Rabu, 26 Februari 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DARI TUNGKU DAPOR KE NAJIB BENDUL

Posted: 26 Feb 2014 06:58 PM PST





OH MAK CIK FELDA
Apa yang saudara TT huraikan ada kebenaran nya. Saya telah menemui beberapa orang para peneroka FELDA. Dari cakap cakap mereka maka saya faham mengapa mereka agak sukar untuk berubah, "Mengapa saya perlu menyokong parti lain? Selama ini saya merupa kan orang susah, kini telah di beri tanah 10 ekar, rumah dan segala nya. Apa yang di katakan hutang, saya tidak pernah membayar nya. Semua nya di uruskan oleh pehak pengurusan. Kalau tak ada duit, senang aja, ambil segunui gula atau pun apa dari kedai koperasi dan jual di luar.

 Hutang apa kira kerana semua nya di uruskan oleh pehak pengurusan. Kalau anak saya nak basikal untuk kesekolah atau T.V rosak, ambil sahaja di kedai koperasi. Hutang akan di tolak dari hasil kebun. Tak kan saya nak tinggalkan UMNO yang telah membantu selama ini" Begitu lah alasan yang di berikan oleh kebanyakan yang saya temui. Walau pun telah di jelas kan pelbagai penyelewangan tetapi mereka tetap dan ta'at dengan hujah tersebut. Jadi apa yang harus saya lakukan, on SURAT TERBUKA UNTUK BANI MELAYU
Publish | Delete | Spam
Saadun Sulaiman
on 2/26/14

DARI TUNGKU DAPOR KE NAJIB BENDUL
Bani Melayu bagaikan telah disumpahkan oleh kuasa ghaib yang ia tidak mungkin mendapat kepimpinan daripada mereka yang layak memimpin mereka melainkan dapat Tunku yang pernah mengumumkan dia adalah PM paling bahagia di dunia sedangkan Malaya ketika itu baru nak merangkak membangun. 

Tun Razak pula betul sangat ghairah dengan projek FELDA tapi dia hanya meneruskan malah memulakan pecahan kaum melalui DEB; Tun Hussein Onn terlalu lembit untuk menghasilakan sebarang wawasan, sementara Anak Kutty Iskandar paling hebat membangunkan kronisme kapitalisme, negara sarat dengan simbol kaya Dunia pertama tapi majoriti rakyat masih dalam kelompok miskin dan apa nak diharap dari PM suka tidur, 

Pak Lah dan akhir sekali Najib yang sebenarnya dikawal oleh Rosmah, dia tiada konsep pembangunan integriti negara dan lembik pula tapi bijak berlagak macam seorang pemimpin hebat bagi Bani Melayu. Hai nasib malang bagi Bani Melayu bangan. on SURAT TERBUKA UNTUK BANI MELAYU
UNCLE RAMLI

on 2/26/14 

----------

CARA MEMBACA UTUSAN

Posted: 26 Feb 2014 06:16 PM PST





Anwar buat kesilapan besar

HULU LANGAT 26 Feb. - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melakukan kesilapan besar dan menempah kejatuhannya apabila bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekali gus mengheret rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat,  Johan Abdul Aziz berkata, Anwar juga bertindak di luar kebiasaan apabila kelam-kabut berkempen jauh lebih awal daripada hari penamaan calon pada 11 Mac ini.

"Anwar sudah guna pentas ceramah umum, surau, kuil dan gereja. Beliau sudah pergi semua tempat. Saya tengok sudah macam 'desperado' (terdesak).

"Saya rasa, dalam banyak-banyak perancangan Anwar, kali ini adalah perancangan yang silap dan membawa tangga turun kerana saya tengok beliau gelabah sangat seperti tidak pernah kendalikan pilihan raya kecil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..INGAT TAK CARA MEMBACA UTUSAN... kah kah kah..

kah kah... KALAU UTUSAN SERANG ERTINYA KERJA BETUL...kah kah..

kah kah..KALAU UTUSAN TIBAI ERTINYA LANGKAH TEPAT...kah kah

kah kah..KALAU UTUSAN  SOKONG ERTING KERJA SALAH... kah kah 

kah kah kah.. ELEMENTRY MY DEAR WATSON... kah kah kah


ANWAR DILAWAN
OLEH 
AKAR DAN UMBI
kah kah kah
---------

CUKONG JADI AKAR UMBI

Posted: 26 Feb 2014 05:38 PM PST





 INI DIA 
PEMIMPIN AKAR UMBI
kah kah kah
 'Pemimpin akar umbi BN' yakin dapat tewaskan Anwar di Kajang
Menggunakan istilah "pemimpin akar umbi", calon Barisan Nasional (BN)  Chew Mei Fun yakin mampu menewaskan  Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac.
Chew, yang juga naib presiden MCA berazam membantu penduduk di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh daripada PKR itu berdasarkan rekod dua penggalnya sebagai ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini dengan berada bersama penduduk sebanyak dua kali seminggu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...OOOO MAK DATIN... kah kah kah...

kah kah kah.... AKAR DAN UMBI.... kah kah kah..

kah kah kah... BIAR BETUL.... kah kah kah

BERAKAR DAN BERUMBI
--------

SIAPA DIA ZAHID IBRAHIM

Posted: 26 Feb 2014 05:00 PM PST



KREDIBILITI DAN DATO' ZAID IBRAHIM
  
Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Dato' Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan terhadap KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN.

Kebelakangan ini, Dato' Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, juga atas alasan ketelusan dan integriti.

Saya pada mulanya tidak mahu memberi maklumbalas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang perlu juga dijawab oleh Dato' Zaid Ibrahim. Jika beliau lantang berkempen atas platform ketelusan dan integriti serta memberi gambaran beliau ingin menyelamatkan kerajaan Selangor dari ahli politik yang membawa budaya rasuah dan campur tangan, maka beliau juga perlu mempunyai rekod yang baik dalam perkara itu.

Malangnya, keadaannya tidak sebegitu.

Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota KEADILAN, beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Dato' Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Pada 25 Jun 2010, dalam satu email yang saya sertakan bersama, Dato' Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.

Dato Zaid Ibrahim juga ada menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Saya memaklumkan perkara ini kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.

Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas email Dato' Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan Kerajaan Negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta Kerajaan Selangor.

Budaya melobi dan menggunakan kedudukan politik di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan adalah budaya Umno/Barisan Nasional yang tidak telus. Budaya ini bertentangan sepenuhnya dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menghadkan pengaruh politik di dalam perkara-perkara bersabit dasar dan maklumbalas pelaksanaan dasar. Keputusan melibatkan harta dan tender diserahkan kepada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut prosedur yang termaktub.

Jelas bahawa kelantangan Dato' Seri Zaid Ibrahim mengenai ketelusan, integriti dan budaya politik bebas rasuah hanyalah lantang dengan suara, tetapi tidak dicerminkan oleh tindak tanduk beliau. Ini soal kredibiliti sebenar. Sebelum beliau terus lantang mencabar orang lain, wajarlah Dato' Zaid menjelaskan kenapa beliau kekal dengan buday Umno/Barisan Nasional setelah meninggalkan Umno/Barisan
.  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

26 Februari 2014

---------

BERITA KANTOI

Posted: 26 Feb 2014 06:30 AM PST



Pengagihan air berjadual di Kluang dilanjutkan kepada 36 jam

Pengagihan air berjadual di sembilan zon di Kluang dilanjutkan kepada 36 jam sekali berbanding 24 jam sebelum...SELANJUTNYA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KELUANG NI KERAJAAN PAKATAN KE?... kah kah kah

kah kah kah... ATAU KETENTUAN ALLAH... kah kah kah


-------

CADANGAN DARI PEMBACA

Posted: 26 Feb 2014 04:30 AM PST




SATU CADANGAN
Tukartiub, Sekiranya keadaan mengizinkan, sila kemukakan satu soalan kepada ketiga-tiga pendebat tersebut:- Soalan: Apakah pandangan mereka terhadap fenomena YBSATION. Sila click link di bawah untuk recall istilah yang diterbitkan oleh Tukartiub pada Mac 2012. http://tukartiub.blogspot.com/2012/03/ybsation-dan-lebaisataion.html Terima Kasih. on SATU JEMPUTAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/25/14


SATU JEMPUTAN
bersama mendengar mengupas
pandangan dari 3 orang pemimpin
anak muda 


RADIO BANGSAR 
AKAN MEMBUAT
 SAIARAN LANGSUNG


-----------

BAJU BILIK SULIT UNTUK INGATAN

Posted: 26 Feb 2014 03:30 AM PST







DARI FACE BOOK



Woot woot! T-shirt #BilikSulit dah siap! Ada saiz XL, L, M, S (RM30) Ada jugak saiz XS untuk kanak-kanak (RM20) . Ini rare item. Dapatkan di pementasan teater #BilikSulit di KLSCAH esok! Yeah!
 — with Khairul Fahmi Mohd AliMatpon RiveraÄdi Sälvätruchä and 43 others.





DAPAT KAN BAJU INI 
DI DEWAN CHINA
-------

SURAT TERBUKA UNTUK BANI MELAYU

Posted: 25 Feb 2014 09:00 PM PST





MAJORITI RAKYAT MEMILIH
PAKATAN RAKYAT

OH! BANI MELAYU
Secara terbuka saya ada menulis berapa kali tentang Musa Hitam. Saya tidak pernah mengenali sosok ini. Ketika saya mula menerima pencerahan politik awal 70'an  Si Musa ini sedang menjadi Timbalan Ketua Pemuda United Malays National Organisation.

Kali pertama berlakunya 'pertembungan politik ' antara saya dengan Musa pada tahun 1973. Ini terjadi apabila hutan dara di Dengkil Bangi hendak dijadikan tapak Universiti Kebangsaan.  Harun Idris Menteri Besar Selangor pada ketika itu telah dituduh menerima rasuah untuk  meluluskan tanah balak. Dikatakan Harun telah memberikan ban balak ini kepada kroninya.

Pada ketika itu saya ialah Setiausha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Saya nampak lanun-lanun Ketuanan Melayu sedang berebut ' ghanimah –harta rampasan perang'. Bila sahaja saya melihat  ada pergaduhan dalaman sedang berlaku maka saya pun masuk mencelah  'curah minyak'.

 Heboh-heboh  tentang rasuah "Datuk Harun' ini menjadi 'hot'. Media milik United Malays National Organisation pada ketika itu menyokong tindakan mahasiswa. Ini kerana PM  Razak Hussein juga berniat mahu menghakiskan pengaruh Harun yang berkemungkinan menyingkirkan Razak sendiri.

Saya buka Dewan Tunku Canselor sebagai tempat debat. Harus Idris  telah dijemput untuk berdebat dengan pelajar.  Ini saya lakukan  secara sedar untuk menerangkan kepada Bani Melayu, terutama kepada anak muda mahasiswa pada ketika itu  bahawa   Harun Idris yang dianggap 'hero Melayu sesudah Mei 13'  ini adalah kaki rasuah.

Saya masih ingat lagi gambar dalam Utusan Malaysia dimana seluruh kepimpinan Pemuda United Malays National Organisation berdiri, bersongkok dan memakai pakaian puteh mengangkat sumpah  bersetia menyokong Harun Idris yang sedang ditekan dengan kes balak. Yang mengepali sumpah setia itu ialah Musa Hitam.

Jelas ada bezaan pandangan tetapi  pada hari ini saya menganggap Musa Hitam ini adalah  ' meterial'  yang berkemungkinan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Justeru saya mentakrifkan Musa Hitam sebagai PM yang  rakyat Malaysia tak dapat – the prime minisiter we never had.

Mari kita beralih kepada Tunku Razaleigh atau Ku Li. Saya mengenali baik sosok ini. Kami dari sekolah yang sama. Makan dari kawah yang sama. Tetapi  Ku LI ini Anak Raja. Sebanyak mana rajanya saya TIDAK ambil pot.  Ketika saya di Universiti Malaya sosok ini sedang bekerja di Petronas. Justeru ketika  saya mendapat pencerahan politik saya tidak membaca apa-apa ' heboh'   tentang Ku Li.

Tapi saya difahamkan ditahun 70'an Ku Li ini termasuk dalam ' geng' yang berpayung di bawah kelambu PM Razak Hussein.  Dalam bahasa soh seh soh seh Ku Li ini adalah 'inner circle' Razak. Ertinya PM akan buka telinga apabila Ku Li bersuara.

Ketika wujudnya krisis politik 1988 dan munculnya parti Semangat 46 saya tidak berada  di Malaysia. Justeru saya tidak mengetahui perincian  arus dalaman yang mengalir. Tetapi dari pembacaan dan dari apa yang saya difahamkan oleh 'murid tua' sekolah kami – Ku Li telah ditipu oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty dalam pemilihan Presiden United Malays National Organisation pada tahun 1987. Ku Li dikalahkan   sama saperti  Pakatan Rakyat dikalahkan dalam PRU13 – dengan undi tipu.

 Saya anggap Ku Li ini adalah juga bahan  yang boleh diukir untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.  Sayangnya, Musa Hitam dan Ku Lia adalah dua sosok yang telah dinafikan fikrah  mereka untuk memimpin rakyat Malaysia. Telah dinafikan ketrampilan fikrah mereka khusus untuk memimpin Bani Melayu.

Dua sosok diatas dari parti yang ditaja oleh British. Harus disedari bahawa kepimpinan Bani Melayu bukan hanya datang dari parti United Malays National Organisation. Sejarah telah merakamkan  wujudnya dua  sosok nasionalis Bani Melayu yang gigih berjuang menentang British – bukan gigih membodek British. Mereka  – Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Helmi – mendapat pencerahan dari jalur kiri.

Malah , kesedaran siapa Melayu, kenapa Melayu dan apa Melayu dan kemana Bani  Melayu ini telah awal diwacanakan  oleh dua sosok kiri ini. Jalur kirilah yang petama  secara lantang dan tegas melaungkan Malaya Merdeka! Dua sosok kiri ini berkempen ke serata Tanah Melayu untuk menaikkan kesedaran Bani Melayu. Perjuangan anti-penjajah mereka jelas. Ketika Bung Bustamam dan Bung Burhanuddin ke hulu kehilir berkempen dari pekan  ke  kampong  Si Tungku sedang  enak berkuda. Manakala Si Razak  sedang ' enjoy de menjoy' dengan Black Label.

Boestamam dan Buhanuddin - dua nasionalis Melayu  ini telah dipenjarakan  oleh British. Ini untuk menafikan fikrah mereka  dari dapat memimpin Bani Melayu. Sebagai gantinya Brisish telah menobatkan Tungku dan Razak.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah  sejarah bagaimana Bani Melayu telah dinafikan hak mereka untuk dipimpin oleh sosok kepimpinan yang berkualiti, teruji, berjiwa merdeka. Pemimpin yang memiliki fikrah terbuka  yang berkebolehan untuk mewakili anak semua bangsa. Memang betul apa yang saya katakan ini amat-amat subjektif kerana sosok-sosok ini tidak menjadi Perdana Menteri.

Yakinlah apa yang saya tulis  ialah hasil rumusan  yang berasakan apa yang saya baca tentang sosok-sosok ini dari fakta sejarah. Fakta sejarah ini  saya bandingkan dengan keadaan Bani Melayu yang sedang nazzk dan dahaga dengan kepimpinan pada ketika ini.  Dari  fakta sejarah yang  telah berlalu saya membuat rumusan – kalau lah...

Kalaulah ...Ahmad Boestamam atau Burhanuddin Helmi menjadi PM  Tanah Melayu yang pertama. Kalaulah...Musa  Hitam atau Tengku Razaleigh menjadi PM – bagaimana keadaan politik Bani Melayu  pada  24 Febuarari 2014 ini?

Penjajah British telah menafikan Bani Melayu dari berkongsi kecemerlangan fikrah Boestamam dan Buhanuddin.  Manakala, Mahathir Muhamad anak Lelaki Iskandar Kutty yang keMelayuannya masih dipertikaikan telah menafikan  Bani Melayu dari dipimpin oleh  Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Babak ini untuk saya adalah satu babak jenayah. Untuk saya ini jenayah besar yang telah dilakuan oleh Mahathir Muhamad  sama saperti jenayah kaum Zionis membunuh ahli saintis Iraq dan Iran.

Saya menulis pekara ini kerana sekali lagi saya sedang melihat dengan jelas bahawa ada perancangan yang tersusun untuk menafikan hak Bani Melayu dan hak anak semua bangsa dari mendapat kepimpinan Anwar Ibrahim.  Saya  membaca dengan jelas bahawa telah wujud satu perancangan yang licik untuk menafikan  sekali lagi Bani Melayu dari mendapat sosok yang memiliki fikrah untuk memimpin.

Saya melihat dengan jelas bagaimana penyamun dan lanun ekonomi, para cukong, politikus lama dan baru – sedang mendirikan barisan untuk menentang Anwar Ibrahim. Kali ini bukan untuk menjadi PM tetapi hanya untuk menjadi MB Selangor. Saya melihat saorang  lanun tua yang sedang  sakit bangun kembali berusaha untuk memastikan Langkah Kajang ini gagal.

 Saya sedang melihat dengan jelas bagaimana Anak Lelaki Iskandar Kutty sedang merancang bersama kuncu-kuncunya untuk menafikan sekali lagi Bani Melayu  dari mendapat  kepimpinan  yang berfikrah.

Apakah jenayah Bani Melayu? Apa kesalahan Bani Melayu?  Apakah jenayah  warga Malaysia anak semua bangsa? Apa jenayah mereka hingga mereka dipaksa untuk diperentah dibawah pemimpin   Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.  Kenapa rakyat Malaysia anak semua bangsa dipaksa untuk menerima  Abdullah Badawi?  Tidak cukup dengan Abdullah Badawi rakyat Malaysia dipaksa untuk menerima Najib dan Rosmah sebagai pemimpian negara?


Anak semua bangsa – kita semua -  telah terpaksa menerima bengolan-bengolan yang dipilih dari parti United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun bengolan-bengolan   ini telah dieram dan  menetas dari lubang  United Malays National Organisation. Bengolan-begolan ini kemudian dipilih oleh wakil yang datang ke Perhimpunan Agung Tahunan.  Siapa yang dipilih maka mereka akan menjadi Perdana Menteri.

Apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agong telah menjadi rahsia umum. Rakyat Malaysia termasuk juga warga asing telah mengetahui apa itu Perhimpuan Agong Ketuanan Melayu. Rasuah, politik wang dan jual beli kesetiaan semuanya berlaku dalam bazar yang dipanggil  Pemilihan Pucuk Pimpinan. Ini bukan satu rahsia.

Menafikan Bani Melayu dari mendapat  pemimpin yang berkaliber, yang memiliki fikrah adalah satu jenayah.  Ini satu jenayah sama saperti  genocide yang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin. Menafikan sosok yang bijak untuk memimpin adalah rancangan jahat United Malays National Organisation.

Sebenarnya kenapa perlu dinafikan Bani Melayu dari mendapat pemimpan yang bijak? Kenapa Bani Melayu disorongkan dengan Najib dan Rosmah?


Jawabnya cukup senang. Dengan pemimpin yang bijak  Bani Melayu akan melangkah bijak. Dengan pemimpin bebal maka Bani melayu akan terus bebal.  Dengan wujudnya Bani Melayu yang bebal maka parti United Malays National Organisation dapat terus relevan berkuasa untuk merompak harta negara.  Menghalang Anwar dari menjadi MB Selangor adalah sebahagian dari projek pembodohan Bani Melayu. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa ingin melanggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon 03-92-21-10-45


---------

BILIK SULIT BUKA PANGGUNG

Posted: 25 Feb 2014 08:38 PM PST




JEMPUT DATANG
MALAM INI


---------

SUARAM MENJEMPUT

Posted: 25 Feb 2014 08:08 PM PST







Inline image 1

TEATER BILIK SULIT
KEMBALI KE KUALA LUMPUR

26, 27, 28 Febuari 2014
8.30 Malam
Dewan Theatrette, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH)

Inline image 2

Warga Kuala Lumpur yang terlepas untuk menyaksikan pementasan Teater Bilik Sulit pada September tahun lalu tidak perlu risau kerana Bilik Sulit kini kembali ke Kuala Lumpur. Selepas menjelajah seluruh semenanjung Malaysia, Bilik Sulit akan kembali dipentaskan di Dewan Theatrette, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 26,27, dan 28 Febuari ini bermula jam 8.30 malam.

Pementasan ini merupakan persembahan penutup bagi Roadtour Teater Bilik Sulit sebelum teater ini berlepas ke London untuk dipentaskan di sana pada pertengahan bulan Mac ini.

Teater yang dianjurkan SUARAM dengan kerjasama Radio Bangsar Utama (RABU) ini merupakan sebuah ekspresi bantahan rakyat terhadap Kerajaan Malaysia agar segera memansuhkan semua undang-undang drakonian yang mencabuli Hak Asasi Manusia seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) (POCA) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (DDA)

Teater Bilik Sulit juga akan menjadi medium informasi kepada rakyat mengenai bahaya undang-undang drakonian dan implikasinya terhadap Hak Asasi dan sistem keadilan.

Teater Bilik Sulit ini mengisahkan mengenai tragedi penderaan yang dialami oleh mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa ditahan 60 hari dibawah akta zalim tersebut. Kisah ini dipetik daripada cerita sebenar yang pernah berlaku terhadap bekas tahanan ISA.

Oleh itu, SUARAM ingin menjemput rakan-rakan media untuk hadir dan membuat liputan pementasan teater ini.

Sekian, terima kasih

"RAKYAT TOLAK TAHAN TANPA BICARA"
---------

HARI HARI AKHIR SEKOR NAJIB

Posted: 25 Feb 2014 07:38 PM PST








KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas sejarah berulang
jelas apa yang berlaku pada dolah badawi
kini sedang berlaku kepada najib razak

DOLAH
dolah pm yang flip flop
dolah pm yang lembik
dolah pm tidak tegas
dolah di kawal oleh menantu


NAJIB
najib pm yang flip flop
najib pm yang lembik
najib pm tidak tegas
cuma beza dengan dolah 
najib dikawal oleh bini

SOALAN HAKIKI
apakah muhyiddin sudah bersedia?
jika muhyiddin takut
apakah zahid akan mara
ini soalan hakiki
untuk kurun ini


Utamakan kestabilan, bukan mandat, kata Daim kepada Putrajaya

Keamanan dan kestabilan adalah dua perkara terpenting yang dimahukan rakyat Malaysia selain agen provokasi yang perlu dihapuskan, kata bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin (gambar).
Daim berkata, kerajaan sedia ada bukan sahaja perlu memikirkan untuk mengekalkan mandat sedia ada tetapi juga dasar kepimpinan.
"Undang-undang sedia ada memadai untuk mengawal perkara ini. Jika terdapat pihak yang cuba mencetuskan kontroversi, mereka perlu ditangani.
"Berdasarkan maklum balas yang saya terima, ramai yang berasa Najib seorang pucuk pimpinan yang rapuh atau kurang tegas.
"Sebagai pemimpin, beliau harus tahu mengawalnya selain pasukan terbaik untuk menasihati bagaimana berdepan dengan isu yang tidak boleh diselesaikan secara individu," katanya.


------------

Tiada ulasan: