Rabu, 26 Februari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


MB: Selangor Ambil Alih Konsesi Air, Umum 3 Tanggungjawab Utama

Posted: 26 Feb 2014 05:44 AM PST



[Selangorku] SHAH ALAM 26 FEB: Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).

Kata Abdul Khalid keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

"Pengambilalihan ini melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.

Abdul Khalid berkata, sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).


Sementara menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan

Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050 dengan majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang

Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan yang mana peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata, MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah. - Mohd Ezli Mashut/ 26/2/14



[Gambar] "...kita punya dah makin besar taw, x nak lagi kasi awak pegang..."

Posted: 26 Feb 2014 04:00 AM PST


Pada zaman sekarang memang tidak sukar untuk menemukan status laman sosial yang pelik dan bodoh daripada remaja yang dikongsikan semasa kenalan mereka. Status tersebut termasuklah yang ditulis oleh seorang remaja perempuan seperti dipaparkan di atas. 

Sekali baca, rasanya orang dapat menganggak maksud tulisan tersebut. Apa yang besar, apa yang dipegang mungkin sudah dapat dibayangkan oleh orang yang membaca status remaja ini. Mungkin kerana ghairah untuk memberitahu teman lelakinya hal tersebut, dia terlupa bahawa status tersebut boleh dibaca oleh kenalannya yang lain.

 Kita mohon pihak yang terlibat - ibu bapa, kerajaan, masyarakat, sekolah - dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menangani gelora dan gelodak yang dibawa oleh budaya hedosnime yang kian mencengkam hidup dan budaya anak muda hari ini.  - DCM




Apa Balasan Kerajaan Selangor Dapat Selepas Setuju Projek Loji Langat 2?

Posted: 26 Feb 2014 12:03 AM PST


Akhirnya, S'gor Ambil Alih Pengurusan Syarikat Air

[MK] Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai satu persetujuan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 bilion.

Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu negeri ini menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Maklumat itu disediakan oleh seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor, yang menghadiri sidang akhbar untuk mengumumkan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) tersebut

Ini menamatkan pertelingkahan sejak lima tahun lalu antara kerajaan pusat dan negeri berhubung perkara itu.

Malaysiakini dilarang meliputi sidang akhbar tersebut petang ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. 


Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang telah berlarutan sejak 2008, di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut.- 26/2/14



Saudi Mahu Musnah Tapak Rumah Nabi

Posted: 25 Feb 2014 11:58 PM PST



[HM] Kaherah: Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan merancang memusnahkan kawasan yang dipercayai menjadi tapak rumah tempat Nabi Muhammad (SAW) lahir sebagai sebahagian daripada projek pembangunan.

"Lokasi bersejarah terakhir di negara itu ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW) dan ia amat penting kepada masyarakat Islam sedunia," kata sejarawan dan Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Warisan yang berpangkalan di Britain, Dr Irfan al-Alawi.

"Ramai tidak menyedari terdapat rancangan memusnahkan kawasan itu," katanya.

Menurutnya, rancangan terbaru untuk memusnahkan tapak itu yang kini menempatkan perpustakaan kecil dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks moden, termasuk kediaman imam dan istana diraja.

Perpustakaan kecil yang dibina pada 1950-an itu terletak di atas atas tapak yang dipercayai ulama sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW).

Pemimpin Saudi yang menafikan Nabi Muhammad dilahirkan di situ menentang sebarang rancangan pemuliharaan kawasan sejarah yang mempunyai kaitan dengan Rasulullah atas alasan ia akan dijadikan tempat penyembahan.

Keluarga diraja Saudi tahun lalu menolak rancangan awal untuk menggantikan kawasan bersejarah itu dengan stesen kereta api untuk kegunaan jemaah haji atau membina perpustakaan baru.

Bagaimanapun, syarikat yang terbabit dalam pembinaan sekitar Masjidil Haram berkata, sebuah kompleks moden, termasuk sebuah istana dan kediaman imam akan dibina di kawasan itu.- Agensi /26/2/14


Pembunuhan Dua Kanak-kanak: Nama Mangsa Didedah, Disembelih dengan Dua Jenis Pisau

Posted: 25 Feb 2014 10:57 PM PST

Foto: MyNewsHub

[AA] SUNGAI BULOH: Susulan kespembunuhan dua kanak-kanak lelakioleh pembantu rumah di Sungai Buloh.

Polis memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa disembelih dengan dua jenis pisau.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang memberitahu, pisau yang dipercayai menjadi senjata pembunuhan turut ditemui di dalam rumah itu.

Mangsa dikenali sebagai Melvin Selvan Joseph, dua tahun dan Koay Jia Hong, lima tahun. Kedua-dua mangsa mempunyai kesan kelar di leher.

Sementara suspek, yang membunuh diri dikenali dengan nama Agnes. Dia dikatakan berkhidmat dengan keluarga mangsa sejak setahun setengah yang lalu.

Junaidi memberitahu, polis menolak kemungkinan kejadian bermotifkan rompak.

Ini kerana hasil siasatan forensik mendapati tiada kesan pecah masuk ke rumah berkenaan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - 26/2/14


Lanjut di sini.



Catuan Air di Selangor: Bermula Khamis, Bukan Semua Kawasan Terlibat, Rujuk di Sini...

Posted: 25 Feb 2014 06:14 PM PST


[Bernama] KUALA LUMPUR: Berikut senarai kawasan terbabit pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula 27 Feb hingga 31 Mac ini, seperti diumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada Selasa.

WILAYAH HULU LANGAT

Zon 1
*Taman Juara Jaya
*Taman Bukit Belimbing
*Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
*Taman Harmoni Indah
*Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
*Taman Putra Budiman
*Taman Balakong Jaya
*Taman Seri Timah
*Taman Tanming Jaya
*Kawasan perindustrian Balakong
*Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
*Taman Industri Balakong
*Taman Tanming Permai
*Taman Industri Lifong
*Taman Tanming Ria
*Taman Sungai Besi Indah Zon 1
*Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan

Zon 2
*Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
*Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
*Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
*Kampung Baru Balakong
*Taman Kasturi Cheras
*Taman Sri Indah Cheras
*Taman Bukit Emas
*Taman Cheras Jaya
*Taman Impian Indah
*Taman Taming Indah
*Taman Sejati
*Taman Seri Sungai Long
*Taman Bukit Sungai Long
*Rumah Kenangan Cheras
*Taman Dutamas
*Taman Setia Kasturi Cheras
*AEON Cheras Selatan
*Taman Industri Balakong Jaya
*Taman Setia Balakong
*Taman Sinaran
*Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
*Dataran C180 Balakong

WILAYAH KUALA LANGAT DAN SEPANG

Zon 1
*Kampung Olak Lempit
*Kampung Bukit Changgang
*Kampung Labohan Dagang
*Selangor Dredging
*Taman Changgang Jaya
*Kompleks Perabut Olak Lempit
*RTB Bukit Changgang
*Bandar Sri Ehsan
*Bandar Mahkota
*Bandar Sungai Emas
*Taman Arked
*Taman Ambar
*Taman Sri Dagang
*Taman Langat Murni
*Taman Langat Utama
*Taman Murnimas
*Taman Seri Telok Datok
*Taman Sri Cheding
*Sekolah Tamil Sungai Sedu

Zon 2
*Kota Warisan
*Warisan Bestari
*Taman Bunga Raya
*Taman KLIA Indah
*Tiara Heights
*Taman Ixora
*Taman Dahlia
*Taman Seroja
*Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
*Taman Kenanga
*Taman Desa Vista
*Taman Desa Bestari
*Salak Permai


Rujuk kenyataan SYABAS di sini.



Pemandu Teksi Paksa Penumpang Pegang Kemaluan

Posted: 25 Feb 2014 05:20 PM PST


[Bernama] Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan kes serangan seksual didakwa membabitkan seorang pemandu teksi.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan hari ini berkata SPAD berjaya mengesan pemandu teksi itu, dipercayai berumur 70-an dan telah dipanggil untuk siasatan.

"Kami (SPAD) akan bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan ini. SPAD mengutuk semua bentuk gangguan dan jika didapati bersalah, pemandu teksi itu berdepan risiko lesen dibatalkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.

Beliau mengulas laporan The Star bertajuk 'Nightmare ride with pervert cabbie' mengenai seorang wanita berumur 20 tahun yang dipaksa meletakkan tangannya pada kemaluan pemandu teksi itu sepanjang perjalanan.

Pekerja pusat panggilan itu menaiki teksi berkenaan selepas membeli barangan dapur dekat Jalan Metro Prima di Kepong pada kira-kira 7 malam, 28 Jan lepas.

Wanita itu duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu teksi itu yang kemudian mula memberi komen lucah dan seksual terhadapnya.

Pemandu itu, dipercayai berumur 70-an, didakwa meraba pahanya dan meletakkan sebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap wanita yang ketakutan itu.

Mohd Nur Ismal berkata sesiapa didapati bersalah terhadap perbuatan seperti didakwa itu tidak layak menjadi pemandu teksi dan mengaibkan profesion itu. - 25/2/14


Dua Kanak-kanak Mati Dikelar, Pembantu Rumah Bunuh Diri

Posted: 25 Feb 2014 05:11 PM PST


[Bernama] Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun mati dipercayai dikelar oleh pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat ibunegara semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi hingga 6 petang ketika ibu bapa dan anggota keluarga lain tiada di rumah berkenaan.

"Kejadian itu diketahui kira-kira pukul 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah. Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah.

"Seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun dijumpai di tingkat atas," katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati pembantu rumah berusia 30 tahun yang bekerja hampir dua tahun itu dipercayai membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya.

Junaidi berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku.

"Ketiga-tiga mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita juga menjumpai tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh," katanya. - 26/2/14


Tiada ulasan: