Rabu, 25 Jun 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Negara Kafir buat satu rumah ibadat bagi tiga agama ...

Posted: 25 Jun 2014 09:00 AM PDT


Satu pertandingan seni bina telah diadakan dan pemenang telah dipilih. Reka bentuk menarik adalah untuk sebuah bangunan konkrit yang tinggi, menara pusat persegi. Bangunan ini akan menjadi rumah-rumah ibadat bagi tiga agama - sinagoga, gereja dan masjid.

 Lokasinya ditapak terkemuka, Petriplatz - di tengah-tengah Berlin. Demikian lapor wartawan BBC, Stephen Evans.

 Tempat saling belajar

 Tempat ini sangat penting menurut salah satu pemimpin agama yang terlibat, Rabi Tovia Ben Chorin.

 "Dari sudut pandang Yahudi, kota tempat penderitaan warga Yahudi direncanakan sekarang menjadi kota di mana dibangun pusat tiga agama monoteistik yang membentuk kebudayaan Eropa," katanya kepada BBC.


 Apakah mereka bisa bekerja sama? "Kami bisa. Masalah kami adalah terdapat orang-orang di dalam masing-masing kelompok yang tidak bisa melakukan ini, tetapi kita harus memulainya dan inilah yang kami lakukan." 

 Imam yang terlibat, Kadir Sanci, memandang Rumah Kesatuan adalah "isyarat kepada dunia bahwa mayoritas warga Islam cinta perdamaian dan tidak menyukai kekerasan".

 Ini juga, katanya, tempat di mana kebudayaan yang berbeda dapat saling belajar.

 Ketiga tempat ibadah bagi masing-masing agama di dalam Rumah Kesatuan akan sama ukurannya, dengan bentuk yang berbeda-beda. Demikian ujar arkiteknya, Wilfried Kuehn.



Setiap kepercayaan akan memastikan caranya yang tersendiri dalam kawasan sendiri, Pastor Hohberg berkata.

 "Di bawah satu bumbung: Satu rumah ibadat, sebuah masjid, satu gereja Kami mahu menggunakan bilik-bilik ini dengan tradisi dan doa kita sendiri Dan bersama-sama kita mahu menggunakan bilik di tengah-tengah untuk dialog dan perbincangan dan juga bagi orang-orang tanpa ugama..

 "Berlin adalah sebuah bandar di mana orang datang bersama-sama dari seluruh dunia dan kami mahu memberi contoh yang baik kebersamaan." SUMBER

Dalam PAS pun ada Anak Ku Sazali....

Posted: 25 Jun 2014 12:03 AM PDT

Berita sepenuhnya di sini
Pandai Ketua Pemuda Selangor main wayang. Syarhan Humaizi main wayang konon nak pertahan Presiden tapi yang sebenar mahu ditutup adalah menantu Presiden.

Artikel Malaysian Insider tu bukan hanya sebut Presiden PAS tapi juga sebut "MENANTU PRESIDEN"

 Sokongan Haji Hadi kepada Khalid Ibrahim bukan rahsia lagi. Semua pimpinan2 PR baik DAP, PKR dan PAS sendiri maklum. Presiden PAS masih berdegil mahu mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor setakat sebelum Presiden PAS sakit di Istanbul.

 Mungkin Syarhan tertinggal bot atau buat2 lupa atau buat2 tak tau. Tapi mereka yang berada di tahap kepimpinan semua maklum akan hal ini.

 Hakikatnya, kenyataan Pemuda PAS Selangor yang terbaru adalah untuk menutup menantu Presiden, yakni Din Ayam.

 Jadi, dijual nama Presiden kononnya Presiden difitnah.

 Wahai Syarhan Humaizi, bukankah puak2 awak yang ke hulu ke hilir satu masa dulu berkempen bahawa perlantikan Khalid Ibrahim adalah atas keputusan Presiden PAS?

 Padahal, yang hendak ditutup adalah peranan menantu Presiden. Yang hendak dilindungi adalah MENANTU PRESIDEN, bukan PRESIDEN.

 Maka selepas ini perbincangan adalah pentingnya melindungi Presiden dari difitnah dan tiada orang bercerita pasal peranan menantu Presiden.

 Orang tak lupa Syarhan yang paling kuat bersuara mahu boikot PRK Kajang sedangkan YDP PAS Hulu Langat adalah antara yang pertama menyokong PRK Kajang itu.

 Orang lain ko boleh tipu la, Syarhan. Tapi, bukan semua orang berakal rendah macam machai2 ko dalam Pemuda PAS Selangor tu.

 Rakyat umum dah celik politik. Tak mudah ditipu lagi wahai Syarhan Humaizi.

 Sedih sangat tengok Syarhan tidak mengikut jejak langkah bapa beliau Ustaz Halim Arshat. Ustaz Halim Arsyat bijak politik tak mudah buat kenyataan bodoh mcm anak dia buat.- TULANG BESI

Hishamudin Hussein jadi Penganggur Terhormat?

Posted: 24 Jun 2014 11:21 PM PDT

Nampaknya sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang selama ini memangku jawatan menteri pengangkutan, kini sudah jadi penganggur terhormat....sampai hati kau Najib!

PM Najib mengumumkan Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan yang baru di sini

 Ada yang kata,  Hishamuddin  sedang main 'Aci Nyorok' dengan Muhyiddin....

Tiada ulasan: