Jumaat, 20 Jun 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Papa Gomo mohon bayar RM100 sebulan kepada Anwar sebab kini dia hanya Nelayan..

Posted: 20 Jun 2014 05:09 AM PDT


Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger PapaGomo meminta Mahkamah Tinggi membenarkan beliau membayar ganti rugi bernilai RM850,000 secara ansuran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Azri, beliau yang kini bekerja sebagai nelayan tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan berharap untuk mengemukakan bayaran RM100 sebulan sehingga ganti rugi tersebut selesai.

Jelasnya lagi, beliau kini kesempitan dari aspek kewangan sehingga terpaksa menjual pegangannya dalam syarikat KL Pos Media And Production bagi membayar kos guaman untuk membela diri menentang Anwar.

Walaubagaimanapun, permohonan Wan Azri membuat bayaran secara ansuran dibantah peguam Shahid Adli dan mahkamah memerintahkan pihak plaintif dan defendan berbincang berhubung isu tersebut. 

Rayuan Wan Azri untuk menangguhkan bayaran ganti rugi kepada Anwar turut ditolak mahkamah dan beliau diperintahkan untuk membayar kos RM5,000 dalam tempoh dua minggu.

Keputusan dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop dihadapan Shahid Adli dan Wan Azri. 

Wan Azri ketika ditemui pemberita menjelaskan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pengurusan kes ditetapkan 24 Jun ini ~ TheRakyatNews

Syirik tengok bola jika tidak solat Subuh, kata pendakwah

Posted: 19 Jun 2014 11:30 PM PDT


Peminat bola sepak yang sanggup bersengkang mata pada awal pagi untuk menonton perlawanan tetapi tidak menunaikan solat Subuh dikategorikan sebagai syirik, kata Datuk Md Daud Che Ngah.

Pendakwah bebas itu berkata musim perlawanan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil bukan penghalang untuk umat Islam menjalankan tanggungjawab mereka.

"Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya mereka sentiasa lalai dengan keasyikan dunia. Bukan saya katakan tidak boleh menonton Piala Dunia.

"Lumrah alam di mana rakyat seluruh dunia meminati permainan bola sepak, namun jangan kita menjadi manusia yang lalai," katanya kepada Sinar Harian.

Piala Dunia 2014 yang diadakan di Brazil akan berlangsung selama sebulan bermula 13 Jun dengan 64 perlawanan yang kebanyakannya berlangsung pada awal pagi.

Sebanyak 32 negara akan berentap merebut Piala Dunia dan juaranya akan diumumkan pada 14 Julai nanti.

Md Daud berkata musim Piala Dunia juga tidak seharusnya dijadikan platform kepada umat Islam untuk menambahkan dosa.

Katanya, wanita antara golongan yang terdedah kepada dosa apabila menyaksikan pemain bola sepak lelaki dengan penuh syahwat.

"Jika seorang wanita menonton perlawanan bola sepak, mereka secara tidak langsung akan melihat aurat pemain.

"Melihat aurat sehingga mendatangkan rasa ghairah boleh dikategorikan sebagai zina mata," katanya kepada akhbar itu.

Bekas pengerusi Tabung Haji itu turut mengingatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan perjudian bola sepak kerana ia merupakan satu perbuatan mengundang dosa.

Katanya, umat Islam seharusnya merebut peluang musim Piala Dunia dengan menambahkan amal ibadat.

"Piala Dunia bukan medan buat manusia untuk menghalalkan aktiviti judi kerana seperti yang kita tahu Allah menyatakan dalam Al-Quran dosa berjudi adalah dosa besar.

"Apa salahnya sebelum menonton perlawanan bola sepak, kita beribadah terlebih dahulu. Jadi tidak sia-sia kita bangun awal pagi untuk menonton perlawanan Piala Dunia," katanya.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/syirik-tengok-bola-tidak-solat-subuh-kata-pendakwah#sthash.NpskwwYV.dpuf

Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan memiliki Lamborgini Aventador bernilai RM2.8 juta..

Posted: 19 Jun 2014 07:30 PM PDT


Mungkin inilah yang dikatakan "tuah di ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" bertuah apabila melihatkan ada anak Melayu yang hanya merupakan kakitangan awam dan menjawat jawatan sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan Malaysia memiliki banyak deretan kereta mewah dan rumah mewah.

Mungkin jga dalam kesibukan dan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2014, kepakaran dan kemahiran yang ada pada individu bernama Nedim Datuk Seri Nazri Aziz ditagih bagi melancarkan kempen tersebut. Mungkin?

Jikalau sebelum ini Nedim didakwa memiliki sebuah rumah yang bernilai RM7.218 juta .

Dan disebabkan Nedim Datuk Seri Nazri Aziz merupakan kumpulan bumiputera beliau telah mendapat diskaun sejumlah RM500,9444.08 (-7%). Tahniah.

Terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz dikesan memakai kereta sport super mewah, Lamborghini Aventador yang menjadi idaman ramai.


Apabila bercakap kereta idaman ini, kebanyakan rakyat marhaen hanya boleh berangan dan mengidam sahaja.

Setakat gaji kakitangan awam mahu memakai kereta Lamborgini Aventador seperti ini? Mampu? Kalau "mampu" mahu disoal siasat SPRM..

Tetapi…… Tetapi Nedim Datuk Seri Nazri Aziz lebih daripada mampu.

Belum cukup dengan kereta Porshe, Hummer "milik seseorang" dan terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz memandu kereta Lamborghini Aventador yang bernilai RM2.8 juta. Sekali lagi RM2.8 juta!!!

Berapa gaji anda sebagai kakitangan awam? Nedim Nazri Aziz mampu bayar bayaran bulanan secara kasarnya sekitar RM26,704 sebulan bergantung kepada nilai downpayment yang diletakkan.

Anda mampu?

~ Berita Semasa

Azilah ditangkap khalwat dengan Polis wanita..

Posted: 19 Jun 2014 05:30 PM PDT


Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Azilah Hadri ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

Azilah yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.

Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.

Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.

Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

"Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais," kata Yusof kepada The Malaysian Insider.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.

Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.

Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak.

Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan lapor The Malaysian Insider

Berikut pula laporan dari Bernama.

Policeman caught for 'khalwat' 

KUALA LUMPUR: One of the accused in the murder of Mongolian woman, Altantuya Shaariibuu, in 2006, Chief Inspector Azilah Hadri, was yesterday caught for allegedly committing 'khalwat' (close proximity) with a policewoman.

They were caught by the woman's husband, who is also a policeman, at about 2am at the police quarters of the Sepang district police contingent.

Sepang district police chief Supt Mohd Yusoff Awang, when contacted by Bernama, confirmed the matter.

He said Azilah, who is with the Special Action Unit, and the woman, would be referred to the Selangor Islamic Religious Department to be charged for khalwat.

The police would also open an investigation papers for disciplinary action against them, he added.
Azilah is scheduled to be at the Federal Court this Monday for proceeding of an appeal by the prosecution against his acquittal, and also of another accused, Corporal Sirul Azhar Umar, 43, for the murder of the Mongolian woman.

Azilah and Sirul Azhar were charged with murdering Altantuya, 28, at Mukim Bukit Raja, Shah Alam, between 10 pm on Oct 19 and 1 am on Oct 20, 2006. — Bernama

Muhyiddin tidak letak jawatan...

Posted: 19 Jun 2014 03:00 PM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selagi khidmatnya diperlukan.

"Setakat hari ini, tak ada apa-apa pun perkara yang dibangkit melibatkan kedudukan saya," kata beliau.

Semalam, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan perdana menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan.

"Rombakan Kabinet adalah hak perdana menteri. Kemungkinan akan berlaku sebab beliau dah nyatakan akan bawa masuk beberapa pemimpin parti politik dari MCA dan Gerakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14 di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata khabar angin itu mungkin timbul berikutan hubungan baik beliau dalam kerajaan khususnya dengan perdana menteri, selain tidak menolak ekploitasi sesetengah pihak terhadap kedudukan kerajaan yang bertambah kukuh selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas.

"Kedudukan saya terserah kepada beliau (perdana menteri), tapi selama masa saya berada dalam Kabinet, beliau dah biasa berbincang dengan saya,"katanya.

Menurutnya hubungan baik antara beliau dan perdana menteri juga membolehkan apa-apa perbincangan dilakukan dari hati ke hati.

"Kalau ada apa-apa berkaitan masa depan saya pun, saya akan bincang dengan perdana menteri juga," katanya.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak mengenai pentingnya kestabilan parti dan kerajaan yang akan menjurus kepada kestabilan negara.

"Kestabilan negara bergantung kepada keupayaan kita untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh, dan apa juga spekulasi tidak boleh membawa kesan buruk kepada mana-mana pihak.

"Bagi saya keutuhan kerajaan dan kekukuhan Umno dan BN itu yang utama. Jangan mereka salah baca, kononnya boleh berjaya cetuskan keadaan tidak menentu untuk eksploitasi keadaan," katanya.

Justeru, Muhyiddin meminta semua pihak khususnya anggota Umno dan BN untuk memahami tujuan sebenar di sebalik khabar angin yang ditimbulkan itu.

"Mungkin sebab sengaja nak timbulkan spekulasi supaya wujud satu keadaan ketidakstabilan atau pertembungan puak-puak dalam parti atau kerajaan saya dengan sesiapa yang lain supaya boleh menangguk di air keruh dan dapat faedah daripadanya," katanya.

Beliau juga yakin anggota parti yang mahir dan bijak membaca keadaan politik negara tidak akan mudah dipengaruhi khabar angin yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab. – Bernama

Tiada ulasan: