Selasa, 25 Februari 2014

Biaqpila

Biaqpila


PANAS!!! VIDEO PEMANDU MAIN HP KETIKA MEMANDU TERSEBAR

Posted: 24 Feb 2014 11:52 PM PST







DEY MACHA!!!
NAK BAWA KERETA BUAT CARA NAK BAWA KERETA
KALAU NAK BERWASAP BAGAI BAIK PARKING TEPI
LEPAS TU LU BOLEH LAYAN WASAP SAMPAI BERASAP
KAH! KAH! KAH!

LU PUNYA CARA KASI BAHAYA SAMA ORANG LAIN
LEBIH-LEBIH LAGI PENUNGGANG MOTOR
LU SYOK LAYAN WASAP
MOTOR KAT BELAKANG BREK BERASAP
KAH! KAH! KAH!

BUKAN MAMAT NI SAJA YANG BERWASAP
SAMBIL BAWA KERETA
RAMAI LAGI YANG MACAM NI
LANI DAH JADI BUDAYA
SEBELAH TANGAN PEGANG STERENG
SEBELAH LAGI PEGANG HP
KAH! KAH! KAH!





MALAYSIAKINI DISERANG CAT MERAH DAN BANGKAI ITIK

Posted: 24 Feb 2014 08:08 PM PST



Simbahan cat merah dan bungkusan bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini.

Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan telah mengenai sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya.

Sementara itu, seekor bangkai itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama.

Ia juga dilekat dengan gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok. Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, staf pertama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah.

"Secara jelas menunjukkan cat itu dibaling dengan menggunakan lima plastik bag," katanya.

Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Teresa disimbah cat merah dan diletakkan bangkai ayam di tangga menuju ke pejabatnya lapor Malaysiakini.


MK



SET BERSALIN MURAH (NONA ROGUY, SALINDAH DAN SENDAYU TINGGI)

Tiada ulasan: