Selasa, 25 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Klip Video Katy Perry Hina Islam..

Posted: 25 Feb 2014 07:30 AM PST


Klip video terbaru Katy Perry mengundang kontroversi apabila dilihat cuba menghina Islam apabila salah seorang pelakon dalam video klip tersebut memakai rantai yang berbentuk kalimah Allah dan bertindak menghancurkan rantai tersebut.

Dalam video klip yang bertajuk Dark Horse itu, Katy berperanan sebagai Ratu Mesir yang mempunyai sihir dan menghancurkan jejaka-jejaka yang ingin menawan hatinya.

Salah seorang lelaki yang ingin menawan hatinya telah memakai rantai emas dengan lambang kalimah Allah, kemudian jejaka dan rantai tersebut dihancurkan menjadi pasir pada minit ke 1.15 hingga 1.17.

Klip video yang berdurasi 3 minit 44 saat itu menimbulkan persoalan apabila dilihat sengaja membuat satu penghinaan yang jelas yang menggambarkan seolah-olah kehancuran Allah dan agama Islam itu sendiri.



Persoalannya, mengapa perlu ada kalimah Allah? Dan apakah motif sebenar yang ingin disampaikan melalui klip video ini?

Ribuan komen di klip vidoe ini telah diterima oleh umat Islam seluruh dunia menyatakan kekecewaan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh Katy Pery di dalam lagu tersebut.


~ Rakyat News

Pengarah Umcedel menjawab tuduhan Zaid Ibrahim.. Dia tak pernah jilat Anwar katanya..

Posted: 25 Feb 2014 05:53 AM PST


Datuk Zaid Ibrahim tidak memberikan fakta yang betul dalam menafikan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Redzuan berkata, kenyataan Zaid yang mengatakan beliau seangkatan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) adalah tidak benar kerana semasa beliau bersama pertubuhan itu pada 1982, Anwar sudah pun menyertai Umno.

"Beza saya dengan Zaid, dia pernah `jilat' Anwar dulu, saya tak pernah.

"Anwar pun tak tahu kami buat kajian tentang Kajang dan bakal menteri besar Selangor. Semua soalan kami sediakan sendiri," kata Redzuan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Semalam, Zaid mempertikaikan kajian Umcedel dengan mengatakan Anwar mempunyai pengaruh dalam kajian badan itu berkaitan PRK DUN Kajang yang menghasilkan dapatan positif kepadanya.

Dalam kajian Umcedel yang dibentangkan minggu lalu, 59% daripada 576 responden ditinjau mengatakan "ya" apabila ditanya sama ada munasabah mengadakan pilihan raya untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

"Beza saya dengan orang lain, saya bersangka baik dengan semua orang tidak kira Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahupun Anwar.

"Saya tidak pernah hina Anwar, kalau saya hina mungkin sudah jadi timbalan menteri sekarang," kata Redzuan sambil tertawa.

PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calonnya dijadualkan pada 11 Mac selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan itu.

Peletakan Anwar sebagai calon DUN Kajang dikatakan untuk meredakan ketegangan di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Dalam kajian yang dibentangkan minggu lalu, Redzuan berkata, pengundi di Kajang berpendapat PRK pada 23 Mac ini bukan pembaziran apabila majoriti responden iaitu 53% berpendapat sedemikian dengan kaum India mewakili 60%, Cina (54%) dan Melayu (50%).

Katanya, pengundi di Kajang juga melihat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengahkan hari pengundian mencalarkan reputasi suruhanjaya itu apabila 48% responden mengakuinya dengan sokongan pecahan Cina (57%), India (42%) dan Melayu 41%.

Dalam tulisan di blognya semalam, Zaid yang juga bekas ahli PKR berkata, Anwar dan Redzuan seangkatan dalam Abim.

"Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Abim," kata Zaid dalam blognya.

Mengulas kenyataan menteri besar Selangor yang tidak bersetuju dengan kajian Umcedel berhubung sokongan pengundi Kajang terhadap Anwar sebagai menteri besar Selangor, Redzuan berkata: "Khalid mungkin tidak faham metodologi kajian, 59% bukanlah angka yang besar, lainlah 80%."

~ The Malaysian Insider

Kutipan meningkat, kemiskinan juga meningkat.. mana pergi duit Zakat tanya Dr Maza

Posted: 24 Feb 2014 11:46 PM PST


PENINGKATAN peratusan masyarakat Islam miskin menjadi persoalan apabila badan yang bertanggungjawab dilihat seolah-olah gagal untuk membantu golongan ini walaupun dikhabarkan kutipan zakat cukup tinggi setiap tahun.

Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, pihak yang terlibat harus peka dengan perkara tersebut supaya tidak disalah anggap.

"Timbul persoalan bagaimana ia diuruskan, itu yang kita sebut tentang jenama Islam, adakah yang kita penting bangunannya, atau tulisan khatnya, atau sebenarnya bagaimana urus tadbir yang dijalankan.

"Ke mana perginya zakat? Kita tidak kata ia diselewengkan atau sebagainya kerana ia diuruskan oleh pelbagai nama agensi yang ada bajetnya tersendiri," katanya.

Kata beliau, adalah tidak munasabah jika wang zakat tidak dapat diagihkan secara teratur kerana setiap negeri mempunyai pusat pungutan zakat.

"Kita adalah negara terbaik kerana mana ada negara yang ada 14 orang mufti, jangan tanya gaji mereka. Kita ada 14 pusat kutipan zakat, kita ada juga 14 tempat untuk rujuk fatwa, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jadi 15.

"Macam-macam fatwa ada berkenaan Islam, projek-projek Islam ini pun ada, semua projek-projek Islam ini hendak kita jual. Air mineral pun yang terang-terang halal, dijual kerana semuanya dapat duit. 

"Tapi ke mana wang dan harta orang Islam ini pergi? Akhirnya berbalik kepada kita soal urus tadbir, dalam ekonomi mahupun politik yang juga sama, soal amanah dan tata kelolanya," ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau yang berkongsi pengalaman ketika menjawat jawatan Mufti Perlis memberitahu bahawa negeri itu mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pembayar zakat menamakan pihak yang ingin dibayarnya.

"Di Perlis kita boleh bahagikan pembayaran zakat sebanyak 50 peratus kepada orang yang ingin kita bayar duit berkenaan. Jadi pihak agama Islam negeri akan siasat dan jika layak, kita atau pihaknya akan membayarkan kepada pihak tersebut.

"Kalau tidak silap saya di Kelantan juga dibolehkan dan potongannya sebanyak 30 peratus untuk diberikan kepada pihak yang dinamakannya," katanya ~ Sinar Harian

Sementara itu Malaysiakini pula melaporkan Dr. Asri berkata "Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah. 

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau.

Tahniah Najib!! Namamu kini tersenarai sebagai pemimpin kedua paling boros didunia..

Posted: 24 Feb 2014 09:35 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.

Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.

Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Seterusnya adalah Mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah. Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam satu tahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya ~ Selangorku

Pejabat Malaysiakini pula disimbah cat merah..

Posted: 24 Feb 2014 06:50 PM PST


Simbahan cat merah dan bungkusan bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini.

Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan telah mengenai sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya.

Sementara itu, seekor bangkai itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama.

Ia juga dilekat dengan gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok. Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, staf pertama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah. 

"Secara jelas menunjukkan cat itu dibaling dengan menggunakan lima plastik bag," katanya.

Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Teresa disimbah cat merah dan diletakkan bangkai ayam di tangga menuju ke pejabatnya lapor Malaysiakini


.. Kalau macam ni barulah boleh dikatakan disimbah dengan cat, bukannya macam apa yang dah jadi pada pejabat Teressa Kok tu.. sila lihat di SINI

Tiada ulasan: