Khamis, 21 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ayah bercinta, lakukan seks dengan anak sendiri

Posted: 21 Nov 2013 03:48 AM PST

AYAH mangsa yang berusia 46 tahun dibawa untuk ditahan reman oleh pegawai polis di rumah mereka di Kajang./Pic:mStar OnlineAYAH mangsa yang berusia 46 tahun dibawa untuk ditahan reman oleh pegawai polis di rumah mereka di Kajang./Pic:mStar OnlinePETALING JAYA: Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.
Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.
Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) 'lucah' daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.
"Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.
"Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.
"Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya," kata sumber berkenaan.
Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya dihadapan ibu mereka.
Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.
"Remaja berkenaan turut mendedahkan kali terakhir dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya, Oktober lalu.
"Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin," menurut sumber polis tersebut.
Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis.
Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kaqjang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun.
Suspek ditahan reman hingga 26 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376A, Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perbuatan sumbang mahram.
Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh kenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun, dan sebatan.
Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sumber guaman berkata sekiranya ayah mangsa didakwa atas kesalahan berkenaan, remaja tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 376A.
"Mengikut undang-undang, sekiranya kedua-dua mereka melakukan kesalahan, mereka akan didakwa namun ia bergantung kepada keadaan kes berkenaan.
"Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada wanita berkenaan adalah mangsa atau dia juga harus didakwa atas kesalahan yang sama," kata sumber berkenaan.
Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat.- mStar Online

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Hadi: Jadikan 'PAS tumbang di Kedah' sebagai iktibar

Posted: 21 Nov 2013 09:19 PM PST

Presiden PAS: Guna 'makhluk asing' atur pendidikan bukti Umno tak yakin dengan anak nusa, bangsa

Posted: 21 Nov 2013 09:12 PM PST

Video Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-59

Posted: 21 Nov 2013 09:05 PM PST

Hadi: We're not passengers, we're active partners in Pakatan

Posted: 21 Nov 2013 09:03 PM PST

Hadi jamin PAS akan terus jadi rakan aktif Pakatan

Posted: 21 Nov 2013 09:03 PM PST


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar merasmikan Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar merasmikan Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan PAS akan terus menjadi rakan aktif Pakatan Rakyat (PR) dan bukan penumpang semata-mata.
Ia bertujuan untuk memenuhi mesej tema "PAS adalah Rahmat Untuk Semua" yang menjadi tema muktamar PAS ke-59 ini, katanya ketika memberikan ucapan dasar dalam majlis perasmian muktamar PAS di Stadium Melawati, Shah Alam pagi ini.
"Ingatlah, bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang, tetapi semua parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap lebih maju," katanya.
Kenyataan Abdul Hadi boleh dianggap sebagai menjawab beberapa isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini khasnya oleh PAS Pulau Pinang.
PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya membuat sidang akhbar khas bagi mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP kononnya mereka (PAS) adalah penumpang  sahaja.
Dalam ucapan di depan kira-kira 1,300 perwakilan dari seluruh negara dan lebih 5,000 pemerhati, Abdul Hadi berkata, PAS dan Pakatan Rakyat adalah pilihan majoriti rakyat negara ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Jangan guna 'makhluk asing' atur pendidikan kita

Posted: 21 Nov 2013 09:02 PM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak kerajaan Umno-BN yang menggunakan konsultan luar yang dianggapnya sebagai "makluk asing" untuk menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan kos RM20juta.

Katanya, tindakan itu tidak memperlihatkan usaha kerajaan secara bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu pendidikan secara umum termasuk pendidikan Islam dalam negara.

"...(Ia) memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN tidak yakin dengan anak nusa dan bangsa yang ada dalam negara sendiri tanpa peduli pendidikan hendaklah mengikut acuan setempat yang berbeza di antara satu sama lain.

"Menggunakan 'makhluk asing' untuk mengatur pendidikan kita adalah menempah kegagalan lagi, di mana anak-anak kita hanya sekadar menjadi ujian mereka sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-59 bertajuk "Rahmat Untuk Semua" di Stadium Malawati pagi ini.

Abdul Hadi berkata lanskap pendidikan tinggi juga perlu mengalami perubahan sturuktur yang ketara dan ia perlu ditangani secara berkesan kepada perubahan persekitaran, institusi pengajian tinggi diberikan lebih autonomi dalam berbagai sudut tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran Hadi: Agama bukan barang dagangan

Posted: 21 Nov 2013 09:00 PM PST


muktamar pas

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan  bahawa isu-isu agama yang bersendikan al-Quran dan as-Sunnah tidak wajar dijadikan 'barang dagangan' yang boleh dijaja ke sana ke mari.

Apatah lagi kata Abdul Hadi apabila ia dijadikan senjata politik oleh sesetengah pihak seolah-olah perihal agama ini umpama barang dagangan yang boleh dijual beli.

"Umat Islam dikejutkan dengan rentetan serangan isu-isu berkaitan agama Islam.

"Bila timbul isu ini, rakyat awam dijalanan pula diajak untuk memberikan ulasan, maka timbullah isu kalimah ALLAH, hudud yang diulas ditepi-tepi jalan oleh mereka yang bukan ahli.

"Sehubungan itu, Pas menegaskan, bahawa isu-isu agama yang penuh sarat dengan hukum syariatnya... tidak wajar menjadi barang dagangan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Pas di Stadium Melawati hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi: PAS terus jadi rakan aktif Pakatan

Posted: 21 Nov 2013 08:58 PM PST




MUKTAMAR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat dan mengingatkan bahawa PAS dan rakan gabungan dalam Pakatan "bukan penumpang".

"Tetapi semua parti-parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju dan seterusnya memikul amanah yang berat ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-59 bertajuk "Rahmat Untuk Semua" di Stadium Malawati Shah Alam, pagi ini.

Muktamar 59: Keputusan Penuh JK DPPM

Posted: 21 Nov 2013 08:55 PM PST

Berikut adalah data ringkas keputusan penuh Suruhanjaya Pilihanraya bagi pemilihan jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi sessi 2013/2015.

Data Ringkas
Jumlah pemilih yang layak memilih – 639
Jumlah pemilih yang membuang undi – 638
Kertas undi dlm peti undi ketua – 634 + 4 rosak
Kertas undi dlm peti undi timb – 637 + 1 rosak
Kertas undi dlm peti undi naib – 637 + 1 rosak
Kertas undi dlm peti AJK – 625 + 13 rosak
Calon Ketua Pemuda
1. Kamarulzaman Muhammad - 307
2. Suhaizan Kaiat - 320
3. Zulhazmi Sharif - 7

Calon Timbalan Ketua Pemuda
1. Mohd Khalil Abdul Hadi, Ustaz – 355
2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob, Dr - 282
Calon Naib Ketua Pemuda
1. Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi – 226
2. Mohd Khairul Nizam Khairuddin, Ir. Hj - 411

Read More / Baca Lagi >>

Muktamar PAS Pusat Kali ke-59 Bermula

Posted: 21 Nov 2013 08:52 PM PST



SHAH ALAM, 22 Nov - Majlis perasmian bagi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-59 bermula dengan pemeriksaan perbarisan Jabatan Amal tepat jam 8.45 pagi, di pentas utama Ekspo Muktamar, Stadium Malawati, Shah Alam.
Pemeriksaan perbarisan itu disempurnakan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan perasmi muktamar dengan diiringi Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali dan Pengarah Panatia Muktamar PAS Pusat kali ke-59, Dato' Takiyuddin Hassan.
Sejurus kemudian, Presiden PAS diiringi masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat. Para pemimpin PAS Pusat, pemerhati, dan perwakilan bersama-sama berselawat serta menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS. Buat pertama kalinya lagu rasmi PAS yang disusun semula dengan rentak yang lebih bersemangat dinyanyikan secara langsung oleh sekumpulan Pumuda.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Pengerusi Tetap dan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan Ustaz Tarmizi Ali.
Turut hadir pada perasmian muktamar pagi ini adalah Mursyidul AM PAS, Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dato' Husam Musa, ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat, dan Ketua-ketua Dewan.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu walau bagaimanapun tidak dapat hadir kerana sesi perbicaraan di mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar: PAS perlu berhenti “menangis seperti bayi” jika mahu perintah Malaysia

Posted: 21 Nov 2013 03:34 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (tengah) menghadiri muktamar Dewan Muslimat pada Rabu. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (tengah) menghadiri muktamar Dewan Muslimat pada Rabu. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.PAS perlu membuat keputusan sama ada mereka mahu bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau terus "menangis seperti bayi" dan menjadi "penumpang" dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah Malaysia sejak negara mula merdeka.
Perwakilan PAS Pulau Pinang Mohd, Raduan Ramli semasa perbahasan ucapan Ketua Pemuda PAS semalam terus "membelasah" rakan PR DAP dan mendakwa mereka sekadar menumpang dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.
Sedangkan masih banyak yang perlu dilakukan PAS seperti mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang, seperti kata bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan semasa ucapannya dua hari lalu.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, kebanyakan negeri termasuk yang diperintah PR di Pulau Pinang, merekodkan kurang 50 peratus undi golongan muda menyokong pakatan pembangkang itu dalam Pilihan Raya 2013 lalu.
Keputusan pilihan raya umum dari 1999 hingga 2013 menunjukkan dengan jelas pola pengundian terhadap PAS.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini menyedari  hakikat kekuatan PAS apabila berkata secara sinis: "Jika PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman."
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar: Pembahasan Usul DPPM

Posted: 21 Nov 2013 03:28 PM PST

Ulama PAS tolak Hasan Ali, dakwa beliau cuba pecah belahkan parti Islam

Posted: 21 Nov 2013 09:39 AM PST


Muktamar PAS ke-59 dijangka hangat dengan pelbagai isu.Dewan Ulama PAS menyifatkan gesaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali supaya parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai cubaan memecahbelahkan parti Islam itu.
Muktamar PAS ke-59 dijangka hangat dengan pelbagai isu. Setiausaha Dewan Ulama Dr Mohd Khairudin Aman Razali menegaskan kenyataan Hasan tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS yang bakal menghadapi pemilihan parti minggu ini.
"Beliau bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan PAS  dan Pakatan. Hasan Ali tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS.
"Beliau mungkin ada hak untuk bercakap, tapi beliau tidak ada hak untuk dijadikan rujukan pemimpin PAS ataupun bercakap mengenai parti," kata Mohd Khairudin apabila dihubungi The Malaysian Insider semalam.
Hujung minggu lalu, Hasan yang dipecat daripada PAS menggesa parti Islam itu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan PAS seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya, PAS meninggalkan PR," kata Hasan semasa sidang media rumahnya Sabtu lalu.
Mohd Khairudin membidas Hasan sebagai tidak layak bercakap mengenai hal ehwal parti PAS memandangkan sudah dipecat pada tahun 2012. Keputusan tersebut berdasarkan Fasal 82 (9) peraturan parti.
"Bagi isu dan perkara yang dibangkitkan oleh Hasan Ali, ingin saya tegaskan di sini, Hasan Ali telah dipecat dan tidak layak untuk bercakap mengenai PAS ataupun perkara berkaitan dengan PAS," kata Mohd Khairudin.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Keputusan pemilihan Pemuda dan Wanita, mesej tersendiri pemilihan kepimpinan tertinggi PAS

Posted: 21 Nov 2013 09:31 AM PST

Hampir kesemua Exco Dewan Muslimat yang menang terdiri pendokong kepimpinan Ketua Muslimat PAS Siti Zailah.Hampir kesemua Exco Dewan Muslimat yang menang terdiri pendokong kepimpinan Ketua Muslimat PAS Siti Zailah.Kemenangan Suhaizan Kaiat mengalahkan Kamaruzaman Mohamad sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru memberikan mesej tersendiri kepada muktamar penuh PAS yang bakal berlangsung besok.
Apatah lagi dengan kemenangan besar golongan progresif di Dewan Muslimat PAS Pusat iaitu Siti Zailah Yusof, Dr Siti Mariah Mahmud dan Mumtaz Mat Nawi yang mengalahkan pencabar masing-masing untuk jawatan ketua, timbalan dan naib ketua Dewan Muslimat PAS.
Bukan setakat itu, hampir kesemua Exco Dewan Muslimat yang menang juga dikira pendokong kepimpinan muslimat yang menang itu.
Mereka adalah Dr Halimah Ali, Aiman Athirah, Khairiah Mohamad, Normala Sudirman, Dr Asiah Ali, Aida Yusof Rawa, Wan Ubaidah Omar, Mastura Mohamad, Datuk Siti Aishah Ghazali, Azizah Khaitib Mat, Wan Hasrina Wan Hassan dan Kartini Ahmad.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita DHPP ikrar beri komitmen

Posted: 21 Nov 2013 09:28 AM PST

SHAH ALAM: Wakil wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Kumutha Raman memberi jaminan mereka bersedia memberi komitmen yang penuh bersama perjuangan PAS bagi meningkatkan peluang menuju ke Putrajaya.

Menurut beliau, perjuangan yang dilakukan oleh DHPP dan PAS atas landasan yang sama dan ibarat isi dengan kuku.

"Saya berjanji akan memberi komitmen penuh terhadap perjuangan PAS. Saya menyeru agar di setiap kawasan ditubuhkan DHPP khususnya yang membabitkan wanita. Hari ini kita boleh lihat DHPP dianggotai pelbagai kaum seperti Cina, India serta pelbagai agama termasuk Hindu, Buddha dan Kristian.  Kita perlu ke semuanya untuk meningkatkan melangkah jauh ke hadapan," katanya.

Beliau berkata, di kawasan bukan Melayu melebihi 55 peratus peranan DHPP amat perlu dan mesti bergerak sekarang tanpa menunggu tempoh pilihan raya.

"Jika kita mahu ke Putrajaya kita kena fikir sekarang, DHPP bersedia untuk tanggungjawab itu," katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar DMPP.

Beliau turut menyeru Lajnah Perpaduan Nasional dan Ketua Muslimat setiap negeri aktifkan DHPP serta memberi motivasi memandangkan Dewan Muslimat sudah 53 tahun.

"Saya cadangkan program agar pelbagai program khususnya sukan kerana boleh mengeratkan silaturahim antara kaum. Kita juga boleh buat program untuk menerangkan tentang budaya dan agama," katanya.

Muslimat lulus lima usul untuk Muktamar Pusat

Posted: 21 Nov 2013 09:25 AM PST



SHAH ALAM: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 meluluskan lima usul untuk dibentangkan di dalam Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung di Stadium Malawati.
Lima usul tersebut termasuk satu usul dibahaskan iaitu usul keselamatan negara yang diusulkan oleh Muslimat PAS Kawasan Temerloh dan Maran.
Muslimat PAS Temerloh meminta Muslimat Pusat agar mendesak Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula modul penguatkuasaan undang-undang dengan memberi penekanan aspek asas-asas agama, nilai murni, dan moral ke arah mewujudkan kawalan sosial secara menyeluruh.
Sementara itu dua usul telah diterima tanpa bahas iaitu usul mewujudkan Akademi Seni Islam yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Perwakilan Muslimat Kelantan menegaskan penubuhan Akademi Seni Islam ini wajar disegerakan memandangkan ramai golongan artis dan selebriti yang terlibat dalam nyanyian dan lakonan telah berhijrah untuk mengamalkan Islam dengan lebih sempurna melalui bimbingan dalam satu platform dakwah.
Usul mempertahankan dan memperkasakan kepimpinan ulama yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Gombak turut diterima tanpa bahas.
Read More / Baca Lagi >>

Usul Ulamak: Kaji tahaluf perkukuh Pakatan

Posted: 21 Nov 2013 09:24 AM PST



SHAH ALAM: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini menerima sebulat suara usul supaya Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat mewujudkan satu jawatankuasa bagi mengkaji Tahaluf Siyasi bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat menghadapi PRU14.
Usul tersebut dikemukakan bersama oleh Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.
Penjelasan usul berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Usta Abdul Hadi Abdul Halim.
Usul itu mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan Tahaaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah dengan niat dan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU ke 14.
Berikut usul-usul yang diterima untuk dibahas dan lulus tanpa bahas.
Usul-Usul yang diterima untuk dibahas:-
1. Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang:
Maka Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang mendesak supaya PAS Pusat mewujud dan menggerakkan mekanisma penyelarasan polisi dan dasar bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan segala dasar kerajaan negeri dan lantikan perjawatan di peringkat kerajaan negeri dibuat secara persetujuan bersama ketiga-tiga parti

2. Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Perak:
Dewan Ulamak PAS Perak dengan ini mengemukakan usul berkenaan bahaya pemikiran liberal dan pluralisme yang menyesatkan pemikiran Umat Islam dan manusia sejagat. Ancaman pemikiran Liberal dan Pluralisme adalah satu ancaman pemikiran oleh sedang dihadapi oleh gerakan Islam di seluruh dunia.
Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme adalah pemikiran yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam seluruh dunia. Dunia Arab dan negara jiran Malaysia iaitu Indonesia telah terlebih dahulu berhadapan dengan asakan pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme. Fenomena ini tidak dapat disangkal lagi kerana pengharaman pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme telah diwartakan.
Kini bahang pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme sudah sampai ke Malaysia. Sebelum ini, pihak berkuasa agama seperti JAKIM telah menyenaraikan Sister In Islam (SIS) adalah sebuah NGO Islam Liberal yang wujud di Malaysia. Kini, Islamic Renaisansse Front (IRF) didapati membawa dakyah Islam Liberal dan Pluralisme.
Bagi menghadapi dan membendung penularan gejala Islam Liberal dan Pluralisme yang semakin berleluasa ini, maka dengan ini kami daripada Dewan Ulamak PAS Perak mengusulkan beberapa perkara seperti berikut :
Read More / Baca Lagi >>

Muslimat Lulus Usul Keselamatan Negara

Posted: 21 Nov 2013 09:16 AM PST



SHAH ALAM. 21 Nov - Menyedari hakikat senario peningkatan kadar jenayah dan pembunuhan dengan menggunakan senjata api semakin meruncing dan amat membimbangkan rakyat mutakhir ini, Muktamar Dewan Muslimat PAS hari ini membahaskan Usul Keselamatan Negera.
Usul tersebut dikemukakan bersama oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Termerloh dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Mara.
"Menyedari hakikat bahawa kebimbangan terhadap kes pembunuhan dari arah dekat dengan menggunakan senjata api seolah-olah lesen untuk memiliki senjata api boleh diperolehi begitu mudah tanpa tapisan kawalan keselamatan yang bersistematik,
"Angka 74,127 kes dari bulan Januari hingga Jun 2013 walaupun dikatakan menurun indeks jenayahnya, bukanlah suatu angka yang sedikit," ujar wakil Temerloh ketika membentangkan usul berkenaan.
Usul itu mencadangkan Dewan Muslimat PAS Pusat perlu mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengkaji semula modul penguatkuasaan undang-undang dengan memberi penekanan aspek asas - asas agama, nilai murni dan moral kearah mewujudkan kawalan sosial secara menyeluruh.

DPPM: Usul tahaluf siyasi diterima sebulat suara

Posted: 21 Nov 2013 09:15 AM PST


PETALING JAYA: Usul politik berkaitan tahaluf siyasi yang dibawa Dewan Pemuda PAS kawasan Permatang Pauh diterima sebulat suara oleh para perwakilan dengan dua perbahasan sokongan.

Usul tersebut menegaskan berdasarkan suasana politik di Pulau Pinang, usul tersebut dibentangkan dengan dua pindaan, di mana DPP Permatang Pauh tidak bertujuan mencari gaduh, sebaliknya mencari jalan penyelesaian.

Usul itu menyarankan empat jalan yang perlu diambilkira bagi pengukuhan tahaluf siyasi, iaitu PAS Pusat perlu mewujudkan penyelarasan polisi dan dasar kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Majlis Pakatan Rakyat perlu mewajibkan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi mengukuhkan tahaluf siyasi," kata perwakilan Permatang Pauh, Mohd Shafirol Rozali ketika mengemukakan usul, di Dewan Sivik, malam ini.

Selain itu, usul itu turut menegaskan sebarang lantikan dalam mana-mana kerajaan negeri dari kalangan ahli PAS mestilah mendapat persetujuan PAS kawasan, negeri mahupun cawangan.
Read More / Baca Lagi >>

DPPM: Usul pemuda Gombak ditolak, langgar perlembagaan parti

Posted: 21 Nov 2013 09:12 AM PST


PETALING JAYA: Usul mempertahankan kepimpinan ulama ditolak para perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kerana disifatkan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Usul tersebut dikemukakan Pemuda PAS Gombak dan disokong oleh Pemuda PAS Klang.

Bagaimanapun Pemuda Lembah Pantai, Kluang, Lumut bangun membahaskan supaya menolak usul itu.

Antara hujah yang dikemukakan bagi menolak usul tersebut kerana mengikut perlembagaan parti, jawatan bagi presiden, timbalan dan naib presiden boleh dilantik dari kalangan ahli PAS.

Perlembagaan tidak menyebut mereka perlu terdiri dari kalangan ulama ataupun bukan ulama.

Mereka juga mengemukakan hujah bahawa usul yang mengatakan institusi ulama diserang adalah tidak kukuh ekoran tiada sebarang bukti berhubung tuduhan tersebut.

Selepas perbahasan hangat, Pengerusi Tetap DPPM, Misbahul Munir Masduki meminta para perwakilan bangun bagi menyatakan pendirian sama ada menerima atau menolak usul tersebut.

Menurut Misbahul, usul tersebut perlu diperbaiki kerana kurang jelas tetapi tidak bermakna Pemuda PAS menolak ulama.

Berikut ialah usul DPP Gombak, mempertahankan kepimpinan ulama.

"Sedar atau tidak PAS sudah menjadi sebuah parti yang disegani kerana kematangannya dalam meniti usia perjuangan yang ke-62 tahun. Sepanjang perjalanan untuk mempersada perjuangan Islam, lebih separuh dari tempoh tersebut PAS dipimpin oleh golongan ulama.

Read More / Baca Lagi >>

Siti Zailah kekal ketua Muslimat PAS

Posted: 21 Nov 2013 09:10 AM PST

Siti Zailah Mohd Yusof dipilih sebagai ketua Muslimat PAS manakala Dr Siti Mariah Mahmud terpilih sebagai timbalannya.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Muslimat PAS

Senarai Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS 2013-2015

jumlah perwakilan berdaftar dan layak mengundi 681
jumlah perwakilan mengundi - 665

jumlah kertas undi dalam peti undi - 665 kertas undi

Pengerusi Tetap
* Norhashimah Deraman - 387
* Nor Azlin Md Samsudin - 208
* Saadiah Abu Bakar - 56

Timbalan Pengerusi Tetap
* Nor Azlin Md Samsudin

Ketua
* Siti Zailah Mohd Yusoff - 468
* Nuridah Salleh - 189

Timbalan Ketua

* Dr Siti Mariah Mahmud - 429
* Dr Najihatussalehah Ahmad - 229

Naib Ketua
* Mumtaz Mohd Nawi - 457
* Dr Rosni Adam - 201

 Ahli Jawatankuasa
* Aida Yusof Rawa - 409
* Aiman Athirah Sabu - 457
* Dr Asiah Ali - 444
* Azizah Khatib Mat - 360
* Dr Halimah Ali - 476
* Kartini Ahmad - 306
* Khairiah Mohamed - 454
* Kintan Man - 219
* Mastura Mohammad - 392
* Noor Hanim Ismail - 274
* Noraini Hussin - 166
* Normala Sudirman - 446
* Rohani Ibrahim - 300
* Rosiah Salleh - 253
* Salamiah Mohd Nor - 209
* Datuk Siti Ashah Ghazali - 372
* Siti Faridah Samad - 260
* Wan Aisyah Wan Ariffin - 243
* Wan Hamidah Wan Daud 171
* Wan Hasrina Wan Hassan - 331
* Dr Wan Maseri Wan Muhamad - 279
* Wan Ubaidah Omar - 393

Suhaizan Kaiat menang jawatan ketua Pemuda PAS

Posted: 21 Nov 2013 09:08 AM PST


 
Suhaizan Kaiat berjaya dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru.
Manakala anak presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula dipilih sebagai timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru.

Suhaizan (kiri) yang juga ketua Pemuda PAS Johor mendapat 320 undi untuk menewaskan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad yang mendapat 307.

Seorang lagi calon, Zulhazmi Sharif hanya mendapat tujuh undi.

Sementara itu, Khalil mendapat 355 undi menewaskan Raja Iskandar Raja Yaakob yang mendapat 282 undi.

Seramai 638 perwakilan mengundi hari ini bagi memilih kepimpinan Pemuda PAS 2013-2015

Bagi pemerhati, kemenangan Suhaizan yang dilihat mewakili kecenderungan aliran bukan ulama dalam PAS.

Bagaimanapun, cabarannya di depannya masih tidak mudah apabila kebanyakan besar exco yang terpilih hari ini tergolong dalam kategori 'chai' lawannya Kamaruzaman Mohamad.
Suhaizan dalam ucapan kemenangannya mencadangkan nama Dewan Pemuda PAS Pusat dikomersialkan sebagai Pemuda PAS Malaysia sebagai langkah meremajakan dan mendekatkan pergerakan itu kepada masyarakat umum.
Selain itu, beliau turut berjanji untuk memperkasakan pergerakan pemuda dari semua segi seperti tarbiah serta memberi berita gembira apabila membayangkan untuk menaikkan gaji guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
"Mereka, guru-guru PASTI mempunnyai tangga gaji rendah sedangkan mereka banyak berkorban.

"Saya dan exco baru akan menyemak semula gaji guru PASTI di seluruh negara," kata beliau.

Ahmad Hamimi Taib Azamuddin (433)
Syed Abdul Kadir Syed Hussin al Jufri (433)
Ahmad Fadhli Shaari (417)
Mohd Shahrir Sulaiman (415)
Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (404)
Zaharuddin Muhammad (379)
Ahmad Yahya (337)
Mohd Faizul Salleh (371)
Mohd Fadhli Ghani (359)
Mohd Zawawi Hassan (358)
Nurul Islam Mohd Yusof (355)
Mohd Sany Hamzan (340)

DPPM: Sesuaikan dakwah dengan anak muda

Posted: 21 Nov 2013 09:06 AM PST

DPPM perlu ubah strategi hadapi PRU14

Posted: 21 Nov 2013 09:05 AM PST

Ulama PAS maafkan Karpal kerana belum sempat belajar Islam

Posted: 21 Nov 2013 09:03 AM PST

GoMalaysian

GoMalaysian


Cukai pintu Kuala Lumpur sah naik bermula 2014

Posted: 21 Nov 2013 02:47 AM PST

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib hari ini mengesahkan pemilik hartanah di ibu kota akan dikenakan tarif cukai baru bermula Januari 2014.

Beliau berkata, kenaikan itu disebabkan peningkatan kadar penilaian semula yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kenaikan cukai pintu bukan disebabkan kenaikan peratusan cukai baru tetapi peningkatan itu adalah penilaian semula hartanah yang dilakukan oleh DBKL.

"Kadar baru itu akan diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas tarikh tutup bantahan berhubung kenaikan cukai baru itu," katanya pada satu sidang media selepas pertemuan bersama Ahli parlimen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat DBKL hari ini.

Katanya, Tengku Adnan akan mencari jalan terbaik bagi memastikan kenaikan kadar cukai itu tidak membebankan rakyat.

Tengku Adnan yang turut hadir di sidang media itu berkata penilaian semula nilai hartanah diperlukan bagi DBKL setelah 21 tahun tidak melakukan kajian.

"Ia sebenarnya memberi faedah kepada pemilik hartanah. Keputusan kami akan bersifat menang-menang untuk kedua-dua pihak."

Beliau turut tidak menolak kemungkinan memberikan kadar diskaun terhadap cukai baru itu.

Katanya, dana yang bakal diperoleh melalui pembaharuan cukai itu nanti akan digunakan untuk pembangunan bandar dan penyelenggaraan.

"DBKL menerima dana daripada kerajaan namun apa yang kami cuba lakukan adalah mencari dana sendiri melalui cukai taksiran dan jenis cukai yang lain."

Ketika ditanya mengapa DBKL tidak menggunakan dana sendiri bagi membiayai projek dan proses naik taraf, beliau berkata wang tersebut tidak boleh disentuh yang merupakan deposit selamat DBKL.

Dalam pertemuan bersama ahli parlimen Kuala Lumpur hari ini, beliau meminta wakil rakyat itu menyampaikan kepada umum berhubung apa yang cuba dilakukan DBKL.

Katanya, ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan pemilik hartanah yang menerima surat daripada DBKL berhubung kadar baru cukai pintu.

Tengku Adnan berkata daripada 500,000 surat yang dihantar, 2,500 jawapan bertulis telah diterima daripada pemilik yang menyatakan bantahan.

"Jumlah yang dicetak dalam surat itu bukanlah jumlah sebenar yang harus dibayar. Jumlah itu hanyalah kadar sewa tahunan hartanah. Jumlah yang perlu dibayar hanya peratusan kecil daripada kadar sewa tahunan yang belum lagi diputuskan," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata semua ahli Parlimen Kuala Lumpur termasuk Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati terhadap kenaikan nilai taksiran baru itu.

Katanya, mereka telah mencadangkan beberapa formula seperti penangguhan kenaikan untuk tempoh enam bulan dan membuat penilaian semua terhadap kenaikan nilai taksiran DBKL.

"Nampaknya DBKL tidak bersedia menangguh atau membatalkan kenaikan nilai taksiran ini. Bagaimanapun, menteri telah bersetuju untuk menyemak semula dua perkara iaitu kadar cukai ditimbang semula seperti kediaman 6% dan komersil 12%.

"Menteri bersetuju mempertimbangkan kadar lebih rendah selain kerajaan mempertimbangkan pemberian diskaun terhadap kadar yang akan dibayar.

Beliau berkata ahli Parlimen Kuala Lumpur tidak meyakini proses diskaun itu akan berlaku sambil menyatakan pendirian rakyat tidak harus dibebankan dengan kadar kenaikan berbanding kadar inflasi.

"Kenapa tidak ikut Indeks Harga Pengguna untuk dijadikan panduan? Sekarang mereka gunakan potensi sewa sebagai panduan. Kami akan mengemukakan bantahan di Parlimen agar kenaikan itu dikaji semula kerana saya percaya DBKL tidak mempunyai sumber manusia yang cukup untuk mendengar kes demi kes.

"Tahun lalu Datuk Bandar mengakui tanpa kenaikan cukai pintu, DBKL mampu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan dan memungut lebih dana kerana lebih banyak rumah dibina di Kuala Lumpur selain berada dalam bajet yang selesa," katanya. – 21 November, 2013.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU LAGI CALON ANUGERAH HASAN MALEK

Posted: 21 Nov 2013 06:30 PM PST







NOTA
mana dia poejuang bahasa
mana dia pukipm
mana dia ngo melayu

mana dia rais yatim
yang sibuk
dengan bahasa budaya kita

mana dia dewan bahasa dan petaka
apakah masih lagi
makan kauci
kah kah kah


Jabatan Perikanan Kelantan lantik 4,500 nelayan sebagai Rakan Fish
KOTA BHARU 21 Nov. - Jabatan Perikanan Kelantan melantik sebanyak 4,500 nelayan pantai sebagai Rakan Fish (RF) jabatan itu bagi membantu membanteras kegiatan pencerobohan pukat tunda.

Pengarah Perikanan negeri, Mohamad Mat Saman berkata, RF ditubuhkan untuk menjadikan nelayan sebagai mata dan telinga kerajaan bagi membantu mengawasi perairan negara.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya telah menubuhkan RF di tiga buah daerah iaitu Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit.... WHY ARE YOU NOT USING MALAY LANGUAGE?... kah kah..

kah kah.ARE THE FISHERMEN IN KELANTAN  BRITISH... kah kah...

kah kah kah ...OR GRADUATED FROM OXFORD?... kah kah kah..

kah kah kah..OR THEY  ARE EDUCATED IN LONDON... kah kah kah..

kah kah kah..VERY BIZZARE FOR KETUANAN MELAYU.... ah kahj..

woit..PERNAHKAH DILIHAT IKLAN NELAYAN DI SCOTLAND... ah kah..

kah kah... BERBUNYI : SCOTTISH FISHERY KAWAN NELAYAN... kah kah...

woit... PATUT LAAA MELAYU JADI BANGANG... kah kah kah..

kah kah... BUKAN SAJE BANGANG... HASAN MALEK LAGI... kah kah kah


CALON ANUGERAH
HASAN MALEK
JABATAN PERIKANAN KELANTAN

-----------

ROMPAK DUIT UNTUK ROSMAH

Posted: 21 Nov 2013 06:00 PM PST




GST sumbang RM21 bilion
SHAH ALAM 21 Nov. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjangka untuk mengutip tambahan RM5 bilion hingga RM6 bilion dalam cukai setahun sebaik sahaja cukai barang dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada...



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit...CAKAP TAK SUSAH KAN  ORANG RAMAI... kah kah kah..

kah kah kah..DARI MANA 21 BILION NI DATANG?... kah kah kah..

kah kah kah..MESTILAH DARI POKET ORANG RAMAI.... kah kah kah..

kah kah kah..INI ROMPAK DUIT GAJI ORANG RAMAI...kah kah kahj..

woit..APA TUJUAN ROMPAKAN INI?.... kah kah kah...

kah kah kah...NAK BELI JET UNTUK ROSMAH...kah kah kah...

kah kah kah...NAK BAYAR BIL AIR ROSMAH.... kah kah kah...

woit...MAMPOSSS LAAA ORANG RAMAI.... kah kah kah



----------

MALAYSIA BOLEEEH

Posted: 21 Nov 2013 05:00 PM PST



AMERIKA BANGGA DENGAN 
GUNUNG RUSHMORE
MALAYSIA BANGGA
 DENGAN  GUNUNG RASUAH MORE


SPRM ACUH TAK ACUH MENYIASAT RASUAH MEMBABITKAN AHLI POLITIK

YB Dato' Senator Paul Low menjawab soalan lisan saya mengenai jumlah laporan rasuah yang diterima terhadap ahli politik di antara 2010 hingga kini dan jumlah siasatan yang dibuka. Saya juga bertanyakan dari jumlah itu, berapa kes yang dihantar kepada Peguam Negara dan berapa kes yang berakhir dengan pendakwaan.

Jawapan yang diberikan Menteri adalah pendek dan mengelak dari menjawab soalan yang sebenarnya. Jawapan ringkas itu hanya berbunyi:

"Sepanjang tahun 2010 hingga Ogos 2013, SPRM telah menangkap 9 orang ahli politik dan dari jumlah itu, 5 orang telah didakwa di mahkamah".

Soalan yang saya ajukan cuba mengesahkan bahawa SPRM ada melakukan siasatan terhadap ahli-ahli politik tetapi kertas pendakwaan ditolak oleh Peguam Negara. Oleh itu, statistik berapa siasatan yang ditolak oleh Peguam Negara adalah penting untuk mengesahkan dakwaan SPRM selama ini bahawa Peguam Negaralah yang bertanggungjawab melindungi SPRM.

Walau bagaimana pun, keengganan SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan berapa siasatan yang dibuka terhadap ahli politik dan berapa kertas siasatan yang dihantar kepada Peguam Negara menunjukkan bahawa SPRM pun acuh tidak acuh dalam memerangi kegiatan rasuah di kalangan ahli politik. Dari jawapan di Parlimen ini, saya boleh merumuskan bahawa SPRM pun turut sama melindungi ahli politik yang rasuah seperti mana Peguam Negara.

Lebih merunsingkan adalah bilangan ahli politik yang disiasat dan didakwa. Dalam tempoh hampir 4 tahun, hanya 5 orang didakwa iaitu bersamaan seorang ahli politik setahun sedangkan masyarakat umumnya berpendapat ahli politik adalah golongan yang paling kuat mengambil rasuah di samping pegawai penguatkuasa undang-undang. Saya pasti lebih ramai pegawai penguatkuasa undang-undang yang didakwa di mahkamah dalam tempoh yang sama berbanding ahli politik.

Merujuk kepada jawapan menteri yang sama kepada soalan YB Azmin Ali pada 14 November 2013, statistik kes rasuah yang diselesaikan di peringkat perbicaraan awal dan disabitkan kesalahan adalah seperti berikut:

Tahun
Diselesaikan di peringkat perbicaraan awal
Disabitkan kesalahan
2011
520
388 (75%)
2012
401
339 (85%)
Jun 2013
162
144 (89%)

Jika dibandingkan dengan hanya 1 orang ahli politik setiap tahun yang disabitkan dengan kesalahan berbanding dengan jumlah keseluruhan, jelas menunjukkan bahawa SPRM tergesa-gesa dan takut-takut untuk menyiasat dan mendakwa ahli politik.

Kadar kejayaan mensabitkan kesalahan yang tinggi (antara 75% hingga 89%) juga menunjukkan bahawa SPRM ada keupayaan untuk mengumpul bukti yang secukupnya untuk mensabitkan kesalahan rasuah. Jika SPRM berjaya mencatat kadar pensabitan yang begitu tinggi dengan rakyat biasa, kenapa SPRM memberi alasan tidak mendapat cukup bukti untuk mensabitkan kesalahan ahli politik?

Oleh sebab itu, saya yakin bahawa kadar pensabitan kesalahan rasuah yang melibatkan ahli politik sebanyak satu orang setiap tahun sejak 2010 itu adalah kerana SPRM tidak mahu menyiasat ahli politik, sedangkan ahli politik dipandang umum sebagai golongan yang paling banyak bergelumang dengan rasuah.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
 

--------------------

SATU LAGI PROJEK TIPU

Posted: 21 Nov 2013 05:30 AM PST



MUSTAHIL
RAIS YATIM 
AKAN DITAGKAP MEROGOL

PAC: Ahmad Shabery bebas dakwaan pembayaran RM1.6 juta konsert K-pop
Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) mengesahkan bekas Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek (gambar) bebas daripada segala tuduhan penyelewengan ke atas pembayaran sebanyak RM1.6 juta kepada kumpulan artis K-pop semasa sambutan Hari Belia Negara 2012.
Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamed berkata, ahli panel tidak mendapati wujudnya elemen kecuaian dan penyalahgunaan dana selepas mendengar penjelasan Ahmad Shabery.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah... PAC NI SIAPA PUNYA.... kah kah kah...'

kah kah kah... PENGERUSI NYA  SIAPA?... kah kah kah..

kah kah kah....AHLI UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION... kah kah kah...

kah kah kah..MUSTAHIL AKAN DI DAPATI BERSALAH... kah kah kah..

kah kah kah... MACAM SPR... kah kah kah...

kah kah kah....MUSTAHIL PAKATAN AKAN MENANG... kah kah kah..

kah kah kah..MACAM MAHKAMAH ..kah kah kah...

kah kah....MUSTAHIL NAJIB AKAN DI DAKWA BUNUH ALTANTUYA.... kah kah

MUSTAHIL
NAJIB AKAN DI DAKWA
TERLIBAT BUNUH ALTANTUYA
----------

BERITA BAIK UNTUK MENGHASUT

Posted: 21 Nov 2013 12:55 AM PST



JUAL PELAMPONG
 DALAM TITANIC

 Cukai pintu Kuala Lumpur sah naik bermula 2014
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Phesal Talib hari ini mengesahkan pemilik hartanah di ibu kota akan dikenakan tarif cukai baru bermula Januari 2014. 
Beliau berkata, kenaikan itu disebabkan peningkatan kadar penilaian semula yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 
"Kenaikan cukai pintu bukan disebabkan kenaikan peratusan cukai baru tetapi peningkatan itu adalah penilaian semula hartanah yang dilakukan oleh DBKL.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... INI BERITA BAIK... kah kah kah..
kah kahkah...SATU LAGI PELAMPONG SAMPAI... kah kah kah..
kah kah..PELAMPONG UNTUK HASUT RAKYAT KE JALAN RAYA... kah kah..
kah kah kah.. GST AKAN SAMPAI... kah kah kah..
kah kah kah..CUKAI  PINTU AKAN  NAIK... kah kah kah..
kah kah kah.. DUA PELAMPONG UNTUK DI JUAL DALAM TITANIC... kah kah..
kah kah...KALAU TAK DAPT JUAL PELAMPONG DALAM TITANIC...  ka kah..
kah kah kah...JANGAN HARAP KE PUTRA JAYA... kah kah kah

--------

UCAPAN SELAMAT BERSIDANG

Posted: 20 Nov 2013 08:30 PM PST




LINTASI BADAI 
UNTUK KEMENANGAN

JANGGUT DAN SERBAN
kadang2 kita lupa diri bila kita dah berserban dan berjanggut. kita rasa kita lebih pandai drp org lain dr pelbagai segi. org lain kita pandang sebelah mata. kita mula jalan di bumi Allah dengan menongkat langit. kita pilih rakan bergaul. kalau tak berserban dan berjangut bukan kawan kita. bila kita dah berserban dan berjanggut, kita rasa kitalah paling besar. nasihat org tak berserban tak perlu kita dengar. 

kita mula tunjuk lagak. keluar hukum itu ini kepada org tak berserban. kita mula pandai arah itu arah ini. kaji itu kaji ini tapi hasilnya sama saja kalaupun bukan tambah teruk. lebih teruk lagi bila kita rasa hanya kita dan rakan berserban dan berjanggut saja yang boleh dan mampu memimpin. org tak berserban duduk bawah2 dan menjadi macai saja. kita mula rasa org tak beserban sajalah yang wajib berdemo. kena sembur belasah tak apa. yang berserban sokong dari belakang duduk rumah atau surau. tugas yang berserban yang afdalnya ialah memberi tepukan dan berbangga dengan demo on SERBAN DAN JANGGUT
Anonymous
on 11/21/13

MENTALITI ULAMAK
Inilah puncanya UMNGOK sayang ulamak.. sayang TT tak garapkan mentaliti sebahagian ulamak2 PAS yg nampak canggih tapi org muda meluat kerana tidak mampu membaca-berpikir-menganalisa-membangunkan ekonomi2 ahlinya yg marhaen. Hanya takat mampu berpikir syurga neraka dan di dunia, jika mahukan sesuatu, cukup sekadar berdoa dan terus berdoa tanpa usaha yg kukuh sebab otaknya tak mampu keluar dari buah kelapa komeng.. jika tak dapat, cukuplah sekadar dapat bermimpi dlm tidur untuk memilikinya.

 Politik PAS tujuannya adalah 'untuk mendapatkan diri dan anak2 MASUK SYURGA' semata2. Gerombolan mmg tahu benar duduk kehendak politik PAS ini. Jika ahli2nya hidup memakan rumput sekalipun, mereka tetap ridho asalkan dpt masuk syurga. Untuk masuk syurga, tidaklah susah, laksanakan suruhan Allah dan Nabi2nya setakat mampu. Jadi jelas disini, tiada keperluan ahli2 dan kepimpinan2 PAS memikirkan keperluan luar kelapa komengnya untuk memahami realpolitik! Hidup tersiksa didunia bukanlah perkara susah on ARAH DAN GARIS POLITIK PAS
Anonymous
on 11/21/13
 
MAT SABU UNTUK TERUS MAJU
Pas hanya ada dua pilihan. Memilih mat sabu untuk terus maju ke depan atau memilih amar dan mengundur ke belakang. Memilih ulamak dalam pas bukan menjadi lesen hudud bakal dilaksanakan di kelantan. Halangan hudud bukan mat sabu tetapi undang2 persekutuan yang sentiasa dilindungi oleh amno.

Pemilihan mat sabu akan terus melemahkan amno sebaliknya jika amar dipilih, bukan sahaja PR menjadi lemah malah pas sendiri akan ditinggalkan oleh golongan muda dan profesional. Kesannya amno akan menjadi kuat kembali malah kedudukan pas di kelantan belum tentu selamat. Jika musuh suka, maknanya ia tidak baik untuk Pas dan PR. Sebaliknya jika musuh tak suka,ini bermaksud ia baik untuk pas dan PR malah akan melemahkan amno.

 Pas kelantan pernah menang dun lebih satu drp bn. Jika keluar dari PR, penyokong PR akan lari kepada keadilan atau Dap. Undi akan berpecah dan kesannya amno akan menang banyak kerusi di kelantan nanti. Akhirnya pas akan kalah kerana strategi yang mengundur ke belakang. on ARAH DAN GARIS POLITIK PAS
Anonymous
on 11/20/13
 
KUATKAN PARTI DAN PAKATAN
kuang kuang kuang apa bezanya antara Mat Sabu dengan Nik Amar? Mat Sabu adalah abang kepada Nik Amar, kedua-duanya adalah adik beradik. Otak keduanya berada dalam tempurung yang sama, yang berbeza adalah rambut. Dimana rambut Mat Sabu lebih tajam dari rambut Nik Amar. Jika Mat Sabu tidak merupakan calon dari kelompok ulama. Nik Amar juga bukan dari kelompok ulama. Jika Mat Sabu seorang aktivis PAS yang bersemnagat dan tahan uji, maka Nik Amar seorang pentadbir dan aktivis PAS yang telah diuji semangatnya sejak dari bapanya.

 Jika Mat Sabu kurang mesra dengan UMNO, maka tiada bukti pula bahawa Nik Amar mesra dengan UMNO. Jika Mat Sabu disokong oleh profesional, maka Nik Amar juga akan disokong oleh profesinal. Jika TGNA mengatakan Mat Sabu seorang ulama, Nik Amar juga disayangi TGNA sebagai seorang ulamak. Tiada ulama tiada profesional dalam pimilihan PAS. Yang pasti ahli PAS akan memilih salah seorang yang akan menguatkan parti, mengeratkan hubungan dengan PR dan meruntuhkan UMNO. on ARAH DAN GARIS POLITIK PAS
KalbunUMNO
on 11/20/13
 
HANNAH YEOH SERBAN DAN JUBAH
TT, Setakat berserban dan berjubah tu belum pasti sejauhmana kealiman mereka. Rasanya kalau Guan Eng atau Lim Hong Siang dicampakkan hidayah Islam kedada mereka, kemungkinan mereka lebih baik dalam berilmu dan beramal. Bertudung labuh waima berhijab tinggal 2 bijik mata tu pun tidaklah boleh diukur kemampuan kesolehan mereka.

 Mungkin kalau Hannah Yeoh dapat hidayah, dia tentu lebih baik dari ahli PAS totok. Walak tak tentu kalu pun pelik jugak. Nabi sendiri lebih selesa dan bersahaja. Layan semua sama bahkan bila Abu Bakar bertanya siapa yang lebih baik antara dia dan Umar, Nabi menjawab Umar..antara dia dan Othman pun nabi masih menjawab Othman.. 

Jadinya tak payah nak beralim sangat sebelum menetapkan yang tuan-tuan tu tergolong dalam senarai ulamak. PAS semakin cac marba dengan agenda alim ulamak sehingga menidakkan kekuatan Mad Sabu dan sumbangan Mad Sabu dalam mengukuhkan parti Islam 1 Malaysia. Janganlah menganggap tuan-tuan tu semua dah hebat dalam berpolitik. Apalah on ARAH DAN GARIS POLITIK PAS
Qaseh Bonda

on 11/20/13
----------

HINA ITU APA?

Posted: 20 Nov 2013 07:30 PM PST



KOTA KINABALU 20 Nov. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM15,000 atau penjara lapan bulan terhadap seorang jurujual telefon bimbit selepas didapati bersalah menghina Sultan Perak..


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... NAK TANYA... kah kah kah..

kah kah kah... SULATAN NI APA?.... kah kah kah..

kah kah kah...HINA TU APA?... kah kah kah...

kah kah kah...HINA TU UNTUK ITAMKAN RAMBUT KE?... kah kah kah

ini badak bukan sultan


DARI FACE BOOK

Makhluk yang maha bodoh di malaysia ni adalah sultan. Apa kes kita nak taat orang bodoh tu...
6Like ·  · 



---------