Isnin, 24 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Memalukan! UMNO guna 'Bots Twitter' untuk puji BR1M..

Posted: 24 Feb 2014 05:31 AM PST


Ada orang kata..'If you pay peanuts, you get monkeys' maknanya lebih kuranghanya oranng yang bodoh akan berkerja untuk anda jika anda bayar ciput..

Dalam hal angkat diri sendiri ni pulak, sebaliknya pula yang berlaku.. mereka dikatakan dibayar mahal tapi hasil kerjanya memalukan sekali..

Atas semangat 'wasatiyyah', kerajaan UMNO-BN yang baru saja mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 baru-baru ini mengambil pendekatan memalukan dengan memuji diri sendiri menggunakan 'bots Twitter'.

Puluhan ribu 'Bots Twitter' daripada pelbagai akaun laman sosial itu mengeluarkan tweet dengan tulisan sama yang berbunyi 'duit #BR1M dapat cover duit tol untuk setahun, xpercaya, trylah, terbaik! bukti kebijaksanaan PM @NajibRazak'.

Manakala satu lagi tweet pula menyatakan 'lega beb, duit #br1m tu lah aku guna utk top up belanja aku bulan ni'.


Tindakan kurang cerdik kerajaan itu mendapat cemuhan daripada pelbagai pengguna laman sosial.

Blogger terkenal, ObeFiend, yang mengendalikan blogserius.blogspot.com dengan lebih daripada 139 juta 'page views' turut melontarkan kritikannya terhadap perilaku kerajaan itu.

"Puji kerajaan pun ada BOT yang tolong pujikan. Tak perlu manusia. Siapalah hamba Allah yang dapat kontrak tweet dan buat bots ni, murah betul rezeki.

"Satu lagi, gila macam 'twilight zone' semua cakap benda sama. Berapa KPI bang? 100 tweet RM1? Macam tu ke?," sindirnya.

Pada sambutan Hari Kemerdekaan dua tahun lalu, kerajaan turut menggunakan taktik yang sama dengan menggunakan 'hashtag' #Merdeka55 untuk menipu rakyat dan memuji diri sendiri. - Roketkini

Alahai awatlah gila puji-pujian sampai macam ni sekali... 

Dulu masa sambut Merdeka pun UMNO/BN guna kaedah ni jugak... lihat di SINI

Fitnah Pil Kuda: Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam Penghakiman Ingkar

Posted: 23 Feb 2014 07:50 PM PST


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

"Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.

Eh? Cuba lihat baju apa mamat yang pukul isteri ni pakai..

Posted: 23 Feb 2014 04:30 PM PST

Akibat mencederakan isteri - seorang pembantu peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara setahun oleh mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Yuhazmi Yusoff, 30 tahun, mengaku bersalah.

Beliau memerintahkan hukumanu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 16 januari lalu. Berdasarkan fakta kes, berlaku perselisihan faham apabila isteri tertuduh- Norasikin Sayed Abdul Karim, 27 tahun menegur tertuduh yang tidak bekerja.

Tertuduh berang lalu menghantuk kepala mangsa ke dinding, menumbuk badan dan menampar pipi mangsa.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana insaf.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai lapor TV9..

Cuba tengok baju apa mamat yang pukul isteri ni pakai?..


Baju apa?.. Baju dengan logo TUKAR..

Apa bendanya TUKAR tu?.. 'TUKAR' ialah Gerakan Tukar Kelantan (Tukar), sebuah NGO yang mahu rakyat di negeri itu memberi mandat kepada BN pada PRU13 lalu..

Videonya sila lihat di SINI

Belum penamaan calon, BN sudah tabur janji

Posted: 23 Feb 2014 02:30 PM PST


Apabila calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di Kajang, beliau dihentam kerana sudah berkempen sedangkan hari penamaan calon belum lagi tiba (11 Mac).

Hari ini pemimpin BN sudah turun ke Kajang menabur janji walaupun hari penamaan calon tinggal 16 hari lagi. Oleh itu pemimpin BN dua kali lima dengan pemimpin PKR yang dihentam selama ini.

Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan Hospital Kajang yang kini berusia 125 tahun.

Menteri berkenaan Datuk Seri S. Subramaniam berkata pembinaan bangunan baharu hospital itu adalah wajar dan seiring dengan pertambahan penduduk di sekitar Kajang, selain lokasi bangunan sedia ada terletak berhampiran jalan utama.

"Saya akan bawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi.

Keputusannya bergantung kepada penilaian mereka," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Hospital Kajang di sini, hari ini.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan dan AnggotaLembaga Pelawat Hospital Kajang serta meninjau operasi hospital.

Dr Subramaniam berkata penduduk Kajang dan pihak pengurusan Hospital Kajang telah menyuarakan permintaan kepada kerajaan supaya membina sebuah bangunan baharu yang lengkap dengan kemudahan terkini di lokasi strategik di bandar itu.

"Saya terima pandangan itu dan menjelaskan kepada mereka bahawa ia bergantung kepada kos dan peruntukan kerana membina sebuah hospital baharu membabitkan kos sekuang-kurangnya dari RM800 juta hingga RM 1 bilion," katanya.

Beliau berkata jika cadangan itu tidak diterima, Kementerian Kesihatan akanmembina sebuah bangunan tambahan enam tingkat dengan peralatan dan kelengkapan terkini di kawasan hospital sedia ada, seperti yang diputuskan sebelum ini.

Menurutnya Hospital Kajang yang dibina pada 1889 di kawasan seluas 6.47 hektar, kini mempunyai 1,003 tenaga kerja termasuk 35 doktor pakar, 70 pegawai perubatan, 120 pegawai perubatan siswazah dan 326 katil pesakit.

Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan sedia ada di Hospital Kajang.

Beliau berkata peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk menambah bilangan katil, kelengkapan peralatan, kemudahan perkhidmatan dan sistem pendawaian di hospital itu. - BERNAMA

Tiada ulasan: