Isnin, 24 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PBS, AES contoh 'penangguhan' yang menipu rakyat

Posted: 24 Feb 2014 04:14 AM PST

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff hari ini menjelaskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Pantaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan antara contoh pembohongan BN terhadap rakyat.

Jelas beliau, PBS mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dikuatkuasakan pada tahun 2014 bermula dengan para pelajar tingkatan tiga, yang mana mereka tidak perlu lagi menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sistem ini mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugasan melampau.

Selepas dibantah secara terbuka oleh para guru, barulah kerajaan mengumumkan ianya ditangguhkan.

Namun, dalam keadaan diumumkan penangguhan, pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah masih bermesyuarat dengan guru-guru dan dimaklumkan bahawa PBS dilaksanakan seperti biasa.

"Jika benar PBS ditangguhkan, kenapa tiada suatu tempoh tertentu? Apa akan berlaku kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini?.

"Adakah mereka tertakluk dengan PBS atau kembali kepada peperiksaan PMR seperti dahulu? Adakah KPM fikirkan hal ini?" soal beliau.

Isu PBS ini katanya hampir sama dengan isu AES yang mula dilaksanakan pada 22 September 2012 untuk kononnya mengurangkan kemalangan maut di jalanraya.

Perlaksanaannya juga mempunyai pelbagai masalah dan mengundang bantahan orang ramai.

Akhirnya Peguam Negara membekukan semua prosiding AES di Mahkamah bermula 18 Disember 2012 sehingga hari ini dan menagguhkan perlaksanaan AES sehingga dimaklumkan kelak.

"Walau bagaimanapun sehingga hari ini AES masih beroperasi, saman-saman AES masih dikeluarkan dan Kerajaan masih meminta penerima saman AES membayar walaupun Peguam Negara masih belum mengumumkan penarikan balik penangguhan prosiding Mahkamah," Kata Zulhazmi.

Apa yang dirisaukan, kata Zulhazmi, tindakan pembekuan tersebut bersifat sementara untuk meredakan kemarahan rakyat.

Malah lebih malang kata beliau kerajaan cuba menipu rakyat dengan penangguhan tetapi pada dasarnya ianya masih berjalan.

Harga beras dunia bakal jatuh, kekayaan Syed Mokhtar dijangka berganda

Posted: 24 Feb 2014 04:12 AM PST

KEADILAN DAILY

syed_mokhtar
Merujuk kepada rencana Reuters bertarikh 19 Februari 2014 bertajuk "Thai rice to pour into global markets as subsidy ends", berjuta tan beras Thailand bakal dieksport ke pasaran antarabangsa akibat daripada penghapusan skim subsidi padi Kerajaan Thailand pada akhir bulan Februari 2014.

Di bawah skim subsidi padi Thailand, para petani Thai telah dibayar sebanyak 15,000 baht setiap tan semenjak skim subsidi ini diperkenalkan pada bulan Oktober 2011. Apabila skim subsidi padi Thailand ini dihapuskan nanti, para petani dijangka akan terpaksa menjual padi pada harga pasaran terbuka sekitar 8000 hingga 9000 baht sahaja (47% lebih rendah). Para petani juga akan terpaksa menjual padi pada harga yang rendah ini kerana kekurangan tangki simpanan beras kerajaan yang tidak membolehkan beras disimpan lama sehingga harga pulih semula.

Para pengeksport Thai meramalkan penurunan harga beras hancur 5% daripada USD 375/tan (RM 1,238/tan) kepada USD 350/tan (RM 1,155/tan) yang juga merupakan harga terendah dalam 7 tahun terkini. Selain Thailand, India dan Vietnam juga bakal mengalami penurunan harga beras akibat daripada hasil tuaian yang tinggi. Pertambahan pengeluaran beras sebegini akan terus menekan harga ke paras yang lebih rendah.

Malaysia sebagai negara pengimport beras bakal menikmati harga beras import yang yang lebih murah. BERNAS juga bakal mendapat imbuhan keuntungan yang lebih besar akibat harga import yang lebih rendah.

Perkara diatas amat konsisten dengan kenyataan media saya pada 12 November 2013 yang bertajuk "BERNAS bakal diswastakan: Ketamakan Bermaharajalela" iaitu "Keuntungan (BERNAS) bakal meningkat 40% ke RM 165 juta pada jangkamasa terdekat kerana pengurangan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan. Hal ini akan menguntungkan sesiapa yang memiliki BERNAS di masa hadapan.

Sekiranya harga beras untuk rakyat Malaysia tetap kekal diparas lama, BERNAS bakal mendapat pertambahan keuntungan yang majoritinya bakal dikaut oleh seorang individu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri.

Berdasarkan situasi pasaran antarabangsa terkini, harga beras di Malaysia sepatutnya lebih banyak rendah, dan kerajaan harus memastikan harga beras turun bagi membantu meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit akibat kenaikan kos sara hidup.

Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar
Naib Pengerusi KEADILAN Kedah

Pakatan Rakyat Johor: Tempoh sidang DUN wajar dipanjangkan

Posted: 24 Feb 2014 04:10 AM PST

KEADILAN DAILY


PR


Negara kita mengamalkan sistem kerajaan Demokrasi Berparlimen atau juga dikenali sebagai sistem Westminister yang berasal daripada Britain. Dalam sistem Demokrasi Berparlimen ini doktrin pengasingan kuasa merupakan tonggak yang mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan memberi perlindungan undang-undang kepada setiap rakyat.

Menurut doktrin ini, Dewan Negeri sebagai badan perundangan bukan sahaja berfungsi menggubal undang-undang untuk negeri tetapi juga berfungsi menyemak dan mengimbangi (check and balance) badan eksekutif. Bagaimana pun, fungsi dan peranan Dewan yang mulia ini semakin terhakis sehingga kadang-kala Dewan dilihat sebagai cop getah (rubber stamp) badan eksekutif atau kerajaan.

Oleh yang demikian, peranan dan fungsi Dewan Negeri haruslah diperkasakan supaya tidak lagi dilihatkan sebagai cop getah tetapi suatu platform untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan betul-betul membawa manfaat kepada rakyat dan masalah rakyat akan dibincang dan diselesaikan melalui platform ini.

Kita perlu sedar bahawa Dewan Negeri Johor merupakan Dewan yang pertama dan paling bersejarah di negara kita yang mana sejarahnya lebih lama daripada Parlimen. Maka Dewan kita ini haruslah menjadi model kepada Dewan-dewan yang lain dan lebih ke hadapan supaya terus menjadi Dewan yang terulung di negara kita.

Usaha untuk memperkasakan Dewan Negeri adalah begitu penting dan haruslah dimulakan dengan secepat yang mungkin. Sebagai langkah pertama kita haruslah memberikan pengiktirafan rasmi terhadap kedudukan ketua pembangkang dalam Dewan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang sewajarnya supaya pengiktirafan ini bukannya sesuatu hiasan tetapi sesuatu tugas rasmi yang dapat berfungsi dengan berkesan.

Salah satu alasan yang mungkin timbul ialah pengiktirafan ini melibatkan proses pindaan Undang-undang Tubuh Negeri yang memerlukan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada Ahli Dewan Negeri (ADN). Kami melihatkan perkara ini langsung tidak menjadi suatu isu di mana ADN Barisan Nasional seramai 38 orang ini telah memenuhi had minimum untuk membuat pindaan Undang-undang Tubuh Negeri.

Tambahan pula, kesemua 18 orang ADN daripada Pakatan Rakyat bersedia menyokong pindaan ini. Dengan kata lain, tiada alasan lain bagi pihak kerajaan untuk menolak cadangan ini dan enggan mengiktirafkan kedudukan Ketua Pembangkang mengikut tradisi berparlimen Westminister.

Pada masa yang sama, kami juga menyarankan supaya masa persidangan Dewan Negeri haruslah diperbanyakkan supaya lebih masa diperuntukkan untuk membahaskan perkara-perkara yang penting dan berkait rapat dengan kepentingan rakyat.

PR_Johor_Kami berpendapat bahawa persidangan satu hari yang memperuntukkan waktu persidangan sebenar yang hanya beberapa jam sahaja tidak dapat mengoptimasikan fungsi dan peranan Dewan Negeri sebagai badan perundangan yang menyemak dan mengimbangi badan eksekutif. Hal ini jelas kelihatan apabila Dewan meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan secara tergesa-gesa tanpa melalui proses perbahasan.

Selain itu, beberapa isu baru-baru ini seperti pemindahan perkampungan orang asli di Gunung Arong, Mersing, projek penambakan laut yang dijalankan di perairan Tanjung Kupang, peristiwa kematian misteri puluhan ribu ikan di perairan Tanjung Kupang, kekontangan sumber air di daerah Kluang dan lain-lain isu yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat juga tidak dapat diperbahaskan dalam Dewan Negeri.

Keadaan seperti ini telah menyebabkan isi hati penduduk yang terbabit dan masalah yang dihadapi mereka tidak diberikan perhatian yang secukupnya.

Pendek kata, persidangan satu hari ini telah memberikan gambaran bahawa persidangan ini diadakan semata-mata untuk bersidang bagi memenuhi kehendak teknikal sahaja, sperti mana yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap.

Ini telah memperkukuhkan lagi gambaran Dewan Negeri hanyalah cop getah (rubber stamp) kepada badan eksekutif yang mana segala yang dihasratkan oleh pihak eksekutif akhirnya akan tercapai dan persidangan Dewan Negeri hanyalah sesuatu proses untuk meluluskannya.

Kami juga amat prihatin dengan desas-desus yang mengatakan bahawa sebuah kasino akan dibina di negeri Johor. Kami mendesak kerajaan Negeri Johor supaya memberikan jaminan kepada semua rakyat bahawa kerajaan Negeri tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di mana-mana pelosok di Negeri Johor.

PR_JohorKita perlu sedar bahawa pembinaan kasino akan membawa impak yang besar kepada sosio ekonomi negara kita secara amnya dan rakyat Johor secara khususnya. Adalah dijangkakan pelbagai masalah sosial yang akan memusnahkan institusi keluarga akan timbul jika wujudnya sebuah kasino di negeri Johor.

Perkara ini tidak seharusnya dipandang semata-mata dari segi keagamaan sahaja. Kegiatan berjudi juga merupakan sesuatu kegitan yang tidak produktif. Dengan kata lain, perjudian tidak dapat meningkatkan produktiviti keseluruhan masyarakat atau tidak dapat menghasilkan sebarang produk sahih yang membawa manfaat kepada masyarakat. Sebaliknya, perjudian akan menyebabkan produktiviti masyarakat kita merosot dan kehilangan daya saing.

Atas sebab-sebab ini, sekali lagi kita mendesak kerajaan Negeri Johor memberi jaminan kepada seluruh rakyat Johor bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di negeri Johor.

YB Hj Aminolhuda Hj Hassan, Pesuruhjaya PAS Johor
YB Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Negeri Johor
Steven Choong, Timbalan Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat

Liza Abdullah sah cerai talak satu

Posted: 24 Feb 2014 04:02 AM PST

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin.
 
Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.
 
Suasana di dalam kamar pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.
 
Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.
 
Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa'adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.
 
Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
 
Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di mahkamah.
 
Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut.
 
Manakala Zolkifli menganggap penceraian itu sebagai ketentuan Allah.
 
"Semuanya selesai dengan baik dan saya tiada komen selain penceraian ini adalah ketentuan Allah," katanya.
 
Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.
 
Liza itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an.
 
Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.

Boleh kah BN atau PR mendapat sokongan 'legitimacy' 2/3 di hari mendatang?

Posted: 24 Feb 2014 03:29 AM PST




Kalau kita fikir-fikirkan, susah hendak kita jangka apa yang akan terjadi atau kesudahan politik negara kita yang masih berkocak ini. Adakah tindakan pembangkang berusaha dengan berbagai-bagai inovasi tindakan politik mereka boleh membawa mereka ke Putrajaya satu-satunya perjuangan yang ada kepada mereka ? Atau UMNO dan BN akan masih kekal menerima mandat rakyat walaupun dengan sokongan yang mengecil?

Inovasi tindakan politik pembangkang khususnya PKR begitu 'sophisticated' dan memaksa pilihanraya kecil Kajang dikatakan salah satu dari percubaan untuk memperkuatkan kabilah mereka ke Putrajaya.

Apa sahaja yang terfikir oleh kepimpinan mereka, akan mereka lakukan walaupun tindakan mereka itu menyusahkan rakyat dan berbagai pihak yang lain. dalam mencuba dan mencuba untuk ke Putrajaya itu, mereka melemahkan parti mereka kerana hasilnya wujud ketidak puasan hati diantara kepimpinan mereka dan timbul bibit-bibit perpecahan didalam parti mereka.

Apabila terlihat bibit perpecahan itu ia mengurangkan keyakinan rakyat terhadap mereka, sedangkan BN sememangnya sudah dipersepsikan sebagai parti yang lemah tetapi menyandang kuasa dalam kerajaan. Justeru apakah kesudahannya? Itulah yang saya sentuh di dalam posting yang lepas.

Jika BN masih kekal dalam beberapa tahun ini ia bermakna Pakatan Rakyat masih akan menjadi pembangkang. Sebaliknya jika Pakatan Rakyat menang ia pasti akan merupakan kemenangan kecil, itu pun jika di campurkan jumlah perolehan kerusi dari ketiga-tiga parti komponen itu.

Maksud saya UMNO akan tetap kekal sebagai parti 'singularly' sebagai parti yang paling banyak representasinya dalam Dewan Legislatif Parlimen. Walaupun jumlah keseluruhan kerusi mungkin berkurangan dari kerusi yang diperolehi oleh PR keseluruhannya. Jika ini berlaku kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan yang lemah kerana tiada satu pun parti-parti dalam PR itu yang boleh menandingi UMNO dengan jumlah kerusi secara individu parti dalam PR itu.

Pendeknya, Jika PR mendapat mandat ia merupakan mandat yang kecil dan tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan yang kuat. Ia akan menjadi seperti UMNO dan BN yang amat payah untuk mentadbir kerajaan dengan berkesan. Dalam sistem politik kita di sini, 'the winner takes all, and the loser looses all' Oleh kerana itu, menukar kerajaan dengan kerajaan minoriti seperti kerajaan BN hari ini tidak akan membawa apa-apa faedah kepada semua pihak.

Oleh itu 'consequence' yang akan kita boleh rumuskan ialah perubahan yang tidak membawa perubahan (the change is no change). Maka kita terpaksa akui yang pihak yang memerintah dengan kekuatan sokongan 2/3 dalam Dewan Legislatif Persekutuan dan Negeri itu amat di perlukan kalau benar-benar hendak melakukan perubahan.

Bolehkah PR dan Anwar Ibrahim mendapat penguasaan 2/3 itu, atau mampukah UMNO boleh bertahan dengan menambah kemenangannya dengan majoriti 2/3 itu? Tidak tahulah kalau ada yang berani mengatakan akan wujud representasi 2/3 jika mana-mana pihak, PR atau BN memenangi pilihanraya nanti.

Tetapi hakikat yang perlu kita akui, tidak akan ada mana-mana pihak akan mendapat kemenangan 2/3 kepada pihak yang menang nanti. Tidak akan ada 'clear victor' jika keadaan sekarang masih wujud dalam politik negara kita. Itu kah yang kita semua mahukan? Kalau itu yang kita mahukan biarkan sahaja keadaan sekarang berterusan.

Di sebaliknya jika kita impikan perubahan yang benar-benar perubahan, apa kah formula terbaik untuk mendapatkan perubahan itu dengan mewujudkan pemerintah yang mempunyai kekuatan 2/3 dalam Dewan Tertinggi Legisltif Negara kita di Parlimen itu?

Kita perlu ingat dinegara ini pemerintahan yang kuat ialah sokongan sekurang-kurangnya sokongan 2/3 dari Dewan Parlimen. UMNO/BN telah lama mengalami kekuatan seperti ini, tetapi kekuatan sokongan dari rakyat itu telah dianggap sebagai kelemahan mereka (rakyat) oleh UMNO dan BN itu. Itulah penyebab kenapa keadaan politik negara ini begitu berkecamuk hari ini.

(bersambung)

Hukum Karpal bersalah, Malaysia jadi negara “bermasalah”

Posted: 24 Feb 2014 03:27 AM PST


karpal



KUALA LUMPUR - Keputusan mahkamah ke atas Karpal Singh Jumaat lalu kembali meletakkan malaysia di bawah perhatian dunia sebagai negara yang 'bermasalah' dalam sistem perundangan, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang menyabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan di bawah Akta Hasutan 1948, berikutan kenyataannya berhubung rampasan kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak oleh UMN)-BN pada 2008.

"Apabila seorang ahli politik dan peguam veteran dihukum kerana menyatakan undang-undang dan meyuarakan pendapat, segala usaha kecil kerajaan untuk memulihkan keyakinan di dalam dan luar negara terhadap sistem kehakiman dan kedaulatan undang-undang punah begitu sahaja.

"Tiada siapa yang menganjurkan kebebasan bersuara secara mutlak dan Karpal tidak melanggar batasan kerana beliau tidak pernah mempersoalkan sistem raja berpelembagaan di Perak dan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Memetik laman The Malaysian Insider, Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) Sabtu lalu menyifatkan keputusan itu sebagai tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa serta tahap kebebasan peguam menyatakan pandangan.

Penasihat Undang-undang ICJ untuk Asia Tenggara, Emerlynne Gil juga dilaporkan berkata, keputusan itu menyampaikan isyarat bahawa peguam di Malaysia tidak bebas menyuarakan pandangan berhubung isu perundangan.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, laporan itu ternyata tidak mengejutkan, ditambah lagi dengan sikap polis dan Pejabat Peguam Negara yang menjalankan 'pendakwaan terpilih' juga tidak membantu memulihkan keyakinan tersebut.

Beliau merujuk beberapa insiden pihak pro-kerajaan yang cuba mencetuskan ketegangan kaum dan agama kebelakangan ini yang masih bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan.

"Adakah reaksi buruk di dalam dan luar negara terhadap keputusan itu akan ditimbangkan dengan serius oleh Kabinet, kerana ia juga bertentangan dengan janji untuk reformasi undang-undang dan ikrar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia 'demokrasi terbaik di dunia'?" katanya lagi.

Mahkamah menetapkan 7 Mac ini untuk menentukan hukuman dan mitigasi bagi meringankan hukuman.

Mengikut akta itu Karpal boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. – Roketkini.com

Batal segera hukuman pindah sekolah terhadap guru kritik PBS

Posted: 24 Feb 2014 03:24 AM PST


lks (3)

KUALA LUMPUR: DAP mendesak Kementerian Pendidikan agar membatalkan segera semua tindakan tatatertib yang dikenakan kepada sejumlah guru yang mengkritik sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang menyusahkan dan memiliki pelbagai masalah.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan, hukuman yang dikenakan kepada guru yang mengkritik sistem itu adalah tindakan jahat untuk menghalang kritikan yang munasabah dalam perkhidmatan pendidikan.

"Tindakan Kementerian Pendidikan menghukum ketua Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari serta guru lain yang tampil mengkritik PBS tidak wajar sama sekali.

"Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu beri perhatian untuk pastikan semua tindakan tatatertib tarhadap mereka dibatalkan. Penggantungan pelaksanaan PBS oleh kementerian sepatutnya diikuti dengan pembatalan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Malah, katanya lagi, guru-guru itu sepatutnya dijemput pihak kementerian untuk sama-sama terlibat dalam penilaian semula PBS yang akan dijalankan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen DAP Serdang Dr. Ong Kian Ming mendedahkan, Mohd Nor Izzat diberi notis 24 jam ke sebuah sekolah di pedalaman Jerantut, Pahang ekoran lantang mengkritik sistem yang mula diperkenalkan kepada murid tahun satu pada 2011 itu.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengeluarkan kenyataan memaklumkan sistem PBS digantung sementara kajian semula terhadapnya dibuat.

Keputusan itu dipercayai dibuat selepas pelaksanaan sistem itu dibantah pelbagai pihak, termasuk SGMM yang mengadakan himpunan protes yang disertai lebih 100 guru, Sabtu lalu.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, masalah itu mencerminkan jurang dan bencana yang bakal menimpa usaha transformasi pendidikan negara yang barasas kepada pelan yang disediakan perunding asing, bukannya pakar pendidikan tempatan.

"Ia antaranya menyebabkan guru menjadi kerani pencatat data, terpaksa bangun pada jam 2-3 pagi untuk masukkan markah, berikutan masalah jaringan atas talian. Ini patut menjadi pengajaran berharga dalam usaha mengubah sistem pendidikan negara," katanya.

Beliau juga meminta Muhyiddin memberi laporan penuh berhubung isu itu kepada Parlimen yang akan bersidang pada bulan hadapan.

PBS mendapat kritikan ekoran pelbagai masalah teknikal, termasuk sistem yang tidak stabil, sehingga menyusahkan guru untuk menggunakannya. -Roketkini.com

Ceramah Anwar Ibrahim di Skudai, Johor malam ini

Posted: 24 Feb 2014 03:21 AM PST

KEADILAN DAILY

24_Feb - Copy (2)
JOHOR BAHRU: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato di program ceramah 'Malam Amal Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat' di Pejabat Pas Gelang Patah, Taman Universiti, Skudai jam 8 malam ini.

Turut dijangka hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP yang juga ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Terdahulu, Anwar menghadiri mesyuarat bersama pimpinan Pakata Rakyat negeri Johor di Taman Tropika, Kulai petang ini.

Penduduk Johor Bahru dan daerah sekitar dialu-alukan hadir.

MCA hanya mahu kuasa & kedudukan – MP Gopeng

Posted: 24 Feb 2014 03:19 AM PST

Azuan Ab Rahman


Dr Lee Boon ChyeKUALA LUMPUR : MCA tidak konsisten dalam membuat keputusan berikutan tindakan parti itu mengubah sebelum ini yang melarang ahlinya dilantik ke jawatan kerajaan.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, keputusan terbaru itu cukup memalukan kerana MCA sendiri harus sedar mereka telah gagal dan ditolak masyarakat Cina pada pilihan raya lalu.

"Ini sangat memalukan. Mereka beri alasan keputusan itu dibuat supaya mereka boleh mewakili suara masyarakat Cina.

"Tapi bagaimana mahu mewakili masyarakat Cina apabila mereka telah ditolak sama sekali?
"Saya anggap ini seperti gila kuasa dan kedudukan dalam kerajaan.

"Jika mereka mahu bawa suara masyarakat Cina, ia boleh dibuat di luar kabinet," kata Lee kepada Keadilandaily.

Menurutnya jika mahu menyuarakan suara masyarakat Cina, pemimpin MCA seharusnya bertegas dengan kerajaan dalam soal rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan.

Kegagalan MCA bertegas dalam hal tersebut kata Lee punca MCA ditolak.

MCA melalui perhimpunan agung parti itu pada 2012 dan EGM yang diadakan pada 20 Oktober 2013 bersetuju resolusi yang menyatakan untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya umum ke-13.

MCA melalui pilihan raya lalu menampilkan prestasi terburuknya selepas hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri yang ditandinginya.

Taib tak campur tangan urusan Sarawak hanya sandiwara

Posted: 24 Feb 2014 03:16 AM PST


zulhaida_suboh_amk_sarawak

KEADILAN DAILY

taib-mahmud
KUCHING: Kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak akan campur tangan dalam pentadbiran negeri selepas persaraannya hanya sandiwara.

Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, kenyataan oleh Abdul Taib yang hanya akan menasihati penggantinya seperti dilakukan ratu England kepada Perdana Menterinya tidak boleh dipercayai.

"Ini sandiwara. Kita tidak patut percaya. Sudah pasti selepas menjadi Yang di-Pertua Negeri dia akan lakukan apa yang dia mahu.

"Jika sebelum ini semasa jadi Ketua Negeri pun banyak salah guna kuasa dilakukannya, kita risau selepas dilantik menjadi Yang di-Pertuan Negeri ia jadi lebih teruk," kata Zulhaidah kepada Keadilandaily.

Katanya banyak laporan salahguna kuasa Abdul Taib termasuk skandal perniagaan melibatkan keluarganya selain penindasan dilakukan terhadap penduduk pribumi di Sarawak.

"Dia mahu samakan dirinya dengan ratu England, sedangkan Taib terpalit dengan banyak skandal (rasuah), salah guna kuasa.

"Dia sebenarnya tidak layak pun menjadi Ketua Menteri Sarawak.

"Sebab itu kita tegaskan dia tidak seharusnya dilantik menjadi Yang di-Pertuan Negeri Sarawak " tegas Zulhaidah.

Abdul Taib memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun melepaskan jawatannya pada 28 Februari ini bagi membolehkannya dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Sallahuddin Abang Barieng yang tamat tempoh perkhidmatannya hujung bulan ini.

Warga asing perlu bayar penuh kos perubatan

Posted: 24 Feb 2014 03:12 AM PST

SINAR HARIAN

Dr Subramaniam S. Subramaniam


PUTRAJAYA - Warga asing bakal dikenakan bayaran kos perubatan sebenar di klinik dan hospital kerajaan tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata pada masa ini warga asing termasuk pekerja dan pelajar yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan menikmati subsidi perubatan antara 30 hingga 40 peratus.

"Dengan pelaksanaan langkah tersebut, kerajaam mampu menjimatkan sehingga RM100 juta setahun yang wang itu boleh digunakan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan dan perubatan di negara ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpuan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian sedang memuktamadkan kos tersebut sebelum dikuatkuasakan.

Beliau turut melancarkan logo rasmi kementerian dengan moto 'Kami Sedia Membantu' yang akan diguna pakai bagi jabatan, institusi, unit dan agensi kesihatan selain urusan surat menyurat dan portal kementerian. 

Dr Subramaniam berkata di beberapa negara Eropah seperti United Kingdom, warga asing perlu memiliki polisi perubatan sendiri yang jika tidak mereka terpaksa menanggung segala kos perubatannya.

Beliau berkata oleh itu rakyat perlu menghargai perkhidmatan kesihatan kerajaan yang memberikan subsidi kepada mereka sehingga 98 peratus.

Sementara itu beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion tahun ini bagi pembangunan hospital dan klinik di seluruh negara merangkumi kos pembinaan blok tambahan baharu dan kerja-kerja menaik taraf.

"Kita cuba menyelesaikan seberapa banyak masalah yang dihadapi oleh hospital. Kita menerima hakikat bahawa kebanyakan hospital perlu di naik taraf dan ia tidak boleh dilakukan sekali gus tetapi secara berperingkat," katanya. - Bernama

Makanan halal dan politik haram

Posted: 24 Feb 2014 03:10 AM PST


Makanan halal dan politik haram
 

SAYA dimaklumkan tentang penganjuran Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014 yang akan berlangsung mulai esok 25 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 25 Februari 2014 selama lima hari di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Teringin sekali saya untuk turut sama meninjau dan melihat sendiri makanan halal yang dipamerkan di dalam ekspo ini tetapi kesihatan saya sedikit tidak mengizinkan. Bahkan mulai hari ini, saya dinasihatkan doktor untuk berehat beberapa hari dan menjalani rawatan rutin. Saya harapkan doa dari saudara-saudara agar Allah SWT memberikan saya kekuatan yang berpanjangan untuk terus berdiri menyampaikan dakwah melalui medan politik di tanah air ini.

Saya suka untuk menulis sedikit berkenaan Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014. Pertamanya, saya rakamkan tahniah kepada penganjur kerana mengambil inisiatif mengadakan ekspo sebegini. Ia satu langkah yang cukup baik dalam mengajak masyarakat khususnya umat Islam agar menyedari kepentingan halal haram di dalam pemakanan seharian.

Halal haram ini bukan ciptaan manusia. Ia hukum yang datang daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW telah menegaskan bahawa perkara yang halal dan haram itu semuanya telah jelas tanpa sebarang syak wasangka. Di dalam pemakanan, sesuatu yang haram yang bersatu dengan darah daging akan membawa akibat yang buruk dan antaranya ialah memayahkan doa untuk dimakbulkan Allah SWT.

Ketika saya diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, aspek halal haram inilah yang kita ketengahkan di dalam pentadbiran. Ia bukannya hanya wujud di dalam pemakanan bahkan di dalam pengurusan ekonomi. Justeru, kita pindahkan wang kerajaan dari perbankan konservatif kepada perbankan Islam agar wang itu menjadi halal dan diuruskan dengan pengurusan yang tidak terlibat dengan ribawi.

Alhamdulillah, pengurusan kewangan berjalan dengan baik dan sempurna sekalipun tidak terlibat dengan riba. Jika makanan yang halal pun enak dimakan, demikian juga pengurusan ekonomi yang halal, tetap menguntungkan dan mendatangkan manfaat. Sesuatu yang halal itu bukanlah susah untuk dicari jika tidak ditutup oleh nafsu manusia yang enggan menerima kebenaran.

Di dalam politik juga begitu. Ada politik halal dan ada politik haram. Masyarakat perlu dididik agar merasa jijik untuk menyentuh politik yang haram sebagaimana mereka jijik untuk menyentuh makanan yang haram. Saya yakin dan pasti, orang Melayu khususnya terdidik agar tidak memakan binatang-binatang tertentu yang dianggap haram mutlak di sisi Islam. Ia dianggap jijik dan sangat hina. Namun sayangnya dalam masa yang sama, rasa jijik terhadap politik haram tidak setinggi rasa jijik terhadap politik yang haram.

Masyarakat wajib diajar bahawa politik menzalimi orang lain itu adalah politik yang haram. Politik menyekat hak kepada pihak yang berhak adalah politik haram, politik mengambil hak yang bukan sepatutnya ialah politik yang haram. Demikian juga politik yang mengambil kesempatan untuk menerima rasuah, salah guna kuasa dan khianat juga adalah politik yang haram. Jika kesedaran ini berjaya ditingkatkan dan masyarakat sedar sepenuhnya, saya yakin pihak yang berdiri di atas asas politik yang haram tidak akan wujud lagi di negara ini.

Kefahaman ini adalah akar tunjang di dalam berpolitik. Jika kefahaman ini berjaya disemai, pohon jahiliyyah yang sekian lama menaungi pastinya akan tumbang juga.

Selamat berekspo dan salam hormat.


DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am Pas
Bekas Menteri Besar Kelantan

'Ini masa kita bangkit semula', kata Zahid

Posted: 24 Feb 2014 03:05 AM PST

SINAR HARIAN

Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi



MELAKA - Anggota dan pemimpin Umno disaran supaya bangkit menyerang persepsi negatif dan dakyah kebencian yang ditanam pihak pembangkang kepada rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional.
 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata budaya kebencian terhadap Umno dan BN telah ditanam oleh pembangkang sejak pilihan raya umum 2008 dengan slogan 'ABU' (Asal Bukan Umno) dan 'ABN' (Asal Bukan BN).
 
"Kita tidak harus berdiam diri sebaliknya menyerang berlandaskan fakta dan hujah yang benar," katanya pada majlis Malam Amal Perdana Bersama Pemimpin di Bukit Katil, di sini malam tadi.
 
Beliau berkata persepsi yang ditanam terhadap Umno dan BN seolah-olah mereka bukan lagi pemegang tampuk kuasa yang relevan.
 
"Apabila kebencian telah ditanam sekian lama, kita mesti berani melakukan hujahan serangan yang bukan bersifat peribadi tetapi berlandaskan fakta-fakta bagi membetulkan persepsi bahawa kita dianggap salah, dengan kebencian yang ditanam dalam kalangan audiens iaitu para pengundi," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat anggota dan pemimpin Umno serta BN yang berdiam diri kerana komitmen dan iltizam yang terlalu tipis dalam melakukan serangan balas kepada pembangkang malahan ada yang 'menambah' kepada perbezaan pendapat itu.
 
"Dengan kuasa yang terhakis di peringkat nasional dan sebahagian negeri-negeri, ini merupakan ujian buat kita dalam perang saraf ini. Pertahanan yang terbaik ialah kita melakukan serangan pula kepada pembangkang," katanya.
 
Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Veteran Unmno Melaka itu dihadiri lebih 1,000 anggota parti termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. - Bernama

EGM MCA boleh gugat calon mereka di Kajang

Posted: 23 Feb 2014 10:58 PM PST

MSO

 
Semalam MCA telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk mendapat mandat ahlinya bagi memansuhkan resolusi diambil sebelum ini dimana semua anggota parti berkenaan tidak dibenarkan menerima jawatan dalam kerajaan atau pun apa-apa jawatan dalam agensi kerajaan.

Keputusan diambil semasa Chua Soi Lek menjadi presiden. Ketetapan itu dibuat kerana MCA menunjukkan pretasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu. Jadi sebagai 'denda' maka MCA tidak boleh menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan. Ekoran ketetapan itu, tidak ada seorang pun wakil MCA dalam kabinet. Malahan seorang wakilnya di DUN Johor dilantik menjadi Exco dikenakan tindakan disiplin.

Tetapi isu anggota berkenaan diselesai 'diluar mahkamah' apabila ia dikatakan adalah atas pemintaan Sultan Johor agar ada wakil MCA ada dalam kerajaan Johor.

Dengan keputusan mesyuarat agung khas hari ini, MCA membenarkan anggotanya menyertai kerajaan semula. Sehubungan itu diyakini dua ahli parlimen MCA akan menyertai kabinet dalam satu rombakan dijangka secepat-cepatnya selepas pilihan raya kecil Kajang nanti atau pun selewat-lewatnya April depan. Mereka ialah Presiden, Liow Tiong Lai dan timbalan Wee Ka Siong.

Kementerian untuk Tiong Lai sudah tersedia iaitu kementerian dipegangnya sebelum ini, Kementerian Pengakutan yang kini disandang oleh Hishmuddin Hussein. Apakah Ka Siong akan memegang jawatan lamanya sebagai menteri pelajaran masih menjadi tanda tanya? Yang pastinya Najib terpaksa membuat percaturan semula untuk memasukkan wakil MCA. Apakah ada menteri atau timbalan menteri digugurkan atau kementerian ditambah?

Ada spekulasi mengatakan MCA akan diperuntukkan tiga jawatan menteri dan empat timbalan menteri. Sebelum ini parti itu mendapat empat menteri dan tujuh timbalan menteri.

MCA atau Liow Tiong Lai berhak membuat ketetapan sesuai dengan polisi dan aspirasi kepimpinannya. Bagaimana pun keputusan dibuat hari ini, menerima semula jadi menteri dan lantikan politik lain tidak mendapat persetujuan semua ahli MCA. Ia juga dilihat satu tindakan tergesa-gesa. Alasan kononnya MCA sukar menyalurkan bantuan kepada masyarakat Cina kerana tiada wakil dalam kerajaan, tidak logik?

Dalam EGM semalam berlaku sedikit kekecohan bila mana ada ahli yang bertindak keluar dewan kerana tidak bersetuju dengan cara undian bagi mendapat ketetapan itu. Mereka yang mahukan pengundian secara rahsia dan bukan deangan cara mengangkat tangan, bertindak keluar dewan. Antara mereka yang keluar dewan ialah Naib Presiden, Chua Tee Yong dan bekas Naib Presiden, Gong Ping Sieu.

Walaupun yang keluar dewan itu minoriti, tetap ia menggambarkan belum ada kebulatan didalam MCA. Protes itu cukup sebagai tanda kepimpinan Liow Tiong Lai masih 'berserabut' dan MCA tidak berada dalam keadaan kuat. Apa yang berlaku hari ini memberi kesan buruk kepada MCA menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang. MCA telah mengumumkan calonnya di Kajang beberapa hari lalu.

Sepatutnya MCA perlu menanti selesai EGM terlebih dahulu sebelum mengumumkan calonnya. MCA patut menyelesaikan masalah dalaman terlebih dahulu sebelum memfokas kepada pilihan raya kecil Kajang. Apabila ia diumumkan calon dan MCA pula dalam keadaan 'gelabu' ia memberi kesan buruk kepada parti berkenaan dan BN.

Sudah pasti kekecohan yang berlaku dalam EGM itu menganggu usaha MCA untuk meraih undi sebanyak mungkin bagi menafikan kemaraan Anwar Ibrahim ke bangunan Sultan Hishmuddin Abdul Aziz di Shah Alam.

Tindakan mengadakan EGM semalam tidak patut setelah nama calon diumumkan. Sepatutnya EGM itu ditangguh sehingga selesai pilihan raya kecil Kajang. EGM itu juga seperti dibuat tergesa-gesa untuk membolehkan Tiong Lai dan Ka Siong cepat masuk kabinet. Walaupun beliau menafikan sebaliknya, tetapi hakikatnya semua orang sudah tahu, itulah tujuannya.

Mungkin ahli MCA yang keluar dewan daripada EGM itu memahami akan kehendak nafsu Tiong Lai dan timbalannya Wee Ka Siong ini. Tiong Lai dan Ka Siong yang pernah menjadi menterti dan timbalan menteri mungkin tidak selesa apabila mereka hidup sebagai ahli biasa tanpa memiliki apa-apa fasaliti sebagai anggota kabinet. Orang biasa duduk atas bantal tidak akan selesa bila kena duduk atas bangku.

Kesimpulannya alasan yang diberikan itu kononnya untuk membantu masyarakat Cina, hanya cerita kosong sahaja, tetapi yang benarnya kedua mereka itu khasnya mahu hidup glamour sebagai menteri kabinet. Orang-orang Cina yang berada atas pagar dan merasa teraniaya oleh permainan politik Umno selama ini akan menolak persepakatan baru itu dan kesannya akan menimpa kepada calon BN di Kajang, Chew Mei Fun

MB: Isu pemilihan Ahli Majlis PBT selesai Mac ini

Posted: 23 Feb 2014 10:48 PM PST

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM : Isu pemilihan semula ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan dijangka selesai pertengahan Mac depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata perlantikan semula ahli majlis itu membabitkan dari PKR sahaja manakala bagi PAS dan DAP sudah selesai.

Abdul Khalid"Ini hanya PKR. Kita minta PKR memberikan nama-nama cadangan untuk dilantik bagi menambah ahli majlis.

"Setakat ini, dalam senarai PKR, jumlahnya seramai 120 orang, seramai 80 orang sahaja yang sudah selesai manakala 40 orang lagi masih dicadangkan" kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan bulanan, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 42 ahli majlis tidak dilantik semula pada penggal baru ini.

Abdul Khalid berkata pihaknya sudah meminta PKR untuk menyenaraikan nama yang sesuai dan berkelayakan menjadi ahli majlis.

Semalam, Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri membuat perlantikan semula ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan kelayakan pendidikan dan kesimbangan penyertaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wanita.

Untuk rekod, PKR mengemukakan 120 nama (ahli PKR) untuk dilantik menjadi ahli majlis.

Sementara Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad mengemukakan 67 nama (ahli PAS) dan Datuk Teng Chang Kim mengemukakan 92 nama (ahli DAP) untuk tujuan yang sama.
Seramai sembilan Orang Besar Daerah turut dilantik untuk jawatan itu. EZY

MB: Kedudukan kewangan Selangor kukuh, meningkat kepada RM2.8 bilion

Posted: 23 Feb 2014 10:46 PM PST

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM : Kedudukan kewangan Selangor sehingga Januari 2014 terus mencatatkan peningkatan berbanding 2009 apabila Kumpulan Wang Disatukan sehingga 31 Januari 2014 memperolehi sebanyak RM2,872 juta.

Ia selepas mengambil kira Akaun Hasil Disatukan iaitu sebanyak RM1,073 juta dan Akaun Amanah Disatukan iaitu sebanyak RM1,798 juta.
Abdul Khalid MBPerkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perhimpunan bulanan yang dikelolakan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS).

Abdul Khalid berkata selain itu, kutipan hasil sebenar pada 2013 menunjukkan peningkatan sebanyak RM195 juta atau 9.98 peratus menjadikan hasil sebenar dikutip sebanyak RM2,149 juta berbanding kutipan hasil tahun 2012, iaitu RM1,954 juta.

Katanya, peningkatan hasil itu disebabkan peningkatan bayaran premium tanah yang dikenakan berdasarkan nilai pasaran semasa selain pelaksanaan kaedah bayaran premium nominal sebanyak RM1,000 atau potongan 30 peratus jika dibayar dalam tempoh enam bulan.

"Perbelanjaan 2013 mencatatkan peratusan berbelanja sebanyak 94 peratus iaitu RM2,240 juta berbanding anggaran perbelanjaan berjumlah RM2,392 juta.

05"Peningkatan utama jumlah perbelanjaan ini adalah kerana pengambil alihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) pada pertengahan 2013.

"Bagaimanapun, KDEB dijangka akan membayar semula tahun ini," katanya dalam ucapannya di perhimpunan bulan itu.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman ; Speaker Dewan Undangan Negeri, Hannah Yeoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi.

Abdul Khalid menjangkakan bagi 2014, momentum ekonomi negeri Selangor dijangka tidak banyak berubah dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK) pada kadar 6.1 peratus.

"Bagi meningkatkan KDNK itu, Kerajaan Negeri mahu mengamalkan disiplin fiskal yang tegas bagi memastikan pengurusan kewangan dilakukan dengan berhemat, berintegriti dan 'value for money'," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Khalid menyeru kepada penjawat awam supaya menerapkan amalan sikap berbelanja secara berhemat sejajar dengan arahan dalam Pekeliling Belanja Berhemat PNS yang dikeluarkan.

"Dalam tempoh dua tahun akan datang, dalam perakaunan negeri akan mula direkodkan secara terus yang mana semua aset yang direkod dapat dipantau.

"Setakat ini, Kerajaan Negeri berjaya mengumpulkan beribu ekar tanah milikan kerajaan yang mana sebelum ini kita tidak tahu ia milik kita," katanya.EZY

Kalau PERKASA Bukan Binatang UMNO, Kembalikan Wang Yang Kamu Terima!

Posted: 23 Feb 2014 10:41 PM PST


KELAB GREENBOC
 
 
Irwan: PERKASA bukan binatang untuk dijinakkan

Ketua Wira NGO pendesak Melayu PERKASA Irwan Fahmi Ideris membidas MP Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa NGO itu "alat bagi Umno" dengan menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai "bodoh sombong".

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Irwan menegaskan NGO itu ditubuhkan antaranya untuk mempertahan Islam, hak keistimewaan Melayu dan memperkasa kedaulatan Raja Melayu serta tidak memerlukan sesiapapun untuk dijinakkan.

Irwan turut menempelak Nur Jazlan yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya tutup mulut jika berpolitik atas dasar kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan agama.

"PERKASA bukan binatang untuk dijinakkan. Beliau harus faham akan matlamat PERKASA ditubuhkan.

"PERKASA tidak pernah memanggil atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai PERKASA tetapi ada pelbagai alasan kenapa ahli Umno tersebut menyertai PERKASA," katanya.

Irwan mengulas kenyataan Nur Jazlan dalam temubualnya akhbar mingguan The Heat yang mendakwa NGO itu sebagai "taktik pemesong" untuk Umno melibatkan isu tertentu.

Dalam kenyataannya petang ini, Irwan mendakwa Umno tidak mampu lagi membela nasib orang Melayu seratus peratus dan sikap pemimpin Umno itu termasuk Nur Jazlan mengundang kekecewaan mereka.

Sebaliknya, Irwan berkata Nur Jazlan sepatutnya memikirkan isu yang lebih membawa kebaikan dan keuntungan kepada Melayu itu sendiri dan tidak menunding jari terhadap kaum Melayu yang sama.

"Jika masih ada lagi pemimpin yang masih bodoh sombong seperti beliau, kami Wira Perkasa Malaysia merasakan Umno bakal menghadapi hari yang kelam dalam menghadapi PRU yang ke 14 nanti.

"Orang Melayu sekarang sudah tahu menilai bukan lagi boleh digula- gulakan.

"Justifikasikan bagaimana orang Melayu dan Pribumi dapat bersatu dalam mengekalkan kuasa orang Melayu yang dominan bukan mencari jalan untuk memusnahkannya," kata Irwan. -mk

PERKASA akui terima bantuan MKN, BTN, JASA

NGO pendesak PERKASA mengakui bahawa tiga agensi utama kerajaan – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyalurkan bantuan kepada pertubuhan berkenaan bagi menjayakan programnya.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.

Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan PERKASA untuk mengantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.

Beliau berkata, Isa membuat kenyataan tidak bertanggungjawab apabila menyatakan bahawa PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini.

"Perkasa harap Tan Sri Isa dpt senaraikan jumlah bantuan diberi kpd Perkasa untuk jayakan program selama ini. Berapa banyak? Berjuta-jutakah? Berbilion-bilionkah?," katanya dalam satu kenyataan.

"Begitu juga dakwaannya bahawa agensi-agensi kerajaan bantu PERKASA. Kami tak nafikan ada agensi seperti MKN, BTN dan JASA bantu PERKASA untuk jayakan beberapa program terpilih yang mana pada PERKASA tidak lebih yg diberi kepada NGO lain termasuk NGO kaum Cina dan India.

"Bantuan seperti pemberian kepada anak kecil itu usahlah diungkit-ungkit.

"Kalau nak banding apa yang PERKAS dah laksanakan untuk menarik sokongan balik Melayu kepada BN, apalah sangat jumlah bantuan yang agensi itu beri," katanya.
- mk (23/12/2013)

ULASAN GB

Jika PERKASA bukan binatang dan bukan alat UMNO, sepatutnya PERKASA memulangkan semula wang bantuan yang diterima dari agensi utama kerajaan UMNO BN iaitu MKN, BTN dan JASA.

Wang yang diterima oleh PERKASA itu sebenaranya adalah wang rakyat yang telah disalahgunakan oleh UMNO BN untuk mendanai aktiviti perkauman PERKASA.

Oleh kerana wang yang disalurkan kepada PERKASA itu wang rakyat, sepatutnya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memeriksa dan mengaudit akaun PERKASA, untuk apa wang yang telah disalurkan itu digunakan.

Sebelum ini GB sudah mengulas. Petikan:

Pakatan Rakyat perlu membuat laporan polis dan SPRM terhadap isu ini untuk tujuan rekod.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Segalanyanya terbongkar kini. UMNO BN menggunakan wang rakyat untuk disalurkan kepada PERKASA dan NGO yang lain bagi membantunya menghadapi PRU14 nanti.

Namun, yakinlah, setiap penyalahgunaan wang rakyat akan lebih cepat menamatkan riwayat UMNO BN kerana tindakan sedemikian tidak akan sekali-kali direstui rakyat.

Namun perbuatan salahlaku berkenaan wajar didedahkan dan mereka yang terlibat wajar menerima hukuman.

Anwar: Liow, jangan cakap macam KP Umno

Posted: 23 Feb 2014 10:35 PM PST



MALAYSIAKINI
Calon PKR DUN Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana menyerangnya dengan mendakwa ketua pembangkang itu 'dalang' utama Operasi Lalang sedangkan beliau tidak menyerang pemimpin MCA itu.

Dalam ceramahnya di Taman Damai Jaya, Cheras semalam Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata Liow tidak perlu bercakap macam "ketua Pemuda Umno" dengan melakukan serangan itu.

"Sebab dia tak berani tegur (Tun) Dr Mahathir, menteri dalam negeri adalah Dr Mahathir, perdana menteri pun Dr Mahathir.

"Tidak berani 'sentuh' Mahathir, semua serang saya. Kempen baik-baik sudahlah, buat apa kamu (jadi) presiden MCA cakap macam ketua Pemuda Umno, tak payahlah," kata Anwar yang juga bekas menteri kewangan.

Pada 14 Februari lalu, Liow mendakwa Anwar 'dalang' utama Operasi Lalang, yang menyaksikan kira-kira 108 pemimpin pelbagai parti politik ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akhbar ditarik permit penerbitan.

Dalam ceramahnya juga, Anwar yang juga ketua umum PKR mahu bersaing secara baik dengan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dalam pillihan raya kecil DUN itu 23 Mac depan

Tak maki, cerca

Dalam komen pertama Anwar terhadap lawannya itu, Anwar yang juga ketua pembangkang mahu kempen dijalankan baik tanpa maki hamun dan cerca-mencerca antara satu sama lain.

"Saya ucap tahniah kepada dia kerana diangkat sebagai calon MCA dan kita boleh bersaing secara baik.

"Tak payah maki hamun tak guna, jadi tak apa bila MCA pilih dia. Kita lawan dengan baik dalam pilihan raya," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Chew yang melepaskan jawatan ketua Wanita MCA pada 2010, diumumkan sebagai calon BN bagi menentang Anwar 23 Mac depan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu.

Chew juga melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri selepas berjanji untuk berbuat demikian sekiranya Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi presiden parti, ekoran skandal seksnya.

Beliau kemudiannya terpilih semula sebagai naib presiden MCA selepas Chua melepaskan jawatannya tahun lalu.

Siapa pula timbalan ketua menteri Sarawak?

Posted: 23 Feb 2014 10:29 PM PST

MALAYSIAKINI





Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud secara peribadi memilih Adenan Satem sebagai penggantinya.

Soalan seterusnya, siapa pula pilihan Adenan sebagai timbalan ketua menteri (TKM)?


Adakah Abang Johari Openg (kanan), timbalan presiden PBB dan menteri pelancongan dan perumahan Sarawak; atau Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing, menteri kanan yang memegang portfolio pembangunan tanah?

Atau mungkinkan kedua-dua mereka?

Terdapat sebuah lagi kekosongan untuk kerusi TKM selepas bekas presiden parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) George Chan hilang kerusi Piasau pada pilihan raya negeri 2011.

Taib tidak melantik pemimpin dari SUPP ekoran parti itu kalah di kesemua kawasan majoriti Cina, kecuali di dua tempat sahaja.

Spekulasi muncul bahawa Adenan akan melantik Abang Johari.

Ia antaranya bagi menyenangkan penyokongnya dan orang Melayu yang tidak puas hati dengan keputusan Taib memilih Adenan berbanding Abang Johari sebagai ketua menteri baru.

Seperti Adenan, Abang Johari sentiasa setia dengan Taib sejak beliau menjadi ketua menteri pada Mac 1981, lebuh 30 tahun lalu.

Daripada aspek kebijaksaan, kedua-dua mereka tidak kalah antara satu sama lain.

Bagaimanapun Abang Johari dikatakan mempunyai kelebihan ekoran sokongan akar umbi yang kuat, tidak kira sama ada Melayu ataupun Dayak.

Tetapi kenapa agaknya Taib tetap memilih Adenan?

S'gor catu air mulai esok

Posted: 23 Feb 2014 10:26 PM PST

 
MALAYSIAKINI
 
 
Catuan air di Selangor akan bermula esok dan penumpuan akan diberikan kepada kawasan-kawasan bermasalah, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan negeri juga telah berbincang berhubung peranan yang perlu dilakukan PBT dalam menangani masalah air di Selangor, katanya melalui pesanan Twitter sebentar tadi.

Akhbar web Selangor melaporkan, program penjadualan air di seluruh Selangor itu menggunakan sistem penggiliran antara dua zon setiap dua hari.

Ia menumpukan kepada kawasan yang terkesan akibat penutupan empangan yang tercemar baru-baru ini.

"Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bulan akan datang," Khalid dipetik sebagai berkata oleh Selangorkini.

Khalid berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri, di Shah Alam.

Beliau juga menjelaskan, penjadualan itu dijangka berakhir Mac depan selepas taburan hujan konsisten dan kapasiti air di empangan negeri itu bertambah.

Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat melibatkan kira-kira 27,000 rumah akibat Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ditutup sejak Januari lalu.

Selain itu, 75000 rumah juga terputus bekalan ekoran pertambahan permintaan air mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan.

Penduduk Balakong Minta Kerajaan Pusat Tangani Krisis Air

Posted: 23 Feb 2014 04:11 PM PST

alt

Alif Mustapha 


KAJANG  - Penduduk Balakong yang menderita akibat ketiadaan air selama 2 minggu dilihat mempersoalkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sekalipun kawasan tersebut diperintah DAP bersama Pakatan Rakyat (PR).

Salah seorang penduduk di Taman Impian Ehsan Ridzuan Hussein turut berkata, kerajaan persekutuan dan negeri perlu duduk berbincang bersama mengatasi penderitaan rakyat.

"Mana slogan BN 1Malaysia? Kita di sini berbilang bangsa, rakyat disini ibarat pengemis air. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tolong turun padang. Mungkin SYABAS dengan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) tiada kerjasama jadi kami minta kedua-dua kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri duduk berbincang bersama. Tak kira kerajaan BN atau PR perlu duduk berbincang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Rakyat News ketika bersama kurang 15 orang lain dalam demonstrasi aman persoal SYABAS di laluan masuk Taman Impian Ehsan disini semalam.

Sementara menurut wakil penganjur demonstrasi Pau Wong memberitahu, mereka tidak mewakili mana-mana parti melainkan penduduk setempat.
 
alt
 
"Kita akan berada disini tiap-tiap hari bermula jam 6.30 petang, sampai ada air. Kita disini mewakili penduduk dan bukan daripada parti politik," ujar beliau.

Dalam pada itu seorang lagi penduduk Haridas A/L Manikam menafikan saranan pakar supaya tidak mengambil sumber air di laluan masuk taman berkenaan kerana mengandungi pencemaran selain penyebab kepada masalah kulit. Malah beberapa pihak juga mendakwa penganjuran demonstrasi di lokasi tersebut dikatakan sengaja dipilih bagi meraih sokongan 'percuma'.

"Cakap ada 'chemical' tapi kami disini hidup sudah 13 hari," ujar beliau.

Sebelum ini Pengerusi Penduduk Zainal Abidin Zainudin berpendapat menunaikan solat hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan adalah tindakan yang lebih baik berbanding mengadakan demonstrasi jalanan. [ARTIKEL BERKAITAN]

Demonstasi mempersoal SYABAS dalam menangani masalah krisis air di negeri itu dilihat tidak mendapat sambutan berikutan hanya disertai peserta yang dipercayai penyokong ADUN kawasan terbabit bagi mencari helah untuk menyalahkan SYABAS.
 
alt
 
Lantas itu beberapa orang peserta daripada kawasan berdekatan terpaksa 'diimport' atas tiket semangat solidariti dan meramaikan peserta.

"Saya sakit dan tak patut datang. Tetapi saya datang juga untuk memberi sokongan kepada penduduk Taman Impian Ehsan. Rakyat sendiri mesti mahu keluar (tunjuk perasaan), tunjuk suara mereka," kata Wong Ken Man, penduduk Desa Baiduri yang turut memakai baju 'Himpunan Hijau'.

Bila kanak-kanak tanpa kerakyatan akan dapat pembelaan Putrajaya, tanya aktivis

Posted: 23 Feb 2014 04:06 PM PST

Oleh JENNIFER GOMEZ


Kanak-kanak tanpa kad pengenalan dinafikan hak di negara ini, kata N Surendran. Gambar fail.Kanak-kanak tanpa kad pengenalan dinafikan hak di negara ini, kata N Surendran. Gambar fail. 

























Berumur 13 tahun, Hemarani dari Tanjung Sepat, Selangor, tidak mempunyai kerakyatan yang sah dan mempunyai masalah jantung tetapi apa yang bermain di fikirannya ialah adakah dia boleh mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan.

Dia bersekolah di sebuah sekolah Tamil dekat rumahnya, manakala keluarganya tidak mempunyai pekerjaan tetap, terpaksa membelanjakan antara RM400 hingga RM500 setiap kali mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana tidak layak mendapatkan rawatan percuma kerajaan.

Masalah Hemarani, bersama kira-kira 150,000 kanak-kanak tanpa kerakyatan di Malaysia, diketengahkan oleh NGO Suara Kanak-kanak (VoC) dalam satu tayangan dokumentari di Kuala Lumpur, dua hari lalu.

Ahli politik dan aktivis, N Surendran, berkata dokumentari bertajuk "Tanpa kerakyatan: Kanak-kanak yang dilupakan" menunjukkan cerita kanak-kanak yang sangat mengusik jiwa; yang tidak mempunyai kad pengenalan dengan pelbagai sebab, dinafikan hak untuk mendapatkan pelajaran dan khidmat kesihatan serta dipinggirkan oleh pihak berkuasa yang kurang kehendak politik untuk menyelesaikan masalah ini.

"Mereka juga dieksploitasi, diganggu dan didera oleh pihak berkuasa. Ia adalah polisi kerajaan persekutuan untuk pengabaian sengaja.

"Mereka tahu masalah itu, mereka ada jalan penyelesaian tetapi enggan menyelesaikannya," katanya kepada The Malaysian Insider sebelum tayangan dokumentari itu.

Surendran berkata, kanak-kanak tanpa kerakyatan dan ibu bapa mereka menjadi "masalah terselindung rakyat Malaysia" oleh Putrajaya walaupun ia adalah satu masalah yang serius dan memberi kesan besar terhadap masyarakat.

"Kanak-kanak ini tidak berpeluang mendapat pendidikan sempurna, jika mereka masuk ke dalam sistem persekolahan kebangsaan sekalipun, mereka perlu mendaftarkan diri sebagai warga asing dan bayar levi.

"Dan mereka tidak dapat masuk ke universiti," katanya.

Pengarah VoC, Dr Hartini Zainudin dan juga pengasas Yayasan Chow Kit yang bercakap daripada pengalaman peribadinya, berkata beliau mengaitkan masalah itu dengan kisah beliau mengambil anak angkat yang kini berumur 6 tahun bernama Zara.

Katanya, beliau menemui Zara ketika berumur dua bulan dalam satu kumpulan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

Beliau tidak tahu asal usul kanak-kanak yang disayangi itu, termasuk dari mana dia datang. Dan walaupun beliau adalah aktivis yang sudah lama memperjuangkan hak kanak-kanak, Hartini bimbang dengan masa depan anaknya.

"Saya sudah biasa dengan kerja seperti ini, tetapi dalam kes ini, saya tidak rasa saya boleh berdiam, saya tidak akan boleh menerima keadaan itu," katanya.

Fitrah (bukan nama sebenar), 22, sangat tahu kesukaran yang bakal dihadapi kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Dalam kesnya, ibu bapanya lari dari selatan Filipina pada 1976 ketika perang di sana dan menjadikan sebuah kampung di Sabah sebagai kediaman mereka.

Tetapi oleh kerana dia tidak mempunyai dokumen, Fitrah ditangkap dan dibawa ke kem untuk warga asing tanpa permit kerja beberapa tahun lalu. Dia ditahan di situ selama sebulan sebelum dihantar pulang ke Filipina, di mana dia tidak mempunyai keluarga atau rakan.

Sebulan selepas itu, dia berjaya pulang semula ke Sabah menaiki bot untuk bersama keluarganya, tetapi setiap hari, dia hidup dalam ketakutan kerana bimbang ditangkap dan dihantar ke Filipina sekali lagi.

Surendran berkata, pemeriksaan tahun lalu menunjukkan terdapat kira-kira 49,000 kanak-kanak tanpa kerakyatan di semenanjung Malaysia, dengan lebih 80% daripada mereka adalah kaum India.

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan bahawa terdapat 50,000 dewasa dan kanak-kanak tanpa dokumen di Sabah.

Beliau berkata, hampir setiap hari beliau akan menerima panggilan telefon daripada ibu bapa meminta bantuan menyelesaikan masalah tiada dokumen, tetapi beliau tidak dapat membantu kerana penyelesaian berada di tangan kerajaan memerintah.

"Hakikatnya, hanya Putrajaya boleh menyelesaikan masalah ini kerana JPN berada di bawah Kementerian Dalam Negeri. Dengan menyelaraskan polisi kanak-kanak tanpa kerakyatan, mereka dengan mudah dapat memberikan kanak-kanak itu dnegan dokumen yang diperlukan dan kerakyatan," katanya.

Surendran berkata, jaminan perlembagaan ialah dilarang mana-mana anak dijadikan tiada kerakyatan di Malaysia kerana Artikel 14 menyatakan anka yang dilahirkan dalam negara menjadi rakyat dengan undang-undang "hanya jika salah seorang ibu bapa adalah rakyat atau penduduk tetap di Malaysia
pada waktu anak dilahirkan", atau anak itu "tidak dilahirkan sebagai warganegara mana-mana negara".

"Bila kita ke JPN dengan kes ini, mereka enggan menyelesaikannya, dan sering memberikan alasan sedangkan dengan jelas, penyelesaian berada pada mereka," katanya.

Surendran mengaitkan kes K Sarojini – masalah tiga generasi bermula nenek, anaknya yang sudah dewasa dan cucu semuanya tiada kerakyatan – dibawa ke mahkamah selepas rayuannya kepada JPN tidak dilayan.

"Hanya selepas perkara itu dibawa ke mahkamah, Kementerian Dalam Negeri menawarkan penyelesaian dan mengeluarkan kad pengenalan kepada mereka.

"Tapi mustahil untuk kami bawa semua kes seumpama itu ke mahkamah hanya untuk mendapatkan perhatian mereka," katanya.

Dalam kes itu, Letchumy, 70, dan dua anak perempuannya, Mala, 45, dan Sarojini, 33, mendapatkan perintah mahkamah untuk membolehkan JPN mengeluarkan kad pengenalan biru (MyKad) kepada mereka selepas beberapa kali permohonan ditolak kerana didakwa mereka bukan warganegara di sisi undang-undang.

Letchumy, yang dilahirkan di Tanjung Sepat, Selangor hanya menerima taraf penduduk tetap (PR) tahun lalu, ketika beliau memfailkan kerakyatan pada 2008.

Tuntutannya untuk mendapatkan kewarganegaraan, bagaimanapun, JPN menafikan dan enggan mengambil kira latar belakang tempat kelahirannya.

Tetapi, selepas dicabar secara undang-undang dan difailkan di mahkamah, JPN mengeluarkan MyKad kepada mereka.

Peguam Sarojini, Eric Paulsen, yang hadir pada majlis tayangan dokumentari itu berkata, sebelum permohonan itu difailkan di mahkamah, keluarga itu beberapa membuat permohonan kepada JPN dalam tempoh 20 tahun lalu, dan dalam surat menolak permohonan itu, JPN sangat "sombong".

"Surat JPN berkata bukan sahaja permohonan mereka ditolak, mereka beritahu supaya jangan susah-susah memfailkan lagi permohonan," kata Paulsen.

Paulsen berkata, beliau juga keliru dengan cara Kementerian Dalam Negeri yang boleh memberikan taraf kewarganegaraan kepada kira-kira 4,000 hingga 5,000 individu berasal dari Cina dan India sebelum pilihan raya umum lalu, tetapi tidak boleh menggunakan polisi yang sama pada waktu lain.

Pengerusi VoC, Sharmila Sekaran, bagaimanapun berharap Putrajaya akan mengambil tindakan, kerana kesannya amat besar jika penyelesaian segera tidak dilakukan kerana masalah membabitkan kanak-kanak tanpa kerakyatan di Malaysia semakin membesar.

Beliau berkata, isu hak asasi manusia bagi seseorang tanpa kerakyatan berisiko tinggi dalam bentuk liabiliti ekonomi dan masalah sosial.

Menggesa Putrajaya untuk menangani isu itu, Sharmila berkata:"Kami hanya mahu kanak-kanak tanpa kerakyatan ini diberikan dokumen, negara yang boleh dipanggil rumah dan peluang untuk sebuah kehidupan, tetapi dengan jelas kerajaan tidak mempunyai keinginan politik untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini, kami ada ke Kementerian Dalam Negeri membawa 16 kes kanak-kanak tanpa kerakyatan dan mereka diberikan sijil kelahiran tahun lalu.

"Walaupun dokumen sijil kelahiran itu menyatakan mereka bukan warganegara, kami difahamkan bahawa ia adalah laluan untuk mendapatkan kewarganegaraan, tetapi ini nampaknya tidak menjadi kes kementerian sekarang," katanya.

Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masanya untuk patah balik dan merangka semula kerja bersama Kementerian Dalam Negeri untuk mencari jalan penyelesaian membabitkan rakyat tanpa negara.

Beliau berkata, apa yang VoC minta pada masa ini ialah kanak-kanak berkenaan diberikan dokumen sebagai permulaan, sebelum taraf kewarganegaraan.

"Kita faham bahawa ada keperluan untuk proses pengesahan sebelum kerajaan memberikan kewarganegaraan.

"Jadi kami mengusulkan supaya kanak-kanak ini diberikan dokumen pengenalan dahulu, sementara proses pengesahan berjalan," katanya

Isu rasuah Terengganu: Pembangkang bidas MB

Posted: 23 Feb 2014 03:54 PM PST


Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi


SHAH ALAM - Pembangkang di Terengganu membidas kenyataan Menteri Besar Terengganu yang mendakwa tindakan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan projek kerajaan di negeri itu sebagai permainan politik.

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, perkara itu bukan dilakukan berdasarkan suka-suka tetapi telah membuat kajian sekaligus memastikan rakyat di negeri terbela.

Beliau juga berkata, akan ada individu yang dikaitkan dengan enam aduan yang dilakukan terhadap SPRM serta dikenakan tindakan.

"Kita jalankan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat, dan atas dasar prihatin.

"Kita bukan buat untuk sekadar tujuan politik seperti yang dinyatakan Ahmad Said. Kita telah lakukan dengan bersungguh melalui dokumen yang kita serahkan kepada SPRM.

"Dan kita berkeyakinan penuh ada pihak yang akan disiasat oleh SPRM setelah kita serahkan dokumen yang diperlukan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, media melaporkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau sedia disiasat SPRM berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan di Terengganu sekaligus menyifatkan pembangkang hanya menggunakan itu sebagai permainan politik.

"Saya sedia disiasat SPRM...saya serahkan kepada SPRM untuk selesaikan masalah ini," kata kepada pemberita selepas merasmikan masyuarat agung Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini, Sabtu.

Penggantungan Adun Bukit Naning urusan dalam Umno

Posted: 23 Feb 2014 03:52 PM PST


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

SHAH ALAM – Tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib tidak boleh menjejaskan statusnya sebagai Adun Bukit Naning meskipun beliau dikatakan terlibat dengan politik wang pada pemilihan parti itu, November tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaan Adun Naning tersebut adalah urusan dalaman parti dan ia tidak akan memberi kesan kepada statusnya sebagai wakil rakyat.

"Selagi beliau (Saipolbahri) tidak dikenakan tindakan mahkamah sama ada denda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, status beliau sebagai Adun Naning itu tidak terjejas.

"Malah jawatan itu kekal selagi mana beliau tidak meletakkan jawatannya dan kerusi Naning itu tidak diisytiharkan kosong oleh Speaker Dun Johor," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng pada minggu lalu yang mendesak Adun Bukit Naning itu meletak jawatan selepas digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November lalu.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan membawa perkara tersebut kepada pihak berwajib.

"Anggota PKR Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan, Ahad lalu.

Pada 10 Februari lalu, laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Johor mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

Penggantungan keanggotaan Saipolbahri disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Mohd Jais Sarday.

Empat lain yang turut digantung keanggotaan adalah Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon.

Pakatan perlu menang di Kajang

Posted: 23 Feb 2014 03:45 PM PST



Oleh Abd Shukur Harun 


SETELAH  tercetus isu pilihan raya kecil Kajang dan sebab utama mengapa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Dun tersebut akhirnya semakin terdedah dan mulai difahami oleh rakyat, walaupun bukan semuanya. 

Kenyataan dua ahli Parlimen daripada PAS dan KeADILan – Ir Khalid Samad dan Rafizi Ramli telah mendedahkan sebab-sebab Dun Kajang itu dikosongkan dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun tersebut. Hal ini juga diperkatakan oleh beberapa pihak mengenai pentadbiran kerajaan Negeri Selangor dan masalah yang dihadapinya.

Tidaklah memeranjatkan bahawa sudah lama kedengaran pelbagai usaha Umno, khususnya melalui gerakan dalaman dalam pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk melumpuhkan kerajaan Pakatan Rakyat itu. Maka itu, Pakatan Rakyat, khususnya KeADIlan, mengambil langkah segera untuk menyelamatkan keadaan.

Kenyataan Khalid itu telah menjelaskan segalanya bahawa usaha berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor telah disedari dan tidak boleh dibiarkan. Ini, katanya, menjadi punca KeADILan meletakkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang untuk bertanding di kerusi Dun Kajang.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Pakatan perlu menang di Kajang Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum KeADILan itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Ancaman Umno kini, katanya, pada tahap maksimum. Oleh itu tidak boleh dibenarkan Selangor dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Oleh itu, kata Khalid, dengan kemenangan Pakatan di Kajang nanti, insya-Allah, maka Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun dan boleh jumpa pegawai kerajaan untuk menghalang sabotaj.

Beliau berkata, Umno kini dipercayai sedang mengukuhkan usaha mereka dalam cubaan merampas Selangor melalui pelbagai cara. Ada projek kerajaan negeri yang tidak bergerak, ada projek tergendala, antaranya beberapa projek kerajaan negeri yang tidak bergerak walaupun bajet sudah diluluskan.

Kata Khalid, begitu juga dengan urusan tanah di Selangor dan sebagainya. "Ini semua kerja mereka yang sedang berlaku atas sebab tertentu untuk menghalang keberkesanan dan akhirnya rakyat jadi marah kepada kerajaan Selangor. Ini persoalan yang perlu ditangani," katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam baru-baru ini.

Rafizi sebagai Pengarah Strategi KeADILan, senada dengan Khalid bahawa kerajaan Pakatan Rakyat perlu menguatkan kubunya di Selangor supaya boleh mempercepatkan pelaksanaan reformasi pro-rakyat dan pada masa yang sama mematahkan serangan politik dan adu domba Umno di Selangor.

Mengenai apakah MB sekarang, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB atau tidak, Rafizi menjawab, pada masa ini diperlukan dulu mengambil langkah politik untuk menyekat permainan politik Umno, terutamanya yang bersabit isu perkauman dan agama.

Usaha berterusan Umno, dengan pelbagai cara, untuk merampas kembali negeri Selangor yang disifatkan sebagai 'permata mahkota' itu sudah tidak menjadi rahsia lagi sebenarnya.

Maka itu perihal PRK Kajang ini di mana Pakatan meletakkan tokoh politik 'heavy weight', Anwar sebagai calon Pakatan di sana dianggap sebagai usaha besar dan sangat perlu bagi Pakatan untuk usaha mempertahankan Selangor.

Dalam hubungan ini, penjelasan sepenuhnya daripada Pakatan kepada rakyat sangat perlu justeru hingga kini masih ramai yang keliru dan bertanya apa perlunya diadakan PRK Kajang itu yang dianggap membazir pada ketika rakyat diseru berjimat di mana baru lapan bulan PRU diadakan.

Bagi penganalisis politik, ia melihat kedudukan Selangor adalah negeri paling istimewa di Malaysia ini. Penghasilannya, keadaannya yang moden, menjadi pusat ilmu dan komunikasi, serta pusat perdagangan dan perdagangangan menjadikannya menjadi negeri yang 'sangat mahal' harganya.

Oleh itu, walaupun begitu banyak negeri sudah berada di bawah pemerintahan Umno- BN, ia masih belum puas hati jika Selangor masih belum dikuasainya. Oleh itu, kata penganalisis itu lagi, dengan apa cara pun, Umno-BN terus berusaha menawan kembali negeri yang kaya dan ternama itu.

Oleh itu, menurut penganalisis, kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mesti benarbenar kuat dari semua segi.

Menurut penganalisis politik itu lagi, imej Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar adalah baik. Beliau seorang yang amanah dan bersih. Oleh itu, katanya, Khalid mestilah dibantu oleh tokoh yang juga mesti kuat dari semua segi, khususnya, di bidang politik untuk menghadapi serangan Umno-BN.
Perlu diingat bahawa Umno masih menguasai zon utara Selangor, seperti Tanjong Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan kawasan Melayu di pedalaman lain. Dalam PRU yang lalu, kawasan utara ini masih dalam genggaman Umno.

Sementara itu, dalam masa yang sama sewajarnyalah KeADILan berusaha sungguhsungguh mengatasi masalah dalamannya kerana kiranya masalah dalamannya tidak selesai nescaya akan memberi kesan berat kepada imej dan prestasi Pakatan Rakyat seluruhnya, khususnya di Selangor.
Musuh Pakatan sentiasa mencari peluang dari krisis yang berlaku dalam KeADILan sendiri yang mana Anwar sangat arif akan hal ini. Oleh itu, ini bukan masanya untuk menjatuhkan atau menggantikan sesiapa, justeru Pakatan perlu kukuh menghadapi musuh bersama.

Bagi ahli PAS sendiri adalah sangat perlu mematuhi arahan pimpinan parti supaya samasama turun berkempen di PRK Kajang nanti untuk mempastikan kemenangan calon Pakatan, walaupun daripada KeADILan.

Kita memahami bahawa pada awalnya memang wujud kekeliruan, malah kecewa di kalangan ahli PAS bahawa dengan tiba-tiba pilihan raya kecil diadakan di Kajang itu tanpa diberitahu sebab sebenarnya.

Kerana itu jangan salahkan ahli PAS kerana keterkejutan itu, tetapi hari demi hari mereka mulai sedar keperluan mengadakan PRK Kajang itu di mana penerangan pun sudah mulai diberi oleh pimpinan Pakatan, khususnya oleh Anwar sendiri.

Tentu ada hikmahnya PRK Kajang ini, kerana itu Pakatan, dengan sokongan pengundi di Kajang diharapkan akan menang dalam pertarungan getir ini.

Dengan itu kerajaan Pakatan di Selangor akan lebih kukuh untuk meneruskan khidmat cemerlangnya kepada rakyat.

Tiada ulasan: