Isnin, 16 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Dua pemain bolasepak skuad Pahang mengaku salah berkhalwat

Posted: 16 Dec 2013 09:51 PM PST

17/12/2013 1:45pm

KUANTAN - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd Amirul Hadi Zainal, 27, dan Mohd Zaiza Zainal Abidin, 23, bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di Hotel Vistana di sini pada 10 September lalu.
Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua pemain itu dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan, dua pemain skuad Tok Gajah itu ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan di Hotel Vistana di sini kira-kira pukul 4.30 pagi.
Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 145 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2nhzD9FEM 
Hakcipta terpelihara 






p

Bunuh remaja curi tabung masjid - Empat didakwa

Posted: 16 Dec 2013 09:24 PM PST

KUALA LUMPUR - Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri tabung masjid, dua minggu lepas.
Pengurus Keselamatan Mohamad Yusof Mohamad, 39, dan tiga lagi pengawal keselamatan Mohd Aswenry Majon, 26, Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko,20, didakwa membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 5 pagi, 3 Disember lepas.
Tiada pengakuan dicatatkan daripada kesemua tertuduh yang berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17 Februari depan untuk sebutan, sementara menunggu laporan bedah siasat.
Sementara itu, Iweldo dan Pondri dari Indonesia turut dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan dikenakan dua sebatan selepas mengaku bersalah kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke Malaysia.
Ayuni mmerintahkan Iweldo dan Pondri menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 3 Disember lepas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 2.30 petang, 3 Disember lepas di bawah Akta Imigresen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Peringatan kepada Zahid Hamidi: KDN bukanlah tanah subur untuk bermain POLITIK

Posted: 16 Dec 2013 08:23 PM PST

Peringatan kepada Zahid Hamidi: KDN bukanlah tanah subur untuk bermain POLITIK
Walau apa pun alasan di sebalik dakwaan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Timbalan Presiden PAS yang dikaitkan dengan fahaman Syiah, agenda politik kenapa dakwaan itu dibuat adalah paling tepat sekali. Selain mahu menghancurkan PAS dan memastikan sokongan Melayu luar bandar kekal milik Umno, ia juga dipercayai mahu meningkatkan lagi reputasi Zahid yang kini memegang jawatan Naib Presiden Umno.
Di sebalik 10 bukti yang didedahkan, tidak ada satu pun yang menjurus kepada mengancam keselamatan negara. Sejak dua penggal menjadi orang nombor dua dalam PAS, tidak pernah sekali pun aksi atau perbuatan ke arah militan yang diketuai oleh Mat Sabu dalam parti itu. Beliau hanya dilihat hebat berceramah dengan menentang Umno dan kerajaan dengan hujah dan fakta yang mudah diterima oleh orang ramai sehingga ceramahnya tidak pernah ketandusan hadirin.
Dalam masa yang sama, jika benar Syiah itu bahaya dan mengancam, kenapa penyebarannya secara menyeluruh tidak dibanteras. Sementara Zahid berbangga memberitahu Perhimpunan Agung Umno bahawa Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan Majlis Syiah Malaysia, tetapi orang yang mahu mendaftarkan pertubuhan itu tidak pula disoal atau ditahan.
Sekali lagi, jika benar Syiah itu bahaya dan mengancam keselamatan negara, kenapa tidak ditahan saja Abdullah Hassan yang terang-terang mengakui sebagai ketua Syiah peringkat negeri Kedah?
Begitu juga, di pusat-pusat pengajian tertentu turut dikenal pasti sebagai tempat menyebarkan fahaman Syiah, kenapa tidak pernah kedengaran Zahid dan KDN bertindak? Kenapa hanya Mat Sabu yang dijadikan sasaran?
Jawapannya sangat mudah iaitu politik.  Zahid melihat dengan menyerang PAS dan Mat Sabu dengan isu Syiah ini, PAS bukan saja diharapkan dapat dikekang kekuatannya, bahkan dapat melonjakkan dirinya sebagai pemimpin masa depan Umno dan negara. Bukanlah rahsia lagi, sejak pemilihan Umno lalu lagi, tukang-tukang kempen Zahid mendendang lagu merdu ke telinga perwakilan bahawa Naib Presiden Umno itu adalah bakal Timbalan Perdana Menteri suatu hari nanti.
Malah ada juga tukang kempennya yang terlebih ghairah mengatakan Zahid bakal Perdana Menteri selepas Najib.
Tidak salah Zahid untuk bercita-cita tinggi dalam karier politiknya, begitu juga tidak menjadi dosa tukang-tukang kempennya mengharapkan Zahid menjadi apa pun, tetapi sebelum beliau melangkah lebih jauh dengan menjadikan KDN sebagai tapak untuk mempopularkan dirinya, ada baiknya beliau menoleh kepada sejarah bahawa kementerian itu bukanlah tapak yang subur untuk meningkatkan karier.
Musa Hitam kecundang dalam kariernya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri berikutan peristiwa Memali manakala Hishammuddin pula hampir kalah dalam pemilihan Umno lalu kerana kelemahannya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri mengundang cemuhan dan rasa tidak puas hati perwakilan. Mujur Najib cepat menukarkannya ke Kementerian Pertahanan. Jika terus kekal di KDN, Hishamuddin lebih berpotensi untuk tewas dalam pemilihan itu.
Sebelum itu, Tun Dr Ismail meninggal dunia semasa menjadi TPM dan Menteri Dalam Negeri manakala KDN juga tidak membantu karier Ghazali Shafie walaupun ketegasannya masih disanjung hingga kini.
KDN dalam sejarahnya tidak pernah menjamin kejayaan ahli politik yang bercita-cita tinggi, sebaliknya sentiasa menjadi tanah yang gersang dan tidak menjanjikan kejayaan untuk meningkat lebih tinggi. Kementerian itu terlihat sesuai untuk mereka yang tiada cita-cita dalam politik atau mereka yang sudah terjamin kedudukannya. Dr Mahathir berjaya mengekalkan kuasanya dan menang dalam banyak cabaran politiknya adalah kerana beliau mengetuai KDN yang mana di situlah berpusatnya kuasa melaksanakan undang-undang.
Pak Lah juga ketika menjadi TPM, turut menjadi Menteri Dalam Negeri tetapi kedudukannya ketika itu sebagai pengganti Dr Mahathir sudah hampir terjamin. Dalam masa yang sama, Pak Lah juga tidak terlihat menjadikan KDN sebagai medan untuknya bermain politik dan mempopularkan diri.
Azmi Khalid dan Radzi Sheikh Ahmad adalah contoh dua Menteri Dalam Negeri yang tiada cita-cita politik lebih tinggi dan ketika era mereka, hampir tiada isu berlebih-lebihan mengenai kementerian itu yang diperguna atau disalahguna untuk kepentingan politik.
Memang diakui KDN adalah antara kementerian yang kanan. Ia bukan saja berpusat banyak kuasa melalui beberapa agensi penting di bawahnya seperti PDRM, Imegresen, Jabatan Pendaftaran dan sebagainya. Melalui KDN juga, banyak terdapat peluang perniagaan, terutama sejak adanya pekerja asing. Ia sentiasa menjadi tumpuan untuk mencari peluang perniagaan, projek dan kontrak manakala sesiapa yang menjadi menterinya sering menjadi buruan ramai.
Ketika Hishamuddin berada di KDN, di sebalik cita-citanya dalam politik diketahui ramai, beliau dilihat gagal mengimbangi antara keperluannya untuk bertindak tegas dan bijaksana dalam beberapa isu seperti perhimpunan haram dan sebagainya serta bagaimana untuk melayan semua pencari projek yang datang kepadanya.
Lantaran itu, kelemahannya lebih diperhati dan dijadikan sasaran.
KDN secara umumnya memperlihatkan ia bukan tapak yang subur atau medan sesuai untuk terus menongkah dalam karier politik. Ini kerana kementerian ini memerlukan pemimpin yang bijaksana, tegas dan tiada agenda terselindung di sebaliknya.
Di peringkat awal mengetuai KDN, Zahid kelihatan tegas terutama dalam aspek pencegahan jenayah dan membanteras jenayah berat. Beliau bertegas dalam isu ISA, Ordinan Darurat, Akta Pencegahan Jenayah dan sebagainya. Lantaran itu, beliau disanjung sehingga mendapat 188 undi daripada 191 bahagian Umno dalam pemilihan lalu.
Tetapi suara tegasnya mulai tengelam sejak kemenangan itu. Kebelakangan ini, jarang benar suaranya kedengaran meskipun pelbagai jenis jenayah, terutama yang melibatkan pendatang asing sentiasa menghiasi dada akhbar setiap hari.
Isu Syiah yang dibangkitkan Zahid dalam Perhimpunan Agung Umno adalah bukti jelas ianya bersifat politik dan ingin meraih sokongan kelompok di dalam parti di mana beliau menjadi pemimpin nombor tiganya ketika ini. Jika benar Syiah berkaitan keselamatan negara, Zahid tidak perlu bercakap mengenainya kepada audien Umno.
Lagi pula, apa ancaman Syiah selama ini? Dan sudah berapa kali huru-hara dicetuskan oleh Mat Sabu melalui PAS? Di dalam PAS, sudah berapa ramai yang menjadi Syiah sejak Mat Sabu menjadi pemimpin nombor dua parti itu?
Kini juga mulai difahami mengapa Najib selepas pilihan raya lalu menukarkan sepupunya, Hishammuddin daripada KDN ke Kementerian Pertahanan. Sejak dipindahkan, serangan dan kecaman kepada Hishammudin banyak berkurangan dan beliau akhirnya berjaya menyelamatkan kedudukannya.
Zahid pula, walaupun di peringkat awalnya disanjung dah dipuja tetapi isu Syiah yang dibangkitkannya mula menerbitkan tompok-tompok hitam dalam kariernya. Selain rakyat biasa mengecam dan menpersendanya dalam isu Syiah ini, kelompok dalam Umno juga mula meragui ketegasan dan kebijaksanaannya kerana membangkitkan isu tersebut, sehingga seorang blogger dan pengamal media sosial yang terkenal dalam Umno iaitu Sang Kelambai menggelarkannya sebagai seorang lagi "menteri cap ayam" dalam Umno.
KDN sudah mula menghamparkan laluan sukar bagi perjalanan karier politik Zahid. Sejarah Musa Hitam yang kecundang di tengah jalan dan sejarah Hishammuddin yang kian kehilangan penyokong semasa mengetuai KDN, sedikit demi sedikit sedang menjejaki perjalanan Zahid pula.
Di ketika ini, yang paling tersenyum lebar tentunya ialah Najib dan Hishammuddin. – shahbudindotcom.blogspot.com

dollah yankee

dollah yankee


Guan Eng: "Kita kena jaga rakyat bawah".

Posted: 16 Dec 2013 06:58 AM PST


Ketika ucapan pembukaan pada konvensyen DAP kelmarin Guan Eng telah memberi amaran keras kepada semua Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun DAP supaya jangan mengambil sikap berpuas hati dengan kejayaan DAP pada pilihanraya yang lalu dan seterus nya menekan kepada merekla supaya bekerja dengan lebih kuat lagi untuk rakyat bawahan khasnya.

Guan Eng berkata ini demi memastikan yang rakyat telah membuat pilihan yang tepat bila mereka mengundi DAP.

" Rakyat telah meletakan kepercayaan yang cukup tinggi kepada kita semua dan kita jangan lah kecewakan mereka pula, dan kita mesti memastikan yang rakyat telah membuat pilihan yang tepat dan bukan lah satu kesilapan bila mereka memilih DAP".

dollah yankee -
Tsu Koon tak boleh lawan Guan Eng!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


ASAL MASUK UMNO JER... MESTI JADI BODOH

Posted: 16 Dec 2013 06:56 PM PST


[DASAR APARTHEID BN] Di balik tirai kemiskinan, ada rintihan rakyat tak berdosa

Posted: 16 Dec 2013 06:48 PM PST



KATA orang, rezeki, maut dan jodoh ketentuan tuhan. Kita tidak mahu menolak kenyataan itu. Cuma yang ingin kita timbulkan ialah persoalan apabila rezeki mencurah-curah kurniaan tuhan kepada negeri cuma berlegar di sekitar tangan pemimpin tertentu, malah mereka yang dimenangkan oleh orang miskin! Ironi, tetapi itu sudah cukup mendukacitakan.

Tidak dapat kita bayangkan bagaimana bapa kepada satu keluarga tiga atau lima anak hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM500 sebulan hasil kerja memungut sawit atau pemandu lori.

Tidak juga kita dapat bayangkan bagaimana kehidupan tanpa bekalan air bersih dan elektrik dan terpaksa manakung air hujan atau mengangkut air berjam-jam dari sungai.

Dua, tiga perkara ini sudah cukup untuk  melunyaikan warga kota yang sudah lama menikmati kemudahan asas. Tanda tanya terbesar yang timbul ialah bagaimana mungkin keadaan ini masih berlarutan di sebuah negeri yang kaya hasil bumi malah terkenal seantero dunia?

Malangnya nasib Kampung Kinadaan

Apa yang saya katakan ini adalah satu daripada realiti, hakikat yang masih berlaku di Sabah. Pada 27 Julai lalu, saya mengetuai sepasukan Pemuda DAP mengadakan ziarah ke Kampung Kinadaan di Sugut, sebuah kawasan di utara Sabah. Kawasan ini dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan 2,535 undi menewaskan calon PKR dan dua calon bebas lainnya.
Read More / Baca Lagi >>

Terkagum: Mat Sabu perlu tampil nafi 10 bukti - Ulama Muda Umno

Posted: 16 Dec 2013 06:27 PM PST

SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya tidak bermaksud menggesa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengemukakan bukti, tetapi tampil menafikan 10 bukti yang mengaitkannya dengan Syiah.

Menurutnya, pemimpin yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah sepatutnya ada pendirian jelas supaya tidak dilemparkan dengan pandangan negatif.

"Kalau nak bebaskan diri daripada semua tuduhan itu, beliau perlu bezakan pendiriannya dengan pendirian Syiah. Tetapi mana pendirian beliau tentang Syiah selama ini?

"Saya tidak maksudkan beliau perlu kemukakan bukti, Apa yang saya sebutkan (ialah beliau) perlu menafikan kerana sekarang ni banyak petunjuk dirinya ke arah Syiah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Fathul Bari turut menyokong Mohamad berdiskusi dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang isu itu secara ilmiah, sekali gus menafikan bukti-bukti disabitkan ke atasnya.

"Ini perlu dilakukan kerana telah banyak tuduhan dilemparkan kepadanya. Orang asyik tanya, tapi beliau tidak mahu jawab. Ini memberi gambaran tidak baik kepadanya," katanya.

Tol: Kerajaan BN boleh tangguh kenaikan....

Posted: 16 Dec 2013 06:24 PM PST

SHAH ALAM - Kerajaan berkuasa menangguhkan kenaikan kadar tol melalui rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, perkara itu boleh dipersetujui apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Katanya, kerajaan boleh berunding dengan pihak konsesi berkenaan apakah bentuk timbal balik yang boleh diwujudkan bagi mengelak kadar tol dinaikkan.

"Mungkin berlaku kenaikan (kadar) 10 peratus. Maka kerajaan perlu membayar penalti berdasarkan kekurangan yang berlaku," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut beliau, kerajaan ada budi bicara untuk berbincang dengan syarikat konsesi terlibat, mengenai keputusan menaikkan kadar tol itu.

"Kerajaan mungkin tidak boleh tanggung (kos meningkat) selama-lamanya, tetapi kerajaan mampu tangguhkan kenaikan (kadar tol) dalam tempoh tertentu, " katanya.

[DASAR APARTHEID BN] Hanya Si Kaya Layak Guna Tol!

Posted: 16 Dec 2013 06:22 PM PST

Kenaikan harga tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.

"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.

Read More / Baca Lagi >>

UMNO mesti musnahkan semua Pesaing untuk kekal kuasa

Posted: 16 Dec 2013 05:58 PM PST

Apa yang terjadi sekarang? UMNO sudah hilang akal. Sebab mereka sudah gila kuasa. Pemilikan kuasa pembuka pintu kepada kekayaan peribadi dan kumpulan. Oleh kerana itu, kuasa mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun.
Kekayaan orang UMNO bergantung kepada pemilikan kuasa. UMNO kaya sebab mereka pemiik konsesi TOL, konsesi IPP, pemilik monopoli gula, beras, pengangkutan, pelabuhan, - UMNO pemilik asset2 ini. Ini menjadikan UMNO pengutip sewa yang paling terkemuka di Malaysia. Pednapatan mereka bergantng kepatas pemilikan ketas perkara2 uang kita sebut tadi. Kalau kita hendak tahu apa itu rent seeker- lihat sahaja kepada UMNO.
Maka janganlah kita hairan bila harga2 naik, tol naik, tariff letrik naik, beras nanti akan naik, minyak masak naik- hampir semua nya naik kecuali pendapatan rakyat- sebab yang sebenar benarnya berlaku ialah UMNO membayar kepada diri mereka sendiri. Sebagai contoh- konsesi TOL semua nya mempunyai kepentingan kerajaan(baca UMNO). Maka apbila kadar TOL naik, maka kenaikan tersebut meningkatkan pendapatan pemegang kepentingan UMNO. Semua peraih kenaikan harga adalah proxy2 UMNO.
Kelangsungan hayat UMNO berganting kepada 2 perkara- sama ada ia memengang kausa memerintah dan (2) selama ia menguasai minda orang Melayu. Ancaman terbesar kepada dua perkara ini ialah kebangkitan dan kesedaran rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Dari Korporat Kepada Menteri 'Cap Ayam'

Posted: 16 Dec 2013 05:53 PM PST

Kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang berturut-turut sejak kebelakangan ini memang boleh membuatkan darah rakyat turut menaik saja. Kerajaan yang kononnya berpaksikan slogan "rakyat didahulukan" dan menjanjikan mimpi yang indah-indah semasa pilihanraya lalu, kini dilihat seperti melupai janji sendiri dengan tidak sabar-sabar mahu menyedut wang dari poket rakyat.

Bermula dengan minyak, gula, cukai pintu DBKL, cukai GST, kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus dan kini ura-ura tambang bas, LRT dan monorel turut dalam cadangan untuk dinaikkan. Yang terbaru pula ialah kadar tol di seluruh negara. Semua ini memperlihatkan bukan lagi kerajaan yang mahu meringankan beban rakyat tetapi rakyat sedang dipaksa untuk menolong kerajaan.

Yang lebih membuatkan rasa jengkel rakyat ialah cara menteri atau pihak yang bertanggungjawab menghujahkan kenaikan tersebut. Dalam isu kenaikan kadal tol yang sedang hangat diperkatakan sekarang misalnya, hujah yang dilontarkan oleh Wahid Omar selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, benar-benar mengecewakan dan seolah-olah beliau merasakan dirinya masih pemimpin korporat yang tiada tanggungjawab kepada rakyat.

Wahid berkata, kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan kerana ianya terkandung dalam perjanjian antara kerajaan dengan pemilik konsesi dan sekiranya tidak setuju dengan kenaikan kada baru itu, pengguna tidak perlu menggunakan lebuhraya, sebaliknya gunakanlah jalan biasa.

Jawapan sebegini bukanlah jawapan seorang menteri, ia jawapan orang yang sombong dan angkuh. Sebagai menteri, Wahid haruslah sedar bahawa beliau bukanlah seperti CEO Telekom atau Maybank dahulu yang hanya memikirkan untung sahaja. Sebagai pemimpin kerajaan, kliennya adalah rakyat dan jawapan seperti "cap ayam" ini benar-benar mengecewakan dan seperti ingin memperbodohkan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah Mansor pernah disoal siasat enam jam oleh Bukit Aman kerana kes Altantuya... boleh percayake?

Posted: 16 Dec 2013 05:52 PM PST

Semalam boleh dikatakan majoriti Blogger UMNO Pro Rosmah Mansor menyiarkan surat yang dikatakan ditulis oleh Rosmah ini..

Entah betul atau tidak Rosmah yang tulis aku sendiri kurang pasti tapi aku yakin macai Pro Rosmah ni tak akan buat cerita yang bukan-bukan pasal idola mereka itu..

Lagipun jalan ceritanya lebih kurang dengan kisah 'Rosmah jumpa kotak Putera Arab'.. jadi aku percaya surat ni datangnya dari Rosmah..

Dalam surat ini Rosmah menjawab beberapa perkara yang dikatakannya sebagai fitnah terhadap diri dia, walaupun dah bertahun perkara itu diperkatakan..

Dan ayat power yang paling dipercayai oleh macai Pro Rosmah ialah, Rosmah mendakwa dirinya telah disoal siasat oleh Polis selama enam jam berikutan dituduh sebagai dalang kes Altantuya..

Disoal siasat selama enam jam tu... ha..ha.. ha.. (Tok Non dan Traffik Pengiring kat Melaka hari tu kalau terbaca jangan gelak, saya gelak tak apa )

 Surat ini aku copy dari Blog ParpuKari.. Bacalah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan. Pembaca yang amat dikasihi; Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.

Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011.

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa Politik: Kawasan elit di Kuala Lumpur antara sejuta terjejas bekalan air

Posted: 16 Dec 2013 05:46 PM PST


Penduduk menyimpan air sebagai persediaan menghadapi keadaan gangguan bekalan air bermula hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Disember, 2013.Penduduk menyimpan air sebagai persediaan menghadapi keadaan gangguan bekalan air bermula hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Disember, 2013.Kira-kira sejuta penduduk Lembah Klang akan menghadapi masalah bekalan air mulai pagi ini dengan kawasan elit utama di Kuala Lumpur termasuk dalam senarai kawasan yang bakal terjejas.
Syarikat bekalan air Selangor (Syabas) dalam kenyataannya berkata, gangguan bekalan air akan bermula jam 8.00 pagi pada 17 Disember 2013 apabila kerja dimulakan.
Manakala tempoh pemulihan bekalan air pula dijangka bermula jam 9.00 malam, 17 Disember 2013 (Selasa) apabila kerja dijangka siap dan berterusan sehingga 8.00 pagi, 22 Disember 2013 (Ahad).
Ini berikutan pemberhentian kerja secara berjadual yang dibuat oleh Syabas bagi pelaksanaan kerja henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2).
Antara kawasan yang terlibat ialah kawasan Bukit Kiara iaitu Kelab DiRaja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; INTAN; Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.
Sebahagian kawasan Bukit Damansara turut terjejas iaitu Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa Politik: Bekalan air terputus awal?

Posted: 16 Dec 2013 05:45 PM PST

Bekalan air terputus awal?  
Mohamed Haniff (kiri) bersama abangnya menadah air di sebuah stesen minyak di Wangsa Maju selepas bekalan air di rumahnya terputus.
KUALA LUMPUR - Seorang penduduk pangsapuri Seksyen 1 Wangsa Maju mendakwa terpaksa mengambil sumber air di sebuah stesen minyak berdekatan selepas bekalan air di kediamannya terputus seawal jam 5 petang semalam.

Mohamed Haniff Abd Karim, 30, berkata, dia tidak sempat menyimpan air kerana maklumat yang diperoleh menyatakan gangguan air hanya berlaku pada hari ini.

Dakwanya, situasi itu membebankan mereka sekeluarga kerana terpaksa mencari sumber air lebih banyak.

"Kami satu rumah duduk enam orang, air memang tidak cukup nak simpan hari ini.

"Saya pula baru pulang kerja, tak sempat mandi. Air tak ada, saya terpaksa keluar ambil di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, maklumat berhubung gangguan air agak mengelirukan menyebabkan mereka sekeluarga tidak pasti untuk menyimpan kuantiti air yang sepatutnya.

"Ada yang kata kawasan kami sehari saja tak ada air, ada pula kata seminggu. Entah mana satu yang betul, kami pun tak tahu. Saya harap masalah air tak lama. Kalau tidak, tentu susah," katanya.

Lebuh raya dibina guna dana awam, pemegang konsesi untung berganda

Posted: 16 Dec 2013 05:44 PM PST

PETALING JAYA: Kadar tol di negara ini sepatutnya diturunkan ekoran syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

"Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan.

"Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya.

"Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Rafizi turut menempelak kenyataan Wahid konon kenaikan kadar tol sukar dielak dengan alasan ia terkandung dalam perjanjian dengan syarikat konsesi.

"Alasan ini dangkal kerana hakikatnya sebahagian besar pemegang konsesi lebuhraya utama negara seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dikuasai anak syarikat milik kerajaan persekutuan.

"PLUS dikuasai Khazanah dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Prolintas ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah milik kerajaan," kata Rafizi.

Read More / Baca Lagi >>

Musibah Undi Umno@BN: Barang naik, hidup makin tertekan

Posted: 16 Dec 2013 05:41 PM PST


Ketika pemimpin negara, keluarga dan sahabat-handai mereka hidup bermewah-mewah, rakyat semakin derita, hidup makin sukar kerana harga barang naik, menyebabkan jurang miskin dan kaya semakin luas.
Ini tidak baik bagi sebuah negara, apalagi seperti Malaysia yang tanahnya subur, hasil buminya banyak, di mana sepatutnya rakyat menikmati kemakmuran ini. Namun disebabkan salah urus tadbir negara, rasuah, pembaziran, kronisme, penyelewengan dan sebagainya maka kebobrokan ekonomi pun berlaku, mengakibatkan rakyat biasa menderita.
Semua kepincangan ini sedang berlaku dan orang besar negara bersilat lidah mempertahankan kenaikan harga barang, yang kata mereka sedikit saja dan memang wajar. Banyak lagi kenyataan yang sangat dangkal dan bersifat membodohkan rakyat diucapkan oleh pembesar negara.
Dalam suasana jurang miskin-kaya ini semakin luas, maka dilihat segelintir pihak saja yang hidup selesa, malah bermewah-mewah, naik kapal terbang ke sana ke mari, makan minum di hotel ternama, atau di kelab elit yang eksklusif, mendiami kawasan elit di bandar besar, bermain golf, menjadi ahli kelab mewah, memiliki kereta mewah pelbagai jenis dengan pengawal keselamatan 24 jam.
Bagaimana mereka menjalani hidup mewah ini, daripada mana sumber pendapatan mereka. Mungkin di antara mereka ada yang mendapat rezeki sumber yang halal, tetapi bagaimana yang lain.
Mereka yang hidup bermewah-mewah ini terpisah daripada masyarakat dan tidak tahu derita sangsara rakyat. Umpamanya kehidupan mangsa banjir di pantai timur baru-baru ini.
Sementara di kawasan rakyat biasa - di mana-mana - di rumah teres harga murah atau flet dua bilik di mana lifnya selalu rosak, sampah-sarap bersepah, kes jenayah sering berlaku, maka di sanalah rakyat miskin bandar ini menjalani kehidupan.
Ada yang bekerja sebagai kerani biasa, buruh berpendapatan amat kecil, membuka warung nasi lemak di penjuru jalan, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pelbagai lagi.
Read More / Baca Lagi >>

MENTERI KERAJAAN 47%....HADIAH PRU13..JANJI DITEPATI

Posted: 16 Dec 2013 04:24 PM PST


Keputusan PRU13 dorong banyak peraturan gila, demokrasi makin mundur

Posted: 16 Dec 2013 04:18 PM PST

Keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu bukannya menjadikan Malaysia lebih demokratik, tetapi sebenarnya mengundur ke belakang berikutan tindakan Barisan Nasional (BN) mewujudkan lebih banyak undang-undang mengetatkan aktiviti politik di negara ini, kata penganalisis di sebuah majalah Komanwel.
Profesor William Case dari Hong Kong City University berkata, Umno menggunakan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menghasilkan polarisasi kaum apabila melancarkan serangan ke atas DAP dan masyarakat Cina.
"Jika golongan elit Umno menunjukkan kemarahan mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-12, mereka semakin berpadu dan lebih tegas lagi selepas PRU13.
"Syak wasangka ke atas orang Cina yang dipamerkan semasa kempen ditambah lagi dengan kawalan ke atas pembangkang dan penganjur program diketatkan lagi.
"Bukannya memajukan lagi sistem politik, PRU13 memundurkannya ke belakang," kata Case dalam pembentangan di Sidang Meja Bulat, Journal Komanwel untuk Hal Ehwal Antarabangsa.
Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh berbanding Pilihan Raya Umum 2008. Pakatan Rakyat (PR) memenangi baki 89 kerusi lagi di Parlimen.
Case berkata, selepas pilihan raya Putrajaya memperkenalkan semula undang-undang pencegahan, memundurkan budaya toleransi apabila mendakwa penganjur Black 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, yang disebut oleh Putrajaya sebagai undang-undang yang membenarkan perbezaan pendapat dinyatakan di khalayak ramai tanpa banyak sekatan.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Nan: Kurang 10% pemilik hartanah bantah kadar baru cukai pintu DBKL

Posted: 16 Dec 2013 04:16 PM PST


Tidak sampai 10% daripada 507,800 pemilik hartanah sekitar ibu kota menghantar surat bantahan berhubung cadangan kenaikan kadar cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berkuatkuasa 1 Januari depan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (gambar) berkata hanya lebih 40,000 pemilik hartanah membantah cadangan DBKL untuk menilai semula kadar cukai pintu atau cukai taksiran yang tidak disemak sejak 21 tahun lepas.
Beliau berkata DBKL tidak menaikkan kadar cukai pintu yang boleh membebankan pemilik hartanah walaupun semakan semula senarai nilaian mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebenarnya lebih tinggi.
"DBKL mempunyai peruntukan akta untuk menyemak semula senarai nilaian setiap lima tahun namun perkara ini mungkin terlepas pandang selama ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

SPAD: Henti perang di akhbar, kenaikan tambang bas sekolah dikaji

Posted: 16 Dec 2013 04:15 PM PST

Tan Sri Syed Hamid Albar menggesa persatuan bas sekolah supaya berhenti mengeluarkan kenyataan di akhbar bagi meminta kenaikan tambang kerana suruhanjaya itu kini dalam proses mengkaji permintaan berkenaan.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, selain pengendali bas sekolah yang berhasrat meminta kenaikan tambang, mereka juga perlu memikirkan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan bas sekolah semasa kepada pengguna.
"Tidak perlu berperang di akhbar. Kita dalam proses mengkaji dan berharap satu keputusan akan dapat diputuskan sebelum sesi persekolahan bermula. Saya percaya perkhidmatan bas sekolah mendatangkan keuntungan, sebab itulah banyak bas sekolah yang beroperasi secara haram.
"Kita faham masalah mereka tetapi pengendali bas sekolah juga perlu bertanggungjawab memberi perkhidmatan terbaik. Kita tidak mahu membebankan rakyat dan pada masa sama pengusaha juga dapat meneruskan perniagaan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.
Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) pada Ahad lalu sebulat suara mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40 peratus berkuatkuasa Januari 2014 jika SPAD tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini.
Presidennya, Amali Munif Rahmat, berkata kadar baru itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kos yang perlu ditampung pengusaha bas di bawah naungan PPBSM.
Katanya, jika SPAD tidak meluluskan kenaikan itu, ia dikhuatiri menjejaskan operasi PPBSM terhadap lebih sejuta murid yang menggunakan perkhidmatan mereka.
"Sebelum ini, PPBSM menanggung kenaikan kos 40 peratus untuk bahan api, alat ganti, penyelenggaraan, tayar dan pekerja. Apabila kadar bahan api dinaikkan baru-baru ini, kami menanggung peningkatan kos operasi," katanya.
Syed Hamid berkata, ada pengendali bas sekolah didapati tidak mengikut tambang yang ditetapkan SPAD malah mereka juga berani mengadakan perjanjian bersama ibu bapa bagi menetapkan kadar tambang sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

TPP: Barang berkualiti mahal

Posted: 16 Dec 2013 04:12 PM PST

TPP: Barang berkualiti mahal 
 TPP akan membuka pasaran setiap negara peserta termasuk dalam sektor sensitif seperti pertanian dan produk makanan. Gambar: Pasar basah di bandar Seattle, AS.
WASHINGTON DC - Amerika Syarikat (AS) tidak menafikan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang sedang dirundingkan 12 negara termasuk Malaysia akan mempunyai 'kos' tinggi tetapi manfaatnya didakwa selari dengan nilai yang terpaksa dibayar.

Pegawai Kanan Jabatan Negara AS bagi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), Robert Wang berkata, TPP memang perjanjian yang berstandard tinggi namun ianya akan menghasilkan lebih banyak manfaat dalam jangka masa panjang.

"Bagi saya, ia bergantung kepada pelanggan itu sendiri. Jika anda mahu membeli sesuatu yang mahal, anda terpaksa membayar (lebih tinggi).

"Tetapi sebab utama anda mahukan produk yang mahal adalah mungkin kerana ia akan menghasilkan lebih banyak manfaat (pada masa depan)," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Jabatan Negara AS, baru-baru ini.

Beliau berkata, memang mudah untuk sesebuah negara mencapai perjanjian perdagangan yang mempunyai standard lebih rendah tetapi manfaatnya mungkin tidak sebesar perjanjian yang lebih berkualiti.

Negara peserta TPP yang telah berunding selama hampir empat tahun menyasarkan untuk memuktamadkan perjanjian itu, tahun ini.

Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Maki Hamun Tn Hj ZAMIHAN SIRI 1

Posted: 16 Dec 2013 03:56 PM PST



U.N. seeks $6.5 billion for Syria, its largest appeal ever for single cr...

Posted: 16 Dec 2013 03:50 PM PST



Egyptian police fire tear gas at student protesters in Cairo

Posted: 16 Dec 2013 03:49 PM PST



20,000 objection letters given to mayor

Posted: 16 Dec 2013 07:24 AM PST



Nurul Izzah: 'Be transparent in DBKL assessment rate'

Posted: 16 Dec 2013 07:18 AM PST



Majlis Perlepasan Sukarelawan Ops Bersih Pahang - Terengganu Oleh Pas Selangor

Posted: 16 Dec 2013 07:17 AM PST



USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI: CERAMAH PERDANA PASCA MUKTAMAR PAS KE 59

Posted: 16 Dec 2013 07:15 AM PST



IR MUHD KHAIRIL NIZAM KHAIRUDDIN: CERAMAH PERDANA PASCA MUKTAMAR PAS KE 59

Posted: 16 Dec 2013 07:14 AM PST