Selasa, 17 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Exco sanggup minum air tasik lombong

Posted: 17 Jun 2014 05:35 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Exco Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi bersedia menerima cabaran untuk minum air dari tasik lombong bagi membuktikan ianya selamat untuk kegunaan orang ramai.

Beliau berkata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini juga telah mengesyorkan kepada beliau untuk minum air tersebut.

"Insya-Allah kita boleh uruskan untuk minum sebab itu hari pun MB dah beritahu, kalau tak percaya sangat kita boleh minum air lombong tu," katanya ketika ditemui di lobi DUN Selangor hari ini.

Cabaran tersebut disuarakan semalam oleh NGO anti rasuah, Pusat Penggempur Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa anggota exco Selangor membuat demonstrasi berkenaan.

Pengarah C4 Cynthia Gabriel berkata ia bagi meyakinkan pengguna ekoran kenyataan bercanggah yang timbul berhubung kandungan logam berat dalam tasik lombong berkenaan.

Ahmad Yunus yang dipertanggungjawabkan mengenai hal air negeri sekali lagi mengulangi jaminan air kolam lombong yang dipamkan ke empengan Sungai Selangor adalah selamat.

Pembenihan awam

Sebelum ini Khalid berkata kerajaan negeri telah menyediakan 20 pam yang diletakkan di sembilan kolam sumber air di dua sungai yang mampu menyediakan bekalan air mentah sebanyak 800 juta liter sehari.

Sementara itu, Ahmad Yunus menyatakan terdapat sedikit kesulitan dalam soal kerjasama antara kerajaan negeri dan 'Bureau of Royal Rainmaking and Agricultural Aviation of Thailand' untuk melakukan proses pembenihan awan.

Ini kerana, katanya yang juga ADUN Sijangkang, negara jiran itu turut menghadapi masalah kemarau dan cuaca terik buat masa ini.

"Setakat ini yang saya dapat maklumat melalui surat balas dari Thailand, mereka (biro itu) juga sedang sibuk dengan waktu kemarau di sana.

"Kita juga membuat proses pembenihan awan pada waktu kering ini jadi kita cuba melihat sejauh mana kita boleh, kita pergi dan lihat sejauh mana kita boleh usahakan," kata beliau.

Teknik pembenihan hujan dan pengepaman air kolam lombong adalah usaha Selangor memastikan bekalan air berjalan seperti biasa tanpa perlu catuan bagi menghadapi fenomena 'El Nino' dalam beberapa bulan ini.
 

Peguam: Penduduk mohon injunksi baru

Posted: 17 Jun 2014 05:22 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan memohon satu lagi injunksi bagi menghalang operasi perobohan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, permohonan baru perlu dibuat memandangkan tempoh injunksi yang diperolehi sebelum ini akan berakhir pada 26 Jun.

"Kita akan mohon injuksi disambungkan sehingga selesai tindakan saman penduduk didengar dan diputuskan di mahkamah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau membidas pendirian tegas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap akan melakukan kerja perobohan di kawasan kampung itu.

Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi rumah yang sudah dikenalpasti, gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat, manakala 58 lagi kes penduduk sedang melalui rayuan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zamri menggesa datuk bandar menunjukkan sikap kemanusiaan dengan tidak terburu-buru merobohkan rumah penduduk Melayu sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

"Kita bercakap soal kemanusiaan, takkan datuk bandar sanggup menindas orang Melayu sendiri. Tunggulah sehingga prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi, kenapa nak terburu-buru?

"Mereka terutamanya orang-orang tua nak puasa, nak raya. Sekarang ini mereka tidak mahu tinggal di PPRT, mereka tinggal di bangsal rumah mereka yang dirobohkan," katanya.
 

'Kg Chubadak Tambahan tetap diranapkan'

Posted: 17 Jun 2014 05:18 AM PDT

MALAYSIAKINI



Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram" sejak lebih 20 tahun lalu.

"Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).

Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.

"Itu mereka yang failkan, (tapi) kita tetap teruskan perobohan," katanya lagi.

Ahmad Phesal ditemui pemberita ketika lawatannya bersama media sempena pameran Greater KL dengan Invest KL di ibu negara hari ini.

Ahmad Phesal turut menepis dakwaan bahawa pampasan berjumlah RM7,000 terlalu sedikit manakala penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Jalil pula terlalu kecil.

'Apa yang tak munasabah?'

"Apa yang tidak munasabah? Mereka tinggal di sana secara haram. Kita pindahkan mereka di rumah PPRT daripada mereka terus tinggal secara haram di situ," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pemasangan bekalan elektrik dan air akan ditanggung oleh penduduk yang dipindahkan, Ahmad Phesal menganggap hal itu bukan satu masalah.

"Perkara itu bukan satu masalah, kita berikan wang pindah rumah sebanyak RM 1,000 setiap keluarga. Tetapi soal pampasan saya RM7,000 itu saya tak tahu. Itu (urusan) pemaju," katanya.

Ditanya mengenai rundingan antara DBKL, pemaju dan penduduk mengenai pampasan, beliau menegaskan bahawa DBKL tidak terlibat dengan rundingan mengenainya kerana melibatkan antara pihak pemaju dan penduduk sahaja.

Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat. Sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan.

Penduduk diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran.

MP Pakatan dakwa diusir dari taklimat menteri

Posted: 17 Jun 2014 05:15 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Dua MP Pakatan mendakwa diusir dari satu sesi taklimat mengenai laporan ketua audit negara yang dikendalikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.

MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin mendakwa, menteri tersebut mengusir mereka keluar dari majlis di Menara Integriti, Jalan Duta.

Raja Kamarul mendakwa, Low berbuat demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program tersebut, kira-kira jam 2 petang ini.

Menurutnya, Low dalam ucapan tersebut meminta individu yang bukan merupakan petugas media atau pegawai kerajaan agar meninggalkan majlis.

"Ia (tindakan menghalau) dilakukan oleh (Low) sendiri dan ia menunjukkan sejauh mana beliau percaya kepada ketelusan," sindir MP PAS itu.

Beliau merujuk kepada tugas Low sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap integriti dan ketelusan dalam pentadbiran negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan Parlimen, selepas kejadian tersebut.

Menurut Kamarul, sebelum majlis bermula mereka didekati seorang petugas yang memberitahu bahawa ahli politik tidak sepatutnya hadir.

Katanya, mereka membantah perkara itu kerana ia merupakan majlis terbuka dengan liputan media secara langsung.

'Sesi basuh otak?'

Petugas berkenaan muncul semula selepas menghilangkan diri beberapa ketika, dan memberitahu bahawa mereka boleh kekal di majlis itu dengan syarat tidak bertanya sebarang soalan pada sesi soal jawab.

"Jika ia disiarkan secara langsung, apa yang rahsianya?

"Melainkan majlis itu sudah dirancang.

"Sesi ini sepatutnya sesi dialog, monolog atau sesi basuh otak?

"Mereka kata mereka akan adakan sesi berasingan untuk ahli politik tetapi kami ingat benar dengan janji taklimat MH370," katanya.

Beliau merujuk kepada sesi taklimat kehilangan pesawat MH370 buat MP Pakatan yang tidak pernah berlangsung walaupun menteri pengangkutan pada asalnya bersetuju.

Sim kemudian mengedarkan satu salinan surat berkenaan taklimat itu yang dinamakan "Sesi Taklimat Umum mengenai Laporan Ketua Audit Negara: Maklumbalas dan Tindakan".

Menurutnya, beliau kesal dengan keengganan Low untuk membenarkan mereka terus berada pada majlis taklimat itu.

"Jangan terus minta duit pada sesi belanjawan tambahan tetapi enggan jawab soalan bila kami tanya sebab kamu membelanjakannya secara salah," kata Sim.

Ke mana hala tuju SBI?

Posted: 17 Jun 2014 05:04 AM PDT


Ke mana hala tuju SBI?


KLANG - Tawaran yang dibuat kerajaan negeri berhubung pemindahan pelajar SBI ke Maahad Tahfiz Sains Klang atau nama penuhnya Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Klang, masih kabur.

Pengetua maahad tahfiz berkenaan, Rosli Ahmad berkata, pihaknya sehingga kini masih belum mendapat sebarang kenyataan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kemasukan pelajar SBI ke sekolah itu.

Beliau turut membangkitkan isu sukatan pelajaran maahad tahfiz yang amat berbeza jika dibandingkan dengan SBI.

"Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku (kemasukan), pastinya akan menimbulkan kesukaran kepada pelajar SBI sebab sukatan pelajaran berbeza berbanding sekolah asal mereka.

"Di sini kami lebih menerapkan sukatan tahfiz kepada pelajar sebagai persediaan sekiranya mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah kelak," ujarnya.

Bagaimanapun kata Rosli, beliau tidak dapat memberi sebarang komen lanjut berhubung perpindahan atau pertukaran SBI kerana pihaknya tidak menerima makluman rasmi berhubung perkara tersebut.

"Saya mendapat tahu mengenai perkara ini hanya melalui akhbar dan saya anggap ini adalah perkara yang tidak diduga," ujarnya.

Menyentuh mengenai kemudahan di maahad berkenaan, Rosli berkata, terdapat empat bangunan iaitu asrama pelajar, sekolah rendah agama, makmal bahasa Arab dan pusat sumber pendidikan,

Maahad itu mempunyai 296 pelajar iaitu seramai 145 pelajar perempuan manakala 152lagi adalah pelajar lelaki.

Menurutnya, pihak maahad terpaksa menumpang dua buah kelas di sekolah agama rakyat bersebelahan disebabkan bangunan sedia ada tidak cukup untuk menampung bilangan pelajar yang ramai.

Bagaimanapun katanya, beliau difahamkan bahawa maahad berkenaan mungkin akan berpindah ke lokasi baru di Alam Impian tahun ini.

'Minggu depan tak balik dah'

Posted: 17 Jun 2014 04:29 AM PDT


Jenazah Ahmad Shukri dan pasangannya yang sentiasa duduk berdua termasuk bekerja di satu syarikat sama akan kekal berdua kerana dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam di Rawai, Marang. Jenazah Ahmad Shukri dan pasangannya yang sentiasa duduk berdua termasuk bekerja di satu syarikat sama akan kekal berdua kerana dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam di Rawai, Marang.



KEMAMAN - Dua beradik bergelar yatim piatu sekelip mata selepas terlibat dalam nahas tragis membabitkan dua mangsa maut dan tiga parah dekat Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal, di sini, pagi semalam.

Kemalangan kira-kira jam 7.50 pagi di Kilometer 140 Jalan Pintasan Kuala Terengganu - Kuantan itu berlaku ketika dua beradik lelaki berkenaan, Aniq Shafarah Ahmad Shukri, 5, dan Aqil Shauki, 3, bersama ibu bapanya dalam perjalanan ke pusat asuhan dan tempat kerja di Chukai dari rumah mereka di Kijal.

Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Proton Satria yang dinaiki mereka sekeluarga bertembung dengan sebuah Honda Accord.

Akibatnya kedua-dua ibu bapa mereka, Ahmad Shukri Abd Wahab, 34, dan Nor Asmalia Wahab, 34, yang bekerja di kilang pengeluar peralatan untuk industri minyak dan gas, Alfa Meli Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Jakar III,
Chukai maut serta merta dalam kereta yang remuk.

Kedua-dua beradik itu bersama pemandu (lelaki Inggeris) Honda Accord yang juga seorang pegawai kanan di sebuah syarikat di Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) berusia 30-an yang cedera teruk dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.

Nahas itu dipercayai berlaku apabila kereta Honda Accord dari arah Chukai menuju Teluk Kalong terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh  kereta dinaiki empat beranak itu mengakibatkan pemandu Honda
Accord itu turut tersepit dan dikeluarkan orang awam.

Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati tayar belakang Honda Accord itu pecah.

Balik kampung setiap minggu

Sementara itu, ibu Nor Asmalia, Fatimah Mohd Taib, 62, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anak keduanya itu kelmarin (Sabtu) semasa anaknya sekeluarga pulang membantu menguruskan majlis kenduri kahwin
seorang lagi anaknya di rumahnya di Kampung Banggol Mempelam, Serada, Kuala Terengganu.

"Arwah anak dan menantu berada di samping kami selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu. Mereka berdua nampak ceria dan tak tunjuk apa-apa perubahan sikap.

"Cuma semasa salah seorang adiknya tanya sama ada minggu depan arwah balik kampung ke tak, arwah cakap 'minggu depan tak balik dah'," katanya sebak.

Menurut ibu lapan anak ini, anaknya yang berperwatakan ceria itu hampir setiap minggu pulang ke kampung menghabiskan cuti hujung minggu jika mereka suami isteri tidak bekerja pada Sabtu.

Tak lepas potong kenderaan hadapan

Sementara itu abang sulung Nor Asmalia, Wahyudin Wahab, 36, yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Paka, Dungun, berkata, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan memaklumkan nahas yang menimpa adiknya sekeluarga.

"Menurut saksi tempat kejadian, Honda Accord cuba memotong kereta di hadapannya tapi tak lepas menyebabkan kereta itu bertembung dengan kereta dinaiki adik saya," katanya.

Bagaimanapun, punca kemalangan itu masih lagi dalam siasatan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dikebumi satu liang lahad

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan mengenai kes itu.

Jenazah suami isteri itu dituntut ahli keluarga kira-kira jam 1.15 tengah hari dan dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung halaman Ahmad Shukri di Rawai, Marang selepas solat Isyak.

Kedua-dua anak pasangan itu yang cedera di bahagian kepala dan patah kaki dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang kira-kira jam 11 pagi.

Hanya 38 syarikat berdaftar keluar visa umrah

Posted: 17 Jun 2014 04:23 AM PDT

Jemaah umrah telan benang kiswah


KUALA LUMPUR - Hanya 38 syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi dibenarkan mengeluarkan visa umrah, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  
Beliau berkata senarai 38 syarikat pengelola umrah yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi boleh didapati di laman sesawang kementeriannya.
  
"Hanya syarikat-syarikat ini diberi kuasa untuk berurusan tentang visa umrah ini.
  
"Oleh itu, apa yang kita lakukan untuk melindungi mereka yang berhajat untuk menunaikan umrah ialah meminta mereka terus melawat laman sesawang kementerian dan melihat nama syarikat yang dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
  
Bung Mokhtar ingin tahu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menghalang berlakunya kes penipuan visa umrah.

"Mereka yang ingin membeli pakej umrah perlu memeriksa laman kementerian dan sekiranya nama syarikat itu tidak ada dalam senarai 38 syarikat, janganlah beli pakej itu.
  
"Orang ramai perlu berhati-hati. Selalunya, pakej umrah berharga RM4,500 (secara purata), dan adanya syarikat menawarkan di bawah RM3,000, ini bermaksud menipu. Ini kerana tidak cukup untuk membiayai perjalanan," katanya.
  
Mengulas mengenai kes penipuan pakej umrah, Mohamed Nazri berkata mangsa masih boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menuntut balik wang mereka.
  
Katanya dari tahun 2009 sehingga Mei tahun ini, sebanyak sembilan kes penipuan umrah direkodkan, membabitkan lapan buah syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berlesen, dan sebuah syarikat pengendalian pelancongan yang tidak berlesen.
  
Kesemua kes ini melibatkan 3,611 mangsa dengan anggaran kerugian sebanyak RM14.1 juta. - Bernama

'Orang dalam' dipercayai dalangi kes culik

Posted: 17 Jun 2014 04:21 AM PDT


Sangkar ikan di Kampung Air Sapang Kunak tempat Chan Sai Chiun, 32, diculik sekumpulan lelaki bersenjata tengah malam Ahad lepas. - Foto Bernama Sangkar ikan di Kampung Air Sapang Kunak tempat Chan Sai Chiun, 32, diculik sekumpulan lelaki bersenjata tengah malam Ahad lepas. - Foto Bernama


KUNAK - Kes penculikan yang berlaku di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Sapang Air, di sini awal pagi semalam dipercayai didalangi orang dalam, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek.
      
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kes penculikan itu mempunyai unsur penglibatan orang dalam kerana penjenayah seperti mengetahui keadaan selok-belok di kawasan itu.
      
"Kawasan ini terpencil, dikelilingi pulau dan kawasan laut yang luas. Saya percaya hanya orang dalam atau orang yang sudah lama berada di sini tahu mengenai keadaan di pusat ternakan ikan ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Air Sapang, di sini, hari ini.
      
Beliau berkata, sejurus mendapat laporan tentang kejadian penculikan itu, beberapa aset dikerah ke tempat yang telah dikenal pasti untuk memintas penjenayah itu keluar dari perairan negara.
      
Bagaimanapun penjenayah itu berkemungkinan besar menggunakan jalan alternatif hingga berjaya meloloskan diri dan kini berada di kawasan negara jiran, katanya.

Mohammad menambah, siasatan awal mendapati modus operandi penjenayah semasa insiden itu hampir sama dengan kejadian penculikan di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas.
      
"Kedua-dua kumpulan penjenayah itu menggunakan pekerja untuk mencari siapa pemilik syarikat berkenaan dan penculik itu juga dipercayai fasih berbahasa  Melayu.

"Cara penculik itu masuk dan keluar dari pusat ternakan ikan dalam sangkar itu juga sama," katanya.
      
Beliau turut menekankan, Esscom kini berdepan cabaran besar jenayah rentas sempadan yang didalangi orang yang telah menetap lama di negeri ini khususnya di  kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

[ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa culik: Jangan kacau isteri saya]

Sementara, itu Mohammad mengulangi gesaannya agar semua pihak termasuk pengusaha resort dan pengusaha sangkar ikan mematuhi peraturan sedia ada yang menghendaki mereka hanya menggaji pekerja yang mempunyai dokumen sah.
 
"Kita telah berkali-kali menasihatkan pengusaha resort dan pengusaha ikan dalam sangkar agar tidak lagi mengambil pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen.
 
"Apa yang berlaku masih ramai di kalangan mereka yang ingkar termasuklah syarikat di sini. Jadi inilah apa yang berlaku (kes penculikan) apabila kita tidak mematuhi peraturan," katanya.
 
Sehubungan itu, Mohammad berkata Esscom tidak lagi berkompromi dengan majikan yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
 
Katanya Operasi Gasak juga akan diteruskan untuk membersihkan pendatang asing tanpa izin (Pati) di kawasan Esszone.

Tindakan Mais tiada kaitan dengan Pas

Posted: 17 Jun 2014 04:14 AM PDT


Khalid Samad Khalid Samad


KUALA LUMPUR - Pas Selangor hari ini menegaskan tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang engkar kepada keputusan Peguam Negara supaya memulangkan kitab Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) tidak mempunyai kaitan dengan keputusan parti itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa, keputusan badan agama itu diputuskan tanpa pengetahuan dan di luar kawalan Kerajaan Negeri Selangor.

"Tindakan itu tiada kena mengena dengan Pas, walaupun wakil Pas sebagai Exco Agama dalam kerajaan negeri Selangor, namun tindakan dan arahan itu datang daripada Mais.

"Mais dipengerusikan oleh Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan beliau bukan ahli Pas serta tidak dilantik kerajaan negeri dan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Mais Sabtu lalu yang tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk tidak mendakwa BSM dalam isu rampasan 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban di Petaling Jaya, Januari lalu.

Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat khas Mais Jumaat lalu menganggap masih ada ruang di dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 bagi membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap BSM.

Dalam pada itu, Khalid menambah, Pas Selangor juga akan meminta Kerajaan Negeri Selangor mengkaji semula kuasa eksekutif yang diberikan kepada Mais sehingga boleh mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tanpa perlu meminta kelulusan.

Dakwanya jika perkara itu tidak diberi perhatian, kelak ia boleh menjejaskan reputasi dan imej institusi diraja memandangkan Mais dinaungi oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita harap dapat kaji semula peranan dan kuasa Mais pada masa ini dan kita perlu kembali kepada kerajaan raja berperlembagaan untuk mengelakkan imej raja tercemar.

"Jika tidak dibendung Mais akan terus melakukan tindakan melulu hingga menganggap Jais itu pihak berkuasa mereka," katanya.

Khalid juga tidak menolak tindakan pengerusi Mais itu juga didakwa cuba mensabotaj kerajaan negeri Selangor sejak PR mengambil alih pentabiran negeri itu pada 2008.

Jenazah Pelajar Malaysia Meninggal Selepas Kemalangan Di Mesir Dibawa Pulang

Posted: 17 Jun 2014 04:08 AM PDT

KELAB GREENBOC


 

Seorang pelajar Malaysia di Mesir, Ummi Nadiah Filzah Daud, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua minggu lepas, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti Iskandariah kelmarin.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata berdasarkan laporan awal, Allahyarham Ummi Nadiah Filzah meninggal pada jam 8 malam (waktu tempatan) akibat kecederaan teruk pada paru-paru.

Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari bersama pegawai-pegawai Kedutaan kini berada di Iskandariah membantu urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia atas permintaan ibu bapa Allahyarham.

Kenyataan itu menjelaskan ibu bapa itu mahukan Allahyarham dikebumikan di Bandar Tasik Putri, Rawang, Selangor.

"Kementerian menyampaikan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga Ummi Nadiah Filzah," kata Wisma Putra.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku bila van yang membawa Ummi Nadiah Filzah dan rakan-rakannya - semuanya pelajar Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah melanggar bahagian belakang sebuah lori lalu terbabas.

Pelajar-pelajar itu tercampak keluar van. Lima pelajar lain cedera, dan pemandu terselamat.

Pelajar itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Borg El Arab untuk pulang bercuti semestar di Malaysia. - Bernama


Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Malaysia Meninggal Dunia


Ummi Nadiah Filzah Binti Daud pelajar Malaysia di Mesir meninggal dunia.

Menerusi laman facebook Media Perubatan, dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang pelajar Malaysia iaitu Ummi Nadiah yang kritikal akibat kemalangan sejak 4 Jun 2014 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 Jun 2014 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir.

Terdahulu, Allahyarhamah Ummi Nadiah Filzah Daud Ummi Nadiah bersama lima rakannya yang juga penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah terlibat dalam kemalangan ketika menaiki sebuah van menuju lapangan terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air.

Van yang dinaiki mereka dikatakan terlanggar sebuah lori sebelum kesemua penuntut berkenaan tercampak di Tasik Mesir.

Gambar Dalam Kenangan Ummi Nadiah Filzah Daud


Kronologi Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Malaysia Meninggal Dunia

4 Jun 2013: Satu kemalangan melibatkan 6 penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah berlaku pada jam 8.30 malam ketika van yang dinaiki mereka telah melanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air. Susulan itu, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Salamah untuk rawatan lanjut. 2 daripada mereka hanya mengalami cedera ringan dan dibenarkan pulang.

6 Jun 2014: Senarai 4 Mangsa masih dalam rawatan manakala 2 lagi telah dibenarkan pulang

* Siti Nurul Aisyah bt Zahari telah selesai menjalani pembedahan tangan di Hospital Pakar Tulang Nariman.
* Fatin Inani bt Mohd Noh berada di Hospital Nur Islam,Camp Caesar telah selesai pembedahan plastik di bahagian muka dan rahang.
* Ummi Nadiah Filzah bt Daud masih belum sedar sepenuhnya berada di wad ICU Hospital Salamah, Azarita.
* Siti Shahirah bt Abdul Jalil kini berada di ICU Hospital AlMiri sekarang dalam keadaan stabil dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.

9 Jun 2014

* Siti Shahirah binti Ab Jalil telah dipindahkan ke Hospital Nur islam bagi menjalani pembedahan rahang.
* Ummi Nadiah Filzah binti Daud pula telah dipindahkan ke Hospital Miri Iskandariah, Mesir.

11 Jun 2014: Penderma darah diperlukan untuk salah seorang mangsa kemalangan, Ummi Nadiah Filzah bt Daud.

15 Jun 2014: Ummi Nadiah Filzah binti Daud dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir.


Sumber: Pelajar Malaysia Di Mesir Kemalangan Meninggal Dunia / melvister.com

SYABAS perketat ujian kualiti air terawat

Posted: 16 Jun 2014 11:02 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memperketat pemantauan dan ujian terhadap kualiti air terawat yang dibekal loji rawatan air melebihi garispanduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred, dalam satu kenyataan, menyebut hal ini berikutan terdapat air lombong disalur ke Sungai Selangor yang membekalkan air mentah kepada tiga Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3.
  
Sehubungan itu, SYABAS memperluas jenis ujian parameter dalam kandungan air terawat melebihi ketetapan yang ditentukan kementerian manakala kekerapan ujian juga dipertingkat kepada sekali dalam tempoh tiga hari.
  
Kawalan kualiti air terawat yang dibekal kepada pengguna dilakukan dalam tiga peringkat iaitu kawalan kualiti air mentah sebelum dirawat, kawalan kualiti air terawat selepas proses rawatan dan kawalan kualiti air terawat dalam sistem agihan kepada pengguna.
  
Pemantauan dan ujian kualiti air dilakukan di 700 rangkaian sistem agihan dan premis pengguna.
  
Dalam pada itu, SYABAS memberi jaminan kualiti bekalan air terawat yang diagih kepada pengguna masih kekal selamat dan mematuhi piawaian ditetapkan.- Bernama

SPRM perlu siasat tiga Adun T'ganu

Posted: 16 Jun 2014 10:53 PM PDT


SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan teliti terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Terengganu yang mengumumkan keluar parti kemudian menarik balik keputusan itu pada hari berikutnya.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (gambar) tidak menolak kemungkinan wujud unsur habuan kewangan berikutan tidak sampai 48 jam mereka menarik balik pegumuman keluar parti.

"Sama ada habuan atau ada penglibatan kewangan yang membuatkan tiga Adun terbabit menarik balik (keputusan keluar parti).

"Ini satu peluang bagi SPRM untuk meminta Adun yang keluar parti isytihar harta sama ada berlaku pertambahan harta selepas menarik balik pengumuman keluar parti," katanya.

Dalam sidang media yang sama Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong membidas SPRM yang sepatutnya menyiasat tindakan  tiga Adun terbabit yang keluar masuk parti dalam tempoh yang diragui.

Katanya, SPRM wajar menjalankan siasatan tanpa menunggu laporan kerana insiden itu sudah menjadi pengetahuan umum.

Terdahulu dalam jawapan bertulis Perdana Menteri  kepada beliau, Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan tiga Adun BN Terengganu yng keluar parti pada 13 Mei lalu bukan di bawah bidang kuasa SPRM.

Sebaliknya jika isu tersebut dilaporkan kepada SPRM dan wujud elemen rasuah, suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berdasarkan kesalahan-kesalahan yang diperuntukan di bawah Akta SPRM 2009.

Tegas Kok Seong, tindakan keluar parti oleh tiga Adun terbabit menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan di Terengganu.

"Bahkan tindakan mereka menarik balik perletakan jawatan sekali gus telah memainkan kepercayaan rakyat Terengganu," katanya. -

MP PKR diperintah keluar Dewan

Posted: 16 Jun 2014 10:45 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memerintahkan dua MP PKR keluar dari Dewan Rakyat selepas cuba membangkitkan mengenai petisyen untuk membantah loji Lynas.

Pandikar Amin memerintahkan Fuziah Salleh (PKR - Kuantan) keluar apabila MP tersebut meminta penjelasan ke atas keputusannya untuk tidak membenarkan petisyen tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.

Tidak lama kemudian, N Surendran (PKR-Padang Serai) turut diperintah keluar kerana cuba mendapatkan penjelasan berhuung petisyen bagi membantah pemberian lesen operasi sementara kepada Lynas.

Menghadapi persempadanan semula bahagian pilihan raya

Posted: 16 Jun 2014 10:43 PM PDT



Oleh Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
 

PAS perlu serius

Sebaik selesainya dua pilihan raya kecil, Bukit Gelugor dan Teluk Intan nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sibuk pula dengan tugas kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya. Ia merupakan tugas asasi SPR seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia dinyatakan secara khusus di dalam Fasal (2) Perkara 113 dan Bahagian I Jadual Ketiga Belas; Perkara 116 dan 117, Perlembagaan Persekutuan.

Menurut peruntukan perlembagaan, urusan kajian semula persempadanan perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali. Ia perlu demi untuk menyeimbangi perkembangan sosial, budaya, pembangunan melibatkan topografi, perkembangan demografi, kemudahan asas dan komunikasi di sesebuah bahagian pilihan raya (Negeri dan Persekutuan) untuk mempastikan amalan demokrasi sentiasa subur dan praktikal. Sehingga kini, telah berlaku sebanyak enam kali persempadanan bahagian pilihan raya, iaitu tahun 1958, 1966, 1974, 1983, 1992, 2003 dan tahun 2014 ini adalah yang ketujuh.
Gerrymandering

Berdasarkan senario kajian persempadanan yang lepas itu, strategi persempadanan biasanya diambil kesempatan oleh pemerintah (dibuat oleh SPR setelah mendapat kelulusan Perdana Menteri) untuk memasukkan unsur-unsur yang menguntungkan dalam usaha bagi mengukuhkan demi mengekalkan kuasa/geopolitik yang disebut sebagai gerrymandering.

Konsep gerrymandering ini diasaskan oleh gabenor Massachusetts, Amerika Syarikat, Elbridge Gerry (1744-1814) pada tahun 1812. Konsep ini menerangkan tindakan memanipulasi secara sengaja pihak berkuasa dalam penyusunan dan pengaturan semula kawasan-kawasan pentadbirannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya yang akan datang.

Tujuan untuk mengurangkan undi parti pembangkang dan memenangkan parti pemerintah. Contoh mikro gerrymandering ialah kes Dun Kajang dan Dun Bangi semasa persempadanan bahagian pilihan raya tahun 2003 dibuktikan melalui satu kajian oleh Junaidi Awang Besar & rakan-rakan (2012) yang mendapati persempadanan semula pilihan raya itu menyebabkan berlakunya perubahan bilangan pemilih secara keseluruhan, perubahan bilangan pemilih mengikut kaum, perubahan kedudukan dan pertambahan serta pengurangan daerah mengundi, dan Dun Kajang dibelahbahagi diwujudkan pual satu Dun baru iaitu Bangi.

Ini sudah tentu memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya, apabila sempadan baru bagi Dun Kajang dan Dun Bangi telah digunapakai dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008, serta 2013.

Keputusan pilihan raya umum 2004 memang telah memberi kelebihan kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN). Namun ia berubah pada 2008 dan 2013 apabila BN gagal mempertahankan kerusi itu selepas sepenggal. Ia sudah tentu, faktor persempadanan bukanlah menjamin sepenuhnya strategi pengekalan dominasi pemerintah.

Ia ada kaitan dengan perubahan landskap politik baru Malaysia, apabila isu-isu sosiopolitik bersifat merentasi perkauman dan geopolitik. Namun pada tahun 2008 dan 2013 dalam konteks Dun Kajang, cara gerrymandering tidak lagi relevan kerana faktor "tsunami politik" yang dijana oleh faktor isu semasa, ketidaktelusan dan ketidakbolehpercayaan terhadap pemerintah. Ia juga dikaitkan dengan ekonomi, perkauman dan politik setempat yang telah "menenggelamkan status quo dan hegemoni politik BN yang berteraskan politik pembangunan.

Asas Persempadanan 

Skop persempadanan oleh SPR adalah aspek keperwakilan di setiap negeri yang terbahagi kepada empat struktur bahagian pilihan raya iaitu bahagian Parlimen, di dalam Parlimen pula diwujudkan bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun), kemudian dalam Dun dibahagikan kepada Daerah Mengundi (DM) dan di dalam setiap DM adanya lokaliti sebagai unit terkecil. Keempat-empat peringkat bahagian persempadanan tersebut, SPR akan melakukan kajian semula persempadanan setiap antara 8-10 tahun.

Apa pun asas bagi persempadanan di sisi SPR adalah berlandaskan kepada rasionaliti jumlah pemilih, keluasan, sempadan pentadbiran dan ketersampaian khidmat wakil rakyat (Ahli Parlimen/Ahli Dun) kepada pengundi.

Walaupun begitu, ruang untuk mengimbangi kuasa SPR di dalam melakar semula (menyempadankan) bahagian pilihan raya ini masih ada. Peluang itu disediakan oleh peraturan yang ada masih membolehkan pihak-pihak tertentu mengemukakan cadangan balas (syor representasi) kepada SPR.

Syor representasi 

Pihak yang ada hak mengemukakan syor representasi ialah pengundi kalangan pemilih berdaftar di dalam bahagian pilihan raya masing-masing, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri. Syor representasi, berupa suatu cadangan dan atau bantahan boleh dilakukan di dalam dua peluang, iaitu semasa pameran draf persempadanan semula dan semasa tempoh rayuan selepas SPR melakukan siasatan tempatan terhadap cadangan yang diterimanya.

Pihak SPR pula akan mempertimbangkan sebarang cadangan/bantahan oleh ketiga-tiga pihak tadi berlandaskan rasionaliti seperti keadaan peta, senarai pemilih mengikut DM, jumlah pemilih mengikut tempoh masa yang ditetapkan, kemudahan untuk mengundi dan kemudahan menjalankan aktiviti harian dan pelbagai alasan.

Persempadanan kawasan pilihan raya ini amat penting kerana selain daripada menentukan bahagian-bahagian yang perlu ada dalam pilihan raya ia juga bertujuan, pertamanya untuk memastikan tidak berlaku ketidakseimbangan atau hal yang menyulitkan pentadbiran kerajaan peringkat daerah (jajahan) atau PBT berikutan pertambahan penduduk, terutama bahagian pilihan raya yang menjadi pusat aktiviti utama. Keduanya pula, bertujuan memenuhi matlamat murni kajian semula persempadanan iaitu mewujudkan bahagian pilihan raya yang positif terhadap amalan berpilihan raya secara bebas, adil dan demokratik. Peranan PAS

Berdasarkan tatacara persempadanan bahagian pilihan raya, pihak SPR terlebih dulu perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri serta selari dengannya suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar tempatan dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan cadangan balas orang ramai.

Selepas itu, proses persempadanan bermula dengan arahan Ibu Pejabat SPR (dikeluarkan setelah tamat tempoh lat 8 tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum ini) kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri untuk mengumpul maklumat-maklumat bilangan pemilih di bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, kemudahan-kemudahan baru seperti bangunan pejabat, sekolah untuk digunakan sebagai tempat mengundi, atau kemudahan perhubungan serta pengangkutan.

Sehubungan tempoh pameran (sebulan), peluang mengemukakan syor representasi berupada cadangan/bantah boleh dilakukan kepada SPR. Kemudian SPR pula mesti mengadakan siasatan tempatan untuk meneliti rayuan dan cadangan balas yang diterima dalam tempoh pameran itu. Ada tiga pihak yang boleh mengemukakan syor: 1) mana-mana Kerajaan Negeri, 2) Pihak Berkuasa Tempatan, dan 3) kumpulan 100 orang pemilih dan lebih yang berdaftar di bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.

Bagi PAS mahupun rakan Pakatan Rakyat, peluang mengemukakan syor itu sebaiknya dimanfaatkan secara serius bila tiba masa pameran nanti. Ia boleh dibuat atas nama pihak ketiga, iaitu kumpulan 100 orang atau lebih pemilih tempatan di mana bahagian pilihan raya yang memerlukan cadangan balas atau bantahan kepad SPR. Kepentingan utama syor representasi itu adalah bagi memastikan draf sempadana baru itu tidaklah menyebelahi pemerintah atau mirip mengekalkan kuasa Barisan Nasional.

Sehubungan itu, langkah yang perlu ialah kumpulan 100 orang pemilih hendaklah meneliti draf sempadan itu nanti dengan mengambil kira kepentingan sosioekonomi, komunikasi dan sosiobudaya serta pusat aktiviti komuniti (central business district) masing-masing. Sekiranya apa yang dipamerkan oleh SPR itu boleh menyebabkan kesusahan dan menimbul halangan kepada komuniti pengundi/penduduk di situ, maka cadangan/bantahan (yang disertakan alasan-alasan) bolehlah disyorkan.

Oleh sebab itu, bagi memudahkan urusan syor representasi nanti, bolehlah kumpulan 100 orang pemilih membentuk satu Jawatankuasa Bertindak Persempadanan bagi meneliti dan memberi cadangan/bantahan atas syor SPR dalam perkara yang melibatkan kepentingan komuniti pemilih di lokaliti masing-masing.

Misalnya membantah syor nama baru bagi Dun/Parlimen kerana nama asalnmya lebih baik/memiliki nilai sejarah yang disanjung oleh penduduk tempatan; atau mencadangkan daerah mengundi A dikeluarkan dari Dun baru berikutan kesulitan jalan perhubungan (tiada jalan/terhalang kerana sungai/terpisah oleh bukit) untuk ke tempat mengundi; atau mencadangkan Dun B dimasukkan bersama-sama Dun C di dalam Parlimen yang sama disebabkan majoriti pemilih dari Dun B menjalankan aktiviti ekonomi, pendidikan anak-anak dan pusat beli-belah adalah di dalam Dun C.

Semua syor oleh kumpulan 100 pemilih ini hendaklah dipersetujui/ditangani dalam satu representasi ditujukan kepada Setiausaha SPR.

Peranan negeri Pakatan Rakyat 

Sebagaimana dinyatakan, pihak Kerajaan Negeri dan PBT turut berpeluang mengemukakan syor representasi persempadanan ini. Oleh sebab itu, bagi negeri bawah kuasa Pakatan Rakyat atas nama Kerajaan Negeri, bolehlah mengemukakan cadangan/bantahan bagi kerajaan di negeri masing-masing (Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang). Matlamatnya bagi mengimbangi pameran persempadanan oleh SPR agar relevan dengan pentadbiran negeri. Sekiranya apa yang dipamerkan oleh SPR tidak relevan dalam konteks pentadbiran negeri, maka cadangan/bantahan (yang disertakan alasan-alasan) bolehlah disyorkan.

Begitu pula, PBT di negeri Pakatan Rakyat perlu dimanfaat sama bagi mengemukakan cadangan/bantahan berlandaskan perancangan pembangunan dan perkembangan demografi di dalam kawasan operasi agar selari dengan ketersampaian pengundi. Terutama apabila didapati apa yang dipamerkan oleh SPR tidak relevan dalam konteks perancangan pembangunan dan kependudukan PBT.

Sekiranya syor representasi (cadangan/bantahan) oleh mana-mana pihak tidak diterima semasa siasatan tempatan, syor tersebut masih boleh dibangkit semula dalam bentuk rayuan ketika pameran semula (selama sebulan) bagi membolehkan SPR membuat apa-apa pindaan syor persempadanan bahagian pilihan raya berkenaan.

Apa yang penting, persempadanan semula bahagian pilihan raya kali ke-7 nanti dapat meningkatkan tahap perwakilan rakyat di negara ini. Sekaligus akan memenuhi amalan pilihan raya yang lebih demokratik apabila bertambahnya bilangan Dun dan Parlimen selari dengan nisbah pengundi yang dijangka mencecah 15 juta. Semoga kerterlibatan semua pihak bakal membantu SPR melaksanakan persempadanan semula bahagian pilihan raya yang lebih telus dan adil. Sekaligus akan terlaksananya prinsip demokrasi yang mengambilkira nisbah yang seimbang antara bilangan pemilih dengan jumlah bahagian pilihan raya Dun dan Parlimen.

GST: Petani, nelayan perlu bertenang

Posted: 16 Jun 2014 10:32 PM PDT


Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


SHAH ALAM - Golongan petani dan nelayan di negara ini dinasihati untuk bertenang dan tidak perlu bimbang dengan perlaksanaan sistem percukaian GST yang bakal dikenakan oleh kerajaan menjelang awal tahun hadapan.

Mengulas bagi kenyataan terbabit, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan berkenaan sepatutnya tidak perlu takut kepada perlaksanaan sistem percukaian GST kerana hampir kesemua produk pemakanan yang dipasarkan di negara ini tidak akan dikenakan cukai GST.

"Kerajaan faham bahawa sebahagian besar hasil pendapatan rakyat digunakan untuk membeli makanan, produk perikanan, produk makanan yang datang dari haiwan kebanyakannya zero rated, jadi tidak perlu takut," katanya selepas mengadakan lawatan di Kumpulan Media Karangkraf pada hari ini.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada 15 Mei lalu, kerajaan telah mengesahkan akan mengeluarkan senarai harga barangan yang dikenakan GST menjelang April tahun hadapan.

Menurut Kementerian Kewangan, setakat ini, sebanyak 689 harga barang telah ditetapkan, manakala harga bagi 255 barangan belum diselaraskan.

Daripada jumlah itu, 10 peratus barangan akan mengalami kenaikan harga seperti makanan yang telah diproses, 48 peratus tidak akan berubah harganya (perkhidmatan hotel dan makanan segera) serta 42 peratus akan mengalami penurunan harga (pakaian dan perabot).

Lupakan hasrat laksana GST tahun depan

Posted: 16 Jun 2014 10:30 PM PDT


PEMUDA Pas mendesak kerajaan melupakan hasrat untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

Ini ekoran daripada beberapa faktor semasa yang menunjukkan kerajaan masih lagi tidak membuktikan komitmen politik dalam memperbaharui kewangan negara.

Apa yang berlaku pada minggu lalu, kerajaan meminta Dewan Rakyat untuk meluluskan pembekalan (peruntukan perbelanjaan) tambahan tahun 2014 sebanyak RM 4.11 bilion.

Ini mengulangi tindakan tidak berhemah kerajaan yang merekodkan perbelanjaan tambahan melebihi RM 17 bilion pada tahun kewangan 2013.

Perbelanjaan tambahan ini ternyata bukan disebabkan perbelanjaan luar jangka sebaliknya disebabkan ketidakpekaan kerajaan dalam mengimbangi prioriti perbelanjaan negara.

Unjuran peruntukan bajet yang dilakukan saban tahun sewenang-wenangnya dibelanja melebihi had yang diperuntukkan, malah untuk sebahagian perbelanjaan tidak memberikan kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat.

Sebagai contoh, dalam keadaan kerajaan mengurangkan subsidi dan memberi tekanan kepada peningkatan harga barang yang secara langsung memberi kesan kepada rakyat, kerajaan telah membelanjakan RM 20 juta untuk melobi pencalonan Malaysia sebagai Ahli Majlis Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Benarkah Malaysia mampu berperanan dalam isu-isu keselamatan walhal apakah pandirian Malaysia terhadap konflik di Asia Barat, nasib umat Islam di Afrika Selatan, Myanmar dan Syria?

Sebenarnya, perbelanjaan ini untuk apa?

Isu Diplomasi Panda juga begitu. Kos keseluruhan pemeliharaan ini dikatakan menjangkau sehingga RM 60 juta.

Ini termasuklah anggaran kos sebanyak RM 25 juta yang terpaksa dibelanjakan untuk membina kompleks 'kediamannya' di Zoo Negara seluas 1.6 hektar dan anggaran kos sebanyak RM 1.5 juta setahun untuk penjagaannya.

Walaupun terdapat pihak-pihak tertentu yang merasionalkan projek berkenaan kononnya akan meningkatkan pulangan seperti di negara lain, siapa pula yang bertanggungjawab dengan nasib mereka yang menginap di Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berkeluasan hanya 700 kaki persegi dengan harga RM 30,000 seunit?

Sementara iu, meskipun kadar inflasi secara keseluruhan mencatatkan 3.4 peratus pada bulan April 2014 iaitu lebih rendah berbanding bulan Disember 2013 dan Mac 2014, namun kadar inflasi bagi sektor pengangkutan, perumahan, utiliti, gas dan bahan api kekal membengkak.

Begitu juga walaupun pelbagai langkah makro diperkenalkan untuk mengekang kenaikan hutang isi rumah yang menokok sehingga 86.8 peratus daripada KDNK, namun hasilannya tidak seperti yang dijangka.

Oleh yang demikian, selagimana rakyat melarat dengan pergelutan kewangan semasa, dan kerajaan secara sewenangnya berbelanja tanpa mengikut prioriti yang bijak, maka Pemuda Pas secara konsisten akan membantah pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan bermula suku kedua tahun hadapan.

Apalah guna peningkatan hasil sekiranya pemborosan dan ketirisan menjadi amalan kerajaan.  

Ir. Khairil Nizam Khirudin,
Naib Ketua Pemuda Pas


Audit: KKMM belanja lebih peruntukan

Posted: 16 Jun 2014 10:29 PM PDT


Audit Siri 2


KUALA LUMPUR- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) didapati membelanjakan sejumlah peruntukan melebihi apa yang  diberikan.

Perkara itu didedahkan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 yang menyatakan KKMM telah meluluskan perolehan secara rundingan terus sebanyak 426 program bagi saluran TVi berjumlah RM111.83 juta.

"Surat Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KKMM bertarikh  19 November 2009 dan 2 Ogos 2012 menyatakan bahawa KKMM hanya boleh membuat perolehan secara rundingan terus sekiranya peruntukan mencukupi.

"Bagaimanapun, peruntukan yang diluluskan hanya berjumlah RM90.04 juta.KKMM telah membuat komitmen melebihi peruntukan sejumlah RM21.79 juta bagi saluran TVi," katanya.

Selain itu, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa perbelanjaan perolehan program bagi saluran TV1 dan TV2 tidak mendapat kelulusan.

"Perbelanjaan perolehan program bagi TV1 dan TV2 berjumlah RM43.70 juta adalah di luar skop Projek Pembangunan Kandungan Penyiaran Digital (PKPD) tanpa mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi dan Perbendaharaan.

"Selain itu antara kelemahan lain juga keseluruhan 413 program yang bernilai melebihi RM50,000 setiap satu tidak mempunyai kontrak formal," kata laporan itu lagi

Jangan kacau isteri saya, kata mangsa culik

Posted: 16 Jun 2014 10:25 PM PDT

BERNAMA |


KUNAK: "Jangan kacau isteri saya. Saya akan ikut kamu," kata Chan Sai Chiun, 32, sebelum dia dipercayai dilarikan dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang Air yang terletak kira-kira 20 kilometer dari sini tengah malam semalam.

Chin Paek Nyuen, 40, berkata beliau terdengar suaminya berkata demikian ketika penjenayah terbabit cuba memecah pintu bilik di mana dia dan anak perempuannya yang berusia dua tahun tidur.

"Saya hanya menyedari kejadian itu selepas mendengar anjing menyalak. Apabila saya keluar untuk melihat apa terjadi, saya ternampak dua lelaki bersenjata serta memakai topeng telah menahan suami.

"Terkejut dengan kejadian itu, saya terus masuk ke bilik dan beberapa minit kemudian, penculik itu datang dan cuba memecahkan pintu bilik. Pada masa yang sama, suami saya berkata 'jangan kacau isteri saya. Saya akan ikut kamu'... dan ini membuatkan penculik itu beredar dari tempat ini," katanya ketika ditemui di pusat ternakan ikan dalam sangkar itu, Isnin.

Dia berkata selain menculik suaminya dan seorang pekerja di situ, penjenayah terbabit turut melarikan beberapa barangan termasuk sebuah televisyen dan enjin bot.

Chin juga berkata suaminya mengusahakan pusat ternakan itu bersama dua lagi rakan kongsi.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.40 tengah malam itu, Chan dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik oleh dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar Kampung Air Sapang, Kunak.

Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini. Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Sementara itu, di KOTA KINABALU, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Omar Mamah menafikan tanggapan bahawa pengusaha ternakan ikan dalam sangkar menjadi sasaran 'penculikan' untuk tebusan.

Beliau berkata polis masih menyiasat sama ada kumpulan itu terbabit dalam kes penculikan seorang pelancong China di Singamata Adventures Reef Resort di Semporna pada 2 April lalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan enam sebatan, jika sabit kesalahan.

"Setakat ini, belum ada sebarang tuntutan diterima dan polis akan menyiasat jika ada faktor orang dalam... jangan membuat sebarang spekulasi buat masa ini," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Omar berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh rakan kongsi mangsa.

Beliau berkata semasa kejadian, terdapat lagi dua pekerja dan seorang anak saudara Chan berusia dua tahun yang tinggal bersama mangsa serta isteri.

Katanya, polis percaya penculik meloloskan diri ke Pulau Sitangkai (Filipina) yang mengambil masa 40 minit dan ada suspek lain terlibat.

Beliau berkata semasa kejadian, tiada tembakan dilepaskan di pusat ternakan itu yang tidak mempunyai pegawal keselamatan. - Bernama

Kerajaan akan minta MAS baca doa sebelum penerbangan

Posted: 16 Jun 2014 10:23 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bersedia meminta syarikat penerbangan Malaysia (MAS) mengamalkan bacaan doa perjalanan di dalam setiap pesawat mereka sebelum memulakan penerbangan.

Perkara itu dinyatakan pihak kementerian dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Marzuk Shaary (PAS Bachok), semalam.

Ahmad Marzuk dalam soalannya menayakan bilakah MAS akan membuat polisi membaca doa sebelum perjalanan, mengenakan pakaian menutup aurat kepada pekerjanya dan tidak menyediakan minuman beralkohol.

Dalam jawapannya pihak kementerian berkata, dalam isu penjualan arak dan minuman beralkohol, MAS perlu memenuhi kehendak penumpang pelbagai lapisan khususnya penumpang kelas perniagaan dan kelas pertama yang menjadi kelaziman syarikat penerbangan seluruh dunia.

Bagaimanapun katanya, ia tidak bermakna MAS menggalakkan penumpangnya mengambil minuman keras.

"Mengenai cadangan pembacaan doa semasa memulakan perjalanan adalah merupakan satu cadangan yang baik.

"Sehubungan itu pihak kementerian akan meminta pihak syarikat penerbangan di negara ini untuk mempertimbangkan cadangan ini," jawapan itu dipetik.

Mengenai aspek menutup aurat pula, pihak kementerian berkata, pakaian seragam perlulah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam dan International Civil Aviation Organization (ICAO) khususnya berkaitan perkongsian kecemasan.

"Dalam hubungan ini, MAS telah memaklumkan bahawa pakaian pramugari MAS  yang merupakan baju kebaya adalah mencerminkan budaya Malaysia di mana ia mencerminkan identiti Malaysian Hospitality yang diamalkan oleh MAS.

"Kementerian juga telah meminta semua syarikat penerbangan negara untuk membenarkan atau memberi pilihan kepada pramugari beragama Islam memakai pakaian yang menepati dengan syariah Islam," katanya

Punca ibu Dyana belum terima surat tunjuk sebab

Posted: 16 Jun 2014 10:10 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Yammy Samat, ibu calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya masih belum menerima surat tunuj sebab terjawab apabila Umno didapati menghantar surat itu ke alamat rumah yang tidak didiaminya sejak 10 tahun lalu, lapor Mstar Online.

Difahamkan, Umno Pusat mengirim surat itu ke alamat rumah lama Yammy yang diperoleh menerusi data dalam rekod keahlian parti itu.

Sehingga berita ini ditulis, Umno Perak memaklumkan mStar Online bahawa pihaknya akan berbincang dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa berhubung perkara itu.

Ketika dihubungi, Yammy yang diberi surat itu kerana didakwa berkempen untuk calon DAP itu berkata, sehingga hari ke-13 iaitu sehari sebelum tarikh akhir surat itu sepatutnya dijawab, beliau masih belum menerimanya.

Malah, beliau mencabar Tengku Adnan untuk mengemukakan bukti bahawa beliau sudah menerima surat daripada parti itu seperti didakwa dan disiarkan media.

GST: Panda, bajet tambahan bukti kerajaan boros

Posted: 16 Jun 2014 10:08 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan melupakan hasrat untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun hadapan.

Naib ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata, terdapat beberapa faktor yang sangat jelas yang menunjukkan kerajaan masih lagi tidak membuktikan komitmen politik dalam memperbaharui kewangan negara.

"Apa yang berlaku pada minggu lalu, kerajaan meminta Dewan Rakyat untuk meluluskan pembekalan (peruntukan perbelanjaan) tambahan tahun 2014 sebanyak RM4.11 bilion.

"Ini mengulangi tindakan tidak berhemah kerajaan yang merekodkan perbelanjaan tambahan melebihi RM17 bilion pada tahun kewangan 2013," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairil, perbelanjaan tambahan ini ternyata bukan disebabkan perbelanjaan luar jangka sebaliknya disebabkan ketidakpekaan kerajaan dalam mengimbangi prioriti perbelanjaan negara.

Unjuran peruntukan bajet yang dilakukan saban tahun katanya, sewenang-wenangnya dibelanja melebihi had yang diperuntukkan, malah untuk sebahagian perbelanjaan tidak memberikan kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat.

Sebagai contoh ujarnya, dalam keadaan kerajaan mengurangkan subsidi dan memberi tekanan kepada peningkatan harga barang yang secara langsung memberi kesan kepada rakyat, kerajaan telah membelanjakan RM20 juta untuk melobi pencalonan Malaysia sebagai Ahli Majlis Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Benarkah Malaysia mampu berperanan dalam isu-isu keselamatan walhal apakah pandirian Malaysia terhadap konflik di Asia Barat, nasib umat Islam di Afrika Selatan, Myanmar dan Syria? Sebenarnya, perbelanjaan ini untuk apa," soalnya.

Beliau turut membangkitkan isu panda gergasi yang menelan kos keseluruhan pemeliharaan menjangkau sehingga RM60 juta.

Ini termasuklah anggaran kos sebanyak RM25 juta yang terpaksa dibelanjakan untuk membina kompleks 'kediamannya' di Zoo Negara seluas 1.6 hektar dan anggaran kos sebanyak RM 1.5 juta setahun untuk penjagaannya.

"Walaupun terdapat pihak-pihak tertentu yang merasionalkan projek berkenaan kononnya akan meningkatkan pulangan seperti di negara lain, siapa pula yang bertanggungjawab dengan nasib mereka yang menginap di Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berkeluasan hanya 700 kaki persegi dengan harga RM30,000 seunit," soal beliau lagi.

Sementara itu, meskipun kadar inflasi secara keseluruhan mencatatkan 3.4 peratus pada bulan April 2014 iaitu lebih rendah berbanding bulan Disember 2013 dan Mac 2014, namun kadar inflasi bagi sektor pengangkutan, perumahan, utiliti, gas dan bahan api kekal membengkak.

Begitu juga walaupun pelbagai langkah makro diperkenalkan untuk mengekang kenaikan hutang isi rumah yang menokok sehingga 86.8 peratus daripada KDNK, namun hasilannya tidak seperti yang dijangka.

"Selagimana rakyat melarat dengan pergelutan kewangan semasa, dan kerajaan secara sewenangnya berbelanja tanpa mengikut prioriti yang bijak, maka Pemuda PAS Malaysia secara konsisten akan membantah pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan.

"Apalah guna peningkatan hasil sekiranya pemborosan dan ketirisan menjadi amalan kerajaan," tegasnya.

Gabung hakim syarie dan sivil dalam kes tertentu

Posted: 16 Jun 2014 10:06 PM PDT

ZALINA MAIZAN NGAH 


KUALA LUMPUR: Sudah sampai masanya pihak kerajaan menimbang keperluan penggabungan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah bagi kes tertentu melibatkan orang Islam dan bukan Islam, kata Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Dr Siti Zubaidah Ismail.

Beliau (gambar) berkata hakim sivil dan hakim syarie boleh bersidang bersama-sama berdasarkan keperluan yang wujud dalam sesuatu kes dengan bidang kuasa khas.

"Kedua-dua hakim dengan kepakaran undang-undang sivil dan hakim syarie serta kepakaran undang-undang syariah dan perundangan Islam boleh dipertemukan dalam suatu forum untuk menyelesaikan isu-isu yang terlibat," katanya kepada Bernama.

Siti Zubaidah berkata pendekatan yang boleh diambil ialah dengan menggunakan kaedah mediasi dan Mahkamah Syariah juga perlu bersedia untuk menghadapi cabaran penggabungan kepakaran bagi merealisasikan keadilan kepada pihak-pihak yang memohon.

Adalah menjadi tugas pihak badan perundangan untuk memikirkan bagaimana keupayaan hakim itu dapat dipertingkatkan, katanya.

Isu penggabungan dua mahkamah ini bukanlah baharu kerana bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad pernah menyuarakan pendapat yang sama beberapa tahun dahulu namun sehingga kini ia masih tidak dilaksanakan.

Siti Zubaidah berkata cadangan yang dikemukakan Abdul Hamid itu wajar diteliti dan diperhalusi bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem perundangan negara.

"Artikel 121(1A) dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipinda pada tahun 1981 menegaskan tentang pengasingan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Ini berikutan wujud permohonan (sebelum tahun 1981) yang membabitkan perkara-perkara yang bidang kuasa perundangan tidak jelas, dibawa ke Mahkamah Sivil melibatkan isu-isu orang Islam.

"Dengan adanya pengasingan bidang kuasa ini, maka pendekatan yang diambil ialah apabila sesuatu perkara berbangkit itu berada di bawah bidang kuasa satu-satu mahkamah, maka mahkamah yang satu lagi tiada hak untuk mendengar kes itu.

"Namun begitu, sekalipun sudah ada pembahagian yang jelas, masih terdapat ruang pertindanan atau 'ruang kelabu' yang memerlukan penyelesaian. Selama ini, penyelesaiannya menimbulkan keresahan dan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak. Ini kerana pendekatan yang diambil ialah menang atau kalah," katanya.

Siti Zubaidah berkata sekiranya bidang kuasa diberikan kepada satu mahkamah untuk membicarakan sesuatu perkara, maka mahkamah yang satu lagi 'kalah' dan tiada boleh campur tangan.

Beliau menyatakan antara 'ruang kelabu' yang sering menjadi "rebutan" ialah kes penceraian ekoran seorang daripada pasangan itu memeluk agama Islam.

"Apabila timbul isu-isu yang memerlukan penyelesaian dari segi hukum fiqh dan sebagainya, pada yang sama hak bukan Islam juga timbul. Perkahwinan asal dibuat berdasarkan kepada Akta Memperbaharui (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Apabila seorang daripada mereka memeluk Islam, kedua-dua pihak mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan. Implikasi daripada perceraian pula mewujudkan lacuna dalam perundangan.

"Ekoran daripada perceraian itu akan timbul pula isu agama dan perebutan hak jagaan anak. Pasangan yang bercerai bukan sahaja berebut hak jagaan anak, malah berebut juga untuk menentukan status agama anak," katanya.

Tambah beliau, pertikaian juga wujud dalam kewangan Islam dan perbankan Islam yang melibatkan pihak bukan beragama Islam.

"Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Tun Abdul Hamid, tidak dapat tidak ia memerlukan kepakaran kedua-dua pihak bersidang bersama demi memutuskan perkara-perkara di luar kerangka bidang kuasa masing-masing. Selagi tidak direalisasikan, kita akan dapat merasakan kekoknya sistem yang ada," katanya.-- BERNAMA

Himpunan bantah perobohan Kg Chubadak 23 Jun

Posted: 16 Jun 2014 09:58 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL



 

KUALA LUMPUR: Satu himpunan akan diadakan pada 23 Jun ini di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantah tindakan perobohan rumah penduduk di Kampung Chubadak Tambahan.

Penganjur himpunan, NGO Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) di bawah Pemuda PAS Malaysia berkata, himpunan tersebut bagi menuntut keadilan terhadap tindakan zalim DBKL itu.

Himpunan tersebut turut dianjurkan dengan kerjasama Lanjah Tanah PAS Pusat.

Pengerusi Lajnah Tanah, Mazlan Aliman berkata DBKL bertindak tidak profesional apabila meroboh tiga buah rumah tanpa mengambil kira kes yang masih lagi dalam peringkat mahkamah.

"Kita mengecam tindakan DBKL, walaupun kes ini masih lagi dalam perbincangan mahkamah mereka tetap meroboh rumah tersebut.

"Sehingga sekarang tiga buah rumah telah diroboh, sikap yang tidak bertanggungjawab dan zalim DBKL apatah lagi bulan Ramadhan yang hampir tiba," jelasnya.

Beliau turut melahirkan kerisauan terhadap rumah-rumah penunduk yang lain.

"Kita mensasarkan seramai dua ribu orang akan hadir membantah tindakan DBKL.

"Kita menyeru atas dasar keperihatinan dan sikap perihatin, seluruh rakyat negara ini termasuk NGO perlu hadir memberi sokongan," katanya.

Sementara itu Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menegaskan isu kampung warisan menjadi tanggungjawab semua dan perlu dipertahankan.

Jelasnya, tindakan DBKL membelakangi prosiding mahkamah dilihat sebagai tidak menghormati serta menghina mahkamah.

"Kita ingin tegaskan kes Kampung Chubadak Tambahan masih lagi dalam prosiding mahkamah.

"Tindakan DBKL meroboh adalah dilihat tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah, ini merupakan satu malapetaka kepada penduduk kampung tersebut," katanya.

Menurut beliau, pada himpunan tersebut itu nanti satu memorandum hasil perbincangan dengan penduduk akan diserahkan kepada Datuk Bandar DBKL.

Pihanya juga berharap DBKL tidak akan melakukan apa-apa kerja meroboh sehingga Hari Raya Aidilfitri dan menghormati prosiding di mahkamah sekarang.

Dalam pada itu, Mazlan turut menegaskan beliau sedia membawa isu ini ke peringkat antaranbangsa.

Tiada ulasan: