Rabu, 18 Jun 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Beginilah nasib Peneroka.. dulu ditatang, kini langsung tak dipandang..

Posted: 18 Jun 2014 05:14 AM PDT


Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali, berjanji untuk memperjuangkan nasib peneroka yang tidak diberikan lesen persendirian dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk menjual hasil mereka kepada kilang lain.

Jelasnya, walaupun perbahasan dalam dewan rakyat telah dihalang tetapi sebenarnya mereka (peneroka) tidak kalah dalam perjuangan mereka.

"Apabila ada peneroka Felda yang berani berhimpun menuntut hak mereka, itu adalah petanda awal negara akan berubah dalam masa terdekat," ujarnya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, dahulu peneroka Felda dianggap sebagai kubu kuat Umno tetapi itu telah menjadi sejarah.


"Pada hari ini kita dapat saksikan Pakatan Rakyat telah bawa isu ini dan telah ditolak. Isu yang kita bawa bukannya politik tetapi isu rakyat.

"Ini bukan usul tetapi petisyen yang dibenarkan oleh perlembagaan tetapi itupun ditakuti oleh pemimpin Umno," katanya.

Menghalang suara rakyat

Dapat dilihat, watak Ahli Parlimen Paya Besar (Datuk Abdul Manan Ismail) yang menjerit-jerit menghalang supaya suara peneroka tidak didengari.

"Bila waktu mengundi mereka mahukan undi daripada peneroka Felda tetapi setelah dipilih mereka pula menghalang suara rakyat Felda.

"Sedangkan berapa banyak Felda dalam Paya Besar dan beliau pula menikus, menjerit dan mengaibkan peneroka," katanya

Jelas Azmin, selagi peneroka tidak diberikan kebebasan untuk menjual hasil buah mereka kepada pengilang yang mereka suka selagi itulah Felda akan menekan dan membuli peneroka dengan harga yang tidak munasabah.

"Hari ini tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang datang membela," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa perkara itu telah direkodkan di dalam dewan rakyat tetapi telah ditolak Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dengan memberikan alasan teknikal.

"Speaker telah memberi penjelasan bahawa petisyen itu seharusnya dibawa oleh seorang wakil rakyat, dan mengatakan bahawa ada tangatangan yang tercicir, serta ia ditolak berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan," katanya sewaktu sidang media di luar parlimen.

Jelasnya lagi, Speaker Dewan Rakyat harus bersikap adil kepada dua-dua pihak sama ada pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Bukan dengar suara kerajaan sahaja.

"Speaker harus adil dan bukannya mendengar suara pihak kerajaan sahaja," ujarnya. Speaker dewan turut menjelaskan bahawa mereka(peneroka) harus ikut perjanjian.

"Sampai bila mereka harus iikut perjanjian tersebut, kerana peneroka yang datang hari ini adalah peneroka yang sudah mendapat hak milik tanah mereka.

"Oleh itu, kenapa peneroka ini tidak dibenarkan menjualkan hasil mereka kepada pengilang yang mereka suka," katanya.

Jelasnya lagi, ini adalah periuk nasi peneroka, dan kekayaan negara datangnya adalah hasil daripada titik peluh mereka, tetapi mengapakah pihak speaker tidak mahu mendengar luahan hati mereka.

Ujarnya, walaupun terpaksa menerima keputusan yang telah ditetapkan oleh Speaker Dewan Rakyat, namun suara peneroka tidak akan terhenti di sini.

Ucap tahniah

"Inilah hakikat parlimen, yang kita kena ubah pada masa hadapan," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pula, beliau mengucapkan tahniah kepada peneroka yang berjuang untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

"Perjuangan untuk mengembalikan parlimen yang 'berjiwa rakyat' masih jauh dan tertegaknya parlimen ini adalah kerana mandat yang diberikan oleh rakyat kepada pemimpin," katanya.

Jelasnya, perjuangan kita ini adalah untuk mengubah satu sistem yang lebih baik supaya semua suara rakyat dapat didengari.

"Inilah wajah Malaysia baru, pemimpin bangsa India membela orang Melayu dan orang Melayu pula membela bangsa lain serta inilah politik yang merentasi batasan kaum," katanya.

Isnin lalu, Sivarasa dan tiga ahli Parlimen Pakatan menghantar cadangan usul membahaskan perkara ini berserta petisyen yang ditandatangani 3,015 peneroka Felda yang menuntut supaya diberikan lesen oleh MPOB ~ Free Malaysia Today

Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini?.. Kirim salam laaa...

Posted: 18 Jun 2014 12:29 AM PDT


Walaupun aku ahli Keadilan tapi terus terang aku akui dah lama aku tak jenguk portal Keadilan Daily ni.. bukan apa.. cuma beritanya agak ketinggalan jika dibandingkan dengan lain-lain portal..

Kadang-kadang bila aku baca, aku jadi keliru sebab apa yang aku baca tu rasa macam aku dah baca..

Hari ni aku jenguk.. dan aku terbaca laporan ni... laporan yang kelihatan tak masuk akal..

Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini? 
KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat. 
Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Najib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno. 
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini. 
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal. 
Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya. 
Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai 'pondan' dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu. 
Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 
"Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein.. 
"Jika si 'pondan' ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO. 
"Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ," tulisnya ~ KeAdilanDaily

Muhyiddin Yassin nak letak jawatan?.. kirim salamlaaaa...

Bukannya kita tak tahu dalam UMNO/BN ni selagi ada nyawa kalau boleh kuasa yang dipegang tak mahu dilepaskan mereka..

Selain selagi ada nyawa.. selagi mereka rasakan diri mereka msih belum cukup kaya jangan mimpilah nak diletakkan jawatan...

Kecuali kalau ada tekanan atau ada salah laku ianya akan digugurkan, itupun biasanya digugurkan bila nak tiba pilihanraya.. lepas pilihanraya dilantiklah semula..

Tujuannya cuma nak memperbodohkan rakyat dengan berbuat begitu supaya kabinet atau pimpinan mereka kelihatan berwibawa kononnya..

Sebab itulah kita menyaksikan hanya Khairy yang boleh dianggap sebagai pemimpin pelapis yang ada.. yang lain semuanya dah bertaraf warga emas.

Bukannya tak ada orang muda yang menyokong UMNO/BN.. ada.. tapi nak buat macam mana.. yang ada tu cuma sesuai dijadikan macai saja...

Urus ekonomi macam hampeh!.. Najib dibelasah lagi

Posted: 17 Jun 2014 08:34 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dicadangkan agar menggugurkan dirinya sebagai menteri kewangan kerana terdapat konflik kepentingan, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin. Dalam tulisan di blognya The Scribe bertajuk "Rombak Kabinet: PM Gugur Najib?",

Kadir berkata, cadangan yang asalnya menjadi bahan lawak itu mempunyai kewajarannya. 

"Jenaka atau tidak, saya rasa perdana menteri perlu memikirkan semula kedudukan Najib sebagai menteri kewangan.Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah Najib mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

"Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara. Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk kementerian kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?" soal Kadir dalam blognya semalam.

Khabar angin tentang penyusunan semula Kabinet tersebar luas minggu lalu dan diberitakan akan dilaksanakan Najib Jumaat lalu selepas beliau pulang dari Turksmenistan.

Antaranya untuk membolehkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang menang di Teluk Intan menyertai Kabinet seperti dijanjikan Najib sendiri semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) itu. 

Wartawan veteran itu turut membariskan kelemahan ketara Najib sepanjang beliau menjadi menteri kewangan.

"Antaranya, sejak Najib menjadi menteri kewangan pada 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5%. Antara 2009 dan 2013, ekonomi negara tumbuh purata 4.28% saja," katanya.

Kadir berkata, seorang bekas menteri kewangan memberitahunya kadar itu adalah "biasa" saja kerana ekonomi Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat.

Dalam tulisannya, Kadir berkata, defisit belanjawan juga meningkat daripada 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 (zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada 6.7% pada 2010 yang berupa belanjawan pertama Najib sebagai menteri kewangan dan purata defisit belanjawan antara 2010 dan 2014 adalah 5%.

"Hutang kerajaan persekutuan pula meningkat dengan mendadak sejak Najib menjadi menteri kewangan, iaitu daripada 41.24% KDNK pada 2009 kepada 52.8% pada 2010. Tahun ini (2014) hutang kerajaan dianggarkan naik kepada 54.8% KDNK," kata Kadir.

Katanya, jumlah hutang kerajaan juga meningkat daripada RM362.3 bilion pada 2009 kepada RM519.3 bilion pada akhir tahun lalu.

"Defisit belanjawan yang tinggi dan hutang kerajaan yang semakin meningkat menyebabkan agensi penarafan antarabangsa Fitch menurunkan penarafan hutang Malaysia daripada stabil kepada negatif pada Julai lalu.

"Ia adalah tamparan kepada Najib," katanya.

Selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan ia "ok", tulis Kadir.

Kadir berkata, menteri kewangan tidak semestinya seorang ahli politik dan boleh dipilih di kalangan teknokrat.

"Masakan Malaysia ketandusan bakat ekonomi dan kewangan sehingga tidak ada lagi teknokrat dan ahli perniagaan macam Tun Daim Zainuddin yang dua kali menyelesaikan krisis ekonomi negara?

"Pendirian saya dalam hal ini konsisten. Sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyandang jawatan menteri kewangan lagi saya menulis PM tidak wajar menjadi menteri kewangan apatah lagi apabila kepakaran mereka dalam bidang itu cetek dan dipersoalkan," katanya yang juga merupakan penyokong kuat Dr Mahathir itu.

Kadir berkata, perdana menteri juga tidak perlu bermuka-muka dengan parti Cina dalam Barisan Nasional (BN).

"MCA masih dalam mode cakap, tetapi belum ada bukti yang ia kembali mendapat perhatian orang Cina apatah lagi sokongan mereka.

"Orang Cina tolak BN, jadi buat apa Najib terhegeh-hegeh melayan MCA dan Gerakan. The Chinese had said loud and clear they do not need the BN. Let them be!" katanya.

Tetapi, katanya, isu jawatan menteri untuk Gerakan sudah menjadi kewajipan kerana itu yang dijanjikan dalam PRK Teluk Intan.

Beliau berkata, perdana menteri perlu utamakan kaum majoriti (Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak) yang daif kerana mereka inilah yang menyelamatkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Beliau juga mencadangkan agar membuang menteri Melayu-Bumiputera yang hambar dan ganti dengan yang lebih muda dan baik.

"Manfaatkan duit pembayar cukai. Kurangkan bilangan anggota Kabinet. Hentikan pemborosan. Dahulukan rakyat, utamakan pencapaian. Walk the talk," katanya ~ The Malaysian Insider

Kampung Chubadak Tambahan tetap akan dirobohkan!! kata Datuk Bandar KL

Posted: 17 Jun 2014 05:30 PM PDT


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram" sejak lebih 20 tahun lalu.

"Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).

Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi. Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.

"Itu mereka yang failkan, (tapi) kita tetap teruskan perobohan," katanya lagi.


Ahmad Phesal ditemui pemberita ketika lawatannya bersama media sempena pameran Greater KL dengan Invest KL di ibu negara hari ini.

Ahmad Phesal turut menepis dakwaan bahawa pampasan berjumlah RM7,000 terlalu sedikit manakala penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Jalil pula terlalu kecil.

"Apa yang tidak munasabah? Mereka tinggal di sana secara haram. Kita pindahkan mereka di rumah PPRT daripada mereka terus tinggal secara haram di situ," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pemasangan bekalan elektrik dan air akan ditanggung oleh penduduk yang dipindahkan, Ahmad Phesal menganggap hal itu bukan satu masalah.

"Perkara itu bukan satu masalah, kita berikan wang pindah rumah sebanyak RM 1,000 setiap keluarga. Tetapi soal pampasan saya RM7,000 itu saya tak tahu. Itu (urusan) pemaju," katanya.

Ditanya mengenai rundingan antara DBKL, pemaju dan penduduk mengenai pampasan, beliau menegaskan bahawa DBKL tidak terlibat dengan rundingan mengenainya kerana melibatkan antara pihak pemaju dan penduduk sahaja.

Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat.

Sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan. Penduduk diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran ~ Malaysiakini

Tiada istilah militan terhadap orang Islam

Posted: 17 Jun 2014 03:00 PM PDT


Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.

Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.

"Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.

"Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku," katanya.

Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.

"Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.

"Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita," katanya.

Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.

"Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah.

"Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad," katanya ~ Sinar Harian

Tiada ulasan: