Selasa, 24 Jun 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapalah yang benar program realiti bogel 'Naked and Afraid' lakukan pengambaran di negara Islam ni? (Video Inside)

Posted: 24 Jun 2014 09:01 AM PDT


Siapalah yang benarkan program realiti bogel ini menjalankan pengambarannya di negara Islam yang bernama Malaysia ni?

Takkanlah terdesak sangat nak promosikan negara kepada pelancong luar sampai membenarkan program realiti yang tak bertamaddun ni dijalankan di negara kita ni..

Banyak cara lain lagi selain dari membenarkan program gila ni menjalankan pengambaran di negara kita ni..

...Sebuah klip promo rancangan realiti tersebar di laman media sosial sejak beberapa hario lepas. Promo itu dipercayai untuk program 'Naked and Afraid' yang disiarkan menerusi saluran Discovery di Amerika Syarikat.

Rancangan yang sudah memasuki musim kedua itu mula ditayangkan pada 23 Jun 2013. Setiap episod akan memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipertemukan dalam keadaan bogel dan perlu tinggal di hutan selama 21 hari.

Yang mengejutkan apabila maklumat promo dan perbualan peserta program itu menyebut Malaysia sebagai lokasi penggambaran.

Episod yang dikatakan dirakam di Malaysia itu ditayangkan pada 13 April 2014.

Berdasarkan maklumat pada promo, kedua-kedua peserta itu bernama Fernando Calderon, anggota bomba dan Samantha Pearson, ibu tunggal.

Yang menjadi persoalan, bolehkah penggambaran seperti ini dibuat di Malaysia? Siapa yang membenarkan penggambarannya? ~ DCM


Mungkinkah ini idea Pegawai Khas Kementerian Pelancongan yang pakai Lamborghini Aventador itu?

Pemimpin UMNO lagi.. macai tak dapat share ke dalam konsesi penswastaan UiTM ni?

Posted: 24 Jun 2014 07:59 AM PDT


Dah beberapa hari berlalu.. tertunggu-tunggu juga aku pendedahan Rafizi mengenai pemegang-pemegang konsesi UiTM yang dipertahan pemimpin UMNO bermati-matian..

Bila Rafizi bagitahu nak buat pendedahan pasal UiTM ni saja aku akan nantikan..

Sebabnya aku nak tahu juga berapa puluh orang macai-macai UMNO yang ada saham dalam syarikat pemegang konsesi yang membina dan menyewakan semula UiTM ni..

Tapi hampeh!!.. balik-balik yang keluar dalam pendedahan Rafizi tu semuanya pemimpin-pemimpin UMNO dan kroni-kroninya, macai-macai yang sibuk pertahan pemimpin UMNO tu seekor pun tak ada..

Baca pendedahan Rafizi ni.. mana tahu kalau korang nampak atau terbaca ada nama macai...

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Rahman  merupakan pemegang saham minoriti dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, kata PKR.

"Hari ini saya boleh mengesahkan ahli Parlimen Pasir Salak adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.

Beliau mendakwa, salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Tajuddin.

"Sri Rahayu juga pernah menjadi setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Tajuddin.

"Ini mengulangi perkara yang sama dalam konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno," katanya.

Rafizi berkata, seorang lagi pengarah dalam UniTapah Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan Tajuddin adalah Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu melalui usahasama perniagaan bersama di antara mereka.

"Selain UniTapah Sdn Bhd, Tajuddin dan Vignesh Naidu mempunyai hubungan melalui sebuah syarikat pembinaan iaitu Everfine Resources Sdn Bhd yang mana Tajuddin adalah pengerusinya dan Vignesh Naidu pengarah syarikat itu.

"Kepentingan beliau dalam syarikat konsesi ini dipegang melalui sebuah syarikat iaitu Detik Utuh Sdn Bhd.

"Syarikat itu mempunyai kepentingan sebanyak 9.8% dalam UniTapah Sdn Bhd manakala saham selebihnya dipegang oleh sebuah syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd)," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Tajuddin memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar. Rafizi berkata, saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham).

Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu yang rapat dengan Tajuddin iaitu anaknya sendiri, Sri Rahayu dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood.

"Walaupun pegangan Tajuddin tidak sebesar pegangan ahli politik Umno lain dalam konsesi yang saya dedahkan sebelum ini, ia mengesahkan setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan sekurang-kurangnya ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat," katanya.

Rafizi sejak minggu lalu melakukan pendedahan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Umno memiliki konsesi penswastaan UiTM di seluruh negara ~ The Malaysian Insider

Ada ke nama-nama macai yang korang kenal kat atas tu?.. kalau ada baguslah.. tapi seekor pun tak ada..

Macai-macai ni tak rasa diperbodohkan oleh pemimpin UMNO ke?.. atau tak terasa diperbodohkan sebab sememangnya dah bodoh?

Najib beri bayangan Kabinet akan dirombak tidak lama lagi..

Posted: 24 Jun 2014 06:00 AM PDT


Dalam ucapannya ketika merasmikan terminal tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (klia2), Najib mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein atas kerja kerasnya terutama beberapa bulan lalu dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

"Ini mungkin acara terakhirnya sebagai menteri pengangkutan," katanya.

Spekulasi timbul Najib akan mengadakan rombakan Kabinet bagi membolehkan presiden parti komponen dalam Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan menjawat jawatan menteri.

Laporan mendakwa barisan Kabinet baru akan diumumkan dalam masa terdekat sehingga selepas Hari Raya yang dijangka jatuh pada 28 Julai.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan empat ahli Parlimen MCA dan dua daripada Gerakan akan dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri sebagai sebahagian kecil rombakan dengan tiada menteri digugurkan.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong disahkan menjawat jawatan menteri setelah Mah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Sebanyak 32 menteri berada dalam jawatan Kabinet hari ini.

Jawatan menteri pengangkutan yang biasanya diberikan kepada MCA dipangku Hishammuddin selepas pilihan raya umum lalu apabila MCA enggan menerima jawatan dalam Kabinet akibat prestasi buruk dalam pilihan raya.

Parti Cina itu bagaimanapun menarik balik keputusan itu awal tahun ini.

Tiga lagi kekosongan adalah jawatan timbalan menteri kewangan, pelancongan dan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tidak wujud gerakan 'Projek Langgar Hadi' kata Tuan Ibrahim

Posted: 24 Jun 2014 02:01 AM PDT


Naib-presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan wujudnya gerakan yang ingin menjatuhkan kepimpinan ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dinamakan Projek Langgar Hadi.

Menurut beliau, perkara ini tidak benar dan tidak perlu timbul isu wujudnya gerakan Projek Langgar Hadi.

"Saya ingin menegaskan di dalam parti PAS tiada soal untuk menjatuhkan mana-mana pihak dan ini bukan masalah isu siapa naik dan siapa turun."

"Mungkin ini adalah pandangan peribadi ahli parti kita," katanya.

Ibrahim menjelaskan ekoran daripada dakwaan Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim yang membuat kenyataan kepada media bahawa wujudnya Projek Langgar Hadi.

Syarhan Humaizi sebelum ini mendedahkan kepada media berhubung satu usaha menghidupkan semula 'Projek Langgar Hadi' yang didalangi beberapa pemimpin termasuk seorang Ahli Parlimen PAS Selangor, editor dan wartawan daripada sebuah portal pro-pembangkang.

Beliau mendakwa kumpulan tersebut menggunakan portal berita pembangkang sebagai medium memfitnah dan memburukkan Abdul Hadi kononnya peranan Presiden PAS itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal disingkirkan oleh pihak tertentu.

Tambahnya lagi, pandangan ini bukan perkara biasa yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat parti.

"Kita akan menghormati mana-mana pendapat pun walau ia bukan berasal dari parti."

"Kita tidak boleh memperlekehkan pandangan seseorang. Namun, kita akan kaji kebenarannya dan jika tidak benar dakwaan tersebut, kita akan menasihati agar perkara ini tidak diulang," ujarnya.

Jelasnya lagi, jika perkara ini benar beliau seharusnya menyalurkan pandangan ini di dalam mesyuarat parti.

"Kita akan bincang tentang sesuatu isu dalaman bagi mengelak perkara-perkara polemik ini berulang.

"Kita juga akan berbincang dan membuat keputusan melalui persetujuan dalam mesyuarat parti sendiri," katanya.


~ Free Malaysia Today

Benarkah selepas Melayu , Peniaga India jadi mangsa Pakatan Rakyat P.Pinang?.. Baca nih!!

Posted: 23 Jun 2014 10:43 PM PDT


Mula-mula kita baca dulu apa yang telah dilaporkan oleh sebuah portal berita Pro UMNO mengenai isu tapak 'Car Wash' di Seberang Jaya ini..

UtaraNews melaporkan..


Sikap menganaktirikan para peniaga bukan cina bukanlah perkara baru dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Jika sebelum ini peniaga-peniaga Melayu diusir dan gerai-gerai mereka dirobohkan , kini giliran usahawan India pula menerima nasib yang sama di Seberang Jaya. 

Vigeneswaran A/L Arjunan , pemilik PP Car Wash di Jalan Tenggiri telah dihalau oleh ADUN Seberang Jaya kerana didakwa menjalankan perniagaan secara haram.

Dalam laporan sebelum ini , pemilik PP Car Wash diberitakan sudah pun memanjangkan permasalahan ini kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh termasuklah kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang namun semuanya gagal.

Lebih memeranjatkan adalah sikap Ahli Parlimen Permatang Pauh yang tidak melakukan sebarang tindakan bagi membela nasib pemilik Car Wash terbabit.

Dalam masa yang sama sepucuk surat yang dihantar oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang , YB P.Ramasamy yang membenarkan pemilik PP Car Wash untuk terus menjalankan perniagaannya juga tidak bernilai.

Semalam sekali lagi demontrasi secara aman dilakukan oleh pemilik PP Car Wash bersama 25 orang yang lain membantah tindakan pengusiran oleh ADUN Seberang Jaya kerana didakwa sebagai haram.


Demontrasi yang di ketuai oleh Vigeneswaran A/L Arjunan , pemilik PP Car Wash itu turut mendapat perhatian daripada Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Cikgu Zaidi serta kepimpinan daripada MIC dan BN Permatang Pauh yang prihatin terhadap kesusahan rakyat.

Kemudian kita baca pula apa yang Blogger Pro UMNO The Unspinner laporkan di ( SINI ).. aku copy sebahagian saja..

Sepanjang demontrasi kandungan kain rentang yang dipaparkan adalah seperti berikut:-  
(a) Kami hanya mencari makan secara jujur..bukan meraikan keuntungan secara beribu-ribu dan kami tak pernah menggangu ketenteraman penduduk-penduduk seperti mana yang dituduh oleh YB Afif......

(b) Mana Ahli Parlimen Permatang Pauh? Mana ADUN Seberang Jaya? Mana macai macai PR??  
(c) Kami dipaksakeluar dan diugut oleh YB JKKK PR. Kerajaan yang harus membela hak kami tapi menjadikan kami menderita inikah disebutkan harapan rakyat??  
(d) Harapan dibawa kerajaan Pakatan Rkyat Pulau Pinang menindas hak orang kurang kemampuan  
(e) Kerajaaan Pakatan Rakyat tiada perikemanusiaan sebab apa???  
(f) YB Afif dari Parti Keadilan tidak membela rakyat oku.. YB..takut kepada JKKK dan menindas rakyat

(g) Kami rakyat Pulau Pinang terus ditindas dibawa kerajaan Pakatan Rakyat  
(h) Kerajaan Pakatan Rakyat tidak perikemanusiaan sebab apa???  
(i) Mengapa pengusaha cuci kereta ditindas kerana permainan politik JKKK dan ADUN Seberang Jaya

(j) 8 tahun kami mengusahakan cuci kereta di sini. Mengapa semua tak kena YB Afif????? Sebab saya Indiakah???

(k) Yb Afif Berkata....!!!dewan tidak boleh dijadikan premis perniagaan yb tolong......?jawab soalan kami......????

Benarkah apa yang dilaporkan oleh mereka?.. Benarkah pemilik Car Wash itu diusir begitu saja tanpa diberikan sebarang pilihan untuk meneruskan perniagaannya?

Benarkan ADUN Seberang Jaya, YB Dr. Afif Bahardin tidak membela mereka?..

Nah! kenyataan media ini menjawab kebanyakkan persoalan yang dibangkitkan mereka..

Dewan orang ramai Desa Cemara dan Dewan Orang ramai Semilang Pantai kedua duanya adalah dewan untuk aktiviti komuniti setempat.  
Hampir 10 tahun kedua dua dewan ini digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan iaitu 'Car Wash' dan sebuah lagi disewakan kepada warga thailand sebagai premis Tomyam.  
10 tahun tersebut pengurusan dewan berada di bawah kuasa Persatuan-persatuan Pro UMNO.  
Pada tahun 2012 dan 2013 apabila penjagaan dewan ini beralih tangan maka fungsi dewan ini dikembalikan kepada matlamat asal ianya dibangunkan, aktiviti aktiviti Masyarakat setempat dan Penjaja-penjaja Kecil di himpun satu tempat laluan Jalan utama Semilang Masjid.  
Pemilik Car wash tersebut, iaitu Pak Habib yang juga merupaka AJK UMNO Cawangan Semilang telah bersetuju menerima tapak baru dengan sokongan Yb.Afif bahardin di hadapan Tesco tanah kerajaan untuk meneruskan perniagaan beliau.  
Kelmarin Ahad, demontrasi kecil yang diketuai Cikgu Zaidi, Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh bersama dengan pemilik premis Car Wash Sdr Vigeneswaran di perkarangan Dewan orang ramai Sri Tenggiri telah diadakan.  
Persoalannya mengapa mereka mengadakan demonstrasi sedangkan sebelum mereka juga yang menolak usaha penempatan semula perniagaan mereka di dua lokasi yang dicadangkan?  
YB ADUN Seberang Jaya,Dr.Afif Bahardin telah menyokong tawaran yang di berikan oleh Pejabat Daerah di dua lokasi iaitu di belakang Petron berhampiran Market Seberang Jaya dan Tanah PDC.

Namun pemilik Car wash telah menolak dan ingin kekal sehingga mencetuskan pergaduhan kecil yang berbaur perkauman.

Laksana orang mengantuk disorongkan bantal kerana ketandusan isu untuk dibawa UMNO/BN Permatang Pauh cuba menjadi juara rakyat dengan turut mempertahankan Premis perniagaan ini. 
Mereka mempertahankan sesuatu yang sewajarnya tidak dipertahankan kerana Dewan Orang Ramai dibangunkan untuk kepentingan orang ramai bukannya untuk kepentingan mana-mana entiti perniagaan.

Dasar Pakatan Rakyat jelas tidak membenarkan Dewan komuniti menjadi Premis Perniagaan serta Penguatkuasaan tidak mengikut kaum dan faham kepartian, yang penting Pihak kerajaan,Yb. Adun dan Pemilik akan berbincang dan menawarkan lokasi yang sesuai dan strategik demi kelangsungan pencarian rezeki individu terbabit.  
Bagi pihak Keadilan Cabang Permatang Pauh akan sentiasa membantu, membela yang benar dan menyokong tindakan yang adil demi suara majoriti masyarakat setempat.  
Dewan Orang Ramai Hak Komuniti Setempat bukan milik mana-mana entiti perniagaan...
* Kenyataan Media oleh Ketua Cabang Permatang Pauh, Saudara Amir Haji Ghazali*

Jawapan yang diterima dari ADUN Seberang Jaya juga hampir sama dengan kenyataan Saudara Amir Haji Ghazali itu..

Kenapa Anwar Ibrahim tidak turun menjenguk mereka?..

Isu ini melibatkan DUN setempat.. jadi Anwar telah mengarahkan supaya ADUN setempat bertindak atas kebijaksanaannya...

Pesanan aku buat UMNO Permatang Pauh.. Hangpa cari isu lainlah...

Hanya tiga perkataan mampu diucapkan remaja OKU terbiar...

Posted: 23 Jun 2014 08:49 PM PDT


'IBU, ummi dan makan...'. Hanya tiga perkataan itu saja mampu diucap Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU malang yang ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu walaupun usianya sudah 15 tahun.

Perkataan 'ibu' itu merujuk kepada pengasuh remaja berkenaan, Norfitri Radius, 42, yang menjaganya selama lapan tahun sejak 2003, sementara 'ummi' merujuk kepada ibu remaja berkenaan yang kini masih ditahan reman bagi membantu siasatan atas penemuan mengejutkan seluruh rakyat negara ini.

Manakala, perkataan 'makan' pula biasanya akan keluar daripada mulutnya setiap kali lapar.

Perkara itu didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat berhubung tahap kesihatan Muhammad Firdaus selepas dua hari dirawat dan dijaga rapi di hospital berkenaan.

Ketiga-tiga perkataan itu juga menunjukkan 'dunia' Muhammad Firdaus sebelum ini hanya tertumpu kepada pengasuh dan ibunya saja, tanpa melihat dan mengenali orang lain di sekeliling, sehingga ada kala dia kelihatan takut pada orang ramai.

Berat hanya 15kg

Jaafar berkata, amat menyedihkan apabila Muhammad Firdaus kelihatan rakus ketika pertama kali diberi makan oleh pihak hospital. Beliau berkata, remaja yang menghidap penyakit celebral palsy itu hanya seberat 15 kilogram ketika pihak hospital menerimanya.

"Hari pertama kami terima anak ini, keadaannya amat teruk. Kami semua geleng kepala melihat keadaan fizikalnya.

"Dia kelihatan rakus bila diberi makan roti seperti sudah lama tidak makan dan begitu kelaparan," katanya.

Menurutnya, Muhammad Firdaus turut mengalami masalah kulit akibat terlalu lama berada dalam persekitaran kotor.

"Dia juga kekurangan protein disebabkan tidak mendapat makanan berkhasiat. Kita akan merawat kulitnya dan beri makanan berkhasiat agar kembali pulih, sebelum membuat rawatan fisioterapi untuk anggota badannya yang lemah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan dijalankan terhadap remaja itu mendapati tiada kesan penderaan pada fizikalnya.

"Tiada kesan menunjukkan dia didera, tetapi jika dikurung dan dibiarkan sudah termasuk dalam kes penderaan. Kita sudah serahkan laporan kesihatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini, semalam.

Jaafar berkata, untuk memulihkannya akan mengambil masa lama, bagaimanapun Muhammad Firdaus sudah menunjukkan respon positif berbanding sebelum ini.

"Kita akan pastikan dia pulih sepenuhnya sebelum serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Sementara itu, katanya, adik tiri remaja terbabit, Muhammad Haziq Jali, 7, turut dirawat di hospital berkenaan dan diletakkan bersebelahan Firdaus.

"Adiknya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan cuma mengalami masalah hiperaktif," katanya. 

Jiran tak tahu remaja terkurung

Sementara itu, di NILAI, penderitaan Muhammad Firdaus itu ternyata mengejutkan penduduk sekitar rumah pangsa Taman Semarak.

Tinjauan Sinar Harian di rumah pangsa itu semalam mendapati, penduduk sekitar serta jiran-jiran tidak mengetahui ada remaja OKU terkurung di sebuah bilik di blok 15, selama ini.

Kawasan perumahan yang rata-rata didiami warga asing itu kelihatan suram, selain berada dalam keadaan tidak terurus.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam blok berkenaan, hidung mula terbau sesuatu kurang menyenangkan, dengan hancing serta busuk.

Setibanya di hadapan rumah nombor 19 iaitu tempat Muhammad Firdaus ditemui, bau busuk terus menerpa kuat sebaik saja pintu dikuak.

Tidak cukup dengan itu, kelihatan keadaan rumah berselerak seperti tidak berpenghuni, malah apabila ditanya jiran sebelah, mereka sendiri tidak tahu dan tidak kenal penghuni rumah itu.

Salah seorang jiran yang tinggal depan rumahnya, Farhat, 30, berkata, selama tiga tahun dia tinggal di situ, dia jarang melihat wanita atau ibu kepada Muhammad Firdaus berada di rumah.

Farhat yang berasal dari Bangladesh dan fasih berbahasa Melayu berkata, hanya sebulan sekali saja dia nampak wanita itu datang mengemas rumah dan membuang bungkusan sampah yang banyak.

"Saya jarang nampak ada orang dalam rumah itu. Cuma setiap malam, saya sering terdengar suara kanak-kanak menangis dari rumah berkenaan. Suara itu akan diam sendiri selepas itu.

"Sudah tiga tahun saya tinggal di sini, tetapi tidak pernah kenal dengan penghuni di depan rumah saya ini. Kali terakhir saya nampak dia (ibu Muhammad Firdaus) bulan lalu, ketika itu dia sedang angkat sampah dengan seorang anak lelaki kecil. Lepas itu tidak nampak lagi," katanya.

Bagaimanapun, beberapa wanita tempatan yang ditemui mengakui ibu Muhammad Firdaus itu tinggal bersama kerana pernah ternampak wanita berkenaan di situ.

Dalam pada itu, pengerusi flat berkenaan, Abdul Razak Nasir berkata, ibu kepada Muhammad Firdaus kelihatan keluar rumah awal pagi dan pulang lewat malam, dipercayai bekerja.

"Keluarga remaja OKU ini tidak pernah bergaul atau berbual dengan penduduk di sini. Malah, kami sendiri tidak tahu dia mempunyai anak OKU sehinggalah berita ini tersiar," katanya.

Ibu mengaku tinggal bersama

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Abdullah Roning berkata, ketika disoal siasat, wanita yang dikenali sebagai Lola itu mengaku masih tinggal bersama Firdaus di rumah berkenaan dan bukan tinggal di tempat lain.

"Hasil percakapan pegawai penyiasat kami dengan wanita berkenaan, mereka masih tinggal serumah, cuma anaknya yang OKU itu diasingkan di sebuah bilik berlainan.

"Semua keterangan daripada wanita berkenaan telah pun direkodkan dan diambil, sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya, semalam.

Abdullah berkata, polis kini sedang mengesan bapa Muhammad Firdaus bagi melengkapkan kertas siasatan. Ibu remaja itu direman selama empat hari sehingga esok.

Manakala, Timbalan Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan mengesan bapa kepada remaja berkenaan.

"Setakat ini, kita tiada maklumat mengenai ayahnya. Jika gagal dikesan, JKM akan mohon perintah sementara bagi menjaga dan melindunginya buat sementara sebelum proses ke mahkamah," katanya.

~ Sinar Harian

Tiada ulasan: