Ahad, 15 Disember 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bahasa 20,000 bantahan dihantar: Ratusan warga KL himpun depan Menara DBKL

Posted: 15 Dec 2013 08:40 PM PST


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Ratusan warga kota berhimpun di hadapan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini bagi menghantar bantahan terhadap kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyerahkan notis bantahan itu kepada pegawai Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan menerima cop penerimaan.
Sementara ahli parlimen Kuala Lumpur itu menghantar notis bantahan kepada Datuk Bandar, ribuan warga kota hari ini mendesak Datuk Bandar turun ke perkarangan Menara DBKL.
Nurul Izzah berkata, Ahmad Phesal pada tahun lalu menyatakan prestasi cemerlang akaun DBKL tetapi mahu menaikkan kadar cukai pintu bermula Januari depan.
Warga Kuala Lumpur berkumpul membantah kenaikan cukai taksiran yang dikenakan DBKL bermula Januari. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Warga Kuala Lumpur berkumpul membantah kenaikan cukai taksiran yang dikenakan DBKL bermula Januari. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, berkata terdapat lebih 20,000 surat bantahan terhadap cadangan kenaikan cukai pintu dihantar menjelang tarikh tutup bantahan esok.
"Kenaikan cukai pintu bagi pemilik hartanah di KL tidak adil dan tidak boleh diterima," kata Ahli Parlimen Cheras daripada DAP, Tan Kok Wai.

Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan kerajaan BN terhadap rakyat

Posted: 15 Dec 2013 08:34 PM PST

Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
SEREMBAN - Kenaikan kadar tol dijangka tahun depan, dilihat menjadi pelengkap pakej penderaan terhadap rakyat.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, pihaknya membantah perkara itu dan menganggap ianya tidak masuk akal memandangkan rakyat sudah cukup terbeban dengan beberapa kenaikan oleh kerajaan sebelum ini.

Menurut Mohd Nazree, sepatutnya kadar tol semakin rendah dari tahun ke tahun kerana syarikat konsesi mendapat pulangan modal bagi pembinaan lebuh raya, ditambah keuntungan berlipat ganda menerusi pertambahan kenderaan menggunakannya.

"Secara tidak langsung, keadaan ini menggambarkan betapa kerajaan pimpinan BN gagal mentadbir negara dengan baik berikutan banyak kenaikan harga berlaku, sedangkan baru tujuh bulan PRU13 berlalu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

GST beri kesan pada KDNK, kemelesatan dijangka 2016

Posted: 15 Dec 2013 07:59 PM PST

azrul_bimbSHAH ALAM 16 DIS : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.
Penganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.
Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.
Gst biasa"Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya," kata beliau.
"Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang," kata Azrul.
Beliau berkata demikian dalam Forum "Apa yang salah dengan ekonomi kita" anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi yang dipetik dari Malaysiakini.
Read More / Baca Lagi >>

Ribuan himpun depan DBKL bantah kenaikan cukai taksiran melampau

Posted: 15 Dec 2013 07:58 PM PST

demo_dbkl9
KUALA LUMPUR 16 DIS: Lebih 1,000 hadir ke himpunan membantah kenaikan cukai taksiran di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini.
Himpunan bermula jam 11 pagi tadi sambil diawasi kira-kira 30 anggota penguatkuasa DBKL dan polis beruniform.
demo_dbkl4Penguatkuasa DBKL turut membuat sekatan ke pintu masuk utama bangunan DBKL di Jalan Raja Laut.
Peserta himpunan yang berkumpul sejak jam 10 pagi ini turut melaungkan slogan 'Turun Datuk Bandar' dan 'Rakyat bantah kenaikan cukai pintu oleh DBKL'.
Mereka turut membawa kain rentang tertera perkataan 'Kami mahu pentadbiran msra rakyat, bukan buli rakyat' dan 'Kami tuntut Datuk Bandar dipilih melalui pilihan raya umum".
demo_dbklHadir sama ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen batu, Tian Chua, Teresa Kok (Seputeh), Tan Kok Wai (Cheras) selain pimpinan Pas kawasan Batu dan Bukit BIntang.
Kumpulan ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan ini akan menyerahkan lebih seribu borang bantahan kenaikan cukai taksiran kepada DBKL pagi ini.

'Jenayah' culas ekonomi bukan sekadar retorik - Dr Dzul

Posted: 15 Dec 2013 07:57 PM PST

 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata keadaan ekonomi yang kucar-kacir sekarang berpunca dari keculasan kerajaan BN dalam pentadbiran ekonomi.

Malah menurut beliau, bukan satu perkara retorik apabila menyalahkan BN yang terus terang 'merosakkan' keadaan ekonomi hingga rakyat terbeban di negara ini.

NONE"Sekarang ini kita lihat ringkasnya, inilah dia kecurangan, pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya mengagihkan semula kekayaan tetapi sebaliknya mengizinkan kroni menghimpun segala kekayaan.

"Dan ini jenayah paling berat dosa yang dilakukan kerajaan BN dan ini bukan retorik," kata beliau dalam forum "Apa yang salah dalam ekonomi kita" anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Dzulkefly turut menyelar syarikat berkaitan kerajaan dan milikan kroni yang sepatutnya membantu dalam pengagihan kekayaan rakyat sebaliknya mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Beliau memberi contoh syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menurutnya wajib mengimbangi khidmat kepada rakyat sebagai 'pemilik' sebenar berbanding perhitungan keuntungan semata-mata.

Malah cubaan monopoli boleh syarikat milikan kroni atau GLC sendiri langsung tidak membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan kos.

"Kenapa Bernas ditubuhkan? Antara lain untuk pengagihan kekayaan, sama juga dengan Felda.

"Asalnya GLC seperti ini adalah untuk pengagihan semula kekayaan di negara kita ini, mereka melakukan semua perkara ini untuk memacu ketamakan," kata beliau.

20% elitis kuasai 40% kekayaan
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen DAP gesa kerajaan tangani kenaikan harga tol

Posted: 15 Dec 2013 07:55 PM PST

Selepas beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan, kini rakyat terpaksa berdepan dengan kenaikan harga tol.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo memberi amaran kepada Putrajaya agar bertanggungjawab ke atas tindakan menandatangani perjanjian berat sebelah dengan syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.
"Ini termasuk hak mengurangkan kadar tol apabila jumlah trafik di lebuh raya meningkat.
"Ini bermakna margin keuntungan yang dijangka bakal diraih sebenarnya telah tercapai," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhubung kadar kenaikan tol pada tahun hadapan tidak dapat dielakkan kerana ia antara syarat dalam perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi.
Menteri yang dulunya bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Maybank itu berkata, kenaikan kadar tol sepatutnya dilakukan sejak 2011, namun pelaksanaan itu ditunda.
Abdul Wahid berkata, kerajaan terpaksa mengambil RM400 juta daripada kutipan hasil pembayar cukai yang ia sebenarnya digunakan untuk tujuan lain.
"Sekarang masa untuk memenuhi syarat tersebut malah kenaikan juga merupakan kiraan adil kepada pembayar cukai memandangkan pengguna menggunakan lebuh raya sebagai jalan alternatif mereka dan ia tidak digunakan setiap hari," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam kenyataannya berkata, kadar tol akan dikaji semula  tahun depan sebagai memenuhi perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat makin sengsara dengan pelbagai kenaikan oleh kerajaan BN

Posted: 15 Dec 2013 07:51 PM PST

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan selepas PRU13 bermula dengan kenaikan petroleum.

Koordinator Panatia Ekonomi Jingga13 Malaysia, Zainal Abidin Bin Abu Bakar berkata, kenaikan gula turut diikuti selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Kini, ujarnya seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan kenaikan RM2 bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah berkuatkuasa 11 November 2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3 juta pengguna Astro yang terpaksa membayar kenaikan pakej tersebut sedangkan Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion untuk 6 bulan pertama berakhir 31 Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus.

Sedangkan, katanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.

Beliau menambah, bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99 sen setiap kilowatt, manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5 sen. Satu kenaikan yang sangat ketara.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Kemelesetan ekonomi Malaysia paling lewat 2016

Posted: 15 Dec 2013 07:49 PM PST


Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta cukai perkhidmatan dan barangan (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang.

Perkara itu diramalkan penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang percaya ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah (property bubble burst).

Menurutnya, perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi.

NONE"Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya.

Dan antara faktor utamanya ialah pecahnya gelembung sektor hartanah. Dan kerana sebab itulah GST perlu ditangguhkan," kata beliau dalam forum "Apa yang salah dengan ekonomi kita" anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi.

Pada tahun 2008, krisis subprima lantaran ketidakmampuan pembeli harta tanah dan peminjam menguruskan pinjaman menyebabkan beberapa institusi kewangan melibatkan hartanah di Amerika Syarikat runtuh.

Malah tinjauan terhadap Indeks Harga Harta Tanah Malaysia menunjukkan persamaan yang membawa kepada gelembung harga harta tanah di negara-negara yang pernah mengalaminya.

Azrul yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor menambah, pelaksanaan GST bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kesan teruk 4% inflasi
Read More / Baca Lagi >>

Bukti gred A dan B: KDN seperti pembekal telur ayam, kata PAS

Posted: 15 Dec 2013 07:46 PM PST

PAS menyifatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti "pembekal telur ayam" apabila agensi itu mengatakan mereka mempunyai bukti gred A dan B berhubung penglibatan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata kenyataan KDN mengenai hanya 1,500 rakyat Malaysia menjadi pengikut Syiah membuktikan fahaman itu bukan satu ancaman besar, tetapi digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kenaikan kos kehidupan.
"Apa bukti gred A, gred B KDN? Macam pembekal telur ayam yang ada gred A, gred B dan Omega 3.
"Apabila KDN kata hanya 1,500 rakyat Malaysia di Selangor, Perak dan Johor menganut fahaman Syiah terbukti ia langsung tidak merbahaya kepada negara," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, KDN yang seharusnya menjaga keselamatan negara kini sudah menjadi seperti "badan penglipur lara."
"10 bukti yang dikemukakan KDN berhubung penglibatan Mat Sabu dengan fahaman Syiah bukannya bahan bukti tetapi cerita penglipur lara yang boleh menghiburkan.
"Mereka mahu rakyat Malaysia terutama orang Melayu lupa kenaikan kos kehidupan seperti tol, minyak, gula dan banyak lagi," katanya.
Hari ini akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melaporkan PAS sudah lama diresapi fahaman Syiah dan ramai di antara pemimpin mereka yang menganut fahaman berkenaan memegang jawatan penting dalam parti Islam itu di peringkat pusat dan akar umbi.
Read More / Baca Lagi >>

Punca Ranking UiTM Jatuh Teruk..??

Posted: 15 Dec 2013 06:41 PM PST


Kerajaan seharusnya menilai semula peranan Universiti Teknologi Mara (UiTM) setelah kedudukan universiti itu mencatatkan kemerosotan di peringkat tempatan dan antarabangsa, kata Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.
Bekas Naib Canselor UiTM itu berkata, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi membincangkan masalah itu dan tekanan dihadapi pensyarah antara faktor penyumbang kemerosotan kedudukan universiti itu.
"Daripada segi kedudukan, kita jatuh teruk. Begitu juga di peringkat kebangsaan. Ini saya bimbang. Tiada makna bermegah UiTM sebagai universiti Melayu terbesar dunia jika kualitinya menurun dan tidak dihormati sebagai sebuah universiti.
"Pensyarah berkebolehan tinggi tetapi ada faktor lain yang menjadikan mereka kurang berkesan. Maka kerajaan perlu meneliti kemerosotan perkara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
QS World University Rankings pada September mengumumkan kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi 2013 dan UiTM berada di antara kedudukan 700, merosot 100 anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Lima universiti tempatan lain yang mencatatkan penurunan adalah Universiti Malaya berada di kedudukan 167, Universiti Kebangsaan Malaysia (269), Universiti Sains Malaysia (355), Universiti Putra Malaysia (411), Universiti Islam Antarabangsa (501) manakala Universiti Teknologi Malaysia naik tiga anak tangga ke kedudukan (355).
Ketika ditanya adakah kemerosotan prestasi UiTM itu disebabkan kualiti rendah tenaga pengajarnya, Ibrahim berkata: "Itu tiada kena-mengena. Masa saya menjadi naib canselor, situasinya sama iaitu pelajar 100% Melayu Bumiputera tetapi pada 2007 hingga 2009, UiTM menjadi universiti teratas setaraf universiti tempatan malah pada suatu ketika dikatakan lebih hebat."
Read More / Baca Lagi >>

Saya lakukan kerana Allah, jawab Rosmah

Posted: 15 Dec 2013 06:33 PM PST

Datin Seri Rosmah Mansor tenang ketika ditanya kontroversi penggunaan jet ke Qatar.  Beliau menghuraikan satu persatu jadual kerjanya dan mengapa beliau berada di Qatar, Dubai, Sri Lanka dan akhir sekali Bangladesh. Semuanya kerana kerja bukan untuk suka-suka. Semuanya dilakukan mengikut prosedur. 
 
Dari Langkawi Rosmah terbang ke Qatar bagi memenuhi undangan untuk menyertai Qatar International Businesswomen Forum yang keempat. Beliau dijemput menerusi kedutaan Qatar di Malaysia yang kemudian dipanjangkan ke Wisma Putra dan dirujuk ke Kabinet.
 
Di Qatar, isteri Perdana Menteri diberi penghormatan menyampaikan ucaptama bertajuk The Empowerment of Malaysia Women dan juga dikurniakan anugerah.
 
"Dalam ucaptama itu saya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Tak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati.
 
"Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat," katanya.
 
Sementelah diberi penghormatan berada di pentas forum itu, Rosmah mengambil kesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani. Kunjungannya itu turut menerima kritikan.
Read More / Baca Lagi >>

Abdul Quader Molla mangsa kezaliman politik sekular

Posted: 15 Dec 2013 06:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Sekali lagi sejarah Jamaat-e-Islami terpapar dalam sejarah gerakan Islam dunia apabila Penolong Setiausahanya, Syeikh Abdul Quader Molla dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

As-Syahid yang asalnya dihukum penjara seumur hidup telah dibicarakan semula oleh mahkamah Bangladesh yang dirancang oleh pihak sekular untuk menyekat dan mematikan gerakan Islam tersebut di Bangladesh.

"Akibat perancangan jahat ini, as-syahid menjadi mangsa kezaliman politik," ujar Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam tindakan zalim tersebut dan mendesak kerajaan Malaysia untuk turut memberikan tekanan politik kepada kerajaan Bangladesh agar menghentikan tindakan hukuman kejam seperti itu.

Katanya, jika benar kerajaan Malaysia ingin menjadi watak utama dalam membela umat Islam seluruh dunia, DPPM mendesak kerajaan Malaysia hari ini untuk turun bersama-sama menyelamatkan pejuang-pejuang Islam di tempat lain khususnya di Bangladesh.

Utusan Malaysia akhbar milik UMNO kata PAS sudah lama diresapi Syiah

Posted: 15 Dec 2013 06:20 PM PST

PAS didakwa sudah lama diresapi fahaman Syiah dan ramai di antara pemimpin mereka yang menganut fahaman berkenaan memegang jawatan penting dalam parti Islam itu di peringkat pusat dan akar umbi, lapor akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Akhbar berbahasa Melayu itu memetik sumber keselamatan yang memaklumkan, PAS mula diresapi Syiah selepas Revolusi Iran dan fahaman itu semakin bertapak kukuh dalam parti berkenaan kerana ramai kalangan lulusan Iran menyertai parti itu dan seterusnya terpilih menjadi pemimpin.
Menurut Utusan Malaysia, maklumat risikan percaya satu pertemuan khas melibatkan beberapa pemimpin parti itu yang diyakini mempunyai kaitan dengan gerakan Syiah akan berlangsung dalam masa terdekat tetapi motifnya masih disiasat.
"Kita sedang meneliti semua maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sudut tetapi pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan pertemuan sulit itu ada kaitan dengan isu Syiah yang kini hangat dikaitkan dengan Mat Sabu.
"Penilaian juga sedang dibuat apakah pertemuan sulit berkenaan turut mempunyai kaitan dengan sambutan hari memperingati Arbain (Ashura) yang akan disambut 23 Disember ini," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.
Sumber itu memberitahu, pihak berkuasa kini memantau pergerakan beberapa pemimpin kanan PAS yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan Syiah di negara ini selain gerak-geri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat sudah jatuh ditimpa tangga kerana undi kerajaan UMNO@BN pada PRU13

Posted: 15 Dec 2013 05:37 PM PST

SHAH ALAM - Peribahasa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sesuai untuk situasi rakyat yang semakin terhimpit dengan kesan kenaikan yang bakal dialami pada 2014, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kerajaan yang bakal menaikkan kadar tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Apabila mendengar kenaikan tol ini, saya tidak terkata lagi. Baharu sahaja rakyat dikhabarkan kenaikan tarif elektrik, gula, minyak, ini tol pula.

"Kita rakyat susah mahu faham dengan tindakan kerajaan kerana setiap kali yang diumumkan syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda, kerajaan juga mendapat pulangan baik, tapi rakyat yang susah akhirnya dengan kadar tol dinaikkan," katanya kepada Sinar Harian.

KELUHAN PENYOKONG BN: RASIONALISASI SUBSIDI YANG SEKARANG INI DILIHAT SEBAGAI TIDAK LAGI RASIONAL!

Posted: 15 Dec 2013 05:34 PM PST

Satu demi satu rakyat Malaysia menghadapi siri 'rasionalisasi' harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13. Seolah2 kenaikan2 ini sudah tak tertahan nak dihambur keluar sesudah diperam lama sebelum pilihanraya.

Jangkamasa dua tahun pertama selepas PRU ini kita akan melihat momentum segala2nya naik. Yang turun hanya lah hujan. Apabila memasuki tahun ke 3 kelak nadanya akan berlainan. Seterusnya tahun ke 4 dan 5 menjelang PRU14. Rakyat akan dihambur pula dengan wang di sana sini.

Saya melihat seolah2 ada yang tidak kena dengan pentadbiran Najib hari ini. Langsung perbandingan tidak dapat dielakkan dengan pentadbiran Tun dahulu. Zamannya berlaku juga kenaikan dan pengurangan subsidi ini. Ianya normal dalam mana2 sistem ekonomi. Tetapi tidak lah berturutan sebegini di mana kuasa beli rakyat juga disesuaikan dan difleksibelkan.

Walaupun saya penyokong kerajaan saya juga melihat 'kepelikan' ini di depan mata. Umno tidak semestinya perfect. Tetapi pilihan yang ada belum dapat meyakinkan saya beserta sebilangan besar rakyat Malaysia yang lain untuk mengubah sesuatu atau apa yang menjadi status quo selama ini.

P/s : apa pula nak naik selepas tol ini?

Kerajaan BN perlu berjimat demi rakyat

Posted: 15 Dec 2013 05:29 PM PST

SHAH ALAM – Kerajaan disaran melakukan penjimatan dalam urusan perbelanjaan jika mahu mengurangkan subsidi barangan  serta perkhidmatan.

Ketua Eksekutif Institusi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata, pemimpin kerajaan digesa  melakukan perkara itu demi keadilan rakyat yang terpaksa menanggung beban kenaikan harga barangan secara mendadak disebabkan tindakan itu menjelang 2014.

"Rakyat memang ada hak  yang sangat kuat untuk rasa tidak senang hati dengan kenaikan harga barangan disebabkan pengurangan subsidi berkuat kuasa tahun depan.

"Pastinya rakyat marah dan kecewa dengan tindakan itu yang pada masa sama pemimpin sendiri tidak berusaha untuk kurangkan perbelanjaan kerajaan," katanya.
   
Menurut Wan Saiful, kerajaan boleh mengambil inisiatif mengurangkan perbelanjaan dengan penjimatan kos guna elektrik di semua jabatan kerajaan termasuk kos perjalanan pemimpinnya.
Read More / Baca Lagi >>

2014 Tahun Rasionalisasi Poket Rakyat...

Posted: 15 Dec 2013 05:21 PM PST

Cover 16
TAHUN 2014 akan menjadi masa paling mencabar kepada masyarakat terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana kerana harga barang serta perkhidmatan di negara ini, naik serentak.

Selepas PRU13, kerajaan mengumumkan satu demi satu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, atau pengurangan serta pemansuhan subsidi, berselang dalam tempoh sebulan, sejak September lalu.

Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petroleum RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowat sejam (KWJ), semakan semula kadar gas, tambang LRT serta monorel dan kadar tol membabitkan 13 lebuh raya  seolah-olah membentuk satu siri kenaikan harga.

Semua pengumuman yang dilakukan secara 'bertindan' itu membuatkan rakyat tidak senang duduk, malah ada pihak menganggapnya sebagai peningkatan harga paling buruk sejak negara merdeka, 31 Ogos 1957.
Read More / Baca Lagi >>

Politicians and our money

Posted: 15 Dec 2013 05:09 PM PST

The problem with politicians is that they are spending somebody else's money on somebody else.

I enjoy sitting alone in my living room in the early hours of the morning as the day breaks. The trams have not started running and the streets are quiet. It is always cold at that time of the morning, cold but invigorating.
You know the day is still to start and everything is possible if you will it so. It is as if you have somehow been able to steal time from somewhere to do what you want with it.
I like this time of the day. Nothing disturbs my solitude and my mind is free to go where it wants, thinks what it wants, and if I put my mind to it, it will allow me to write what my heart feels with a clarity that even surprises me.
How many of you have made time to do this? Challenge yourself to talk with yourself and answer truthfully to questions you never want others to ask of you?
Questions you yourself will not want to answer because you know your answers will reveal that part of yourself that you do not want others to know?
It is enough that you yourself know that you have erred in presenting a false fa̤ade to others that makes them think that you are better than the person that you are Рwhy tell others?
You would rather let it be than be thought to be a person without honor, integrity or credibility. For you and me these are things we can safely navigate through life because we allow others to come into our life when it suits us to do so.
We have many doors to our life we can close to others and by the same token others will do the same to us. To whom we do so and for what reason we chose to do so is for us to decide just as long as what you choose to keep from others concerns only yourself and does not intrude into the life of other people.
Read More / Baca Lagi >>

Surat terbuka kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

Posted: 15 Dec 2013 05:09 PM PST

Mohamad Firdaus Ismail

Keputusan permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2014 keluar pada 25 November 2013. Bagi yang berjaya tahniah diucapkan. Namun bagi yang tidak berjaya, keputusan itu adalah sesuatu yang amat mengecewakan. Bagi saya sendiri, kekecewaan kegagalan permohonan pada kali ini adalah sangat besar dan maha hebat berbanding sebelumnya.
Terdapat pelbagai isu yang masih berterusan mengenai proses pertukaran guru ini. Namun fokus tulisan bukan untuk menyentuh isu kelemahan sistem pertukaran tersebut.
Bagi permohonan kali ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui menterinya,  Mary Yap Kain Ching selakuTimbalan Menteri Pendidikan I, berulangkali mengeluarkan kenyataan untuk menambahbaik proses permohonan. Antara lain adalah untuk mengkaji semula pertukaran guru yang sudah berkahwin bagi mendekatkan guru yang berjauhan ini dengan pasangan masing-masing seperti disiarkan di akhbar. (Boleh baca di sini dan di sini).
Kenyataan yang berulang kali keluar di media utama ini memberi harapan kepada guru berkahwin terutama seperti saya. Kenyataan di media ini boleh dikatakan sebagai janji KPM kepada semua guru terlibat. Namun adalah amat mendukacitakan apabila keputusan permohonan pertukaran dikeluarkan, keputusannya masih gagal.
Untuk pengetahuan, saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Jadi, bagi saya KPM seperti hanya menabur janji manis tetapi tidak dapat memenuhinya. Selepas keputusan permohonan dikeluarkan, KPM memberi peluang kepada semua guru yang gagal untuk membuat rayuan. Permohonan bagi rayuan ini ditutup pada 10 Disember yang lepas.
Namun, keputusan bagi rayuan tersebut tidak pula dinyatakan oleh KPM. Lantas, tulisan ini ditulis di tengah-tengah perjalanan proses rayuan tersebut berjalan. Saya menulis ini adalah untuk meminta KPM menilai rayuan yang dibuat dengan sewajarnya, terutamanya bagi guru dari Sarawak dan Sabah yang berkahwin untuk pulang bersama dengan keluarga atau pulang ke semenanjung, setidaknya.
Saya amat yakin, guru yang senasib dengan saya (yang berada di Sarawak dan Sarawak) sangat berharap dapat pulang ke Semenanjung. Jika pun tidak dapat ke negeri yang dipohon, dapat berpindah ke mana-mana negeri di semenanjung pun sudah dianggap sebagai satu kelegaan bagi kami.
Read More / Baca Lagi >>

Shafee, dilihat sebagai peguam Umno yang didakwa daripada pendakwa

Posted: 15 Dec 2013 04:40 PM PST


Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kini terpaksa membersihkan reputasinya sebelum kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di mahkamah. Gambar fail.Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kini terpaksa membersihkan reputasinya sebelum kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di mahkamah. Gambar fail.Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seharusnya menjadi orang yang mendakwa tetapi seorang bekas polis tidak akan melepaskannya dan menjadikan peguam Umno itu dilihat sebagai orang kena dakwa berbanding pendakwa.
Shafee menjadi tajuk utama berita apabila Putrajaya menamakannya untuk memimpin pasukan pendakwaan dalam kes rayuan kerajaan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat tahun lalu.
Tetapi akuan bersumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Kumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menimbulkan persoalan terhadap kedudukannya.
The Malaysian Insider difahamkan Putrajaya bimbang isu terbaru yang menyelubungi peguam itu boleh mengalihkan perhatian dan menyebabkan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan tertangguh.
"Kes ini adalah mengenai Anwar dan bukan Shafee. Tetapi sekarang ia dilihat lebih mengenai peguam itu," kata sumber dari Putrajaya kepada The Malaysian Insider.
"Mat Zain dilihat tidak mahu melepaskannya."
Read More / Baca Lagi >>

KERAJAAN UMNO/BN TIPU DAN KHIANATI JANJI

Posted: 15 Dec 2013 04:36 PM PST


Pemimpin UMNO/BN ingat rakyat ni jenis mudah lupa macam para penyokong, pendokong dan ahlinya.

Bising melalak, terjerit terlolong Najib beritahu satu dunia bahawa beliau jenis pantang tidak tunaikan janji.

Kerajaan UMNO/BN 1M'sia dibawah pimpinannya jenis akan tetap tunaikan janji.

Sebelum PRU 13 yang lalu bukan main kencang dia punya canang berjanji demi memberi rakyat hidup senang .. bila dah menang walaupun sokongan merudum janji hanya tinggal janji ... yang pasti kroni dan konsesi perlu di jaga hati dan rakyat biar hidup kesusahan merana sampai mati.

Nah!! .. sekarang isu tol naik tahun hadapan apa cerita wahai Najib Razak suami kedua Rosmah Mansor!!!!! ... Rakyat nak tahu ni weh!!! ... pemimpin jenis menipu dan khianati janji ialah pemimpin munafik!!!

Kini terbukti sudah .. UMNO mati rakyat senang hati.

Umat Munafik Number One.

Zahid Hamidi Hang Kantoi Lagi..

Posted: 15 Dec 2013 04:32 PM PST

Baca betul-betul apa yang Zahid Hamidi ucapkan dalam PAU13 sepertimana yang telah dilaporkan di atas,.. Merasakan dirinya sangat berkuasa, Zahid memberikan kuasa kepada JAKIM untuk menahan Mat Sabu kerana amal Syiah.

Setelah 10 bukti yang kononnya kaitan antara Mat Sabu dan Syiah didedahkan menjadi bahan ketawa majoriti rakyat, hari ini keluar lagi laporan kononnya KDN ada bukti 'Gred A' pula.

Dah jadi macam berniaga telur ayam pulak dah.. ada berbagai gred..

Mungkin untuk mengelakkan dirinya menjadi bahan lawak rakyat Malaysia sekali lagi, Zahid kata tak akan dedahkan bukti itu..

Laporan The Star Online menyebut, Zahid Hamid berkata beliau juga akan berhenti dari membuat kenyataan selepas menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Tugas kami (Kementerian Dalam Negeri) adalah untuk memastikan keselamatan negara manakala tugas Jakim pula ialah melihat isu yang melibatkan akidah.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid Hamidi, KDN Bukanlah Tanah Subur Untuk Bermain Politik....

Posted: 15 Dec 2013 04:30 PM PST

Walau apa pun alasan di sebalik dakwaan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan menterinya, Ahmad Zahid Hamidi terhadap Timbalan Presiden Pas yang dikaitkan dengan fahaman Syiah, agenda politik kenapa dakwaan itu dibuat adalah paling tepat sekali. Selain mahu menghancurkan Pas dan memastikan sokongan Melayu luar bandar kekal milik UMNO, ia juga dipercayai mahu meningkatkan lagi reputasinya Zahid Hamidi yang kini memegang jawatan Naib Presiden UMNO.

Di sebalik 10 bukti yang didedahkan, tidak satu pun yang menjurus kepada mengancam keselamatan negara. Sejak dua penggal menjadi orang nombor dua dalam Pas, tidak pernah sekali pun aksi atau perbuatan ke arah militan yang diketuai oleh Mat Sabu dalam parti itu. Beliau hanya dilihat hebat berceramah dengan menentang UMNO dan kerajaan dengan hujah dan fakta yang mudah diterima oleh orangramai sehingga ceramahnya tidak pernah ketandusan hadirin.

Dalam masa yang sama, jika benar Syiah itu bahaya dan mengancam, kenapa penyebarannya secara menyeluruh tidak dibanteras. Sementara Zahid berbangga memberitahu Perhimpunan Agung UMNO bahawa Pendaftar Pertubuhan telah menolak penubuhan Majlis Syiah Malaysia, tetapi orang yang mahu mendaftarkan pertubuhan itu tidak pula disoal atau ditahan.

Begitu juga dengan seorang yang bernama Abdullah Hassan yang mengaku sebagai Ketua Pertubuhan Syiah Kedah, dilihat bebas bergerak dan bangga menjaja identiti dirinya sebagai Syiah. Malah, dalam isu Mat Sabu yang dikaitkan dengan Syiah, beliau turut memberi kenyataan dengan menafikan penglibatan Timbalan Presiden Pas itu dalam fahamam Syiah.

Sekali lagi, jika benar Syiah itu bahaya dan mengancam keselamatan negara, kenapa tidak ditahan saja Abdullah Hassan yang terang-terang mengakui sebagai ketua Syiah peringkat negeri Kedah?

Read More / Baca Lagi >>

Syrian helicopter bomb raids kill 36 in Aleppo: monitor

Posted: 15 Dec 2013 04:25 PM PST

Syria forces kill dozens in Aleppo

Posted: 15 Dec 2013 04:23 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Betul ke Umno penyelamat manusia dunia dan akhirat? - Aspan Alias

Posted: 15 Dec 2013 06:16 PM PST

December 15, 2013

Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah yang dihebohkan sekarang ini tidak ada kena-mengena dengan akidah atau perjuangan Islam. Itu hanya permainan politik pimpinan Umno yang kini semakin terhakis daripada pandangan rakyat. Pemimpin yang mengeluarkan isu Syiah sejak perhimpunan agung yang lalu sehingga sekarang ini tidak pun mengamalkan cara dan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.
Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Umno itu telah dan masih melanggar pantang larang sebagai ASWJ itu. Ketandusan idea politik mereka menyebabkan ada pihak yang mahu di kalangan kita orang Islam ini bergaduh, kerana sejak beberapa ketika dahulu Umno itu 'survive' di atas perpecahan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu.

Malahan Umno yang didaftarkan pada Februari 1988 dahulu diasaskan oleh perpecahan orang Melayu khususnya ahli Umno. Umno tidak mungkin 'survive' dalam situasi tenang dan aman, kerana jika keadaan politik itu aman, maka Umno takut rakyat memberikan fokus untuk menilai prestasi mereka terhadap rakyat.

Sesiapa yang berjalan di dalam gelap itu merasakan di depan dan belakang mereka ada hantu atau harimau dan berbagai-bagai lagi yang mereka takuti. Selalu saya mendengar di jalan-jalan kecil yang sunyi dan gelap gelita itu anak-anak muda menyanyi dengan sekuat hati bagi memecahkan kesunyian dan menghilangkan sedikit rasa takut dan gementar itu.

Bermacam-macam lagi saya dengar. Ada yang menyanyikan lagu P Ramlee, malah ada juga menyanyikan lagu Mat Sentul. Ada yang membakar mercun dan berbagai-bagai cara untuk menghilangkan rasa takut itu sementara sampai ke rumah atau tempat lain.Pendeknya mereka akan berbuat bising untuk menghilangkan rasa takut itu.

Tetapi sekarang keadaan itu tidak berlaku lagi kerana elektrik sudah sampai di setiap rumah dan di jalan raya pula sudah ada lampu yang dipasang oleh Lembaga Letrik Negara atau sekarang ini TNB. Anak-anak muda sekarang tidak tahu kerana mereka tidak mengalami keadaan itu. Lahir mereka ke dunia ini sudah ada lampu eletrik dan air.  'Air dalam bosi, potik ditopi di tongah menyalo'.

Tetapi masih ada lagi manusia yang masih mempunyai rasa takut dan tidak meyakinkan itu, tetapi bukan dirasai oleh orang kampung saya. Perasaan itu masih ada di dalam jiwa pemimpin Umno dan ramai ahli-ahlinya. Perasaan takut seolah-olah ada hantu di depan dan di belakang dan dalam kesunyian mereka itu membuatkan mereka mencari apa sahaja jalan untuk memecah kesunyian untuk menghilangkan rasa takut dan gementar itu.

Mereka sekarang tidak menyanyikan lagi lagu P Ramlee atau Mat Sentul, mereka menyanyikan lagu ala rap yang bertajuk Syiah dan Sunni.  Mereka mahu menghilangkan rasa takut mereka dengan berbuat bising. Selalunya orang yang penakut ini akan bercakap besar dan garang seperti yang kita dengar di kalangan mereka yang entah macam mana duduk di atas dan memimpin kita itu. Pemimpin seperti ini terpaksa melakukan banyak perkara pelik bagi menutup kelemahan mereka yang mudah dilihat oleh orang ramai.

Kenapa Umno memilih untuk menjadikan isu agama sebagai cara mendinding diri mereka daripada kejatuhan itu diketahui ramai? Umno tahu cabaran kepadanya ialah PAS. Parti Islam itu merupakan parti yang digeruni oleh Umno walaupun dalam ucapan pemimpin mereka, mereka cuba untuk melindungi rasa takut mereka dengan kata-kata ego dan pengecut mereka. Mereka tidak berani untuk menunjukkan jiwa besar dengan mengakui kelemahan mereka.

Umno sarat dengan pemimpin palsu yang hanya menunjuk-nunjuk kehebatan mereka sedangkan rakyat semakin hari semakin memahami hakikat ini. Mereka menunjuk-nunjukkan kekayaan mereka yang rakyat tahu adalah hasil manipulasi wang rakyat juga dalam sistem pentadbiran yang begitu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu.

Bagi saya, isu Syiah dan Sunni ini elok kita abaikan sahaja kerana ia diperbesarkan oleh mereka yang mengaku Ahli Sunnah tetapi segala larangan ahli Sunnah itu dilakukan secara terbuka. Bagi mereka, Umno sahaja yang dibenarkan melanggar segala kehendak agama itu.

Umno seolah-olah maksum dan tidak ada siapa yang mesti meragui mereka. Merekalah pejuang bangsa, merekalah pejuang pembangunan negara dan yang lebih dahsyat lagi merekalah pejuang dan pelindung agama kita.

Mereka lebih hebat daripada aulia dan anbia yang ditugaskan menjaga dunia dan alam ini selepas kewafatan Nabi Muhammad lebih seribu tahun dahulu.

Bagi mereka Umno adalah segala-galanya. Tidak makbul doa seseorang itu dan tidak sampai hajat sesiapa pun tanpa dikehendaki oleh Umno. Umno sahaja yang menentukan nasib semua orang dunia dan akhirat.
Saya baru sahaja tahu yang dunia dan alam ini diwariskan kepada Umno untuk menjaganya. Kalau tidak ada Najib, Muhyiddin dan Zahid serta Tengku Adnan Mansor, tentu kacau-bilau dunia ini.

Kalau boleh, masukkan Anwar Ibrahim sekali sebaris dengan mereka, mungkin pasti kita semua selamat di dunia dan akhirat. Mati kita mungkin mati dalam iman, bak kata P Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Di akhir kalam nak mati pun kita akan bangun seketika, dan senyum.

Mengikut jalan cerita dalam filem itu mereka yang sudah merompak pun mati mereka dalam iman. Itulah cerita yang dilakonkan kembali oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini. Selamat menonton! – aspanaliasnet.blogspot.com, 15 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

TUDUH MAT SABU SYIAH...LAWAK TAK HABIH-HABIH..ADA BUKTI GRED A,B,C

Posted: 15 Dec 2013 05:09 AM PST

Sejak menuduh Mat Sabu sebagai syiah..ianya menjadi bahan lawak.Bermula dengan kenyataan bahawa Mat Sabu ni minat Komeini, budak-budak sekolah mula menyoal mak bapa.kata budak-budak sekolah, kalau minat kat K-Pop , kita boleh jadi korea ka mak? ..mampus aku nak jawab macamana.
Punya la bengong..kemudian tuduh orang, lepas tu suruh orang kena tuduh bukti tak bersalah....hai..hukum malaun mana pulak la...macam ni. kalau dah tuduh kemuka la bukti...yang nak suruh orang kena tuduh bukti dia tak salah ..mampus la aku nak jawab pulak dengan anak-anak..

Tak pa jugak....anak aku yang dok belajaq kat Universiti ada call aku. katanya ayah, la ni bukti ada gred lak ka? aku jawab ya abang long..kerajaan la main bukti ada gred..negara pak pandir memang cam tu...ada bukti gred A, tapi tak mau tunjuk bukti. Abang long periksa nanti minta-minta dapat Gred A semua ya..baru sama dengan Bukti Gred A...dalam hati aku nak mampus dah kerajaan cam ni...ada bukti tapi kena simpan....

Jakim jangan jadi boneka politik BN, kata Anwar
Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013. 

Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu diberi peluang untuk membela dirinya diatas tuduhan menganut fahaman Syiah semata-mata kerana kagum dengan Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini "Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.

"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.

Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.

Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Imam Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.

"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Imam Khomeini.

Anwar pada masa sama turut menggesa untuk tidak terus menggunakan Syiah sebagai isu politik.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.

Tambahnya lagi kenyataan KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" merupakan sesuaatu yang tidak berasas apabila kerajaan sekali lagi gagal mengemukakan bukti kukuh.

"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.

"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.

Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi Imam Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013.


ADOIII...RAKYAT TURUN BANTU SEBAB TAK NAMPAK KELIBAT BANTUAN KERAJAAN YANG LEMBAB

Posted: 15 Dec 2013 04:57 AM PST

 kalau nak kata rakyat bantu..malu la aku kalau jadi Perdana Menteri ni....

www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keprihatinan-rakyat-bantu-mangsa-banjir-membanggakan-kata-najib

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DAPUR JALANAN

Posted: 15 Dec 2013 06:30 PM PST




PETANG AHAD 
JALAN PANGGUNG

Dari Dapur jalanan ahad kelmarin
Tim MSU - macaroni, sup ayam, cupcakes, samosa
Tim Syed Syahir - roti canai
Famili dari Pajam - Ais krim Malaysia!! Bubur nasi, pakaian
Aunty sri Gombak - cakes, bauhulu
Nad & Khairul - Sandwich & Tembikai
Pyanhabib the towkey ayaq!


TIM YANG MEMBANTU
DAPUR JALANAN
kepada yang baik hati membantu dan buat  sibuk dan buat ramai:-
Farhan, Ash dan kawan2 yg cun, sweet dan hensem dari MSU!
Shakirah, Ali dan kesemua ahli keluarga dari Pajam!
Fauzi dan awek2 cun dari UIA
Melati, sakinah, eddy, rcong & aniza, dan kesemua kawan2 yang datang!


terima kasih! 
terima kasih! terima kasih!


MOHON BANTUAN
untuk yang mahu menyumbang 
boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1 spkl collective

untuk yang ingin 
sama-sama memasak 
a menghidang boleh telefon
  Pakwan = 019-2671285 
 Hadikhalid = 012-6648873

Jika ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
minggu depan jangan lupa datang, 
boleh kita sama menabur budi!

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Untuk Semua*
15 Disember 2013 

--------------


POLIS UMUM TARIKH DEMO

Posted: 15 Dec 2013 06:00 PM PST





DEMO ANTI GST
TAHUN  HADAPAN
 
GST: Tindakan pembangkang burukkan negara
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Usaha Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim untuk mengadakan perhimpunan menolak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya akan membawa kesan buruk kepada negara.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri berkata, perhimpunan yang dianjurkan tanpa kebenaran pihak berkuasa bakal mengundang keadaan huru-hara dan memberi kesan negatif kepada orang ramai secara keseluruhannya.

Beliau mengulas rancangan Ketua Pembangkang itu untuk mengadakan perhimpunan didakwa bertujuan menghasut rakyat menolak GST yang akan dilaksanakan tahun hadapan.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... APA MAKNA NYA BERITA INI?.... kah kah kah..

kah kah kah..BELUM APA APA POLIS DAH UMUM DEMO... kah kah.

kah kah kah...  ANGIN  TAK ADA TUPAI TAK ADA... kah kah kah..

kah kah...TETIBA DALAM SELUAR POLIS BERGOYANG2... kah kah 

kah kah kah.. APA MAKNA NYA?... kah kah kah..

kah kah kah...MAKNA NYA... kah kah kahj...

kah kah.... RAKYAT DAH SEDIA KE JALAN RAYA..kah  kah

Perhimpunan anti-GST jejas pendapatan
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Pendapatan harian golongan yang bergantung hidup dengan sektor pelancongan akan terjejas jika perhimpunan cukai barang dan perkhidmatan (GST) diteruskan.

Pengerusi Persatuan Pelancong ASEAN (Aseanta), Mohd. Khalid Harun berkata, sebarang jenis demonstrasi yang menentang kerajaan akan menggambarkan keadaan tidak aman dan kucar-kacir dalam sesebuah negara.

Beliau berkata, rata-rata demonstrasi yang mendakwa dijalankan secara aman kesudahannya berakhir dengan peristiwa yang tidak diingini.

"Situasi sebegitu menyebabkan nama baik negara terjejas dan pelancong luar negara yang ingin berkunjung ke negara ini menjadi takut.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..PELANCUNG?... kah kah kah...

kah kah kah..PELANCHAULAAA... kah kah kah




-------------

LAGI LAWAK PAGI INI

Posted: 15 Dec 2013 05:18 PM PST





KESAH DAN TAULADAN

di malaysia
penganut mazhab shiah boleh dipenjara

seorang kawan 
telah dituduh sebagai penganut mazhab shiah

lalu dia menjawab:
shiah kepala bana apa
aku sembahyang pun tidak

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah




----------

LAWAK PAGI ISNIN

Posted: 15 Dec 2013 05:00 PM PST



KOMENTAR TUKAR TIUB
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

KDN ada bukti gred A

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan memiliki bukti eksklusif 'gred A' berupa pengakuan lebih 20 orang individu yang didakwa mampu 'menceritakan' kecenderungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah.

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam kementerian itu, Zamihan Mat Zain Al-Ghari berkata, mereka merupakan individu-individu terdekat dan rapat dengan pemimpin yang dikenali sebagai Mat Sabu itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KAH KAH KAH... KAH KAH KAH...kah kah kah..

kah kah kah..YANG 10 DULU GRED BERAPA?.... kah kah kah..

kah kah kah.DIMALAYSIA BAHAN BUKTI BEREGRED GRED... kah kah kah..

kah kah kah...MACAM PELACUR  ADA GRED...... kah kah kahj..

kah kah kah...PELACUR DI BRICKFIELD GRED C... kjah kah kah

kah kah kah....PELACUR DI JALAN PUDU GRED B... kah kah kah..

kah kah kah..PELACUR DI BUKIT BINTANG GRED A... kah kah kah



------