Isnin, 23 Jun 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Blogger UMNO yang sebar cerita, PR pulak yang disalahkan UMNO Pagoh..

Posted: 23 Jun 2014 05:31 AM PDT


Isu Muhyiddin kemungkinan berundur mulanya dimainkan sejak minggu lalu oleh pemimpin dan beberapa Blogger UMNO sendiri.

Antaranya Zaharin Mohd Yasin yang juga Setiausaha BN Bandar Tun Razak yang menulis dalam laman Facebook beliau bahawa Muhyiddin dijangka bercuti panjang mulai hari Jumaat lalu untuk menguruskan soal Umno. 

Beliau juga mendakwa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka dilantik sebagai Pemangku Timbalan Perdana Menteri.

Kenyataan itu kemudian diperkuat lagi dengan penulisan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di blognya, Zainuddin berkata kebanyakan rakan karib Muhyiddin sendiri sudahpun maklum dengan niat timbalan presiden Umno itu untuk berundur.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," kata Zainuddin melalui tulisan di blog zamkata.blogspot.com.

Bagaimanapun, Najib ketika diminta mengulas perkara itu minggu lalu menafikan desas-desus itu dan berkata khidmat Muhyiddin masih diperlukan beliau.

Tapi... Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh ni tuduh Pakatan Rakyat punya kerja pulakdah...


Buta IT atau buta perut dia ni?

ADUN kena tumbuk semasa bersarapan..

Posted: 23 Jun 2014 12:41 AM PDT


Ahli Parlimen Rasah, Teoh Kok Seong sedang bersarapan di sebuah kedai makan dekat Taman Satelite, dekat sini, apabila diserang seorang lelaki, semalam.

Kok Seong duduk bersama Adun Bahau, Chew Seh Yong apabila seorang lelaki berusia sekitar 50-an menghampirinya kira-kira jam 10 pagi.

"Lelaki itu tiba-tiba menumbuk dada kiri saya dua kali. Dia kemudian cuba baling kerusi ke arah saya, tapi sempat dihalang," katanya. 

Menurutnya, keadaan itu mengejutkan pelanggan-pelanggan. "Bagaimanapun, semuanya terkawal selepas anggota polis tiba kurang 10 minit (selepas kejadian) dan menahan lelaki itu," katanya.

Kok Leong membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan.

Pemimpin DAP itu berkata, dia, tidak akan mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut kerana menyifatkan ia sebagai cabaran yang harus dihadapi selaku wakil rakyat.

Menurutnya, beliau mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu semasa menjadi Adun Bahau.

"Dia pernah datang ke Pejabat Pusat khidmat Dun Bahau semasa itu. Saya tak pasti lelaki itu ada masalah kesihatan atau tidak, tapi dia pernah minta saya buatkan kain rentang kerana dia rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Saya tolak permintaannya kerana ia tak masuk akal. Sejak itu, dia akan menyerang saya setiap kali berjumpa, tidak kira di mana pun," katanya.

Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.

~ Sinar Harian

Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia nahas jalan raya

Posted: 22 Jun 2014 07:39 PM PDT


Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bukit Besi jam 4.30 pagi tadi.

Pada masa ini, jenazah bekas Exco Terengganu (1999-2004) itu masih berada di Hospital Hulu Terengganu.

Abu Bakar merupakan bekas calon naib presiden pada muktamar tahun lalu dan pernah menjawat jawatan ketua Pemuda PAS.

Abu Bakar dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kereta yang dinaikinya melanggar sebuah van jenis Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Yahaya Ali berkata, kereta dinaiki Abu Bakar melanggar sebuah van yang berhenti di tepi jalan di LPT berhampiran Bukit Besi menuju Ajil.

Sebaik sahaja beliau dan pembantunya Hasmizi Hasan dibawa keluar, kereta yang dinaikinya itu terbakar.


Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh dan lapan anak.


Jenazah Abu Bakar akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman Tok Jiring, Kuala Terengganu untuk disembahyang dan dikebumikan selepas solat Asar hari ini ~ The Malaysian Insider


Al Fatihah buat Allayarham dan Takziah buat keluarganya...

Runtuhnya pertahanan selatan dengan penutupan Kem Majidee..

Posted: 22 Jun 2014 05:30 PM PDT


Dalam hal yang melibatkan strategi pertahanan nampaknya Tun Mahathir telah melakukan yang terbaik buat negara kerana kebanyakkan pembangunan yang dilakukannya pertahanan negara diutamakan.

Contohnya ialah Projek Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara Selatan dan juga Putrajaya.. ada aspek yang melibatkan kepentingan pertahanan negara turut diambil kira dalam pembangunan projek-projek itu..

Kalau nak tahu lebih banyak.. rajin-rajinlah jenguk Blog Military of Malaysia yang ada kat blogroll kat sebelah kanan tu..

Malangnya bila pentadbiran beralih tangan kepada Pak Lah dan seterusnya Najib pula.. habis kem-kem tentera baik yang ada diutara daan selatan semenanjung dikorbankan atas nama pembangunan..

Laporan berkaitan..

Selepas "berkhidmat" selama 74 tahun mempertahankan selatan tahanair daripada ancaman luar, akhirnya Kem Majidee yang merupakan di antara kem tentera tertua di negara ini ditutup secara rasmi semalam (Sabtu).

Kem yang dibuka pada 1940 dan menjadi sebahagian daripada strategi pertahanan negara, juga menjadi "rumah" kepada kumpulan rekrut pertama Grup Gerak Khas atau komando Tentera Darat.

Selepas lebih tujuh dekad menabur bakti, akhirnya Kem Majidee yang menjadi simbol kepada Johor Bahru menjadi mangsa terbaru pembangunan apabila tanah yang menempatkan kem terbabit ditukar menjadi projek hartanah komersil dipanggil "South Key".

Projek South Key itu dibangunkan oleh syarikat Selia Pantai Sdn Bhd yang merupakan usahasama di antara syarikat Tasek Zamrud Sdn Bhd dengan KPRJ Sdn Bhd.


Ia akan diuruskan oleh Southkey Properties Sdn Bhd, anak syarikat Selia Group.

Kira-kira 2,500 anggota tentera yang menghuni kem bersejarah itu telah dipindahkan secara beransur-ansur ke beberapa kem di seluruh Johor termasuk ke kem baru di Banang, Batu Pahat bernilai RM120 juta. 

Pengguna laman sosial Facebook rata-rata mengkritik penutupan Kem Majidee itu dan menyifatkan kerajaan telah menutup kem yang dianggap amat penting untuk pertahanan negeri Johor.

Kementerian Pertahanan dan menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut dipersalahkan terhadap nasib yang menimpa Kem Majidee itu.

Alizan Mat Ripin di dalam komennya berkata, penutupan Kem Majidee itu menyusul penutupan lain-lain kem di seluruh negara seperti Kem Sungai Besi dan Pengkalan Udara Butterworth yang juga bakal menerima nasib yang sama.

"Semua mainan orang politik yang tidak tahu apa-apa tentang strategi pertahanan. Kem Sungai Besi dan Butterworth semuanya sudah dilelong di atas nama pembangunan, kepentingan strategik pertahanan negara diketepikan," katanya.

Seorang lagi pengguna laman sosial itu, Afandi Mohd Najib pula hanya mampu berkata, "...sayang sepatutnya (Kem Majidee) dikekalkan, kerana kedudukannya amat strategik berdekatan dengan sempadan."

Ida Deen pula berkata, tanah kem terbabit tidak sepatutnya dijual kerana amat bersejarah dan perlu dikekalkan bagi generasi akan datang.

"Tidak sepatutnya dijual, perlu dijadikan muzium bagi mendidik anak-anak bangsa," katanya.

Pengguna Facebook dengan nama Adah Daud pula berkata, apa yang pasti kem dan kawasan sekelilingnya yang dihuni oleh bangsa Melayu sebelum ini akan mengalami perubahan dan diambil alih oleh bangsa lain. 

"Tidak akan ada lagi bangsa Melayu di Majidee selepas ini kerana harga hartanah yang dijual sudah semestinya mencecah jutaan ringgit," katanya. -- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: