Isnin, 23 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BERSIH 3.0 hadapi provokasi ekstrem polis'

Posted: 23 Jun 2014 05:21 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur menerima provokasi ekstrem dari pasukan polis, antaranya melibatkan tembakan 909 kanister gas pemedih mata.

Bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata: "Tembakan 909 kanister gas pemedih mata adalah provokasi ekstrem dari polis. Mereka memprovokasi dan menyerang orang ramai dengan menembak gas pemedih mata dan meriam air."

Katanya, kementerian dalam negeri menyatakan bahawa sejumlah 909 kanister gas pemedih mata dan 58 bom pemedih mata digunakan untuk menyuraikan 200,000 orang yang hadir.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, perhimpunan itu tidak akan bertukar ganas sekiranya polis memberi kerjasana, seperti yang dilakukan semasa perhimpunan anti-GST dan protes Blackout 505.

Ambiga yang merupakan defendan pertama dalam sama sivil difailkan oleh kerajaan Malaysia ke atas beliau dan 14 orang lagi anggota jawatankuasa pemandu tersebut ekoran kerosakan dan kerugian yang didakwa dialami ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

Kerajaan menuntut gantirugi khas sebanyak RM122,000 untuk membaiki kenderaan polis, kos lain, faedah dan relif yang dikira patut oleh mahkamah.

Ia turut menuntut deklarasi bahawa defendan berkenaan selaku penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 melanggar Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana antara lainnya bertanggungjawab memastikan bahawa berhimpunan tersebut tidak akan menyebabkan kerosakan kepada harta awam.

Wakil BERSIH memfailkan tuntutan balas berasingan ke atas kerajaan susulan saman tersebut.

Ambiga turut ditanya oleh peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad sama ada polis mempunyai alasan untnuk bertindak sedemikian.

Ambiga berkata, pasukan tersebut menyebabkan bahaya kepada orang ramai dengan menembak gas pemedih mata secara terus ke arah orang ramai.

"Polis membahayakan nyawa orang ramai," katanya ketika disoal balas.

"Sebaik sahaja polis menembak gas pemedih mata dan air kimia untuk menyuraikan peserta, kawalan itu bukan lagi di tangan BERSIH 2.0," kataya.

Ambiga menegaskan bahawa kawalan ke atas orang ramai dan usaha memastikan ketenteraman adalah tanggungjawab bersama BERSIH 2.0 dan juga anggota polis.

Peguam itu turut ditanya sekiranya BERSIH 2.0 tahu bahawa Dataran Merdeka merupakan satu tempat swasta yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ambiga menjawab, perkara itu benar mengikut undang-undang kecil.

"Tetapi kami tidak melihatnya sedemikian," katanya.

Ditanya lagi sekiranya seramai 6,000 orang sukarelawan BERSIH 2.0 memadai untuk menangani 100,000 orang yang dijangka hadir – yang kemudiannya berganda menjadi 200,000 orang – Ambiga berkata ia akan lebih efektif jika polis turut membantu.

Azilah bawa polis ke tempat kejadian

Posted: 23 Jun 2014 05:16 AM PDT

Altantuya Shaariibuu  
Altantuya Shaariibuu


PUTRAJAYA - Cif Inspektor Azilah Hadri yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, adalah individu yang membawa polis ke tempat kejadian di dalam hutan di Puncak Alam, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata Azilah juga yang membawa kepada penemuan tulang si mati sebelum Koperal Sirul Azhar Umar tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis lain.

"Polis hanya mengetahui lokasi secara umum dan bukan lokasi khusus tempat kejadian.

"Adalah mustahil bagi polis untuk mengesan kawasan itu yang terletak di atas bukit di dalam hutan, lokasinya tidak mudah dikesan, melainkan mereka mempunyai maklumat," hujah Tun Abdul Majid pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan kedua-dua anggota polis berkenaan.

Tun Abdul Majid juga berkata berdasarkan keterangan anggota polis semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, saksi itu berkata sebaik tiba di hutan, Azilah memberitahunya lokasi kejadian itu dan menceritakan bagaimana Altantuya ditembak dan bahan letupan digunakan terhadapnya.

"Di tempat kejadian pihak polis menemui tulang manusia yang kemudiannya terbukti milik si mati," hujah Tun Abdul Majid di hadapan lima anggota panel diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pada 23 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.

Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu.

Kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan, "oleh itu, mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian".

Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 3 Januari tahun ini, menyenaraikan enam sebab panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf, dalam undang-undang dan fakta, untuk membenarkan kedua-dua anggota polis itu terlepas daripada tali gantung.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya. - Bernama

Cari si bapa sampai dapat

Posted: 23 Jun 2014 05:13 AM PDT


Muhammad Firdaus Dullah


SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan hari ini sedang menggiatkan usaha mengesan bapa kandung kepada remaja kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui pihak imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus di Taman Semarak, dua hari lalu.

Dalam pada itu, usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan sendiri  perkembangan maklumat dari Timbalan Pengarahnya, Mohamad Hapil berhasil apabila beliau mengesahkan pencarian bapa remaja itu bertujuan untuk urusan hak penjagaan dan dokumentasi.

"Buat masa ini pihak JKM masih belum mendapat perkembangan positif dalam usaha menjejak, namun kami tidak akan berputus asa dalam teruskan usaha," katanya.

Mengulas lanjut, buat masa kini, pihaknya masih gagal menghubungi bapa kandung Firdaus namun beliau menjamin usaha pihak JKM untuk mencari bapa Firdaus tidak akan terhenti begitu sahaja.

Jelasnya, JKM N9 turut menerima bantuan dari pelbagai pihak dan agensi lain bagi menyatakan usaha dan kerjasama membantu pihaknya mengesan bapa remaja berkenaan.

 "Kami menggunakan semua saluran bantuan yang ada, bukan hanya JKM sahaja yang terlibat mengesan bapa terbabit malah agensi lain turut membantu.

"Kita cuba kesan bapanya melalui alamat lama dan juga saudara-mara terdekat, kami yakin maklumat terbaru akan diperoleh tidak lama lagi," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pihak polis telah menahan ibu remaja OKU terbabit bagi membantu siasatan yang dijalankan ke atas keadaan Firdaus yang terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Wanita berkenaan ditahan reman hingga Rabu ini.

Bantahan pemilihan boleh dibuat sehingga 28 Jun – Johari

Posted: 23 Jun 2014 05:10 AM PDT

Oleh: Lyn Nasir


PETALING JAYA  : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul berkata bantahan terhadap proses pemilihan parti itu masih boleh dibuat sehingga 28 Jun ini.

Jelasnya, selepas tarikh tersebut, tugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan diambil alih Jawatankuasa Rayuan di mana ia akan mengendalikan segala rayuan dan bantahan yang dikemukakan.

Datuk Jo"Sabtu ini adalah hari terkakhir, kalau ada mana-mana pihak atau cabang yang ingin membantah dan sebagainya mereka masih ada satu lagi ruang iaitu di Jawatankuasa Rayuan Pemilihan Pusat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarul (Baharin) iaitu Ahli Parlimen Teluk Kemang," ujarnya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, selepas itu, JPP tidak akan terlibat dalam sebarang proses bantahan sebaliknya jawatankuasa rayuan akan mengambil alih bidang kuasa tersebut.

"Peranannya ialah menerima segala rayuan dan bantahan yang tidak dikendalikan JPP. Mereka akan menilai kembali dan kemudian buat cadangan," katanya.

Namun katanya, JPP tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mempertimbangkan tindakan dan ia akan dirujuk kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk tindakan lanjut.

"Jadi terserah kepada MPP baru, apa yang mereka ingin putuskan dalam apa juga perkara," ujar Johari.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani turut memaklumkan bahawa 28 Jun ini juga akan diadakan pemilihan semula melibatkan lima cabang di Sabah, Sarawak serta semenanjung

Sikap tamak pemimpin Umno tindas Melayu di bawah – Anwar

Posted: 23 Jun 2014 05:06 AM PDT

Oleh: Nazar Hashim


TANJONG TOKONG : Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mempersoalkan kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Anwar TanjongMenurutnya, apa yang dipertikaikan adalah sikap tamak pemimpin Umno yang mengumpulkan kekayaan sehingga menindas rakyat bawahan, termasuk orang Melayu sendiri.

"Apa yang dipertikaikan ialah sikap tamak dan haloba pimpinan Melayu Umno yang menindas rakyat, memiskinkan orang Melayu dan mengkayakan segelintir rakan-rakan mereka dengan cara yang tidak adil," tegas beliau.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa majlis makan malam mengumpul dana KEADILAN Pulau Pinang di Straits Quay Convention Centre, di sini malam kelmarin.

Dalam ucapan tersebut, Anwar berkata beliau juga tidak mempertikai kekayaan jutawan seperti Syed Mokhtar Al Bukhari dan syarikat Penjana Tenaga Bebas seperti YTL yang dimiliki jutawan Tan Sri Francis Yeoh.

Namun apa yang dipersoalkan adalah cara perolehan kekayaan itu dilakukan.

"Seringkali ditegaskan, kita tidak pernah mempertikaikan kekayaan Syed Mokhtar tetapi cara perolehan kekayaan tersebut apakah ianya telus dan menindas orang Melayu yang ada di bawah.

"Begitu juga dengan projek yang diberikan kepada YTL dan seumpamanya. Kita tidak menentang kekayaan orang Cina dan India, tetapi janganlah mengkayakan orang yang sama sehinggakah golongan lain tidak dapat merasai kekayaan secara saksama," ujar Anwar.

Dalam pada itu, Anwar juga menyentuh mengenai hasrat KEADILAN Pulau Pinang untuk mendapat dana sebanyak RM1 juta bagi mendirikan bangunan parti.

Tambahnya usaha yang diambil oleh KEADILAN Negeri di bawah pimpinan Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Mansor Othman untuk merealisasikan impian mendirikan bangunan sendiri mesti disokong anggota parti.

Hadir sama dalam program makan malam tersebut ialah Timbalan Presiden, Azmin Ali, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, barisan exco kerajaan negeri Pulau Pinang, ketua, wanita dan amk cabang seluruh Pulau Pinang.

Kalimah ALLAH: Mahkamah tolak rayuan gereja

Posted: 23 Jun 2014 03:09 AM PDT


Isu kalimah ALLAH


PUTRAJAYA  - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran rayuan penggunaan kalimah ALLAH dalam The Herald.

Empat daripada tujuh panel hakim yang bersidang menolak permohonan gereja untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan versi bahasa Melayunya.

Selain Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, hakim-hakim lain yang membuat keputusan kes ini termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Turut serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Editor akhbar Katolik, The Herald, Lawrence Andrew berkata beliau "amat kecewa dengan keputusan" hari ini.

Sebelum ini, penerbitan itu berkata, pihaknya tidak akan berputus asa untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah ALLAH.

The Herald tahun lalu memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan melarang Gereja Katolik menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mingguannya.

Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, pengisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi Bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.

Kebakaran di Sumatera Tengah punca jerebu

Posted: 23 Jun 2014 03:02 AM PDT

ANTARAPOS.COM
 
KUALA LUMPUR: Aktiviti pembakaran di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara.
 
Tiupan angin barat daya ketika aktiviti pembakaran membawa asap ke negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.
 
Beliau berkata menurut laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) berpusat di Singapura Sabtu lalu, wujud lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di wilayah Riau negara itu.
 
"Pihak ASMC melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) di Sumatera pada 21 Jun adalah sebanyak 88," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Imej satelit itu turut mengesan 17 titik panas di dalam negara iaitu Pahang (1), Sabah (5), Sarawak (10) dan Terengganu (1).
 
"Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik (tenang), habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal berkumpul dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu," katanya.
   
Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau bagi mencegah pembakaran terbuka.
 
Katanya, 194 pegawai JAS diberi kuasa menangkap penjenayah alam sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37 C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Pindaan) 2012.
 
Sementara itu, menurut portal JAS, 30 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.

Cari Kotak Hitam Sampai Dapat Sebelum Tuduh Kapten Zaharie Sebagai Suspek

Posted: 23 Jun 2014 03:00 AM PDT

KELAB GREENBOC



Rakan berang laporan kaitkan Kapten Zaharie


Ahli keluarga dan rakan-rakan juruterbang Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah berang dengan laporan akhbar Sunday Times, di United Kingdom (UK) hari ini yang menamakan beliau sebagai suspek utama dalam kehilangan pesawat itu.

Mereka juga telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap Kapten Zaharie dalam laporan itu sambil menyifatkannya sebagai laporan tersebut tidak bertanggungjawab kerana tidak menamakan sumber.

"Ia hanya disebut polis cawangan khas. Beri kami nama, yang merupakan seorang yang berkata semua ini? Polis Malaysia juga perlu datang dengan satu kenyataan mengenai perkara ini.

"Kami tidak mempertahankan Kapten Zaharie membuta-tuli tetapi setiap kenyataan perlu disokong oleh bukti yang benar dan bukti atau jika tidak, ia akan berakhir menjadi spekulasi lain,"
kata Dr Mohd Ghouse Mohd Noor, seorang kawan keluarga juruterbang itu.

Dr Mohd Ghouse berkata, keluarga kapten itu kecewa selepas membaca laporan berita awal hari ini.

Laporan itu menyebut bahawa kegagalan mekanikal atau keganasan tidak dapat diketepikan, tetapi polis percaya jika ia adalah hasil daripada tindakan manusia dan kemungkinan pelakunya adalah Kapten Zaharie.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa polis cawangan khas Malaysia telah memberi tumpuan kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie selepas pemeriksaan perisikan gagal untuk menyokong apa-apa syak wasangka tentang orang lain di atas kapal.

Dalam pada itu, laporan akhbar itu turut dianggap sebagai satu ejekan apabila ia disifatkan sebagai satu contoh 'kewartawanan longkang'. Dr Mohd Ghouse berkata, apabila laporan itu diteliti, ia sangat kabur dengan mengatakan Kapten Zaharie adalah suspek utama jika kehilangan pesawat itu disebabkan tindakan manusia.

"Mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada pesawat itu. Cari kotak hitam, cari kapal terbang dahulu dan letakkan segala-galanya di atas meja sebelum keluar (laporan) untuk menyalahkan Kapten Zaharie,"katanya.

Beliau berkata terdapat ruang kosong dalam laporan itu yang hanya membuka pintu kepada spekulasi dan tuduhan.

"Artikel seperti ini akan digunakan oleh entiti berita lain seperti Daily Mail dan Mirror, apa sahaja adalah dalam artikel hari ini hanya mengulangi dakwaan sebelum ini yang telah dinafikan oleh pihak polis," kata Dr Mohd Ghouse.

Menurut laporan itu, keputusan awal siasatan itu belum diterbitkan tetapi telah dikongsi dengan kerajaan asing dan penyiasat. Mereka telah didedahkan oleh orang-orang dalam industri penerbangan dan pegawai kerajaan di Asia Tenggara.

Laporan itu memetik seorang jurucakap polis Malaysia sebagai berkata siasatan polis masih lagi dijalankan.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar pada 8 Mac selepas ia telah berangkat dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

Satu operasi carian antarabangsa besar-besaran setakat ini gagal untuk mencari apa-apa kesan pesawat Boeing 777-200ER.


MH370: Polis nafikan Kapten Zaharie bertanggungjawab

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesal dengan laporan berita The Sunday Times United Kingdom yang mendakwa konon Kapten Zaharie Ahmad Shah (gambar) bertanggungjawab atas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata laporan berita itu tidak berasas sama sekali dan diolah secara tidak bertanggungjawab.

"Pada 19 dan 20 Jun lalu, akhbar The Sunday Times, United Kingdom menghubungi PDRM untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung misteri kehilangan MH370.

"Jawapan yang diberi menjelaskan bahawa siasatan masih diteruskan, belum konklusif dan merangkumi semua aspek penyiasatan.


"PDRM tidak membuat kenyataan bahawa Kapten Zaharie merupakan suspek utama dalam insiden tersebut," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam laman webnya hari ini, akhbar berkenaan memetik PDRM kini mengganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut iaitu Kapten Zaharie.

Ia menyebut, Zaharie kini menjadi sasaran selepas semua yang lain dalam pesawat "dibersihkan".

Pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di perairan selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya dan berakhir di kawasan tersebut. – Bernama
-TMI

Kampung Chubadak: 'DBKL tindas golongan bawahan'

Posted: 23 Jun 2014 02:57 AM PDT


 Himpunan membantah tindakan DBKL yang diadakan di hadapan Ibu Pejabat DBKL, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI Himpunan membantah tindakan DBKL yang diadakan di hadapan Ibu Pejabat DBKL, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI


KUALA LUMPUR - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan kediaman penduduk di Kampung Chubadak Tambahan disifatkan suatu bentuk penindasan terhadap golongan bawahan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, nasib penduduk berkenaan perlu diperjuangkan bagi memastikan golongan ini tidak terus ditindas.

"Apa yang terjadi di Kampung Chubadak adalah satu kezaliman, kita perlu mempertahankannya.

"Kita kena ingat juga bahawa isu ini merupakan isu kemanusian, jadi hentikan segera penindasan ini," katanya ketika berucap pada himpunan bantah perobohan Kampung Chubadak di hadapan bangunan DBKL, hari ini.

Perkara sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang menambah, penduduk Kampung Chubadak tidak sepatutnya kehilangan kediaman mereka hanya kerana pembangunan.

"Atas nama pembangunan mereka hilang hak? Selagi tidak ada perancangan yang menghormati orang miskin yang ditindas masalah ini tidak akan selesai," tegasnya.

Sebelum itu, pemimpin PR bersama-sama wakil Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad menyerahkan memorandum bantahan terhadap perobohan kediaman di Kampung Chubadak kepada DBKL kira-kira jam 10.30 pagi.

Memorandum diserahkan kepada wakil Datuk Bandar, Mohd Shukri Rohim dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Norjannah Appendi di Dataran DBKL.

Antara kandungan memorandum tersebut adalah menggesa agar Datuk Bandar Kuala Lumpur menghormati urusan mahkamah, dan menggesa agar isu Kampung Chubadak Tambahan ini diselesaikan secara rundingan dengan penduduk kampung.

Menteri sebelum ini meminta penduduk di Kampung Chubadak Tambahan mengosongkan kediaman mereka bagi membolehkan pembangunan rumah murah di kawasan itu dapat diteruskan.

Pada 9 Jun lalu, pihak DBKL telah merobohkan beberapa buah rumah penduduk kampung tersebut. Tindakan tersebut mendapat bantahan penduduk yang mengatakan bahawa pihak DBKL tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Dilaporkan sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1998 telah membuat keputusan bahawa kawasan itu merupakan milik peneroka bandar dan pihak yang berkenaan perlu membayar ganti rugi kepada peneroka itu sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.
  
Namun Mahkamah Rayuan, pada tahun 2000 dilapor telah membuat keputusan bahawa Kampung Chu Badak merupakan kawasan setinggan dan penduduk kampung hanya dibenarkan mendudukinya sebagai pemegang lesen dengan persetujuan pihak kerajaan negeri.
  
Status terkini kampung itu dilapor bergantung kepada pendengaran di Mahkamah Tinggi yang dijadual pada 27 Jun ini.

Permintaan terakhir Ustaz Abu Bakar Chik

Posted: 23 Jun 2014 02:09 AM PDT

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI


TEPAT jam 8 pagi semalam (Ahad, 22 Jun 2014) saya menerima panggilan telefon daripada arwah Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam keadaan terdesak, beliau minta saya menguruskan pertemuannya dengan ayahanda saya di Shah Alam, "Khalil, ana nak ziarah ayah sekejap, boleh anta tolong uruskan?" Suaranya masih tergiang-giang di telinga saya sehingga ke saat ini.

Alhamdulillah, beliau sempat berjumpa dengan Tuan Guru Presiden.

Jam 5 pagi tadi, setelah bangkit dari tidur saya terus buka telefon bimbit saya dan mesej pertama yang saya baca ialah "Ustaz Abu Bakar Chik telah meninggal dunia kerana kemalangan dekat LPT Bukit Besi."

Saya terkedu kerana hanya baru beberapa jam lepas bersama-sama dengannya di dalam program Santai Anak Muda Bersama Murabbi anjuran DPPN Selangor di Shah Alam.

Rasa macam tak percaya, dalam keadaan sedih dan hiba saya menahan emosi mengenangkan saat-saat terakhir bersama-sama dengan sang murabbi ini.

"Lama ke Ustaz jumpa dengan ayah?" saya bertanya.  "Alhamdulillah, ana puas hati, banyak topik yang kami berkongsi khususnya berkait dengan perkembangan Gerakan Islam peringkat antarabangsa," jawabnya.

Saya mengenali arwah sejak kecil lagi kerana persahabatannya dengan ayah sangat akrab. Memori yang tidak dapat dilupakan ialah ketika beliau menjadi tetamu di rumah kami selama sebulan ketika Operasi Lalang dilaksanakan sekitar tahun 1985.

Hubungan kami sangat rapat kerana saya sentiasa menjadi temannya mendengar radio perkembangan semasa Operasi Lalang pada ketika itu. Saya boleh bayangkan perasaannya berjauhan dengan keluarga khususnya anak-anak kerana menjadi buruan pihak berkuasa.

Bagi saya jasa almarhum sangat besar khususnya ketika memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat. Jika sekiranya jasa Datuk Mustafa Ali di dalam pemuda memartabatkan institusi Kepimpinan Ulama di dalam PAS, tidak keterlaluan jika disebut di sini jasa Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik pula ialah memperteguhkan institusi itu di dalam PAS.

Jasanya di dalam memartabatkan institusi pendidikan di dalam PAS sangat besar. PASTI, Institut Berakan dan Maahad Tahwiz wa Tarbiyah adalah antara institusi pendidikan yang mendapat sentuhannya yang melahirkan kader-kader yang bergerak di dalam PAS di semua peringkat di seluruh pelusuk negara.

Beliau bukan sahaja seorang yang komited di dalam memartabatkan pendidikan di dalam PAS, dalam masa yang sama beliau juga adalah seorang yang tidak pernah jemu di dalam menuntut ilmu.

Saya sentiasa perhatikan jika sekiranya beliau berjumpa dengan Tuan Guru Presiden tanggannya tidak akan berhenti mencatat setiap apa yang dibincangkan. Ketika usianya yang sudah lanjut beliau masih sempat mengambil cuti dalam satu tempoh yang lama untuk mendalami Bahasa Arab di Sudan.

Jabatan Amal yang menjadi kebanggaan PAS pada hari ini ditubuhkan pada zaman beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS. Satu institusi yang sangat berjasa dan memberikan kesan yang sangat besar kepada PAS khususnya di persada dakwah secara langsung  di dalam negara.

Almarhum tidak pernah mengenal penat dan lelah di dalam melaksanakan gerak kerja Islam. Bagi sesiapa yang rapat dengan beliau pasti akan mengakuinya. Beliau seorang yang sentiasa bersemangat jika membincangkan soal ummah.

Jika berbincang dengannya beliau tidak akan mengakhirinya melainkan dengan tindakan yang akan dilakukan. Komitmennya begitu tinggi, kalau nak ajak berbincang berkait dengan jemaah bila-bila masa beliau akan menyahutnya walaupun sudah larut malam.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan Dewan Pemuda PAS tetapi semangat juangnya sentiasa segar. Pantang dijemput untuk menghadiri program-program Dewan Pemuda PAS beliau tidak akan menghampakannya. Alhamdulillah, Allah mengakhirkan riwayat hidupnya selepas memberikan pengisiannya di dalam program pemuda. Hampir satu jam setengah beliau memberikan taujihaat kepada anak muda dengan penuh semangat.

Selepas program dengan arwah malam tadi saya sempat berbual dengan Ustaz Syarhan, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor dan menyarankan kepadanya supaya menjemput lagi Ustaz Abu Bakar Chik untuk program anak muda selepas ini. Namun, apakan daya ternyata Allah lebih sayang kepadanya.

Firman Allah di dalam Surah al-Fajr :

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

Dan masuklah ke dalam SyurgaKu"

Al-Fatihah.

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Timbalan Ketua DPPM

Jenazah Ustaz Abu Bakar dikebumi selepas Asar

Posted: 23 Jun 2014 01:58 AM PDT

HARAKAHDAILY 






KUALA LUMPUR: Solat jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik dijadual diadakan di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring selepas Asar hari ini.

Ketika ini jenazah telah dibawa pulang ke kediaman beliau bersebelahan MTT untuk diziarahi oleh ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut beliau, Allahyarham Ustaz Abu Bakar adalah tokoh PAS dan pemimpin masyarakat yang terlalu banyak jasanya kepada parti di peringkat negeri maupun peringkat pusat yang telah bergelumang seluruh hidupnya demi agama Islam dan perjuangannya sehingga penghujung hayat beliau.

"Tarikh kembalinya beliau kerahmatullah sama dengan tarikh pemergiaan bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor, 12 tahun yang lalu.

"Semoga keluarga beliau tabah dalam mghadapi ujian berat ini dan semoga roh beliau di tempatkan bersama roh para mujahid dan para syuhada insyaAllah," kata beliau.

Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia awal pagi ini selepas kereta yang dinaiki bersama pembantunya Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu manakala Hasmizi yang memandu kereta Toyata jenis Camry tersebut cedera.

Menurut maklumat, kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar. -


Kereta terbakar, Abu Bakar Chik meninggal dunia

Posted: 23 Jun 2014 01:55 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh Raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau, 64, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya Hasmizi Hasan, 18, cedera, lapor portal berita PAS, Harakahdaily.

Portal itu melaporkan kereta yang dinaiki Abu Bakar melanggar sebuah van yang dinaiki enam penumpang.

Laporan itu juga menyebut, sejurus selepas Abu Bakar yang juga pengerusi lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki mereka itu terbakar.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.

Bekas exco kerajaan negeri Terengganu itu meninggal seorang isteri Toh Puan Zaitun Salleh dan lapan Orang - lima lelaki dan tiga perempuan.

Beliau pernah ditahan ISA pada 1984 hingga 1986 dan menjadi ketua Pemuda PAS dari 1989 hingga 1999.

Tokoh PAS itu juga pernah menjadi timbalan pesuruhjaya Terengganu bermula 1999 hingga 2011 juga aktif dalam bidang kemasyarakatan dan pendidikan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama pembantunya Hasmizi Hassan, 18, dalam perjalalan dari arah Bukit Besi menuju ke Kuala Terengganu.
  
Katanya kereta Toyota Camry yang dipandu Hasmizi dipercayai merempuh sebuah sebuah van yang dinaiki lima penumpang dari arah yang sama.
  
"Ekoran daripada itu kita tidak menolak kemungkinan kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbakar. Namun kedua-duanya berjaya dikeluarkan sebelum kereta terbakar," katanya di Hulu Terengganu hari ini.
  
Dalam kenyataannya, MP Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata solar jenazah akan berlangsung di maahad yang diasaskan oleh Abu Bakar, selepas Asar.

"Saya menyeru seluruh tuan guru, para ulamak, para pejuang dan umat Islam khususnya di Kuala Nerus hadir beramai-ramai sebagai hadiah buat sang pejuang mujahid ummah," katanya.

Penyokong Himpunan Hijau 'diserang'

Posted: 23 Jun 2014 01:50 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Beberapa penyokong Himpunan Hijau mendakwa diserang di hadapan ibu pejabat polis daerah Kuantan – tempat mereka berkumpul bagi menyatakan sokongan terhadap 16 peserta protes anti-Lynas yang ditahan semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari Lee Chin Chen mendakwa, insiden itu berlaku sekitar jam 1 pagi ini.

Dakwanya lagi, aktivis itu diserang oleh kumpulan sama yang terlibat dalam serangan terhadap pejabat DAP Kuantan bulan lalu.

"Enam orang diserang oleh mereka, dan saya hampir dipukul.

"Nasib baik ada orang yang datang menghentikan samseng-samseng itu," dakwa Lee melalui pesanan Whatsapp kepada Malaysiakini.

Seramai 16 orang ditahan dalam protes anjuran Himpunan Hijau di depan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation semalam.

Apabila harga telur meningkat...

Posted: 23 Jun 2014 01:43 AM PDT






Oleh SELENA TAY 


MINGGU lalu harga telur sudah menjadi RM3.95 untuk 10 bagi biji telur biasa. Adakah ini bererti bahawa harga telur sudah tidak boleh dikawal lagi?

"Kalau harga barang makanan asas seperti telur mendadak naik, ia merupakan satu petanda buruk bahawa ekonomi negara sudah parah. Ia bermakna bahawa kerajaan gagal membendung gejala kejatuhan ekonomi," kata Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS.

Hakikatnya, selepas kehilangan pesawat MH370 yang membawa 153 orang penumpang dari negara China, ia telah memberi kesan kepada ekonomi negara kita disebabkan oleh krisis keyakinan terhadap pentadbiran negara. Justeru, pelancong asing terutamanya dari negara China telah membatalkan rancangan mereka untuk bercuti di Malaysia.

Tambahan, kes penculikan dua warga China di pantai perairan Sabah juga lagi menjejaskan keyakinan pelancong asing terhadap pentadbiran negara kita.

Kini seorang daripadanya sudah diselamatkan. Selain itu, kes ragut beg yang menyebabkan kecederaan kepada pelancong dari China juga ada berlaku.

Oleh itu, pada keseluruhannya industri pelancong negara kita akan terjejas. Dan ini pula Tahun Melawat Malaysia 2014.

Peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita tua di pekarangan sebuah gereja di Seremban pun masih belum ditangkap.

Semua ini memberi imej yang buruk kepada negara kita.

Jika jalan penyelesaian tidak dicari untuk masalah jenayah yang disebut di atas, pelancong akan kurang datang melawat negara kita dan ini akan menjejaskan ekonomi negara.

Kesan negatifnya ialah harga barang makanan asas akan terus naik apabila ekonomi tidak sihat dan ini tentu akan membebankan lagi kehidupan warga marhaen di bandar dan golongan yang berpendapatan rendah.

SPR: Tiada p'raya kecil DUN Bukit Assek

Posted: 23 Jun 2014 01:35 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, Sarawak berikutan kematian wakil rakyat DAP, Wong Ho Leng, minggu lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
  
Beliau berkata keputusan SPR itu dibuat dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.
  
Berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun, sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN.
  
"PRK hanya perlu diadakan di DUN Bukit Assek sekiranya tempoh mandat kurang daripada tiga tahun. Kematian berlaku selepas itu, iaitu dua tahun terakhir atau selepas tiga tahun pertama.
  
"Jadi dalam Perlembangan Malaysia dan juga dalam Perlembagaan Sarawak, tidak ada pilihan raya kecil perlu diadakan walaupun berlaku kekosongan kerusi di luar jangka. Itu keputusan dalam perlembagaan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Hari Inovasi SPR 2014 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPR 2013, di Putrajaya hari ini.

Wong, 54 yang juga bekas pengerusi DAP Sarawak meninggal dunia di Pusat Perubatan Rejang, Sibu pada 21 Jun akibat barah otak.
  
Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, Wong memenangi kerusi DUN Bukit Assek dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chieng Huong Toon dan calon Bebas Hii Tiong Huat dengan majoriti 8,827 undi.
  
Abdul Aziz berkata sidang DUN Sarawak bermula 20 Jun 2011, manakala tarikh kematian wakil rakyat DAP itu dengan tempoh berkenaan adalah tiga tahun satu hari bermakna lebih sehari daripada peraturan mewajibkan PRK.
  
"Tempoh matang DUN Sarawak ialah pada 20 Jun 2016. Bagaimanapun Ketua Menteri boleh mengadakan pilihan raya lebih awal daripada tempoh matang tersebut dengan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Sarawak dan undang-undang sedia ada," katanya.
  
Menurutnya pihak SPR juga masih belum menerima maklumat rasmi daripada Speaker DUN Sarawak mengenai kematian bekas Anggota Parlimen DAP Sibu itu.
  
Pada majlis hari ini, 47 pegawai SPR diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 48 pegawai menerima sijil kepujian, selain 35 pegawai yang berkhidmat lebih 40 tahun dan 19 pegawai yang akan bersara diraikan oleh Abdul Aziz.-Bernama

Kes Altantuya: Isu alibi Azilah dibangkitkan

Posted: 23 Jun 2014 01:32 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Mahkamah Persekutuan menjadi perhatian hari ini apabila ia akan memutuskan kes berprofil tinggi membabitkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah itu akan mendengar rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terhadap pertuduhan membunuh Altantuya.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.

Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu.

Kesalahan mereka dilaporkan tidak dibuktikan dengan memuaskan, "oleh itu mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian".

LAPORAN LANGSUNG

3.50pm: Hakim Suriyadi bertanya kenapa perlunya perbicaraan dalam perbicaraan apabila terdapat alibi?

Tun Abdul Majid berkata, ini keperluan perbicaraan oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Hakim Ahmad bertanya berhubung polis diperlukan berkumpul di sesuatu tempat, tetapi Tun Abdul Majid berkata, polis hanya diminta bersiap sedia.

"Polis hanya tahu bahawa lokasi umumnya di Puncak Alam, tetapi kami tidak tahu lokasi sebenarnya."

3.40pm: Tun Abdul Majid berkata, Azilah membawa mereka (polis) ke tempat kejadian jenayah.

"Ketika sampai ke kawasan pembersihan tanah, Azilah berkata ini tempatnya dan menunjukkan insiden di mana Altantuya ditembak dan letupan yang digunakan padanya," kata Tun Abdul Majid memetik pengakuan seorang pegawai polis.

Katanya, hakim perbicaraan mendengar bukti diberikan dalam perbicaraan dalam perbicaraan.

3.25pm: Tun Majid berkata, Balasubramaniam melihat Azilah di rumahnya di Bukit Damansara dan bukan TTDI, dekat Shah Alam pada 18 Oktober 2006.

Azilah, katanya, tidak boleh mendakwa berada di tempat lain.

"Keputusan Mahkamah Rayuan salah kerana defendan tidak memanggil sebarang pakar bagi menolak bukti daripada pengendali telekomunikasi.

"Kami perlu memanggil pakar lain untuk menolaknya, tetapi tiada sesiapa dipanggil," katanya.

3.08pm: Tun Abdul Majid berkata, alibi Azilah tidak mungkin kerana syarikat telekomunikasi tidak merekodkan sebarang panggilan di lokasi yang didakwanya sebagai sokongan.

"Responde pertama (Azilah) tidak mungkin berada di Wangsa Maju, Batu Caves atau di tempat lain (pada masa kejadian).

"Zon dan masa ini menunjukkan Azilah di Puncak Alam (dekat lokasi jenayah). Dia tidak berada di Wangsa Maju seperti didakwa alibinya," kata timbalan peguam cara negara II itu.
 
2.45pm Tun Abdul Majid berkata, alibi Azilah apabila dia pergi ke Wangsa Maju dan kemudiannya kembali ke Jalan Duta.

Dia terus berhujah berhubung menara telekomunikasi.

2.41pm: Azilah dan Sirul memasuki mahkamah dari tepi, bukan daripada pintu biasa.

Mahkamah disambung semula dengan diketuai Hakim Ariffin. Tun Majid meneruskan penghujahannya.

12.20pm: Tiada bukti campur tangan dalam dalam data, kata Tun Abdul Majid.

Kesalahan adalah kecil, tambahnya.

Tun Abdul Majid juga berkata, Azilah mungkin tidak berada di lokasi alibinya di Wangsa Maju.

Mahkamah berhenti sebentar untuk makan tengah hari. Prosiding akan bersambung apda jam 2.30pm.

12.05pm Tun Abdul Majid menunjukkan bagaimanapun pembuat panggilan telefon dapat dikesan.
Katanya, tiada pengubahan data telefon tertuduh.

11.50am: Hakim bertanya sama ada buku rekod polis adalah dokumen yang sama seperti yang berlaku.

Tun Abdul Majid berkata, syarikat telekomunikasi mengesahkan log panggilan telefon dan ditandatangan.

Log itu dapat menunjukkan lokasi tertuduh pada malam insiden berlaku.

11.30am: Tun Abdul Majid berkata, Azilah gagal mengemukakan saksi alibi bagi kes itu.

Katanya, Mahkamah Tinggi mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh hanya penafian semata-mata dan mereka gagal membangkitkan sebarang keraguan berhubung pendakwaan kes.

Tun Abdul Majid berkata, keputusan Mahkamah Rayuan salah kerana Azilah tidak memanggil saksi untuk menyokong alibinya.

Dan oleh itu, tambahnya, beban pembuktian terletak di pihak pembelaan dan bukannya pendakwaan.

11.20am: Tun Abdul Majid mengetengahkan latar belakang kes.

Katanya, si mati mempunyai hubungan dengan seorang penganalisis politik dan mendapatkan bantuan DSP Musa Safri, yang merupakan pembantu kepada Datuk Seri Najib Razak ketika itu.

Pada 20 Oktober 2006, sepupu Altantuya melaporkan kematian itu. Kematiannya disebabkan oleh kecederaan akibat letupan.

Tun Abdul Majid berkata, terdapat perhubungan antara responden dan si mati bermula di rumah Abdul Razak Baginda.

11.05am: Panel lima anggota diketuai Hakim Arifin Zakaria dalam kes rayuan itu.

Anggota lain adalah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Richard Malanjum dan hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong, Suriyadi Halim Omar dan Ahmad Maarop.

Timbalan Peguam Cara Negara II Tun Abdul Majid Tun Hamzah memperkenalkan pihak-pihak terlibat.

Sirul tampil berpakaian baju Melayu dan bersongkok manakala Azilah memakai jaket warna kelabu.

'Tutup sekolah vernakular jika sokong Bible BM'

Posted: 23 Jun 2014 01:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa, pemimpin DAP seperti berhasrat untuk memesongkan akidah orang bukan Islam kerana mempertahankan Bible Bahasa Melayu.

Katanya, pemimpin DAP itu seperti setiausaha agungnya Lim Guan Eng tidak ikhlas kerana mempertahankan penggunaan naskhah berkenaan dengan alasan mempertahankan bahasa Melayu.

"Kalau betul mereka mahu bahasa Melayu saya cabar mereka ini tutup sekolah bahasa ibunda, semua masuk sekolah kebangsaan,"

"Takkan (mereka mahu) Bible guna bahasa Melayu, (tapi) sekolah hendak guna bahasa ibunda?," kata beliau.

Katanya, PERKASA tidak bersikap rasis dengan pendirian berhubung kalimah 'Allah' kerana ia bertujuan untuk menjaga keselamatan negara.

"Kita bukan hendak bergaduh dengan orang Kristian. Merdeka 57 tahun tak pernah ada permusuhan.

"Nak guna bahasa apapun di tempat lain, itu hak mereka tapi di Malaysia, di Semenanjung di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung," kata beliau.

Ibrahim bersama kira-kira 200 orang yang majoritinya ahli PERKASA berhimpun untuk menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan untuk rayuan berkenaan kes penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Katolik The Herald.

Ibrahim nyata gembira dan menerima baik keputusan oleh panel tujuh orang hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah.

Bos NFC mahu tuduhan digugurkan

Posted: 23 Jun 2014 01:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu, pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail akan memohon agar pendakwaan ke atasnya digugurkan.

Peguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut pada 30 September.

Pihak pembelaan juga akan mengutuskan surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar pendakwaan tersebut digugurkan, katanya di mahkamah.

Oleh yang demikian, beliau memohon agar perbicaraan itu ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Permohonan itu bagaimanapun ditolak oleh hakim perbicaraan Norsyaridah Awang yang memutuskan bahawa perbicaraan akan diteruskan seperti dijadualkan sebelum ini, bermula hari ini hingga 26 Jun.

Mohamad Salleh, yang juga suami kepada bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, didakwa atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Shafee berkata beliau tidak berpuas hati kerana keputusan itu bertentangan dengan prinsip.

CFM: Larangan guna 'Allah' hanya untuk Herald

Posted: 23 Jun 2014 01:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Persekutuan Kristian Malaysia menegaskan bahawa masyarakat Kristian akan terus menggunakan kalimah "Allah" kecuali dalam penerbitan Katolik The Herald.

Pengerusi CFM Eu Hong Seng berkata, peguam negara sebelum ini sudahpun menyatakan bahawa keputusan mahkamah hari ini hanya berkait dengan penggunaan kalimah "Allah" dalam akhbar tersebut.

"Sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan Malaysia, kami menganggap beliau dan kerajaan Malaysia berpegang pada pendirian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya CFM menetapkan bahawa masyarakat Kristian masih berhak menggunakan kalimah "Allah" dalam naskhah Bible, perkhidmatan gereja dan perhimpunan Kristian yang dijalankan dalam bahasa Melayu, seperti diamalkan sebelum ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam The Herald.

Ketua Pemuda DAP ditumbuk

Posted: 23 Jun 2014 01:19 AM PDT

Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong ditumbuk oleh seorang lelaki dalam satu kejadian pagi kelmarin.

polis tahan lelaki tumbuk Teo


BAHAU: Dalam kejadian lebih kurang pukul 10.00 pagi itu, Teo bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Chew Seh Yong (DAP) sedang bersarapan di sebuah kedai makan di Taman Meranti, Bahau.

"Tiba-tiba seorang lelaki dalam lingkungan usia 50an, menghampiri saya dan menumbuk dada kiri saya sebanyak dua kali.

"Selepas itu dia cuba baling kerusi ke arah saya, tetapi sempat dihalang.

"Anggota polis yang tiba dalam masa kurang sepuluh minit, berjaya mengawal keadaan dan menahan lelaki itu.

"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jempol.

"Tidak ada patah tulang tetapi sehingga ke hari ini dada saya masih sakit, terutama apabila menarik nafas," kata Teo.

Teo mengulas bahawa beliau tidak bercadang mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana mengganggap ia sebagai cabaran yang harus dilalui olehnya sebagai wakil rakyat.

"Saya mengenali lelaki ini sejak tiga tahun lalu semasa saya menjadi ADUN Bahau.

"Dia pernah datang ke Pusat Khidmat DUN Bahau ketika itu.

"Saya tidak pasti sama ada lelaki itu ada masalah kesihatan atau tidak, tetapi dia pernah meminta saya membuat satu kain rentang (banner), untuk menyatakan rasa tidak puas hati dia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tolak permintaan beliau kerana permintaan beliau tidak sesuai dan tidak masuk akal.

"Sejak itu, jika dia terjumpa saya dimana-mana, dia akan memarahi saya walaupun di hadapan khalayak ramai," ujar Teo.

Teo berkata selepas kejadian ini, beliau akan mengambil langkah lebih berhati-hati terutama jika ada orang ingin menghampiri beliau.

Alumni UiTM tuntut ketelusan projek pembinaan kampus

Posted: 23 Jun 2014 01:06 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY
 
Banyak syarikat konsesi milik Umno dan Barisan Nasional dipergunakan untuk mengaut keuntungan.
 
misc_0331_300x200


PETALING JAYA: Alumni UiTM menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan Umno serta Barisan Nasional untuk berlaku telus dalam isu pembinaan 10 buah kampus baru melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) selepas pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan baru-baru ini.

Afif Bahardin, Adun Seberang Jaya berkata, pimpinan Umno sering kali melaung diri mereka sebagai pejuang kepentingan Melayu, namun hakikatnya ini merupakan sandiwara untuk menjalankan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme yang membarah dan menghantui sistem negara.

"Banyak syarikat konsesi milik  Umno dan Barisan Nasional dipergunakan untuk mengaut keuntungan", katanya lagi.

"Kali ini lebih memalukan apabila UiTM, satu institusi terulung Bumiputera, dipergunakan.

Afif melahirkan rasa kegusaran terhadap masa depan UiTM kerana dengan bentuk penswastaan ini bakal merugikan kerajaan dalam jangka masa yang panjang.

"Kos penyelenggaraan akan ditanggung oleh pihak UiTM dan akhirnya kos lebihan terpaksa ditanggung oleh siswa-siswi", katanya semasa sidang media khas di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Terdahulu, melalui jawapan perdana menteri di Parlimen, kos pembinaan sebenar UiTM adalah diantara RM280 juta sehingga RM315 juta.

"UiTM terikat dengan kadar sewaan sekitar RM56 hingga RM69 juta setahun selama 23 tahun. Secara tidak langsung, kosnya meningkat empat kali ganda lebih besar dari kos sebenar.

Reformasi akademik

Beliau yang juga merupakan Exco negeri Pulau Pinang, menuntut supaya Perdana Menteri dan kerajaan mengadakan satu reformasi akademik dan pentadbiran dilakukan.

"Amalan korup di dalam pentadbiran wajib dihapuskan, autonomi universiti dan kebebasan akademik di tegakkan di UiTM.

Ujarnya lagi, amalan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional ini tidak akan membantu warga UiTM untuk terus maju bahkan bakal menghancurkan masa depan universiti dan Bumiputera.

"Sekiranya pembetulan tidak dilakukan dan gagal,  ini terbukti bahawa Umno tidak lagi mewakili kepentingan Bumiputera tetapi lebih mengutamakan kroni dan keluarga semata-mata.

Alumni UiTM Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP di Teluk Intan turut menggesa agar sistem tender terbuka yang telus wajib diperkenalkan terutamanya melibatkan projek kerajaan dan pembelanjaan dana awam.

Memang Berhantu Jahatnya, Lepas Khalwat Tumbuk Polis Pula

Posted: 22 Jun 2014 04:58 PM PDT

KELAB GREENBOC


Selepas khalwat, bekas komando kes Altantuya disiasat kerana tumbuk polis pula


Bekas komando polis yang didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 lalu kini berhadapan dengan masalah sekali lagi – ditangkap khalwat dengan wanita yang sudah berkahwin dan kini didakwa menumbuk seorang anggota polis pula.

Kejadian berlaku di Balai Polis Sepang malam Khamis lepas selepas beliau ditahan kerana berkhalwat dan dibawa ke balai polis itu.

Ia berlaku dalam keadaan tangannya bergari ketika rakan kepada suami wanita itu datang mahu membantu tangkapan tersebut.

Bekas komando itu menumbuk muka anggota polis itu sehingga berdarah hidungnya dan cedera ringan pada bibirnya.

Ketua polis Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang berkata kertas siasatan dibuka terhadap suspek di bawah Seksyen 323 Kod Penal kerana menyebabkan cedera tanpa senjata selepas laporan oleh polis yang menjadi mangsanya.

Ketika menjelaskan perkara itu, Mohd Yusof berkata, berlaku kekecohan selepas bekas komando itu ditangkap kerana khalwat.

"Polis yang cedera itu adalah jiran wanita itu. Dia datang untuk membantu. Berlaku salah faham dan berakhir dengan kecederaan," kata Mohd Yusoff.

Difahamkan satu kenyataan direkodkan daripada pengadu tentang apa yang berlaku semasa insiden tersebut, namun tiada kenyataan direkod daripada bekas komando itu.

"Kami akan panggil dia untuk membuat kenyataan tidak lama lagi," kata Mohd Yusoff.

Bekas komando itu yang sebelum ini bersama Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, ditangkap khalwat bersama wanita sudah berkahwin di dalam unit apartmennya di Ibu Pejabat Polis Sepang oleh suaminya pada 1.20am.

Suami wanita tersebut, seorang anggota polis bersama unit peronda, pergi ke unit mereka untuk memeriksa keadaan isterinya dan syak sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu terkunci.

Selepas memeriksa lagi, dia menjumpai bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil.

Kes ini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan seterusnya.

Satu fail disiplin juga dibuka terhadap wanita tersebut, yang juga polis, sementara bekas komando tersebut disiasat di bawah kesalahan menumbuk polis.

Dia juga bakal disiasat oleh Jais untuk dakwaan khalwat.

Mohd Yusoff enggan mengesahkan jika lelaki yang ditangkap tersebut adalah lelaki yang sama disabitkan untuk kes pembunuhan Altantuya dan dibebaskan atas rayuan.

"Saya belum jumpanya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu," katanya.

Bagaimanapun, laporan polis yang dibuat tertulis namanya sebagai Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri yang merupakan salah satu daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lepas selepas sabit kesalahan mereka bagi pembunuhan Altantuya dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Seorang lagi komando tersebut adalah Korporal Sirul Azhar Umar.

Kebetulannya, lelaki yang ditahan tersebut juda merupakan seorang bekas polis bersama Skuad Tindakan Khas Bukit Aman, unit yang sama di mana Azilah bertugas sebelum penahannya pada 2006.

Azilah dan Sirul didakwa dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 2009 untuk pembunuhan Altantuya, 28, di sebuah hutan simpan di Shah Alam pada Oktober 2006.

Kedua-duanya bersama Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan di bawah pasukan sekuriti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pada masa itu, Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan.

Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan akan menjalankan prosiding dua kes berprofil tinggi, dan salah satu daripadanya adalah rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan dua anggota polis skuad tindakan khas, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar atas dakwaan membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Mahkamah Rayuan pada Ogos lepas membebaskan Azilah dan Sirul Azhar atas dakwaan bunuh tersebut selepas sebulat suara meluluskan rayuan mereka, dan membatalkan sabit kesalahan serta hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh Altantuya.

Mahkamah Rayuan, dalam penjelasan penghakiman 47 mukasurat itu menegaskan bukti keterangan mengikut keadaan dikemukakan oleh pihak pendakwa tidak mencukupi untuk mensabitkan mereka bersalah.

Pihak pendakwa memfailkan rayuan mereka pada 3 Januari tahun ini, dengan 6 sebab mengapa Mahkamah Rayuan berpanel 3 hakim itu adalah salah di sisi undang berserta bukti untuk menghalang dua polis tersebut mengelak hukuman mati.

Pendengaran kes tersebut akan berlangsung esok. ~TMI

ULASAN GB

Demikianlah Hukum Kebanaran dan Keadilan berjalan. Sekalipun sebelum ini di dalam kes Altantuya beliau dibebaskan, namun yang jahat itu pasti terhukum juga. Akan terdedah satu demi satu perangai iblisnya hingga pada masa itu mahkamah dunia pun tidak mampu untuk menyelamatkannya lagi. Apa tah lagi mahkamah akhirat nanti...

Label “betina” suntik semangat PAS Johor

Posted: 22 Jun 2014 04:52 PM PDT

LAN JUSOH 


TUMPAT: Tohmahan Umno mengatakan PAS menang dengan cara "betina" pada pilihan raya umum (PRU) 2004 di Dun Senggarang menyuntik semangat aktivis dan pendokong PAS di Johor meningkatkan lagi perjuangan.

Pada pilihan raya tersebut Dr Mohd Ramli Md Kari menang tanpa bertanding di Dun Senggarang, mencatat sejarah kemenangan sulung PAS di Johor.

Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan berkata, tohmahan itu dilempar Umno ekoran kemenangan sulung PAS di negeri kelahiran Umno.

Malah katanya, pemimpin Umno Johor sebelum itu dengan angkuh memberitahu tunggu keli bersisik dahulu untuk membolehkan PAS menang di Johor.

"Biar pun dilemparkan pelbagai tohmahan dan penghinaan namun pejuang dan pendokong PAS di Johor tidak mudah patah semangat.

"Malah hasil gerak kerja dan kesungguhan secara berterusan menyebabkan PAS menang berganda pada pilihan raya umum 2008.

"Dan pada pilihan raya umum lepas sekali lagi PAS mencatat kemenangan berganda berbanding PRU 2008," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Tumpat di Pantai Sri Tujuh semalam.

Hadir sama Yang Dipertua (YDP) PAS Tumpat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan YDP, Mohd Zaki Ibrahim dan Naib YDP, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Pada PRU 2008 PAS menang di Dun Maharani melalui Dr Mohd Taslim dan Dun Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh.

Dan pada PRU 2013 kerusi PAS bertambah kepada empat iaitu Aminolhuda di Dun Parit Yaani apabila menang dengan majoriti 1,188 undi mengalahkan Teo Yew Chuan (BN).

Selain itu di Dun Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim mengalahkan Datuk Haris Salleh (BN) dengan majoriti 3,813 undi.

PAS juga menang di Dun Maharani melalui Dr Mohd Taslim mengatasi Datuk Zulkhairi Ahmad (BN) majoriti 3,136 undi.

PAS juga menang di Dun Puteri Wangsa melalui Ustaz Abdullah Husin apabila menewaskan Soorianarayanan A/L Muniandy (BN) dan calon Bebas, Ravindaran A/L Doraisamy (Bebas) dengan majoriti 3,469 undi.

"Pada PRU 2008 masih ada calon PAS yang hilang wang deposit, biar pun begitu kita tetap istiqamah dalam perjuangan walau pun kalah dalam pilihan raya.

"Dan hasil perjuangan tanpa mengira penat dan lelah pada PRU 13 tidak ada lagi calon PAS yang hilang deposit.

"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang BN pula bimbang hendak bertanding terbaru berlaku pada pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Pulau Pinang apabila BN tidak meletakkan calon," kata Adun Parit Yaani itu.

Kidex: Jalur jalan belum ada, bantahan tidak patut timbul

Posted: 22 Jun 2014 04:48 PM PDT

LIZAWATI MADFA


 


SHAH ALAM: Pembinaan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) masih belum dimasukkan dalam mana-mana rancangan tempatan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga masih belum memberi cadangan jajaran untuk pembinaan lebuh raya itu.

Oleh itu, katanya, desakan untuk Kerajaan Negeri tidak seharusnya timbul pada peringkat ini kerana ia masih dalam perancangan secara dasar sahaja.

"Kita mengikut tatacara dengan LLM akan memberikan jalur-jalur jalan yang mereka mahu bina, kemudian baru Kerajaan Negeri akan memberikan kepada PBT untuk hebahan masyarakat di kawasan berkenaan.

"Oleh sebab kita masih belum dapat dari LLM, Kerajaan Negeri pun belum meminta PBT untuk mengumumkan perancangan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini, semalam, yang turut dihadiri Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi.

Baru-baru ini, beberapa ADUN Selangor dalam satu sidang media mendesak Kerajaan Negeri tidak memasukkan pembinaan Kidex dalam pelan rancangan tempatan di peringkat PBT.

Sehubungan itu, Abdul Khalid juga mengingatkan semua pihak untuk tidak berbincang perkara yang masih di peringkat dasar dan belum ada hitam putih.

"Isu itu sebenarnya tidak timbul sebab belum dapat dari LLM. Kalau sudah dapat baru lepas itu masyarakat boleh pantau, bincang dan tentukan sama ada boleh diteruskan atau tidak.

"Kalau belum ada apa-apa terjadi dan kita tidak tahu mana jalur jalannya, macam mana kita nak buat," katanya lagi. – Selangor Kini

Siapa benarkan Vincent Tan bina kasino kedua negara?

Posted: 22 Jun 2014 04:45 PM PDT

HARAKAHDAILY 


PUCHONG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan (gambar) untuk membangunkan pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.

"Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? 
Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan.

"Kerana kita bantah, cukup dengan keadaan sekarang ni," katanya ringkas dalam sidang media yang dipetik Keadilan Daily.

Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 bilion untuk membina sebuah kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.
Jika dibina, ia adalah pusat kasino kedua terbesar di Malaysia selepas Genting Highland.

Dalam satu laporan yang dipetik dari The Business Times, pihak berkuasa juga meluluskan pelan pembangunan kasino terbabit, bahkan Vincent sudah merancang memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki syarikatnya, Berjaya Corporation.

Namun, kelulusan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Parlimen, baru-baru ini.

Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik. Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara itu walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskannya.

"Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya turut ditolak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng," katanya.

Tiada ulasan: