Ahad, 24 November 2013

bumiperak

bumiperak


Pemilihan PAS ke-59 'Rahmat untuk Semua'

Posted: 23 Nov 2013 11:32 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: Anggota parti itu agar berwaspada dengan usaha Umno untuk memecah-belahkan perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan para pemimpin PAS. Perbezaan hanya dari segi latar belakang dan pendidikan dan bukannya dari segi akidah.
"Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli pas, semua bersatu di atas satu pentas. Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam Ortodhox atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar. Yang lihat agama ni Ulama," kata Abdul Hadi dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Menurutnya lagi kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan dan lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat.

"Kita boleh bentuk kepimpinan kolektif secara jemaah mempunyai pelbagai kepakaran," Katanya setiap anak kapal tersebut berperanan membolehkan bahtera itu berlayar dengan selamat bersama meredah gelombang dalam satu bahtera.


"Kadang-kadang saya bimbang org kita mabuk dgn gelombang. mabuk jgn sampai terjun bahtera. Ada yang terjun tetapi tak selamat walau dia Ulama," kata beliau merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin yang keluar dari parti tersebut sebelum ini.

Dalam sidang medianya selepas itu, Hadi turut menepis tanggapan bahawa kepimpinan baru PAS gagal dikuasai kumpulan ulama.

Katanya, golongan ulama membentuk jumlah paling besar dalam saf kepimpinan parti Islam itu. 
Sembilan orang ahli jawatankuasa PAS pusat yang berpendidikan agama, yang bakinya tu campur dengan doktor, jurutera, aktivis. Ulama yang terbesar sembilan orang.


"Yang penting bukan nama ulama, tapi peranan ulama. Kita tak mahu kalau ulama seperti (ulama) Umno. Dia tak ada peranan, tak ada erti. (Yang penting) bukan jumlahnya," katanya ketika ditanya.

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu: PAS tidak mampu berjuang bersendirian sebaliknya memerlukan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk membantunya melebarkan jajahan khususnya dalam pilihan raya umum akan datang.


Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.
Subky Abdul LatifTahniah atas Mat Sabu pertahan jawatan Tim. Pres. PAS. Ia bukan perwakiln tolak ulama, tapi tidak amalkan parti buang pemimpin. Jika setiap muktamar ia membuang pemimpin, nanti yang bukan pemimpin pun jadi pemimpin dan tiada pemimpin mahu jadi pemimpin. Tugas Mat Sabu kini bukan sekadar membantu Presiden, tetapi membantu PAS menstabilkan kembali kepimpinan ulama seperti yang PAS tuntut khususnya ulama.
Nik Zawawi (Majlis Syura Ulama): Anggota parti perlu mematuhi garis panduan parti dalam mengamalkan kerjasama politik dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan juga dengan gerakan Islam lain. Allah menganugerahkan kejayaan mengadakan tahaluf siyasi dan Isya-Allah PAS tidak akan mengkhianati rakan-rakan sepejuangan.
Dato' Mahfuz Omar: Ini bukan soal jawatan, tetapi kemahuan untuk terus berjuang untuk memartabatkan Islam di bumi Allah ini.
Shuhaizan Kaiat Ketua Dewan Pemuda Malaysia: PAS akan melebarkan sayap pendidikan kanak-kanak berteraskan Islam mereka ke luar negara di benua Asia dan Africa melalui penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tahun hadapan. Permulaannya akan ditubuhkan di Sudan, Laos, India, dan Selatan Thailand dijangka bermula pada Februari.
Dr Muhaimin Sulam Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian: Ahli-ahli PAS diingatkan agar tidak terlalu ghairah menukar identiti sesuatu kelompok yang baru mendekati parti itu, sebaliknya perlu menerapkan kefahaman Islam ke dalam diri mereka. "Biarkan mereka sebagai pemuzik, pelukis, penyanyi, pelakon, penulis dan sang karyawan lain-lain menghasilkan karya yang dapat membangunkan umat, menghidupkan jiwa yang mati, menyuntik semangat juang. 

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Foto bogel Polwan cantik tersebar

Posted: 24 Nov 2013 09:28 PM PST


Jakarta : Gambar bogel mirip polwan (polis wanita) merangkap setiausaha peribadi ( Sespri ) Kapolda (kepala kepolisian daerah) Lampung bernama RS beredar di jejaring sosial Facebook . Foto tersebut diduga diambil sendiri oleh RS .

Ada tiga foto yang memaparkan tubuh perempuan itu. Tidak ada seutas benang pun yang melekat di tubuhnya.


 Bila diamati , foto -foto tersebut tampak diambil dengan sengaja menggunakan telefon bimbit . Hal itu terlihat dengan pose yang dipaparkan.

Perempuan dalam foto itu tampak menggenggam handphone berbalut getah keselamatan yang dia rakamkan melalui cermin. Sementara dua foto lainnya terlihat dalam kedudukan berbaring di atas ranjang di dalam sebuah bilik .


Di salah satu foto yang diambil melalui cermin, di belakangnya terlihat seragam dinas kepolisian yang tergantung.

Tidak begitu jelas pangkat yang terlihat, antara Brigadier Satu atau Brigadier . Begitu pula dengan lambang satuan Polda (polis daerah) wilayah tidak kelihatan .

Khabar beredar menyebutkan bahawa perempuan dalam foto itu diduga adalah polwan  dari Polda Lampung berinisial RS . Dia berkhidmat sebagai Setiausaha peribadi (Sespri) Kapolda Lampung Brigjen Heru winarko .

Foto- foto tersebut mulanya tersebar di jejaring sosial. Namun saat ini , foto- foto itu sudah tidak kelihatan lagi di akaun Facebook itu .

Sumber: metrotvnews.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tak perlulah sampai guna lilin, tapi tunjuklah keinginan nak berjimat - Shahbudin Husin

Posted: 24 Nov 2013 06:31 PM PST

PM Malaysia jawab macam budak-budak.Penyamun yang menyamun duit rakyat , itulah pengkhianat yang diamanahkan untuk menjaga rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya bersuara juga mengenai kontroversi bil letrik di Seri Perdana yang mencecah lebih RM2.2 juta bagi tahun 2012 yang lalu sehingga bukan saja menjadi isu Parlimen tetapi juga menjadi perbualan di kalangan rakyat.

Rata-rata berpendapat, bil sebanyak itu terlalu tinggi dan kurang sesuai dengan kedudukan ekonomi negara sekarang ini.

Dalam penjelasannya, Najib berkata, jumlah sebanyak itu adalah sesuatu yang wajar dan tidak dapat dielakkan kerana Seri Perdana adalah sebuah kompleks yang mempunyai pelbagai kemudahan dan digunakan juga untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan.

"Saya orang ketiga berpeluang tinggal di sana, sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri, termasuk jika PR yang memerintah selepas ini, Perdana Menteri mereka juga tinggal di situ.

"Jangan bangkit pasal bil letrik Seri Perdana tinggi, macam mana nak elak, itu bukan saya punya, tapi rakyat yang punya.

"Itu bukan kediaman saya, itu adalah kediaman Perdana Menteri dan saya hanya menumpang. Kalau ketua kerajaan lain datang, adakah kita kena raikan mereka dalam gelap?

"Bila Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin," jelas Najib dalam suatu program di Kuala Lumpur.

Sekali imbas, memang nampak logik dan meyakinkan jawapan Najib itu. Tetapi dua kali imbas, jawapan itu memperlihatkan sikapnya yang tidak mahu berubah dan mengurangkan langsung walau satu sen bil letrik di Seri Perdana itu.

Tidak ada sesiapa menafikan bahawa Seri Perdana adalah kediaman Perdana Menteri dan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak tinggal di situ.

Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa bil letriknya terlalu tinggi sedangkan di ketika yang sama hutang negara makin tinggi dan rakyat diminta berjimat cermat? Tidak bolehkah berjimat sedikit?

Ini kerana ramai yang tahu bahawa bil letrik di Seri Perdana tidaklah terlalu tinggi ketika Mahathir dan Pak Lah tinggal di sana. Kenapa hanya sekarang bilnya tinggi?

Adakah tiap-tiap malam tetamu luar diraikan di sana? Adakah kenaikan itu kerana banyaknya alat-alat dan lampu-lampu kristal dipasang di Seri Perdana sejak Najib dan Rosmah tinggal di situ?

Jawapan Najib bahawa "kalau Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" pula ternyata keluar daripada tajuk yang diperdebatkan rakyat. Kalau dalam peperiksaan, jawapan yang keluar tajuk ini tidak mendapat apa-apa markah.

Persoalan rakyat ialah kenapa bilnya terlalu tinggi dan tak bolehkah dikurangkan jumlahnya itu?
Rakyat tidaklah mahu Perdana Menteri sampai menjamu tetamu negara luar dengan cahaya lilin atau tidur tanpa menggunakan penghawa dingin atau tanpa kipas angin.

Kalau mahu juga makan malam dengan cahaya lilin, cukuplah ketika beliau makan dengan isterinya saja.
Untuk kegunaan ketika meraikan tetamu luar negara, gunakanlah yang sewajarnya tetapi ketika tiada apa-apa kegunaan, berjimatlah.

Apa yang rakyat mahukan ialah sekurang-kurangnya tidaklah semua penghawa dingin atau lampu dipasang sepanjang masa. Pasangnya di mana yang perlu saja. Lampu-lampu hiasan dan kristal mewah tidaklah juga perlu dinyalakan sepanjang malam.

Apa yang rakyat mahukan juga ialah komitmen dan keinginan untuk berjimat cermat sebagaimana yang beliau selalu sarankan kepada rakyat.

Tetapi kenapa Najib terlalu berat mulut untuk memberikan komitmennya untuk turut sama berjimat cermat seperti rakyat, sekurang-kurangnya berjanjilah bil elektrik di Seri Perdana bagi tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya akan terus menurun berbanding bil RM2.2 juta bagi tahun 2012.

Namun jawapan Najib ini hanya memperlihatkan sikapnya yang mahu terus bermewah dan menggunakan apa saja semahunya wang pembayar cukai tanpa sekatan.

Beliau langsung tidak memperlihatkan sikapnya mahu menjiwai kesusahan dan derita rakyat, bahkan tanpa peri kemanusiaan melabelkan pula rakyat yang mengelak daripada membayar cukai sebagai pengkhianat.
Semua orang tahu tentang tanggungjawab sebagai pembayar cukai, tetapi pembayar cukai kadang-kadang hendak juga tahu ke mana wang cukai mereka dibelanjakan dan tidak mahu ia disia-siakan dengan penggunaan yang tiada kena-mengena seperti pembaziran bil letrik, sewaan jet eksekutif, jamuan mewah dan sebagainya.


Adakah pengkhianat juga namanya jika mempersoalkan ke mana perginya wang cukai ini? – shahbudindotcom, 24 November, 2013.


FACE TO FACE WITH MAT SABU

Posted: 24 Nov 2013 08:39 AM PST














Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

Posted: 24 Nov 2013 03:13 AM PST

Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

(Azuan Ab Rahman)

SHAH ALAM 24 NOV: Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini
Setiausaha Agung KEADILAN,  Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira  terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.
kongresAntara pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi anggota biasa.
Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa  syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana  parti lain.

Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.


Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.



Umno poyo bila Mat Sabu tetap menang (LM)

Posted: 24 Nov 2013 02:55 AM PST

Kemenangan yang tidak menggembirakan Umno

Pemenang bagi jawatan Timbalan Presiden PAS sudah pun diketahui. Mat Sabu akhirnya berjaya mengekalkan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, Nik Amar Nik Abdullah dengan 588 undi berbalas 490.



.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ulama atau Erdorgan, PAS mula kerja keras tingkatkan sokongan

Posted: 24 Nov 2013 03:17 PM PST


PAS perlu mengatur strategi untuk terus melangkah ke hadapan bagi memastikan kewujudannya terus relevan. 
PAS perlu mengatur strategi untuk terus melangkah ke hadapan bagi memastikan kewujudannya terus relevan.Allah tidak akan memberi kemenangan jika anda tidak layak menerimanya, kata seorang aktivis PAS dari Kota Raja ketika majlis penutup Muktamar Tahunan PAS ke-59 malam tadi.
Beliau tidak bercakap soal pemilihan parti yang panas sepanjang hujung minggu lalu akan tetapi memberi penilaian kepada parti itu dan bagaimana untuk bergerak ke hadapan.
Pemerhatiannya merangkumi kebimbangan dan perdebatan yang seringkali berulang-ulang semasa muktamar, daripada isu mengkaji semula kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat (PR) kepada polemik "Ulama lawan Erdorgan" kepada "bagaimana untuk memenangi undi Melayu."
PAS sedang dalam persimpangan dengan prinsip asasnya sebagai pergerakan Islam dengan tuntutan kepada parti politik untuk menjadi relevan kepada masyarakat berbilang agama dan masyarakat yang kompleks.
Tidak mahu namanya disiarkan supaya boleh bercakap dengan lebih bebas, aktivis itu memulakan perbualan dengan kontroversi konsert "heavy metal" dianjurkan PAS.
Sesetengah perwakilan yang hadir ke muktamar mengkritik penganjur konsert dan mempersoalkan sama ada penganjuran konsert dengan muzik bising sesuai dengan parti Islam itu.
"Akan tetapi pengkritik tidak melihat kita mempunyai sesi solat sebelum konsert bermula. Ustaz Abu Bakar Chik (Pengerusi Biro Pendidikan) bercakap kepada hadirin. Tiada yang haram dengan acara itu."
Read More / Baca Lagi >>

Waspada usaha Umno gugat perpaduan PAS

Posted: 24 Nov 2013 03:16 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta anggota parti itu berwaspada dengan usaha Umno untuk menggugat perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan pemimpin PAS.
Beliau mendakwa, tuduhan itu ditimbulkan Umno tetapi di kalangan ahli PAS hanya berbeza daripada segi latar belakang dan pendidikan serta tidak membabitkan akidah.
"Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli PAS kerana semua bersatu atas satu pentas.
"Dalam PAS tidak ada Islam Liberal, Islam Ortodok atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar kerana yang melihat agama ini adalah ulamak," katanya yang dipetik dalam Malaysiakini pada ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata, kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan serta lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat.
muktamar a"Kita boleh bentuk kepimpinan kolektif secara jemaah kerana mempunyai pelbagai kepakaran. Perjuangan dan penyatuan PAS boleh diumpamakan sebagai sekumpulan kelasi bersama meredah gelombang dalam satu bahtera.
Setiap anak kapal berperanan bagi membolehkan bahtera itu berlayar dengan selamat. Adakala saya bimbang orang kita mabuk dengan gelombang dan jangan sampai terjun bahtera, namun ada yang terjun tetapi tidak selamat walaupun dia ulamak," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa pemimpin PAS yang keluar daripada parti itu sebelum ini.

Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

Posted: 24 Nov 2013 03:14 PM PST

kongresSHAH ALAM 24 NOV: Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini
Setiausaha Agung KEADILAN,  Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira  terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.
Antara pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi anggota biasa.
Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa  syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana  parti lain.
Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.
Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.
Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan.

Diabetes: Potong subsidi gula tidak membantu - Kata Dr Jaafar Che Mat

Posted: 24 Nov 2013 02:41 PM PST

SEREMBAN – Langkah kerajaan dalam mengambil inisiatif mengurangkan subsidi gula, sekali gus menyebabkan harga naik, tidak membantu mencegah penyakit diabetes di negara ini.

Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar, Datuk Dr Jaafar Che Mat sebaliknya berkata, kesedaran orang ramai sepatutnya dipertingkatkan.

Beliau berkata, walaupun niat murni kerajaan untuk membantu mengawal penularan penyakit diabetes ini sangat dipuji, namun semua bergantung kepada individu sendiri, sama ada mereka mahu mengawal pengambilan gula secara berlebihan atau sebaliknya.

"Jika gula dijual semahal mana pun, orang ramai tetap akan mencarinya kerana kita tahu itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan, sama ada dalam minuman, mahu pun makanan seharian kita. Misalnya, jika kita makan kek, jika ia tawar sudah tentu kita tidak akan memakannya.

"Namun, keadaan ini dapat diubah sekiranya individu itu sendiri mempunyai kesedaran dalam menjaga tahap kesihatan mereka," katanya pada majlis Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Hospital Tuanku Ja'afar di Pasaraya AEON Seremban 2, dekat sini, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

PAS sudah sedia ambil alih tempat Umno

Posted: 24 Nov 2013 02:34 PM PST

PAS sekarang ada pasukan yang boleh menggantikan UMNO. Inilah yang sangat digeruni oleh UMNO dan sekutu2 media nya. berapa banyak akhbar arus perdana yang berkempen untuk golongan ulama? Termasuk yang saya sebut jezebel seorang pemberita dari akhbar STAR?
Utusan Malaysia apatah lagi- berkempen seolah olah mereka sukakan golongan ulama. Sejak bila UMNO yang tidak ada roh agama sukakan ulama? Mereka tidak suka tapi jika kumpulan ini menang dan mendominasi PAS mereka yakin dapat menundukkan PAS. Senanglah puak UMNO mengampungkan PAS dan menggambarkan para ustaz sebagai golongan kuno. UMNO dan sekutu mereka tidak mahukan barisan pimpinan yang streetsmart dan boleh membaca gerak geri UMNO.
Saya mengucapkan tahniah kepada jemaah pimpinan PAS yang semua nya disatukan oleh agenda politik PAS. Tidak ada belahan dalam misi perjuangan. Tidak ada ulama dan bukan ulama dan tidak syiah, sunni atau sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau dah ‘toman’, pakaikan mahkota pun ia tetap ‘toman’

Posted: 24 Nov 2013 02:32 PM PST


Dulu-dulu orang kampung seperti saya ini pergi sekolah naik bas dan naik bas pula tidak seperti orang di bandar. Saya menaiki bas pada pukul 6.30 pagi tetapi belum tentu sampai ke sekolah jam 8 pagi. Pertamanya ialah kerana bas di kampung selalunya bas yang sudah tua. Kadang kala bukan bas yang membawa kita, sebaliknya kita pula yang terpaksa menolak bas apabila bas melalui jalan lumpur yang tidak ada tar.
Sekarang ini zaman lain. Sekarang semuanya sudah ada jalan sampai ke pintu pagar setiap individu terutamanya di negeri-negeri pantai barat di Semenanjung. Kereta pun sudah banyak dan semua jalan adalah jalan tar. Bukan sahaja semua orang pergi ke mana-mana dengan bas dan kereta yang baik, bagi mereka yang pandai terutamanya kuat berjuang sebagai 'social climbers' pergi ke mana-mana naik jet peribadi.
Kalau tidak mampu beli jet sendiri, rakyat ramai yang membayar semua kos itu hingga jutaan ringgit harganya. Kalau di setengah negara pergaduhan berlaku kerana kemiskinan, tetapi sekarang manusia bergaduh kerana barangan dan perkhidmatan yang mewah yang tidak termimpi oleh mereka yang sedang mendapat nikmat besar tadi. Kemajuan peribadi begitu mendadak sehinggakan tidak sempat untuk melatih diri untuk tidak terlalu gelojoh dengan nikmat yang datangnya daripada pengaruh politik suami atau isteri masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan PAS: Kemenangan yang tidak menggembirakan Umno dan Macainya.....!!!

Posted: 24 Nov 2013 02:27 PM PST


Pemenang bagi jawatan Timbalan Presiden PAS sudah pun diketahui. Mat Sabu akhirnya berjaya mengekalkan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, Nik Amar Nik Abdullah dengan 588 undi berbalas 490. Setelah Haji Hadi Awang menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden sebelum ini, bermakna gandingan ulama dan bukan ulama kekal menerajui kepimpinan PAS bagi tempoh dua tahun akan datang lagi.
Gandingan Haji Hadi dan Mat Sabu ini bakal memastikan PAS mampu terus memberi cabaran yang meyakinkan kepada Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Hujah ini tidaklah bermakna Nik Amar bukan pemimpin yang baik untuk PAS tetapi dengan watak dan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang, barangkali beliau lebih sesuai untuk PAS Kelantan berbanding PASPusat.
Tetapi berbeza dengan Mat Sabu, watak dan kehebatannya dalam berpidato serta energinya yang agak luar biasa berceramah ke seluruh negara tanpa lelah, kekalnya beliau sebagai pemimpin nombor dua PAS ini menjadikan PAS terus segar di mata rakyat. Gandingannya dengan Haji Hadi pula bagaikan pelengkap kepada usaha parti itu meraih sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Bagaimanapun kemenangan Mat Sabu ini pastinya paling tidak menggembirakan Umno yang terlihat lebih suka Nik Amar menang jawatan nombor dua ini kerana jika beliau menang, beliau pasti tidak selincah Mat Sabu berceramah dan mengulas pelbagai isu yang berlaku dalam Umno dan kerajaan.
Sebab itu, Umno memang mengharapkan Mat Sabu kalah. Ramai pemimpin Umno, sama ada secara terbuka atau dalam diam, sebenarnya lebih suka Nik Amar menang berbanding Mat Sabu. Bukanlah kerana mereka sayangkan Nik Amar atau pun cintakan golongan ulama, tetapi kerana ada keuntungan daripadanya.
Melalui Utusan Malaysia pula, usaha meracuni pemikiran perwakilan PAS sudah lama kedengaran bahawa PAS kononnya mesti kembali kepada kepimpinan ulama dan berpegang teguh dengan matlamat asal penubuhannnya. PAS juga cuba diyakinkan bahawa orang Melayu lebih menerimanya jika kepimpinannya diterajui oleh golongan ulama kembali.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan PAS: Kempen agresif kumpulan pro ulama memakan diri

Posted: 24 Nov 2013 02:24 PM PST

Sejak selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, kumpulan pro ulama dalam PAS sudah memulakan kempen di media sosial seperti Facebook untuk menyerang kumpulan profesional dalam parti Islam itu bagi memastikan calon-calon mereka terpilih.
Kempen yang dikendalikan oleh jentera-jentera muda menggunakan pelbagai label seperti Syiah, liberal dan macam-macam lagi untuk memburukkan musuh mereka.
Akan tetapi, keputusan pemilihan PAS di Muktamar ke-59 yang masih lagi berlangsung hari ini membuktikan sebaliknya apabila kebanyakan pemimpin yang diserang dengan pelbagai label terpilih oleh majoriti perwakilan parti Islam itu dari seluruh negara.
Mohamad Sabu (gambar) yang dikatakan ketua kepada kumpulan profesional atau Erdorgan berjaya menewaskan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah daripada kem pro ulama dengan majoriti 98 undi.
Keputusan bagi jawatan tiga Naib Presiden PAS hanya akan diumumkan hari ini selepas selesai kiraan semula undi malam tadi akibat perlawanan terlalu sengit di antara lima calon yang bertanding iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Abu Bakar Chik.
Sementara bagi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat menyaksikan 11 dari 18 anggotanya daripada kumpulan profesional yang kesemuanya merupakan penyandang mempertahankan jawatan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Curi Duit Cukai Halal: Mengelak bayar cukai perbuatan khianati negara, kata Najib

Posted: 24 Nov 2013 02:22 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.
Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

"Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini,  dengan ini negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Alasan Orang Yang Suka Bermewah: Takkan nak makan dengan cahaya lilin? - Najib

Posted: 24 Nov 2013 02:13 PM PST

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar bil elektrik yang tinggi untuk kediaman rasminya Seri Perdana tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan satu keperluan.
Kediaman tersebut, yang dilengkapi ruang bagi mengadakan majlis rasmi untuk ketua-ketua negara yang melawat, bukan milik beliau, kata Najib kepada pemberita di Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Kuala Lumpur hari ini.

"Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin. Itu romantik sangat bukan?," katanya

Najib berkata beliau merupakan perdana menteri ketiga yang berpeluang untuk "menumpang" di kediaman rasmi tersebut.

"Saya penghuni ketiga, masa kelak akan ada keempat, ini tidak boleh dielak. Saya tak tidur di (rumah utama). Kalau nak adakan seminar di sana juga percuma," katanya lagi.

Beliau mengulas pendedahakan kerajaan di Parlimen bahawa bil elektrik untuk Seri Perdana menyebabkan pembayar cukai terpaksa menanggung RM2.2 juta setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mendedahkan perkara itu berkata kadar tersebut masih merupakan kadar paling murah di dunia bagi sebuah kediaman ketua kerajaan.

Pertandingan Naib Presiden pamer tiga elemen kepimpinan dalam PAS

Posted: 24 Nov 2013 02:08 PM PST


Datuk Husam Musa (kanan) menangis apabila Datuk Mahfuz Omar kalah jawatan Naib Presiden PAS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 November, 2013.Datuk Husam Musa (kanan) menangis apabila Datuk Mahfuz Omar kalah jawatan Naib Presiden PAS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 November, 2013.Barisan Naib Presiden PAS yang dipilih pada Muktamar PAS ke-59 mewakili tiga elemen kepimpinan dalam parti itu iaitu ulama, aktivis dan profesional, kata muka baru penyandang jawatan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Mungkin orang melihat Salahuddin sebagai aktivis parti, Husam sebagai profesional, dan ana (saya) dilihat dalam konteks ulamak," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, yang memenangi jawatan itu bersama penyandang Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dalam pertandingan lima penjuru.
Pengumuman keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden itu ditangguhkan ke hari ini berikutan pengiraan semula undi semalam.
Sementara itu, penyandang yang tewas dalam pertandingan itu Datuk Mahfuz Omar memohon maaf di hadapan kira-kira 1,129 perwakilan terhadap sebarang kekurangan ketika memegang jawatan itu selain menyifatkan soal jawatan atau kedudukan bukan suatu kepentingan sebaliknya perjuangan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden PAS nafi ulama dipinggir

Posted: 24 Nov 2013 02:23 AM PST

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan bahawa kumpulan ulama terpinggir dalam saf kepimpinan baru PAS pusat yang dipilih pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 kali ini.
Menurutnya, perkara itu tidak sewajarnya berbangkit kerana komposisi ulama dan profesional dalam saf kepimpinan baru  PAS adalah seimbang.

"Perkara ini tak timbul. Saya kira dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja ada 9 orang ulama daripada 18 orang," katanya pada sidang media terakhir selepas Muktamar Tahunan PAS ke-59 tditangguhkan kira-kia jam 3 petang ini.

Beliau turut menambah bahawa, bukan jumlah mana-mana kelompok sama ada ulama atau profesional yang perlu dipersoal, tetapi PAS lebih melihat kepada peranan yang akan dimainkan.

"Kita tak mahu macam ulama dalam Umno (tiada peranan). Yang penting kita melihat peranan yang dimainkan nanti," jelas beliau lagi.

Terdahulu beliau diminta memberi komentar oleh wartawan media arus perdana berhubung jumlah ulama dalam saf kepimpinan baru yang didakwa mereka menyaksikan kumpulan ulama tidak mendominasi AJK PAS Pusat.

PAS polls: Full results

Posted: 24 Nov 2013 02:21 AM PST



KUALA LUMPUR: Following is the full results of PAS' polls for it Central Working Committee (CWC) seats for the 2013-2015 term, as announced by the party's elections committee chairman Asmuni Awi at PAS' 59th general assembly at the Malawati Stadium in Shah Alam today.
President:
Abdul Hadi Awang (won without contest)
Deputy President:
Mohamad Sabu
Vice Presidents:
1. Salahuddin Ayub
2. Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Husam Musa
Committee members:
1. Idris Ahmad
2. Mazlan Aliman
3. Mohd Nizar Jamaluddin
4. Amiruddin Hamzah
5. Dr Mohd Hatta Md Ramli
6. Nasrudin Hassan
7. Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz
8. Dr Mujahid Yusof Rawa
9. Dr Dzulkefly Ahmad
10. Mohamed Hanipa Maidin
11. Kamarudin Jaffar
12. Khalid Abd Samad
13. Nik Zawawi Salleh
14. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
15. Dr Riduan Mohd Nor
16. Dr Mahfodz Mohamed
17. Dr Siti Mariah Mahmud
18. Nuridah Salleh

Wan Azizah : PKR tingkat fungsi wanita untuk perkasa parti

Posted: 24 Nov 2013 02:18 AM PST

Wan Azizah Kongres PKRSHAH ALAM 24 NOV : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meminda perlembagaannya bagi meningkatkan fungsi wanita sebagai langkah awal memperkasakan parti bagi mendepani cabaran masa hadapan.
Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata fungsi wanita dalam parti itu ditingkatkan sehingga 30 peratus membabitkan penggubalan dan membuat keputusan untuk kepentingan semua.
Katanya, beberapa pindaan perlu dilakukan demi memastikan pengurusan parti berada di landasan betul dan selari dengan dasar perjuangan.
"Beberapa fasal yang kita akan pinda dan ubah adalah seperti Fasal 5.14 iaitu mengiktiraf martabat dan peranan wanita sebagai tonggak serta penggerak masyarakat, menghayati falsafah hormati wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi juga eksploitasi.
"Mengupayakan wanita untuk mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan membuat keputusan dengan sekurang-kurangnya pembabitan 30 peratus demi memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara," katanya.
Dr Wan Azizah berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Kongres Nasional Khas PKR bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.
Kongres itu dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta kira-kira 2,000 perwakilan termasuk Sabah dan Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Pas perlukan Pakatan Rakyat, kata Mat Sabu

Posted: 24 Nov 2013 02:17 AM PST

Mohamad Sabu  
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu mengakui parti itu tidak mampu berjuang bersendirian sebaliknya memerlukan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk membantunya melebarkan jajahan khususnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.

Muktamar bertema 'Rahmat Untuk Semua' itu dihadiri 1,129 perwakilan.
Read More / Baca Lagi >>

KEADILAN beri kuasa mutlak kepada anggota parti- Wan Azizah

Posted: 24 Nov 2013 02:16 AM PST

SHAH ALAM 24 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pindaan perlembagan baru parti itu memberi kuasa mutlak kepada setiap anggotanya untuk memilih pimpinan  pada pemilihan parti itu akan datang.
Berucap merasmikan kongres khas KEADILAN di Shah Alam hari ini, beliau berkata, KEADILAN adalah parti pertama di Malaysia melaksanakan pemilihan secara terus oleh ahli, iaitu satu ahli satu undi.
"Kendati begitu, kita juga menerima serangan manakala terdapat kelemahan dalam proses awal pemilihan.
"Perlembagaan baru memberikan kuasa mutlak kepada setiap anggota memilih dengan bebas. Maka adalah diandaikan bahawa anggota cukup terlatih dengan idealisme perjuangan.  Ini adalah untuk memastikan calon yang diamanahkan jujur kepada kewajiban dan tidak dipengaruhi sogokan atau ugutan," ujarnya.
Katanya, tindakan keras akan diambil kepada mereka yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar kritik Khalid: Setia mendengar tapi lambat laksana arahan

Posted: 24 Nov 2013 02:14 AM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013. 
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013.Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan yang diberikan.
Ketua Umum PKR itu berkata, Abdul Khalid seorang pendengar yang baik tetapi tidak mengamalkan apa yang disarankannya.
"Dia adalah seorang sahabat yang paling setia mendengar berbanding pemimpin PKR yang lain. Tan Sri Khalid seorang yang paling patuh mendengar cuma paling lambat laksanakannya kadang-kadang.
"Saya tegur seorang pemimpin dengan perkara yang baik. Saya tegur supaya dia dapat baiki skru longgar sebelum ini," katanya dalam ucapan penutup Kongres Nasional Khas PKR 2013 di Shah Alam hari ini.
Semasa kongres itu, semua perwakilan sebulat suara bersetuju dengan pindaan baru perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada minggu hadapan.
Meskipun sindiran itu ditujukan secara terus kepada Abdul Khalid yang duduk berhampiran dengan Anwar, ahli parlimen Permatang Pauh itu tetap memuji pentadbirannya di Selangor yang dilihat dapat mengurangkan pembaziran berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelumnya.
Anwar berkata rekod pentadbiran Abdul Khalid lebih baik berbanding menteri besar di negeri lain dan menteri besar sebelumnya di Selangor.
"Bila kita tegur, kita lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor dari segi kepimpinan, kewangan, agihan dan pembaziran jauh lebih terkawal yang bukan sedikit. Saudara boleh teliti akaun pengurusan ekonomi zaman Umno-BN dan zaman Pakatan Rakyat, perbezaannya terlalu jauh.
Read More / Baca Lagi >>

Henti label undi Muslimat haram

Posted: 24 Nov 2013 02:13 AM PST

SITI-ZAILAH-MOHD-YUSOF
SHAH ALAM - Dewan Muslimat Pas menggesa tiada lagi unsur label melabel akan berlaku dalam parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, dalam 'post mortem' yang dilakukan, terdapat laporan mengenai dakwaan yang mengatakan haram untuk mengundi muslimat.

"Kita dapat maklumat, ada satu dua kes Dun dan kawasan yang tidak mengiktiraf calon muslimat.

"Paling malang apabila ada yang menegur haram jika mengundi muslimat.

"Ini bercanggah dengan Majlis Syura Ulama dan berharap perkara ini dapat diselesaikan," katanya dalam ucapan penggulungan, hari ini.

Katanya, Muslimat perlu diposisikan jika mahu melihat Muslimat ke depan, untuk bersaing dengan kepimpinan wanita dalam parti lain.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar adalah institusi, kata Saifuddin

Posted: 24 Nov 2013 02:12 AM PST

Datuk Saifuddin Nasution Ismail 
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu "institusi", kata Datuk Saifuddin Nasution. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usul cadangan untuk melantik Anwar menjadi Presiden PKR pada Kongres Khas 2013 PKR, hari ini.

Menurutnya, kedudukan Anwar adalah unik dan mampu meningkatkan sokongan rakyat walaupun tidak menjadi Presiden PKR.

Saifuddin juga berkata, Anwar sering kali mendapat perhatian daripada semua parti politik dan sering dikaitkan dalam sesuatu isu.

"Saya berpendapat kedudukannya unik, kedudukan yang berjalan macam sekarang itu pun telah berjalan dengan tertib dan aman, sokongan rakyat telah meningkat juga.

"Dia telah jadi institusi, tiada satu acara pun yang tak dikaitkan dengan beliau, seperti muktamar Pas semalam pun saya tengok ada gambar Anwar juga yang disiarkan dalam televisyen.
Read More / Baca Lagi >>

Tegur pemimpin secara tertutup, kata Anwar

Posted: 24 Nov 2013 02:10 AM PST

Konvensyen Nasional PKR
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa teguran terhadap pemimpin PR perlu dibuat secara tertutup.

Menurutnya, pemimpin atau ahli PR yang mempunyai salah faham tentang sesuatu perkara, tidak perlu menegur secara melulu dan terbuka kepada pemimpin lain dalam parti bagi mengelakkan perkara buruk terus berlaku.

Beliau juga berkata, teguran yang ingin dilakukan perlu dibuat sebagai seorang sahabat seperti yang dilakukan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tak setuju salah faham disuarakan secara terbuka, ini akan jadi dieksploitasikan oleh musuh-musuh," katanya pada ucapan Pergulungan Kongres Nasional 2013 PKR, di sini, hari ini.

Naib Presiden: Usah hanya cantikkan perlembagaan

Posted: 24 Nov 2013 02:09 AM PST

Konvensyen Nasional PKR 
Susulan usul keputusan pindaan perlembagaan yang diumum Presiden PKR sebentar tadi, perwakilan Sarawak, Abun Sui Anjit berpendapat, cadangan mengenai jawatan Naib Presiden dilantik perlu dilaksanakan dan bukan sekadar "mencantikkan" perlembagaan parti.

"Kita mahu pelaksanaan itu yang penting, bukan hanya cantikkan perlembagaan parti.

"Kuasa autonomi itu harus benar-benar dilaksanakan," katanya ketika pembahasan usul naib presiden dilantik, pada Konvensyen Nasional PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengumumkan, PKR akan melantik seorang wakil negeri Sabah dan Sarawak mengisi  jawatan naib presiden parti selepas ia digubal secara rasmi hari ini.

"Selepas menyambut kemerdekaan yang ke-55, PKR, Pas dan DAP telah melancarkan 'Deklarasi Kuching' yang mana kita telah setuju untuk memasukkan perkara ini dalam perlembagaan yang bakal diluluskan.
Read More / Baca Lagi >>

Ucapan Perasmian Presiden PKR Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Posted: 24 Nov 2013 02:08 AM PST

Ucapan Perasmian Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Kongress Nasional Khas , Parti KEADILAN Rakyat
24 November 2013
Shah Alam Selangor

Bismillahirahmanirahim
Segala pujian hanya pada Allah Tuhan sarwa sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.
Yang dihormati, Pengerusi majlis
Ketua Umum, Saudara Anwar Ibrahim
Saudara Timbalan Presiden,
Saudara Setiausaha Agung.
Pimpinan, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri dan cabang.
Kita bersyukur kerana selamat kembali menghadiri Kongres Nasional Khas. Namun sebelum itu, wajar kita kenangkan sahabat kita Allahyarham Haji Suhaimi Said. Beliau adalah pejuang rakyat terutamanya nasib peneroka Felda dan masyarakat orang asal. Kepada beliau dan rakan-rakan pejuang yang telah kembali ke rahmatullah, marilah kita hadiahkan Al-Fatihah!.
Saudara dan saudari sekalian,
Saudara dan saudari sekalian.
(Sejarah pemilihan  2010)
Di Malaysia, KEADILAN adalah parti pertama yang melaksanakan pemilihan pimpinan parti secara terus oleh ahli, iaitu satu ahli satu undi. Alhamdulillah, kerana kejayaan  menempa sejarah baru pemilihan yang demokratik. Kendati begitu, kita juga menerima serangan manakala terdapat kelemahan dalam proses awal pemilihan. Terima kasih kepada Jawatankuasa pemilihan ketika itu, para petugas serta sekretariat parti yang bertungkus lumus memastikan kelicinan proses pemilihan.
Dalam mengimbau pengalaman lalu, kita perlu pertingkatkan persiapan jentera pemilihan yang wibawa dan bebas, telus dan cekap. Namun semangat kebebasan dan demokratik dalam sistem pemilihan juga menuntut kemantapan dan kesedaran anggota.
Perlembagaan baru memberikan kuasa mutlak kepada setiap anggota memilih dengan bebas. Maka adalah diandaikan bahawa anggota cukup terlatih dengan idealisme perjuangan. Ini adalah untuk memastikan calon yang diamanahkan jujur kepada kewajiban dan tidak dipengaruhi sogokan atau ugutan.
Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang keterlanjuran melanggar prinsip luhur perjuangan atau keterlibatan dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon.
Para perwakilan dan pemerhati sekalian,
(Pengajaran pemilihan 2010)
Pemilihan parti pada tahun 2010 yang lalu telah banyak mengajar kepimpinan akan pentingnya kelangsungan ukhwah diantara pimpinan cabang, negeri dan pusat kepada ahli di akar umbi. Sebab itu kita unjurkan beberapa siri latihan yang berteraskan Politik Nilai kepada seluruh warga KEADILAN agar memahami wadah dan khittah  perjuangan dan mengamalkan politik yang lebih matang dan beretika. Terima kasih pada Akademi Keadilan, Institut Kajian Dasar, Center For Reform Democracy and Social Iniatives yang berterusan menjalankan aktiviti latihan kepada ahli tentang pentingnya memahami politik nilai dan pencerahan dalam berpolitik. Begitu juga kepada sayap parti Wanita Keadilan dan Iltizam Angkatan Muda yang giat menjalankan latihan ke cabang-cabang.
Justeru, dalam pemilihan yang akan datang, penyususan semula jawatankuasa pemilihan adalah daripada dikalangan mereka yang berpengalaman dalam strategi pemilihan, logistik, data, keselamatan dan petugas serta yang paling penting adalah berintegriti dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan.
Read More / Baca Lagi >>

2/3 perwakilan tolak usul, AMK perlu sedia pemimpin baru

Posted: 24 Nov 2013 02:05 AM PST

Shamsul Kongres PKRSHAH ALAM 24 NOV: Angkatan Muda Keadilan (AMK) berdepan dengan cabaran besar di semua peringkat bagi menyediakan kepimpinan muda yang baru dalam tempoh terdekat.
Hal ini susulan penolakan dua pertiga perwakilan Kongres Nasional Khas PKR 2013 terhadap usul Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin atas pindaan mengecualikan had umur bagi jawatan tertinggi sayap parti itu di semua peringkat.
Shamsul berkata, AMK kini perlu bekerja keras dalam tempoh empat hingga lima bulan akan datang bagi menyediakan kepimpinan baru sayap parti itu sebelum melalui proses pemilihan tahun hadapan.
Katanya, pelaksanaan had umur maksimum 35 tahun bagi jawatan AMK dipersetujui melalui pindaan pada 2010, namun atas beberapa sebab beliau meminta dipinda semula.
"Pindaan pertama dilakukan tiga tahun lepas dan waktu itu saya minta dikuatkuasakan pada 2013. Kita bergerak ke hadapan dengan mengambil kira tiada kelompangan dalam kepimpinan dan meminta tahap kedua iaitu kepimpinan utama di peringkat negeri, pusat serta cabang diberi sedikit kelonggaran umur bawah 40 tahun," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PKR Timbalan berpeluang jadi presiden

Posted: 24 Nov 2013 01:36 AM PST

"TAHALLUF SIYASI" akan diteruskan: MAJLIS SYURA ULAMA

Posted: 24 Nov 2013 01:20 AM PST