Rabu, 18 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


‘Tidak ada seorang pun pemimpin Umno membela peneroka’

Posted: 18 Jun 2014 08:39 AM PDT


Apabila ada peneroka Felda yang berani berhimpun menuntut hak mereka, itu adalah petanda awal negara akan berubah dalam masa terdekat


azminali_pray_300x200
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali, berjanji untuk memperjuangkan nasib peneroka yang tidak diberikan lesen persendirian dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk menjual hasil mereka kepada kilang lain.

Jelasnya, walaupun perbahasan dalam dewan rakyat telah dihalang tetapi sebenarnya mereka (peneroka) tidak kalah dalam perjuangan mereka.

"Apabila ada peneroka Felda yang berani berhimpun menuntut hak mereka, itu adalah petanda awal negara akan berubah dalam masa terdekat," ujarnya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, dahulu peneroka Felda dianggap sebagai kubu kuat Umno tetapi itu telah menjadi sejarah.

"Pada hari ini kita dapat saksikan Pakatan Rakyat telah bawa isu ini dan telah ditolak. Isu yang kita bawa bukannya politik tetapi isu rakyat.

"Ini bukan usul tetapi petisyen yang dibenarkan oleh perlembagaan tetapi itupun ditakuti oleh pemimpin Umno," katanya.

Menghalang suara rakyat

Dapat dilihat, watak Ahli Parlimen Paya Besar (Datuk Abdul Manan Ismail) yang menjerit-jerit menghalang supaya suara peneroka tidak didengari.

"Bila waktu mengundi mereka mahukan undi daripada peneroka Felda tetapi setelah dipilih mereka pula menghalang suara rakyat Felda.

"Sedangkan berapa banyak Felda dalam Paya Besar dan beliau pula menikus, menjerit dan mengaibkan peneroka," katanya

Jelas Azmin, selagi peneroka tidak diberikan kebebasan untuk menjual hasil buah mereka kepada pengilang yang mereka suka selagi itulah Felda akan menekan dan membuli peneroka dengan harga yang tidak munasabah.

"Hari ini tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang datang membela," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa perkara itu telah direkodkan di dalam dewan rakyat tetapi telah ditolak Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dengan memberikan alasan teknikal.

"Speaker telah memberi penjelasan bahawa petisyen itu seharusnya dibawa oleh seorang wakil rakyat, dan mengatakan bahawa ada tangatangan yang tercicir, serta ia ditolak berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan," katanya sewaktu sidang media di luar parlimen.

Jelasnya lagi, Speaker Dewan Rakyat harus bersikap adil kepada dua-dua pihak sama ada pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Bukan dengar suara kerajaan sahaja.

"Speaker harus adil dan bukannya mendengar suara pihak kerajaan sahaja," ujarnya.

Speaker dewan turut menjelaskan bahawa mereka(peneroka) harus ikut perjanjian.

"Sampai bila mereka harus iikut perjanjian tersebut, kerana peneroka yang datang hari ini adalah peneroka yang sudah mendapat hak milik tanah mereka.

"Oleh itu, kenapa peneroka ini tidak dibenarkan menjualkan hasil mereka kepada pengilang yang mereka suka," katanya.

Jelasnya lagi, ini adalah periuk nasi peneroka, dan kekayaan negara datangnya adalah hasil daripada titik peluh mereka, tetapi mengapakah pihak speaker tidak mahu mendengar luahan hati mereka.

Ujarnya, walaupun terpaksa menerima keputusan yang telah ditetapkan oleh Speaker Dewan Rakyat, namun suara peneroka tidak akan terhenti di sini.

Ucap tahniah

"Inilah hakikat parlimen, yang kita kena ubah pada masa hadapan," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pula, beliau mengucapkan tahniah kepada peneroka yang berjuang untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

"Perjuangan untuk mengembalikan parlimen yang 'berjiwa rakyat' masih jauh dan tertegaknya parlimen ini adalah kerana mandat yang diberikan oleh rakyat kepada pemimpin," katanya.

Jelasnya, perjuangan kita ini adalah untuk mengubah satu sistem yang lebih baik supaya semua suara rakyat dapat didengari.

"Inilah wajah Malaysia baru, pemimpin bangsa India membela orang Melayu dan orang Melayu pula membela bangsa lain serta inilah politik yang merentasi batasan kaum," katanya.

Isnin lalu, Sivarasa dan tiga ahli Parlimen  Pakatan menghantar cadangan usul membahaskan perkara ini berserta petisyen yang ditandatangani 3,015 peneroka Felda yang menuntut supaya diberikan lesen oleh MPOB.

Perkasa: Empat Ahli Parlimen PAS perlu diusir

Posted: 18 Jun 2014 08:36 AM PDT


Tindakan mereka disifatkan sebagai 'kurang ajar' apabila menggesa untuk hapuskan kuasa MAIS dan JAIS

misc01_300x200


PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Shamsuddin Moner menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh empat Ahli Parlimen PAS di Selangor iaitu Khalid Samad, Mariah Mahmud, Hanipa Maidin dan Che Rosli Che Mat sebagai biadap.

"Mereka begitu berani mempertikaikan pendirian dan keputusan MAIS untuk tidak memulangkan semula Bible Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada The Bible Society of Malaysia bulan Januari lalu.

"Mereka ini tidak layak bergelar dan diberi penghormatan sebagai Ahli Yang Berhormat kerana tidak menghormati Institusi Islam seperti MAIS dan JAIS yang mana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor," katanya.

Tambah beliau, perbuatan empat Ahli Parlimen PAS ini lebih 'kurang ajar' apabila mereka dengan angkuh dan ekstrim mengutarakan gesaan kepada Kerajaan Negeri Selangor di mana mereka mendakwa menguasai dua pertiga ahli dewan agar meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk menghapuskan kuasa MAIS dan JAIS.

"Jelas bahawa pendirian empat Ahli Pas ini selari dengan tuntutan Comango di UPR Geneva yang mendesak supaya Enakmen Jenayah Syariah dan mahkamah Syariah dibubarkan di Malaysia.
Beliau yang mewakili Perkasa memberi amaran keras kepada empat ahli parlimen ini supaya berhenti membuat provokasi liar.

"Mereka bertindak seolah-olah mereka adalah jurucakap kepada Comango. Jangan naikkan kemarahan NGO-NGO Melayu Islam di bawah Perkasa di mana jumlah keahliannya lebih 500 ribu orang.

"Kami siap sedia untuk mempertahankan imuniti kuasa MAIS dan Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam. MAIS dan Sultan adalah benteng terakhir bagi umat Islam untuk mempertahankan kesucian Agama Islam dan maruah Institusi Agama daripada di hina oleh puak-puak gereja dan gerakan liberalis agama yang dah mula meresap ke dalam saf kepimpinan PAS," katanya.

Pada masa yang sama, Perkasa dan Gabungan NGO Islam yang lain seperti Pembela  dan ISMA akan memohon untuk menghadap DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat untuk mempersembahkan kepada Sultan supaya terus bertegas atas keputusan MAIS untuk tidak memulangkan semula bible seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara.

"Selain itu, Perkasa juga ingin mencadangkan kepada Sultan Selangor supaya empat Ahli Parlimen PAS ini tidak dibenarkankan tinggal dalam Negeri Selangor. Mereka perlu diusir keluar dari negeri Selangor.

Tambahnya, hanya dengan cara ini sahaja boleh menyelamatkan maruah DYMM Sultan Selangor atas penghinaan dan kebiadaban mereka ini.

PAC persoal Kementerian Kewangan beri projek RM348 juta

Posted: 18 Jun 2014 08:34 AM PDT

Kontraktor tidak mempunyai lesen untuk membuat empangan, kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

misc03_300x200


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed  tidak berpuas hati dengan pihak Kementerian Kewangan yang telah memberikan projek Empangan Paya Beda yang bernilai RM348 juta kepada syarikat yang tidak mempunyai kredibiliti.

Menurutnya, akibat dari pengambilan kontraktor yang tidak berkemampuan beberapa kesan telah terjadi seperti projek itu lambat siap dan menimbulkan banyak masalah serta empangan tersebut tidak diurus dengan baik oleh pegawai yang terbabit.

"Antara punca projek ini bermasalah adalah kerana keputusan pihak Kementerian Kewangan untuk melantik sendiri kontraktor tanpa melakukan tender terbuka," katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Ujarnya, kontraktor yang dilantik iaitu JAKS Resources Berhad juga didapati bermasalah kerana kontraktor tersebut tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

"Mereka sepatutya mendapatkan lesen untuk membuat empangan, tetapi sebaliknya pula berlaku. Mereka tidak mempunyai lesen untuk membuat empangan," katanya.

Kata Jazlan lagi, pihaknya sendiri tertanya-tanya mengapakah pihak Kementerian Kewangan memberikan projek tersebut kepada pihak yang sudah diketahui tidak berkemampuan untuk melaksanakan projek tersebut.

"Dalam masa terdekat, kita akan memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Mokhtar Ismail, dan juga pegawai yang bertanggungjawab dalam projek ini Datuk Azhari Mohd Ghazali.

"Kita juga akan memanggi Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kewangan kenapa mereka tidak membuat tender terbuka, selain akan memanggil kontraktor untuk bertanya mengapa mereka menerima projek yang mereka tidak mampu lakukan," katanya.

Jelasnya lagi, mungkin ada satu keadaan yang selesa antara pihak kontraktor dan juga pihak Kementerian Kewangan.

Ditanya sama ada projek itu mengandungi unsur rasuah, Nur Jazlan menjawab bahawa beliau tidak tahu menahu.

"Saya tidak tahu, dan dalam PAC, kita tidak mahu ada syak wasangka," katanya.

Katanya, sejumlah besar projek itu juga dilakukan oleh sub-kontraktor yang dilantik pemaju kontrak.

Selain itu, katanya, turut berlaku 'pembayaran yang tidak sepatutnya' apabila pihak kementerian terlebih bayar sebanyak RM500,000 kepada juru ukur.

"Jumlah itu lebih daripada jumlah invois mereka dan kementerian maklumkan juru ukur sudah membuat bayaran balik, tetapi mereka bayar secara ansuran," katanya.

Nur Jazlan berkata, kontraktor berkenaan turut tidak mempunyai kakitangan teknikal untuk membangunkan projek berkenaan.

Disebabkan kelewatan projek itu, syarikat berkenaan dikenakan denda lewat siap (LAD) sebanyak RM50,000 sehari.

Najib Juga Tidak Setuju Dengan MAIS

Posted: 18 Jun 2014 08:31 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin


Setelah beberapa hari berlakunya polemik mengenai kitab Bible yang enggan dipulangkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau Jais meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Peguam Negara, Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya mengeluarkan kenyataannya petang semalam dengan harapan kemelut itu dapat diakhiri dengan baik.

Peguam Negara memutuskan tiada sebarang pendakwaan akan dilakukan terhadap Persatuan Bible Malaysia yang didapati memiliki Bible bahasa Melayu serta terdapat kalimah Allah didalamnya dan mengarahkan kitab itu dipulangkan semula kepada persatuan terbabit.

Bagaimanapun, Majlis Agama Islam Selangor atau Mais yang menaungi Jais enggan mematuhi arahan Peguam Negara itu dengan alasan mereka di pihak yang betul serta mendakwa rampasan Bible itu mematuhi peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (kawalan pengembangan di kalangan orang Islam).

Najib mengeluarkan kenyataan ini kerana di sebalik Jais atau Mais diminta mematuhi arahan Peguam Negara itu, semakin keras pula pendirian tidak mahu memulangkannya. Ini seolah-olah mengundang ketegangan yang berpanjangan.

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri menggesa Mais berunding dengan Peguam Negara jika ia berpendapat Peguam Negara perlu mengkaji semula keputusannya dalam isu rampasan kitab Bible oleh Jais.

Apa maksudnya? Jelas bahawa Najib mahukan Mais berunding dengan Peguam Negara dan bukannya terus membuat keputusan tidak mahu memulangkan Bible itu sebagaimana yang dilakukannya sekarang ini.

Maknanya, Najib tidak setuju dengan pendirian Mais yang yang tidak menggunakan kaedah rundingan dengan Peguam Negara, sebaliknya terus menyatakan tidak setuju dengan keputusan Peguam Negara serta enggan pula mematuhi arahan yang diberikannya.

Perdana Menteri menambah lagi, penyelesaian isu rampasan kitab Bible milik Perstuan Bible Malaysia itu hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan dan semangat Perlembagaan serta Undang-undang Negara supaya ia dapat diterima oleh masyarakat.

Kajian semula keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara semestilah berasaskan kepada lunas undang-undang negara ini dan semua pihak mesti menghormati keputusan yant dibuat, demikian kata kenyataan oleh Najib itu lagi.

Apakah pula maksudnya? Ia tidak lain meminta Mais menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang menetapkan kuasa pendakwaan adalah terletak di tangan Peguam Negara. Jika Peguam Negara mengatakan tiada kes, keputusan itu hendaklah dihormati kerana itulah semangat memahami undang-undang dan Perlembagaan.

Namun demikian, sekiranya tidak berpuas hati, ia boleh dirayu atau dibincangkan kemudian dengan baik, tetapi bukannya dengan membantah secara terbuka. Membantah secara terbuka samalah dengan tidak menghormati Perlembagaan dan Undang-undang Negara.

Dalam kenyataan seterusnya, Najib juga berkata, kerajaan negeri Selangor, Mais dan Jais yang mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan dan pentadbirah hal ehwal Islam di Selangor hendaklah menentukan sama ada untuk memulangkan kitab Bible tersebut atau sebaliknya.

"Sebagaimana Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam ialah agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin kesucian Islam dan umat Islam dari dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

"Manakala Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, juga memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan juga kerajaan negeri untuk mengawal atau menyekat perkembangan doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam," kata Najib dalam kenyataannya itu lagi.

Sangat jelas bahawa Najib ingin mengatakan bahawa walaupun Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain juga boleh diamalkan, dengan syarat tiada sebarang percubaan menyebarkan agama lain kepada orang Islam.

Dalam konteks kitab Bible yang dirampas, ia dirampas di pejabat Persatuan Bible Malaysia dan dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak yang sememangnya kerajaan telah membenarkan penggunaan kitab Bible berbahasa Melayu di kedua-dua negeri tersebut.

Dalam masa yang sama, kitab Bible itu juga difahamkan diletakkan di tempat terbuka ketika rampasan dilakukan. Ini bermakna tiada kebarangkalian ia digunakan secara sembunyi atau cuba diedarkan secara sulit kepada umat Islam di Semenanjung.

Bukan saja tiada bukti Bible itu sebagai alat menyebarkan doktrin agama lain kepada umat Islam, bahkan kitab itu juga diletakkan di premis yang jelas kaitannya dengan agama Kristian.

Walaupun Najib menyerahkan kepada kerajaan Selangor, Mais dan Jais membuat keputusan akhir, tetapi adalah jelas beliau mahukan keputusan itu sentiasa dalam ruang lingkup menghormati Perlembagaan dan Undang-undang serta memahami kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Najib ini, tidak terselindung juga niat dan kemahuannya agar keputusan Peguam Negara itu dihormati oleh Mais. Kerajaan sendiri Selangor sudah pun akur dengan keputusan Peguam Negara itu, hanya Mais saja yang berkeras ketika ini.

Dengan penjelasan Najib agar menghormati Undang-undang dan Perlembagaan, mengadakan rundingan jika tidak setuju dan memahami kebebasan beragama yang diamalkan, adalah diharapkan Mais dapat memahami bahawa bersikap keras, langsung tiada toleransi dan tidak menghormati Undang-undang dan Perlembagaan, lebih mencemarkan Islam itu sendiri di mata bukan Islam.
http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Coklat Cadbury, Jakim sendiri ragu-ragu?

Posted: 18 Jun 2014 08:28 AM PDT

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR  : Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim menyifatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri tidak yakin dengan status coklat Cadbury yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Ia katanya sekaligus mencacatkan kredibiliti Jakim berikutan tindakan pegawainya yang enggan menjamah coklat berkenaan dalam satu majlis yang diadakan 15 Jun lalu.

cadbury"Jakim keluarkan hukum halal, tapi tak mampu terjemahkan dalam bentuk tindakan, automatik kredibilitinya menjadi cacat sebab nampak yang mereka sendiri ragu-ragu dan tidak yakin dengan hukum yang mereka keluarkan sendiri,

"Tiada apa-apa makna kalau hanya Blogger sahaja yang makan coklat tersebut, tapi kalau Jakim tak makan, mereka sendiri tak yakin, macam mana rakyat nak yakin dengan jaminan mereka?" soalnya ketika dihubungi.

Dalam program diberi nama 'Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif' itu, hanya Blogger sahaja yang menjamah coklat tersebut, sementara Pegawai Jakim yang hadir enggan menjamahnya malah beredar dari situ.

Dikatakan program tersebut diadakan bagi mempertahankan status halal produk berkenaan yang dianjurkan oleh portal myKMU dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS).

"Sepatutnya kedua-dua perkara, iaitu hukum dan kehendak itu kena selari, baru rakyat akan percaya dengan hukum yang dikeluarkan oleh Jakim.

"Jakim sebagai pengurus hal ehwal Islam perlu bertanggungjawab untuk meyakinkan umat Islam, tentang suatu produk yang dikeluarkan, bukan dah berapa lama baru keluarkan tanda halal, tiba-tiba haram dan kemudian halal kembali. Tolong jangan berdolak-dalik dalam isu yang sangat sensitif kepada umat Islam seperti ini." ujarnya.

Bantu peneroka: Azmin, Sivarasa nyaris digantung Parlimen

Posted: 18 Jun 2014 08:24 AM PDT

Oleh Norasikin Samsi


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali nyaris digantung Dewan Rakyat semata-mata mahu petisyen peneroka Felda yang menuntut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberi lesen individu kepada mereka didengar hari ini.

Turut berhadapan tindakan serupa, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Beliau memohon agar Dewan mempertimbangkan semula petisyen itu untuk memberi ruang isu tersebut dibahaskan setelah pelbagai inisiatif sebelum ini tidak dilayan.

"Saya mohon Speaker dengar luahan rakyat, kita mohon untuk bahaskan isu ini," kata Sivarasa mengemukakan peraturan mesyuarat sebaik sesi soal jawab berakhir jam 11.30 pagi.

Bagaimanapun, usul tersebut ditolak Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tanpa memberi ruang kepada kedua-dua Ahli Parlimen KEADILAN itu membincangkan isu tersebut.

Pandikar sebaliknya mengesyorkan agar perkara itu dibawa ke dalam usul dan ia boleh dibahaskan secara mendalam.

Menurut Pandikar, keputusan yang dibuat dengan alasan yang jelas dan oleh itu jika ada pertikaian ianya tidak dihormati dan budi bicara tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya dalam isu ini.

Sivarasa mempersoal cadangan Speaker kerana bimbang usul itu nanti juga akan ditolak.

Azmin kemudian turut bangun dan mempersoal alasan Pandikar menolak petisyen berkenaan.

IMG_0342"Alasan Tan Sri lebih kepada pandangan kerajaan. Kenapa pandangan dan keluhan di bawah (rakyat) tidak didengar?

"Kita membawa perkara ini untuk dengar keluhan peneroka kerana mereka terbeban. Sebab itu kita mahu petisyen rakyat didengar dan dibincangkan," tegas Azmin.

Katanya, masalah rakyat adalah menjadi tanggungjawab semua Ahli Parlimen untuk mencari penyelesaian tanpa mengira parti.

"Adakah dengan membawa petisyen ini telah melanggar peraturan mesyuarat?" tempelak Azmin yang bertalu-talu mempertikai penolakan petisyen terzsebut.

Ketegasan Azmin itu menyebabkan Pandikar berkali-berkali mengarahkan beliau supaya duduk.
Azmin bagaimanapun akur dengan arahan itu, tetapi meneruskan hujahnya di luar Dewan di hadapan peneroka selepas itu.

Semalam, dua Ahli Parlimen KEADILAN, N Surendran (Bagan Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) diarah keluar dewan kerana enggan duduk setelah Speaker mengarahkan mereka berbuat demikian, selepas kedua-dua mereka membawa petisyen rakyat berhubung projek Lynas di Gebeng, Kuantan.

MOSTI sahkan NSE Resources diberi geran melebihi had- Rafizi

Posted: 18 Jun 2014 08:21 AM PDT

Oleh: Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diam yang menafikan kementerian itu pernah memberi geran kepada Syarikat NSE Resources disangkal oleh jawapan kementerian itu sendiri.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, jawapan MOSTI berhubung soalannya pada 16 Jun lalu menunjukkan geran berjumlah RM14.19 juta diberikan kepada dua syarikat yang ada hubung kait dengan NSE Resources.

Syarikat tersebut ialah Global Network Technolgy Sdn Bhd dan NSE Pomar Sdn Bhd yang dakwanya mempunyai hubung kait dengan syarikat yang mendapat kelulusan dana RM100 juta di bawah kementerian itu.

Dana tersebut sebelum ini dakwa Rafizi diluluskan atas campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelasnya, pemberian dana sebanyak RM5.9 juta dan RM3.7 juta oleh kementerian itu kepada  Global Network Technology Sdn Bhd dan RM4.47 juta kepada NSE Pomar Sdn Bhd juga bertentangan dengan kenyataan Abu Bakar.

Timbalan Menteri itu sebelum ini dipetik sebagai berkata geran maksima yang diberikan oleh MOSTI adalah tidak lebih daripada nilai RM3 juta.

Rafizi dalam sidang media di lobi parlimen hari ini mempersoalkan tindakan kementerian itu memberikan geran kepada syarikat -syarikat tersebut.

"Kedua-dua syarikat yang ada kaitan dengan NSE ini telah gagal menyempurnakan projek sehingga projek berkenaan ditamatkan.

"Tidak pasti sama ada Timbalan Menteri MOSTI tidak mendapat maklumat sepenuhnya mengenai geran yang diberikan atau beliau sengaja cuba sembunyikam maklumat dari borang awam mengenai keistimewaan yang diterima syarikat ini yang sering mendapat geran dari MOSTI," jelas Rafizi yang juga Pengarah Strategi KEADILAN.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan geran di bawah MOSTI yang sepatutnya diguna untuk aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) telah disalahguna untuk membiayai projek komersil yang tidak pasti nilai keberhasilannya.

Beliau pada 11 Jun lalu turut mencabar Datuk Seri Najib Razak dan Menteri MOSTI, Datuk Dr Ewon Ebin membuat akaun bersumpah berhubung skandal geran berkenaan.

"Tanpa penafian dalam bentuk akuan bersumpah, surat dari Menteri MOSTI yang saya lampirkan bolehlah dikira benar, apatah lagi apabila Perdana Menteri dan Menteri MOSTI enggan menjawab soalan berkenaan kesahihan surat-surat itu di dalam Parlimen.

"Saya yakin bahawa banyak lagi ketirisan dalam pentadbiran dan pemberian geran seperti ini yang berlaku yang belum didedahkan," ujarnya.

[BONGKAR] Adik Shahrizat Jalil Diberi Konsesi UiTM Bernilai RM1.5 Bilion

Posted: 18 Jun 2014 05:14 AM PDT

KELAB GREENBOC



Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan konsesi penswastaan kampus UiTM Cawangan Seremban 3 di Negeri Sembilan diberikan kepada syarikat milik adik Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Menurutnya, pemilikan konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion itu telah diberikan kepada sebuah syarikat, Inovatif Mewah Sdn Bhd yang memiliki 29% ekuiti didalam Tentu Selesa Sdn Bhd.

"Tiga buah syarikat tersebut adalah Menang Development Sdn Bhd, Menang Industries Sdn Bhd, dan Tentu Selesa Sdn Bhd," katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Syarikat Menang Development Sdn Bhd dan Menang Industries Sdn Bhd adalah milikan penuh oleh Menang Corporation Berhad iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

"Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua orang tokoh yang rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah adik kepada Shahrizat Jalil , Datuk Shahrir Abdul Jalil dan juga Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Aidit Ghazali," katanya.

Tambah Rafizi lagi, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman.

"Siasatan saya menunjukkan Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan dalam pelbagai urusan kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS.

Jelasnya lagi, semakan lanjut menunjukkan Shahrir Abdul Jalil juga pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai dan beliau juga pernah digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005.

"Beliau digantung kerana didapati bersalah ekoran amalan politik wang," ujarnya.

Susun atur pemegang konsesi penswastaaan UiTM Cawangan Seremban 3 ini menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme telah digunakan di Malaysia bagi mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno.

"Bagaimana syarikat yang hanya bermodal RM2 sahaja telah diberikan pegangan sehingga 29 peratus dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.

Ujarnya lagi, selepas melakukan pendedahan ini, beliau akan menetapkan temujanji bersama Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

"Ketua Audit Negara lebih teliti dalam isu ini dan skop siasatan mereka lebih meluas kerana inilah keistimewaan mandat yang dimiliki oleh Ketua Audit Negara," katanya.


LIHAT VIDEO DI SINI

[KETERALUAN] Najib Cuma Hadir 26 Kali Drp 358 Hari Sidang Parlimen

Posted: 18 Jun 2014 05:07 AM PDT

KELAB GREENBOC

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap 'ponteng' sidang Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan.

"Tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah Menteri menjawab setiap pertanyaan.

"Malangnya, kadar kehadiran beliau, sama ada untuk menjawab soalan mahu pun menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang, adalah sangat rendah," kata Er pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau memetik Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini.

Malah Najib tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan.

"Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas – adakah rakyat perlu merotan Najib?"
kata Er, sinis.

Er cuba membangkitkan isu tersebut dalam ucapan penangguhannya esok, namun ditolak Setiausaha Dewan Rakyat atas alasan ia 'bukanlah berkenaan apa-apa perkara tadbir dalam tanggungan Kerajaan'.

Alasan itu seolah-olah menunjukkan kehadiran Perdana Menteri selaku ketua kerajaan ke Dewan Rakyat bukan perkara utama.

"Adakah Perdana Menteri dan kerajaan tidak memahami tanggungjawab mereka? Parlimen adalah cabang pengasingan kuasa (legislatif) yang berperanan untuk semak dan imbang perlaksanaan dasar dan tugas Eksekutif," tegas Er.

Beliau kini merayu kepada Dewan Rakyat bagi mendapatkan perisytiharan berhubung soal kehadiran Najib serta penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi mempertimbang sesi soal jawab khas bersama Perdana Menteri setiap minggu bermula sesi Parlimen akan datang.

Er turut menyeru semua Ahli Parlimen menyokong cadangannya dengan menurunkan tandatangan pada surat rayuan dengan objektif merealisasikan kualiti pernahasan di Parlimen Malaysia bertaraf dunia.

"Sesi soal jawab itu penting memandangkan isu yang diutarakan dalam soalan lisan dan bertulis sudah 'ketinggalan zaman' (ketika jawapan diberikan)," tegas Er


ULASAN GB

Makan gaji buta nampaknya.

Umum mengetahui, Najib merupakan PM terburuk dan terboros yang Malaysia pernah ada. Menghabiskan wang negara sehingga hutang negara mencapai tahap tertinggi disamping tidak mahu bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat terhadap semua tindak-tanduknya .

Dan salah satu cara beliau untuk mempertahankan diri ialah menyaman media di atas tuduhan memfitnah seperti yang dilakukan ke atas malaysiakini.

Kebenaran tetap kebenaran. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Satu hari, beliau akan pasti terhukum juga akhirnya.

Profesionallah dalam menangani maruah agama

Posted: 18 Jun 2014 04:17 AM PDT

MSO


Pihak yang mahukan 321 naskah kitab Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dari Persatuan Bible Malaysia (PBM) atas alasan di dalam kitab itu ada beberapa kalimah special untuk Islam seperti "Allah" dan sebagainya tidak berfikir secara rasional dan bertindak atas fakta undang-undang sebenarnya yang diterima pakai.

Tindakan mereka itu seakan-akan lebih mempertahankan kulit dari isi. Ia juga dibuat semata-mata untuk meraih sokongan politik dan bukan melambangkan sifat "fatanah" yang dianjurkan oleh Islam. Serentak itu juga bagi menunjukkan extremisme mereka terhadap agama. Dalam erti kata lain tindakan itu mempunyai serampang banyak mata.

100 buah NGO Islam yang menamakan diri mereka sebagai Pembela mendesak kerajaan Selangor agar tidak menyerahkan kitab Bible itu kepada PBM. Turut sama sependapat dengan NGO itu ialah ketua pembangkang di DUN Selangor yang tidak mahu kitab itu diserahkan kepada PBM.


MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan kitab itu diserahkan kepada PBM. Khalid telah minta seorang Exco dan Penasihat Undang-Undang Negeri untuk berunding dengan pihak PBM untuk pemulangan kitab-kitab itu.

Arahan MB Selangor itu bersesuaian dengan keputusan dibuat oleh Peguam Negara Abdul Ghani Petail yang mengatakan tidak ada apa-apa pendakwaan berhubung rampasan kitab itu yang berlarutan lebih setahun dan kesnya sudah ditutup. Justeru kitab itu sebagai bahan kes perlulah dipulangkan kepada empunya PBM. Tindakan itu adalah standard.

Tetapi keputusan ini dipertikaikan oleh pihak berkenaan. Ia termasuklah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak mahu mengembalikan kitab berkenaan. Majlis itu yang bermesyurat Jumaat lalu memberi alasan untuk tidak mengembalikan bahan kes itu kerana ianya sebagai bercanggah dengan peruntukan kuasa yang ada kepada Mais menerusi Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Penyebaran Kepada Islam) Selangor 1988.

Isu rampasan Bible itu sudah menjadi polemik dan ditarik menjadi isu politik. Kejadian ini sesuatu yang dikesali kerana sepatutnya apa-apa isu membabitkan agama tidak dijadikan perdebatan yang boleh mengeruhkan hubungan kaum dan keharmonian hidup warga negara ini yang berbilang kaum dan pelbagai anutan agama.

Dalam kes ini sepatutnya semua pihak, baik dipihak penguasa agama Islam atau Kristian melihat secara "jilah" dan jernih, bukan penuh dengan sentimen dan keegoaan. Misalnya kenapa Peguam Negara membuat keputusan begitu, perlu direnungi dan memahami akan sebab dan hikmahnya. Ianya hendak dibaca apa yang tersirat bukan melihat yang tersurat. Ia tentu ada motif disebaliknya dan tujuannya tentulah untuk kebaikan bersama bukan menambahkan bara dalam api yang sudah menyala.

Walaupun Mais dikatakan ada kuasa serta ruang untuk tidak mengembalikan kitab Bible itu, seeloknya Mais tidak meneruskan hasrat mereka itu. Sebagai institusi agama yang menjaga maruah dan airmuka agama, Mais bukan sahaja perlu memastikan kedudukan atau maruah agama tidak tercemar, tetapi ia juga perlu memikirkan mengenai keselamatan dan kententeraman umum. Mais seharusnya menjadi contoh dengan memaparkan akhlak yang dikehendaki agama bukan bersikap ala-ala Taliban.

Bukankah Islam itu sendiri menganjurkan perdamaian, bersikap tolenran serta membuka pintu perundingan dalam apa sahaja keadaan. Atas semangat negara yang membenarkan semua orang mengamalkan kebebasan beragama, walaupun Islam sebagai agama rasmi negara, isu-isu seperti kes rampasan Bible itu sangat perlu diatasi dengan akhlak dan tanggungjawab demikian.

Kita bimbang sekiranya Mais masih tetap berdegil untuk tidak menghormati keputusan Peguam Negara dan arahan kerajaan Selangor, menyebabkan isu kitab Bible itu akan berpanjangan. Sudah tentu selepas ini pihak PBM akan membawa ke mahkamah untuk mendapat bahan bukti itu. Pihak sebelah sana tidak ada pilihan lain. Apa yang perlu diingatkan apa jua tindakan mereka dan asakan ke atas mereka ia memberi ruang kepadanya untuk mendapat simpati dunia. Dalam hal ini pihak sini perlu peka dan bijaksana serta bijak mengatasinya.

Sekiranya semua ikhlas untuk meredakan keadaan dan tidak ada niat untuk melukai hati antara satu sama lain, adalah baik dan lebih bijak bagi pihak PBM atau Kristian sekiranya mereka akur sahaja dengan kehendak Mais dan pihak-pihak yang "bersikeras" untuk tidak memulangkan kitab berkenaan. Biarkan Mais menghapus ataupun terus menyimpan kitab itu sebagai kenangan atau bahan sejarah.

Dengan cara begitu sahaja isu rampasan Bible yang menjadi bahan polimek dan ditangguki sebagai modal politik itu akan berlalu. Hari ini apa yang diperhatikan oleh umum dan dunia pihak mana yang bersikap rasional, terbuka dan profesional dalam menangani agama masing-masing termasuk membelanya. Dan sesungguhnya pembelaan dan kepedulian kepada agama perlu dilakukan dengan penuh profesional kalau ianya mahu dihormati oleh semua pihak.

Apa-apa agama pun ajarannya bukan menghukum tetapi menasihati demi kebenaran dan kebaikan sejagat. Tuhan juga telah membahagikan agamamu untukmu agamaku untukku.

Selepas 101 hari, kerajaan belum tubuh RCI siasat kehilangan MH370

Posted: 18 Jun 2014 04:12 AM PDT

lks forum

Roketkini.com.


KUALA LUMPUR: Selepas 101 hari tragedi kehilangan pesawat MH370, sehingga hari ini, masih belum membentangkan kertas putih, menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) ataupun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)

"Selepas 101 hari kita masih menanti dan menunggu jawapan tanpa ada sebarang usaha-usaha yang komprehensif dari kerajaan. Rakyat masih tidak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.

"Ia jelas membuktikan betapa lemahnya pimpinan Najib," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam forum 'MH370: Kemalangan atau Kesilapan Manusia' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), semalam.

Kata Kit Siang, DAP dan Pakatan Rakyat berulang kali membangkitkan persoalan di luar dan di dalam Dewan Rakyat berhubung perkembangan terkini proses pencarian pesawat itu, namun tidak ada sebarang jawapan diberikan kerajaan.

Tambahnya, jawapan diterima amat tidak munasabah iaitu 'pihak kerajaan pada masa ini belum memutuskan sama ada untuk membentangkan kertas putih, menubuhkan RCI ataupun PSC.

Malah kerajaan masih belum memutuskan untuk mnenubuhkan badan siasatan dan hanya akan dibuat setelah 'pesawat yang hilang ditemui serta punca tragedi dikenal pasti'.

"Ini jawapan yang tidak munasabah dan menjadi bahan jenaka dunia," kata ahli parlimen Gelang Patah itu.

Tambahnya, jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pesawat itu telah 'berakhir' 24 Mac lalu tidak menyakinkan dan langsung tidak merungkai misteri kehilangannya.

"Jawapan Najib bahawa pesawat telah 'berakhir' langsung tidak menyakinkan kerana ia tanpa sebarang bukti kukuh.

"Jika semua sudah 'berakhir', adakah mereka semua meninggal? Jika sudah meninggal mana buktinya? Tanpa bukti tidak ada sesiapa pun akan menerimanya.

"Sekarang ini bukan saja pesawat hilang, Najib pun hilang sama. Kita ada 'tragedi berkembar'. Inilah dia simbol pemimpin dan kerajaan yang tidak memiliki akauntabiliti,' kata Kit Siang sinis.

Forum malam tadi dibarisi panelis termasuk felow Institut Kajian Kemajuan Sosial (REFSA) Lam Chong Wah dan Pakar Perundangan Tommy Thomas.

Turut hadir beberapa pimpinan DAP lain termasuk Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong. – Roketkini.com.

Pahang nak dijadikan ‘negeri judi’?

Posted: 18 Jun 2014 04:08 AM PDT

475112_10201119667934117_721199723_o

Roketkini.com


BENTONG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa memberi jawapan segera kepada rakyat terutama penduduk Pahang, berhubung rancangan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan untuk membina kasino kedua di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari Lee Chin Chen berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar semalam, bahawa Pengerusi Berjaya Group itu membuat permohonan untuk melabur RM3 bilion untuk sebuah kasino baru di Berjaya Hill, Bukit Tinggi, Pahang.

Lee menyatakan bantahannya terhadap cadangan itu, memandangkan kasino di Genting Highland, yang juga milik jutawan itu, sudah cukup untuk menarik pelancong asing serta memenuhi keperluan rakyat.

"Inisiatif itu hanya mengakibatkan masalah sosial, terutama di kalangan masyarakat Tionghua.

Pengalaman melihat sendiri realiti yang berlaku, perjudian akan mengakibatkan rakyat terlibat dengan 'along'. Ada yang terpaksa menjual rumah dan kereta.

"Adakah Pahang ingin dijadikan sebagai 'negeri judi'?" soalnya.

Menurut Lee, lebih baik untuk kerajaan mengembangkan potensi Bukit Tinggi sebagai lokasi percutian keluarga dan bukannya meluluskan pembinaan satu lagi pusat perjudian.
"Ia lebih bernas daripada membina kasino," katanya lagi.

Beliau juga menggesa Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendiriannya berhubung cadangan itu, apatah lagi Bukit Tinggi terletak dalam kawasan parlimen beliau sendiri. – Roketkini.com

DAP pertahan Rayer, ‘UMNO Celaka’ tidak diulang di luar DUN

Posted: 18 Jun 2014 04:06 AM PDT

altAsovpu__c7_D4d8jerzWx1QBMtfExwZbxs5GXNflPKvV

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – DAP akan tetap mempertahankan Adun Seri Delima RSN Rayer yang bakal dituduh di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menyebut kata-kata 'Umno Celaka'.

Parti berpendirian bahawa pertuduhan terhadap beliau berikutan kenyataan yang dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah salah dan sekadar usaha Umno untuk membalas dendam politik.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataannya petang tadi melahirkan rasa terkejut dengan pendakwaan ke atas Rayer yang ketika ini ditahan polis dan menanti jaminan.

"Rayer telah menegaskan bahawa beliau tidak mengulangi apa yang disebutnya di luar Dewan.

"Oleh itu pertuduhan menghasut terhadap Rayer ini bukan sahaja bermotifkan politik tetapi juga menunjukkan bahawa Peguam Negara menjalankan dasar bilih bulu dan melakukan pendakwaan terpilih," tegas Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, tindakan mendakwa seseorang berdasarkan kenyataan yang dibuat dalam Dewan boleh dianggap sebagai menghina sistem demokrasi berparlimen serta kesucian Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai lembaga tertinggi di negeri tersebut.

Belum pernah mana-mana wakil rakyat ditahan dan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina parti politik lain dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

"Wakil rakyat menikmati kekebalan undang-undang, kecuali jika mereka mempersoalkan hak, status, kedudukan, keistimewaan dan kedaulatan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau lagi.

Menurutnya lagi tindakan mendakwa Rayer di atas kenyataan beliau, walhal Speaker DUN Pulau Pinang sendiri pun tidak mengarahkannya menarik semula kata-kata tersebut adalah tindakan balas dendam politik Umno terhadap DAP.

"Tidak ada tindakan pun diambil terhadap samseng-samseng Umno yang merusuh di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan pejabat DAP Kuantan," ujarnya.

22 Mei lalu lebih 50 orang samseng Pemuda Umno diketuai Mohd Razlan Muhamad Rafi merusuh di ibu pejabat DAP, serta mengugut mahu membakar bangunan tersebut.

"Ingat, sekali lagi saya dengar anda hina parti, saya akan bakar bangunan ini,"

"Kalau mereka boleh kata kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini," jerit Mohd Razlan dan disambut sorakan peserta lain.

Sehari sebelum itu segerombolan samseng Umno merempuh masuk ke bangunan DUN Pulau Pinang setelah Rayer dilaporkan mengatakan 'Celaka Umno' terhadap pemimpin-pemimpin parti tersebut yang kerap kali mengulang ugutan tragedi 13 Mei.

Sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap pihak yang merusuh itu. – Roketkini.com

DUN S'gor terima laporan kedudukan Azmin

Posted: 18 Jun 2014 04:02 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


DUN Selangor menerima usul untuk menerima cadangan bahawa ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali masih kekal dalam lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Cadangan itu terkandung dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang diterima sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 20 tahun 2014 pada sidang DUN hari ini.

Usul untuk menerima laporan itu dibuat ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim bawah Peraturan Tetap 76(5).

Bagaimanapun cadangan itu akan dipertimbang Exco Selangor yang akan memberi maklum balas rasmi mengenainya kepada Dewan kelak.

"Jawatankuasa berpandangan beliau masih lagi ahli perbadanan PKNS," kata Ng sewaktu membentangkan usul itu.

Ditemui pemberita kemudiannya, Ng berkata sesi pendengaran Selcat sebelum ini mendapati pelantikan Azmin sebagai anggota pengarah dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang sah sehingga tahun 2014.

"Dalam surat (Exco) memang ada ditulis beliau dilantik sehingga 2014.

"Walaupun ada salah faham tetapi dalam dokumen yang kita lihat beliau memang masih ahli lembaga pengarah," katanya kepada pemberita.

'Pemecatan tak teratur'

Azmin pada Mac lalu memberi keterangan kepada Selcat yang diketuai Speaker DUN, Hannah Yeoh pada 25 dan 26 Mac lalu berhubung dakwaan bahawa beliau dipecat dari PKNS.

Turut memberi keterangan pada masa itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengurus besar PKNS Othman Omar pada Disember tahun lalu mendakwa pemecatan itu dibuat atas arahan Exco, namun dinafikan oleh Khalid dan anggota pentadbirannya.

Susulan itu, Othman dan seorang lagi pegawai di PKNS turut dipindahkan dari agensi kerajaan negeri itu.

PKNS pada Februari turut menamatkan khidmat 22 pekerjanya yang bertugas secara kontrak dengan notis selama 24 jam.

Mengulas mengenai penamatkan khidmat tersebut, Ng berkata Selcat mendapati mereka memang dilantik secara kontrak namun pemecatan itu dibuat secara tidak teratur.

"Mereka memang dilantik secara kontrak tetapi cara itu (pemecatan) tidak begitu teratur..

"Kita cadang lain kali dibuat dengan lebih teratur dan tidak perlu tergesa-gesa," katanya kepada pemberita.

300 peneroka berhimpun tuntut lesen MPOB

Posted: 18 Jun 2014 04:00 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Kira-kira 300 peneroka Felda dari Pahang dan Kelantan hari ini berarak ke Parlimen untuk menyampaikan memorandum meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberi lesen persendirian supya mereka dapat menjual hasil terus kepada kilang tanpa melalui Felda.

Bostamin Bakar dari Felda Jengka memberitahu Malaysiakini, peneroka tersebut yang kebanyakannya datang dari Pahang tiba di Kuala Lumpur awal pagi tadi untuk mengadu nasib kepada ahli parlimen Malaysia.

"Peneroka terpaksa jual hasil kepada kilang Felda yang harganya rendah. Hanya yang ada lesen boleh jual kepada kilang lain terus.

"Sebab itu kami bawa ke Parlimen untuk mengadu," kata beliau yang bersama kumpulan itu berkumpul di hadapan parlimen sejak jam 9 pagi.

Seorang lagi peneroka, Yaacob Omar ketika ditanya mengapa baru sekarang tuntutan ini dilakukan, berkata peneroka Felda kini lebih pandai dan mengambil tahu mengenai isu di sekeliling mereka.

"Kalau kita tak jual kepada Felda, mereka tak dapat untung, jadi mereka paksa kita jual kepada mereka.

"Peneroka dulu bodoh, tak reti baca perjanjian bahasa orang putih. Sekarang anak-anak dah pandai dan beritahu kita apa yang tak adil kata beliau kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim kemudiannya hadir bersama sebelum bersama kumpulan peneroka itu masuk ke parlimen pada jam 11:30 pagi.

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa bakal membahaskan perkara ini di Parlimen hari ini sebelum sidang media diadakan.
 

'Rombak Kabinet: PM gugur Najib?'

Posted: 18 Jun 2014 03:58 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Antara jenaka SMS yang sedang diedarkan mengenai rombakan kabinet, menurut wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, ialah perdana menteri akan gugurkan Najib.

Jenaka atau tidak, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu berkata, perdana menteri perlu memikirkan semula kedudukan Najib sebagai menteri kewangan.

"Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah  Mohd Najib telah mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

"Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara.

"Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?" tulis Kadir dalam blognya.

Menurut Kadir (kiri) lagi, sejak Mohd Najib menjadi menteri kewangan
pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5 peratus.

Katanya, selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan bahawa ia "ok".

"Jadi PM perlu menilai semula prestasi (KPI) Mohd Najib sebagai menteri kewangan," katanya.

Lagipun, tambahnya, PM perlu tumpu lebih banyak masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.

Usahawan didakwa dapat kontrak UiTM Puncak Alam

Posted: 18 Jun 2014 03:54 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PKR mendakwa seorang usahawan berkait rapat dengan Umno dan pernah penjadi pemimpin kanan parti itu di sebuah negeri mendapat kontrak pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam melalui syarikat yang dikuasai beliau dan ahli keluarganya.

Dalam sidang media ketiganya berhubung isu kontrak UiTM minggu ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa usahawan itu memiliki sekurang-kurang 43 peratus syer dalam syarikat konsesi itu melalui beliau sendiri dan ahli keluarganya, sebenarnya menjadikan beliau sebagai pemegang saham terbesar.

Rafizi mendakwa ahli keluarga lelaki itu memiliki saham menerusi lima syarikat lain yang turut mempunyai kaitan dengan usahawan itu secara peribadi.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama usahawan itu sementara menanti respon beliau dan telahpun menghubungi pejabat beliau bagi mendapat maklum balas.

UiTM Puncak Alam adalah satu dari enam kampus baru yang pembinaannya diswastakan menerusi perjanjian konsesi antara kerajaan dan enam syarikat berlainan.

Rafizi sebelum ini mendakwa perjanjian itu yang menyebabkan kos asal meningkat dari RM1.8 bilion kepada RM8.6 billion dalam bentuk ansuran sewa telah menguntungkan Umno dan kroni berkaitan kerajaan.

Anggota Parlimen Pandan sebelum ini juga berkata pembinaan kampus di Pasir Gudang dan Seremban turut diberikan kepada seorang ADUN Umno negeri dan adik kepada seorang bekas menteri.

MPKB-BRI edar 1000 bungkus juadah buka puasa sehari

Posted: 18 Jun 2014 03:52 AM PDT

RIZAL TAHIR



Abdul Fattah dan para pegawai MPKB-BRI bersama van yang bakal digunakan bagi mengedar juadah berbuka puasa.
 

KOTA BHARU: Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan menyediakan 1000 bungkus juadah berbuka puasa pada setiap hari di bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, bungkusan makanan ini akan diedarkan di kawasan tumpuan orang ramai yang tidak berkesempatan pulang ke rumah untuk berbuka puasa.

"Kawasan yang telah dikenal pasti adalah seperti perhentian bas, pusat membeli belah dan masjid-masjid terpilih.

"Makanan ini akan diedarkan oleh sukarelawan yang akan bergerak di sekitar Kota Bharu ketika hampir waktu berbuka puasa," katanya.

Kos menyediakan juadah berbuka puasa ini, ujar beliau adalah hasil sumbangan orang ramai.

Adakah DBKL pilih kasih roboh rumah Kg Chubadak?

Posted: 18 Jun 2014 03:51 AM PDT

ARIF ATAN 




 
KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat bersikap pilih kasih dalam operasi perobohan antara rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dengan premis yang sedang dalam pembinaan.

Seorang pembaca menghubungi Harakah memberitahu operasi merobohkan sebuah bangunan batu di Jalan Pantai Baharu, 3 Jun lalu mulanya didatangi jentolak dengan tidak kurang 10 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL).

"Saya sempat ambil gambar ketika penguatkuasa mereka datang mahu meroboh jam 10.30 pagi itu tapi tak jadi selepas berlaku rundingan dengan pemilik restoran itu.

"apakah yang berlaku semasa rundingan tersebut? Bagaimana dapat sambung air bermeter? Bumbung pula masuk rizab jalan. Bomba sudah tentu susah nak buat pusingan," ujarnya yang juga seorang pesara.

Tinjauan Harakah petang semalam (17 Jun) di lokasi tersebut yang terletak kurang 20 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai Baharu mendapati terdapat beberapa buruh sedang meneruskan kerja di bangunan dua tingkat itu.

Kelihatan juga semburan cat "ROBOH 03/06/14 PTGWPKL" pada premis yang difahamkan di atas tanah rizab kerajaan telah dipadamkan.

"Saya geram kerana rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dan sekitar Sungai Gombak itu begitu cepat diroboh tetapi bangunan ini tidak jadi pula," ujar pelapor itu lagi.

Tolak rayuan, kerajaan boleh tekan peneroka

Posted: 18 Jun 2014 03:42 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL






KUALA LUMPUR: Tindakan Dewan Rakyat menolak petisyen rayuan peneroka Felda yang menuntut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengeluarkan lesen pekebun kecil kepada peneroka dilihat kerajaan boleh menekan peneroka pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian sejurus selesai perhimpunan petisyen rayuan berkenaan kepada Dewan Rakyat di luar lobi Parlimen yang turut dihadiri 200 peneroka Felda Jengka, Keratong, Cini, Kota Gelanggi, Palong, Mempaga, Bukit Tajau, Bukit Damar, Sungai Koyan, Lurah Bilut, Sungai Tekam, Kemahang, Sungai Relang dan Kampung New Zealand.

"Rayuan ditolak kerana kerajaan tidak mahu melihat rakyat terutamanya peneroka memperolehi taraf hidup yang lebih baik, kerajaan mahu rakyat terus bergantung hidup kepada Felda.

"Kerajaan mahu tradisi kemiskinan ini berterusan agar kebergantungan hidup kepada kuasa politik dapat mereka lakukan," jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Katanya lagi, apabila tidak mampu untuk menaikkan taraf hidup rakyat sepatutnya kerajaan perlu memberi peluang peneroka untuk menentukan kehidupan masa depan mereka.

"Peneroka menuntut lesen pekebun kecil untuk membolehkan mereka menjual sendiri kepada mana-mana kilang yang menawarkan harga yang tinggi dan sepatutnya kerajaan membenarkan permohonan tersebut.

"Ini tidak, kerajaan ingin terus mencengkam peneroka untuk melihat peneroka terus hidup dalam keadaan menaruh harap kepada pemberian kerajaan.

"Jelas kerajaan tidak prihatin tentang rintihan rakyat, walaupun mereka hadir merayu agar suara hati mereka didengari tetapi semuanya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan yang tidak munasabah," sambung beliau lagi.

Beliau turut menyambut baik keberanian para peneroka dalam menuntut hak mereka.

"Apa yang berlaku hari ini adalah satu perkembangan baik dalam sistem demokrasi, peneroka berani bangkit dalam menuntut hak mereka," kata beliau.








DUN Selangor lulus usul 'bersejarah'

Posted: 18 Jun 2014 03:40 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh memuji pembangkang kerana mengemukakan "usul penting dan bersejarah" – yang buat julung kalinya diluluskan di persidangan Dewan hari ini.

Usul berkenaan dibentangkan oleh Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyiasat dan menghentikan serta-merta projek pembangunan tanpa kebenaran merancang.

"Syabas saya ucapkan kepada ADUN Jeram yang membawakan usul yang penting kepada rakyat Selangor.

"Ini yang saya mahukan dalam politik Selangor, dan bukannya hanya membawakan usul kaum dan agama," kata Yeoh.

Amiruddin ketika mengemukakan usul tersebut berkata, projek seperti itu berbahaya kerana boleh menjejaskan keselamatan rakyat.

"Ini amat penting kerana pembangunan yang tidak terancang dan terkawal boleh menyebabkan masalah banjir kilat, hakisan dan tanah runtuh yang membahayakan keselamatan rakyat," kata Amiruddin yang juga timbalan ketua pembangkang.

Beliau mengemukakan usul tersebut mengikut Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap DUN Selangor, sebelum ucapan penangguhan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Persidangan Dewan untuk penggal kali ini ditangguhkan pada jam 4.55 petang.

Penceroboh DUN akan didakwa esok

Posted: 18 Jun 2014 03:36 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Empat belas lelaki yang menyerbu masuk dalam dewan undangan negeri (DUN) Pulau Pinang akan didakwa di mahkamah majistret esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata 14 akan didakwa atas tuduhan menceroboh, di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

"Ia satu kesalahan yang boleh dijamin," kata Mior Faridalatrash ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah di Jalan Pattani hari ini.

Empat belas orang tersebut antaranya ahli Umno, menyerbu masuk ke dalam DUN untuk ADUN Seri Delima, RSN Rayer untuk mengucapkan "Umno celaka".

Sementara itu, Rayer juga dijangka yang akan didakwa atas tuduhan menghasut esok kerana mengucapkan kata-kata tersebut.

Kenyataan 'celaka', Rayer dijangka didakwa esok

Posted: 18 Jun 2014 03:34 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer dijangka didakwa esok atas tuduhan menghasut berhubung kenyataannya "Umno celaka".

Difahamkan pihak polis telah memanggil beliau hadir di Balai Polis Daerah Timur Laut di Jalan Pattani.

Dalam reaksi segera, Rayer berharap dapat membayar ikatjamin malam ini "atau saya terpaksa tidur di sini".

Beliau masih menunggu untuk diberitahu berkaitan dakwaan terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata minggu lepas bahawa siasatan dijalankan selepas lebih 40 aduan dibuat di seluruh negara terhadap Rayer.

Ditemui di balai polis, Mior Faridalatrash berkata Rayer akan didakwa kerana mengucapkan "Umno celaka" di dewan undangan (DUN) Pulau Pinang pada 20 Mei.

Ditanya sama ada tidak ada imuniti untuk perkataan yang disebut di dalam Dewan, Mior Farid berkata: "Tidak"

Sementara itu, 14 lelaki yang menyerbu masuk ke DUN untuk mencari Rayer, akan didakwa esok atas tuduhan menceroboh.

Presiden ISMA akan didakwa esok

Posted: 18 Jun 2014 03:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman akan didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Kajang pagi esok.

Beliau didakwa berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan' dalam laman www.ismaweb.net.

Lamanweb itu hari ini melaporkan Abdullah berkata, beliau telah menerima surat waran polis dan akan hadir ke mahkamah esok.

Beliau diwakili oleh Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid dari Lokman Reena & Co.

Kes Najib vs Mkini tukar hakim

Posted: 17 Jun 2014 09:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


Saman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Mkini Dot Com Sdn Bhd, yang mengendalikan portal berita Malaysiakini, akan didengar di hadapan hakim lain.

Perkara itu diketahui hari ini apabila kes itu didengar oleh Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Nordin.

Apabila Malaysiakini menerima saman yang difailkan oleh firma Hafarizam, Aishah dan Mubarak pada 3 Jun, dokumen yang disampaikan oleh firma itu menyatakan perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, SM Komathy Suppiah.

Bagaimanapun, menurut peguam Malaysiakini, Ashok Kandiah, kes itu berjalan di hadapan Timbalan Pendaftar Norfauzani hari ini.

"Semasa itu, timbalan pendaftar berkata ia ditetap akan didengar oleh pesuruhjaya kehakiman, Datuk Kamaluddin Md Said," katanya.

Tiada ulasan: