Ahad, 23 Februari 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pelaksanaan PBS ditangguh sementara - KP

Posted: 23 Feb 2014 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.

"Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru.

"Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.

Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS.

"Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.

"Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS," katanya.

Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan 'war room' PBS di peringkat KPM.

"Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan.

"Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya," katanya.

TG Haji Hadi Di Beting Mero

Posted: 23 Feb 2014 03:56 AM PST

Semoga allah memberkati perjuangan tok guru dan sahabat rakan perjuangan lain.

Allahuakhbar!

Live! Suasana majlis pelancaran jersi AFC pasukan Kelantan

Posted: 23 Feb 2014 12:31 AM PST

Berlangsung di ruang legar medan mara kuala lumpur.

Keadaan yang penuh meriah dan dipenuhi penyokong dan warga kelantan lembah klang.

Aktiviti TG Nik Aziz mencukur rambut

Posted: 22 Feb 2014 11:28 PM PST

Seperti biasa, tok guru akan menggunting rambut dia di bawah pejabat perhubungab pas kelantan.

Kredit gambar kepada khairuddin tok ngulu.

Jersi terbaru AFC Pasukan Kelantan

Posted: 22 Feb 2014 11:22 PM PST

Sah!

Kemaskini dari medan mara kuala lumpur.

Duta Brazil berjumpa dengan pengurusan T-Team

Posted: 22 Feb 2014 09:53 PM PST

Pagi tadi pengurusan t-team dipanggil untuk berjumpa dengan pihak kedutaan Brazil.

Mereka menanyakan pelbagai isu berkaitan dengan insiden 'terowong' di larkin.

Semoga kita akan ketahui siapa dipihak yang benar.

Tg Sheikh Nuruddin di Miri

Posted: 22 Feb 2014 09:45 PM PST

Alhamdulillah, tg sheikh nuruddin berkesempatan bersama penduduk miri selama 2 hari.

Banyak ilmu yang dikongsi bersama. Semoga allah merahmati kita semua.

-admin sarawak-

Di Sarawak, agama Islam memecah belahkan hubungan?

Posted: 22 Feb 2014 07:27 PM PST

Ni la lambang dan tanggapan yang diberi islam di sarawak.

Mereka fikir apabila masuk islam banyak benda yang tidak boleh dilakukan bersama.

Ya! Yang haram tetap haram!

Anwar memberi kuliah dhuha di pondok zakaria

Posted: 22 Feb 2014 07:00 PM PST

Mengulas isu berkaitan anti hadist.

RENUNGAN HARI MINGGU: MENCARI KEMAJUAN DAN KEJAYAAN MALAYSIA?

Posted: 22 Feb 2014 06:38 PM PST

Mohammad Agus Yusoff

RENUNGAN HARI MINGGU: MENCARI KEMAJUAN DAN KEJAYAAN MALAYSIA?

Pada tahun 1970-an, Malaysia lebih maju dari negara Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Ini kerana Korea Selatan baru selesai perangnya dengan Korea Utara, Taiwan pula sering diancam oleh kuasa China dan Singapura pula sekadar sebuah pulau kecil yang baru berpisah dari Malaysia.

Pada tahun 1980, pendapatan perkapita Korea Selatan ialah US$1845.66 dan Malaysia $1804.12, iaitu lebih kurang sama sahaja dengan negara kita. Dan begitulah juga Taiwan dan Singapura.

Tetapi pada tahun 2012, pencapaian ekonomi kita jauh berbeza dengan tiga buah negara tadi. Pendapatan perkapita nominal Singapura ialah US$50,323, Korea Selatan US$25,189, Taiwan US$22,022, dan Malaysia US$12,243.

Apa Bezanya kita dengan Korea, Taiwan dan Singapura?

Memang banyak bezanya. Kita ada sumber alam yang banyak, tetapi mereka tiada. Kita semakin terkebelakang dan mereka semakin ke depan dari kita.

Lihat sahaja pencapaian di Sukan Olimpik musim panas. Korea Selatan juara dalam sukan memanah dan menembak. Kita paling jauh boleh pergi pun dalam sukan badminton sahaja. Sukan Olimpik musim sejuk di Sochi sekarang, Korea Selatan hebat dalam acara speed skating dan figure skating. Kita tidak menyertai pun sukan Olimpik musim sejuk.

Dari segi bola sepak, pada tahun 1970-an dahulu, kita sering berebut untuk menjadi juara Pesta Bola Merdeka dengan Korea Selatan, tetapi sekarang ini usahkan untuk menjadi juara, Pesta Bola Merdeka pun sudah tidak ada lagi, sedangkan dahulunya Pesta Bola inilah dianggap sebagai antara kejohanan paling berprestij di Asia.

Tengok bidang automobil dan kejuruteraan teknologi lain. Kita ada Proton lengkap dengan sistem perlindungannya sekali sehingga harga kereta menjadi mahal, tetapi di luar negara Proton kita bukan pesaing. Bandingkan dengan Hyundai atau jenama elektronik Korea Selatan seperti Samsung dan LG. Kehebatan mereka di luar keupayaan tandingan kita.

Lihat industri hiburan kita, filem Korea dan Taiwan jauh lebih maju. Ada Winter Sonata, muzik ada K-Pop. Tapi kita ada Melodi setiap Hari Minggu yang melaga-lagakan artis kita. Aduhai!

Lihat dari segi industri perkhidmatan. Bandingkan mutu syarikat penerbangan Singapura dengan MAS atau Airasia. Lihat keinginan syarikat perkapalan, sama ada mereka lebih senang berlabuh di Jurong atau di pelabuhan kita?

Lihat dari segi nilai ringgit kita. Berbanding dengan Singapura misalnya, semasa berpisah dengan Malaysia dahulu, ringgit Malaysia dan Singapura sama nilainya. Selepas itu, pada tahun 1990, 1 dollar Singapura adalah sama dengan RM2. Tapi sekarang $1 dollar Singapura sama dengan RM2.58 sen. Mengikut pakar ekonomi, dengan suasana ekonomi sekarang, dalam masa 5-10 tahun akan datang $1 dollar Singapura akan bersamaan dengan RM3.

Begitupun keadaannya, Timbalan Menteri Kewangan kita semasa berucap di Pontian pada 8 November tahun lepas mengatakan kejatuhan nilai ringgit itu: "Bukan satu bebanan yang besar (kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar Singapura) kerana apabila mata wang kita rendah ia akan beri faedah kepada pengeksport dan lebih ramai rakyat di republik itu berbelanja di negara ini. " Kita lihat setiap urus niaga antarabangsa juga bersandarkan nilai dolar US dan bukannya dolar Singapura, jadi ia tidak menjejaskan ringgit yang masih kekal kukuh berbanding dolar US."

Masalahnya sekarang ialah kalau dahulunya US1 sama dengan RM3.10, sekarang ini US1 sudah sama dengan RM3.40. Kalau dahulunya 1 Pound British sama dengan RM4.90, sekarang ini 1 Pound British sudah bersamaan dengan RM5.40 kita.

Mengapa begitu merosot tahap pencapaian kita berbanding dengan negara yang saya sebutkan di atas? Banyak sekali sebabnya. Antaranya ialah faktor budaya kerja kita, sikap pegawai kerajaan kita, sikap pemimpin politik kita, sistem politik dan pentadbiran kita dan banyak lagi.

Saya tidak bercadang untuk mengulas faktor-faktor ini. Panjang sangat kupasannya nanti. Yang saya mahu tekankan ialah kita perlu berubah.

Di pihak pemimpin, berubahlah untuk menghargai intelek rakyat, merapatkan jurang hidup rakyat, memastikan semua rakyat mampu selesa di tahap hidup layak, menghormati hak rakyat, memberikan ruang pendidikan dan kesihatan serta sistem kemudahan awam yang sesuai kepada rakyat, mewujudkan sikap kebanggaan rakyat kepada negara, dan mengelakkan perangai denial syndrom seperti kes kemorosotan nilai ringgit di atas. Rakyat sudah bosan sekiranya mereka terus didungukan.

Di pihak rakyat, jadilah rakyat yang kritis, konstruktif dan peka kepada masalah pembangunan negara. Mari kita sama-sama bersikap juur untuk menegur jika pemimpin membuat kesilapan dan memuji jika pemimpin melakukan kebaikan. Kita saling mendokong.

Dengan kekayaan sumber alam yang dimiliki dan keunikan struktur masyarakatnya, Malaysia sepatutnya sudah lama maju melebihi negara-negara di atas. Tetapi nampaknya, sehingga hari ini, tidak begitu keadaannya. Di manakah silap kita? Apakah yang perlu kita lakukan?

Sahabat, berkongsi pandanganlah di hari minggu ini.

Nur Jazlan minta UMNO jinakkan PERKASA

Posted: 22 Feb 2014 04:17 PM PST

Astro Awani

KUALA LUMPUR: UMNO perlu menjinakkan PERKASA dengan meletakkan syarat dalam hubungannya dengan badan bukan kerajaan itu dan tidak membiarkan ia terus-menerus menentukan keadaan, kata Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Maknanya, (UMNO) mesti memberitahu kepada PERKASA supaya bercakap dengan fakta. Sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan, mereka sepatutnya tutup mulut," katanya seperti dipetik oleh akhbar mingguan, The Heat.

Nur Jazlan bagaimana pun berkata, PERKASA tidak mendiamkan diri kerana ia mahukan legitimasi.

Ini adalah kenyataan terbaru Nur Jazlan mengkritik PERKASA selepas beliau pada akhir tahun lalu membidas badan itu yang mengancam sedia menggantikan UMNO yang kononnya tidak dapat membela nasib orang Melayu. Katanya, badan itu terlebih mengukur kekuatan dan pengaruhnya sendiri di kalangan orang Melayu.

Kritikan Nur Jazlan ketika itu adalah reaksi kepada ucapan pengasas dan Presiden PERKASA , Datuk Ibrahim Ali semasa perhimpunan agung badan itu yang mengatakan UMNO sudah "tidak bertaring, lesu dan lemah" dan PERKASA "boleh jadi galang ganti" mempertahankan bangsa dan agama.

Laporan The Heat itu turut memetik Nur Jazlan berkata kewujudan PERKASA tidak membantu UMNO sebaliknya menyusahkan parti itu.

"PERKASA sebenarnya satu ancaman kepada UMNO. Lihat kenyataan-kenyataan mereka. Adakah ia membantu UMNO? Tidak," katanya.

Beliau juga menarik perhatian bahawa PERKASA merekrut ahli-ahlinya daripada UMNO dan tidak menerima kalangan mereka yang bukan ahli UMNO.

"Sekiranya mereka mahu mengambil ahli UMNO maka parti mesti meletakkan syarat-syaratnya," kata Nur Jazlan.

PERKASA diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan buat pertama kali sejak pilihan raya umum 1969 Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO hilang penguasaan dua pertiga di Parlimen.

Ia ditubuhkan dengan matlamat antara lain membela kepentingan orang Melayu dan kedaulatan Islam.
Nur Jazlan berpendapat UMNO selama ini telah menjadikan PERKASA sebagai alat untuk mengalihkan isu, yang memberi ruang kepada UMNO untuk tidak berdepan dengan isu-isu yang sukar itu.

"Adalah lebih mudah kalau memilih cara begitu. Daripada menangani isu-isu tersebut, daripada menjawab isu-isu yang sebenar, adalah lebih mudah untuk menggunakan PERKASA serta agama dan kaum untuk mengalihkan perhatian (daripada isu yang sebenar)," katanya.

Beliau juga menambah biarpun UMNO tidak secara langsung menyokong PERKASA, kehadiran pemimpinnya dalam majlis anjuran pertubuhan itu sekurang-kurangnya membayangkan sokongan yang tersirat.

Nur Jazlan pernah menggemparkan arena politik negara apabila menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu pada 2008. Beliau bagaimanapun menarik diri setelah gagal mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO yang sebulat suara memajukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada pemilihan UMNO 2013, Nur Jazlan mencuba nasib untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi tetapi gagal merebut salah satu daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.

Tiada ulasan: