Rabu, 20 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Gaun selebriti ni terselak sampai nampak .xxxxx

Posted: 20 Nov 2013 10:11 PM PST




Acara MTV Europe Music Awards yang berlangsung Ahad (10 /11) malam menjadi acara pamer  gaun yang para selebriti gunakan.

Pakaian yang indah dan seksi membuat mereka tampil semakin percaya diri, namun ada juga yang dibuat malu dengan pakaian yang mereka kenakanan .

Seperti rapper asal Australia , Iggy Azalea yang malam itu mengenakan gaun hitam model strapless dan banyak mempunyai cut out di beberapa bahagian tubuhnya seperti di perut atau paha.

Seperti dilapor dailymail , Selasa ( 12/11/2013 ) , gaun Iggy mempunyai belahan paha yang sangat tinggi. Ketika membetulkan posisi pakaiannya bahagian intimnya terdedah dan mujur  dia memakai seluar dalam yang mempunyai warna senada dengan kulitnya   -   

Christine Palace atau Villa Nabila berhantu? Ceritanya ada disini ...

Posted: 20 Nov 2013 06:54 PM PST

  • Villa NabilaKediaman milik seorang doktor yang dipercayai keras dan berpenunggu.
 1 / 3 
JOHOR BAHRU - Nama kediaman usang terletak di Jalan Skudai, di sini, atau lokasi lebih tepat berhadapan dengan Selat Tebrau secara tiba-tiba menjadi popular di negara ini.

Semuanya gara-gara seorang remaja lelaki yang didakwa 'hilang' selepas mengunjungi Christine Palace atau ada segelintir mendakwa rumah lama itu sebagai Villa Nabila.

Cerita bermula dengan kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, yang disedari ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak hari Sabtu lalu.

Setelah dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa Mohamad Izzat ada mengunjungi rumah terbabit, ibu berusia 38 tahun itu segera membuat laporan polis di Danga Bay, di sini malah cuba mencari anaknya di lokasi terbabit.

Hati seorang ibu, sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja kerana bimbang dengan keselamatan anak sendiri malah tindakan ibu Mohamad Izzat tidak salah dalam hal ini.

Lebih menyedihkan apabila khabar angin yang tersebar di lama sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas memasuki villa itu, manakala tujuh yang lain berjaya keluar, namun polis menafikannya.

Bagaimanapun, kehebatan laman sosial pada masa kini menyebabkan ramai pihak percaya dengan kenyataan disiarkan malah menyebabkan aliran lalu lintas Jalan Skudai, di sini, menuju ke pusat bandar menjadi perlahan.

Selepas tersebarnya berita kehilangan Mohamad Izzat, remaja terbabit kemudiannya ditemui kembali, namun bukan kerana disorokkan makhluk halus.

Sebaliknya, beliau sendiri menyorok di rumah rakan wanitanya di Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara, di sini, sekali gus menyangkal dakwaan penyebar berita tidak benar.

Ramai pihak digembar-gemburkan dengan cerita kononnya kediaman Villa Nabila sebagai 'keras' atau berpenunggu malah boleh didapati dengan pelbagai versi.

Soalnya, yang mana satu adalah Christine Place dan yang mana satu merupakan Villa Nabila? Atau mungkinkah Christine Place dan Villa Nabila merupakan lokasi serta bangunan kediaman sama?

Malah sebuah laman blog, http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com turut menyatakan terdapat dua Christine Place lain di sekitar Johor Bahru selain lokasi terletak di hadapan Pantai Lido.

Dua lokasi lain terletak di Jalan Abdul Samad, di sini, dan Wadi Hana atau lebih mudah di kedudukan berdepan dengan Balai Polis Trafik Cawangan Johor Bahru Selatan.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi terletak di Jalan Abdul Samad mendapati terdapat serpihan bangunan kelihatan di antara semak dan lalang yang tumbuh meliar.

Sementara lokasi di Wadi Hana pula sukar untuk dipastikan, namun ada penduduk memberitahu bangunan asal sudah dirobohkan kemudian dibangunkan bangunan kedai.

Di lokasi sama, terdapat juga sebuah rumah usang yang mungkin boleh dikaitkan dengan Christine Place, namun sukar untuk disahkan kebenarannya.

Kebenaran mula terbongkar

Bagi penulis blog Untold Histories of Malaya, Mohd Razi Zainal Ariffin, 32, dakwaan sesetengah pihak mengenai kejadian pembunuhan sehingga menyebabkan kawasan itu berhantu adalah tidak benar.

Menceritakan pengalamannya bersama rakan-rakan yang kerap menjejaki kawasan terbabit kira-kira 10 tahun lalu, Mohd Razi menafikan kawasan yang dikenali sebagai 'Villa Nabila' itu 'keras' dan berpenunggu.

"Sepuluh tahun lalu saya dan rakan-rakan kerap berkunjung ke kawasan ini namun tidak pernah menerima sebarang gangguan.

"Malah sehingga kini tiada kejadian pelik yang berlaku selepas kami mengunjungi kawasan itu, cerita mengenai kejadian pembunuhan di situ hanyalah rekaan dan lokasi itu menjadi tumpuan disebabkan perasaan ingin tahu masyarakat," katanya.

Menurutnya, kawasan berkenaan mempunyai dua bangunan berasingan termasuk sebuah bangunan tiga tingkat yang dijadikan restoran dan sebuah rumah satu tingkat di atas tapak di atas bukit dinamakan Christine Place.

"Keseluruhan kawasan itu merupakan milik ahli perniagaan bergelar Datuk dan menamakan rumah tersebut sebagai Christine Place sempena nama anak perempuan sulungnya Christine," katanya.

Katanya, bagaimanapun kawasan berkenaan disita oleh pihak bank untuk membayar hutangnya pada tahun 1986 selepas pemilik syarikat hartanah itu disahkan bankrup.

"Sejak itu kawasan berkenaan mula terbiar dan ditinggalkan kosong, namun kejadian pembunuhan yang didakwa berlaku di rumah itu adalah tidak benar," katanya.

Beliau berkata, selain kediaman yang menghadap Pantai Lido, Christine Place turut dikaitkan dengan dua lokasi lain di mana salah satunya merupakan tapak kediaman bekas pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di Jalan Tebrau.

"Terdapat dua lagi kawasan dinamakan Christine Place di Jalan Abdul Samad, namun difahamkan bangunan di situ sudah dirobohkan.

"Manakala sebuah lagi kawasan Christine Place terletak di Jalan Tebrau yang sebelum ini merupakan tapak kediaman Datuk Onn Jaafar," katanya.

Penulis blog itu memberitahu mengetahui kisah sebenar mengenai status kediaman itu selepas dihubungi pengurus restoran yang dilantik oleh Sing Hock untuk menguruskan restorannya sebelum kawasan itu disita.

Selain itu, beliau berkata, terdapat sebuah villa kosong bersebelahan dengan Christine Place yang menjadi kediaman seorang doktor dan keluarganya di Jalan Straits View, di sini, satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, kediaman terbabit dikatakan berhantu selepas didakwa berlakunya kejadian pembunuhan.

"Villa itu adalah kepunyaan seorang doktor, namun kejadian pelik dan seram mula berlaku selepas doktor berkenaan dikatakan menembak mati kesemua ahli keluarganya sebelum membunuh diri.

"Kejadian berlaku sekitar tahun 1970-an, sejak itu villa berkenaan mula terbiar dan diakui agak 'keras'," katanya.

Bekas rumah Datuk Onn
Mengukuhkan lagi fakta mengenai Christine Place yang dikaitkan sebagai kediaman Datuk Onn Jaafar yang juga bekas Menteri Besar Johor, Sinar Harian menghubungi anaknya Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.

Jaafar mengesahkan bapanya pernah mendiami kawasan berkenaan yang kini dikenali sebagai Christine Place pada tahun 1935 selepas diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada ketika itu.

"Kami sekeluarga mula tinggal di situ sejak ia mula siap dibina. Ketika itu bapa saya baru pulang dari Singapura dan memberitahu kami akan menetap di Wadi Hana kerana ada kediaman disediakan di situ.

"Pada masa itu, bapa saya merupakan Setiausaha Peribadi kepada TMJ dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya.

Katanya, bagaimanapun mereka sekeluarga berpindah dari kediaman berkenaan ke Batu Pahat pada tahun 1945 selepas bapanya dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat dan tidak mengetahui status kediaman terbabit selepas itu.

"Sebelum ini kami juga mempunyai tanah di kawasan itu namun sudah dijual dan kini kami tidak tahu menahu mengenai status kediaman itu selepas berpindah," katanya.

Masih jadi tumpuan umum

Meskipun remaja yang hilang sudah ditemui, rumah usang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu terus mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tiada rasa takut dan gentar, ada segelintir daripada mereka membawa anak kecil untuk melihat sendiri Christine Palace atau Villa Nabila yang menghadap Pantai Lido, di sini, itu.

Kelihatan pihak berwajib sudah meletakkan pagar zink berwarna biru untuk menutupi kawasan terbabit dan berkemungkinan dalam masa terdekat, ia akan ditutup kepada umum.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, keadaan kawasan rumah terbabit tidak terurus dengan tangga dan dinding bangunan kayu kian mereput.

Walaupun secara zahir struktur bangunan seperti tidak kukuh, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana dalaman kediaman seterusnya merakam gambar kenangan.

Tidak ketinggalan, Jamilah Kassim, 54 dari Pulau Pinang turut membawa empat cucunya yang berusia seawal dua tahun untuk meninjau ke dalam kawasan banglo yang dikatakan berhantu itu.

"Makcik datang ke sini bersama empat cucu untuk meninjau ke kawasan banglo 'tinggal' ini selepas menyaksikan beritanya di televisyen.

"Kami berani datang ke sini selepas ramai pihak mengatakan tempat ini tidak berhantu malah remaja yang dikatakan hilang di sini juga sudah ditemui," katanya.

Dalam pada itu katanya, kunjungan itu juga sebagai pengajaran kepada cucunya agar tidak keluar dari rumah tanpa kebenaran dan pengawasan orang lebih dewasa.

Sementara itu, pemuda yang ingin dikenali sebagai Jeevan, 26 berkata, mula mengetahui mengenai banglo kosong itu selepas heboh di laman sosial dan disiarkan melalui berita.

"Saya datang ke sini bersama lima rakan yang lain dan singgah selepas pulang dari kerja untuk meninjau sendiri kawasan yang dikatakan berhantu.

"Kawasan seperti ini menarik perhatian ramai kerana penuh misteri dan mempunyai kisah tersendiri," katanya.

Amy [Search] mengaku muflis

Posted: 20 Nov 2013 09:44 AM PST


Amy
SHAH ALAM: Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu selain mendedahkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan.
"Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," kata Amy kepada mStar Online.
Amy ditemui selepas sidang media Konsert Destini di Hotel Blue Wave di sini, Rabu.
Konsert bagi mengumpul dana Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) itu bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan menampilkan barisan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Pansha (Ungu), Adira, Hafiz, Jaclyn Victor, Awie dan Dayang Nurfaizah.
Amy sebelum ini dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009.
Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.
Dalam pada itu, mengulas mengenai luahannya mengenai perkara itu di Facebook miliknya pada Rabu, Amy berkata tindakannya mendedahkan mengenai kemelut itu berlaku secara tiba-tiba.
Jelas Amy, sebelum ini dia berdiam diri dan mengelak daripada berbicara mengenai perkara itu kerana enggan isu tersebut menjadi kecoh sehingga timbulnya fitnah.
"Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini.
"Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya luahkan," jelasnya.
Sementara itu, Amy berkata, walaupun pada mulanya dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah muflis dan dikhianati oleh sahabatnya sendiri namun dia menyedari ia adalah satu dugaan.
Jelas Amy, dia tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu.
"Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.
"Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga," katanya.
Malah kata Amy, dia sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


OKlah jika pihak DAP dah kata begitu... (LM)

Posted: 20 Nov 2013 07:58 AM PST

Yang nak bergaduh ni kenapa?

Kelakar sekali bila kita memikirkan politik PAS dan DAP yang semacam adik beradik tiri suka berkelahi. Sekejap-sekejap PAS siku kepala DAP. Di masa yang lain pula DAP gerengau muka PAS. Gerengau ini bahasa Utara, maksudnya 'cakar'.

Tetapi puncanya sebab apa? Siapa dia yang termakan umpan supaya bergaduh ini?

Mahu Karpal minta maaf ini sebab apa? Apa yang boleh kita dapat daripada permohonan maaf Karpal? Putrajaya? Jongkong emas satu lori? Pahala?

Karpal.. tenggelamnya kapal, kerana angkuh (LM)

Posted: 20 Nov 2013 01:12 AM PST

Cuba kita kaitkan sifat angkuh pemilik kapal Titanic yang mengatakan kapalnya begitu hebat dan mampu berhadapan dengan apa sahaja rintangan dan ancaman. 

Namun tak berapa hari kapal hebat berkenaan berlayar membelah samudera, ianya tenggelam hanya kerana seketul bungkah air batu!

Kapal dan Karpal, tak banyak beza, sekurang-kurangnya di segi sebutan... Cukup-cukuplah menghulurkan peluru kepada pihak musuh kita bersama iaitu Barisan Nasional, BN! 

KARPAL SINGH MALUKAN DIRINYA SENDIRI

Seterusnya:  Karpal.. tenggelamnya kapal, kerana angkuh

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Muktamar: Pas sekarang jadi perhatian, kata Mat Sabu

Posted: 20 Nov 2013 10:18 AM PST


Mohamad Sabu 
PETALING JAYA - "Kita batuk, bersin, menangis, semua orang perhati," kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Menurutnya, Pas menjadi perhatian kerana parti itu sudah hebat dan besar.

"Pas sekarang dah jadi perhatian. Kita batuk, bersin, nangis semua orang perhati.

"Sebab Pas berada di persada politik antarabangsa dan Malaysia bersama Pakatan...disebut 'kerajaan menunggu'," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Katanya, menjelang Muktamar Pas kali ini, pelbagai cerita disebar baik berbaur sokongan mahupun kritikan.

"Menjelang muktamar, laman web, Facebook dan sebagainya pelbagai ulasan...pro, sokong, bantai, kritik semua itu tak lain tak bukan kerana kita semakin kuat.

"Kalau kecil, tak ada orang peduli kerana kita parti yang hebat dan besar," katanya.

Muktamar: Pas hati-hati diajak perintah bersama

Posted: 20 Nov 2013 10:17 AM PST


Mohamad Sabu 

PETALING JAYA - Pas terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat dan negara, namun, jika diajak memerintah bersama, parti itu memilih untuk berhati-hati.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Umno mengintai Pas apabila parti itu hilang 2/3 majoriti undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Kita sekali-kali tidak menolak untuk berbincang atau bertemu dengan sesiapa bagi kepentingan rakyat dan negara.

"Apabila kita menang besar pada tahun 2008, mereka hilang 2/3 majoriti, mereka cuba mengenyit mata pada kita... melambai-lambai tangan," katanya ketika berucap di majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mohd Sabu: 'Senyuman Umno beracun dan berbisa'

Posted: 20 Nov 2013 10:16 AM PST

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu meminta ahli parti itu agar tidak tergoda dengan 'senyuman' yang diberikan oleh Umno.

pas youth agmSebaliknya, Mohamad mengingatkan pemimpin pelapisnya mengenai  pengkhianatan yang dilakukan tatkala ia bekerjasama dengan PAS satu masa lalu.

"Jangan tergoda senyuman Umno, senyuman beracun dan berbisa"

"Umno bila kuat menindas kita, bila lemah baru mengenyit mata," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) di Dewan Sivik MBPJ malam ini.

Mohamad menyatakan sebaliknya perlu untuk meneruskan tahalul siyasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai bakal kerajaan akan datang.

"Mengenyit mata ku tak balas, melampai tangan, ku tepis tangan itu," ujar beliau diiringi dengan deraian tawa hadirin.
Pertahan alam sekitar
Sementara itu, Mohamad juga mahu PAS ke depan dalam memperjuangkan isu semasa seperti pencemaran alam bagi menangkis stigma parti tersebut yang menjurus pada perjuangan agama semata.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar: Kuasai budaya politik baru pasca PRU13 - Nasrudin

Posted: 20 Nov 2013 10:14 AM PST



 PETALING JAYA: Para pengundi termasuk di kalangan anak muda menghantar mesej yang jelas bahawa mereka sudah muak dengan budaya politik fitnah, ganas, rasis dan kebencian.

"Sebaliknya semasa Pilihan raya Umum yang lalu, tumpuan adalah kepada isu good governance, alam sekitar, kualiti dan integriti calon dan manifesto parti politik," ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan.

Ini, ujarnya adalah bayangan kepada iltizam yang kuat daripada sebahagian rakyat untuk menikmati dan berpartisipasi dalam iklim baru politik di negara ini.
"Lanskap masyarakat kita juga banyak berubah dengan cepatnya tersebar maklumat, khususnya melalui media sosial yang baru seperti facebook  twitters dan sebagainya yang menyebabkan kepalsuan propaganda media arus perdana mudah untuk dipatahkan," ujarnya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54, di sini malam ini.

Muktamar yang bertema 'Infiru' itu dirasmikan oleh Timbalan Presidan PAS, Mohamad Sabu.

Read More / Baca Lagi >>

Muktamar: Pemuda PAS perlu sasar kuasai 53% undi anak muda

Posted: 20 Nov 2013 10:13 AM PST


PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan memberikan penekanan terhadap tahap penguasaan undi anak muda di kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PAS.

Katanya, secara purata mengikut negeri, sebagai neraca komitmen yang telah dan bakal dicurahkan oleh setiap ahli Pemuda PAS untuk mendapatkan lonjakan sokongan dalam PRU14 akan datang.

Secara purata, jelas beliau negeri Sabah dan Sarawak mencatatkan peningkatan sokongan anak muda terhadap calon PAS ke paras 30%, dengan Batu Sapi dan Sibuti berjaya mencatat penguasaan melebihi 40% undi anak muda.

"Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Pulau Pinang telah menunjukkan lonjakan ketara namun masih belum melepasi paras 50% undi anak muda, manakala negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Terengganu pula merekodkan sokongan pengundi muda melebihi 50%," ujarnya ketika menyampaikan ucap dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54 di sini, malam ini.

Muktamar dengan tema Infiru itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Read More / Baca Lagi >>

Muktamar: Nasrudin garis 5 hala tuju kebangkitan anak muda

Posted: 20 Nov 2013 10:11 AM PST


 PETALING JAYA: Berasaskan cabaran dan strategi am Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), ketuanya, Nasrudin Hassan menggariskan lima Halatuju Kebangkitan Anak Muda yang mestilah dipelopori oleh semua peringkat organ jamaah.

Katanya, hala tuju pertama ialahp embinaan keterampilan tokoh pemimpin muda Pemuda PAS perlu menyedari realiti dan ekpektasi politik baru dengan iltizam menjadi pemain yang terampil dan berkesan dalam medan demokrasi semasa, di samping agenda menggilap potensi untuk membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara.

Kedua, ujarnya penguasaan sokongan pengundi muda di mana momentum penguasaan 60% undi anak muda yang pernah beliau sasarkan sebelum PRU13 perlu dipertingkatkan bagi menghadapi PRU14 akan datang.

"Saya berkeyakinan dengan penuh iltizam untuk menggagaskan 'Roadmap Anak Muda Ke Putrajaya PRU14' dengan sasaran penguasaan minimum 53% undi anak muda di beberapa kerusi marginal yang gagal dimenangi oleh PAS atau PR dalam PRU13.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54, di sini malam ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merasmikan muktamar dengan tema 'Infiru' itu.

Beliau berkata, peningkatan 15% hingga 20% undi anak muda, bandar dan luar bandar di setiap negeri dan parlimen untuk membolehkan PAS dan PR memenangi majoriti 120 kerusi di Dewan Rakyat dan mengambilalih Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Read More / Baca Lagi >>

Muktamar PAS ke-59 Bermula

Posted: 20 Nov 2013 10:09 AM PST


 SHAH ALAM, 20 Nov - Para perwakilan dari seluruh negara dilihat mulai membanjiri Bandaraya Shah Alam hari ini bersempena dengan muktamar dewan-dewan yang akan membuka tirai Muktamar Tahunan PAS Kali ke-59.
 
Muktamar ketiga-tiga dewan akan berlangsung serentak di tiga lokasi berbeza di sekitar Kota Anggerik iaitu Dewan Ulama di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam. Manakala Dewan Pemuda di Dewan Sivik MBPJ dan Dewan Muslimat pula diadakan di Dewan Jubli Perak, SUK.
 
Muktamar kali ini juga akan menyaksikan pemilihan pimpinan baru yang akan menerajui setiap dewan bagi sesi akan datang.
 
Muktamar dewan-dewan akan berlangsung dari 20-21 November dan diikuti dengan muktamar penuh pada 22-24 November 2013.

Muktamar: Contohi Sejarah Ratu Balqis Dalam Urusan Negara

Posted: 20 Nov 2013 10:06 AM PST

SHAH ALAM - Perasmian Dewan Muslimat PAS kali ini disempurnakan oleh Dato' Paduka Hj Husam Musa. Beliau memulakan ucapan dengan memberikan contoh Raja Balqis pada zaman Nabi Sulaiman sebagai model kepimpinan wanita sekarang dalam selok-belok berkerajaan. 
 
Antara teknik yang digunakan Balqis adalah bahasa yang lunak, syura dalam urusan negara, kesan penakhlukan asing, hubungan diplomatik dan sebagainya.
 
Kisah pemaisuri ini memberikan pemahaman sejarah yang panjang tentang turun naiknya sesebuah empayar.Urusan berkerajaan di dalam kalangan muslimat kini memerlukan kebijaksanaan tinggi dan berterusan seiring dengan teladan yang di tunjukkan Balqis.
 
Kisah Balqis ini sebagai ransangan buat generasi muslimat dalam mendepani cabaran membentuk kerajaan gerakan Islam uang berjaya.Jika dilihat pada PRU-13 yang lalu, rakyat sudah memberikan kepercayaan kepada PAS khususnya muslimat. 
 
Maka para pejuang muslimat disaran beliau suapaya tidak mensia-siakan harapan rakyat ini. Menurut Husam lagi, sasaran kita boleh dicapai andai seluruh jentera berpadu tenaga Pakatan Rakyat mampu menguasai 132 kerusi Dewan Rakyat kelak.
 
Penekanan Husam kepada kesedian muslimat untuk PRU-14 akan datang perlu bermula sekarang. Fokus yang ditekankan beliau adalah kerusi marginal iaitu musliamt perlu fokus memenangi kerusi sasaran. Menurutnya lagi, golongan yang masih belum daftar mengundi ini perlu didekati dan diberi kesedaran untuk membuat perubahan. Gerakan pendaftaran perlu berterusan dan dilipat gandakan supaya 4.7 juta rakyat Malaysia yang belum berdaftar kini layak untuk mengundi pada PRU-14.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar: Semboyan Pemuda Bangkit

Posted: 20 Nov 2013 10:02 AM PST

Semboyan Infiru yang membawa tema 'Bangkit' dan 'Bingkas' menjadi latar Muktamar Dewan Pemuda kali ke-54. Infiru dipilih sebagai simbolik semboyan agar para pemuda Islam agar bangkit mempersiapkan dan jemaah untuk terus memacu ke medan siasah.
Ketua pemuda PAS, YB Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucapannya dekat sini menyeru para pemuda supaya mencontohi semangat jihad Abu Talhah yang bangun berperang meskipun uzur lantaran telah berperang dari zaman Rasulullah sehingga ke zaman Saidina Ali.
Ahli Parlimen Temerloh itu juga meletakkan Ikhwan Muslimin sebagai satu tauladan terbaik kepada Gerakan Islam. Meskipun menghadapi pelbagai mehnah sehingga diharamkan, aktivis Ikhwan Muslimin tidak menghentikan gerak kerja tarbiyah disamping perancangan serta strategi politik yang tidak pernah padam.
Rentetan Revolusi 25 januari 2011, Ikhwan Muslimin telah dianugerahkan Allah kemenangan dalam pilihanraya berikutnya dengan memenangi 235 dari 498 kerusi parlimen. Presiden Mesir yang baru dipilih daripada Ikhwan Muslimin.
Namun begitu, rampasan kuasa oleh pihak tentera yang berlaku pada 3 Julai 2013 menjadikan aktivis Ikhwan Muslimin terus bangkit berjuang mendapatkan hak mereka tanpa putus asa.
Kesabaran Ikhwanul Muslimin perlu dijadikan iktibar kerana perjuangan mereka bertitik tolak dari kefahaman yang jelas mengenai kewajiban berjemaah sekaligus kesedaran untuk bangkit berjuang demi mendaulatkan syariat Allah.

Muktamar: Muslimat Mantap, Perjuangan Berkat, Negara Selamat

Posted: 20 Nov 2013 10:00 AM PST

SHAH ALAM - Mempertaruhkan visi 'MUSLIMAT MANTAP, PERJUANGAN BERKAT,
NEGARA SELAMAT', Muslimat PAS hari ini bersedia mempersadakan PAS dalam arus mainstream politik negara dan juga negeri.
 
Ketuanya, YB Siti Zailah Mohd Yusof dalam ucaptama perasmian dewan itu menyatakan, visi itu akan terlaksana sekiranya organisasi Muslimat setiap peringkat membuatnya secara terancang.
 
"Jayakannya melalui apa jua program yang bersifat pengukuhan dan pemberdayaan,
 
"Berikan prioriti dalam mengisi program-program bulanan dan tahunan Muslimat,
 
"Baik dalam bentuk seminar, wacana, diskusi, kursus kemahiran organisasi, tamrin, usrah, mukhayyam dan seumpamanya," jelasnya.
 
Tambahnya, kematangan Muslimat menghadapi fitnah musuh yang berusaha memporak perandakan keutuhan organisasi dalam siri-siri serangan professional vs ulamak boleh membantu mereka mencapai visi tersebut.
 
Selari dengan visi itu, beliau menyeru Muslimat PAS bersama-sama menyusun langkah kemaraan untuk Islam.

Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia

Posted: 20 Nov 2013 09:44 AM PST

Menteri BN sahkan rancangan laksana jangka hayat kereta – Rafizi

Posted: 20 Nov 2013 01:14 AM PST

KUALA LUMPUR 20 NOV: Kenyataan Menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan cadangan kerajaan untuk melaksanakan rancangan mengehadkan jangka hayat  kereta, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Semalam, Hishamuddin dipetik sebagai berkata, pelaksanaan cadangan itu tidak akan membebankan pemilik kereta dengan hutang dan akan mencari mekanisme lain agar rakyat tidak dibebani kos sara hidup.
"Alasan bahawa dasar ini perlu dilaksanakan demi keselamatan rakyat di jalan raya nampak dangkal tanpa bukti yang kukuh bahawa majoriti kemalangan  disebabkan kenderaan yang berusia lebih 12 tahun.
"Tidak ada satu keterangan saintifik dan empirikal setakat ini yang menunjukkan risiko kereta berusia 12 tahun naik mendadak berbanding kereta berusia 11 tahun," ujar Rafizi dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN ITU, pelbagai faktor lain mempengaruhi kemalangan seperti keadaan jalan raya, papan tanda yang mengelirukan, sikap pemandu yang tidak berwaspada dan tidak mementingkan keselamatan.
Read More / Baca Lagi >>

Bernas: 'Kroni didaulat, petani dihambat'

Posted: 20 Nov 2013 01:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan dikecam apabila dilihat tidak mampu mengawal Bernas dalam usaha mencapai matlamatnya hingga membebankan para petani dan pihak yang berkaitan, namun memberi keistimewaan kepada ahli perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata apabila Bernas sudah lari dari matlamatnya untuk membantu para petani, kerajaan seharusnya bertindak mengawal agar badan itu tidak terus tersasar dari matlamatnya.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Mahfuz menegaskan sikap kerajaan melayan Syed Mokhtar sebagai rakyat istimewa hingga mengetepikan para petani sewajarnya tidak diteruskan.

"Saya melihat biarpun kerajaan sedar Bernas gagal mencapai matlamatnya, Syed Mokhtar tetap dilayan dengan begitu istimewa hingga terus diberikan lesen sehingga 2021, sedangkan para petani dan ada kilang bumiputera yang melingkup kerana membuat usahasam dengan kilang bukan bumiputera," kata beliau.

Tambah Mahfuz, sikap kerajaan itu menunjukkan kerajaan hanya mengamalkan slogan 'Kroni Didaulat, Petani Dihambat' biarpun pelbagai masalah berkaitan Bernas yang menjejaskan para petani tidak diatasi secara cekap.

Mahfuz berkata demikian sebagai respons kepada jawapan Timbalan Menteri Perindustrian dan Asas Tani, Datuk Tajudin Abdul Rahman ketika penggulungan bagi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 yang mengakui Bernas telah gagal dalam mencapai matlamatnya untuk membantu para petani.

Belanjawan 2014: Konsep ‘bersetuju membeli, bersetuju menjual’ tindas rakyat

Posted: 20 Nov 2013 01:10 AM PST

SHAH ALAM 20 NOV : Pendirian kerajaan pusat yang menetapkan konsep 'bersetuju membeli, bersetuju menjual' bagi penstrukturan dan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menjadikan ia semakin berkuasa memeras ugut Selangor dan menindas rakyat.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Datuk Teng Chang Kim, berkata konsep berkenaan bertentangan dengan penggubalan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang menyatakan perkhidmatan air perlu diurus agensi kerajaan bukan syarikat swasta.
Katanya, sehingga kini, rundingan berkenaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor masih belum dapat dimuktamadkan kerana pendirian dan konsep yang ditetapkan kerajaan pusat dalam menentukan nilai tawaran kepada kepada syarikat konsesi air.
"Kerajaan pusat dalam beberapa surat kepada kerajaan negeri masih menegaskan dalam merealisasikan pelaksanaan Model Holistik yang dicadangkan, Selangor perlu menyelesaikan sebarang isu pengambilalihan syarikat konsesi air melalui transaksi komersial 'bersetuju membeli, bersetuju menjual," katanya.
Chang Kim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Lajnah Alam Sekitar puji Belanjawan Selangor 2014

Posted: 20 Nov 2013 01:06 AM PST


KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar memuji Belanjawan Negeri Selangor 2014 yang disifatkan sebagai prihatin terhadap alam sekitar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM5.5 juta untuk pemuliharaan alam sekitar dan sumber alam.

Peruntukan itu tidak termasuk peruntukan RM45 juta secara keseluruhan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor yang turut menjalankan program yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang mengutamakan alam sekita dalam belanjawan yang dibentangkan khususnya kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Khalid berkata, jumlah itu termasuk RM21.2 juta bagi pengurusan banjir, RM4.45 juta (pengurusan lembangan), RM2.49 juta (pengurusan saliran mesra alam), RM2.15 juta (pengurusan pantai) dan RM1.4 juta (pengurusan sumber air dan hidrologi).

Zulkifli berkata, perkara itu berbeza dengan Bajet 2014 Kerajaan Persekutuan yang tidak mesra alam sekitar.
Read More / Baca Lagi >>

S'gor peruntuk RM34 juta untuk pendidikan pada 2014

Posted: 20 Nov 2013 01:04 AM PST


SHAH ALAM: Belanjawan Selangor 2014 memperuntukkan sejumlah RM34 juta bagi aspek pembangunan pendidikan, modal insan dan pusat latihan.

Abdul Khalid berkata, perbelanjaan pembangunan pendidikan merangkumi RM16 juta sebagai bantuan kepada sekolah agama, Cina dan Tamil, RM5 juta bagi program pendidikan secara umum, program Pendidikan Tinggi dan Kemahiran Teknikal (RM2 juta) dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang (RM1 juta).

"Peruntukan ini belum diambil kira RM50 juta yang diperuntukkan daripada rizab negeri bagi tahun 2014 untuk membina beberapa buah bangunan sekolah," katanya dalam pembentangan belanjawan negeri 2014 di Dewan Negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu kerajaan negeri juga turut memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan dasar Perumahan Mampu Milik Berkualiti bagi memastikan rakyat negeri itu memiliki kediaman pada harga berpatutan.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim puji Belanjawan Selangor 2014

Posted: 20 Nov 2013 01:03 AM PST

Anwar Ibrahim Konvensyen Days Saing Komoditi 01SHAH ALAM 20 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Belanjawan Selangor 2014 yang dibentang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkannya sebagai belanjawan berhemah dan prihatin.
Beliau menyatakan demikian melalui akaun Twitternya sebagai mengulas tweet pengikutnya mengenai Belanjawan Selangor 2014 yang dibentang pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.
Sebelum ini, sesetengah media tempatan membuat tafsiran terhadap kenyataan Anwar pada satu forum kononnya Ketua Umum PKR itu menegur cara Abdul Khalid mengurus  kewangan.
Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat buat penggal kedua, memperuntuk RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar dalam sejarah Selangor membabitkan Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan 'Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat'.
Belanjawan itu berpaksikan kepada lima teras utama iaitu memperkasa pengurusan fiskal yang pragmatik; berhemat dan berdaya maju; memperkukuh keberkesanan serta kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta.
Ia turut memperteguh dasar pro-pertumbuhan pesat; mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan mutu kehidupan bertaraf dunia selain memastikan pembangunan mampan dan inklusif.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan 2014: 'Ketua pembangkang S'gor patut kursus dulu'

Posted: 20 Nov 2013 01:01 AM PST

Tindakan ketua pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias membangkitkan "fakta salah" semasa membahaskan belanjawan negeri 2014 mencetus kemarahan wakil Pakatan Rakyat yang mencelah dan meminta beliau "mengambil kursus ekonomi" terlebih dahulu.
Dalam ucapannya, Shamsudin menyelar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya membentangkan bajet tambahan setiap hujung tahun sejak 2009, walau selepas membentangkan bajet berimbang setiap tahun.

Kenyataannya itu menyebabkan Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) bangun dan mendakwa ADUN Sungai Burong itu tidak meneliti ucapan bajet tersebut dengan berhati-hati apabila disampaikan oleh Khalid semalam.

Teng yang merupakan bekas Speaker DUN Selangor itu turut menjelaskan, kerajaan sentiasa mengkaji semula belanjawan setiap enam bulan untuk memantau baki perbelanjaan untuk mengelakkan defisit.

Tambahnya, kerajaan negeri hanya akan membentangkan belanjawan tambahn selepas kerajaan negeri mengkaji semula belanjawan dan mendapati terdapat pendapatan tambahan.

"Sungai Burong (Shamsudin) tidak baca kenyataan, dia tidak tahu apa yang diumumkan menteri besar. Jadi saya rasa dia perlu pergi kursus dulu," kata Teng.

Shamsudin bagaimanapun tidak mengendahkan celahan Teng dan meneruskan ucapannya dengan menyenaraikan jumlah belanjawan tambahan yang dibentangkan kerajaan negeri sejak 2009.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor: Belanjawan 2014

Posted: 20 Nov 2013 12:53 AM PST

Rafizi: MACC hesitant to go after corrupt politicians?

Posted: 20 Nov 2013 12:52 AM PST

Hina Islam: 5 kertas siasatan dibuka SKMM

Posted: 20 Nov 2013 12:50 AM PST

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima kertas siasatan berkaitan kesalahan menghina agama Islam di laman sesawang dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sehingga Ogos lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata selain tindakan mahkamah, tindakan sekatan juga telah diambil terhadap laman sesawang atau blog yang telah dikenal pasti.

Selain itu, SKMM juga telah menyekat 204 lawan sesawang yang terlibat dengan kelucahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan ia merupakan 30 aduan yang diterima oleh suruhanjaya, sepanjang tahun ini, katanya.

"Dalam usaha ini, pihak suruhanjaya (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sentiasa bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mana-mana badan penguat kuasa yang lain termasuk Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dalam penyaluran maklumat dan bantuan teknikal bagi siasatan kes-kes seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang ingin tahu jumlah blog yang menghina Islam serta tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pemiliknya, di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Video hina Islam: Pas beri amaran

Posted: 20 Nov 2013 12:48 AM PST

Abdul Fatah Harun 
RANTAU PANJANG - Pas Rantau Panjang kecewa apabila ada pihak tidak bertanggung jawab menerbitkan video menghina Islam (hukum hudud), sehingga ia tersebar luas di laman sosial.
Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, setelah melihat video itu berulang kali, beliau yakin lakonan itu sengaja dibuat bertujuan mahu menyakitkan hati umat Islam.

Menurutnya, lakonan dan dialog ceritanya terlalu menyimpang sehingga ke peringkat menghina agama mereka sendiri.

"Walaupun mungkin niat asal mahu mempersendakan Kerajaan Kelantan, namun mereka sebenarnya menjatuhkan maruah agama.

"Saya memberi amaran kepada pihak terbabit, agar tidak mempermainkan aqidah kerana ia boleh menjurus ke jalan yang dikutuk ALLAH SWT," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Orang Islam Hina Hudud : Polis senyap, Pihak Agama senyap, PERKASA senyap, JATI senyap, UMNO pun senyap..!!!

Posted: 20 Nov 2013 12:45 AM PST

Laporan polis terhadap video Sembang Rakyat hina hudud dah dibuat , laporan kepada SKMM pun dah dibuat pada December 2011 lagi
Namun setakat ini, polis dah siasat ka. SKMM dah ambil tindakan kah.
Jawapannya, tahu sendirilah . Kalau bukan UMNO dibelakang video itu dah lama kena buang di laman maya. Dah lama polis buat kenyataan tentang siasatan.
Tak perlu lah Noh Omar nak nafi sebelum ini, tindakan polis ini pun dah boleh diagak siapa dibelakang video tu.
Bukan payah pun kalau polis nak tahu siapa buat video hina hudud ini . Bukankah ramai pelakon yang terbentang muka mereka boleh disiasat.

Jika polis buat kerja , dari maklumat pelakon tu pun dah boleh tahu siapa dibelakang video itu.
Namun, tak perlulah mengharap siasatan serius dari polis kerana yang dibelasah dalam video tu adalah PAS dah hukum Allah.
Jika UMNO yang dibelasah, tak perlu laporan polis pun mungkin polis dah siasat, SKMM dah tutup video tu.
Jadi nak tahu betulkah UMNO dibelakang video Sembang Rakyat hina hudud lihatlah tindakan polis dan SKMM.
Ada tak sesiapa yg jumpa mana2 kenyataan dari pihak berkuasa sebelum ini?

2 ditahan tuntut Sultan Pahang undur dari FAM selepas Malaysia kalah

Posted: 20 Nov 2013 12:43 AM PST

Dua peminat bola sepak negara ditangkap kerana mahu perubahan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas kekalahan Malaysia 1-0 di tangan Qatar di Stadium Shah Alam semalam.

Bagaimanapun kedua individu tersebut dibebaskan kira-kira jam 3 pagi hari ini atas jaminan polis.

NONEPolis Shah Alam mengesahkan penangkapan dua individu terbabit namun menolak untuk mengulas lanjut.

Salah seorang yang ditangkap merupakan pentabdir kepada laman "Presiden FAM sila letak jawatan" di Facebook.

Menurut sumber, kedua mereka ditangkap ketika masuk ke kawasan VIP stadium Shah Alam bagi melahirkan ketidakpuasan hati dan menuntut peletakan jawatan kepimpinan tertinggi bola sepak negara.

Prestasi buruk pasukan kebangsaan menyebabkan sebahagian penyokong berang dan mula menyanyikan lagu menuntut pemecatan Sultan Ahmad Shah dari tampuk FAM dan jurulatih kebangsaan, K Rajagopal.

KJ: Suara penyokong jelas
Kekecohan timbul setelah sebatang suar (flare) dinyalakan di tempat duduk 'M' stadium selepas Malaysia terkeluar dari kelayakan Piala Asia 2015.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin-pemimpin kita seperti rumpun dedalu, kering kontang negara dibuatnya

Posted: 20 Nov 2013 12:41 AM PST

Nampak tak dedalu yang menumpang di pokok ini?
Lama sudah saya hendak menulis tentang sejenis pokok, iaitu pokok dedalu. Baru sekarang kesempatan itu sampai kerana situasi sekarang sememangnya baik untuk kita mengenali dedalu-dedalu ini. Nama saintifik dedalu ini ialah 'salix tetrasperma' dan ia mempunyai lebih dari 300 spesis di seluruh dunia mengikut kajian 'agriculturalist' dunia. Banyak diantara spesis ini wujud di negara-negara tropikal, termasuklah negara kita ini.
Dedalu ini adalah sejenis pokok yang tumbuh di atas pokok dan dahan yang besar. Jika dedalu ini tidak di buang dan di cantas ia akan membunuh pokok besar itu akhirnya kerana dedalu ini akan menghisap segala makanan yang ada di dalam pokok yang besar itu. Sebagai anak kampung saya mengalami mencantas dedalu-dedalu yang tumbuh di atas  pokok-pokok mangga dan beberapa pokok buah-buahan kami yang lain.
Oleh kerana dedalu itu telah dicantas, pokok mangga dan durian itu masih hidup sehingga hari ini. Pendeknya orang-orang kampung seperti saya, akan mengenali pokok-pokok dedalu ini dengan mudah dan saya tahu bagaimana hendak mencantasnya. Maka pokok-pokok dedalu ini banyak kita lihat di kampung-kampung dan orang bandar ramai yang tidak mengenali dedalu ini terutamanya rakyat yang muda-muda.
Jika kita hendak menjadikan dedalu ini sebagai kiasan sahaja, kita akan terjumpa dedalu ini banyak di bandar-bandar sekarang lebih-lebih lagi di Putrajaya. Ramai pemimpin-pemimpn kita sekarang tidak ubah sebagai dedalu 'attribute' nya dan mereka hidup begitu mewah menghisap dan memakan apa yang ada di dalam khazanah negara. Pemimpin-pemimpin dedalu inilah yang akan membuatkan negara kita bankrap kerana semuanya di makan dan di hisap oleh pemimpin-pemimpin dedalu-dedalu yang begitu bercambah dalam kepimpinan dan kerajaan negara kita ini.
Read More / Baca Lagi >>

dollah yankee

dollah yankee


'u help me,i help u' sudah ke internasional

Posted: 20 Nov 2013 05:25 AM PST



NAJIB MINTA BANTUAN PM BANGLADESH TUTUP PENIPUAN PILIHANRAYA
KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER: Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada Perdana Menteri Bangladesh menyatakan kononnya Pakatan Rakyat mendakwa 40,000 rakyat negara itu mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Sebaliknya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pembentangan Bajet lalu mengelirukan Dewan Rakyat dengan berkata, Pakatan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi.
Anwar"Najib sebenarnya mengelirukan Dewan. Kita dah jelaskan dan kita buat semakan sama ada wujud atau tidak kenyataan begini.
"Dalam semakan kita tidak ada. Kita hanya temui tiga fakta berhubung isu penipuan pengundi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau menjelaskan, semakan Pakatan Rakyat mendapati pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.
Kedua katanya, kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa terdapat 62,000 pengundi yang diragui didaftar sebagai pemilih.
Seterusnya Anwar merujuk kenyataan beliau selepas pengundian awal dengan bukti nama, kad pengenalan dan status kewarganegaraan.
"Warganegara tersebut termasuk India, Bangladesh, Filipina, Indonesia. Soalan saya bagaimana orang dalam kategori warganegara ini boleh dibawa masuk sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis.
"Tetapi sekarang ini, dia (Najib) lemparkan (tuduhan) dan minta bantuan Perdana Menteri Bangladesh untuk mengatakan tidak ada pengundi Bangladesh mengundi di negara ini.
"Mana PM Bangladesh tahu. Ini urusan dalam Malaysia dan patut dipantau oleh SPR. SPR memang terbukti berat sebelah, tidak wibawa, tidak dipercayai lagi," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Perkara ini diberitahu Najib kepada Sheikh Hasina, semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh itu di negara tersebut.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, jumlah 40,000 warga Bangladesh seperti didakwa Najib itu sebenarnya merupakan ciptaan blogger Umno.
"Siapa yang kata 40,000? Ini telah dipusing oleh blogger Umno. Kenyatan kita memang ada pengundi luar dan kita buktikan dengan nama dan warganegara dalam senarai pemilih dengan merujuk kenyataan SPR. Perkara ini sekarang disahkan dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) tentang nama-nama yang dikemukakan untuk pertimbangan SPR," katanya.
Tegas Anwar, perkara itu perlu diserahkan kepada pasukan bebas atau dibawa kepada RCI, bukan dicanang seperti dilakukan Najib.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56760
dollah yankee -
u help me do this,i help u bring in 1.4 million bangla to work here...