. |
Jais dan Mais jangan perpanjangkan isu Bible Posted: 19 Jun 2014 02:50 AM PDT ULASAN Naifnya penguatkuasa undang-undang yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan induknya Majlis Agama Islam Selangor (Mais), sehinggakan terpaksa "berdindong dingdong" mengenai kitab Bible yang dirampas dikatakan tidak mengikut peruntukan undang-undang. Di mana silapnya entahlah. Walhal Peguam Negara Abdul Ghani Petail sudah pun memutuskan tidak ada pendakwaan berhubung rampasan kitab berkenaan dan kes ditutup. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga telah membuat arahan sesuai dengan keputusan peguam negara agar ia dikembalikan. Kedua-dua keputusan dan arahan itu tampaknya tidak dihormati langsung oleh institusi agama itu menyebabkan mereka menanti pandangan Sultan Selangor sebagai institusi yang berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam. Kenapa degil sangat Jais untuk tidak mengembalikan kitab-kitab berkenaan? Apakah untungnya kalau ia terus dipertegangkan begitu. Dalam proses biasa, bahan kes adalah keputusan pihak pendakwa sama ada ia hendak dipulangkan atau dilupuskan. Pendakwa akan meminta mahkamah mengarahkan tindakan selanjutnya. Dalam kes rampasan 231 naskah Bible itu, kitab berkenaan tidak boleh dianggap sebagai bahan kes sebab tidak ada pendakwaan. Apabila ada pendakwaan baru ada perbicaraan dan kitab itu dibawa sebagai bahan kes. Jais sepatutnya boleh berfikir sendiri mengenai logik perkara ini. Penasihat undang-undang Jais seharusnya berifkir diluar kotak kongkongan parti politik. MB Selangor pun satu hal. Bila Jais atas nasihat induknya Mais tidak berani bertegas dengan arahan awalnya agar kitab berkenaan dipulangkan. Kalau Khalid sendiri penakut dan tidak yakin dengan keputusannya kenapa diarahkan ia dipulangkan. Khalid sepatutnya tegas dengan arahan dan tidak perlu takut kepada Jais kerana ia adalah agensi kerajaan Selangor. Keputusan atau hasrat Sultan Selangor hari ini agar hal itu diselesaikan mengikut undang-undang. Ertinya baginda tidak menggunakan kuasa vetonya dalam hal ini. Keputusan Sultan itu sesuatu yang bijaksana dan adil. Jadi Jais atau Mais tidak perlu banyak kerenah lagi berhubung kes Bible itu ikutlah prosuder yang ada. Malu kat orang eh! Sudah tentu kalau kitab itu tidak dikembalikan atau dihapuskan pihak PBM akan mengambil tindakan seterusnya. Tindakan yang pasti akan memohon kepada mahkamah. Hak itu dipelihara oleh undang-undang. Jadi kes yang bertele-tele disebabkan dibuat berlandaskan nafsu ini akan jadi panjang dan menimbulkan keadaan yang tidak baik. Macam mana negara nak maju hendak, jalan penyelesaian isu remeh seperti kitab Bible itu pun terkial-kial. Eloklah kes Bible ini diselesaikan dengan segera dan kalau teringin nak bergaduh dan bertekak lagi kerana mencari untung dan laba politik bagi pihak tertentu carilah isu lain pula yang lebih besar. Hamlau. [wm.kl.5:37 pm 19/06/14] |
Jangan rosak otak dengan berita palsu Muhyiddin letak jawatan Posted: 18 Jun 2014 09:58 PM PDT SUSUPAN TENGAHARI Beberapa rakan dan penjengok blog Merah Tinta menghubungi saya bertanyakan mengenai berita kononnya Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai perdana menteri esok dan tempatnya akan diganti oleh Hishmauddin Hussein. Mulanya saya abaikan saja berita berkenaan. Tetapi selepas dua tiga orang whatsaap, sms dan menghubungi menerusi telefon, terpaksa juga saya memberi respons mengenai desas desus berkenaan, agar selepas ini tidak ada lagi yang menganggu saya. Saya sendiri tidak tahu dari mana sumber berita itu keluar. Tetapi menerusi rakan, ianya sudah tersebar dalam internet. Mengapa orang kita muda percaya berita yang disebar dalam internet? Nampaknya internet sudah menjadi kitab kehidupan baru bagi orang Malaysia khasnya bangsa Melayu yang suka membuat fitnah dan menerima fitnah. Apa lagi kalau berita itu sejiwa dan secocok dengannya, maka mudah ia diterima sebagai benar. Sebaliknya kalau berita itu tidak menyenangkan hati dan jiwanya ia ditolak walaupun ia benar. Inilah sikap dan perangai orang Melayu. Sayang orang kita tidak rajin mengguna otak sendiri sebaliknya menumpang otak orang lain. Kerana itulah berita tidak masuk akal pun ditelan dan dipercayainya. Menggurkan Najib bermakna Najib menggali lubang kuburnya sendiri. Jawatan timbalan perdana menteri bukan senang diperolehi. Dalam sejarah yang melepas jawatan berkenaan hanya seorang sahaja Musa Hitam apabila beliau tidak secocok dengan Mahathir Mohamad. Banyak yang tergila nak jadi TPM tetapi tidak berjaya. Anwar Ibrahim dipecat sebagai TPM manakala Ghabar Baba tidak dilantik sebagai TPM apabila kalah dalam pertandingan dalam Umno. Apakah semudah dan sebodoh itu Muhyiddin hendak melepaskannya? Sehubungan itu satu lagi berita yang tersebar ialah mengenai Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang ahli parlimen yang dikatakan akan sertai PKR? Ini juga berita liar yang tidak masuk akal. Ia lebih mustahil daripada mengharapkan tanduk tumbuh di kepala kucing. Mudah kata senang cerita, kedua berita berkenaan adalah bohong belaka. Spekulasi sampah semata-mata. Apakah ia disebarkan bertujuan provokasi? Kalau provokasi kepada siapa, Najib atau Muhyiddin atau pun hendak menyedapkan hati orang yang menyebarkannya? Orang Melayu lebih baanyak berangan-angan daripada berdepan dengan kenyataan sebab itulah kurang maju. [wm.kl.12:49 pm 19/06/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan