Sabtu, 28 Jun 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Memang degil betul puak-puak nih!

Posted: 28 Jun 2014 01:26 AM PDT

Alkitab: Peguam Negara salah tafsir Enakmen


PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganggap bahawa Peguam Negara telah melakukan kesalahan dalam mentafsir Enakmen 1988 Seksyen 9(1) kerana MAIS meyakini bahawa wujudnya ruang di dalam enakmen tersebut untuk satu pendakwaan dibuat.

 Pada 11 Jun lalu, Peguam Negara telah memutuskan bahawa tiada pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Alkitab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kes itu ditutup. MAIS juga mengambil pendirian bahawa Peguam Negara atau Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan JAIS supaya memulangkan Alkitab kepada Persatuan Bible Malaysia, BSM.

 Jika Alkitab ini dipulangkan kepada BSM, kitab-kitab ini dipercayai akan beredar kembali kepada masyarakat dan ia akan melanggar Enakmen 1988 Seksyen 9 (1). Pihak yang mempunyai 'kuasa' untuk memerintahkan pemulangan atau pelupusan Alkitab terletak di 'tangan' pihak mahkamah.

 Pada Januari lalu, JAIS telah melakukan serbuan dan merampas Alkitab di premis BSM dan menurut MAIS, tindakan itu adalah sejajar dengan peruntukkan Enakmen 1988 Seksyen 9 (1). Pemberitaan ini berdasarkan laporan bertarikh 16 Jun 2014 yang diberikan kepada FMT oleh sumber dalaman JAIS.SUMBER

Ini dia mangsa korban pancung pertama...

Posted: 27 Jun 2014 07:36 PM PDT

Ahli Perkasa dalam satu perhimpunan di perkarangan  Istana Kayangan, 
Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider 
oleh Shafiq Shafiee, 23 Jun, 2014. 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pernah memberi amaran akan memancung kepala mana-mana pihak yang masih enggan menghormati kedaulatan Islam dan mengkhianati kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri. 

Antara kata-kata Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim sewaktu mengeluarkan amaran tersebut ialah:

"Jika kamu tidak tutup mulut kamu daripada terus memperkotak-katikkan Islam, kita akan tutup mulut kamu dan jika kamu mengkhianati Sultan, kita akan pancung kepala kamu.

 "Biarkan kamu mati daripada terus menjadi parasit," katanya semasa berucap dalam perhimpunan di depan perkarangan Istana Kayangan di Shah Alam, hari ini.

Mangsa korban pancung kini berlaku di Pulau Pinang. Apakah ini mangsa pertama Perkasa? Beritanya  di sini

Tiada ulasan: