Ahad, 23 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Exco: Selangor laksana program kesihatan dari rumah ke rumah

Posted: 23 Feb 2014 05:02 AM PST

Oleh: Norhayati Umor


PETALING JAYA  : Kerajaan Negeri akan melaksanakan program kesihatan dari rumah ke rumah bagi mengetahui tahap kesihatan keluarga di negeri itu.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah memberi arahan untuk menghantar petugas sukarelawan bagi mengenal pasti tahap kesihatan seterusnya masalah yang dihadapi keluarga terbabit.

kesihatanKatanya, pada peringkat permulaan itu, 10 kawasan mengikut daerah dikenal pasti untuk melaksanakan program itu.

Antaranya di kawasan Desa Mentari, Lembah Subang, Rimba Jaya, Projek Perumahan Rakyat Hicom, Seri Perantau dan Bandar Sultan Suleiman.

"Kita sudah lakukan persiapan awal, kita akan lihat nisbah seorang petugas dengan keluarga. Menteri Besar minta pastikan fokus kesihatan adalah yang terbaik.

kesihatan"Contohnya, bagi yang mempunyai kewangan mungkin tiada masalah tetapi bagi golongan berpendapatan rendah akan mengenepikan masalah ini.

"Melalui program ini, Kerajaan Negeri akan cepat dapat maklumat mengenai permasalahan mereka dan kita akan cuba bantu," katanya selepas merasmikan Seminar Kesihatan Sempena Hari Kanser Sedunia 2014.

Beliau berkata selain kawasan perbandaran, program itu akan dijalankan di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana rendah.

Rodziah turut memaklumkan kesihatan rakyat di negeri ini termasuk wanita masih berada di tahap rendah.

"Contoh wanita, kesederan itu ada tetapi mungkin disebabkan faktor kewangan. Oleh itu, Kerajaan Negeri mengamalkan konsep 'kita bawa dan kita datang'.

Sementara itu, Rodziah berkata mengikut statistik dari 2013 hingga kini, seramai lebih 17,000 wanita mendapat pemeriksaan mammogram secara percuma.

"Setiap 100 orang, kita dapati ada satu atau dua orang yang dikenal pasti menghidap kanser, namun disebabkan masih ditahap rendah dan melakukan rawatan yang konsisten, mereka dapat dipulihkan," katanya.EZY

Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam penghakiman ingkar

Posted: 23 Feb 2014 04:59 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER





























Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

"Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.

Liow: Terpulang Kepada PM Tentukan Jumlah Kerusi Kabinet

Posted: 23 Feb 2014 04:53 AM PST

MSTAR ONLINE


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (empat, kiri) bersama barisan kepimpinan MCA pada sidang media mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA sempena sambutan ulangtahun ke-65 parti itu di Wisma MCA di Kuala Lumpur pada Ahad. -fotoBERNAMA
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan tarikh dan jumlah kerusi Kabinet yang akan diberikan kepada MCA.

Menurut beliau, MCA kini bersedia untuk kembali menyertai Kabinet selepas perwakilan parti itu meluluskan resolusi untuk menerima jawatan dalam kerajaan di semua peringkat.

Liow berkata demikian bagi menjawab soalan wakil media mengenai sama ada parti itu berhasrat untuk mengekalkan empat jawatan menteri yang diberikan kepada mereka sebelum ini.

Tambah Liow, beliau berterima kasih kepada perwakilan pusat kerana memberi mandat tersebut yang akan menjadi perangsang kepada kepimpinan baru parti itu dalam usaha melakukan transformasi.

Keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA menyaksikan hampir semua 1,982 anggota perwakilan pusat, yang menghadiri mesyuarat itu di Wisma MCA, mengundi dengan cara mengangkat tangan.

Daripada jumlah itu, hanya lima orang yang membantah usul resolusi untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat, manakala empat lagi enggan mengundi.

Memahami serangan Inchek Ibrahim dan Zaid ke atas Anwar

Posted: 23 Feb 2014 04:48 AM PST

MSO


Dua hari tak layari internet dan buka portal berita, buka-buka terjumpa laporan mengenai Inchek Ibrahim Ali yang memberi formula dan petua politik kepada UBN supaya mencalonkan pemimpin kanan MCA, Chew Mei Fun untuk bertanding di pilihan raya kecil Kajang 23 Mac nanti.

(Kenapa cadangkan Cina, kenapa tidak cadangkan nama Melayu, apakah Melayu tidak sanggup dan cukup kuat untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim?).

Kata Ibrahim Chew Mei paling layak dan sesuai berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Alasan yang diberikan Ibrahim kerana Naib Presiden itu pernah meletak jawatan sebagai timbalan menteri kewangan kerana mengambil risiko (malu) atas penyebaran video seks membabitkan bekas presiden MCA,  Chua Soi Lek.


Bagi Inchek Ibrahim tindakan Chew Mei itu dilihat sebagai satu tindakan bermoral dan merupakan pemimpin MCA yang hebat. Menurut Inchek Ibrahim juga Chew Mei dapat digunakan untuk mengatasi Anwar dan memberi peluang kepada UBN akan menang.

Anih dan hairan juga kenapa ketua Ngo Melayu itu tidak mencadangkan nama orang Melayu. Apakah sudah tidak ada orang Melayu yang leb ih bermoral berbanding dengan Cina MCA itu. Ini barang kali termasuk dirinya sendiri. Kerana kalau dia merasakan dia lebih hebat dan moralnya bersih dari Chew Mei itu, tentu dia akan adjust untuk dia sendiri bertanding.

Apakah UBN atau Najib Razak akan mendengar pandangan Inchek Ibrahim itu, walah'ualam. Mungkin apa yang berlaku di parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum lalu memberi iktibar dan pengajaran terbaik kepada Najib sebelum menerima pandangan Inchek Ibrahim itu. Pilihan raya itu memberi ruang terbaik bagi Najib mengenali kehebatan dan kejaguhan Ibrahim yang didondang sayangkan itu.

Dalam pilihan raya umum lalu UBN telah memberi laluan kepada Inchek Ibrahim bertanding menentang calon Pas sebagai mewakili UBN menerusi lambang bebas. Calon Umno Che Johan Cher Pa yang juga dikenali sebagai budak Ibrahim gagal datang ke pusat pencalonan dengan tujuan memberi laluan kepada Ibrahim. Kononnya dengan penarikan diri dari bertanding itu Inchek Ibrahim akan menang mudah.

Walhasil Incek Ibrahim kalah, jatuh tersungkur makan pasir. Kalah bukan sedikit, tetapi mencecah 8,000 undi kepada calon Pas yang masih hingusan. Kalau dengan calon hingusan pun kalah dekat 10,000 bayangkan macam mana kalau dalam pilihan raya lalu Inchek Ibrahim berdepan dengan Dr Wan Suhaimi Wan Daud aktivis muda politik dari PKR yang semakin popular. Tentu majoritinya melebihi 16,700.

Saya tidak mahu komen lebih, mengenai kenyataan Incek Ibrahim ini dan menganggap dia sama dengan cara Zaid Ibrahim berpolitik di Kajang. Zaid memutuskan untuk bertanding di Kajang juga untuk menghalang Anwar dari menjadi MB Selangor.

Di sini akal politik kedua orang Kelantan yang telah ditendang keluar Umno itu dua kali lima sahaja. Nama atau 'marga' mereka juga sama, iaitu "Ibrahim". Jadi tidak hairan kalau mereka mempunyai perwatakan, sikap dan perangai hampir sama.

Cara mereka berpolitik, bolehlah dikatakan persis badut. Mereka adalah badut-baduk politik Malaysia. Seperti mana Inchek Ibrahim, Zaid juga memberi alasan untuk bertanding di Kajang kerana faktor moral yang berbelit kepada Anwar. Zaid mahukan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB dan tidak mahu melihat Anwar menjadi MB Selangor. Tujuan Zaid kononnya untuk menyekat orang tidak bermoral dari memimpin Selangor. Itulah maksud dan realitinya di sebaik penyertaaan Zaid itu.

Ia juga bukan bertolak dari satu wawasan dan pun idealisme politik yang mampan. Penyertaan dalam pilhan raya itu juga kata Zaid sebagai hadiah hadi jadi kepada isterinya, Suliana Shamsuddin. Apakah dia sudah tidak mampu membeli kek dan sekuntum mawar lagi untuk diberikan kepada Suliana Shamsuddin, isterinya.

Orang yang tidak tahu hati budi dan fiil perangai politik mereka berdua akan teruja dan angkat topi buruk kepada mereka kerana muncul sebagai pejuang moral atau seorang yang moralis. Itulah yang hendak ditunjukkan oleh Inchek Ibrahim dan Zaid di Kajang. Apakah benar mereka seorang moralis?

Sebelum ini dunia mengetahui mereka mengiding untuk bersama Anwar. Inchek Ibrahim pernah menawarkan diri untuk menjadi Pengerusi PKR Kelantan. Dia juga pernah bertandang ke rumah Anwar dan membincang masa depan politik. Ibrahim hampir-hampir bersama PKR, kalau bukan disekat dan dibatasi oleh rakan Anwar yang mengenali hati budi Ibrahim.

Demikian juga Zaid, orang ini pernah mendapat 'sufaat' Anwar Ibrahim diberi laluan bertanding di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Anwar terpaksa bergaduh dengan beberapa sahabatnya kerana memilih Zaid sebagai calon. Demi Zaid, Anwar sanggup mengambil jalan tidak popular di kalangan PKR.

Bukan itu sahaja Zaid juga diberi beberapa jawatan penting. Beliau berusaha lebih jauh lagi untuk mendapat tempat dalam PKR dengan cuba bertanding jawatan timbalan presiden PKR? Apakah fikiran mereka ketika itu? Sekirianya mereka seorang moralis yang tulen, mereka tidak akan mendekati Anwar awal-awal lagi.

Saya berani menulis dan mengisahkan hal mereka kerana secara terlibat secara langsung membantu mereka berdua dalam percaturan survive politik mereka selepas mereka ditohok oleh Umno.

Kalau mereka seorang politician yang bermoral dan mempunyai integriti, Inchek Ibrahim tidak akan mengdinding dan mengidam untuk naik pentas bersama Anwar. Begtu juga dengan Zaid. Tetapi apabila mereka juga menjadi hidung tidak mancung dan pipi tersorong-sorong menjelaskan bahawa mereka adalah palsu. Piala moralis yang mereka pegang dan hanyungkan itu hanya palsu sahaja. Dalam soal moral politik mereka adalah yang mengatakan dulang paku serpih saja.

Hakikat mereka terhadap Anwar sama seperti sikap binatang musang yang tidak dapat anggur, dikatakan masam. Zaid dan Inchek Ibrahim Ali dua kali lima yang jawabannya ialah 22.

Mengapa hidupkan antihadis yang dah lama mati?

Posted: 23 Feb 2014 04:45 AM PST

HARAKAHDAILY


KAJANG: Tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan sokongan kepada pelopor gerakan antihadis di negara ini, Dr Kassim Ahmad menghairankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gerakan tersebut telah lama mati.

Di Putrajaya di bawah naungan Yayasan Kepimpinan Perdana ada perbincangan untuk ketengahkan (idea) Kassim Ahmad, pelopor (pemikiran) antihadis. Apa dah jadi ni"soal Anwar.

Anwar yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang turut mempersoalkan keperluan menghidupkan gerakan antihadis yang telah lama berkubur.
 Di mana ulama Umno?" soal beliau.

Menurut beliau, hadis adalah sumber kedua terpenting dalam Islam dan antara peranannya adalah untuk menjelaskan kandungan Al-Quran.

"Perkara ini berkaitan dengan akidah," jelas beliau ketika berucap dalam satu majlis ceramah, dekat sini.

Pada seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula" anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, Kassim (gambar) mempersoalkan peranan hadis sebagai sumber hukum, memperlekehkan ulama dan mempertikaikan kewajipan menutup aurat bagi perempuan muslim.

Anwar yang bakal mewakili PKR pada PRK Kajang 23 Mac ini bakal menghadapi pertandingan pelbagai penjuru.

BN menamakan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun Jumaat lalu manakala beberapa individu seperti Zaid Ibrahim dan penyanyi Herman Tino turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

Dun Kajang mempunyai 39,728 pengundi berdaftar dengan 48% Melayu, China (41%), India (10%) dan lain-lain kaum (1%).

Kerja pembinaan terowong MRT undang keresahan

Posted: 23 Feb 2014 04:43 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah bagi projek Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) yang sudah 30 peratus siap mengundang keprihatinan badan bukan kerajaan (NGO), MRT Watch.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan tersebut menimbulkan kekhuatiran pengguna pengangkutan awam, pekerja dan penduduk sekitar berhubung cadangan pembinaan terowong yang bakal menghubungkan stesen MRT KL Sentral ke MRT Muzium Negara.

"Populasi yang bakal terjejas dengan projek ini adalah kira- kira 150,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang melibatkan pelbagai aktiviti bisnes seperti perhotelan, apartmen, pejabat dan sistem pengangkutan awam yang berpusat di KL Sentral," kenyataan media itu dipetik.

Cadangan pembinaan terowong itu dikhuatiri akan menjejaskan struktur KL Sentral kerana ia melibatkan pemotongan bim (pier) dan penerobosan firewall di bawah bangunan tersebut.

Menurut MRT Watch, buat masa ini terowong sepanjang 61 meter berjaya dikorek bagi menghubungkan Stesen Pasar Rakyat ke Stesen Cocharane, manakala sepanjang 10 meter dikorek pada kedalaman lebih 30 meter di bawah tanah untuk fasa Stesen Semantan ke Stesen KL Sentral.

Anggota kumpulan NGO itu telah melakukan tinjauan dan mendapati orang ramai yang bekerja dan menggunakan pengangkutan awam di KL Sentral tidak bersetuju jika pihak pemaju ingin meneruskan projek yang dilihat berisiko ini.

Pekerja swasta, Asmat Fikri, 26, berkata, komuter, LRT dan monorel di KL Sentral adalah pengangkutan utama yang digunakan sepanjang masa untuk ke pejabat.

"Saya menetap di Bangi dan bekerja di Bukit Bintang, saya adalah pengguna tetap  pengangkutan awam yang terdapat di sini.

"Saya khuathir akan aspek keselamatan pembinaan terowong bawah tanah ini kerana ia mungkin akan mendatangkan kesukaran kepada pengguna seperti saya. Contohnya, jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini atau kecelakaan semasa operasi pembinaan bukankah ia akan mendatangkan bahaya kepada semua pengguna di sini.

"Saya menyokong segala idea kerajaan untuk mengurangkan masalah lalu lintas di ibu kota dan pembangunan seperti pembinaan MRT tetapi tolong jangan letakkan rakyat di tempat yang boleh mendatangkan kemudaratan," keluh beliau.

Bagi Mirrah Aziz, 28, beliau tidak menyokong idea pembinaan stesen MRT bawah tanah kerana terlalu banyak komplikasi yang akan timbul seperti risiko keselamatan, ketidakselesaan dan aktiviti bisnes seharian turut terjejas.

"Saya tidak sokong dengan projek pembinaan ini, kerana banyak masalah boleh timbul, malah nyawa kami di atas ini umpama telur di hujung tanduk.

"Kita tak tahu apa yang akan berlaku di bawah sana, bayangkan jika berlaku letupan atau runtuhan, selain daripada pekerja di tapak projek, kita di atas ini pun akan terkena tempias sekali.

"Saya setuju dengan pembinaan stesen MRT ini tapi jangan bina di bawah, bahaya sebab terlalu banyak manusia yang ada di sini, cuba buat di luar.

"Selain itu, operasi bisnes di hotel ini juga akan terganggu, kerana bunyi bising dan gegaran. Pelanggan kami terdiri daripada golongan atasan dan pertengahan jadi ini akan mendatangkan ketidakselesaan kepada mereka," katanya yang sudah berkhidmat hampir 10 tahun dalam bidang perhotelan.

Jika projek ini diteruskan kerja pembinaan itu dijangka mengambil masa tiga tahun dan kos pembinaan akan menelan belanja kira-kira RM 350 juta.

Kerajaan telah memberhentikan cadangan projek ini buat seketika akibat isu-isu keselamatan dan juga kos pembinaan yang terlalu tinggi.

Projek MRT dimiliki oleh MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan.

Pembinaan MRT yang dijangka menelan belanja RM50 bilion adalah sebahagian daripada Pelan Pembangunan Rel Lembah Klang; salah satu komponen Pelan Induk Pembangunan Lembah Klang.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diberi kuasa sebagai agensi penyelia projek MRT.

"Persoalannya di sini adakah pihak pemaju iaitu MRT Corp serta Gamuda selaku Project Delivery Partner (PDP) dan kerajaan sanggup mengambil risiko yang membabitkan keselamatan nyawa hampir 150,000 orang semata-mata mahu membina projek mega untuk kelihatan gah di mata dunia.

"Berdepan dengan satu lagi projek mega, amat wajar bagi semua, khususnya pemimpin negara supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna rakyat. Kita tidak mahu disebabkan telalu mengejar kemodenan nyawa rakyat sanggup dikorbankan," ujar MRT Watch.

Pengerusi Bantah PBS diarah tukar sekolah

Posted: 23 Feb 2014 04:40 AM PST

KEADILAN DAILY

SPPBS
KUALA LUMPUR : Di ambang Himpunan 222 yang akan diadakan di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi esok, Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuatkuasa 17 Februari lalu.

Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut memaklumkan mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam.

"Saya telah ditukarkan sekolah serta-merta bermula 17 Februari 2014.

"Sekolah baru itu jaraknya lebih 100 kilometer dari tempat tinggal asal saya," kata Izzat kepada Keadilandaily, namun tidak memaklumkan lokasi sebenar atas tujuan keselamatan.

Beliau menyeru semua guru, ibu bapa dan mereka yang membantah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada guru-guru tertindas.

"Ini adalah permulaan untuk mendedahkan kezaliman kerajaan dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam pada itu, Izzat ingin melihat sama ada pihak KPM akan mengambil tindakan sama terhadap guru-guru lain yang turut membantah SPPBS.

"Adakah KPM akan melakukan juga perkara yang sama kepada guru-guru lain? Ini tidak adilm" katanya.

Beliau menyeru kepada semua guru agar tidak takut dan patah semangat kerana berada di pihak yang benar.

Himpunan 222 yang diadakan di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi akan bermula dengan solat Zohor berjemaah dan Solat Hajat Perdana disusuli ucapan deklarasi SGMM, Pendidik yang akan disertai beberapa NGO lain.

Guru Kafa, j-QAF diarah hadir program Umno

Posted: 23 Feb 2014 04:35 AM PST



ASLANI M 


KOTA BHARU: Guru-guru pendidikan Islam, j-QAF dan Kafa diarah hadir ke program muzakarah isu-isu semasa anjuran Umno Bahagian Kota Bharu yang diadakan di Perhubungan Umno Kelantan semalam.

Arahan tersebut dihantar melalui surat kepada guru-guru besar ditandatangani Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, Mohd Ezani Awang.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, amat malang sekali surat arahan itu dikeluarkan seorang pegawai kerajaan yang cuba memperalatkan kakitangan awam bagi kepentingan Umno.

"Pemuda PAS Kelantan menuntut penjelasan dari PPD Kota Bharu dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berhubungan arahan tersebut.

"Surat bertarikh 20 Februari itu ditujukan kepada guru besar sekolah-sekolah yang tersenarai di Kota Bharu. Ini satu penyalahgunaan kuasa yang tidak sepatutnya berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini guru-guru pendidikan Islam terutamanya Kafa sering menjadi alat kerana diarah hadir pada program anjuran Umno.

Malah ada juga guru terbabit diarah menghantar nama-nama pengundi di kawasan mereka kepada pegawai di PPD.

Pada pilihan raya umum lepas seorang pegawai PPD Kota Bharu, Ustaz Mohd Fakrulrazi Abdul Rahim dicalon bertanding di Dun Bunut Payong mewakili Umno.

Ahmad Fadhli berkata, Umno sudah terlalu terdesak sehingga sanggup memperalatkan guru yang sudah terbeban dengan pelbagai tugasan untuk menghadiri program anjuran Umno.

"Pemuda PAS memberikan tempoh tiga hari kepada PPD Kota Bharu atau JPN Kelantan untuk memberi penjelasan.

"Sekiranya mereka mengambil sikap membisu, kami menganggap kebenaran surat tersebut dan kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan bantahan lebih besar terhadap agensi terbabit," ujarnya.

Kelantan lancar projek rumah kos rendah

Posted: 23 Feb 2014 04:33 AM PST



 MOHD NOR YAHYA


KOTA BHARU: Mengambil kira permintaan tinggi rumah kos rendah di Kelantan, kerajaan negeri hari ini melakukan pecah tanah membina 162 unit jenis berkenaan di Kampung Badang, Jalan PCB.

Rumah berbentuk aparment tersebut akan ditawarkan pada harga RM43,000. Projek berkenaan juga membabitkan pembinaan sebanyak 108 unit rumah kos sederhana dan 64 unit harga sederhana ditawarkan dengan harga RM99,000.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, projek itu dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membabitkan pembinaan sebanyak 334 unit.

"Sepanjang tempoh penggal ini kerajaan negeri memfokus membina lebih banyak rumah kos rendah memandangkan permintaannya begitu tinggi.

"Kerajaan akan memastikan mereka yang berpendapatan rendah dapat memiliki rumah tersebut," katanya pada Pelancaran Program Rumah Mampu Milik Kelantan.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Adun Cempaka, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, rumah mampu milik juga akan dibina di Rantau Panjang dan Tumpat.

Polis tembak mati 3 lelaki terlibat 15 kes samun di Perak

Posted: 23 Feb 2014 04:31 AM PST

HARAKAHDAILY 


SERI MANJUNG: Polis menembak mati tiga lelaki, dipercayai warga asing, selepas mereka merompak seutas rantai emas daripada sepasang suami isteri warga emas di sebuah rumah di Kampung Serapuh, Parit awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata dalam kejadian 4 pagi itu suspek bertindak menakut-nakutkan mangsa dengan meletak pisau di leher isteri dan memukul si suami menggunakan pemotong besi sebelum melarikan seutas rantai emas milik mangsa.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, Pasukan Op Cantas Khas Perak terserempak dengan kereta jenis Proton Waja yang dinaiki ketiga-tiga suspek dalam keadaan mencurigakan di Kampung Buruk Bakul, Jalan Beruas-Parit iaitu empat kilometer dari rumah mangsa.

"Ketika pasukan polis cuba memintas kenderaan itu, seorang daripada penumpangnya melepaskan dua das tembakan dan mengenai cermin sisi sebelah kiri belakang kereta pasukan polis," katanya kepada para pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini hari ini.
  
Beliau berkata kereta yang dinaiki penjenayah itu kemudian terbabas di bahu jalan selepas dihimpit kenderaan pasukan polis yang mengejar mereka dan dua lelaki bersenjata parang keluar serta cuba menyerang menyebabkan polis melepaskan tembakan terhadap mereka untuk mempertahankan diri. 

Mohd Dzuraidi berkata ketiga-tiga penjenayah yang berumur 20 hingga 30 tahun itu mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.
  
Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta curi yang digunakan suspek, polis menemui peralatan pecah masuk rumah, seutas rantai emas, sepucuk pistol serta empat peluru hidup.
  
Polis masih belum memperoleh maklumat lengkap mengenai identiti kesemua penjenayah dan akan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci, katanya.
  
Mohd Dzuraidi berkata suspek yang bergerak aktif melakukan 15 jenayah samun di sekitar Manjung, Perak Tengah dan Teluk Intan sejak tahun lepas itu adalah
sangat ganas kerana melakukan samun dengan meletakkan senjata ke leher mangsa dan akan melakukan kekerasan sekiranya mangsa melawan.
  
"Suspek melakukan samun sekitar jam satu hingga lima pagi," katanya sambil menambah polis tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga susepk adalah warga asing berdasarkan kepada loghat mereka.
  
Polis juga akan memanggil mangsa ke balai polis untuk mengecam pelbagai barangan kes yang disamun suspek, katanya.

Dalam kes berasingan, Mohd Dzuraidi berkata polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 27 tahun dan pelajar Tingkatan Lima berusia 17 tahun disyaki terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar Kampung Gajah di sini sejak tahun lepas.
  
Katanya dalam Op Lejang pada pukul 5 petang semalam, polis merampas tiga enjin motosikal, empat kerangka motosikal serta komponen-komponen motosikal yang dileraikan.
  
"Kesemua enjin motosikal itu bersangkut dengan tiga laporan kes kehilangan motosikal di rumah dan masjid di Kampung Gajah," katanya.

Beliau berkata pelajar Tingkatan Lima itu akan bertindak mencuri motosikal dan meleraikan komponennya di kawasan berhampiran rumah suspek pertama. – Bernama

LFL: Sabitan terhadap Karpal berunsur politik & kuku besi

Posted: 23 Feb 2014 04:28 AM PST

Azuan Ab Rahman
LFL

KUALA LUMPUR : Badan Hak Asasi, Lawyer for Liberty (LFL), menyatakan rasa terkejut terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan pengerusi DAP, Karpal Singh di bawah Akta Hasutan.

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen berkata, pendakwaan tersebut berunsurkan politik dan bersifat kuku besi dan hukuman dikenakan memungkinkan pengerusi DAP dipenjara tiga tahun, sekaligus melucutkan jawatannya sebagai ahli parlimen.

"Mengeluarkan kenyataan kritikal atau politik bukanlah satu jenayah, terutamanya dalam kes ini.
"Karpal memberi pendapat guaman terhadap krisis perlembagaan di Perak pada 2009. Bagaimana boleh ditakrifkan sebagai hasutan? soal Eric.

Kata Eric walaupun kebebasan bersuara bukan mutlak serta terdapat batasan, namun kebebasan bersuara harus dimartabatkan.

"Hukuman terhadap Karpal hanya membuktikan bahawa agenda reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan hanyalah palsu.

Tambah Eric, penyiasatan dan dakwaan yang berhubungkait dengan politik hanya pembaziran dana awam dan sumber Polis,

"Ia seharusnya digunakan untuk menangani jenayah sebenar dan bukan dibazirkan terhadap kesalahan bermotifkan politik.

Justeru, LFL menyeru Polis dan Pejabat Peguam Negara bertindak profesional , adil bebas dan tidak menbuat dakwaan terpilih dengan niat jahat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

"Sedangkan pemimpin kerajaan dan individu lain seperti Ibrahim Ali, Zulkilfi Noordin, Ridhuan Tee ,dan lain-lain walaupun telah membuat ucapan yang lebih serius tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa," kata Eric.

Tarik semula arahan pindah sekolah Pengerusi Bantah SPPBS

Posted: 23 Feb 2014 04:26 AM PST

KEADILAN DAILY

mansuh_PBS
KUALA LUMPUR : Jingga13 menyelar tindakan drastik dan zalim Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan pengerusi penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari ditukar sekolah berkuatkuasa 17 Februari lalu.

Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa berkata, tindakan tindakan dilakukan Cikgu Mohd Nor Izzat dan SGMM hanya bagi menyatakan bantahan demi kepentingan profesion perguruan dan mutu pendidikan negara

"Jingga 13 Malaysia mendesak KPM khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin menarik balik tindakan zalim tersebut dan menghentikan tindakan menakut-nakut dan mengugut para guru dengan cara tindakan yang diambil terhadap hadap Cikgu Mohd Nor Izzat

"KPM sewajarnya bertindak profesional dan tidak tunduk pada mana pihak khususnya Umno," kata Fariz dalam kenyataannya kepada Keadilandaily.

Tindakan drastik ini dibuat oleh KPM dipercayai ekoran kelantangan Mohd Nor Izzat selaku Pengerusi Penaja SGMM mengkritik dan menentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2011

Kata Fariz, sistem PBS mempunyai banyak kelemahan ternyata gagal serta memberikan impak negatif kepada para guru dan murid-murid

Himpunan 222 yang dianjurkan SGMM bersama NGO diadakan esok di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi selepas solat Zohor.

BR1M tak selesai masalah, bukti rakyat Malaysia susah

Posted: 23 Feb 2014 04:23 AM PST

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah peningkatan kos hidup yang terpaksa ditanggung rakyat berpendapatan pertengahan dan rendah.

yahya-sahriPengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, bantuan tersebut sekadar mengelabui mata rakyat supaya tidak begitu terasa dengan kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

" Dengan jumlah bantuan yang tidak seberapa itu, ia tidak boleh bertahan lama, sedangkan setiap hari rakyat perlu berhadapan dengan harga barangan yang meningkat," jelasnya.

Menurutnya, pemberian BR1M yang bersifat one-off itu hanya membuktikan ketidaksungguhan kerajaan dalam membantu rakyat dari terus dibebani tekanan ekonomi.

"BR1M ini cuma tahan seminggu, ia tidak selesaikan apa-apa. Bila habis wang itu, maka rakyat sekali lagi akan berhadapan dengan tekanan, kerajaan tidak serius mahu bantu.

"Malah kita lihat bukan sedikit yang memohon, ini buktikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional telah gagal tingkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat seperti yang mereka laungkan," tegas Yahya.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada 15 Februari lalu mengumumkan seramai 7.9 juta rakyat Malaysia menerima bantuan BR1M yang dimasukkan menerusi akaun bank dan baucer.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650. Manakala  individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Bagaimanapun, skim bantuan berkenaan dilihat tidak membantu golongan pertengahan dan berpendapatan sederhana yang turut merasai beban kenaikan harga.

[BONGKAR] Pegawai Kanan Polis Ada RM20 juta Dalam Bank

Posted: 23 Feb 2014 01:04 AM PST

KELAB GREENBOC

SPRM jumpa RM20 juta dalam akaun bank polis yang disiasat kerana rasuah


Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu.

"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.

Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit.

"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.

Semua 60 pegawai polis itu, angka paling besar yang pernah disiasat SPRM serentak, kebanyakannya pegawai kanan yang bertugas di seluruh negara.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa pasukan yang merangkumi pegawai kanan daripada SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Sekuriti dan polis telibat dalam penyiasatan ini.

Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Disebabkan masalah teknikal yang muncul baru-baru ini, pasukan penyisatan ini dibesarkan.

Sumber berkata, pasukan tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Gani yang mengetuai siasatan bagi memastikan bukti sahih dapat dikumpul untuk menjamin pendakwaan yang kukuh dalam mahkamah.

Pada 25 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan seorang pegawai kanan polis, salah seorang daripada 60 pegawai yang di bawah penyiasatan, merupakan antara polis yang menjadi orang tengah dengan SPRM untuk membantu mengenalpasti polis yang korup dengan janji diberi imuniti.

Dilaporkan pegawai polis kanan itu bersetuju untuk menamakan beberapa lagi pegawai kanan polis untuk menjaga kepentingan dirinya.

"Siasatan sudah berjalan untuk beberapa bulan, dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai polis sedang hidup lebih daripada kemampuan mereka.

"Ramai daripada pegawai kanan ini ditugaskan di serata negara, dan dijumpai dengan paling kurang RM1 juta atau lebih dalam akaun bank masing-masing.

"Pegawai ini tidak cuba pun untuk menyembunyikan kekayaan mereka," kata pegawai itu.

Dalam laporan awal, The Malaysian Insider melaporkan aduan daripada seorang pegawai polis yang tidak berpuas hati kepada SPRM yang memulakan siasatan mengakibatkan 60 pegawai polis disyaki.

Pegawai ini didakwa mengumpul rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara. Perniagaan ini termasuk kafe siber haram dan rumah urut serta sarang pelacuran.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali membayar antara RM10,000 hingga RM50,000 sebulan kepada polis untuk mengelak diserbu dan diganggu.

Oleh kerana siasatan SPRM ini, seorang pegawai bergelar 'Datuk' dipindahkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.

SPRM menjumpai RM6 juta dalam akaun bank 'Datuk' yang disoal oleh SPRM itu.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanyalah permulaan sahaja.

Sementara siasatan semakin giat dijalankan, SPRM juga merampas kereta mewah seperti Range Rover Evoque (bernilai RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000) Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

Selain daripada hartanah dan kereta mewah, polis juga merampas sejumlah wang yang banyak, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu. -TMI

ULASAN GB

Itu yang baru dapat dikesan. Kita tak tahu berapa ramai lagi anggota polis yang terlibat dengan rasuah dan entah berapa juta lagi jumlahnya.

Keputusan awal daripada pengundi Cina?

Posted: 23 Feb 2014 12:58 AM PST



Oleh SELENA TAY


PENULIS telah membuat tinjauan pengundi di Kajang yang hanya melibatkan masyarakat Cina. Walaupun penulis telah mewawancara kira-kira 35 orang pengundi Cina sahaja, mereka telah memberitahu penulis ini bahawa mereka dan semua saudara-mara serta rakanrakan mereka akan mengundi Pakatan Rakyat.

Di Kajang ada kira-kira 49% pengundi Melayu, 40% pengundi Cina dan 10% pengundi India daripada jumlah kira-kira 39,000 pengundi.

Semua 35 pengundi Cina tersebut dengan pantas telah memberitahu penulis ini tidak kira calon BN daripada parti komponen yang mana, calon itu tetap akan ditolak juga.

Selain itu, mereka juga menyatakan rasa hairan mengapa hingga hari ini BN masih belum dapat mengumumkan nama calon.

Mengulas mengenai situasi ini, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS telah berkata, "Adakah BN memerlukan begitu banyak masa untuk mencari seorang calon yang berwibawa?"

Ditanya mengapa pengundi Cina menolak calon BN, seorang pemuda Cina yang berumur 25 tahun menjawab, "Jika kita mengundi BN, harga barang akan terus naik lagi tak henti-henti sebab kerajaan akan fikir bahawa kita sebagai rakyat amat suka hati apabila harga barang naik apabila kita memberi undi kepada BN. Justeru ini bererti kita telah memberi mesej yang salah kepada BN apabila kita mengundi calon mereka."

Darah ayam tak boleh angkat maruah Melayu

Posted: 23 Feb 2014 12:52 AM PST



Oleh ZULKIFLI YAHAYA


MENTERI Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said menambahkan satu lagi catatan jenaka tanah air apabila mengerahkan para pemain bola sepak negeri itu bersumpah di hadapan al-Quran bagi membuktikan mereka tidak terbabit dengan satu kontroversi bola sepak yang agak menggemparkan negara.

Al-Quran adalah kalam Allah yang sangat mulia. Justeru ramai golongan jahil yang tidak begitu mendalami Islam percaya apa yang dilakukan oleh Ahmad Said itu adalah Islamik.

Orang Melayu lebih-lebih lagi yang sangat percaya hukuman sumpah, tulah dan daulat – yakin bahawa jika ada yang melanggar sumpah, apatah lagi bersumpah di hadapan al-Quran, jika memungkirinya maka akan menerima padah dengan segera di atas dunia.

Di kalangan orang Arab hampir setiap ayat yang bertujuan untuk meyakinkan orang lain akan disudahi dengan "Wallahi". Saya bertanya rakan yang pernah menuntut di Mesir bertahun-tahun lamanya, adakah sumpah mereka itu benar? Dia berkata, perkataan "Wallahi" tu kadangkala menjadi topeng untuk berbohong. Katanya, bersumpah sekalipun dengan nama Allah di kalangan orang Arab bukan perkara besar. Tidak pula terdengar, mana-mana orang yang berbohong atau melanggar  sumpah itu mati dipanah petir serta-merta.

Demikian di tanah air kita. Kalaulah dengan bersumpah di hadapan al-Quran menjadi penyaksian paling sahih terhadap sesuatu insiden, maka peguam dan saksi sudah tidak berguna.

Mahkamah boleh selesaikan berpuluh-puluh kes dalam sehari. Duit yang digunakan untuk perbelanjaan mahkamah boleh dijimatkan dengan banyak.

Bolehlah duit itu 'disedekahkan' kepada kerajaan negeri Kedah untuk menganjurkan program raja lawak bagi menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang berdukacita dengan kenaikan harga barang. Malangnya penyelesaian terhadap isu keadilan tidak semudah itu.

Adakah kaedah menggunakan unsur yang dianggap Islamik atau menggunakan nama Islam itu sendiri sudah menjadi 'trend' dalam strategi mereka menghalalkan agenda tertentu?

Negara dikecohkan dengan tindakan sekumpulan manusia yang menamakan mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia.

Kononnya perjuangan mereka demi maruah Islam dan Melayu.

Mereka berhimpun kerana marahkan seorang pemimpin DAP, Teresa Kok kerana kononnya menghina Melayu, Islam, raja serta kedaulatan negara.

Empat ekor ayam disembelih dengan tujuan menyimbah darahnya ke atas gambar para pemimpin Cina yang mereka anggap rasis. Dalam Islam hanya penyembelihan binatang halal dimakan yang dibuat kerana Allah serta mengikut kaedahnya yang dibenarkan. Menyembelih kerana marah atau ego, apatah lagi kerana mahu menggunakan darah untuk menyimbah ala-ala upacara jahiliah adalah haram.

Ayam yang disembelih itu menjadi bangkai dan berdosa pula hukumnya membunuh binatang dengan sia-sia.

Sepatutnya para mufti dan ulama yang tahu hukum hakam menegur perbuatan yang bukannya daripada amalan Islam itu. Namun ada ulama yang lebih takut menjadi bughoh terhadap Umno daripada menjadi bughoh terhadap Islam – mereka tidak berani menegur.

Islam adalah agama yang berpandukan akal fikiran. Marah, bukan tidak dibenarkan tetapi biarlah tahu hujung pangkalnya.

Mereka marahkan Teresa Kok yang menyindir Rosmah Mansor dan Ng Yen Yen. Teresa mengkritik Rosmah melalui satira bukan kerana dia Melayu tetapi kerana boros. Ng Yen Yen adalah pemimpin Cina pun dikritik juga.

Jika tindakan Teresa mengkritik melalui satira itu perbuatan biadap maka biadap lagi pemimpin yang membazirkan duit rakyat untuk kepuasan diri sendiri sedangkan masih ramai rakyat yang kelaparan. Mengapa jadikan 'Melayu' sebagai perisai untuk mempertahankan seorang pemimpin yang menyalahgunakan kedudukan?

Walhal orang yang dituduh rasis itu langsung tidak memainkan sentimen rasisme dalam isu ini.
Mungkin ada yang berfatwa, sembelihan dan darah ayam cuma simbolik untuk pamer kekuatan supaya lain kali pihak musuh takut terhadap kita. Efisien sangatkah darah ayam untuk menakutkan musuh di zaman ini? Ini bukan zaman batu atau sekurang-kurangnya zaman Hang Tuah di mana daulat terletak di hujung keris.

Kalau berkesan darah ayam maka eloklah sembelih ayam banyak-banyak. Lumurkan pada gambar Barack Obama, nescaya kecut habis rakyat Amerika. Senario dunia hari ini tidak sekartun pemikiran para rasis Melayu itu.

Mereka yang kononnya memperjuangkan maruah Melayu dan Islam itu sepatutnya perjuangkan agar orang Melayu faham Islam dan mengamalkan perintah Allah, berakhlak, berpendidikan, maju dalam semua bidang yang positif, berjaya dalam ekonomi serta menguasainya. Bukannya Melayu yang sensitif tidak menentu, kepala angin tidak bertempat, rasis tanpa keruan, samseng, kaki pukul dan kaki gaduh.

Walhal orang Melayu ketinggalan juga dalam segala bidang di negara sendiri, menjadi kucing kurap di bidang ekonomi sehingga ekuiti Melayu di tangan tidak sampai 16 peratus, ketinggalan bidang teknokrat berbanding bangsa yang gambar mereka dipijakpijak.

Kalau jadi juara pun ia juara penghuni pusat serenti, maksiat, buang anak, gaduh pasal bola, entah 1001 lagi masalah yang melanda Melayu.

Sepatutnya para pejuang Melayu yang menggunakan nama Islam itu malu dengan senario sosio ekonomi dalam negara; berbangga hanya dengan darah ayam sedangkan pihak yang dimusuhi menggunakan pendidikan dan ekonomi untuk menguasai negara. Kalau orang Cina hentikan pengeluaran bahan makanan dalam negara untuk seminggu habis susah orang Melayu, termasuk para rasis Melayu yang mengupah orang menampar Teresa Kok. Ini bukan pernyataan rasis tapi realiti.

Cukup-cukuplah para pemuka rasis Melayu yang berjuang menggunakan selera nafsu, sekali-sekala gunakan akal fikiran yang Allah SWT anugerahkan untuk bertindak supaya Islam dan Melayu tidak dimalukan.

'Kayu ukur' penerimaan terhadap MCA

Posted: 23 Feb 2014 12:47 AM PST

SINAR HARIAN

Muhyiddin Yassin  
 
Muhyiddin Yassin


PAGOH - Pemilihan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang menjadi pengukur kepada penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baharu parti itu.

Berikutan itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peluang bertanding itu tidak harus dipersia-siakan meskipun ada pihak mencadangkan BN supaya tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dun Kajang 23 Mac ini.

"Kalau tidak ada kesempatan ini diambil, maka lebih sukar untuk mengukur sejauh mana penerimaan masyarakat Cina ataupun rakyat terhadap kepimpinan baharu (MCA).

"Apapun keputusan itu nanti, akan dijadikan satu gambaran di mana mereka (MCA) berada, dan langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil dan asas-asas perjuangan yang hendak diperjuangkan untuk masyarakat Cina mungkin dapat disampaikan pada pilihan raya seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan Parlimen Pagoh di sini, hari ini. - Bernama

300,000 rakyat Kelantan hidap diabetes

Posted: 23 Feb 2014 12:38 AM PST


300,000 rakyat Kelantan hidap diabetes Dr Ahmad Razin (kiri) ketika melawat gerai yang menyertai Pasaria tersebut.


KOTA BHARU - Kira-kira 300,000 penduduk di negeri ini termasuk kanak-kanak dikesan menghidap diabetes dan angka itu terus meningkat setiap tahun berikutan kegagalan mengamalkan gaya pemakanan sihat.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, tahap kesihatan awam di negeri ini membimbangkan dan orang ramai disarankan mengurangkan gula dalam menu makanan harian, selain mengamalkan senaman.

Menurutnya, Kelantan berada di tangga keempat selepas Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan dalam statistik penghidap diabetes seluruh negara.

"Jumlah semakin meningkat ini amat membimbangkan kerana bukan saja melibatkan warga emas dan dewasa, malah juga kanak-kanak.

"Ia tidak menghairankan kerana penduduk negeri ini sinonim dan sangat gemarkan makanan serta kuih muih manis. Tabiat ini perlu dielak supaya pesakit diabetes tidak terus meningkat," katanya kepada media  selepas Program Larian Sihat Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Perubatan Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Che Wil Awang dan Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hasni Mohd Hassan.

Sementara itu, program tersebut melibatkan 2,000 kakitangan Jabatan Kesihatan negeri, dengan aktiviti kayuhan basikal dan larian sejauh 30 kilometer, bermula di stesen bas Langgar.

Ahmad Razin berkata, program itu bertujuan melahirkan masyarakat sihat, cergas dan berkualiti, selain menggalakkan senaman paling mudah dan efisien menerusi larian secara berkumpulan.

"Senaman paling mudah ialah larian, malah ia juga membuatkan individu lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit kronik seperti darah tinggi, obesiti, kencing manis serta jantung.

"Jabatan Kesihatan Negeri akan bekerjasama dengan semua agensi termasuk Tourism Malaysia Kelantan dan Jabatan Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) supaya aktiviti ini dijadikan acara wajib tahunan," katanya.

Letak calon di Kajang, Najib - Muhyiddin tidak sependapat?

Posted: 23 Feb 2014 12:16 AM PST





Oleh Mohd Sayuti Omar


Akhirnya BN telah mengambil keputusan untuk ikut sama menyertai pilihan raya kecil dUN 25 Kajang dengan mengumumkan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun sebagai calon. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyuddin Yassin hari ini.

BN pilih Chew Mei Fun.
Pengumuman itu ia menolak spekulasi awal mengatakan kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon di situ kerana mengira harapannya untuk menang tipis berdasarkan majoriti besar diraih calon PKR dalam pilihan raya umum lalu. Beberapa orang pemimpin Umno juga telah memberi pandangan agar BN tidak meletakkan calon bagi mengelak pembaziran wang dan masa.

Apabila bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu diumumkan, menunjukkan BN tidak sedia untuk berbuat demikian melainkan ikut sama meletakkan calon demi menjaga maruah. Mungkin boleh dipersoalkan apabila nama Mei Fun itu diumum oleh Muhyuddin tetapi bukan oleh Najib Razak. Dalam situasi sekarang ini sepatutnya Najib membuat pengumuman sendiri bagi menunjukkan kekompatan BN. Tetapi tidak begitu nampaknya.

Sebelum ini Najib dikatakan tidak ada 'angin' untuk meletakkan calon BN, sebaliknya timbalannya, Muhyiddin awal-awal lagi menegaskan BN akan meletakkan calon bertanding atas alasan ia berlaku kekosongan. Berlaku perbezaan pendangan di antara Muhyiddin dan Najib dalam hal ini, dan apakah suara Muhyiddin kini lebih keras dari Najib?

Najib pernah memutuskan BN tidak meletakkan calon di suatu pilihan raya di Pulau Pinang tahun 2009 lalu atas alasan pilihan raya itu tidak atas kehendak perlembagaan, apabila ia sengaja dikosongkan bagi memberi laluan kepada tokoh lain. Kerana pengosongan di Kajang itu sama dengan apa berlaku di Pulau Pinang itu menyebabkan ramai pemerhati termasuk saya mengira adalah bijak kalau Najib akan mengambil keputusan sama.

Bagaimana pun hari ini bila Muhyiddin mengumumkan nama Mei Fun seperti mana dicadangkan oleh Inchek Ibrahim Ali, seakan ada pergeseran di antara Muhyiddin dengan Najib. Perlu diingat bekas PM Mahathir Mohamad yang kini dikatakan kuat menyerang Najib juga mahukan BN meletak calon di Kajang.

Pemilihan Mei Fun itu dikira satu keberanian oleh BN kerana Naib Presiden MCA itu tidak disenangi oleh orang-orang bekas presiden Chua Soi Lek. Sudah pasti pengikut Soi Lek yang menjadi pengundi di Kajang berat untuk memberi undi kepada Mei Fun. Begitu juga orang Melayu yang mengharapkan calon dari kalangan Umno diturunkan, kecewa dengan tindakan. Kemungkinan tindakan protes berlaku dan ini 'merohokkan' (menyukarkan) untuk Mei Fun menang.

Bagaimana pun pencalonan Mei Fun membolehkan Inchek Ibrahim Ali dan NGO yang dipimpinnya akan berkempen bermati-matian untuk kemenangan calon Cina. Cara itu juga membolehkan Inchek Ibrahim membuktikan bahawa NGO yang dipimpinnya bukan rasis. Sementara itu pencalonan Mei Fun itu juga sekali lagi menyebabkan Karuppan Nalla, kempunan untuk merai menjadi calon.

Yang menjadi pertanyaan saya juga bila mengenang Kajang ini, ke manakah pengundi bebas yang mengundi Berjasa dalam pilihan raya lalu bagi mengelakkan berdosa akan mengambil sikap pada pilihan raya kecil 23 Mac nanti?

Umno seronok memperdaya rakyat

Posted: 23 Feb 2014 12:08 AM PST




Oleh Mohamed Hanipa Maidin


DUA perkara yang mendorong saya menulis artikel ini. Pertamanya berhubung isu kenaikan harga barang.Keduanya isu video satira yang dihasilkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Bagi isu kenaikan harga barang penulis berpendirian bahawa Kerajaan BN sekali lagi bejaya memperdaya rakyat. Malang bagi rakyat yang tidak serik dengan penipuan BN mereka tidak sedar bahawa mereka terus diperdaya oleh BN.

Inilah skrip BN dalam isu kenaikan harga barang.

Seperti biasa setiap kali kerajaan menaikkan harga minyak atau harga barangan asas seperti gula atau susu atau beras maka kerajaan akan memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya jangan sesekali menaikkan harga barang.

Sebagai contoh jika kerajaan mengumumkan kenaik an harga minyak kerana subsidi dikurangkan maka kerajaan akan memberi amaran kepada pengusaha bas sekolah supaya jangan menaikkan harga tambang.

Dari sudut perundangan adakah amaran kerajaan ini boleh mengakibatkan pemandu akan didakwa dan adakah ada mana-mana pengusaha bas sekolah yang didakwa sehingga kini?

Sudah tentu kerajaan tidak boleh mendakwa pengusaha bas sekolah yang menaikkan harga tambang akibat kenaikan harga petrol atau diesel.


Mengapa? Kerana apa yang dilakukan oleh pengusaha bas sekolah adalah untuk elak kerugian dan tiada undang-undang yang melarang pemandu bas sekolah yang ingin mengelak kerugian.

Maka amaran kerajaan kepada pemandu bas sekolah hanya satu wayang.

Amaran kerajaan itu ibarat ngauman harimau tiada gigi dan dikurung dalam zoo.

Kanak-kanak pun tidak takut malahan geli hati lihat harimau tiada gigi me ngaum!

Begitu juga kita jangan terpedaya apabila pegawai penguatkuasa atau Menteri sekali turun padang kononnnya ambil tindakan ke atas para peniaga yang naik kan harga barang.

Sebagai contoh apabila harga minyak dinaik kan, maka peniaga di pasar yang meniaga sayur atau ikan akan didatangi oleh pe nguatkuasa.

Maka akhbar dan media seperti TV3 dan RTM akan membuat liputan kononnya peniaga dikenakan saman.

Pernahkah menteri atau pegawai penguatkuasa kementerian atau TV3 atau Utusan Malaysia memberitahu kepada rakyat adakah peniaga yang naikkan harga ikan atau mana-mana barang yang bukan termasuk dalam barangan kawalan didakwa kerana menaikkan harga barang?

Adakah kita pernah lihat mana-mana peniaga didakwa kerana menaikkan harga barang? Benar, mereka mungkin didakwa kerana tidak meletak tanda harga atau menipu dalam timba ngan, tetapi adakah mereka boleh didakwa kerana menaikkan harga barang?

Meskipun pada tahun 2011 Kerajaan meluluskan Akta Kawalan Harga dan Anti Keuntungan 2011, saya pasti tidak ada pendakwaan ke atas peniaga yang naikkan harga barang kerana undangundang itu sendiri mempunyai peruntukan yang begitu kabur tentang maksud mengaut keuntungan atau "profiteering."

Seksyen 14 Akta tersebut menafsir perkataan profiteer atau kaut untung sebagai membuat untung tinggi secara tidak munasabah (making profit unreasonably high) Masalah kepada tafsiran tersebut adalah ia tidak pula menafsirkan apakah maksud membuat keuntungan tinggi secara tidak munasabah? Tanpa definisi yang jelas apakah maksud membuat keuntungan tinggi secara tidak munasabah maka undang-undang yang ada itu tidak membantu melindungi pengguna.

Mungkin sementara kita menunggu maksud frasa tersebut secara jelas para peniaga secara jelas akan naikkan harga dan kita se bagai pengguna akan terpaksa mem bayar harga yang tinggi.

Meskipun seksyen 15 akta tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan mekanisme ba gi menentukan kenaikan harga secara tidak munasabah, Menteri sendiri sehingga kini pening untuk menentukan perkara tersebut. Hakikatnya akta ini hanya satu perhiasan semata-semata.
Ia tidak cukup gigi untuk menggigit!

Itu hujah dari segi undang- undang. Dari segi logik pula adakah munasabah pengusaha bas sekolah atau pemandu teksi atau pengusaha bas ekspres tidak akan menaikkan harga tambang jika harga petrol atau diesel dan tol naik?

Adakah penumpang akan sanggup tidak membayar tambang yang baru jika pengusaha-pengusaha itu menaikkan tambang? Begitu juga adakah masuk akal peniaga ikan dan sayur yang membeli daripada pemborong yang gunakan kenderaan berpetrol atau berdiesel untuk menghantar ikan dan sayur tidak akan menaikkan harga.

Kerajaan pun tahu kenaik an harga minyak atau tol atau tarif elektrik akan pasti akan mewujudkan "spill over" atau limpahan ke atas harga barangan.

Oleh itu cukuplah bersandiwara dengan memberi amaran melarang pelbagai pihak daripada menaikkan harga barang!

Isu kedua pula isu video satira yang dikeluarkan oleh Teresa Kok. Khabarnya polis akan siasat video tersebut.

Jika wujudnya pendakwaan ke atas Teresa, percayalah Malaysia akan masuk rekod Guiness di mana video humor politik dikira satu kesalahan jenayah.

Nampaknya polis tidak akan kompromi apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diusik meskipun secara gurauan.

Kini kita tidak pasti adakah video satira keluaran Teresa Kok yang lucu atau siasat an polis ke atas Teresa kerana keluar video lucu itu yang lebih melucukan!

Cuma nasihat saya pada polis, siasat juga adakah semasa kabinet meluluskan penggunaan jet peribadi bagi digunakan oleh Rosmah Mansor adakah mesyua rat kabinet itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri?

Saya ada bertanyakan hal tersebut di Parlimen namun tidak dijawab oleh menteri terbabit.

Rumah exco Pahang dipecah masuk, rugi RM10,000

Posted: 23 Feb 2014 12:01 AM PST

MALAYSIAKINI




Anggota exco negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin mengalami kerugian hampir RM10,000 setelah rumahnya di Medan Tok Sira dekat sini dipecah masuk dalam kejadian awal pagi semalam.
  
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 3.05 pagi oleh anak lelaki anggota exco itu yang ketika itu baru tiba dari Kuala Lumpur.
  
"Pengadu mendapati pintu dapur rumahnya terbuka dan atap genting tercabut.
  
"Hasil pemeriksaan mendapati semua bilik di rumahnya berselerak dan sebuah televisyen LCD 60 inci di ruang tamu dan alat mainan video yang diletakkan dalam bilik tidur pengadu telah hilang," katanya kepada Bernama.
  
Beliau berkata, anak exco itu, seorang pelajar institusi pengajian tinggi kemudian membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 5 pagi.
  
Mohd Jasmani berkata, suspek dipercayai memasuki rumah menerusi bumbung dan keluar melalui pintu bilik dapur dengan mengumpil jeriji besi.
  
"Polis bagaimanapun berjaya menemui kesan cap jari yang ditinggalkan dan sedang mengesan suspek," katanya.
  
Tiada siapa di rumah itu ketika kejadian tersebut berlaku oleh kerana Shahiruddin, pengerusi jawatankuasa koperasi, keusahawanan dan kepenggunaan negeri, yang juga Adun Dong, dikatakan keluar melawat kawasannya bersama keluarga.-Bernama

Kassim sedia berdialog dengan Jakim

Posted: 22 Feb 2014 11:57 PM PST

MALAYSIAKINI

 

 
 
 
Pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad sedia memberi penjelasan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kenyataan dalam satu seminar pemikirannya yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Kassim berkata pelawaan Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha supaya beliau dan penganjur memberi penjelasan berhubung perkara itu disifatkannya satu jemputan ikhlas dalam semangat ukhuwah, lapor Mingguan Malaysia hari ini yang memetik kenyataannya.

"Saya serta Jawatankuasa Penganjur Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari lalu di Putrajaya, menyambut baik hasrat Othman.

"Kami juga berharap dapat menjelaskan beberapa aspek kekeliruan dan salah tafsir berkaitan seminar berkenaan," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Minggu lalu, Othman berkata Jakim mahu berdialog dengan Kassim Ahmad serta penganjur "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" kerana menganggap idea Kassim "salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah".

Kassim antaranya menganggap syahadah kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad, mempertikai rambut sebagai aurat wanita dan menyamakan ulama sebagai 'kasta paderi' dalam Islam.

Sehubungan itu, Othman juga meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara itu dan memohon kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian mengenainya.

Facebook pro-Pakatan disekat di Malaysia?

Posted: 22 Feb 2014 11:55 PM PST

MALAYSIAKINI





Beberapa akaun laman Facebook pro-Pakatan yang popular tidak boleh dilayari di Malaysia sejak tengahari semalam, mencetuskan spekulasi bahawa laman sosial itu disekat di sini.


Percubaan untuk melayari laman sosial Facebook yang terlibat tetapi pelokasi sumber seragam (URL) mengarahkan kembali ke laman utama Facebook.

Berdasarkan kenyataan akhbar Biro Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin, laman Facebook yang terlibat termasuklah 'We Fully Support PKR' dan 'Zhong Zheng Kuai Xun'.

Laman itu antara yang popular di kalangan komuniti Cina khususnya sewaktu pilihan raya umum ke-13 lalu, mengedarkan mesej pro-Pakatan dan mencatatkan sehingga 500,000 'likes'.

Seorang pelajar Malaysia yang kini menyambung pelajaran di Amerika Syarikat mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau boleh melayari laman sosial yang disebutkan, dari negara itu.

MCA ubah keputusan larangan sertai kerajaan

Posted: 22 Feb 2014 11:48 PM PST



MALAYSIAKINI


MCA memutuskan untuk mengubah keputusan parti sebelum ini yang melarang ahli-ahlinya daripada dilantik ke jawatan kerajaan termasuk jawatan dalam kabinet.


Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat agung Luar biasa (EGM) parti itu yang diusahakan oleh Presiden MCA yang baru dipilih Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Perwakilan pusat mengundi hampir sebulat suara, dengan hanya lima bantahan dan empat berkecuali daripada 1,982 perwakilan yang hadir untuk majlis tersebut.

Sebelum ini, parti itu mengesahkan melalui beberapa mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa untuk melepaskan kedudukan dalam kerajaan kerana kegagalan parti untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13.

Tiada ulasan: