Selasa, 25 Februari 2014

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


ISU PIL KUDA - SIAPA ANIAYAI TOK GURU HJ HADI?

Posted: 24 Feb 2014 11:41 AM PST

Tok Guru Hj Hadi dikenakan RM2 Juta kerana gagal hadir perbicaraan dalam kes saman isu Pil Kuda.  Jangan salah faham, RM2 Juta itu bukan bererti Tok Guru Hj Hadi bersalah menfitnah, tetapi hukuman itu adalah kerana gagal hadir perbicaraan tanpa alasan.

Mengapa Tok Guru jadi mangsa mainan ini?  Siapa yang beri maklumat kepada Tok Guru Hj Hadi tentang pil kuda?  Mana bukti yang dibawa untuk buat tuduhan itu?  Paling penting apa asas tuduhan itu?

Rata-rata bercakap Tok Guru Hj Hadi seorang yang mesra dan terlalu baik sangka dengan orang-orang disekelilingnya.  Itu tidak salah Tok Guru kerana takkan lah Tok Guru ini ego pulak.  Salahnya orang disekeliling beliau mungkin seorang dua yang mahu menjerat Tok Guru atau mahu mempergunakan Tok Guru untuk mencapai cita-cita mereka.

Kini, rakyat bertanya apa sudah jadi dengan kes ini?  Mengapa Tok Guru tak hadir mahkamah sedangkan Tok Guru didakwa mengeluarkan kata-kata berkaitan pil kuda itu?  Betul, Tok Guru tak sebut nama sesiapa yang beliau maksudkan dengan pil kuda itu.  Tapi semua tahu beliau berucap waktu itu merujuk kepada isu mengapa perlu adanya pertandingan sesama PKR dan PAS di beberapa Kerusi di dalam PRU 13 yang lalu.  Ertinya,dakwaan pil kuda itu semestinya ditujukan kepada PKR rakan PAS di dalam PR.  Tidak munasabah dakwaan itu ditujukan kepada Umno/Bn mahupun DAP.

Kaedah buat tuduhan mesti ada asas dan bukti.  Siapa pengkhianat yang sanggup sampaikan berita karut itu kepada Tok Guru sedangkan mereka tak tampilkan sebarang bukti pun.  Jika ada bukti, tentunya Tok Guru tak 'segan' untuk hadir mahkamah dan beliau tentunya boleh pertahankan dakwaannya.  Malangnya, Tok Guru menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.  

Apa pun, PAS dikatakan akan failkan kes menolak keputusan mahkamah yang mengenakan hukuman RM2 Juta terhadap Tok Guru Hj Hadi.  Jika ini berjaya, ertinya perbicaraan bakal berjalan lagi.  Waktu ini, silalah bawa bukti yang ada.  Janganlah aniayai Tok Guru untuk kali kedua.

Tiada ulasan: