Ahad, 15 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno lebih berminat sogok rakyat dengan hiburan

Posted: 15 Jun 2014 08:48 AM PDT

ASLANI M |


TANAH MERAH: Rakyat usah mengharapkan Umno bagi membina manusia mengikut acuan ditetapkan agama kerana parti itu tidak berminat berbuat demikian.

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno hanya berminat membina jalan raya, jambatan dan membuat bangunan yang lebih bersifat fizikal semata-mata.

Katanya, beliau tidak yakin Umno mampu membina manusia sejajar dengan apa yang dikehendaki agama.

"Umno lebih berminat menyogok rakyat dengan hiburan. Sambut tahun baru dengan hiburan, sambut raya pun hiburan dan segala-galanya dengan hiburan.

"Bagaimanapun kita hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam  ke seluruh dunia," katanya pada ceramah di Kedai Gual Ipoh malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Wan Yusoff Wan Mustapha, Penyelia Dun Gual Ipoh, Mohd Razali Yusof dan wakil PKR Tanah Merah.

Muhammad yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat dalam misi jelajah penerangan di Kelantan. Malam semalam beliau berceramah di Gua Musang dan malam ini di Jeli.

Menurutnya juga Kelantan lebih dikenali berbanding negeri-negeri lain kerana ada identiti tersendiri mempunyai pemimpin yang bersih, jujur dan amanah.

"Sebab itulah saya tengok ada negeri-negeri lain yang turut mencontohi apa yang dilaksanakan di Kelantan," kata beliau.

Katanya beliau mengenali Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1990 semasa sama-sama menjadi ketua kerajaan negeri.

Menurutnya beliau menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sudah beberapa kali bertemu dengan Tok Guru, seorang pemimpin yang mempunyai integriti tinggi.

Mohd Amar pula menjelaskan hubungan lebih erat kerajaan negeri dengan pusat bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan di Kelantan pada 1993 dapat dilaksanakan.

"Kita bincang antara kerajaan dengan kerajaan untuk pastikan perundangan hudud dapat dilaksanakan. Kalau Umno jujur mahu menyokong enakmen tersebut dilulus di parlimen nanti, sampailah hasrat kita.

"Sebaliknya kalau mereka khianat, parti itu akan dilabel rakyat sebagai tidak amanah," ujarnya.

Orang jahil sahaja kata hudud tidak adil

Posted: 15 Jun 2014 08:41 AM PDT

HARAKAHDAILY 

 


SERDANG: Pihak yang mendakwa kononnya undang-undang jenayah syariah atau hudud, sebagai tidak adil, malah memperlekehkan perkara ini, hanya menampakkan sikap jahil mereka sendiri.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mereka ini sebenarnya telah gagal memahami hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan orang untuk melakukan kesalahan.

Sebab itu katanya ada dikalangan tertentu yang mengatakan seperti "jika undang-undang hudud ini dilaksana, maka ramailah kena potong tangan".

"Adalah salah akal jika memahami bahawa rakyat akan berlumba-lumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki.

"Apa yang sebenarnya berlaku, ramai kalangan penjenayah akan bertaubat," kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar Tegak Syariat Islam (Tegas) di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan yang juga pengarah program.

Katanya, undang undang jenayah syariah adalah bersifat mendidik, bukan menghukum.

Malah ujarnya, ianya mempunyai syarat yang ketat untuk dikenakan hukuman dan hakim pula perlu mencari jalan dengan seboleh-bolehnya untuk membebaskan pesalah.

Dalam pada itu beliau berkata, perjuangan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam ini perlu didahului dengan ilmu dan kesedaran.

Pada masa ini, apa yang wajib katanya adalah membetulkan kefahaman dan menjelaskan salah faham terhadap kekeliruan yang ditimbulkan.

Apatah lagi kata beliau, di saat negara kini sedang berdepan masalah jenayah berat tanpa mengira kaum yang sehingga kini tiada satu pun undang-undang ciptaan manusia dapat mengatasinya.
Dalam seminar sehari ini juga, beberapa kertas kerja turut dibentangkan.

Antaranya kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Hikmah Pelaksanaannya yang dibentangkan oleh Musyrif Pondok Sungai Durian Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

Kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Menegakkan Syariat Islam Satu Kewajipan pula dibentangkan oleh Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik pula bergandingan dengan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali membentangkan tajuk Kanun Jenayah Syariah: Kejamkah Pelaksanaanya?

Satu lagi kertas kerja bertajuk Kanun Jenayah Syariah: Mendepani Undang-Undang Negara, dibentangkan oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Pimpinan yang tidak berkepimpinan (bhg 2)

Posted: 15 Jun 2014 08:31 AM PDT



Saya menulis lagi sebagai sambungan kepada apa yang saya tulis dalam posting semalam dengan bahasa yang mudah seperti yang saya selalu lakukan. Bahasa yang mudah, tanpa istilah-istilah berat ini, diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih tentang apa yang dimaksudkan dalam tulisan ini oleh ramai yang mahukan kebenaran dan kesedaran yang sejati.

Apabila sebuah rumah yang sudah reput di banyak sudutnya, kita tidak boleh memperbaikinya dengan hanya memperbaiki reputan itu dengan menampal dan menyambung yang putus sahaja. Sampai bila kita hendak membuang masa untuk memperbaiki rumah yang sudah reput di setiap sudut rumah itu?

Yang terbaik ialah dengan membina rumah baru diatas tapak yang sedia ada kerana tidak semua orang mempunyai dan boleh membina rumah baru ditapak yang lain, lebih-lebih lagi bagi politik negara kita yang sangat sofistikated ini.

Apabila dinding yang roboh itu diperbaiki, tidak lama lagi kita terpaksa memperbaiki pula lantai dan rasuk rumah yang juga sedang mereput itu. Sudah selesai memperbaiki lantai dan rasuk rumah yang reput itu selepas raya nanti terpaksa pula memperbaiki 'ceiling' yang sudah bocor pula, atau tiang sendi yang sudah dimakan anai-anai.

Itu sebabnya saya selalu memberikan pandangan dari tepian selama ini agar ada yang akan membuat 'initiative' untuk membina sebuah negara dan politik yang baru yang berlandaskan kepada tapak yang sedia ada. Maksud saya keadaan politik negara kita berlandaskan kepada kerjasama diantara kaum yang sihat dan bukannya memberikan tumpuan kepada kaumnya sendiri dan berteriak sebagai parti berbilang kaum di mana-mana.

Asas kerjasama diantara kaum itu telah lama wujud hasil dari perundingan pemimpin semua kaum terdahulu. Malahan kerjasama yang begitu utuh itulah yang menjayakan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin berbagai kaum di negara ini yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan negara. Sebelumnya kemerdekaan kita telah diperjuangkan oleh banyak pertubuhan dan pemimpin-pemimpinnya.

Perikatan telah membuatkan kaum Cina bersatu dibawah MCA, kaum India bersatu dibawah MIC dan kaum Melayu yang terbesar itu bersatu dibawah UMNO. Ketiga-tiga parti ini memperkuatkan penyatuan kaum masing-masing dan ketiga-tiga parti ini bekerjasama dalam satu pasukan dengan begitu baik sekali.

Pendeknya parti berbilang kaum itu sudah wujud lama dinegara ini. Ia wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi dan semasa itu parti itu dinamakan PERIKATAN yang bersimbulkan kapal layar. Itulah parti berbilang kaum yang sebenarnya. Selepas berlakunya pertumpahan darah pada Mei 1969 dahulu bentuk rupa Perikatan ini telah diubah dan diperbaiki dengan menambah bilangan parti berbilang kaum itu dengan pertambahan parti-parti mengikut kaum dari Sabah dan Sarawak, sejak kewujudan Persekutuan Malaysia dahulu. Nama parti yang mengantikan Perikatan itu ialah Barisan Nasional dengan dianggotai oleh 14 parti-parti di dalamnya.

Penubuhan BN anjuran Tun Abd Razak ini telah difikirkan dengan begitu teliti seperti juga yang dilakukan dalam penubuhan Perikatan yang di usahakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan pemimpin berbagai kaum sebelum itu. Semua perkara diambil kira dan ia memakan masa yang agak lama sebelum ianya di wujudkan secara resmi.

Ia menambah baik dengan dasar-dasar BN yang menyelesaikan masalah-masalah yang sedikit sebanyak wujud dalam Perikatan sebelum itu. BN telah mendapat sokongan yang paling hebat semasa pilihanraya 1974 dengan sokongan yang padu dari semua kaum dan rakyat yang berbilang agama dan cara hidup itu. Semasa itulah DEB wujud sebagai dasar memperbaiki kelemahan sedikit sebanyak yang wujud dalam Perikatan dahulu.

Negara maju dengan pantas dan kelihatan perpaduan diantara kaum itu. Apa sahaja dasar yang dibentuk dan digubal mendapat sokongan semua pihak dan semua memahami yang perpaduan kaum merupakan 'ultimate' bagi negara kita.

Tidak ada bangsa yang mahu kelihatan negara rosak lagi, dan semua mengakui pengagihan kekayaan diantara kaum yang seimbang merupakan perjuangan semua kaum. Semua mengakui hakikat yang tidak akan aman negara ini jika ada kaum yang ketinggalan dalam semua bidang apatah lagi jika kaum itu adalah kaum majoriti negara ini. Matlamat kita ialah untuk membina bangsa-bangsa dalam negara, 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah'. Itulah 'ultimate' kita dan telah dipersetujui oleh semua kaum.

Banyak sebab kenapa BN begitu mendapat sokongan dari rakyat. Ia bukan setakat dasar yang ampuh yang digubal, tetapi yang lebih dari segala-galanya ialah sikap dan nilai pimpinan.  Yang memimpin kerajaan BN itu, terutamanya semasa zaman pencipta BN itu, Tun Razak dan panggantinya Tun Hussein Onn. Rakyat nampak dengan jelas kejujuran dan niat pimpinan yang benar-benar ikhlas untuk mencapai apa yang di idamkan dan dengan dasar gubalan semasa itu.

Di zaman Tun Razak negara mencapai begitu pesat pembangun dengan initiatif-initiatif yang berkesan yang di berikan kepada pimpinan didikan beliau untuk melaksanakan dasar secara organik dan nampak hasilnya secara jelas. Tun Hussein meneruskan segala dasar yang telah digubal sebelumnya dengan penuh dedikasi dan tidak melakukan tugasan beliau bersandarkan kepada kehendak peribadi beliau semata-mata.

Perdana Menteri semasa itu (Razak dan Hussein) tidak campur tangan dalam urusan perlaksanaan dasar, diberikan tanggungjawab kepada sesiapa yang telah dipilih untuk melaksanakannya. Kepada sesiapa yang diberikan tanggungjawab itu pula tidak akan menyalahgunakan kepercayaan pimpinan kerana mereka bersama-sama 'hand-in-glove' dengan pucuk pimpinan bagi mempastikan segala dasar itu dilaksanakan dengan sempurna.

Semasa Perdana Menteri Razak dan Hussein mentadbir negara, tugasan perlaksana diberikan tanggungjawab dan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas dan Perdana Menteri tidak perlu masuk campur dengan tugasan harian pemimpin yang diberikan tanggungjawab negara itu. Semasa itu tidak timbul isu mereka yang bertanggungjawab itu melakukan pencemaran terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Tengku Razaleigh sebagai pemimpin (planner) penting dalam mencadang dan melaksanakan dasar negara semasa itu diberikan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas bagi melaksanakan sesuatu dasar untuk kebaikan negara.  Ini hanya boleh dilakukan kerana semasa itu pimpinan semua peringkat fokus untuk melihat pembangunan negara, khususnya dalam bidang 'social and economic engineering' bagi pencapaian matlamat dan 'ultimate' iaitu pencapaian penyatuan kaum-kaum dalam negara yang maju.

Jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh TR seperti Jawatankuasa Pelaburan Kabinet yang sangat penting semasa itu telah berfungsi dengan begitu telus dan ia terlaksana dengan baik tanpa banyak masalah sampingan.

Dasar perlaksanaan memindahkan kekayaan negara kepada Bumiputra yang di koordinasikan oleh Jabatan Koordinasi dan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri misalnya, adalah hasil dari perancangan yang teliti dan rakyat masih merasakan nikmat perancangan itu sehingga hari ini.

Parlimen patut contohi speaker Selangor benarkan bahas usul hudud, kata penganalisis

Posted: 15 Jun 2014 08:25 AM PDT

OLEH EILEEN NG


Para penganalisis berkata Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut mengambil contoh daripada rakan sejawat mereka di Selangor yang membenarkan usul pembangkang, Hannah Yeoh dibentangkan dan dibahaskan. – Gambar fail,15 Jun, 2014.
Para penganalisis berkata Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut mengambil contoh daripada rakan sejawat mereka di Selangor yang membenarkan usul pembangkang, Hannah Yeoh dibentangkan dan dibahaskan. – Gambar fail. 


Apa yang boleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain pelajari daripada keputusan Selangor membenarkan pembangkang membawa usul mengenai hudud?

Satu: Untuk menjadi sebahagian daripada demokrasi matang yang sentiasa berubah bermakna mempunyai keberanian dan kemahuan membenarkan sebarang isu dibahaskan secara terbuka, tidak kira sama ada ia akan membuatkan pihak lain berasa tidak selesa.

Dua: Ia akan memberi perhatian terhadap pembangkang, terutamanya kepada kualiti wakil yang dipilih daripada segi perdebatan dan tingkah laku.

Di Parlimen di mana usul yang dibawa oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat kerap dibuang, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan dua timbalannya perlu mencontohi rakan sejawat mereka di Selangor, yang membuat keputusan membenarkan usul pembangkang, Hannah Yeoh dibentang dan dibahaskan, kata para penganalisis.

Walaupun Umno Selangor melakukan pusingan-U dan menarik balik usul itu, penganalisis berkata memberi kebenaran ia dibahaskan menunjukkan pemahaman negeri undang-undang jenayah Islam menimbulkan minat kepentingan awam yang berhak untuk dibincangkan.

 "Dengan membenarkan usul daripada pembangkang itu menunjukkan persidangan DUN Selangor adalah lebih demokratik.

 "Ini adalah satu perkembangan yang sihat, " kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Beliau mengakui jarang dilihat melihat pembangkang dibenarkan membentangkan usul menyentuh isu kepentingan awam – seperti dalam kes perundangan Selangor – menegaskan ia perkara biasa di negara yang mempunyai demokrasi lebih matang.

"Sudah tiba masanya Parlimen menjadi lebih terbuka dalam membincangkan isu berkaitan dengan rakyat," katanya. Di Parlimen, terdapat dua jenis usul, iaitu usul kecemasan dan biasa.

Usul kecemasan biasanya memerlukan notis sehari dan perlu memenuhi Perintah Tetap 18 (1), yang bermakna ia adalah penting, spesifik dan berkepentingan awam.

Sebahagian daripada usul ini ditolak dalam kamar oleh speaker kerana kegagalan memenuhi permintaan notis itu atau ia tidak relevan.

 Jika usul berjaya ke Dewan Rakyat, seorang ahli Parlimen akan mempunyai peluang membacanya selepas akhir waktu soalan lisan pada jam 11.30 pagi sebelum speaker membuat keputusan.

Usul kecemasan biasanya dibawa oleh ahli Parlimen pembangkang dan hampir selalu ditolak oleh speaker atas alasan ia tidak penting, tidak spesifik dan tidak melibatkan kepentingan awam.

Antara usul kecemasan yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah memotong gaji menteri yang gagal melaksanakan tugas mereka, kematian dalam tahanan dan terbaru ialah perbincangan mengenai kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines.

Parlimen juga pernah menolak usul kecemasan yang dikemukakan Barisan Nasional seperti dalam kes Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) berhubung usul mengutuk Gabungan Malaysia NGO (Comango) dibuang pada November tahun lalu.

Usul normal biasanya disenaraikan di laman belakang Kertas Perintah dan perlu dikemukakan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

Usul ini sangat jarang dibahaskan kerana urusan kerajaan sentiasa diberi keutamaan dan disempurnakan segera.

Speaker boleh menggunakan budi bicara mereka untuk membuat keputusan mengenai perintah usul muncul di Kertas Perintah.

 Satu usul diserahkan oleh Azmin Ali (PKR-Gombak) pada 26 Mac untuk berdebat mengenai kelakuan tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terlibat dalam mengembalikan keputusan mahkamah berhubung pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat.

Usul itu mendapat sokongan daripada 62 ahli Parlimen dan diletakkan pada nombor 21, dan merupakan perkara terakhir dalam senarai itu, menimbulkan kebingungan pembangkang yang berhujah apabila tidak berjaya mendapat usul itu dibahaskan.

Proses ini adalah sama dalam perhimpunan Selangor, kecuali terdapat bantuan untuk ahli jika usul kecemasan mereka ditolak dalam Dewan.

 Ahli berkenaan masih boleh membahaskan usul jika sekurang-kurangnya lima ahli berdiri menyokongnya.

Ibrahim berkata, apa sahaja yang dibincangkan dalam Parlimen akan menjadi rekod awam dan oleh itu, mungkin ada keinginan speaker menahan apa-apa perbahasan tertentu supaya ia tidak akan memalukan kerajaan pada masa depan.

"Usul pembangkang sering menunjukkan kelemahan kerajaan yang memerintah, mungkin ada yang ingin mengambil kesempatan atas perbahasan itu, tetapi pada jangka panjang, ia tidak membantu.

 "Ia tidak membenarkan kritikan, dan oleh itu, ia menghalang penyelesaian dan pandangan yang membina daripada dibincangkan," katanya.

Beliau berkata, membuang usul pembangkang juga menyebabkan ia tidak disenangi kerana ia tidak akan mendedahkan pembangkang kepada perhatian awam terhadap kualiti perdebatan dan cadangan penyelesaian.

Turut bersetuju dengan pandangan Ibrahim, penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum Jawan berkata, membenarkan debat usul yang dibawa oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak bermakna satu pihak bersetuju dengannya.

"Pada akhirnya, ia masih perlu tertakluk kepada undian. Apa yang penting, ia memupuk perbahasan sihat mengenai sebarang isu. Mana-mana ahli Parlimen harus dibenarkan mengemukakan usul dan dibahaskan," katanya.

Sementara usul hudud Selangor menyebabkan perbandingan tindakan antara speaker negeri dan Persekutuan, satu perkara jelas: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Dalam kes Yeoh, beliau membenarkannya kerana bertanggungjawab terhadap rakyat Selangor dan Ahli Undangan Negeri untuk membenarkan perbahasan mengenai apa jua isu yang sah dan penting untuk dibahaskan dalam persidangan.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Januari, berkata speaker Parlimen juga patut mencontohi Yeoh.

 "Jika speaker mahu melakukannya, dia boleh, tidak kira apa kaitan idea itu," katanya sambil menjelaskan bahawa pembangkang juga merupakan sebahagian daripada tadbir urus negara.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan Umno Selangor kerana membentangkan usul hudud, ia membingungkan sebuah parti mewakili Melayu membentangkan mengenai perkara ini apabila terdapat banyak isu lain lebih penting seperti cara menangani krisis air dan pengurusan lalu lintas di negeri ini.

"Menarik untuk melihat di mana keutamaan mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada Umno Selangor kerana menunjukkan mereka lebih alim daripada Umno secara keseluruhannya," katanya.

Ahli Parlimen Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui speaker Parlimen "kadang-kadang terjejas" dalam menunaikan kewajipannya oleh kerajaan sebagai keutamaan dan perlu diberi kepada urusan kerajaan.

"Contohnya dalam isu hudud, saya rasa ia harus dibenarkan dibentang di Parlimen supaya perdebatan penuh boleh dilakukan," kata ahli Parlimen Pulai itu.

NGO Sarawak dakwa Perjanjian Malaysia 1963 tak sah

Posted: 15 Jun 2014 08:17 AM PDT

OLEH ANISAH SHUKRY


Presiden Sapa Lina Soo hari ini berkata Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 15 Jun, 2014.
Presiden Sapa Lina Soo hari ini berkata Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar.


Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dalam satu forum hari ini.

Presiden Sapa Lina Soo berkata, perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.

"Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Soo berkata, lima individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.

Soo berkata, ia melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Law of Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980).

 "VCLT mungkin bukan tindakan retro yang boleh digunakan ke atas perjanjian tarikh itu seperti Perjanjian Malaysia 1963, namun semakan berguna untuk menghasilkan prinsip undang-undang antarabangsa," kata Soo.

Tambahnya, perjanjian itu melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960).

Soo berkata," Britain dan Malaya merancang untuk memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia melanggar Artikel 5 UNDD 1960, kerana gagal memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat dan penafian untuk kebebasan mutlak".

Katanya, Malaya sebagai kuasa bebas, tidak mempunyai hak perundangan, mandat atau kuasa mencampuri hubungan Borneo, menurut UN Charter on Self-Determination.

PKR dakwa Syed Mokhtar untung RM2 bilion kerana pengecualian duti import beras

Posted: 15 Jun 2014 08:02 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS .


Ahli Parlimen PKR hari ini mendakwa Tan Sri Syed Mokhtar dapat untung RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import beras melalui Bernas. – Gambar The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen PKR hari ini mendakwa Tan Sri Syed Mokhtar dapat untung RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import beras melalui Bernas. – Gambar The Malaysian Insider.


PKR hari ini mendakwa usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bakal mengaut keuntungan sehingga RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import ke atas import beras oleh Bernas.

 Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dalam satu kenyataan berkata, melalui peningkatan tahunan dijangka untuk import beras, Syed Mokhtar yang menguasai Bernas akan terus mengaut keuntungan besar memandangkan syarikat itu monopoli pasaran beras negara.

"Saya terkejut dengan pendedahan menteri pertanian di Parlimen, dalam lima tahun sahaja kerajaan mengecualikan kutipan bernilai RM2.25 bilion (atau purata RM450 juta setahun) atas duti import bagi beras yang diimport oleh Bernas dari 2008 sehingga 2013.

"Statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan import beras Malaysia pada 2014 akan meningkat sebanyak 24% berbanding tahun 2013, daripada 890,000 tan beras kepada 1.1 juta tan beras pada tahun 2014," katanya dalam kenyataan itu.

 Gooi berkata, Bernas mempunyai monopoli ke atas import beras dan dikecualikan daripada membayar duti import ke atas beras.

"Kerajaan melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan Bernas melanjutkan status pengimport nasional tunggalnya untuk beras daripada tahun 2011 sehingga 2021," katanya.

Katanya Bernas juga menghasilkan beras Super Tempatan 15% (ST 15%) untuk golongan berpendapatan rendah dan isi rumah miskin dan mendapat sejumlah besar subsidi kerajaan, sebanyak RM800 setiap tan beras.

 "Adalah satu kemungkiran besar kerajaan terhadap kepentingan awam untuk membenarkan Syed Mokthar untuk menyahsenaraikan keluar Bernas berdasarkan surat peribadi yang ditulis oleh Syed Mokhtar kepada menteri pertanian sendiri yang tidak mempunyai nilai langsung dalam undang-undang, seperti yang dinyatakan oleh menteri dalam Parlimen," katanya.

Beliau berkata, jawapan yang diterimanya di Parlimen oleh menteri mendedahkan Syed Mokhtar memberikan akujanji peribadi, yang antaranya termasuk menjamin kepentingan padi dan beras negara.

Dalam proses penyenaraian semula Bernas, 10% saham dalam IPO Bernas akan diperuntukkan kepada kerajaan untuk Persatuan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Selain itu, Gooi berkata, surat peribadi itu juga mendedahkan Syed Mokhtar akan menyumbang setiap tahun kepada program kebajikan Nafas dan Nekmat selama lima tahun atau sehingga proses penyenaraian semula di Bernas selesai.

 "Saya mengatakan surat peribadi swasta Syed Mokhtar kepada menteri, di sebalik kekayaan peribadinya dan pengaruhnya, adalah sekeping kertas tidak bernilai," katanya.

Surat itu katanya tidak terikat dari aspek perundangan dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Bernas kerana Syed Mokhtar bukanlah satu pihak kepada perjanjian konsesi yang ditandatangani antara Bernas dan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya yang dikenakan oleh kerajaan sehingga 2021.

Beliau berkata, surat itu tidak mengenakan sebarang tarikh akhir atau tempoh masa untuk penyenaraian semula Bernas.

 "Bilakah ia akan disenaraikan semula, dalam lima atau 10 tahun?" soalnya.

 "Dengan tiada tarikh yang pasti untuk penyenaraian semula, Bernas tidak akan tertakluk kepada penelitian awam atau penyeliaan Bursa Malaysia melalui peraturan-peraturan dan prosedur-prosedurnya yang ketat dan tegas mengenai laporan yang wajib diberikan tentang operasi syarikat – dan ini amat memudaratkan kepentingan negara kita," katanya.

 Beliau menambah, tindakan kerajaan dalam cara mereka mengendalikan dan membenarkan Bernas dinyahsenaraikan sehingga menjadi sebuah syarikat milik penuh persendirian dan dimiliki oleh seorang individu, adalah kronisme yang paling teruk sekali.

Umno Kelantan sedia sertai jawatankuasa teknikal bincang hudud

Posted: 15 Jun 2014 06:09 AM PDT

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
 
KOTA BAHARU: Umno Kelantan sedia menyertai jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincangkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.
 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada jawatankuasa teknikal itu untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil dari Kelantan.
 
"Kita bersifat terbuka dalam hal ini dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tautan Kasih-Kami Prihatin anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, Ahad.
 
Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah PAS mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (Hukum Hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
 
Terdahulu pada majlis itu, Mustapa menyampaikan bantuan kewangan dan sumbangan peralatan perubatan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)berjumlah RM70,523.68 kepada 13 pesakit terpilih dan royalti Hospimart berjumlah RM111,479 kepada HRPZII.
 
Projek Hospimart, kedai runcit yang diusahakan Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia itu telah mengembalikan royalti sebanyak RM250,054 kepada 3,326 pesakit bagi tiga tahun terakhir dari 2011 hingga 2013

ATM: Keselamatan siber jadi cabaran baru

Posted: 15 Jun 2014 05:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tidak dapat disangkal alam siber membawa pelbagai manfaat kepada pengguna termasuk dalam aspek hubungan antara negara, namun kini medium itu juga dianggap oleh pakar keselamatan sebagai ancaman terbaru pertahanan sesebuah negara.
  
Antara ancaman alam siber ialah kegiatan menggodam yang berupaya mendedahkan sistem pertahanan dan maklumat negara kepada pihak tidak bertanggungjawab.
  
Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, isu keselamatan siber sudah wujud sejak beberapa tahun lalu dan walaupun tidak melibatkan banyak pihak, kesannya amat ketara.
  
Ancaman alam siber menguji keampuhan pertahanan negara bukan dari segi fizikal, tetapi teknologi yang kecanggihannya disalah guna untuk kepentingan pihak terbabit, katanya dalam temubual dengan Bernama.
  
Sehubungan itu katanya amat penting bagi sektor pertahanan negara mengetahui cabaran baru pada masa depan yang pastinya lebih hebat seiring dengan perkembangan teknologi.
  
Menurut Zulkifeli dalam masa yang sama sektor pertahanan negara turut berdepan dengan ancaman bukan konvensional yang semakin mendapat momentum dan diyakini terus berkembang pada masa depan.
  
"Dalam abad ini, persengketaan antara negara telah banyak berkurangan. Sekarang kita menghadapi banyak isu-isu yang bukan konvensional seperti jenayah rentas sempadan, kegiatan lanun, dan penyeludupan manusia.
  
"Satu lagi jenis ancaman ialah penggunaan bahan-bahan kimia dan sebagainya yang memang telah sedia wujud sejak sekian lamanya," katanya.
  
Beliau berkata bentuk ancaman terbabit akan terus berubah seiring peredaran zaman, namun objektif mungkin sama.
  
Selaras itu juga katanya ATM berkembang dan belajar daripada pengalaman bagi memastikan struktur pertahanan negara terus tersusun dan kekal ampuh.

"Kita memang bersedia dan sentiasa membuat persiapan. Kita boleh berada dalam keadaan paling bersedia, tetapi kita tidak tahu sejauhmana (kesan) ancaman yang mungkin datang.
  
"Walau bagaimanapun di peringkat nasional hinggalah ATM, kita mempunyai kepakaran dan sistem yang boleh mencegah ancaman-ancaman itu," kata Zulkifeli.
  
Dari segi ancaman alam siber, beliau berkata kerajaan menubuhkan agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang peranan utamanya mengukuhkan keselamatan siber, mengawal selia aktiviti-aktiviti siber dan sebagainya.
  
"Yang pentingnya sekarang ini kita perlu ada kerjasama bukan sahaja dengan negara-negara serantau, tetapi juga negara lain yang kita ada kepentingan dari segi pertahanan dan ekonomi," katanya yang turut mengakui kepentingan pertukaran maklumat dan perisikan.
  
Zulkifeli juga berkata ATM  masih berusaha untuk membina dan memperkukuh industri pertahanan negara tatkala kebanyakan negara lain melakukannya lebih awal.
  
Antara yang dilaksana ialah menjalin kerjasama dengan syarikat yang telah kukuh dalam industri pertahanan dan juga industri lain sebagai strategi serampang dua mata iaitu untuk kegunaan tentera dan juga awam memandangkan kos untuk membangunkan sektor pertahanan amat tinggi.
  
"Sekarang saya lihat industri pertahanan kita semakin matang dan lebih fokus dalam memberi keutamaan terhadap apa yang boleh dibangunkan dahulu," tambahnya.
  
Dalam pada itu, menyedari jumlah peruntukan untuk pertahanan negara terbatas, Zulkifeli menggesa agar industri pertahanan tempatan dibangunkan dengan lebih agresif.
  
"Ada masanya peruntukan yang kita peroleh tidak mencukupi. Jadi kita perlu mengubah suai atau menjadi lebih kreatif dalam menggunakan dan mengagihkan peruntukan yang ada," katanya.
  
Pendekatan ini perlu dilakukan supaya produk atau aset yang dihasilkan kelak memberi nilai terbaik terhadap wang yang dibelanjakan selain dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan kos perolehan aset tersebut.- Bernama

Hasan Ali: Masih ada ruang dakwa BSM

Posted: 15 Jun 2014 05:45 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Presiden NGO pro-Melayu JATI Datuk Hasan Ali berpendapat masih ada ruang untuk mendakwa Persatuan Bible Malaysia (BSM) kerana keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mutlak.

Katanya, pendakwaan masih boleh dijalankan mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988.

Peruntukan berkenaan, yang digunakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyerbu premis BSM pada Januari lalu, boleh dikuatkuasa dan digunakan untuk pendakwaan.

Menurut Hasan, sesetengah pakar dan pengamal undang-undang menganggap keputusan Abdul Gani Patail menutup kes itu tidak bermakna kes tidak boleh diteruskan.

"Keputusan peguam Negara itu bagi sesetengah pakar dan pengamal undang-undang bukanlah sesuatu yang mutlak. Masih ada ruang dan cara yang boleh digunakan untuk mempertikai dan menukar keputusan tersebut.

Sampai masanya

"Setahu JATI, sejak Enakmen ini berkuatkuasa lebih daripada 25 tahun yang lalu, belum pernah sekalipun pesalah dibawa ke muka pengadilan.

"JATI berpendapat, sampailah masanya peruntukan dalam enakmen ini digunakan.

"Persoalan sah ataupun tidaknya peruntukan yang terdapat di dalam Enakmen ini terpulanglah kepada budi bicara dan keputusan Mahkamah kelak," kata beliau

Walaupun tidak menyebut BSM secara khusus, kenyataan itu menunjukkan Hasan mahu BSM dikenakan tindakan kerana memiliki naskhah Bible terbabit.

Beliau yang juga hekas exco hal ehwal agama Selangor menyelar menteri besar yang memangku jawatan tersebut, kerana didakwa mengunci mulut mengenai keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas BSM.

"Bagi JATI amatlah malang dalam mana menteri besar seorang Muslim dengan sebahagian daripada anggota exconya yang juga muslim tidak dapat mempertahankan Islam dalam konteks pentadbiran negeri.

"Mereka dilihat sebagai pihak yang mengiyakan sahaja kehendak rakan kongsi politik khususnya DAP, PKR dan beberapa kerat pimpinan PAS yang atas nama pakatan politik mereka sanggup membelakangkan Islam demi mengekal dan memperluaskan sedikit kuasa yang mereka perolehi," kata beliau.

Anggota PGA, pengawal keselamatan ditemui mati

Posted: 15 Jun 2014 05:32 AM PDT

SANDAKAN - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan di tapak pembinaan Taman Casa Uno di Batu 4, Jalan Utara Bypass.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan dua mayat itu daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata mayat anggota PGA itu berpakaian biasa manakala pengawal itu merupakan penjaga tapak pembinaan tersebut.   

Kedua-dua mayat ditemui terbaring berhampiran pagar masuk utama ke tapak pembinaan itu.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat, katanya.

Fadzil berkata identiti anggota PGA dan pegawal keselamatan itu belum dikenal pasti dan pihaknya turut menemui sepucuk pistol di tempat kejadian. - Bernama

Speaker: Flip-flop isu hudud, tindakan ADUN Umno buang masa DNS

Posted: 15 Jun 2014 05:24 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mempunyai tanggungjawab memelihara integriti DNS dan tidak menjadikannya sebagai gelanggang agenda permainan politik.

Hannah berkata demikian bagi mengulas tindakan ADUN Sungai Air Tawar (Umno), Kamarol Zaki Abdul Malik yang menarik balik notis untuk perbahasan isu Undang-Undang Hudud yang sepatutnya akan dibahaskan ketika sidang dewan, bermula 16 Jun ini.

sidang dun 04Beliau berkata, pejabatnya menerima notis itu hari ini selepas semalam beliau mengumumkan menerima usul itu dibahas dalam sidang dewan.

"Tiada sebab diberikan bagi keputusannya untuk menarik balik usul itu. ADUN boleh melalui notis secara bertulis dihantar kepada kerani dewan mengeluarkan sebarang notis usul sebelum ini yang diberikan olehnya seperti Tetap Perintah 29 (1).

"Walaupun ia adalah hak seorang ADUN itu menarik balik usul, amalan ini adalah tidak digalakkan," kata Hannah dalam kenyataan medianya, di sini, hari ini.

Katanya, tindakan Adun Umno itu sebagai aksi politik terang-terangan dan sewajarnya tidak membuang masa dewan dengan tindakan demikian.

"Jika wakil rakyat tidak bersedia atau bersedia untuk berdebat dan berdiri dengan kehendaknya, dia tidak perlu membuang masa dewan.

"DNS adalah tempat sebenar setiap ADUN yang dipilih mewakili suara rakyat bagi pengundi mereka dan membabitkan diri secara terhormat serta produktif dalam proses perundangan," katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias, berkata Barisan Nasional (BN) Selangor menarik balik usul mengkaji sama ada undang-undang syariah hudud wajar dilaksanakan di negeri itu.

Shamsuddin berkata, usul itu menimbulkan banyak kekeliruan selepas ADUN Sungai Air Tawar menyerahkannya kepada Hannah.-NFN-

Umno ‘U-Turn’ bahas Hudud, senjata makan tuan

Posted: 15 Jun 2014 05:22 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Percubaan Umno untuk melagakan Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP menggunakan isu Hudud tidak kesampaian apabila notis membahaskan isu Hudud di Dewan Negeri Selangor (DNS) diterima oleh Speaker, Hannah Yeo.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, keputusan Hannah membenarkan isu itu dibahaskan menyebabkan Umno terjerumus ke dalam perangkap ciptaan sendiri dan terpaksa manarik balik notis yang dimohon sebelum itu.

mole-Pas-Hudud-3"Mereka menjangkakan apabila mereka membawakan usul itu, Speaker akan menghalang dibahaskan dengan harapan mampu mencetuskan perbalahan PAS dengan DAP dan juga mungkin PKR dan membolehkan mereka menuduh PAS tunduk kepada DAP.

"Itulah perancangan mereka tetapi apabila Speaker setuju Hudud dibahaskan ini menimbulkan masalah kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana usul untuk membahaskan Hudud datang dari Umno sudah tentu menimbulkan kemarahan MCA, Parti Gerakan dan MIC. Apa yang mereka harapkan tidak berlaku," kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman pula memuji sikap keterbukaan Speaker DNS untuk membincangkan isu ini dalam persidangan DNS.

Bagaimanapun, beliau kesal apabila terdapat wakil rakyat yang mempermainkan proses DNS demi meraih publisiti dan agenda politik masing-masing.

"Sikap Umno seolah-olah mempermainkan proses usul ini harus dipandang serius oleh wakil rakyat; tolak tarik notis, kenapa tak fikir daripada awal.

"Saya yakin Umno menyalah gunakan proses DNS untuk kepentingan sendiri dan agenda politik. DNS harus melihat balik terhadap tindakan seperti ini," kata Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras itu.

Kata Khairuddin lagi, ADUN dari Pakatan Rakyat (PR) Selangor khususnya PAS sendiri sudah bersedia membahaskan isu ini sekiranya usul ini dibahaskan dalam persidangan DNS.

"ADUN PR Selangor sudah cukup matang dan bersedia menghadapi cubaan Umno untuk memecah belahkan perpaduan antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jadi sekiranya isu Hudud dibahaskan kami sudah bersedia membahaskannya secara fikiran terbuka tanpa menjejaskan kerjasama PR dan saya kira Umno yang lebih terjejas nanti," kata Khairuddin.
EZY

Isu Bible: MB panggil Exco, MAIS & Penasihat Undang-Undang tetap keputusan

Posted: 15 Jun 2014 05:19 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor mengambil perhatian kenyataan dikeluarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Adzib Mohd Isa berkenaan isu pengambilan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban milik Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi memanggil mesyuarat bersama Mufti Negeri Datuk Seri Setia Mohd Tamyes Abd. Wahid, Exco Agama Salehen Mukyi, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta wakil MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengadakan perbincangan pada minggu hadapan.

MB"Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan persetujuan bersama sebelum mengadap DYMM Sultan Selangor untuk kata putus," kata Menteri Besar dalam kenyataan media.

Khamis lalu, Peguam Negara memutuskan kes BSM ditutup kerana tiada kes untuk didakwa dan menasihatkan Kerajaan Negeri untuk mengikut proses undang-undang dalam mengedali barang kes yang diambil daripada BSM.

Kerajaan Negeri kemudiannya meminta JAIS mendapat khidmat nasihat Salehen dan Datuk Nik Suhaimi tentang prosedur dan tatacara menurut peruntukan undang-undang bagi tindakan lanjut yang perlu diambil.

Terdahulu, MAIS dalam kenyataannya mengatakan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara menutup kes dan mendakwa Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk mengarahkan JAIS memulangkan barang kes kepada BSM.EZY

Belanjawan 2015: RM17 juta bina Maahad Tahfiz Sains Integrasi

Posted: 15 Jun 2014 05:17 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SELAYANG: Kerajaan Selangor dijangka memperuntukkan kira-kira RM17 juta bagi membiayai pembinaan sebuah Sekolah Maahad Tahfiz Sains Integrasi dalam Belanjawan 2015 nanti.

Sekolah yang dibina mengikut spefikasi berdasarkan piawaian standard Kerajaan Selangor itu dibina berikutan peningkatan kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama sekaligus melahirkan lebih ramai ilmuan agama dari kalangan anak muda negeri itu.

Exco Agama, Sallehen Mukhyi berkata, sekolah ini akan dibina mengikut spefikasi tetap berdasarkan piawaian yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

murid tahfiz 25 julai 01"Kita juga sudah menetapkan satu kadar dan spefikasi yang standard untuk sesebuah sekolah. Pada masa ini Kerajaan Negeri ada kecenderungan untuk menjadikan Maahad Tahfiz Alam Impian yang dibina bersekali dengan masjid sebagai model.

"Kalau mengambil Sekolah Maahad Tahfiz Alam Impian sebagai model, kos pembinaannya memerlukan RM30 juta tetapi kalau tanpa masjid iaitu sekolah sahaja lebih kurang RM17 juta bagi membina sebuah sekolah yang mempunyai bangunan tiga tingkat yang lengkap," kata Sallehen ketika ditemui Selangor Kini dalam majlis Pecah Tanah Fasa 1 Sekolah Agama Rakyat (Kafa) Integrasi Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang di sini, hari ini.

Tambah Sallehen, Kerajaan Negeri akan menambah bilangan Sekolah Maahad Tahfiz Sains Intergrasi lebih banyak lagi dalam belanjawan akan datang.

"Pada masa ini kita masih mengkaji lokasi pertama untuk pembinaan Maahad Tahfiz itu walaupun ada kecenderungan untuk dibina di Hulu Langat dahulu sebab ada tawaran pihak yang mewakafkan tanah di sana.

Sallehen"Sebenarnya di Ijok juga ada penduduk yang setuju mewakafkan tanah seluas 40 ekar untuk tujuan ini. Walaupun sebenarnya Kuala Selangor belum termasuk dalam rancangan kita tetapi sekiranya prosesnya lebih mudah kita sedia mempertimbangkan," kata beliau lagi.

Sebelum itu, Sallehen merasmikan Majlis Pecah Tanah Fasa 1 Sekolah Agama Rakyat (Kafa) Integrasi Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang.
EZY

BERGAMBAR: Pokok Kurma Di Kota Bahru Sudah Berbuah

Posted: 15 Jun 2014 12:42 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
 
Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.

Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.

Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.

Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.

"Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat .Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah.

"Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak

"Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosnazli berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi memastikan pokok terbabit kekal terjaga.

Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur.

"Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah. Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu," katanya.

Sudahlah air tiada, tangki 1Malaysia pun tidak dapat

Posted: 15 Jun 2014 12:26 AM PDT



Oleh ANDRI ZULKARNAEN HAMDEN


Kerap saya nyatakan dalam tulisan saya bahawa Sarawak adalah sebuah wilayah yang paling kaya di Malaysia tetapi malangnya rakyat dibiarkan hidup dalam keadaan papa kedana tidak dapat menikmati hasil kekayaan yang seharusnya mereka nikmati.

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat sepatutnya menjalankan amanah dengan membaiki taraf kehidupan rakyat agar menjadi lebih baik lagi tetapi ianya gagal.

Malah kehidupan mereka bagaikan raja dengan membiarkan rakyat hidup sengsara tanpa menyediakan kemudahan asas yang sepatutnya rakyat nikmati.

Mana perginya slogan keramat BN (Barisan Nasional) 'rakyat didahulukan' atau slogan ini semata-mata retorik atau gula-gula untuk menarik undi rakyat semasa pilihan raya saja?

Saya memetik laporan berita dari 'Borneo Post online' hari ini mengenai nasib yang menimpa penduduk RH Ngadan di Niah di daerah Miri.

Ianya sungguh mengejutkan apabila diberitakan rumah panjang ini merupakan rumah panjang yang masih lagi bergantung kepada air dari kolam buatan sendiri untuk tujuan harian mereka seperti mandi, membasuh pakaian dan sebagainya.

Sarawak sudah merdeka berpuluh tahun lamanya dan setiap kali laporan pendapatan kewangan bagi Sarawak dilaporkan, pemimpin BN dengan megah mencanangkan betapa berjayanya mereka menjana keuntungan berbilion ringgit tetapi hakikatnya masih ramai lagi rakyat Sarawak yang masih belum mendapat kemudahan asas. Pelik tetapi benar!

Menurut laporan portal berita tersebut, keadaan air kolam yang digunakan hampir 20 tahun oleh kira-kira 200 orang penduduk itu berlumpur dan berbau.

Kanak-kanak dan penghuni rumah panjang tersebut tiada pilihan lain selain dari kolam itu untuk mandi, di samping itu mereka juga ada menyimpan air hujan untuk minuman.

Walaupun mereka telah lama menetap di sana, tetapi bekalan air bersih tidak ada, malah tangki air 1Malaysia yang diagihkan ke rumah-rumah panjang yang tiada kemudahan air bersih seperti mereka juga tidak sampai ke tangan penduduk kampung.

Lokasi RH Ngadan ini hanyalah beberapa kilometer terletak di pinggir bandar, bukannya jauh di pedalaman.

Penduduk kampung pernah merayu kepada pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah tersebut, namun sehingga kini tiada nampak sedikitpun usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang mereka dihadapi.

Kenapa kemudahan asas ini tidak sampai kepada rakyat? Apapun alasan yang diberi oleh pihak kerajaan namun ia tidak boleh diterima kerana BN sudah memerintah sekian lama dan masalah sekecil inipun gagal ditangani.

Perbuatan begini seolah-olah menunjukkan pihak pemerintah tidak mempunyai perasaan simpati terhadap penduduk RH Ngadan ini.

Sekiranya berlaku pilihanraya kecil sudah pasti dalam masa tidak sampai satu hari masalah ini mampu diselesaikan.

Banyak projek segera akan diadakan untuk menarik simpati pengundi agar terus memberi sokongan kepada kerajaan BN tetapi apabila sudah menang mereka ini sukar dihubungi.

 Jika kita mengikut logik, bukan sahaja kerajaan Sarawak mampu menyediakan kemudahan asas bahkan juga dapat menyediakan kemudahan asas yang lain kepada rakyat, tetapi malangnya ia adalah sukar untuk menjadi kenyataan selagi perwatakan tidak mementingkan diri tidak dilucutkan daripada pemikiran pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

Bagi menangani masalah ini, pihak kerajaan seharusnya mengarah agensi kerajaan yang berkaitan untuk turun padang bagi penyelesaikan masalah berkaitan.

Mudah dan senang kerana mereka adalah pemerintah dan kuasa di tangan mereka. Jika sudah tiada niat di hati sanubari pemimpin BN untuk menyelami kesengsaraan rakyat, beginilah jadinya.

Ternyata sudah terserlah sifat nurani dalam jiwa dan hati pemimpin BN, mereka tiada istilah berbakti kepada rakyat. Apa yang penting bagi mereka adalah mengumpul harta kekayaan selagi termampu.

Laporan ini juga sedikit sebanyak menjawab kenyataan pengerusi kelab penyokong BN Sarawak dan Adun Semop, Abdullah Saidol yang menyanggah kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Husam Musa berkata pemintaan Sarawak untuk menaikan royalti minyak dan kesanggupan PM Najib adalah gimik dan retorik bagi menghadapi pilihan raya. Kenyataan itu, kata Saidol boleh mengelirukan rakyat.

Abdullah Saidol juga berkata, kawasan pedalaman di Sarawak masih memerlukan kemudahan asas dan ia memerlukan dana bagi membangunkan penduduk kawasan bandar dan luar bandar. Ianya melibatkan pembangunan jalan baru, air bersih dan bekalan elektrik.

Pemintaan kenaikan royalti tersebut sedikit sebanyak dapat membantu menyediakan dana pembangunan kelak.

Kenyataan Abdullah Saidol adalah semata-mata ingin menutup kelemahan BN Sarawak. Adakah dengan duit royalti pembangunan di luar bandar boleh dibangunkan? 

Abdullah Saidol perlu membuka mata dan pandang di sekeliling bukan sahaja di luar bandar pembangunan tempang tetapi di kawasan pinggir bandar pun pembangunan asas tidak disediakan seperti mana yang berlaku di RH Ngadan.

Kenyataan Abdullah Saidol ini boleh dikira setengah masak kerana ia menutup kelemahan sendiri dan menafikan kegagalan kerajaan Sarawak.

Abdullah Saidol mungkin tidak mengetahui hakikat sebenar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Sarawak. Bukan sahaja pembangunan yang terabai, kos sara hidup yang tinggi dan kekurangan peluang pekerjaan juga terhad.

Mungkin Abdullah Saidol menganggap dengan membina infrastuktur ia boleh menjamin kesenangan bagi rakyat, tapi dengan infrastuktur sahaja rakyat yang tidak bekerja boleh hidup senang. Betapa pendeknya akal sekiranya  infrastuktur diukur sebagai jaminan kesenangan kehidupan rakyat.

Pada hemat saya walaupun duit royalti itu dinaikkan, ianya belum tentu dapat membangunkan kawasan luar bandar kerana para 'buaya' dan 'perompak' ada di mana-mana menunggu masa untuk menelan dan merampas harta 'ghanimah'.

(*)  Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Sarawak.

Pesanan yang baik buat penziarah TG Nik Abdul Aziz

Posted: 15 Jun 2014 12:24 AM PDT



Oleh NIK MOHAMAD ABDUH


 DENGAN penuh budiman, saya memohon semua lapisan masyarakat yang datang menziarahi ayahanda tuan guru di rumah atau di mana-mana agar memenuhi permintaan ini:

1) Bersalaman tangan dengan tidak menggenggam keras atau mengocak-ngocak lagak orang muda.Bersalaman tangan itu sunnah. Mudah dan mesra.

2) Tidak memeluk atau mencium walaupun dengan tidak keras.

Sunnah memeluk dan mencium adalah tidak terpakai apabila ia mendatangkan kesusahan dan mengganggu kesihatan.

3) Elakkan berasak-asak yang boleh mengganggu ruang dan tumpuan ayahanda.

Tertib dan berdisiplin itu adalah sunnah dan kecantikan dalam berurusan.

Utamakan kesihatan ayahanda agar beliau mampu terus berkhidmat untuk agama dan masyarakat.

Terima kasih kerana turut menyebarkan pesanan yang baik ini.

Syiah: Bekas jemaah akui niat umrah berbeza

Posted: 15 Jun 2014 12:19 AM PDT


Risalah pakej umrah agensi berkenaan yang tersebar meluas di negeri ini.  
Risalah pakej umrah agensi berkenaan yang tersebar meluas di negeri ini.


GURUN - Bekas jemaah yang pernah mengikuti pakej umrah dan ziarah sebuah agensi pelancongan di negeri ini mengakui agensi tersebut menyebarkan fahaman Syiah.

Difahamkan, penyebaran fahaman itu dilakukan semasa slot kursus umrah yang dijalankan agensi berkenaan.

Siti Khatijah (bukan nama sebenar), 45, berkata, penyebaran fahaman itu dibuat tanpa berselindung sambil mengagung-agungkan Saidina Ali.

"Amalan umrah mereka sama saja seperti Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Yang membezakan kita hanyalah niat mereka.

"Saya tidak ingat bagaimana niat umrah itu, tetapi sebutannya memang pelik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, setiap doa yang dibacakan juga sering menyebut nama Saidina Ali.

"Sejak awal lagi saya sudah meragui amalan itu. Sehinggalah saya merujuk beberapa buku umrah lain dan memang ia berbeza, terutama pada niat," katanya.

Jelasnya, pakej umrah yang ditawarkan agensi berkenaan juga boleh didapati sekitar RM3,000 hingga RM5,000 mengikut tempoh penginapan.

"Harga yang ditawarkan mereka memang murah berbanding agensi pelancongan lain. Kita boleh pilih pakej yang kita mahu mengikut bajet masing-masing.

"Tawaran harga ini sudah tentu menarik perhatian orang ramai, apatah lagi apabila mereka turut memberikan potongan harga sehingga RM700 bagi kanak-kanak," katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas jemaah umrah yang pernah menyertai agensi berkenaan turut mengakui berlakunya penyebaran tersebut secara terbuka.

Shamsul Hairi (bukan nama sebenar), 50, berkata, agensi berkenaan bijak memancing mangsa dengan menjanjikan perkhidmatan yang terbaik.

"Semasa di Makkah dan Madinah, mereka telah menyediakan tempat penginapan yang agak mewah kepada semua jemaah umrah yang mengikuti pakej tersebut.

"Saya dimaklumkan, tempat penginapan itu juga adalah milik seorang pengikut fahaman Syiah yang berasal dari Iran," katanya.

Jelasnya, pakej umrah serendah RM3,800 itu adalah merangkumi tiket pergi dan balik kelas ekonomi, cukai, penginapan, makan dan minum, ziarah di Makkah dan Madinah, visa umrah, kursus bimbangan serta beberapa cenderamata.

"Agensi pelancongan ini memang terkenal di negara kita. Pada logo agensi berkenaan terdapat beberapa simbol bagi menggambarkan akidah mereka kepada 12 imam berdasarkan fahaman Syiah," katanya.

Difahamkan juga, agensi pelancongan itu turut mempunyai wakil di 45 daerah seluruh negara, termasuk di Kangar, Bukit Kayu Hitam, Kodiang dan Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia dan Islam Malaysia (Abim) Cawangan Kedah, Abdullah Din menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan pakej umrah.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, sebuah agensi pelancongan beroperasi di Kedah yang menawarkan pakej umrah dan ziarah dipercayai turut menyebarkan fahaman Syiah.

Menurut laporan itu, agensi yang turut popular di Johor, Sabah dan Sarawak ini juga menyebarkan beberapa risalah dan buku panduan umrah versi Syiah kepada pelanggannya.

Lebih membimbangkan apabila buku panduan itu dipercayai bercanggah dengan amalan serta rukun umrah yang sebenar mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

MH370: Keluarga belum putus asa

Posted: 15 Jun 2014 12:17 AM PDT


Tuan Lay masih berharap  anaknya akan pulang dengan selamat. Tuan Lay masih berharap anaknya akan pulang dengan selamat.


ALOR SETAR - Selepas 100 hari kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, keluarga mangsa terlibat dalam tragedi itu tetap mengharap keajaiban sekali gus membawa kepada penemuan ahli keluarga mereka.

Bagi keluarga Chew Kar Moi, 31, walaupun ditawarkan wang pendahuluan pampasan pihak insurans, mereka menyifatkan wang itu tidak dapat mengubati kesedihan yang terpaksa ditanggung.

Kakak kepada Kar Moi, Chew Kar Hui, 33, berkata, mereka sekeluarga masih menaruh harapan tinggi agar Kar Moi pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Menurutnya, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk tidak menerima wang pampasan yang ditawarkan pihak insurans penerbangan selagi tiada sebarang bukti atau penemuan pesawat berkenaan.

"Apa guna kalau kami terima wang pampasan itu sekiranya adik saya masih tidak ditemui hingga sekarang, malah bukti mengenai kejadian masih tidak ditemui.

"Sebelum ini memang kami diberi penerangan mengenai wang pampasan oleh MAS (Malaysia Airlines) dan kami sepakat untuk tidak menerima pampasan itu," katanya.

Dalam pada itu, Kar Hui berkata, ibunya, Tan Tuan Lay, 53, sering bermimpikan Kar Moi pulang ke rumah dan menjalani kehidupan bersama mereka seperti sebelum ini.

"Apa yang mampu kami lakukan hanya berdoa dan sembahyang setiap hari tanpa berputus asa dengan harapan dia akan ditemui dalam keadaan selamat walau di mana sekali pun," katanya.

Kar Moi, seorang kakitangan Maybank pada 8 Mac lalu berlepas dengan pesawat MH370 untuk menghadiri satu kursus di Beijing.

Sementara itu, cubaan Sinar Harian menghubungi keluarga seorang lagi mangsa iaitu Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, gagal kerana mereka enggan memberi kenyataan kepada media.

Bagaimanapun bapanya, Ibrahim Abd Razak, berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang tawaran wang pampasan berhubung kejadian itu.

Mohamad Sofuan yang juga anak lelaki tunggal daripada lima beradik sebelum ini bertugas di Istana Negara.

Beliau berlepas ke Beijing kerana ditugaskan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang ditempatkan di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) di China.

Kapal TLDM berjaya tumpas cubaan lanun

Posted: 15 Jun 2014 12:13 AM PDT


TLDM  
TLDM


SHAH ALAM – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Terengganu berjaya mematahkan cubaan lanun untuk menawan sebuah kapal tangki, MT AI MARU, semalam.

Kapal tangki tersebut yang membawa 1000 tan metrik Marine Gas Oil telah ditawan lanun semalam kira-kira jam 8.30 malam di 30 batu nautika selatan Pulau Aur, Johor.

Sebaik menerima laporan, TLDM telah menggerakkan KD Terengganu untuk memintas.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, TLDM memaklumkan, KD Terengganu berjaya memintas kapal lanun dan menghampiri MT AI MARU.

"Lanun menyedari kehadiran KD TERENGGANU yang menghampiri MT AI MARU telah melarikan diri menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa.

"Semua kru kapal dipercayai dalam  keadaan selamat dan minyak yang dibawa juga tidak dapat dilarikan," lapor kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, KD Terengganu sedang melaksanakan pemantauan rapi ke atas MT AI MARU bagi mendapatkan status kru kapal serta mengesan baki penjenayah sekiranya ada.

Penduduk Gombak Berang Wakil Rakyat 'Tidur'

Posted: 14 Jun 2014 11:59 PM PDT




alt
 
 Alif Mustapha


GOMBAK  - Satu perhimpunan aman di adakan penduduk Kampung Sungai Salak bagi melahirkan kekecewaan terhadap sikap sambil lewa wakil rakyat dan kegagalan kerajaan negeri dalam menangani permasalahan terutamanya melibatkan isu banjir di kampung mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKKP) Zakaria Saidimara menyifatkan kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) gagal dalam melaksanakan tanggungjawab negeri berkebajikan sebagaimana yang dilaung-laungkan.

"Isu yang dibangkitkan ialah soal pemantauan daripada pihak kerajaan negeri. Jika ada pembangunan, sudah tentu ada papan tanda.
 
alt
 
"Mereka perlu ingat mengenai infrastruktur yang ada jika mahu membuat pembangunan di tempat kawasan tinggi. Sungai di alihkan semata mata untuk mengizinkan laluan banjir lumpur. Kami lihat kerajaan negeri gagal memantau pembangunan yang berlaku di kampung-kampung tradisional," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berhimpun di laluan masuk ke tapak projek berkenaan di sini hari ini. Perhimpunan aman anjuran JKKKP Gombak Utara bersama badan bukan kerajaan (NGO) Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK) itu turut dihadiri kira-kira 50 orang penduduk kampung.  
 
alt


Menurut penduduk Hasnah Mohd Nordin pula, masyarakat setempat sentiasa terbuka dalam soal pembangunan di kawasan mereka namun kebajikan kepada penduduk perlu dititik beratkan.

"Kita tidak tolak pembangunan, pemaju hendak mengaut keuntungan itu tidak mengapa tetapi tolong fikirkan keadaan orang di bawah ini. Ke mana lagi kami mahu tuju,?
 
alt
 
"Kerajaan Selangor kata negeri berkebajikan tetapi tiada kebajikan pun di sini, kami hendak mati atau tenggelam pun masih tidak turun padang.

"Harap kerajaan Selangor terutamanya ADUN Gombak Setia turun ke padang," tegas beliau.

Sebelum ini, penduduk dikatakan pernah mengajukan aduan kepada majlis perbandaran dan jabatan yang berwajib namun masih tiada tindakan dijalankan.

Bahkan laporan polis juga dibuat penduduk setelah rumah mereka dinaiki air akibat daripada bencana banjir lumpur baru-baru ini.
 
alt
 
Sehubungan itu, Hasnah tidak menolak kemungkinan akan berlaku tindakan yang dilakukan sendiri oleh penduduk sekiranya pihak berwajib terutamanya wakil rakyat kawasan itu masih tidak mengambil langkah penyelesaian.

"Jika ADUN tidak turun, kami penduduk akan mengambil inisiatif sendiri untuk memecahkan palong (saluran) yang dibina supaya kembali kepada asal dan dapatkan semula sungai, kami sudah tidak tahan dan dapat bersabar lagi," ujar beliau.

Projek tersebut dikatakan sudah mula beroperasi sejak 2 tahun lalu dan penduduk tidak mengetahui secara terperinci akan pembangunan yang ingin dimajukan berikutan ketiadaan paparan papan tanda kenyataan.
 

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) : Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter?

Posted: 14 Jun 2014 11:41 PM PDT

 


Minyak Petrol RON95 Naik



Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) – Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter : Pelik! Cukai Barang & Perkhidmatan (cukai GST) bakal dilaksanakan bermula April 2015 tetapi apabila dicampakkan dengan persoalan samada minyak petrol dan diesel dikenakan GST ataupun, Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ahmad Maslan masih lagi terkial-kial mencari jawapan. Ha?

Hakikatnya sememangnya kerajaan memerlukan pendapatan tambahan sekurang-kurangnya berbelas-belas bilion ringgit (BUKTINYA DI SINI) bagi menampung perbelanjaan berlebihan dalam erti kata lain boros ketika menguruskan dana negara. Sekarang ini….

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) VS Jumlah Pendapatan Cukai GST?

  • Kerajaan Malaysia mensasarkan pendapatan tambahan melalui kutipan cukai GST antara RM21 Bilion hingga RM27 Bilion.
  • Dijangka RM3 bilion setiap tahun datang daripada hasil cukai GST kepada minyak petrol dan diesel bersamaan 12% hingga 14% sekaligus menjadi sumber pendapatan terbanyak dalam GST
Ini sekaligus memberikan tekanan kuat kepada rakyat Malaysia terhadap masalah inflasi (SEPERTI DI SINI) yang akan terus melonjak tinggi kelak dek kerana beban rantaian kenaikan kos bahan api sekaligus menaikkan lagi harga barang dan kos sara hidup di Malaysia apatah apatah lagi barang keperluan awam seperti petrol dan diesel; yang akan mengundangkan inflasi yang mendadak ke atas harga barang dan perkhidmatan yang lain dikenakan cukai GST. 

Cukai Minyak Petrol

 

Cukai GST Terhadap Harga MInyak petrol & Diesel : Harga Minyak Naik @ Isipadu Berkurangan?

Apa yang bakal kerajaan Malaysia lakukan terhadap harga minyak Petrol & Diesel apabila cukai GST dilaksanakan kelak yang mana ada 2 pilihan di sini iaitu  :
  1. Pertama, Kerajaan malaysia akan terus mengekalkan harga minyak petrol RON95 (bersubsidi) pada harga RM2.10 seliter manakala harga minyak petrol RON97 tidak bersubsidi pada RM2.80 seliter TANPA GST. Bermakna kerajaan tidak perlu mengumumkan kenaikan harga minyak & diesel selepas ini.
  2. Tetapi….ada tetapinya. Setiap resit yang dikeluarkan mellaui pembelian minyak petrol dan diesel akan disertakan harga termasuk dengan GST
  3. Apa maknanya ini? Harga tetap sama tetapi isipadu minyak petrol dan diesel dikurangkan
  4. Kedua mekanismenya mungkin harga minyak petrol dan diesel terus dikekalkan pada isipadu yang sama tetapi akan dikenakan setiapkan urusniaga atau pembelian minyak sebanyak 6%.
Semakan Berita Semasa terhadap Senarai Pembekalan Berkadar Sifar dan Senarai Pembekalan Dikecualikan seperti mana yang telah diisytihar sendiri oleh Jabatan Kastam dan Eksais (senarainya disertakan bersama) menunjukkan bahawa harga minyak petrol dan harga minyak diesel tidak termasuk di dalam senarai pembekalan (iaitu barang atau perkhidmatan) yang berkadar sifar atau dikecualikan.

Dijangka kerajaan Malaysia akan mengutip setiap tahun sekurang-kurangnya RM3 bilion daripada rakyat (anda, anda semua di sini) dalam bentuk cukai GST yang dikenakan ke atas petrol dan diesel seperti kiraan di bawah:
  1. Jumlah penggunaan petrol setahun bagi 2013  (berdasarkan jawapan di) : 14.05 bilion liter
  2. Jumlah penggunaan diesel setahun bagi 2013 (berdasarkan jawapan di Parlimen) : 9.64 bilion liter
  3. Jumlah penggunaan petrol dan diesel setahun : 23.69 bilion liter
  4. Harga bersubsidi petrol dan diesel setiap liter : RM2.10 untuk petrol & RM2.00 untuk diesel
  5. GST pada kadar 6% bagi setiap liter 13 sen seliter untuk petrol & 12 sen seliter untuk diesel
  6. Jumlah kutipan GST ke atas petrol dan diesel setiap tahun RM3 bilion
Minyak Diesel Naik

Bagi Berita Semasa sendiri, tindakan ini akan menaikkan beban kos bahan api kepada rakyat dan memburukkan lagi masalah kenaikan harga barang yang sudah pun menyusahkan rakyat. 

Harapan Berita Semasa salah satu cara mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan ialah dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik. Setuju?

KPN gagal laksana perintah Mahkamah, DAP buat laporan polis seluruh negara

Posted: 14 Jun 2014 11:34 PM PDT

Indra Ghandi

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP akan melancarkan siri laporan polis di seluruh negara ke atas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar ekoran kegagalan besar beliau untuk mematuhi dan menguatkuasakan perintah mahkamah sivil berhubung kes hak penjagaan anak bekas pasangan berbeza agama.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Lim Guan Eng memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) semalam telah bersetuju mengarahkan semua Jawatankuasa Pemuda dan Wanita Negeri untuk membuat laporan polis ke atas Khalid.

"Template laporan akan dirangka Ketua Biro Undang-undang Gobind Singh Deo dan Naib Pengerusi M Kulasegaran. Kula juga adalah peguam kepada M Indira Ghandi yang telah berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menyerahkan hak penjagaan kepadanya.

"Keengganan KPN untuk mematuhi perintah itu adalah pelanggaran tugas secara jelas. Beliau lupa tugas polis di bawah Seksyen 20 Akta Polis 1967 yang menyatakan tanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa arahan daripada saman, sapina dan waran yang dikeluarkan mahkamah," katanya lagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut memaklumkan, Gobind sendiri akan memulakan siri laporan polis itu esok di Kuala Lumpur.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, polis kononnya akan bersikap neutral dan tidak akan mengambil sebarang tindakan daripada keputusan bercanggah Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, namun sebaliknya akan menempatkan anak-anak mereka di pusat kebajikan.

Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah menyerahkan hak penjagaan tiga anak Indira – Tevi Darsiny, Karan Dinesh dan Prasana Diksa – kepada Mohd Ridzuan. Namun pada Mac 11 2010, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim mengarahkan hak penjagaan diberikan kepada Indira.

Pada 1 April 2011, Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang dibuat tahun sebelumnya.

Bagi kes kedua, Mahkamah Rayuan pada 27 Mei lalu menolak permohonan Izwan Abdullah dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang menyerahkan hak penjagaan dua anak kepada ibunya, S Deepa.

Mahkamah Syariah sebelum itu menyerahkan hak penjagaan kepada Izwan.-Roketkini.com

Terus mara teroka ruang sokongan baru – Guan Eng

Posted: 14 Jun 2014 11:32 PM PDT

bendera dap


Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Untuk menerajui politik baru, DAP akan mula meneroka ruang-ruang baru, di samping mengekalkan tapak sokongan asas parti pelbagai kaum itu.

Berucap dalam Sidang Pimpinan DAP di Cheras semalam, Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, seluruh anggota perlu menunjukkan DAP adalah parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, sebagaimana tujuan penubuhannya 48 tahun yang lalu.

"Anda ingin membuka tapak (sokongan) baru? Kita perlu tunjukkan bahawa kita bukan parti untuk satu kaum sahaja, atau untuk bukan Melayu sahaja. Kita parti untuk semua," katanya ketika menyampaikan ucaptama semalam.

Oleh sebab itu, katanya lagi, pimpinan DAP mengambil keputusan berani meletakkan calon Melayu pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan sebelum ini, iaitu Dyana Sofya.

"Walaupun kita tewas, kita telah berjaya memenangi masyarakat dalam media sosia, malah masyarakat di seluruh negara, terutama golongan muda," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menyeru seluruh hadirin – yang terdiri daripada pimpinan parti, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri – untuk sentiasa mendekati masyarakat Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak.

"Misalnya projek Impian Sarawak. Kita mengembangkan tapak dengan mendekati rakyat pedalaman di sana dengan pelbagai projek prasarana. Kita berjaya menangkap imaginasi ramai, terutama penyokong kita," katanya lagi.

Namun pada masa sama, katanya lagi, DAP sama sekali tidak boleh mengabaikan penyokong tradisionalnya, iaitu masyarakat bukan-Melayu dan Melayu kelas pertengahan di bandar dengan tanggapan sokongan mereka berkekalan.

Beliau mengambil contoh keputusan PRK Teluk Intan, di mana peratusan undi masyarakat Cina merosot 15 peratus.

Idea baru keluar daripada zon selesa

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong menyatakan harapan agar program itu mampu membuahkan idea baru bagi DAP untuk keluar daripada 'zon tradisional'.

"Saya berharap pemukiman ini akan mampu menghasilkan idea baru untuk kita terus meluaskan sempadan (sokongan), bukan sekadar berundur ke tapak 'tradisional' kita.

Beliau mengimbas kembali pertanyaannya kepada Guan Eng dahulu, berhubung gaya politik tokoh DAP Lim Kit Siang.

"Saya tanya Guan Eng, bagaimana beliau melihat bapanya. Beliau menjawab – 'Lim Kit Siang membuka tapak baru setiap hari.' Saya yakin itulah yang sepatutnya menjadi tekad kita," katanya lagi. -Roketkini.com

[PANAS] Daim Ramal BN Tumbang Pada PRU 2018!

Posted: 14 Jun 2014 06:14 PM PDT

KELB GREENBOC


Kesombongan BN akan menyebabkan kekalahan, kata Daim


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik sikap sombong Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan PRU13 pada 2013.

Daim berkata, masalah timbul apabila BN menang dengan majoriti besar pada 2004 dan mula lupa diri sehingga lupa janji manifesto mereka kepada rakyat.

"BN jadi angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat tetapi rakyat tidak lupa.

"Itu sebabnya pada 2008 majoriti kurang dan 2013 lagi berkurangan.

"Dengarlah kehendak rakyat. Jangan ingat kerajaan tahu semuanya,"
katanya dalam laporan wawancara khas bersama akhbar Berita Harian, hari ini.

Pemimpin veteran Umno itu sebelum PRU12 pernah meramalkan kekalahan BN di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dan ramalan itu ternyata tepat.

Katanya, dengan status quo yang ada, agak sukar BN menang lagi PRU pada 2018 jika masih tidak berubah.

"Nombor satu menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mesti mesra rakyat, jangan sombong dan apa yang berlaku pada 2008, jangan berlaku lagi.

"Rakyat sudah pandai menimbang dan bukan tiada pelajaran. Jika tidak ada perubahan rakyat akan ubah kitalah," katanya.

Tambahnya, BN juga perlu memperbaiki masalah mereka dan menang atas kekuatan sendiri, bukan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan pembangkang.

Masalah itu termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan.

"Tengok sahaja dalam Internet. Itu bukan hanya persepsi tetapi pandangan orang luar," katanya.

Pada masa yang sama, pandangan akar umbi parti sendiri juga perlu didengari kerana mereka yang memberikan undi.

Daim turut menasihati Umno-BN supaya turun padang mendengar keluhan rakyat melalui agensi kerajaan yang boleh memberikan maklumat sedemikian.

Namun beliau kecewa melihat dalam banyak situasi kerajaan takut untuk berbahas dan menjawab persoalan yang dikemukakan rakyat.

"Kita kena pasang telinga, pergi ke kedai kopi, ke pasar dan dengar apa yang pemandu teksi cakap," katanya. -TMI

Tiada ulasan: