bahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

MPKN menyatakan sikapnya bahawa perampasan ini walaupun dengan autoriti atas alasan kalimah 'Allah' yang dipakai tetapi ia mesti dilakukan dengan hikmah dan bijaksana dan bukan secara 'rampasan'.

Kenyataan media sulung oleh MPKN ini setelah mesyuarat sidang penuh pertama diadakan menarik perhatian pelbagai pihak termasuk kelompok yang kurang mesra dengan kami.

Kenyataan itu dituduh sebagai pengaruh kelompok liberal dalam MPKN, namun pada waktu yang sama MPKN mula mendapat kepercayaan orang ramai bagi meletakkan harapan menyelesaikan isu-isu yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Dalam rangka menyediakan perancangan besar perpaduan nasional yang menjadi tumpuan utama kami, beberapa jawatankuasa diwujudkan untuk setiap kami berperanan dalam bidang masing-masing antaranya melibatkan pembangunan inklusif, belia, integrasi nasional, silang budaya dan perundangan.

Saya diberi mandat untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Polisi bersama dengan Lim Chee Wee sebagai timbalan saya.

Anggota majlis lain boleh terlibat secara sukarela dalam mana-mana jawatankuasa dan saya mendesak Saifuddin sebagai anggota wajib dalam jawatankuasa ini bagi membantu saya dan Lim.

Dengan mandat ini kami mengadakan mesyuarat pertama kami di bangunan Parlimen kerana pada waktu itu persidangan parlimen sedang berlangsung.

Fokus jawatankuasa

Tiada terma rujukan secara khusus tetapi dengan mengambil nama jawatankuasa ini kami menetapkan bahawa fokus kami ialah aspek perundangan dan polisi.

Perundangan ialah dengan melihat apakah rang undang-undang atau akta yang boleh memperkukuhkan perpaduan manakala polisi, kami lebih menumpukan kepada galakan dan insentif menjurus kepada pengukuhan dasar perpaduan yang sedia ada.

Mesyuarat seterusnya, kami mendapat rentak sedikit setelah mendapat maklum balas daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bahawa jawatankuasa kami ini perlu mendatangkan satu draf awal tentang Akta Keharmonian bagi menggantikan Akta Hasutan yang akan dihapuskan.

Mesyuarat bersetuju supaya Lim yang berpengalaman dalam bidang undang-undang menyediakan draf awal bersama pasukannya.

Draf awal itu membolehkan jawatankuasa kami meneliti dan memulakan perbincangan awal bagi menghasilkan draf untuk tatapan awam. Mesyuarat selanjutnya lebih tertumpu kepada perincian dan penambahbaikkan draf awal tersebut.

Penglibatan awam

Saya menegaskan bahawa sebagaimana isi kandungan draf awal perundangan perpaduan itu penting, proses penglibatan awam juga sama pentingnya. Kami mendapat satu konsensus bahawa jika rang undang-undang (RUU) ini hendak dibawa, ia hendaklah menjadi RUU pertama yang mendapat mandat majoriti rakyat, kami mahu namakan RUU ini sebagai RUU rakyat (people's bill).

Alasannya jelas, oleh kerana RUU ini akan melibatkan kepentingan semua pihak dan bagi memelihara perpaduan nasional maka mereka mesti merasakan bahawa mereka adalah komponen terpenting.
Ia menjadi satu piawaian ke hadapan di mana selama ini tiada konsultasi awam berlaku dalam membawa sebarang RUU baru ke Parlimen.

Saya mahu politik baru yang kami perjuangkan ada nilai tambah lewat proses konsultasi. Sememangnya itulah yang berlaku, setelah draf awal dianggap agak bersedia untuk dikemukakan, bermulalah proses pendengaran awam yang selama ini tidak pernah dilakukan.
Langkah awal ialah pengumuman draf awal dalam lawan sesawang NUCC untuk akses awam. Kedua ialah menjemput pihak berminat untuk kami bentangkan dan ketiga melibatkan media untuk menguar-uarkan idea RUU ini.

Saifudin khususnya telah menulis dalam kolumnya di Sinar Harian, saya dan Lim sibuk mengadakan kenyataan media dan hingga kini kami telah berjaya mengadakan pertemuan makan tengah hari bersama media bagi memperkenalkan ide RUU ini. Kami juga bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam mendiskusikan draf ini.

Respons

Kelompok yang respons terdiri daripada yang berhati-hati tetapi optimis dan ada juga yang bersikap pesimistik dan tidak kurang juga yang menolak kesemuanya dengan alasan kita tak perlu lagi undang-undang dalam menguruskan isu hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Kami mengambil kira semua permasalahan ini dengan sikap terbuka dan sepatutnya ia begitu kerana namanya adalah draf dan ia bukannya muktamad.

Walaupun begitu saya menegaskan dalam pelbagai wawancara media bahawa komentar dan pandangan tidaklah untuk mengundurkan kita ke belakang apatah lagi menggagalkan usaha memperkenalkan undang-undang baru ini.

Dengan kesedaran ini, kami bergerak dengan penuh yakin walaupun tiada contoh awalan yang menjadi petunjuk kepada kami. Dengan itu sebuah draf RUU yang bernama Akta Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi diperkenalkan kepada rakyat Malaysia.

Idea RUU Keharmonian Nasional

Draf awal berkembang kepada bentuknya hari ini dengan mengambil kira beberapa konsep.

Konsep pertama ialah undang-undang yang melibatkan kebencian kaum dan agama yang terbit daripada ucapan yang boleh mencetuskan keganasan. Ia dikenali sebagai idea 'hate speech' yang dianggap sebagai satu jenayah.

Kedua ialah konsep antidiskriminasi bagi mendidik rakyat erti kesaksamaan di hadapan undang-undang dan larangan membezakan warganegara ini atas kaum, agama, keturunan, tempat lahir dan jantina serta ketidakupayaan fizikal.

Ketiga dan terakhir ialah mewujudkan remedi awam untuk setiap individu yang merasakan dirinya didiskriminasikan atas alasan-alasan di atas melalui sebuah Suruhanjaya Keharmonian Nasional.

Itulah tiga konsep tentang tujuan utama terbentuknya draf undang-undang ini.

Elemen penting dalam RUU ini ialah sifat punitif kepada sesuatu yang boleh mencetuskan permusuhan agama dan kaum melalui ucapan dan tindakan manakala yang lain lebih kepada penegasan dan ruang kepada awam untuk mendapat penyelesaian melalui Suruhanjaya yang diberikan autoriti mediasi dan adjudikasi.

Kebimbangan

Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan muncul dalam suasananya yang unik di mana asas kewujudan negara ini dilembagakan dalam artikel utama perlembagaan negara.

Artikel penting yang dimaksudkan ialah kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Ramai pihak yang bimbang adakah dengan RUU ini akan menjejaskan ketiga-tiga artikel penting ini dan adakah ia akan menjejaskan sebarang bentuk dasar mementingkan pembelaan Melayu dan Bumiputera yang boleh dianggap sebagai tindakan diskriminasi.

Isu meritiokrasi dijadikan sebagai hujah bahawa jika undang-undang ini berkuatkuasa, Melayu khusus di luar bandar yang perlu pembelaan akan terus terpinggir.

Ada pula yang menganggap Islam akan terjejas kerana diletakkan sebagai satu jenayah jika sebarang kenyataan boleh dianggap melahirkan kebencian, apakah kebencian itu jika ia merupakan satu hak? Tidak kurang juga yang merasakan undang-undang baru ini seolah menyekat kebebasan bersuara.

Memahami RUU Keharmonian Nasional

Pertama, nama undang-undang ini dipositifkan kepada matlamat yang hendak dicapai iaitu keharmonian dan rekonsiliasi berbanding dengan nama sebelumnya yang cuba menyelesaikan isu memelihara perpaduan dengan nama Akta Hasutan.

Setelah merdeka sekian lama, rakyat Malaysia seharusnya bersedia melihat isu perpaduan dalam rangka yang lebih spesifik dengan menjadikan punca utama kepada tercetusnya kebencian dan permusuhan sebagai satu jenayah sama ada ia berbentuk ucapan ataupun tindakan.

Kalau dalam akta hasutan isu perpaduan lebih mengutamakan apa yang dikehendaki oleh pemerintah tetapi dalam undang-undang baru ini pemerintah juga bertanggungjawab bagi memastikan keharmonian nasional tercapai.

Keperluan menghapuskan Akta Hasutan semakin terdesak apabila akta ini dibentuk oleh penjajah British bagi berhadapan dengan pejuang kemerdekaan.

Akta Hasutan 1948 bermentaliti hubungan tuan dan hamba manakala undang-undang baru ini bermentalitikan sebuah negara yang merdeka dan ingin membentuk masa depannya sendiri dengan menghukum para perosaknya.

Kepada mereka yang mahu mengekalkan Akta Hasutan, saya ingin bertanya apakah mereka mahu negara ini terus bermentalitikan pemikiran kolonial dalam menguruskan soal perpaduan di negara yang sudah merdeka sejak tahun 1957?

Memelihara asas

Dengan penuh sedar kepada asas negara, kami mendrafkan perundangan baru ini dengan mengambil kira kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kesemua peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berkenaan hal tersebut terpelihara melalui pengecualian dengan memberikan intepretasi bahawa ia adalah konsisten dengan peruntukan perlembagaan.

Malah konsep anti-diskriminasi itu sendiri hanya menegaskan lagi artikel 8 dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa setiap warganegara ini dianggap sama di hadapan undang-undang dan mereka tidak boleh dibeza-bezakan atas alasan, kaum, agama, keturunan, tempat lahir, dan jantina. Kami cuma menambahkan satu lagi alasan diskriminasi iaitu ketidakupayaan fizikal.

Persoalan diskriminasi ditakrifkan mengikut dua bentuk diskriminasi yang terpakai oleh perundangan iaitu diskriminasi positif dan diskriminasi negatif.

Ia perlu untuk membezakan sesuatu diberi keutamaan secara positif atas keperluan, konteks dan pengkhususan tertentu manakala yang negatifnya ialah dalam ketiadaan alasan yang diberikan di atas seseorang dibeza-bezakan tanpa sebab.

Orientasi seksual

Dalam draf yang dicadangkan, alasan pembezaan bawah kategori jantina atau gender disebut perkataan 'orientasi seksual'. Kami terbuka dalam kritikan terhadap orientasi seksual ini, malah ia menjadi tajuk panjang dalam perbahasan kami pada siri-siri mesyuarat yang dijalankan.

Walaupun demikian roh yang ada dalam draf ini sebenarnya lebih kepada soal pengambilan kerja supaya seseorang tidak didiskriminasikan kerana orientasi seksualnya.

Dengan mengambil kira secara permukaaannya, implikasinya pula amatlah besar kerana ia menyentuh soal pengiktirafan dan ini boleh menimbulkan pelbagai polemik.

Sebagaimana yang saya nyatakan, isu ini masih terbuka kepada kritikan dan perbahasan, ia bukan muktamad dan boleh ditambah dan dikurangkan dengan respon yang kami terima.

Tak perlu undang-undang?

Tanggapan ini pula mengandaikan bahawa lebih banyak undang-undang tentang hubungan kaum dan agama dibuat, lebih banyak penindasan berlaku dan akan lebih tidak demokratik sesebuah masyarakat itu.

Tanggapan ini betul pada satu segi tetapi tidak tepat jika diterima bulat-bulat.

Ini memandangkan kepada faktor sebenarnya yang menyumbang kepada penindasan dan tidak demokratik itu bukanlah undang-undang tetapi pendakwaan terpilih dan sikap pemerintah yang mahukan status-quo.

Dengan merumuskan kononnya kita tidak perlu kepada undang-undang keharmonian di atas alasan ini, ia seoalah-olah berkata kita tidak perlu lampu isyarat lagi hanya kerana ia sering rosak.

Seterusnya, masyarakat awam perlu memahami bahawa draf RUU ini bukanlah tongkat sakti yang ada jawapan segala-segalanya.

Kami memahami keterbatasan inisiatif ini dan sedar bahawa jurisdiksi kami amatlah terbatas. Kami tidak berkuasa atas pendakwaan terpilih dan usaha pendemokrasian yang lembap dan begitu juga soal menimbulkan kesedaran perpaduan yang lebih besar.

Aspek lain bagi melahirkan masyarakat yang sedar dan menolak budaya cetusan kebencian kaum dan agama serta menolak amalan membeza-bezakan manusia perlu dimainkan peranannya oleh aspek lain yang luar dari kerangka perundangan iaitu pendidikan.

Walaupun perundangan itu sebahagian daripada pendidikan namun kematangan dan kejelasan berfikir setiap warganegara adalah benteng utama menjayakan misi keharmonian nasional dan rekonsiliasi ini.

Zaman kini bukan lagi zaman kita dipaksakan apa yang orang lain mahu, ia zaman yang menentukan apa yang kita mahu. Draf RUU Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih apa yang mereka mahu.

Sekian lama kita dihantui hubungan antara kaum dan agama yang mencabar asas kewujudan negara ini, kini sudah tiba masanya rakyat membuat pilihan yang tepat untuk membina Malaysia ke arah yang lebih baik.



MUJAHID YUSOF RAWA ialah pengerusi Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Polisi, Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional.

Petua puasa ketika jerebu, El Nino

Posted: 27 Jun 2014 12:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.

Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.

"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.

Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.

Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.

Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.

Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.

Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.

"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.

Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.- Bernama

Brahim’s tanggung kebajikan, kos rawatan

Posted: 27 Jun 2014 12:29 AM PDT


Ainul Hasnizam ketika melawat Firdaus. Ainul Hasnizam ketika melawat Firdaus.


SHAH ALAM – Syarikat Brahim's Airline Catering Sdn Bhd yang juga majikan ibu kepada remaja teraniaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kurus dan kebuluran di sebuah rumah pangsa di Nilai baru-baru ini, mengesahkan akan memberi bantuan yang diperlukan anak-anak wanita tersebut selama ibu dia menjalani tempoh reman.

 Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ainul Hasnizam Abu Hassan berkata, sebagai permulaan, pihak  syarikat akan menyumbang RM5,000 kepada Lola bagi membiayai perbelanjaan yang perlu bagi wanita itu dan anak-anaknya sekiranya dibenarkan keluar dari tahanan.

"Sumbangan  akan diberikan selepas dia keluar dari tahanan reman. Dia juga akan diberi cuti khas selama sebulan bagi memberi peluang dia menguruskan masalahnya," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, syarikat berkenaan mengesahkan tidak mempunyai maklumat mengenai ibu mangsa yang mempunyai seorang anak orang kelainan upaya (OKU).

Sebagai polisi syarikat yang prihatin terhadap masalah pekerja, Brahim's Airline Catering membuat langkah susulan bagi membantu ibu Muhammad Firdaus dengan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Pihak syarikat telah berhubung dengan JKM dan mengadakan lawatan ke Hospital Seremban bagi melihat sendiri keadaan Muhammad Firdaus pada hari Isnin dan kelmarin.

"Melalui perbincangan dengan JKM juga, pihak syarikat menyatakan akan menanggung segala perbelanjaan rawatan hospital remaja berkenaan," menurut Ainul Hasnizam.
Dalam pada itu katanya, pada Isnin lalu wakil syarikat juga mengadakan pertemuan dengan Norfitri Radius, 42, iaitu bekas pengasuh Muhammad Firdaus.

Menurutnya, berhubung persoalan pengasuh, wakil syarikat juga telah membuat perbincangan dengan JKM yang mana pihak syarikat menyatakan akan membayar kepada mana-mana pengasuh perbelanjaan untuk menguruskan anak-anak wanita tersebut selama ibu mereka direman.

Selepas tempoh reman, pihak syarikat berkemungkinan akan mengadakan perbincangan semula berhubung langkah atau bantuan seterusnya yang difikirkan wajar oleh pihak syarikat.

Kini Muhammad Firdaus dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban serta dilaporkan stabil dan semakin pulih.

Elektrik putus ketika kira undi cabang Khalid

Posted: 27 Jun 2014 12:23 AM PDT

MALAYSIAKINI




 


PKR mengakui bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan kertas undi melibatkan cabang Kuala Selangor, yang menyaksikan tewasnya Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ketuanya, pada awal pagi Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul bagaimanapun menolak spekulasi bahawa JPP "ada peranan" dimainkan dalam insiden yang berlaku sewaktu pengiraan undi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat sedang berlangsung.

"Kita menolak spekulasi bahawa ada peranan dimainkan JPP. (Dakwaan) itu tidak benar.

"Kejadian tidak hanya berlaku di ibu pejabat PKR sahaja, tapi seluruh blok di Tropicana," katanya dalam sidang media hari ini.

Johari berkata sejurus selepas berlakunya insiden itu, pihaknya telah mengarahkan petugas, pengawas, wakil calon meninggalkan pusat pengiraan selepas langkah-langkah keselamatan diambil termasuk mengambil gambar dan tidak mengusik kertas undi.

Pihaknya juga terus menghubungi TNB bagi melaporkan insiden yang berlaku dan segera menyambung bekalan elektrik yang terputus.

Katanya, bekalan elektrik disambung semula jam 2 pagi dan pihaknya menyambung semula proses pengiraan.

Menurutnya lagi sewaktu insiden itu berlaku, JPP sedang dalam proses mengira kertas undi bagi jawatan MPP di mana beliau difahamkan Khalid "mendahului" pencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

"Undi bagi jawatan di cabang masih belum dikira," katanya yang juga ahli parlimen Sungai Petani.

Pemilihan semula 3 cabang esok

Johari berkata beliau dimaklumkan satu substesyen TNB berdekatan blok bangunan itu rosak menyebabkan keseluruhan blok bangunan itu terputus bekalan elektrik.

Mengulas penangguhan pemilihan semula cabang PKR Kelana Jaya dan Puchong - yang sepatutnya berlangsung esok kepada 10 Ogos - Johari berkata pihaknya perlu menyediakan keperluan logistik
petugas yang bertugas diambil luar Selangor.

Malah, sambutan Ramadan pula dijangka pada 29 Jun dan mereka tidak sempat untuk pulang menyambutnya bersama keluarga.

Apatah lagi dua cabang mempunyai ramai ahli dan terdapat permohonan daripada calon-calon yang bertanding meminta supaya tarikh itu ditangguhkan.

"Sebagai JPP kita fleksibel, demi untuk keadilan untuk calon-calon dan anggota untuk membuat pemilihan. Walaupun kita tak gembira, tapi kita juga buat pertimbangan," katanya.

Tiga cabang Sepang, Subang dan Sungai Besar akan mengadakan pemilihan pada esok, tambahnya.

Manakala empat di Sabah - Tenom, Pensiangan, Keningau dan Papar. Sementara di Sarawak ialah Batang Sadong, Julau, Kapit, Limbang dan Sarikei.

"Cabang di Sabah dan Sarawak tiada penangguhan. Sementara saya jangka pemilihan di Subang dilihat menarik," katanya.

Beliau menjangkakan keputusan rasmi akan diperolehi pada 12 Ogos depan - sebelum Kongres PKR yang berlangsung pada 22 Ogos.

Mahkamah syariah dengar permohonan IGP Isnin

Posted: 27 Jun 2014 12:20 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Permohonan menggantung arahan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban supaya polis membantu kes seorang bapa mualaf dalam perebutan hak jagaan anak daripada bekas isteri Hindunya akan didengar pada Isnin.

Permohonan itu difailkan oleh tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co bagi pihak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak polis.

Peguam Azmi Rais berkata permohonan itu difailkan semalam dan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban menetapkan Isnin ini untuk mendengarnya.

"Firma kami dilantik oleh Pejabat Peguam Negara untuk mewakili IGP dan polis dalam pertikaian ini," katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sebelum ini mengeluarkan arahan supaya polis membantu N Viran @ Izwan Abdullah mendapatkan anaknya.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau akan memfail menjadi pencelah dalam dua kes perebutan anak di Seremban itu dan kes M Indira Gandhi di Ipoh.

Beliau juga akan memohon menggantung arahan mahkamah.

Tiada tolak ansur penjawat awam terlibat militan

Posted: 27 Jun 2014 12:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berikrar bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota penguatkuasa yang didapati terlibat dengan aktiviti militan dan disyaki khianat kepada negara.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau kewujudan sebarang elemen khianat kepada negara di kalangan anggota penguatkuasa kerajaan.

"Kita tak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau penguatkuasa agensi penguatkuasaan.

"Yang lalu kita telah menahan seorang anggota TLDM (tentera laut) dan saya telah beritahu mana-mana pegawai dan anggota agensi akan terus dipantau.

"Pemantauan itu yang memberhasilkan seorang anggota polis ditahan kerana menjadi tali barut," katanya pada sidang media di Putrajaya, tengah hari ini.

Ibu remaja OKU didakwa di mahkamah sesyen

Posted: 27 Jun 2014 12:16 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.
  
Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh .
  
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.
  
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.
  
Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.
  
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.
  
Muhammad Firdaus dijumpai dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, Sabtu lepas.
  
Remaja malang itu ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman ketika operasi bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
  
Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan.- Bernama

Asrama UIA di PJ terbakar

Posted: 26 Jun 2014 04:50 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Asrama lelaki kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya terbakar kira-kira jam 3 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul mengesahkan pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 3.02 petang.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Seksyen 7 tidak jauh dari situ tiba kira-kira 10 minit kemudian dan berjaya memadamkan kebakaran pada jam 3:46 petang.

Menurut Sani kebakaran di kolej kediaman Mahallah Abu Bakar itu dipercayai bermula apabila tilam-tilam yang diletakkan di ruangan membasuh asrama terbakar.

"Tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

"Punca kebakaran dan kerugian masih disiasat," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Mkini mahu pesuruhjaya kehakiman tarik diri

Posted: 26 Jun 2014 04:48 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Malaysiakini memfailkan permohonan supaya pesuruhjaya kehakiman Datuk Kamaluddin Md Said menarik diri daripada pendengaran saman Datuk Seri Najib Razak dan Umno terhadap portal itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan itu difailkan pada Selasa lalu. Pengurusan kes ditetapkan pada 8 Julai.

Mkini Dotcom, pengendali Malaysiakini, bersama Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan dan Ketua Pengarang Fathi Aris Omar, mahukan kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi dan bukan pesuruhjaya kehakiman.

Permohonan juga dibuat supaya prosiding semasa ditangguhkan sehingga permohonan itu didengar.

Alasan permohonan itu ekoran kebimbangan berat sebelah yang nyata dalam tindakan undang-undang yang diambil oleh Umno melalui setiausaha kerjanya Datuk Abdul Rauf Yusof dan Najib (kiri) yang juga presiden Umno dan pengerusi parti pemerintah BN.

Defendan berkata, terdapat kebimbangan bahawa pesuruhjaya kehakiman tidak mendapat ketentuan tenure dalam tempoh perkhidmatan mereka kerana kedudukan mereka sebagai hakim Mahkamah Tinggi belum disahkan.

"Menurut Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim Mahkamah Tinggi akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri.

"Pelantikan yang arif sebagai seorang hakim dalam tempoh sebelum pilihan raya umum akan datang akan bergantung kepada plaintif kedua merestui pelantikan tersebut," menurut notis permohonan itu.

Notis itu juga menyebut, walaupun pesuruhjaya kehakiman dilantik oleh Agong ia mesti atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan ketua hakim negara.

Gan (kanan) dalam afidavit sokongannya berkata kebebasan badan kehakiman satu prinsip perlembagaan.

"Kebebasan badan kehakiman merupakan prasyarat terhadap kedaulatan undang-undang dan jaminan asas perbicaraan yang adil," katanya.

Najib dan Abdul Rauf memfailkan sama awal bulan ini, ekoran komen pembaca Malaysiakini di ruangan "Yoursay" bulan lalu berkaitan krisis politik di Terengganu pada masa itu.

MP: Jangan biarkan 'Islam cauvinis' PERKASA

Posted: 26 Jun 2014 04:43 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
MP Shah Alam Khalid Samad berkata sentimen "Islam cauvinis" yang ditunjukkan oleh ketua penerangan PERKASA Ruslan Kassim tidak boleh dibiarkan kerana akan menyebabkan pergaduhan antara kaum.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ruslan, Isnin lalu yang mengancam untuk "memancung kepala" empat MP Selangor kerana didakwa mempersenda Islam dan menghina Sultan Selangor melalui kenyataan berhubung isu rampasan Bible.

Khalid mendakwa pendekatan "Islam cauvinis" merujuk kepada pendekatan mengadu domba orang Islam dan bukan Islam, yang didakwa turut dilakukan Umno dan satu lagi NGO pro-Melayu, JATI.

Menurutnya, pihak berkenaan berusaha untuk menunjukkan kuasa ketuanan Melayu dengan tindakan bahawa orang Islam "berkuasa dan orang lain perlu tunduk" walaupun ia mengganggu hak agama lain.

"Jika diteruskan tidak mustahil akan terjadi pergaduhan seperti yang berlaku di Myanmar, Sri Lanka. Islam menolak (cara ini)," kata Khalid dalam sidang medianya petang ini.

Ruslan semalam membuat penjelasan bahawa ancaman untuk "memancung kepala" itu hanyalah merujuk kepada "masa depan politik pada MP PAS berkenaan, dan bukannya memancung secara fizikal.

Elak rakyat marah pada sultan

Beliau menujukan ancaman itu ke atas Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Para MP berkenaan sebelum ini mencetus kontroversi melalui kenyataan yang menggesa kerajaan negeri Selangor untuk meminda undang-undang bagi mengehadkan kuasa Selangor Majlis Agama Islam Selangor.

Mengulas lanjut mengenai cadangan itu, Khalid berkata cadang untuk menghapuskan kuasa eksekutif MAIS itu dibuat bagi memastikan kuasa pelaksanaannya itu dibuat mengikut cara sepatutnya, melalui kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Katanya, ia akan mengelakkan sultan menjadi sasaran apabila berlaku apa-apa kesilapan dalam pelaksanaannya.

"Apabila (bercakap tentang) pelaksanaan mesti ada yang tersilap, menyebabkan rakyat marah dan marah itu ditujukan pada kerajaan, dan bukannya (ke atas) sultan.

"Maka sultan akan bersih daripada tersilap," katanya daalm sidang media tersebut.

Beliau juga menasihatkan MAIS mengambil kira pandangan rakyat melalui kerajaan negeri bagi mengelakkan imej Islam dan institusi raja rosak.
 

Projek mega Tanjung Aru dipertikai, DAP Sabah pertimbang tindakan undang-undang

Posted: 26 Jun 2014 04:31 PM PDT

junz wong

Roketkini.com


KOTA KINABALU: DAP Sabah menyelar jawapan kerajaan negeri bahawa projek mega Tanjung Aru Beach Eco-Development (TAED) dibuat untuk mengelak pencemaran daripada terus berlaku.

Setiausaha Organisasi DAP Sabah Junz Wong berkata, projek mega TAED bukan penyelesaian masalah pencemaran, sebaliknya memberi kesan buruk terhadap sistem pembetungan, sumber air dan bekalan elektrik.

"Cadangan projek TAED mendedahkan lebih banyak kecuaian kerajaan Sabah dalam memastikan pantai bebas dari sebarang pencemaran.

"Sehingga kini pihak kerajaan termasuk pemaju TAED masih gagal menjelaskan secara terperinci bagaimana projek itu mampu membasmi pencemaran, sekaligus menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

"Cadangan bahawa kerajaan memerlukan projek mega untuk mengelak pencemaran tidak munasabah sama sekali," katanya dalam kenyataan.

Junz yang juga Adun Likas menyatakan, punca utama pencemaran pantai Tanjung Aru adalah kerana pengaliran Sungai Sembulan dan Sungai Petagas yang tercemar ke bahagian pantai.

Katanya, kewujudan begitu banyak kawasan penempatan haram di sepanjang persisir pantai juga menyumbang kepada pencemaran.

"Kawasan penempatan haram di Tanjung Aru, Sepanggar dan beberapa kawasan lain antara penyebab pencemaran air terutamanya melibatkan isu pembuangan sisa pepejal," ujarnya.

Tambanya, DAP Sabah kini mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sabah kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Kami akan menubuhkan satu pasukan undang-undang untuk menyemak dan mengkaji dengan teliti keperluan mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Sabah, Jabatan Kesihatan dan Perparitan serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

"Tindakan undang-undang wajar dilakukan selagi kerajaan Sabah tidak menangani pencemaran, tidak melakukan sebarang langkah terhadap penempatan haram di Tanjung Aru, Sembulan dan Sepanggar, tapi mendakwa projek TAED bertujuan menyelamatkan pantai dari terhakis dan tercemar," katanya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, awal Jun lalu mendakwa pelan induk TAED bertujuan menangani masalah hakisan dan pencemaran yang merosakkan pantai Tanjung Aru.

Menurut Musa, TAED memberi penekanan terhadap kemudahan awam selain mematuhi standard indeks Bangunan Hijau dan ciri-ciri alam sekitar serta mempunyai ruang kawasan terbuka. -Roketkini.com

Kegagalan rombak kabinet serlah kelemahan Najib

Posted: 26 Jun 2014 04:27 PM PDT

lct

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kegagalan melakukan rombakan dalam barisan kabinet menyerlahkan kelemahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Kata Chin Tong, Najib sebaliknya hanya memperbesarkan saiz kabinet dan gagal menggugurkan individu tidak berprestasi selain tidak membentangkan senarai calon baru Menteri daripada parti Umno.

"Sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-13, kabinet Najib mempunyai 29 menteri, 32 selepas PRU-13 dan sekarang 35 orang.

"Sebelum PRU-13, Jabatan Perdana Menteri mempunyai lima menteri, selepas PRU-13 lapan, dan kini sepuluh," kata Chin Tong dalam kenyataannya.

Semalam, Najib mengumumkan penyertaan kembali pemimpin MCA dan Gerakan sebagai menteri penuh ke dalam kabinet yang terdiri dari Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan), Datuk Wee Ka Siong (Menteri di JPM) dan Datuk Mah Siew Keong (Menteri di JPM)

Tiga nama lain ialah Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri), Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga & Masyarakat)

Kata Chin Tong, perubahan saiz kabinet sebanyak tiga kali oleh Najib langsung tidak bermakna dalam agenda perubahan, sebaliknya menyerlahkan lagi kelemahannya.

Terdahulu semenjak akhir 2013, spekulasi rombakan Kabinet disebut selepas semua komponen BN menyelesaikan pemilihan parti masing-masing.

Rakyat menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri konservatif, digugurkan bagi membolehkan negara bergerak ke hadapan dan bersifat lebih moderat.

Namun perubahan tidak terjadi, sebaliknya Najib pula yang gagal sehingga hari ini melantik Menteri Kewangan sepenuh masa bagi menangani cabaran ekonomi negara yang memuncak.

Dalam masa sama Menteri Luar Anifah Aman dikekalkan biar pun prestasinya merudum sejak insiden kehilangan pesawat MAS MH370.

Manakala Jamil Khir (Menteri di JPM), Tengku Adnan (Menteri Wilayah & Kesejahteraan Bandar) dan Hassan Malik (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan) kekal meskipun tidak cekap dan dikaitkan dengan pelbagai skandal.

"Najib gagal menggerakkan Umno walau seinci pun.

"Semua ini menunjukkan betapa Najib tidak dapat mengekang partinya sendiri dan menyebabkan negara terus terperangkap," ujar Chin Tong. – Roketkini.com

Tanah akan dirampas jika lakukan pembakaran terbuka, kata Khalid

Posted: 26 Jun 2014 04:16 PM PDT

Proses rampasan tanah itu sedang giat dilaksanakan.

khalid1


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa Kerajaan Negeri akan merampas tanah sekiranya pemiliknya melakukan pembakaran terbuka secara berleluasa.

"Proses rampasan tanah tersebut sedang giat dilaksanakan dan ianya kini dilakukan di daerah Klang dan Hulu Langat.

"Walaubagaimanapun, tidak semestinya sekali buat pembakaran dah kena rampas, ia haruslah mengikuti beberapa syarat yang kita tetapkan barulah dirampas," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengumumkan seluruh  Selangor, Melaka, dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka.

Ketua Pengarah JAS  Datuk Halimah Hassan berkata larangan mengikut Seksyen 29AA (2) Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2001, itu berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

"Mereka yang disabitkan  melakukan kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kelantan lulus RUU enakmen kawalan agama

Posted: 26 Jun 2014 04:12 PM PDT

Enakmen bertujuan menyekatkan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.


PETALING JAYA: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan telah meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam (1981) pindaan 2014 bagi menyekatkan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, hampir kesemua negeri di Malaysia mempunyai enakmen tersebut kecuali Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

"Enakmen itu selaras dengan Islam sebagai agama persekutuan dan rang undang-undang tersebut sebulat suara disokong oleh semua ADUN," kata Nassuruddin sebagaimana dilaporkan oleh Harakah Daily.

Katanya, walaupun Islam adalah agama persekutuan, namun agama-agama lain bebas untuk diamalkan di negara ini.

"Kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN yang menyokong penuh pindaan enakmen tersebut bagi menghalang penyebaran agama lain kepada orang Islam," katanya.

Sebelum itu tiga orang ADUN telah mengambil bahagian untuk berbahas menyokong rang undang-undang terbabit iaitu ADUN Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, ADUN Melor, Dr. Md Yusnan Yusof dan ADUN Kemuning, Mohd Roseli Ismail.

Dr. Md Yusnan berkata, pindaan berkenaan dibuat selaras dengan Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan yang menyekat penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Mohd Alwi memberitahu pindaan tersebut dilakukan tepat pada masanya dan ia dianggap sebagai keperluan ketika ada usaha memperlekehkan agama Islam.

"Kita perlu sepakat bagi mempertahankan agama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu biar pun berlainan ideologi politik. Perbezaan pendapat tidak menghalang kita bersatu mempertahankan Islam.

"Hentikan perbalahan demi Islam. Lagi pun sekarang ada pertubuhan yang berani mengadakan perhimpunan mempersendakan Islam. Kita tidak mahu jadi macam negara-negara lain," katanya.

Mohd Roseli pula berkata, sekarang bukan sahaja orang bukan Islam yang mempersendakan Islam, malah ada orang Melayu juga melakukan tindakan serupa.

"Sebelum ini kita pernah mendengar ada pemimpin menyebut kalau hendak makan sup tangan boleh datang ke Kelantan," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan negeri mendapatkan surat persetujuan daripada kerajaan pusat bagi menyokong usul mengenai hudud di parlimen bagi membolehkan ianya dilaksanakan di Kelantan.

Sebelum ini Dun Kelantan juga telah meluluskan penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Kelantan bagi memperkasakan lagi sektor tersebut di negeri ini.

Perkasa desak CEO Petronas letak jawatan

Posted: 26 Jun 2014 03:59 PM PDT

Sewaktu Tan Sri Datuk Mohd Hassan Merican dahulu, tidak banyak isu dan masalah timbul

ibrahim ali


KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendesak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Shamsul Azhar Abbas meletakkan jawatannya.

Menurutnya, sejak jawatan tersebut dipegang olehnya, pelbagai masalah timbul terutamanya berkaitan dengan bumiputera.

"Sewaktu Tan Sri Datuk Mohd Hassan Merican dahulu, tidak banyak isu dan masalah timbul," katanya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, hari ini.

Katanya lagi, kenyataan yang dilakukan oleh Shamsul di The Edge seolah-olah beliau hendak menyalahkan orang lain dan cuba untuk melindungi dirinya.

"Kenyataan beliau yang mengatakan bahawa beliau ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, golongan birokrat dari dalam kerajaan menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya.

"Saya dapat sifatkan temubual yang dilakukan bersama beliau seolah-olah beliau seperti burung unta yang takut, dan akan masukkan kepala di dalam pasir," katanya.

Ujar Ibrahim lagi, kerajaan semestinya campur tangan, kerana konsesi tersebut adalah milik kerajaan dan pihak kerajaan cuba nasihatkan beliau tetapi beliau tetap berdegil.

"Kerajaan nasihat, tetapi beliau tidak mendengar. Adakah dia ingat, Petronas itu bapa dia yang punya?" tegas Ibrahim.

Tambahnya lagi, pihak Perkasa turut bersedia untuk berdialog.

"Kita sedia untuk berdialog, tetapi mesti dilakukan secara terbuka, siaran secara langsung, dan terbuka kepada masyarakat," katanya.

Dalam pada masa yang sama Ketua Kluster Minyak dan Gas, Tengku Putra Tengku Ahmad turut menjelaskan bahawa ramai 'pemain' minyak dan gas amat kecewa pimpinan Shamsul Abbas itu.

"Beliau terlalu liberal dalam organisasinya. Sepatutnya pihak kerajaan menarik semula konsesi yang diberikan dan kita tengok sama ada Petronas boleh terus hidup atau tidak.

"Kita tengok jika Petronas mampu atau tidak untuk bersaing dengan Shell atau Exxon sekiranya tender terbuka dilakukan," katanya.

Ibrahim dan Tengku Putra berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan yang dilakukan oleh Shamsul sewaktu di wawancara oleh The Edge.

Shamsul telah mengeluarkan kenyataan bahawa minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan bumiputera semata-mata tetapi milik semua rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: