Rabu, 26 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[BERGAMBAR & VIDEO] Selamat Jalan Syabas! Akhirnya Selangor Ambil-alih Syarikat Konsesi Air

Posted: 26 Feb 2014 06:23 AM PST

KELAB GREENBOC


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut.


Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

"Alhamdullillah, penstrukturan air Selangor akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada Menteri KETTHA atas kerjasama yang diberikan," kata Abdul Khalid.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. -selangkorku




LIHAT VIDEO DI SINI

ULASAN GB

Tahniah kerjaaan PR Selangor. Akhirnya berjaya juga untuk mengambil-alih syarikat konsesi air di Selangor demi kepentingan seluruh rakyat Selangor!

Syabas juga diucapkan kerana kejaaan kerajaan Selangor menawan SYABAS yang selama ini berdolak-dalik dan memperkotak-katikkan rakyat Selangor.

Terkedu lagi macai UMNO yang beberapa hari ini menjadi isu air Selangor sebagai bahan politik mereka untuk menghentam kerajaan PR Selangor.

KEBENARAN & KEADILAN akan tetap menang melawan KEBATILAN & KEZALIMAN. Yakinlah!!

Jangan Beri Publisiti Pada Pelampau, Apakah Najib Menujukannya Pada Perkasa?

Posted: 26 Feb 2014 06:18 AM PST

shahbudindotcom



Dalam usaha menjayakan rekonsilasi nasional yang akan diumum serta dilaksanakan beberapa bulan lagi yang antara lainnya diharapkan membantu memberi inspirasi kepada rakyat untuk saling hormat-menghormati dan berhubung sesama sendiri serta seterusnya menjadikan perpaduan dan keadaan negara menjadi lebih baik, Perdana Menteri, Najib Razak juga menggesa media dan media sosial agar tidak memberi publisiti kepada penghasut yang selalu mengeluarkan kenyataan melampau.

Beliau berkata, memberi publisiti kepada kumpulan pelampau boleh memecah-belahkan kepercayaan antara kumpulan etnik dan oleh yang demikian, sebarang publisiti tidak harus diberikan kepada kumpulan tersebut.

Tambah Najib lagi, kenyataan demi kenyataan yang sering dikeluarkan oleh kumpulan pelampau ini tidak perlu dikecam, sebaliknya tindakan terbaik ialah "tidak mempedulikannya dan jangan beri publisiti".

Menjelang pilihanraya kecil DUN Kajang yang bahangnya mulai terasa dan mungkin juga memberi kesan kepada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri selepas ini, rekonsilasi nasional ini memberi tafsiran yang pelbagai di kalangan rakyat. Sementara ada yang menganggapnya ssbagai bukti menunjukkan betapa Najib sentiasa memandang ke hadapan demi kepentingan negara, kelompok yang lain pula melihat ianya sebagai strategi politik untuk memastikannya berada lebih lama lagi di kerusi empuk Perdana Menteri.

Sama ada atas nama rekonsilasi, konsensus atau apa saja tetapi ianya tidak dinafikan memberi ruang kepada Najib untuk mendekati dan berbaik-baik dengan pimpinan Pakatan Rakyat, apatah lagi jika selepas ini Anwar Ibrahim mempunyai tapak yang lebih kukuh sebagai MB Selangor, hubungan saling berbaik mungkin boleh dimanfaatkan untuk berbagai kepentingan.

Dengan tapak kukuh yang dimiliki Anwar dan memberi lebih potensi untuk memenangi PRU 14, dalam masa yang sama ia juga memberi tekanan kepada Najib dalam mempertahankan kedudukannya kerana golongan kanan dalam UMNO yang masih menggunakan pengaruh Mahathir Mohamad pasti saja mahukan Najib diundurkan bagi digantikan dengan pemimpin lain pula.

Oleh itu, rekonsilasi ini boleh juga merupakan perisai bagi Najib dari serangan dalam UMNO sendiri.

Apatah lagi dalam masa Najib mahu melaksanakan rekonsilasi ini, beliau turut juga juga mengecam golongan pelampau yang dianggapnya hanya mahukan publisiti yang diidam-idamkan bagi melakukan pelbagai tuntutan.

Dalam mana-mana komuniti pun, golongan pelampau ini sentiasa wujud. Di negara kita, baik dalam masyaraka Melayu, Cina mahupun India, kumpulan pelampau ini sentiasa ada. Tetapi dari sekian banyak golongan yang boleh dianggap pelampau dan kerap mendapat publisiti, Perkasa yang diterajui oleh Ibrahim Ali adalah berada di kedudukan paling depan sekali.

Ini kerana Perkasa bukan saja aktif menuntut macam-macam perkara dan memberi reaksi hampir dalam semua isu termasuk mahu membakar Bible yang mengandungi nama Allah, bahkan Perkasa juga merupakan NGO yang paling banyak mendapat publisiti media. Di dalam akhbar Utusan Malaysia misalnya, hampir setiap hari ada saja berita mengenai NGO itu, bahkan akhbar itu seolah-olah hilang serinya jika tiada berita mengenai Perkasa didalamnya.

Sebelum pilihanraya lalu, sementara Najib menjaja dasar 1Malaysia tetapi di masa yang sama beliau juga memberi ruang untuk mendekati kelompok yang boleh dianggap pelampau semata-mata untuk mendapatkan undi. Bukan saja Perkasa yang didekatinya, malah Dong Ziong dan Hindraf juga cuba dijadikan rakan karib kerajaan.

Akhirnya, bukan saja hubungan baik dengan Dong Ziong tidak menjadi, bahkan ikatan kasih dengan Hindraf juga sudah terlerai. Perkasa yang dulunya banyak memuji Najib dan kerajaan juga mulai berubah nada sebaik pilihanraya berakhir kerana kecewa dengan kelemahan dan sikap tolak ansur yang keterlaluan oleh kerajaan.

Di suatu ketika Perkasa malah menyatakan mereka kini bersikap berkecuali terhadap Najib dan kerajaan. Namun di masa yang sama, Perkasa tetap mempunyai hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Dengan melaungkan rekonsilasi dan di masa yang sana mahukan golongan pelampau tidak terus-terusan diberikan publisiti, Najib seolah-olah sedang membaling dua ekor burung dengan seketul batu. Selain untuk kepentingan negara dan menyelamatkan kedudukannya, beliau juga ingin menjauhi golongan yang boleh menyusahkannya.

Najib seperti mulai menyedari bahawa Perkasa lebih menyusahkannya, bukan saja dalam pelbagai tuntutan dan ugutan mahu membakar Bible, malah terbaru ini NGO itu juga menolak penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang diinisiatifkan Najib. Lebih dari itu, Perkasa turut menubuhkan badan sendiri yang menyerupai MKPN untuk membincangkan isu perpaduan mengikut acuan mereka sendiri.

Tidak diragui, jika dibiarkan berterusan sambil publisiti meluas yang diperolehinya, Perkasa adalah ancaman bukan saja kepada Najib tetapi juga kepada kestabilan pelbagai etnik di negara ini.

Jika selama ini Perkasa mendapat dana daripada kerajaan dan publisiti melimpah daripada Utusan khususnya, dengan petunjuk yang diberikan Najib ini, era itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

Rayuan kes bunuh Altantuya: Sirul Azhar tidak hilang

Posted: 26 Feb 2014 06:09 AM PST

HARAKAHDAILY 


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis ini bagi pengurusan kes berhubung rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan dua anggota unit tindakan khas polis daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
  
Timbalan Pendaftar Izuddin Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dan peguam J.Kuldeep Kumar mewakili Cif Insp Azilah Hadri, yang turut menyebut kes itu bagi pihak peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar.
  
Manoj memberitahu pemberita tarikh pendengaran bagi rayuan pihak pendakwa itu masih belum ditetapkan.
  
Mengenai isu lain, Kuldeep Kumar menyangkal laporan satu portal berita  bahawa Sirul Azhar telah menghilangkan diri selepas dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Rayuan.
  
"Beliau masih ada di sini," katanya.

Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, disabitkan dan dijatuhi hukuman mati pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.
  
Kedua-dua mereka memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan pada 23 Ogos tahun lepas dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan yang membatalkan sabitan mereka.
  
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman 47 muka surat memutuskan keterangan keadaan dikemukakan pihak pendakwa tidak mencukupi untuk mengekalkan dapatan dua anggota polis itu bersalah.
  
Mahkamah menyatakan kesalahan mereka tidak dibuktikan secara kukuh, "dengan itu mahkamah terpaksa memberi faedah kesangsian".
  
Pihak pendakwa memfailkan petisyen rayuan pada 3 Jan tahun ini, menyenaraikan enam alasan kenapa panel tiga anggota Hakim Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta untuk membenarkan dua anggota polis itu terlepas hukuman mati.
  
Sementara itu, pihak pendakwa tidak merayu terhadap pembebasan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan  Azilah dan Sirul Azhar.
  
Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, memutuskan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak. - Bernama

Pemimpin dilihat ‘hebat’ bila anak dapat projek mega

Posted: 26 Feb 2014 06:04 AM PST

MUHAMMAD FAIZAL


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya dilihat 'terlalu lemah' apabila gagal menjadikan anak-anaknya sebagai individu yang terkaya di Malaysia mahupun peringkat global.

Demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai respons kepada kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menganggap Anwar sebagai seorang yang lemah dan gilakan publisiti.

Secara sinis, katanya kelemahan Anwar sepanjang 17 tahun berada di dalam kerajaan telah mewujudkan perbelanjaan yang seimbang dan tidak mengumpul hutang yang berganda-ganda sepertimana berlaku sekarang.

"Anwar memang lemah dan saya kesal apabila beliau gagal menjadikan anaknya sebagai individu terkaya di nagara ini atau peringkat global.

"Beliau lemah bila tidak memberi projek-projek mega kepada keluarganya sepertimana yang dilakukan pemimpin dalam Umno sekarang ini," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Saifuddin menegaskan, 'kehebatan' seseorang pemimpin itu hanya dilihat apabila ia dapat menjadikan ahli keluarga sebagai individu terkaya dengan pemberian projek mega dan dapat mengumpul hutang negara dengan lebih banyak.

MAS: Lepas nasi lemak 'telanjang', asam pedas pula dikritik

Posted: 26 Feb 2014 06:02 AM PST

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPIR: Malaysian Airline System (MAS) sekali lagi dikritik apabila menghidangkan set nasi putih asam pedas ikan tetapi dimaklumkan ikan tidak ada di dalam hidang itu.

Kritikan itu bukan datangnya daripada orang biasa tetapi juga daripada pakar masakan iaitu Chef Zam atau Zamzani Abdul Wahab.

Beliau melalui Instagramnya menyatakan kekesalan yang disifatkan ia sebagai 'memalukan' memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai 'syurga makanan' namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.

Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Chef Zam turut menjelaskan nasi yang dihidangkan 'lembik' dan sayur yang cukup menyedihkan apatah lagi  tanpa hidangan pencuci mulut.

Sebulan yang lalu  Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok sebagai 'telanjang' kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timur, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak dan pilihan lauk yang sebenarnya.

Menjawab kritikan Chef Wan itu, MAS melalui Pengurus Operasi Penerbangannya berkata, peket ikan bilis dan kacang tidak dapat dihidangkan bersama nasi lemak ketika itu kerana terdapat kerosakan pada bahan tersebut dan timun terdapat pada penerbangan kelas pertama dan perniagaan kerana bersifat mudah rosak menyebabkan anak kapal harus menyediakannya sebelum nasi lemak dihidangkan kepada penumpang.

Prosedur itu merupakan standard biasa MAS bertujuan untuk menjaga kerbersihan dan kualiti makanan para penumpang.

Chef Wan turut menjelaskan beliau bukan  mempertikaikan rasa sajian yang dihidangkan dalam pesawat MAS itu sebaliknya mengkritik penyediaan nasi lemak berkenaan yang dilihat tidak lengkap.

"Sebagai Duta Pelancongan Malaysia, menjadi tanggungjawab saya membuat teguran. Bukan niat mencari publisiti, jauh sekali memburukkan nama MAS," katanya.

Serangan terhadap Anwar: Daim sebenarnya takut Umno hilang Putrajaya

Posted: 26 Feb 2014 06:00 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Jadi mengapa Tun Daim Zainuddin bising?

Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.

Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.

Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.

Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.

Namun, tidak dinyatakan ketakutan bahawa ia mampu menjadi  asas ekonomi yang kukuh dan landasan untuk mempamerkan kualiti kepimpinan kuat berbanding Putrajaya, nafas baru dan fokus Anwar ini boleh membawa Pakatan Rakyat (PR) untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang – keputusan akhir yang ternyata membuatkan Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno lain dari zaman kegemilangan penswastaan tidak senang duduk.

Tambahan pula, Selangor adalah negeri perindustrian dan paling kaya serta bersebelahan dengan Kuala Lumpur yang menjadikannya sumber bagi  projek-projek infrastruktur, tawaran hartanah dan perniagaan untuk kroni dan lain-lain yang berkaitan dengan Putrajaya.

Ia menjadi penting bagi pihak yang pernah mendapat manfaat untuk memastikan Selangor kembali kepada BN. Kepimpinan Anwar di negeri ini akan menjauhkan lagi kemungkinan masa hadapan dan menjadikan Selangor sebuah lagi kubu politik seperti Kelantan bagi PAS.

Secara mudah, wujud keperluan untuk melindungi "angsa emas".  Para jutawan yang mempunyai kaitan dengan Umno akan berusaha sedaya mungkin menghalang Anwar mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.

Justeru, jangan terkejut jika Daim mengambil berat terhadap bagaimana persediaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk "berperang" dengan Anwar.

Penting bagi golongan yang mendapat manfaat pada zaman Mahathir jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengosongkan jawatannya.

Jelaslah, dakwaan mereka berkenaan "Langkah Kajang" sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan dana awam untuk pilihan raya kecil.

Ini kerana jika mereka benar-benar mengambil berat bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, mereka pasti tidak akan membenarkan konsesi tol yang berat sebelah atau tawaran untuk pengeluar tenaga bebas atau menyimpan sumber air di tangan beberapa ahli perniagaan tertentu sahaja.

Oleh itu, pertempuran di Kajang adalah pertempuran bagi menentukan siapa yang akan dapat mengawal Putrajaya pada masa hadapan. Kemenangan Anwar di Kajang boleh menyebabkan Umno kehilangan Putrajaya lambat laun nanti.

Selangor anjur solat minta hujan 9 pagi esok

Posted: 26 Feb 2014 05:50 AM PST


HARAKAHDAILY 


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menganjurkan solat minta hujan (Solat Istisqa) esok bermula jam 9.00 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, dekat sini.

Solat memohon hujan itu dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

Program bermula dengan penerangan tentang kaifiat (syarat dan tertib), khutbah ringkas, solat berjemaah dan doa.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai dengan membawa sejadah dan keperluan lain untuk bersama-sama memohon agar cuaca kering dan kemarau yang melanda negara berakhir, lapor Selangorkini.

Dalam perkembangan berkaitan, pendakwah Dr Zaharuddin Abdul Rahman menyarankan umat Islam di Selangor agar melakukan Solat Istisqa khusus bagi memohon hujan berikutan musim kemarau yang berlarutan mengalibatkan beberapa empangan di negeri ini berada pada tahap membimbangkan.

Menurut beliau, solat minta hujan itu seeloknya dilakukan di kawasan yang terjejas.

"Menjadi sunat muakkad bagi orang Islam di sesuatu tempat yang telah lama tak turun hujan melakukan Solat Istisqa. Seeloknya penduduk di kawasan itu keluar beramai-ramai dan melakukan Solat Istisqa di tempat terbuka.

"Solat istisqa kebiasaannya didahului dengan khutbah ringkas. Kemudian diteruskan solat dua rakaat dengan bacaan secara kuat serta diakhiri dengan doa yang bersungguh-sungguh," katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, Solat Istisqa lebih afdal diadakan pada waktu dhuha iaitu selepas jam 8 pagi.

"Dalam sejarah, Rasulullah s.a.w.  sendiri pernah mengimamkan Solat Istisqa bagi memohon hujan.  Jadi, solat ini merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan umat Islam bagi mengatasi kesukaran mendapatkan sumber air," katanya.

Dalam pada itu, katanya, masyarakat perlu menginsafi hikmah di sebalik fenomena ketiadaan hujan yang berpanjangan.

"Apabila hujan tidak turun, Allah SWT mengajar agar kita memperbanyakkan istighfar kepada-Nya. Perkara ini turut dijelaskan dalam al-Quran surah Nuh ayat 10-12.

"Selain daripada faktor fenomena alam, ketiadaan hujan juga berkait rapat dengan amalan kita. Mungkin Allah mahu menyekat sebentar hujan agar kita menginsafi kesalahan kita," katanya.

BN melanggar pantang di Kajang

Posted: 26 Feb 2014 05:45 AM PST

 

AHMAD TAJDID 


ADA dua isu dibangkitkan BN membabitkan bakal calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik.

Bukanlah sesuatu yang 'memeranjatkan' jika dua isu itu ditimbulkan BN guna memanaskan 'masa menunggu' PRK Kajang.

Selepas diisytiharkan sebagai calon PKR mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunggu lama untuk bertemu rakyat. Pelbagai program turun ke bawah diatur bagi tujuan itu. Ceramah 'hit and run' beliau mendapat sambutan dan isu yang diperkatakan beliau menjadi bahan berita di dada akhbar dan media sosial.

(Gambar atas : Muhyiddin bersama para pemimpin BN di ruang solat Surau Al-Falah. Foto Utusan Online)

Bagaimanapun gerak kerja kempen bersifat proaktif ini tidak begitu digemari pemimpin Umno/BN. Maka pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik 'dipelawa' memberikan komen masing-masing.

Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.

SPR pada 5 Februari lalu menetapkan hari penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac. Pengundian awal berlangsung pada 19 Mac.

Tindakan Anwar memberikan tazkirah di surau dan masjid sekitar Kajang juga mengundang rasa tidak puas hati pemimpin BN. Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro-BN yang membuat laporan polis berhubung majlis tazkirah yang disampaikan Anwar.

(Gambar kiri: Calon BN, Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al-Falah bertemu pengundi. Foto Utusan Online)

Malah portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.

Laman portal yang sama juga mempersoalkan Menteri Besar Selangor, tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan gagal menyembahkan titah Sultan Selangor kepada Anwar.

"Tidak perlu ulas panjang, kerana titah Tuanku Sultan sudah jelas manakala Anwar memulakan kempen dengan mempertikai arahan Sultan Selangor.

"Pesan buat Anwar dan jentera kempennya: Masuk kandang kambing biar mengembek, masuk kandang harimau biar mengaum.

"... Dan Khalid sebagai Menteri Besar patut tahu arahan ini dan wajar menasihatkan Anwar jangan berkempen di masjid atau surau kerana tiada tauliah.

"Jika Anwar yang ingin bersultan dihati, teruskanlah kempen di masjid-masjid dan surau," bidas laman portal BNBBC lagi.

Bagaimanapun segala kritikan dan 'pantang' BN itu nampaknya terburai dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno ke Kajang. Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan sahaja berkempen awal dengan memperkenalkan calon BN bagi PRK N25 Kajang  pada 25 Februari, malah majlis BN itu berlangsung di pekarangan Surau Al-Falah Bukit Dukong, Kajang – lokasi yang dianggap tabu oleh BN bagi kempen politik. Tidak sekadar itu, dengan kehadiran Muhyiddin, BN turut mengadakan majlis di dalam surau manakala calon BN dari MCA, , Datin Paduka Chew Mei Fun  turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan para pengundi.

Muhyiddin ketika berucap berkata, BN mahu mengambil kesempatan dan peluang melalui sistem demokrasi untuk menyertai PRK Kajang.

Menyifatkan PRK Kajang sebagai ujian kepada pemimpin MCA yang baru dipilih, Muhyiddin menganggap PRK Kajang sebagai medan menguji pengaruh MCA yang disifatkan punya intergriti dan memperjuangkan hak semua kaum.

" Saya sedar kita bertanding sebagai underdog tapi semangat kita dan kesungguhan semua peringkat, mudah mudahan kita dapat sokongan. Apa pun masalah di sini tak jadi masalah. Kita akan lihat perkara itu. Kita akan bantu. Kita kena selesaikan tugas kita untuk berjaya di PRK ini," katanya ketika berucap di laman futsal Surau Al-Falah.

Pada majlis itu juga Muhyiddin turut mewarwarkan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai 'jeneral' BN bagi PRK Dun Kajang.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin turut menyerang rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Kajang sebagai batu loncatan ke Putrajaya.

"Dia ingat dia menang di Kajang dia boleh ke Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri?"
sindir Muhyiddin yang tentunya ditujukan kepada Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang, Anwar.

Apa juga sindiran dan kecaman Muhyiddin kepada Anwar, BN nampaknya telah melanggar pantangnya sendiri di Kajang. BN nampaknya sudah berkempen awal dan menggunakan surau sebagai lokasi kempen.

Jika belum pun tiba hari penamaan calon, BN sudah pun 'cakap tak serupa bikin', bolehkan kita mengharapkan parti itu untuk melaksanakan janji-janji yang bakal dihamburkan sepanjang kempen PRK Kajang nanti?

Jawapannya terletak dihujung jari 39,278 pengundi Dun Kajang.  

Kes denggi di Pahang membimbangkan

Posted: 26 Feb 2014 05:36 AM PST

nyamuk aedes denggi


KUANTAN - Kes demam denggi di Pahang menunjukkan peningkatan membimbangkan dengan tambahan kes 95.1 peratus dari awal tahun ini sehingga Ahad lalu berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, dalam tempoh berkenaan sebanyak 201 kes demam denggi direkodkan berbanding hanya 103 kes tahun lepas.

"Daerah Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 122 kes (61 peratus) diikuti Temerloh 26 kes, Jerantut (16), Maran (11), Raub (8), Pekan (5), Bentong (4), Rompin (3), manakala Bera, Lipis dan Cameron Highlands masing-masing mencatatkan dua kes," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan Jabatan Kesihatan Pahang telah membuat lebih 131,000 semburan kabus ke atas premis selain pemeriksaan
pembiakan Aedes terhadap lebih 50,000 premis di negeri itu.
  
Beliau berkata Jabatan Kesihatan juga akan terus memantau secara rapi kawasan yang berwabak selain menggalakkan masyarakat menggandakan aktiviti gotong-royong. - Bernama

MoU Selangor - Pusat tepat pada masanya

Posted: 26 Feb 2014 05:31 AM PST


MoU Selangor - Pusat tepat pada masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Ketika rakyat berhadapan dengan krisis bekalan air yang semakin meruncing, Kerajaan Selangor dan Pusat akhirnya mencapai persetujuan dalam menguruskan industri air ini.

Siang tadi, termeretainya sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan penstrukturan semula industri air di negeri ini yang telah berlanjutan sejak 2008.

Berikut kenyataan penuh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan keputusan pihak kerajaan negeri menandatangani memorandum berkenaan;

Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.

Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas).

Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak  melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu:

1.  Menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan

2.  Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050. Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

3.      Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.  Peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh Syabas adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah.

Apa salah Karpal?

Posted: 26 Feb 2014 12:37 AM PST


karpal 2

Oleh Izmil Amri

PENGERUSI Kebangsaan DAP, Karpal Singh disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia akan disajikan dengan hidangan propaganda bahawa Karpal Singh seorang penghasut.

Dasar DAP, pembangkang kerjanya menghasut sahaja.

Tetapi rakyat Malaysia tidak akan tahu apa yang dihasutkan oleh Karpal. Apa sebenarnya kalimat yang keluar daripada mulut peguam dan ahli politik veteran itu yang dikira sebagai menghasut? Apa indikator yang menjadi kayu ukur mahkamah untuk menentukan sama ada perkara yang disebut Karpal itu satu hasutan atau tidak? Adakah semua hasutan itu pula salah mengikut Akta Hasutan?

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita harus bertanya 'menghasut' ini apa bendanya? Hasut, perkataan yang bunyinya pun macam kasut. Kalau disebut berkali-kali, akan rasa macam pelik. Hasut, hasut, hasut.

Hasut menghasut ini kerja orang politik. Kalau doktor kerjanya mengubat orang, tukang masak kerjanya memasak, orang politik kerjanya menghasut. Perkataan lain yang lebih lembut untuk menggambarkan pekerjaan orang politik ini ialah 'memujuk sokongan'. Menghasut dan memujuk sokongan tidak banyak beza. Manusia harus dihasut supaya pemikirannya berkocak dan sokongan atau pendiriannya berubah.

Saya akan beri contoh mudah.

Katakan anda dan seorang teman sedang berada di kedai nasi kandar. Teman anda yang seorang ini ada penyakit susah mahu buat keputusan apabila ditanyakan soalan 'nak makan apa?' Bukan sahaja teman anda, malah ramai lagi manusia yang punya penyakit nan satu ini.

Okay, jadi anda pun buat tak peduli dan memesan mee goreng mamak, basah, pecah telur dua biji, bikin kasi pedas; dengan semangkuk kecil kari kambing, kuahnya saja. Air teh tarik Komtar dan segelas air kosong.

Teman anda, saya pasti akan terpengaruh dan mula menelan liur ketika makanan itu dibawa ke meja. Dan kemudian akan tambah kecur liur apabila menyaksikan bagaimana anda menggaul mee yang sedang berasap itu sambil menyudukan kuah kari tadi untuk digaul bersama.

Tetapi mungkin dia belum yakin lagi dengan kelazatan makanan Pulau Pinang. Jadi anda pun memanggil pelayan, "Anney.. roti kosong dua, koyak siap-siap, kuah campur kasi banjir".

Sekonyong-konyong makanan itu sampai, teman anda pun bersuara.

"Mamak, saya mau macam ini lagi satu."

Nah, hasutan anda telah berjaya. Hasutan yang sebegini disebut orang Pulau Pinang sebagai 'yang dinamakan punca'. Tapi itu cerita lain.

UMNO juga menghasut

Baik, kerja hasut-menghasut ini sebenarnya UMNO buat setiap hari. Di media tradisional yang dikawal pemerintah, aktiviti menghasut ini berjalan tanpa disedari sesiapa pun kerana penghasut seperti UMNO-BN pastinya tidak akan mengaku dirinya sedang menghasut. Tetapi saya yakin rakyat Malaysia bijak pandai orangnya dan akan sedar apabila dihasut oleh media kawalan kerajaan Persekutuan untuk membenci Anwar Ibrahim si Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Lim Guan Eng si Ketua Menteri Pulau Pinang, Nik Abdul Aziz Nik Mat mantan Menteri Besar Kelantan dan ramai lagi pemimpin politik pihak lawan UMNO.

UMNO juga sentiasa menghasut rakyat untuk menolak pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan; supaya kerajaan yang dipilih rakyat itu secara demokratik akan tumpas dan mudah dirampasnya pada pilihan raya akan datang. Ya UMNO lebih-lebih lagi mahu menggulingkan kerajaan Selangor dan 'menghasut' rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat di negeri itu dengan pelbagai jenis 'hasutan' di akhbar dan kaca televisyen.

Tetapi rakyat tidak akan tahu bahawa UMNO juga menghasut kerana tidak ada orang yang mengheret UMNO dan pemimpinnya ke mahkamah kerana menghasut untuk menggulingkan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Rakyat juga ada yang tidak sedar bahawa UMNO itu pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dan hasutan UMNO-BN ini juga yang mengabui mata rakyat seluruhnya bahawa Pakatan Rakyat itu bukan kerajaan di negeri yang disebutkan tadi.

UMNO-BN menunjukkan kepada anda bagaimana lazatnya mee goreng mamak yang dijirus kari kambing dan anda gagal mengawal perasaan dan menerima cadangan itu sebagai satu keyakinan baru, mengalahkan keyakinan asal anda. Mereka berjaya memujuk, dan anda tergoda dan kalah.

Ini caranya saya menerangkan kepada anda maksud 'menghasut' kepada anda secara panjang lebar.
Jadi balik kepada persoalan mula. Apa salah Karpal?

Akta Hasutan

Apakah ayat atau bahasa jenis apa yang digunakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini yang ditafsirkan mahkamah sebagai menepati peruntukan hasutan mengikut Akta?

Pada 21 Februari lalu, Karpal Singh, peguam tersohor Malaysia dan pemimpin lama Parti Tindakan Demokratik disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana dipercayai mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung krisis perlembagaan yang melanda negeri itu setelah beberapa ahli dewan negerinya melompat parti dan berlakunya rampasan kuasa dalam kerajaan negeri.

Akta Hasutan 1948 menafsirkan kalimat 'menghasut' sebagai: dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut.

'Kecenderungan menghasut' ditafsirkan Seksyen 3 (1) Akta yang sama seperti berikut:
Sesuatu "kecenderungan menghasut" ialah kecenderungan—

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Panjang betul.

Karpal disifatkan sebagai menghasut apabila beliau mengatakan bahawa keputusan yang dibuat Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam krisis kerajaan negeri itu beberapa tahun lalu boleh dipersoalkan di mahkamah. Itu sahaja.

Ya, itu sahaja. Seorang peguam yang sudah berpuluh tahun bertarung di mahkamah dalam kes berprofil tinggi memberikan pendapatnya tentang undang-undang perlembagaan. Hukumannya denda dan/atau penjara, yang akan menyebabkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor mungkin terpaksa dikosongkan dan satu lagi pilihan raya kecil berlangsung.

Bagaimana persoalan Karpal itu boleh disebut sebagai menghasut berdasarkan peruntukan undang-undang? Bagaimana pula sepanduk bertulis "Kerana mulut pemimpin DAP 13 Mei terjadi.. Mau lagi kaa!!!" tidak disebut sebagai menghasut bertepatan dengan perenggan (e) dalam subseksyen di atas?

Kalau seorang pengamal undang-undang veteran tidak boleh membuat komentar tentang permasalahan undang-undang negara, siapa yang boleh? Pelayan restoran nasi kandar yang bawakan mee goreng mamak tadi? – Roketkini.com

'Dalang' Comango: Marina saman ISMA

Posted: 26 Feb 2014 12:33 AM PST

MALAYSIAKINI


 
 
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 17 Mac untuk pengurusan lanjutan kes saman fitnah aktivis Datuk Marina Mahathir terhadap 16 anggota NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Hakim Rosilah Yop juga mungkin mengarahkan defendan menyertakan penyataan pembelaan dan menetapkan tarikh perbicaraan selepas pihak-pihak itu bertemu.

Marina, 57, bulan lalu memfailkan saman terhadap Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman (kanan) dan 15 anggotanya.

Ini ekoran pengedaran 70,000 risalah pada Disember lalu yang menyebut Marina antara dalang di belakang Gabungan NGO Malaysia (Comango) dalam proses Penilaian Penggal Sejagat (UPR), Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Risalah berjudul "Dalang di sebalik Comango" turut memasukkan Marina sebagai anggota lembaga NGO hak wanita Sisters in Islam.

Pejabat Malaysiakini ‘diserang’ cat merah dan itik dalam kotak

Posted: 26 Feb 2014 12:17 AM PST


dap malaysiakini1



KUALA LUMPUR: DAP mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyimbah cat merah di hadapan pejabat laman Malaysiakini pagi tadi – yang hampir serupa dengan insiden yang menimpa pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok minggu lalu.

Turut ditinggalkan ialah seekor itik yang diletakkan dalam sebuah kotak, tiga keping gambar Teresa dan sejumlah jarum bercat merah.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, beliau kecewa dengan kejadian itu yang seolah-olah menggambarkan tindakan tidak bertamadun seumpama itu adalah satu kebiasaan.

"Keadaan sekarang tunjukkan tindakan melempar cat dan haiwan ini adalah satu kebiasaan. Ini tidak seharusnya berlaku dalam politik negara. Mana-mana pihak tidak patut hidup dalam kebimbangan hal sebegini akan berlaku kepada mereka," katanya dalam sidang media di pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa akan melaksanakan tugas mereka untuk menghentikan insiden seperti ini yang dilihat semakin menjadi-jadi.

Kejadian itu disyaki berlaku awal pagi tadi, dan dikesan Editor Grafik, Azlan Zamhari yang tiba pada jam 6.15 pagi.

Laporan dibuat di Balai Polis Jalan Travers pada jam 10.40 pagi. Unit Forensik PDRM turut mengambil jarum, gambar Teresa dan itik tersebut untuk siasatan lanjut.

Insiden sama turut berlaku kepada Teresa 19 Februari lalu, apabila cat merah turut disimbah dan bangkai ayam berserta gambarnya ditinggalkan di tangga menuju pejabat pusat khidmatnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng tidak menolak kemungkinan gambar Teresa disertakan bersama bagi mewujudkan gambaran portal berita alternatif tersebut mempunyai kaitan dengan Pakatan.

"Mereka ingin tunjukkan seolah-olah Malaysiakini bersama-sama Pakatan. Maka, kumpulan ekstremis turut mensasarkan mereka," katanya.

Turut hadir menyatakan sokongan antaranya adalah Ahli Dewan Undangan DAP Kinrara, Ng Sze Han, serta dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran.

Di mana golongan liberal dalam Kerajaan?

Dalam pada itu, Tony turut mempersoalkan golongan yang kononnya liberal dan terbuka dalam kerajaan, yang sehingga kini tidak bersuara mengutuk provokasi seperti itu.

"Di mana suara mereka yang kononnya liberal ini? Pemimpin seperti Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), dan Datuk Paul Low (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) – di mana suara mereka?"

"Adakah mereka terima arahan daripada atas untuk tidak berkata apa-apa?" kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu lagi. – Roketkini.com

DAP fail saman halang Taib Mahmud dilantik Yang di-Pertua Negeri

Posted: 26 Feb 2014 12:15 AM PST


Dewan-Undangan-Negeri-Sarawak



KUALA LUMPUR: DAP Sarawak semalam memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuching bagi menghalang pelantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri kerana melanggar Perlembagaan Negeri.

Memetik laman Malaysiakini, Ketua Pemuda DAP negeri, Wong King Wei berkata, Artikel 2(2) Perlembagaan Negeri melarang ketua negeri terbabit secara aktif dalam mana-mana perusahaan komersil.

"Apabila Taib menerima pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri, satu akuan (declaration) sedang diusahakan bahawa beliau melanggar Artikel 2(2) Perlembagaan Negeri Sarawak agar beliau digugurkan," katanya.

Taib adalah pengarah Mesti Bersatu Sdn Bhd sejak 9 Mei 2007.

Katanya lagi, Taib juga seorang daripada pemegang saham Mesti Bersatu dan memiliki 400,000 syer dalam syarikat itu.

Selain itu, Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Padungan itu sedang mendapatkan akuan bahawa Taib selaku Ketua Menteri telah melanggar Artikel 6(5) Perlembagaan Negeri, juga kerana terbabit dalam perusahaan komersil.

Wong memberi masa 14 hari – bermula tarikh writ saman itu disampaikan untuk Taib hadir ke mahkamah.

Pada masa sama, katanya lagi, satu permohonan 'ex-parte' sedang disediakan dan akan difailkan secepat mungkin untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang pelantikan itu.

Taib akan melepaskan jawatan yang dipegangnya selama 33 tahun pada 28 Februari ini dan hampir pasti akan menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai Yang di-Pertua Negeri.

Pelantikan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, apatah lagi beliau kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.-Roketkini.com

Waytha gesa MIC tinggalkan 'tuan' BN

Posted: 26 Feb 2014 12:10 AM PST

MALAYSIAKINI





Selepas meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan menghentam perdana menteri berhubung bantuan kepada masyarakat India, P Waythamoorthy kini menggesa MIC meninggalkan BN.

Pemimpin Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) itu berkata, MIC harus mengambil tindakan itu bagi membuktikan kesetiaannya kepada masyarakat India.

"Pemimpin pengasas MIC... akan bangga dengan pemimpin sedia ada jika mereka mengambil langkah tegas itu.

"Perjuangan awal MIC untuk melindungi hak-hak masyarakat India yang tertindas, yang kebanyakannya pekerja estet pada masa itu," katanya dalam kenyataan.

Waythamoorthy mendakwa, sejak pengundurannya, BN menyatakan bahawa sejumlah RM500 juta disebarkan kepada masyarakat India dalam tempoh lima tahun.

"Dengan erti kata lain, jika benar pun, RM500 juta tidak pernah sampai kepada masyarakat itu," dakwanya.

Brnama pada 19 Februari memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim sebagai berkata, sejumlah peruntukan disalurkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India, termasuk dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Saifuddin jawab Daim: Ya, Anwar 'lemah'

Posted: 26 Feb 2014 12:08 AM PST

MALAYSIAKINI





Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".


"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.

Dalam wawancara yang disiarkan KiniBiz semalam, Daim yang juga merupakan tokoh korporat berjaya menyifatkan Anwar sebagai "lemah" kerana tidak mempunyai sebarang pencapaian sewaktu berada di dalam kerajaan.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan kepimpinan di peringkat nasional.

Amah Bunuh Dua Beradik Dipercayai Pati

Posted: 26 Feb 2014 12:05 AM PST

MSTAR ONLINE


SUNGAI BULOH: Pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa membunuh dua beradik tiri sebelum membunuh diri di Taman Sri Putra, Kuang di sini pada malam Selasa dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati).

Pegawai Kedutaan Besar Indonesia, Dino Nurwahyudin berkata, setakat ini tiada dokumen perjalanan wanita itu ditemui oleh pihaknya dan identitinya juga masih misteri.

"Kita tidak tahu siapa dia (pembantu rumah itu) dan bagaimana dia memasuki Malaysia kerana tidak ada dokumen dirinya atau majikan.

"Kami sedang bekerjasama dengan polis Malaysia dan Indonesia untuk mengenalpasti identitinya," katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh pagi Rabu.

Pembenihan Awan Bermula Hari Ini

Posted: 26 Feb 2014 12:03 AM PST

MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: Operasi pembenihan awan dijangka akan dilakukan hari ini (Rabu) di kawasan tadahan air yang untuk disalurkan ke loji rawatan air di empat negeri yang tidak pernah dituruni hujan sejak sebulan lalu.

Pegawai Kanan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Azhar Ishak mengesahkan pada Selasa bahawa pembenihan awan berkemungkinan dijalankan di kawasan tadahan empangan di Selangor, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada Rabu dan Khamis.

"Kami boleh mengesahkan bahawa operasi akan bermula ekoran ramalan menunjukkan kemunculan awan kumulus yang sesuai untuk operasi pembenihan," katanya pada Selasa.

Di kawasan tropika, pembenihan awan adalah cubaan untuk mendorong berlakunya hujan.

Apabila ditanya mengenai peluang kejayaan operasi itu, Azhar berkata ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa pembenihan.

"Faktor angin dan ditambah pula dengan keadaan atmosfera merupakan aspek penting pembenihan awan," kata beliau sambil menambah bahawa jika berjaya, hujan akan turun dalam masa 10 hingga 15 minit dari masa pembenihan.

Azhar berkata sehingga kini, tiada hujan berlaku di kawasan tadahan empangan walaupun ada hujan terpencil di kawasan-kawasan lain.

"Kejayaan juga bergantung kepada sama ada hujan akan turun di dalam kawasan tadahan yang disasarkan selepas pembenihan dilakukan," kata Azhar.

Dedah beliau, Tentera Udara Diraja Malaysia akan mengendalikan operasi pembenihan di Lembah Klang dengan menggunakan bahan yang terbukti selamat.

Dalam kes ini, garam biasa akan digunakan untuk pembenihan awan.

Operasi pembenihan awan di Malaysia mencatatkan kadar kejayaan antara 57 peratus dan 65 peratus sejak 1974.

Johor juga merancang untuk memperkenalkan pembenihan awan dalam tempoh dua minggu akan datang untuk meningkatkan paras air di Empangan Sembrong Timur yang berfungsi untuk kegunaan penduduk di daerah Kluang.

Saifuddin: Ada Petunjuk Positif Selesai Kes Saman Presiden PAS

Posted: 26 Feb 2014 12:02 AM PST

Saifuddin Nasution



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayangkan kes saman bekas calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat diselesaikan dalam tempoh 72 jam akan datang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sedang berbincang dengan Mohd Shamsul agar kes berkenaan dapat diselesaikan dengan baik di luar mahkamah.

"Beri kami tempoh dalam masa 72 jam agar pimpinan PKR dapat membantu menyelesaikan kes ini dengan cara baik.

"Buat masa ini perbincangan berkenaan mempunyai petunjuk positif," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Tegas Saifuddin, pendirian PKR jelas bahawa parti itu tidak bersetuju agar kes berkenaan diteruskan di mahkamah demi menjaga hubungan baik dalam Pakatan Rakyat.

Pada Ahad, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi Mohd Shamsul.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Abdul Hadi gagal untuk memfailkan writ bagi menangkis dakwaan Mohd Shamsul.

Johor penentu kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya

Posted: 25 Feb 2014 11:57 PM PST


pakatan rakyat johor pemimpin



KULAIJAYA: Pakatan Rakyat Negeri Johor hari ini menyatakan bahawa parti gabungan itu bersedia menjadikan negeri Johor sebagai negeri utama yang bakal menentukan kerajaan baru di Putrajaya pada PRU ke-14 nanti.

Demikian inti mesyuarat antara pimpinan PR negeri dan pemimpin PR Pusat yang berlangsung di Pejabat Ahli Parlimen Kulai, semalam.

Dalam kenyataan bersama itu, ketiga-tiga pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat negeri dan pusat terdiri daripada PAS, DAP dan PKR bersepakat untuk bersatu hati dan bergerak secara berpasukan sebagai satu entiti untuk memastikan kemenangan di Johor.

Semalam, buat pertama kalinya dalam sejarah Pakatan Rakyat Johor, semua pemimpin PR negeri bermesyuarat bersama pemimpin tertinggi pusat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka membincangkan langkah penting yang akan diambil demi memastikan PR Johor mampu membawa perubahan dan seterusnya menjadi pemangkin perubahan politik di peringkat nasional.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media, calon DUN Kajang memuji langkah jitu yang diambil PR Johor dengan memantapkan barisan kepimpinan dengan persiapan jentera yang ampuh.

"Rakyat Johor terutamanya di kawasan selatan kini hidup tertekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, saya mengarahkan pemimpin PR negeri untuk fokus kepada isu ekonomi dan kebajikan rakyat," ujar beliau.

Tuan Guru Abdul Hadi juga turut menjelaskan bahawa tugas PR negeri mestilah juga memfokus untuk mematahkan permainan politik perkauman UMNO-BN.

"Kita tahu rakyat Johor sudah bijak untuk menolak dan tidak lagi mahu terjebak dengan permainan politik perkauman UMNO," ujar beliau.

Pada PRU-13 lalu, UMNO-BN berikrar menjadikan Johor sifar pembangkang, namun usaha itu meleset apabila rakyat memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat dengan memperoleh lapan belas kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga berkata, selama 56 tahun UMNO yang lahir dan berkuasa di Johor, ini kali pertama parti oposisi mendapat mandat yang sangat baik daripada rakyat Johor.

"Sabah, Sarawak dan Johor adalah tiga negeri yang bakal menentukan kerajaan PR di Pusat nanti, justeru itu PR negeri Johor perlu mencari formula khusus untuk merealisasikannya," tambah Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Ketiga-tiga pemimpin pusat itu juga memeriahkan majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pejabat Parlimen Kulai. Kira-kira 1,000 tetamu hadir memeriahkan majlis sambutan itu. – Roketkini.com

Tanah Kubur Pengerang: NGO sedia berunding, kenapa hantar polis?

Posted: 25 Feb 2014 11:55 PM PST


Kubur Cina - Pengerang

KULAIJAYA: Rakyat negeri Johor kesal dengan tindakan kerajaan negeri memperalatkan polis untuk membantu kontraktor yang diupah untuk membuat bancian kubur Cina sebelum kerja pemindahan dilakukan.

Bercakap pada sidang media, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mempertikai mengapa PDRM digunakan untuk kerja seperti itu memandangkan tugas PDRM sepatutnya lebih tertumpu kepada usaha memerangi jenayah, bukan bekerjasama dengan kontrakor untuk kerja sedemikian.

Soal keselamatan pihak kontraktor tidak timbul sama sekali memandangkan penduduk dan waris perkuburan Cina Sungai Kapal bukan mereka yang mengancam keselamatan pihak terbabit.

Pada 24 Februari lalu, satu pasukan polis kira-kira 100 orang anggota dihantar ke kawasan tanah perkuburan Cina di Sungai Kapal dipercayai bagi membantu kerja bancian kubur oleh sebuah syarikat kontraktor.

Kerja terbabit dipercayai berkaitan dengan proses pemindahan kubur berkenaan ke satu kawasan penempatan baru.

Menurut Naib Pengerusi gabungan NGO Pengerang, Chua Peng Sian atau lebih mesra dipanggil Ah Chai, waris tanah kubur di situ marah dan kecewa dengan kejadian itu.

Ketika diminta menjelaskan isu terbabit, beliau memberitahu bahawa tiada seorang pun pegawai polis terbabit menjelaskan mengapa mereka di situ dan membuat sekatan di tiga laluan masuk ke tanah perkuburan itu.

"Mereka tak maklumkan apa-apa, bila kami tanya, pegawai terbabit hanya menjawab ini arahan pihak atasan, mereka hanya jalankan tugas," ujar Ah Chai.

Menurut Ah Chai yang sama-sama memperjuangkan nasib penduduk Pengerang sejak tiga tahun lalu, penduduk sudah dimaklumkan bahawa Menteri Besar sudah menetapkan tindakan lanjut hanya boleh dibuat selepas upacara sembahyang kubur (Chin Ming) pada 5 April ini.

Namun penduduk mendapati janji MB ini tidak dipatuhi kontraktor terbabit lantas mendatangkan kemarahan waris kubur.

"Kami dan waris tanah perkuburan di sini sudah capai kata sepakat yang kami sedia berunding dengan pihak kerajaan dan kontraktor, tetapi mengapa mereka bertindak demikian? Kami dah sedia nak berunding, mengapa susah sangat nak jumpa kami?" kata beliau merujuk kepada kerajaan negeri.

Menurut Gabungan NGO Pengerang lagi, kontraktor pernah memaklumkan kepada pihak waris bahawa semua proses kerja ini mendapat arahan Pegawai Daerah Kota Tinggi.

"Kami keliru kerana kerajaan negeri sudah arahkan agar hal ini ditangguh, tetapi pihak DO buat kerja lain dan tak sama dengan janji MB," jelas Ah Chai lagi.

Wakil DAP yang berada di Pengerang bersama penduduk iaitu Tan Hong Pin turut kesal dengan kejadian itu.

"Ini tak sepatutnya berlaku di bawah pentadbiran Menteri Besar baru, Datuk Seri Khaled Nordin. Beliau patut lebih memahami situasi berbanding Menteri Besar sebelumnya," kata beliau. – Roketkini.com

Tiada ulasan: