Ahad, 23 Februari 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


MCA Parti Tidak Bermaruah, Kalah Pilihanraya Mahu Sertai Kabinet!

Posted: 23 Feb 2014 01:05 AM PST


EGM MCA lulus usul pemimpinnya pegang jawatan kerajaan

Selepas terhenti kira-kira sembilan bulan, MCA bersedia untuk memegang semula jawatan dalam kerajaan selepas hampir keseluruhan ahlinya bersetuju agar pemimpin mereka berbuat demikian.

Walaupun ada protes menjelang Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) hari ini, 1,913 daripada 1922 perwakilan menyokong pemimpin mereka menerima jawatan pusat, negeri dan kerajaan tempatan.

Hanya lima perwakilan mengundi menolak cadangan itu.

Semua pemimpin kanan parti BN itu memutuskan untuk menolak jawatan kerajaan selepas pencapaian buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mereka hanya menang tujuh daripada 37 kerusi persekutuan dan 11 daripada 90 kerusi negeri yang mereka tandingi. -TMI

ULASAN GB

Maruah MCA tercampak ke tong najis.

Di dalam PRU13 yang lalu, MCA hanya memenangi 7 kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

Kaum Cina telah menolak MCA sebagai parti yang mewakili kaum mereka. Tak jelas lagikah itu?

Sebenarnya selama ini MCA gagal untuk menjadi jurubicara kaum Cina. Mereka tidak memperjuangkan nasib kaum mereka tetapi memperjuangkan kekayaan individu Cina yang ada di dalam MCA. Nak pegang jawatan dalam kerajaan sebab nak tunggu peruntukan untuk dibahagikan kepada kroni. Sama seperti UMNO juga, yang kaya raya ialah kroni-kroni. Skandal PKFZ masih dalam ingatan rakyat Malaysia!

Dasar UMNO BN memang dasyat. Kalah PRU pun boleh lantik jadi senator, dan masih terus pegang jawatan menteri, seperti menteri lembu yang masyur itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. BN bakal terus dihukum rakyat, hanya menungga saat dan ketikanya, insyaAllah PRU14 nanti.

[BONGKAR] Pegawai Kanan Polis Ada RM20 juta Dalam Bank

Posted: 22 Feb 2014 09:25 PM PST

SPRM jumpa RM20 juta dalam akaun bank polis yang disiasat kerana rasuah

Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu.

"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.

Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit.

"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.

Semua 60 pegawai polis itu, angka paling besar yang pernah disiasat SPRM serentak, kebanyakannya pegawai kanan yang bertugas di seluruh negara.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa pasukan yang merangkumi pegawai kanan daripada SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Sekuriti dan polis telibat dalam penyiasatan ini.

Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Disebabkan masalah teknikal yang muncul baru-baru ini, pasukan penyisatan ini dibesarkan.

Sumber berkata, pasukan tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Gani yang mengetuai siasatan bagi memastikan bukti sahih dapat dikumpul untuk menjamin pendakwaan yang kukuh dalam mahkamah.

Pada 25 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan seorang pegawai kanan polis, salah seorang daripada 60 pegawai yang di bawah penyiasatan, merupakan antara polis yang menjadi orang tengah dengan SPRM untuk membantu mengenalpasti polis yang korup dengan janji diberi imuniti.

Dilaporkan pegawai polis kanan itu bersetuju untuk menamakan beberapa lagi pegawai kanan polis untuk menjaga kepentingan dirinya.

"Siasatan sudah berjalan untuk beberapa bulan, dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai polis sedang hidup lebih daripada kemampuan mereka.

"Ramai daripada pegawai kanan ini ditugaskan di serata negara, dan dijumpai dengan paling kurang RM1 juta atau lebih dalam akaun bank masing-masing.

"Pegawai ini tidak cuba pun untuk menyembunyikan kekayaan mereka," kata pegawai itu.

Dalam laporan awal, The Malaysian Insider melaporkan aduan daripada seorang pegawai polis yang tidak berpuas hati kepada SPRM yang memulakan siasatan mengakibatkan 60 pegawai polis disyaki.

Pegawai ini didakwa mengumpul rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara. Perniagaan ini termasuk kafe siber haram dan rumah urut serta sarang pelacuran.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali membayar antara RM10,000 hingga RM50,000 sebulan kepada polis untuk mengelak diserbu dan diganggu.

Oleh kerana siasatan SPRM ini, seorang pegawai bergelar 'Datuk' dipindahkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.

SPRM menjumpai RM6 juta dalam akaun bank 'Datuk' yang disoal oleh SPRM itu.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanyalah permulaan sahaja.

Sementara siasatan semakin giat dijalankan, SPRM juga merampas kereta mewah seperti Range Rover Evoque (bernilai RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000) Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

Selain daripada hartanah dan kereta mewah, polis juga merampas sejumlah wang yang banyak, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu. -TMI

ULASAN GB

Itu yang baru dapat dikesan. Kita tak tahu berapa ramai lagi anggota polis yang terlibat dengan rasuah dan entah berapa juta lagi jumlahnya.

[PANAS] Filem Anak ROSMAH MANSOR DiSaman USD 25 Juta / RM 82.3 juta

Posted: 22 Feb 2014 05:10 PM PST


Siapa sangka selepas The Wolf of Wall Street mendapat perhatian ramai malah berjaya memenangi anugerah di Golden Globe, kini filem tersebut berdepan kesulitan atas beberapa dakwaan.

Menurut laporan Contact Music, beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi watak Nicky 'Rugrat' Koskoff.

Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya untuk menonjolkan watak tersebut.


Lebih dasyat lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana karakter 'Rugrat' di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti serta perempuan.


Untuk pengetahuan semua, The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio itu merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar mengenai broker saham bernama Jordan Belfort melibatkan bekas rakan kongsinya, Andrew Greene dan beberapa orang lagi rakan lain.

Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese manakala anak Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik, pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Bagi yang tidak tahu, Riza Aziz adalah CEO syarikat produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan diedarkan oleh Paramount Pictures. -ohbulan/fb suararakyat

Diantara babak di dalam filem berkenaan




Tiada ulasan: