Selasa, 25 Februari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Seks dengan Lembu: Seorang Tibai, Seorang Rakam

Posted: 24 Feb 2014 10:57 PM PST



[HM] New York: Seorang peladang dari Herkimer County, New York kebingungan apabila lembu ternakannya tiba-tiba berkelakuan pelik.

Disebabkan haiwan itu turut gagal menghasilkan susu yang banyak berbanding biasa, peladang terbabit memasang kamera pengawasan berhampiran ladangnya. Dia terkejut ketika memeriksa rakaman kamera itu apabila melihat dua lelaki cuba mengadakan seks dengan ternakan miliknya, lapor CNYCentral.com.

Peladang yang tidak mahu dikenali itu kemudian menghubungi pihak berkuasa. Susulan daripada itu, dua lelaki berkenaan, Michael Jones, 35, dan Reid Fontaine, 31, ditahan atas tuduhan salah laku seks terhadap haiwan.

Pihak berkuasa berkata, Fontaine cuba melakukan seks dengan beberapa lembu, manakala Jones merakam adegan berkenaan.

Kedua-dua lelaki itu bukan yang pertama dituduh cuba melakukan seks dengan lembu.

Pada 2008, tukang cuci warga Brazil Ferreira Paraizo dituduh mengadakan seks dengan 400 lembu. Paraizo mendakwa, dia lebih suka berasmara dengan haiwan daripada manusia.

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan pada 2011, Jurnal Perubatan Seks mendapati lelaki yang cenderung mengadakan seks dengan haiwan berisiko menghidap kanser zakar sekali ganda berbanding mereka yang melakukannya dengan kaum sejenis. - Agensi/25/2/14


27 Kali Duduki Ujian Memandu

Posted: 24 Feb 2014 10:37 PM PST


[HM] Dubai: Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab Bersatu.

Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu.

Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu. "Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya," katanya.

Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh tubuh setiap kali menjalani ujian memandu. "Malah, pada 18 Februari lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India. Tumpuan saya terganggu, tetapi saya berjaya lulus.

"Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu terlebih dulu.

Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati," katanya.

Namsheed yang berasal dari Kasargode, Kerala sebelum ini berniat untuk mendermakan sejumlah wang jika berjaya lulus ujian memandu.

"Sebelum ini, apabila gagal dalam bidang muzik dan filem, kawan-kawan mengejek saya. "Bila percubaan saya untuk mendapatkan lesen memandu juga mengambil masa yang lama, saya sekali lagi menjadi bahan gurauan.

"Namun, kini semua kawan mengucapkan tahniah kepada saya. "Mungkin saya akan menghasilkan filem berdasarkan pengalaman saya untuk mendapatkan lesen memandu.

"Tetapi sebelum itu saya perlu tunaikan hajat yang dibuat dan mendermakan wang untuk tujuan kebajikan," katanya. - Agensi/ 25/2/14


[PANAS] Najib Razak Tersenarai 5 Pemimpin Dunia Berbelanja Boros

Posted: 24 Feb 2014 10:26 PM PST





[Selangorku] SHAH ALAM 25 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.

Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.

Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Seterusnya adalah Mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah.

Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.


Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam satu tahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya. - Mohd Ezli Mashut/25/2/14


Dr. Asri: Mana RM1 Bilion Duit zakat?

Posted: 24 Feb 2014 07:30 PM PST


[MK] Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin mencadangkan satu kajian telus dibuat bagi menyiasat hal isu kutipan dan perbelanjaan wang zakat oleh badan agama.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun lebih RM 1 bilion wang zakat dikutip saban tahun, masih ramai umat Islam negara ini yang hidup dalam kesempitan.

"Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah.

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau. -25/2/14


Tiada ulasan: