Rabu, 26 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Haram undi Anwar Ibrahim di Kajang... kata Ustaz Mohd Syamsul

Posted: 26 Feb 2014 06:46 AM PST

Dengan bersandarkan beberapa hujah yang dibacanya dari media-media yang ditunggang oleh UMNO/BN, Ustaz Mohd Syamsul ni mengeluarkan satu resolusi bukan fatwa katanya.

Tulis Ustaz ini dalam satu status di Facebook miliknya "Resolusi NGO Suara Pondok Kelantan menyebut "Adalah bermula Pengundi Islam di Kajang hendaklah ia barang mengetahui bahawasanya Haram mengundi Anwar Ibrahim pada musim ini di atas 3 sebab musabab.-

(1)Adalah lisannya jelas menyebut menyokong keselamatan Negara Haram Israel.

(2)Adalah menyokong saki baki sejenis kaum Nabi Lut as.

(3)Adalah ianya bersetuju kesamarataan Ugama.


Bagi tuduhannya yang pertama iaitu Anwar secara lisannya jelas menyebut menyokong keselamatan Negara Haram Israel ianya adalah berdasarkan apa Anwar pernah berucap di Eropah dan katanya2 ditulis dlm Majalah "Wall Street Journal" milik Dow Jones and Company.

" I Support all efforts to protect the security of The State of Israel."(Sy menyokong sebarang usaha utk menjaga keselamatan Israel.)

Maka ayat Al Maidah ayat 82 digunakan untuk mempertahankan hujjahnya itu.. Allah swt berfirman,"Nescaya kamu akan dapati permusuhan yg paling kuat di kalangan manusia terhadap org beriman ialah org2 Yahudi".

Al Baqarah ayat 120(Dan tidak akan redha kpd kamu org2 Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah(cara kehendak) mrk.")Jelas firman Allah Yahudi adalah musuh Islam.

Hakikatnya apa yang Anwar ucapkan "..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Manakala bagi tuduhannya yang kedua pula tak ada sebarang hujah yang dikemukakannya jadi ianya lebih kepada satu fitnah..

Tapi ada juga dia jawab dalam Facebook dia.. tulisnya "PKR Bangi dlm twitnya mengishtiharkan "Kami tetap menyokong Ds Anwar Ibrahim walaupun dia seorang gay.

Kalau inilah hujahnya maka malanglah sesiapa yang menjadi pengikut Ustaz ini.. benda macam tu pun dia boleh jadikan sandaran untuk mengeluarkan resolusi...

Bagi tuduhan yang ketiga pula baca apa AmenoWorld jawab di ( SINI )

Cadanngan aku buat Ustaz ni.. sebelum nak keluarkan fatwa atau resolusi tentang apa sekalipun, bersandarlah kepada fakta, jangan bersandar kepada Utusan Malaysia dan lain-lain media yang dikawal UMNO/BN semata-mata..

Mungkin sebab kalah dalam PRU baru-baru ini fikirannya dah bercelaru sebagaimana yang dikatakan oleh Hazmi Hanipa "kawe nmpk sbb utama kekalahan demo pru baru2 ini ada bnyk sngt merapu..kene muhasabah lah tu akhi..

Kalaulah gerai yang diroboh ni di Pulau Pinang.. riuh rendahlah 1Malaysia...

Posted: 26 Feb 2014 02:00 AM PST


Hujung Januari lalu satu kekecohan yang melibatkan keganasan telah tercetus bilamana pihak Penguatkuasa MPPP bertindak merobohkan beberapa gerai disepanjang Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Dalam kekecohan itu Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar telah dibelasah sehingga menyebabkan bajunya terkoyak.

Insiden itu telah dikecam oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon.

Dalam kenyataan medianya beliau berkata "Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang".

Tambahnya lagi "Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku. Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina.

Haji Mohd Rashid turut membidas pihak Polis yang berada ditempat kejadian tapi tidak mengambil sebarang langkah pencegahan.

"Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan."

Laporan penuh dan gambar-gambar tentang insiden itu sila baca di ( SINI )

Itu apa yang berlaku di Pulau Pinang, bilamana operasi merobohkan binaan haram yang biasanya dijadikan gerai-gerai di atas tanah milik kerajaan negeri pasti tercetus kekecohan..

Biasanya yang mencetuskan kekecohan itu pula adalah golongan yang sama, yang mendakwa merekalah pejuang bangsa..

Itulah untungnya Melayu Pulau Pinang.. punya pembela yang perkasa dari PERKASA..

Tapi berbeza sungguh nasib Melayu Pulau Pinang dengan nasib Melayu di Terengganu ini.. gerai mereka dirobohkan kerajaan yang didominasi oleh UMNO tapi tiada siapa yang peduli...

Kedai diroboh tanpa notis, mohon penjelasan

MARANG – Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung status tanah diambil kontraktor bagi melaksanakan projek pembesaran jalan di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan dari Merchang ke Jambu Bongkok, dekat sini.

Penduduk yang tinggal dan berniaga di sepanjang jalan utama berkenaan, kini bingung kerana mendakwa tidak mendapat sebarang pampasan kesan daripada pelaksanaan projek tersebut.

Seorang peniaga roti, Norhashimah Mamat yang menjalankan perniagaan di situ berkata, tiada hitam putih atau dokumen rasmi serta pengesahan terutama mengenai pampasan yang akan diberikan selepas kedai mereka dirobohkan pihak berkaitan.

"Takdok (tiada) orang kerajaan mari (datang) beritahu apa-apa sampai ke hari ni. Exco pun takdok mari jumpa dengan kita," katanya yang turut mendakwa sudah ke pejabat tanah daerah bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Lebar jalan masuk sempadan tanah milik penduduk

Norhashimah berkata, dia dan keluarganya tidak berpuas hati dengan pihak berkaitan dalam menguruskan projek tersebut terutama berkaitan sempadan tanah.

Dia mendakwa, kerja-kerja pelebaran jalan turut memasuki ke sempadan tanah miliknya walaupun batu penanda sudah diletakkan di hadapan kedainya.

Katanya, dia turut bimbang apabila ada ura-ura mengatakan tanah yang sudah termasuk dalam rizab jalan berkenaan tidak akan dibayar pampasan.

"Macam mana masa kita nak dapat kelulusan bina gerai dulu, dia terima geran tanah ni dan dok (tidak) timbul soal di mana tanah rizab dan sempadan jalan? Ler ni (sekarang), timbul pasal tanah rizab pulok (pula) masa nak ambil tanah ni semula," katanya.

Difahamkan, sebanyak 15 rumah, tujuh premis perniagaan dan lebih 30 gerai jualan makanan terutama gerai jagung terjejas akibat projek pelebaran jalan berkenaan.

Peniaga jagung dikatakan mampu memperoleh hasil jualan antara RM200 sehingga RM300 sehari dan pendapatan meningkat sekali ganda pada hari minggu serta cuti am, namun mereka kini tidak dapat meneruskan perniagaan itu.

Minta beri penjelasan, elak rakyat keliru

Luahan dan keluhan sebahagian penduduk serta peniaga terbabit dimaklumkan kepada Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang mengadakan tinjauan sambil menziarahi mereka yang tinggal dan berniaga di tepi jalan utama berkenaan.

Susulan aduan berkenaan, Mohd Nor mendesak agar kerajaan negeri membuat satu kenyataan rasmi berhubung projek pelebaran jalan tersebut kerana ia menimbulkan banyak persoalan sekali gus memerlukan penjelasan lanjut.

"Persoalan seperti siapakah kontraktor yang dapat projek ini? Kenapa ia dijalankan secara tidak teratur, tanpa notis dan pemberitahuan umum terutama kepada penduduk serta peniaga terlibat di sepanjang jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan berkenaan.

"Juga, berapakah pampasan yang akan diberikan kerajaan kepada penduduk dan peniaga yang 100 peratus Melayu sebagai ganti rugi ke atas perniagaan mereka," katanya.

Mohd Nor juga meminta kerajaan menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung sempadan tanah yang dikatakan sudah diambil sejak 1963 lagi, kerana ada beberapa penduduk mengadu bahawa sempadan tanah milik mereka tidak jelas.

"Sehingga kini, masih tiada wakil kerajaan atau Exco datang bagi menjelaskannya," katanya.

Turut libat tanah perkuburan

Dalam pada itu, penduduk turut mendakwa masalah pelebaran jalan berkenaan bukan hanya melibatkan penduduk dan peniaga jagung, tetapi juga kawasan tanah perkuburan yang terletak berdekatan Kampung Pasir Putih.

Mengulas isu tanah perkuburan itu, Mohd Nor yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Terengganu berkata, kontraktor terbabit perlu lebih prihatin dengan kerja-kerja pelebaran jalan apabila membabitkan kawasan tanah perkuburan.

"Walaupun kubur lama, mereka sepatutnya lihat jajaran kubur ini dahulu dengan nasihat daripada pihak berwajib dan orang kampung yang tahu kedudukan kubur-kubur ini.

"Dalam Islam, kita percaya sesetengah mayat mungkin tak mudah reput, jadi sepatutnya kita gali dan pindahkan mayat-mayat ini sebagai menghormati mayat serta ahli keluarga," katanya.

Beliau bagaimanapun memaklumkan pendedahan tersebut bukan bertujuan menolak sebarang pembangunan, tetapi ia seharusnya dilaksanakan dengan memikirkan kesan kepada masyarakat.

"Ia juga bagi memastikan semua projek pembangunan yang menggunakan duit rakyat, dapat dilaksanakan dengan betul dan telus kerana projek ini akan dinilai semua pihak," katanya.

Bagi mengulas lanjut, Sinar Harian turut menemui Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A Latiff Awang yang juga Adun Pengkalan Berangan dan beliau berkata, akan menyiasat mengenai dakwaan penduduk itu.

~ Sinar Harian

Isu saman RM2 Juta: Blogger Pembela Guan Eng bidas Presiden PAS..

Posted: 25 Feb 2014 11:37 PM PST


Semalam Blogger Pembela Guan Eng ni mempersoalkan tindakan PAS dalam membela Presiden PAS, TG Haji Hadi dalam isu saman RM2Juta.. 

Katanya "Yang disaman adalah individu, mengapa jentera Parti yang dikerahkan bagi tujuan pembelaan ? Bukankah ini boleh ditaksirkan sebagai penyalah gunaan kuasa?" 

Hari ini pula beliau membidas sambil menyarankan agar TG Haji Hadi agar bercuti dari jawatan rasminya sebagai Presiden agar imej PAS dan Islam terpelihara.

Ini kerana menurutnya Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Elizabeth Wong mengambil cuti sehingga siasatan SELCAT berhubung penyebaran berapa gambar sulit wakil rakyat tersebut selesai.

Bacalah apa yang ditulisnya ini...

KALAU kita tidak lupa, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Elizabeth Wong mengambil cuti sehingga siasatan SELCAT berhubung penyebaran berapa gambar sulit wakil rakyat tersebut selesai.

Langkah itu demi mengelak konflik kepentingan semua pihak dalam proses siasatan dalaman tersebut.

Oleh kerana Selangor bukan ditadbir oleh PAS, sesetengah pihak menganggap amalan tadbir urus sebegitu bukanlah hisbah, dan masih sekular.

Sedar tidak sedar, di Kelantan yang diperintah oleh PAS pun tidak diamalkan hisbah.

Tiada SELCAT seperti Selangor, atau CAT seperti di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng (Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP).

Apabila isu beberapa projek di Kelantan dikaitkan dengan peribadi Ariff Fahmi dan Nik Abduh beberapa tahun dahulu, Tok Guru Nik Aziz pun pernah dinasihat supaya menguatkuasa hisbah sebagaimana dituntut dalam Islam.

Ada pihak bertanya saya, tak cukup lagikah dengan kewibawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, sebelum ini.

Penarik Beca pernah ulas bab ini dengan menyebut, "tak cukup seseorang itu bersih, melainkan perlu dilihat bersih."

Dalam perbicaraan isu baju besi Khalifah Ali Abu Talib pun, hakim memanggilnya namanya dan dilayan pemimpin itu macam orang kebiasaan yang lain.

Ini kerana, tak cukup peribadi Ali atau Hakim tersebut sahaja dilihat adil, melainkan proses keadilan itu mesti bersama-sama dilihat adil.

Semalam, banyak pihak persoal entri Peribadi Presiden PAS yang disaman, mengapa parti dipergunakan?

Mereka kata, Ustaz Hadi tak bersalah. Yang salah SetPolnya dalam bab menguruskan surat saman plaintif.

Saya anggap ijtihad politik Ustaz Hadi mendekati kesalahan dan tak salah memohon maaf kepada pihak pendakwaan sebab Islam tak ajar pertahan ijtihad yang salah.

Yang saya nak sebut di sebalik erti di atas itu bunyinya begini, "tak cukup seseorang itu adil, melainkan parti Islam pun perlu dilihat adil ikut pedoman Islam."

Apabila bercakap mengenai Islam agama adil dan mesti dilihat keadilannya, teringat satu pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah meminta `Amr ibn al-`As supaya memutuskan hukuman terhadap satu kes berhubung harta.

`Amr berasa serba salah untuk menyatakan pendapat dan memberikan keputusannya memandangkan Baginda ada bersama dalam majlis tersebut.

Melihat keadaan `Amr itu, Baginda pun bersabda, "Wahai `Amr, silakanlah hukumkan perkara ini." `Amr bertanya kepada Rasulullah, "Bolehkah saya berijtihad sedangkan tuan berada di sini?"

Jawab Rasulullah, "Ya, boleh. Jika kamu benar dan segera memberikan keputusan, kamu akan mendapat dua kebaikan tetapi jika kamu tersilap, kamu akan mendapat satu kebaikan."

Saya yakin, kalau amalan sekular boleh mengetepi konflik kepentingan, takkan Islam tak boleh buat lebih baik dari itu.

Salah tak saya cadangkan Ustaz Hadi dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dicutikan sehingga kes Saman RM2 juta diselesaikan?

Patut Ustaz Hadi dan Samsuri cuti daripada jawatan rasmi PAS demi memulihara imej Islam dan PAS.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Gempar!! Jenazah lengkap dikafan ditemui ditepi jalan di Bukit Mertajam.. (Updated)

Posted: 25 Feb 2014 09:25 PM PST


Kegemparan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Tengah  pagi ini.

Jenazah tersebut telah ditemui oleh para pengguna yang sedang menggunakan jalan yang berhampiran Bulatan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Pulau Pinang awal pagi ini.

Pihak Polis masih menjalankan siasatan buat ketika ini bagi mencari jawapan akan insiden ini.


Updated... info dari sumber yang memang aku percaya...

Maklumat dari individu pertama yang menemui mayat tersebut, mayat atau jenazah telah ditemui dengan diselimut dengan cadar bercorak bunga warna unggu cair dan siap dikafankan.

Individu tersebut telah menemui mayat atau jenazah tersebut yang diletakan di atas tar kaki lima jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak, Bukit Tengah.

Menuurut sumber lagi mayat tersebut tidak berpakaian, mulutnya berbuih dan berkhatan serta tiada kesan kecederaan pada mayat.

Namun ketiadaan dokumen pengenalan diri menjadikan mayat tersebut tidak dapat dikenal pasti bangsanya.

Mayat atau jenazah dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi tujuan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian..


Ada yang kata.. ni mungkin kerja pendatang asing.. sebabnya nak hantar jenazah balik kenegara asal kosnya tinggi, jadi tinggalkan ditepi jalan.. pihak Polis dan Kerajaan Malaysia akan uruskan semuanya...

Apapun kita tunggulah apa hasil siasatan pihak Polis..

Anwar masuk Gereja: A Kadir Jasin belasah Ridhuan Tee...

Posted: 25 Feb 2014 04:30 PM PST

CERITA masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya. Jadi apabila penceramah Ridhuan Tee Abdullah dilaporkan mengecam perbuatan seorang bakal calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang berucap di gereja, saya ingin tumpang sekali.

Saya katakan "bakal calon" kerana penamaan calon belum diadakan.

Antara sekarang dan saat itu, apa pun boleh berlaku. Menulis dalam akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah bakal calon tersebut memasuki gereja Holy Family, Kajang dan berucap.

Tee menyifatkan tindakan itu sebagai "liberal dan keterlaluan". Bakal calon yang dimaksudkan itu ialah Anwar Ibrahim.

Katanya: "Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan.

Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut 'lalat khinzir' terbang kawasan 'halal' Islam.

Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka."

Saya katakan cerita masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya kerana kedua-duanya adalah sebahagian daripada pendewasaan saya. 1. Ketika saya kanak-kanak, di kampung saya babi peliharaan adalah perkara biasa. Jiran Cina yang berupa penduduk minoriti pelihara babi dan kadang kala babi mereka terlepas keluar kandang dan masuk kampung kami.

2. Babi masuk kampung perkara biasa waktu itu. Kita hambat keluar atau kita biarkan asal tidak merosakkan tanaman atau datang terlalu hampir dengan rumah. Malah nenek saya melakukan kegiatan tukar barang kerana babi. Penternak babi tuai keladi liar yang tumbuh dalam kampungnya untuk makanan haiwan itu. Sebagai ganti mereka memberikannya gula, kopi dan susu.

3. Kalau menunggang basikal dari Tanah Merah (Pendang) ke Kubur Panjang melalui Tobiar, kita akan melintasi sebuah perkampungan orang Siam. Mereka pun pelihara babi dan babi mereka jinak. Bila kita lalu, babi akan ikut kita, apatah lagi kalau kita membawa buah-buahan atau sayur-sayuran.

4. Tapi orang Melayu jijik dengan daging babi dan sangat ambil berat makanan halal. Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah. Dua cerita daging babi dan makanan halal adalah:

(a) Seorang buta (tentunya tidak tahu rupa bentuk babi) terambil bungkusan mengandungi daging babi kepunyaan kawan Cinanya. Si isteri celik, tapi tidak pernah tengok dagang babi. Mereka masak dan makan. Tidak jadi apa-apa. Si kawan Cina berasa sangat bersalah dan pergi beritahu yang itu daging babi. Laki bini muntah sampai lembik. Begitulah jijiknya orang Melayu dengan babi.

(b) Seorang Melayu (tentunya Islam) "bergumbira" tiga hari dua malam di Haadyai dengan "temannya" berkurung dalam bilik hotel. Hari ketiga lapar dan turun cari makan. Pertanyaan pertamanya: "Halal ke ayam ni?" Maksudnya disembelih ikut cara Islam.

5. Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Tee, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Tee kritik itu kerana:

(a) Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

(b) Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai "grace" atau doa sebelum makan berbunyi: Bless, O Father, Thy gifts to our use and us to Thy service; for Christ's sake. Amen.

Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil.

Perdana Menteri kita, Mohd Najib Abdul Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali.


Inilah 1Malaysia. Wallahuaklam.

~ A Kadir Jasin

Tiada ulasan: