Selasa, 19 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Culik di Pulau Pom Pom : Penculik minta wang tebusan

Posted: 19 Nov 2013 10:48 PM PST


PETALING JAYA: Menteri Taiwan, Lee Hong-yuan mendedahkan pihak kerajaan menerima panggilan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai permintaan wang tebusan untuk membebaskan pelancong warga Taiwan yang diculik di resort Pulau Pom Pom di Sabah.
Lee bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya pada sidang media bersama wartawan Taiwan pada Rabu.
"Kita telah mengetahuinya sejak beberapa hari. Anda perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenainya daripada Biro Siasatan Jenayah," katanya.
Ketikan ditanya sama ada panggilan telefon yang diterima oleh keluarga mangsa adalah kumpulan penculik berkenaan, beliau berkata dia tidak pasti mengenainya.
"Bagaimanapun, pihak berkuasa Filipina sedang membincangkan mengenai wang tebusan," katanya.
Beliau berkata biro berkenaan telah mengumpul maklumat risikan daripada beberapa pihak mengenai kes tembak mati dan penculikan yang berlaku.
Pada 15 November lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu villa atas air di resort Pulau Pom Pom dan membunuh Hsu Lin Min serta menculik isterinya, Chang An Wei.

Aksi Gila : Wanita Terjun Bungee Tanpa Alat Keselamatan

Posted: 19 Nov 2013 07:56 PM PST

[WITH VID] Woman Bungee Jumps Without Harness


Screenshot of the video showing the woman climbing over the railing before  wrapping her arms and legs around a man who is wearing a harness. Pic: YouTubeScreenshot of the video showing the woman climbing over the railing before wrapping her arms and legs around a man who is wearing a harness. Pic: YouTubeINCREDIBLE video has emerged of the moment a woman bungee jumped off a bridge without a harness.
The woman calmly climbs over a railing without any protection and begins to only wrap her arms and legs around a man who is wearing a harness.
Without any apparent fear for her safety, the woman the plunges off the bridge and falls towards the water.
Neither the fearless woman nor the male bungee jumper screamed as they dropped towards the water.
The video, reported to be from Russia, is now going viral and has drawn a barrage of comments.
"NO, GIRL! STOP IT NO GIRL JUST STOP IT JUST NO!!! JUST THINK FOR ONE SECOND AND THEN STOP AND NO!" said a shocked user.
Other commenters have questioned whether the video is real.

Model Brazil kata 'burung' Justin Bieber kecil ... hehe

Posted: 19 Nov 2013 06:53 AM PST

Reputasi Justin Bieber sebagai lelaki sejati, makin tak baik.

Bagaimana tidak? Sebelumnya, sempat dibocorkan bahawa ' burung ' Justin Bieber kecil oleh bekas kekasihnya , Selena Gomez.

" Lebih kecil daripada timun berukuran rata- rata ! " Kata Gomez waktu itu.

Kini, berita buruk juga datang dari model asal Brazil , Tati Neves, yang mengaku pernah tidur  bersama pelantun ' All Bad ' , beberapa waktu lalu.

" Justin Bieber punya ' burung ' kecil , lol , " katanya saat curhat via Facebook, di akaun rasmi Tati Neves .

Khabar itu diawali dari tersebarnya video berdurasi 15 saat yang berjudul ' Justin Bieber Sleeping with Girl in Brazil ' . Video itu pun mengundang ingin tahu banyak orang.

Sekurang-kurangnya, tayangan video rakaman di sebuah tempat tidur , sudah diklik 10 juta lebih . Padahal, durasinya cuma 15 saat. Isinya pun gambar Justin Bieber yang sedang terlelap diam.

Lebih detail, jika melihat video yang disiarkan pada Rabu ( 6/11/2013 ) lalu , pelantun ' Baby ' hanya diserlahkan beberapa kali oleh kamera si gadis , saat Bieber terlelap di sebuah bilik sewa , lengkap dengan topi merah yang digunakannya.

Sumber: tribunnews.com

Filem "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" - Pierre Andre Mengaku Guna Populariti Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 Nov 2013 04:15 AM PST

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
Ustaz Azhar Idrus (tengah) bersama kumpulan Shiro dalam filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
PETALING JAYA: Pengarah filem Pierre Andre mengaku menggunakan populariti pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus dalam karya terbaharunya, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! semata-mata untuk meraih tumpuan penonton.
Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia menyedari populariti Ustaz Azhar yang disukai orang ramai membolehkan misinya untuk berdakwah dalam filem berkenaan terlaksana walaupun pendakwah itu hanya muncul untuk tiga adegan sahaja.
"Apabila ingin menghasilkan filem dakwah, saya terfikir, bagaimana nak jadikan filem itu tidak bosan dan saya rasa elemen komedi perlu diterapkan. Memandangkan Ustaz Azhar menjadi idola ramai, saya rasa hanya dia sahaja yang sesuai untuk filem ini.
"Rasanya tidak salah saya gunakan populariti Ustaz Azhar untuk tujuan baik," katanya pada majlis pratonton filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! di Cathay e@Curve di sini pada malam Isnin.
Tambah Pierre, Ustaz Azhar mengambil masa yang lama iaitu selama dua bulan untuk memutuskan sama ada dia ingin terlibat dalam filem tersebut ataupun tidak.
Pierre Andre
Malah pelbagai persoalan yang ditanya kerana dia risau jika pembabitannya dalam filem tersebut boleh menjejaskan imejnya sebagai pendakwah.
"Soalan pertama yang Ustaz Azhar tanya ialah, ada tak perempuan terbabit dalam filem ini. Saya faham mengapa dia mengambil masa lama untuk membuat keputusan kerana enggan melanggar hukum Allah.
"Malah dia juga memberi syarat, sekiranya dia bersetuju untuk terbabit dalam filem tersebut, karya yang dihasilkan itu tidak boleh terlalu tegas, sebaliknya perlu memasukkan unsur-unsur komedi agar ia tidak bosan ditonton.
"Saya pun jelaskan konsep filem ini kepada Ustaz Azhar. Entah kenapa, walaupun dia belum membuat keputusan ketika itu, saya sudah pun menjalani penggambaran dan hati saya berkata yakin dia akan berkata 'ya' untuk filem ini. Alhamdulillah, dia akhirnya terima," ujarnya.
Walaupun Ustaz Azhar hanya tampil untuk tiga babak pada adegan akhir, aura yang dimiliki dapat dirasakan sepanjang perjalanan filem tersebut.
Ia mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) dan Muiz (Ajak Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup dan tiada pegangan agama tetapi bersepakat untuk ke pangkal jalan selepas berlakunya beberapa insiden.
Filem ini turut menyiarkan rakaman ceramah yang pernah dilakukan Ustaz Azhar dan lakonannya pula hanyalah ketika adegan di pantai di mana Dadu dan Muiz menemuinya bagi mendapat pandangan mengenai agama.

Hina mahkamah: Penjara, denda untuk Ibrahim Ali

Posted: 19 Nov 2013 12:57 AM PST




 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.

Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.

Zainuddin dalam tulisannya mendakwa Singham, yang mendengar kes saman difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia pada masa itu, sebagai pro-pembangkang.

Zainuddin juga mempersoalkan orientasi seksual hakim berkenaan dan menyatakan bahawa hakim tersebut masih bujang.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.

Dalam penghakimannya, Hakim O'Hara berkata tindakan oleh kedua-dua defendan merupakan serangan ke atas Hakim Singham dan turut mempersoalkan integriti dan kesaksamaan hakim tersebut.

Tambahnya, tulisan di laman web tersebut juga sub judice kerana Hakim Singham pada waktu itu mendengar kes saman oleh Anwar ke atas Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.

"Penghakiman yang sesuai perlu dibuat. Saya berharap ini menjadi penghalang kepada sesiapa yang menghina mahkamah," kata O'Hara.

Sementara itu, peguam Ibrahim, Adnan Seman @Abdullah berkata hakim enggan membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, yang menyebabkan Ibrahim terpaksa dipenjara selama sehari hari ini.

"Saya akan failkan rayuan ke atas hukuman itu esok... dengan asas bahawa laman web tersebut tidak dimiliki oleh PERKASA," kata Adnan kepada pemberita.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MP DAP Ipoh Barat Bahas Peruntukan Kem Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 2014

Posted: 19 Nov 2013 09:39 PM PST

MP PKR Sg Petani Bahas Peruntukan Kem Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 2014

Posted: 19 Nov 2013 09:38 PM PST

'Lost, stolen MyKads might be used by foreigners'

Posted: 19 Nov 2013 09:38 PM PST

Belum ada penjawat awam dipecat kerana bergiat dalam politik

Posted: 19 Nov 2013 09:37 PM PST

Apa la BN ..50 tahun merdeka lampu jalan tak ada

Posted: 19 Nov 2013 09:36 PM PST

Tahniah Penyokong BN: Harga barangan di Sabah bakal melonjak paling tinggi

Posted: 19 Nov 2013 08:38 PM PST

Sama ada berasaskan gula atau tidak, nampaknya harga banyak barangan terutama sekali makanan sudah pun mulai naik di Sabah, 

KOTA KINABALU : Harga barangan keperluan di Sabah dijangka melonjak naik mulai sekarang dan akan lebih dirasai mulai Januari depan apabila dasar "gaji minimum" akan berkuat kuasa sepenuhnya kepada semua pemilik perniagaan di seluruh negara.
Kerisauan ini ditimbulkan oleh Persatuan Hal-Ehwal dan Perlindungan Pengguna Sabah (CAPS) yang menyatakan hari ini kebanyakan daerah di Sabah sudah pun mula melaporkan kenaikan harga pelbagai barangan.
"Sama ada berasaskan gula atau tidak, nampaknya harga banyak barangan terutama sekali makanan sudah pun mulai naik di Sabah, berikutan penguatkuasaan dasar "gaji minimum" RM800 di Sabah," kata jurucakap CAPS, Donny Yapp yang juga timbalan bendahari pertubuhan itu.
"Kita risau harga barangan lain akan turut naik bulan Januari, 2013 nanti. Kami sudah pun mula menerima aduan bahawa kedai-kedai runcit mungkin bakal menaikkan harga biskut, sos dan makanan dalam tin Januari depan sebab mereka dikatakan sudah diberi peringatan mengenai kemungkinan itu oleh pemborong dan pengedar," katanya.
Menurut Yapp, alasan yang diberi kepada kenaikan harga pelbagai barangan ialah naiknya harga gula, petrol dan dasar gaji minimum yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan sudahpun memberi kesan kepada kos pengeluaran dan pengangkutan semua barangan di Sabah.
Katanya harga minuman panas dan sejuk di pelbagai tempat di Sabah dilaporkan rata-rata sudah naik antara 30 sen dan 50 sen, walaupun masih ada kedai atau restoran buat masa ini mengekalkan harga lama.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Kekuatan PAS pada kepelbagaiannya

Posted: 19 Nov 2013 08:35 PM PST

Syahir Sulaiman

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff: 4)
Mengurus kepelbagaian dalam organisasi (diversity management) adalah satu proses yang bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan budaya dalaman yang positif di mana persamaan dan perbezaan setiap individu dan kumpulan difahami dan dihargai.
Kajian berkaitan struktur dan strategi organisasi yang dijalankan oleh Miles dan Snow (1986) menyatakan bahawa sesebuah organisasi yang terbina daripada jaringan kepelbagaian antara kumpulan (inter-team linkages) untuk berhadapan dengan perubahan pasaran dan teknologi akan menjamin kelangsungan (survival) organisasi tersebut dalam jangka masa panjang.
Rekomendasi kajian yang dibuat pada dua dekad yang lalu telah diadaptasi oleh kebanyakan entiti perniagaan multinasional yang terbukti kekal bertahan dan terus berkembang sehingga kini dengan pembudayaan sinergi dalam kepelbagaian (unity in diversity) merentasi dimensi insani dan geografi.
Apabila sebuah kelompok individu berinteraksi dengan kelompok individu yang lain, ia pasti akan menimbulkan peluang yang dapat dimanfaatkan di samping cabaran konflik yang perlu diuruskan.
PAS sebagai sebuah organisasi tidak terkecuali dalam fenomena kepelbagaian ini. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang bersifat fundamentalis (Usuli), dinamis (Waqi'e) dan futuris (Istiqbali) telah melatari lanskap politik tanahair dan antarabangsa sejak 1951, malah turut dinasabkan seawal penubuhan Hizbul Muslimin (1948) sebagai kesinambungan perjuangan tokoh agama dan masyarakat yang mempertahankan kedaulatan tanahair pada era permulaan penjajahan.
Ia terus berkembang dengan dokongan oleh ahli dan pemimpin yang lahir dari latar belakang yang berbeza, memilih pendekatan yang berbeza mengikut kesesuaian realiti semasa demi merealisasikan hasrat perjuangan yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Ketika Erdogan sibuk cari sokongan luar, Pemuda PAS mula dikuasai “ustaz”..!!!

Posted: 19 Nov 2013 08:08 PM PST


Kesibukan kumpulan "Erdogan" dalam PAS menarik seramai mungkin orang luar khasnya bukan Islam bagi menyokong parti itu menyebabkan mereka kehilangan pelapis dalam parti, kata penganalisis yang berpengkalan di Singapura, Dr Bridget Welsh.
Ketika mengulas mengenai penguasaan golongan pro ulama dalam Pemuda PAS menjelang muktamar ke-59 yang akan dirasmikan malam ini, beliau berkata, golongan pro ulama kini menguasai pelbagai lapisan dalam Pemuda PAS iaitu barisan pelapis utama dalam parti Islam itu.
Walaupun berasal dari Amerika Syarikat dan kini menjadi pensyarah sains politik di sebuah universiti di Singapura, Dr Welsh banyak membuat kajian mengenai PAS dan menghadiri hampir semua muktamar parti Islam itu sejak 10 tahun kebelakangan ini.
Golongan Erdogan, mengambil sempena nama Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyib Erdogan, dilabelkan sebagai golongan profesional dan progresif dalam PAS, manakala kumpulan pro ulama dilabelkan sebagai konservatif.
"Sokongan orang muda dalam sistem konvensional juga merosot terhadap PAS kerana program seperti Pusat Latihan Khidmat Negara yang berjaya merasionalkan serangan terhadap kerajaan.
"Kesannya, hanya mereka yang melalui proses pendidikan terkawal seperti sekolah agama dan pondok yang banyak menyokong PAS.
"Hasilnya, mereka yang banyak naik ke dalam hirarki PAS sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sesuatu yang menarik sedang berlaku dalam PAS menjelang muktamar ke-59 apabila Dewan Pemuda dikuasai golongan pro ulama yang dilihat lebih konservatif.
Ketika golongan dewasa parti Islam itu berusaha untuk melebarkan pengaruh dan sayapnya keluar daripada lingkungan tradisi PAS dengan membuat pertemuan dan perbincangan dengan golongan luar, golongan mudanya dimenangi oleh mereka yang cuba menggembalikan PAS kepada lingkungan tradisinya.
Ini dibayangkan oleh barisan Kabinet baru yang memenangi kerusi exco Dewan Pemuda PAS negeri-negeri termasuk di negeri maju seperti Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.
Di Selangor, hanya lima daripada 12 exco dan tiga pimpinan tertingginya yang bukan ustaz.
Read More / Baca Lagi >>

Masyarakat Penan protes di Bukit Aman bantah keganasan polis di Sarawak

Posted: 19 Nov 2013 08:06 PM PST


Kira-kira 20 orang Penan mengadakan protes di Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum bantahan keganasan polis kepada KPN. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 November, 2013.Kira-kira 20 orang Penan mengadakan protes di Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum bantahan keganasan polis kepada KPN. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 November, 2013.Masyarakat Penan datang ke Kuala Lumpur untuk membantah tindakan keras polis mematahkan hadangan yang dinaikkan di Murum sebagai bantahan menghalang kerajaan negeri Sarawak untuk membina empangan di tanah adat mereka.
Mereka mendakwa polis bertindak ganas dengan menggunakan polis anti rusuhan (FRU) untuk menggempur bantahan dan menangkap penduduk.
"Mengapa semua ini berlaku seperti ini? Rundingan antara masyarakat Penan dan kerajaan negeri masih berlangsung," kata penasihat undang-undang kumpulan itu, Abun Sui pagi ini.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 orang Penan termasuk kanak-kanak ditahan.
Hari ini sekumpulan 13 orang Penan ditemani aktivis berhimpun di luar Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai bantahan terhadap keganasan polis.

MP PAS Kuala Krai Bahas Peruntukan Kem Kemajuan Luar Bandar

Posted: 19 Nov 2013 08:03 PM PST

Dewan Rakyat 20 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 19 Nov 2013 08:02 PM PST

Penggulungan Kem. Pertanian 2014 - Part 1, Part 2 & Part 3

Posted: 19 Nov 2013 08:02 PM PST

Wawancara Bersama Penyandang Naib Presiden Pas Bhg 1 & Bhg 2

Posted: 19 Nov 2013 07:59 PM PST

TPPA veiled behind lies by Miti, claim experts

Posted: 19 Nov 2013 07:58 PM PST

Muktamar 59: Kenapa berundur dari Pemuda PAS

Posted: 19 Nov 2013 07:54 PM PST

MEMIMPIN Dewan Pemuda PAS Pusat selama dua penggal bersama cabaran politik, intelektual dan ummah bukan satu perkara yang mudah diuruskan. Begitulah luahan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang berkongsi suka dukanya sepanjang memimpin sayap PAS itu di samping memberikan buah fikiran yang terbaik untuk menangani segala cabaran yang muncul.

Selepas PRU13, amanah yang dipikul terus bertambah selepas memenangi Parlimen Temerloh dengan menumbangkan tokoh muda Umno progresif, Dato' Saifuddin Abdullah. Ikuti wawancara wartawan Harakah, MOHD ARIF JUHANI bersamanya  untuk memahami pandangan dan pemikirannya berhubung isu-isu dalaman jemaah dan nasional.
WARTAWAN: Ustaz memimpin Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat selama dua penggal bermula 2009. Dalam tempoh itu, terlalu banyak peristiwa besar yang berlaku baik dalam PAS dan landskap politik nasional. Secara umumnya, bagaimana pandangan Ustaz berhubung gelagat organisasi yang dihadapi dan diuruskan oleh DPP dalam tempoh tersebut?
NASRUDIN: Pertamanya, dalam tempoh empat tahun yang diamanahkan, perkara yang paling besar yang wajib diberikan perhatian khusus ialah berkenaan perpaduan dan kejituan pasukan DPP. Saya selalu sebut kepada rakan-rakan, biar kita punya kelemahan dan kekurangan asalkan kita tidak berpecah, bertelagah dan berkonflik walaupun berbeza dalam beberapa pandangan dan pendapat.
Alhamdulillah, walaupun menerima banyak perbezaan pandangan, DPP tidak mengalami perpecahan dalam bentuk ber-puakpuak atau jemaah dalam jemaah, walaupun saya akui wujud konflik dalaman tetapi sikap yang kita ambil adalah terbuka mendengar pendapat semua pihak. Keutuhan persaudaraan atau ukhuwah kekal terpelihara manakala semangat kerjasama yang jelas dapat dipertahankan dan legasi kepimpinan lalu dapat diteruskan dengan jayanya bersama cabaran baru yang lebih kompleks.
Berbeza dengan kepimpinan DPP yang terdahulu, apakah cabaran khusus yang Ustaz nampak jelas mencabar kualiti kepimpinan DPP dan apa langkah yang diambil untuk mengatasinya?
Saya tidak nafi cabaran setiap zaman kepimpinan pemuda memang besar bezanya.
Saya sempat berada bawah kepimpinan Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Dato' Mahfuz Omar (kini Naib Presiden), Salahuddin Ayub (kini Naib Presiden). Apa yang saya perhatikan, pada zaman itu, cabaran dalam bentuk media baru itu hampir tidak ada baik Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya tetapi pada zaman ini, semua media itu digunakan dengan meluas.
Implikasinya ialah masalah dalaman jemaah dengan cepat dapat dihidu, disebar dan diberikan persepsi yang negatif oleh pengguna media terbabit walaupun pada masa yang sama, DPP sendiri masih menganalisis masalah yang timbul dalam bentuk perbincangan sebelum sebarang keputusan dikeluarkan. Ini masalahnya.
Jadi saya berpendapat DPP tidak boleh membiarkan fenomena seperti ini berleluasa kerana akibat buruknya terlalu besar kepada jemaah. Jadi saya mengambil inisiatif menubuhkan Jabatan Media Baru untuk menguruskan cabaran ini berdasarkan kepada semangat "Mengoptimumkan Media Baru" dan melaluinya, kita berjaya mencipta gelombang kebangkitan anak muda di peringkat nasional.
Selain menguruskan cabaran media baru, apa lagi penambahbaikan yang berjaya Ustaz laksanakan untuk memastikan DPP kekal relevan dengan keupayaan tenaga mudanya yang ramai?
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Jawatan jangan ditagih

Posted: 19 Nov 2013 07:52 PM PST


a] Sempena menghadapi muktamar PAS ini, saya mahu memberikan peringatan buat diri saya sendiri dan semua rakan-rakan seperjuangan agar menginsafi bahawa jawatan adalah amanah kepimpinan yang sangat besar dan berat. Justeru itu janganlah kita termasuk di kalangan orang yang meminta-minta jawatan apatah lagi menagih simpati agar jawatan itu diserahkan kepada kita.


Sabda Rasulullah s.a.w:

عَنْ عَبْدُ الْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ ,فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا

"Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abdul Rahman bin Samurah jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat–bulat kepadamu. Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

b] Bersedia menerima pencalonan lalu menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan untuk memilih dan kemudiannya meneruskan komitmen perjuangan seperti biasa tanpa kempen bersungguh-sungguh atau agerasif supaya dirinya dipilih [sedang persaingan itu hanya sesama sahabat seperjuangan] adalah satu sikap yang dibina atas semangat Fastabiqul Khairat iaitu berlumba-lumba mahu memberi sumbangan dan kebaikan kepada perjuangan Islam yang didukung oleh jamaah ini.Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Bingkisan hujung Buat Dewan Pemuda PAS Malaysia

Posted: 19 Nov 2013 07:51 PM PST

Oleh YB Ustaz Nik Mohd Abduh
Tahun lepas, ketika ucapan penutup Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia, sambil menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh para perwakilan, saya ucapkan bahawa tidak sepatutnya timbul isu Dewan Pemuda PAS kini dikuasai oleh para ustaz atau kumpulan ulama, lalu terpinggirlah golongan profesional muda yang turut mahu menyumbang di dalam perjuangan.


Saya tekankan bahawa sebagaimana zaman Salahudin Ayub memimpin Dewan Pemuda dulu telah melahirkan pelapis bergelar ustaz seperti YB ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, maka saya yakin kepimpinan beliau pula kini akan melahirkan pelapis daripada kalangan profesional dan aktivis parti yang pasti menyerlah. Seingat saya, saya telah menyebut beberapa nama sebagai contoh kehadiran kepimpinan muda berbakat yang sedang mara ke atas.

Hari ini, saya fikir saya benar pada kata-kata saya itu. Saya bersyukur pada Allah yang maha mengetahui dan maha bijaksana.

Beberapa hari lagi, muktamar pemuda PAS akan berlangsung dan paling menarik, akan menyaksikan pertandingan mengisi tiga jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia. Daripada 7 calon yang bertanding, hanya seorang sahaja yang bergelar ustaz yang berlatar belakang pengajian ugama. Selainnya adalah daripada kalangan anak muda profesional dan aktivis.

Maka saya fikir, kepimpinan YB ustaz Nasrudin Hassan telah menepati sunnah perjuangan yang diimpinya sendiri, bahawa kepimpinan adalah bersumberkan para perwakilan atau ahli daripada seluruh negara. Kepimpinan semasa pula akan menyediakan ruang yang memberangsangkan agar kepimpinan baru mampu menonjolkan bakat dan keupayaan masing-masing.

Dalam ugama Islam, kekuasaan dan kepimpinan adalah satu amanah. Ia bersumber daripada rakyat yang dibebankan untuk memilih yang terbaik daripada kalangan mereka. Baik rakyat, baiklah kepimpinan yang mereka pilih untuk memimpin mereka. Begitulah sebaliknya. Justeru kepimpinan semasa akan membuka ruang seluasnya buat ahli dan perwakilan menilai sendiri dengan bebas prestasi setiap pemimpin.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Dua imej, dua garis....

Posted: 19 Nov 2013 07:49 PM PST

Oleh Hishamuddin Rais
Apabila 1,300 perwakilan PAS menghadiri muktamar tahunan parti itu yang ke-59 mulai 22 November ini, mereka mempunyai misi penting untuk dilunaskan.Pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama PAS.

Kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi lebai malang melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang (Zulkiflee Bakar, Mingguan Malaysia 10 November 2013)

Pada satu ketika yang tak berapa lama dahulu, di zaman kegemilangan kerajaan ketuanan Melayu, media milik United Malays National Organisation langsung tidak ambil pot sama ada DAP berkongres atau PAS bermuktamar. Dengan keangkuhan kuasa yang dimiliki kerajaan ketuanan Melayu ini bermimpi bahawa hingga dunia kiamat mereka akan terus berkuasa.

Kini kerajaan ketuanan Melayu ini telah terjaga dari dengung khayalnya. Sesudah pilihan raya umum (PRU) ke-12 dan ke-13, lanskap politik Malaysia telah berubah. Hegemoni kuasa yang dimiliki oleh United Malays National Organisation telah retak, terhakis dan menunggu masa untuk terbarai. Hukum-hukum dan syarat sosial berubah dan tidak lagi menyebelahi parti ketuanan Melayu. Rakyat Malaysia semakin ramai melarikan diri dari United Malays National Organisation macam tikus takutkan ular tedung, macam Mat Rempit bencikan road-block.

PRU ke-13 sahih membuktikan bahawa kerajaan ketuanan Melayu yang wujud pada hari ini adalah kerajaan haram. Bukan hanya tidak mendapat undi popular, malah undi yang didapati pun dengan cara menipu. Undi tipu datang dari penipuan pengundi awal, pengundi hantu dengan kad pengenalan palsu dari Sabah dan Sarawak atau dari dakwat kekal yang tidak kekal. Ini hanyalah sebahagian dari penipuan yang sahih dibuktikan. Terbukti sah bahawa kerajaan ketuanan Melayu ini hanya mendapat 47 peratus dari undi popular, walhal Pakatan Rakyat mendapat 52 peratus undi popular.

Fakta 47 dan 52 peratus ini wajib terus diingati dan diheboh-hebohkan kerana ini hakikat landskap politik Malaysia sekarang. Apa sahaja dasar, apa sahaja rancangan, apa sahaja undang-undang yang dijalankan oleh parti ketuanan Melayu semuanya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini.

Dasar yang dijalankan oleh kerajaan ketuanan Melayu ini ialah dasar haram. Undang-undang yang diluluskan di Parlimen ialah undang-undang haram. Ini hakikat. Malah setiap ahli, setiap YB dan setiap menteri dari parti ketuanan Melayu sedar tentang hal ini.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: PAS perbetul usul perbahasan, desak kerajaan pusat laksana Hudud

Posted: 19 Nov 2013 07:01 PM PST


PAS mengumumkan pembetulan dalam usul perbahasan pada muktamar yang bakal berlangsung minggu ini dengan mendesak kerajaan pusat supaya melaksanakan hukum Hudud.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata terdapat kesilapan dalam laporan mengenai usul  "Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud".
"Merujuk kepada laporan mengenai usul "Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud", PAS ingin menjelaskan bahawa terdapat kesilapan kepada laporan tersebut.
 "Usul yang diterima dengan pindaan untuk perbahasan ialah untuk mendesak kerajaan Malaysia supaya melaksanakan undang-undang Syariah dan membantu mana-mana negeri yang ingin perkara sama untuk melaksanakannya," katanya dalam satu kenyataan  hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, terdapat kekeliruan dalam usul tersebut kerana keputusan penuh melibatkan isu pelaksanaan Hudud terletak di tangan kerajaan pusat.
"Ia bukan usul yang memfokuskan pada negeri Pakatan Rakyat (PR) semata-mata. Umum mengetahui, halangan kepada terlaksananya undang-undang Islam ada di tangan kerajaan pusat yang diterajui Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: PAS diserang puak jahat!

Posted: 19 Nov 2013 06:59 PM PST

Oleh SELENA TAY
PENULIS telah diberitahu oleh Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat) bahawa sekumpulan ejen puak jahat telah menyamar sebagai ahli PAS untuk menyerang pemimpin PAS dengan kenyataan-kenyataan yang palsu dan kata-kata yang kesat.

Pemimpin PAS yang telah diserang ialah Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli dan Dr Dzulkefly sendiri. Ejen puak jahat ini telah mencipta akaun Facebook yang palsu dan menyerang golongan profesional melalui akaun tersebut yang merupakan seolah-olah ia adalah akaun yang dimiliki oleh ahli PAS.
Penggunaan taktik perang saraf ini jelas menunjukkan bahawa musuh PAS mempunyai niat jahat dan niat mereka ialah untuk menumbangkan PAS dengan mewujudkan perang saudara sesama para pemimpin PAS.
Justeru, apabila PAS tumbang maka Pakatan Rakyat akan tumbang juga. Ini bererti musuh PAS sudah semakin terdesak untuk menghapuskan PAS dan juga Pakatan sekali gus.
Musuh PAS menggunakan cara yang jahat ini untuk menghapuskan PAS kerana mereka lihat walaupun mereka telah memberi habuan yang melimpah ruah, rakyat masih menyebelahi Pakatan.
Dr Dzulkefly juga berharap bahawa ahli-ahli PAS, para penyokong dan pendukung PAS serta rakan-rakan PAS tidak akan terpedaya dengan akaun-akaun Facebook yang palsu kerana pemimpin PAS langsung tidak pernah menggunakan Facebook untuk berkempen.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata bahawa "matlamat dan tujuan puak jahat yang licik ini ialah untuk memecahbelahkan PAS sebelum muktamar dan puak jahat ini sedang berkeliaran di sana-sini."

Muktamar 59: Muslimat agen perubahan

Posted: 19 Nov 2013 06:58 PM PST

MUSLIMAT harus berdepan dengan cabaran getir era globalisasi mutakhir ini.Sehubungan itu, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof berkata Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-53 kali ini harus menjadi medan untuk muslimat bersama dalam merencah visi bagi mendepani mehnah politik, dakwah dan cabaran massa.

Membicarakan topik tersebut menjelang muktamar, Wartawan Harakah, ROY RASUL menemui Siti Zailah baru-baru ini bagi mendapatkan buah fikiran beliau lantaran kepimpinan Dewan Muslimat hari ini dilihat telah berjaya menyuarakan secara terus apa sahaja isu-isu berkaitan wanita serta rakyat terus ke peringkat penggubalan.
Bagi Siti Zailah, suara Muslimat bukan hanya berlegar dalam ceramah-ceramah di pejabat, surau, masjid atau kalangan ahli parti, sebaliknya mampu ke medan nasional dan antarabangsa bagi merencana suasana massa serta pentadbiran negara. Ikuti wawancara bersama beliau.
WARTAWAN: Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-53 menyaksikan pertandingan khusus untuk jawatan Ketua Dewan Muslimat iaitu bekas Ketua Muslimat sebelum ini, Ustazah Nuridah Salleh akan mencabar Ustazah. Justeru pertandingan ini diperhatikan semua pihak. Sebagai penyandang, bagaimana Ustazah melihat senario ini
ZAILAH: Pertama sekali, sudah menjadi dalam peraturan perlembagaan kita membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang layak bertanding.Memang itu peraturan kita terbuka. Bagi saya, dalam Dewan Muslimat PAS kita ada visi dan misi sendiri.
Bagi saya kita sudah memberi peluang kepada beliau untuk menerajui Dewan Muslimat.
Saya baharu sepenggal dan Saya sendiri masih menerima pertanding ini. Saya sendiri masih menerima pertandingan ini sebab lebih daripada 85 peratus pencalonan yang saya terima daripada seluruh kawasan di seluruh negara. Bilangan yang saya terima melebihi 85 peratus.
Ini membuktikan bagaimana di peringkat akar umbi di seluruh negara masih menghendaki saya bertanding untuk terus menerajui kepimpinan Dewan Muslimat.
Kita juga melihat cabaran hari ini berhadapan dengan era globalisasi yang mana pentingnya kepimpinan Dewan Muslimat boleh menyuarakan secara terus apa sahaja isu-isu berkaitan wanita serta rakyat terus ke peringkat penggubalan.
Sama ada di peringkat parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Alhamdulillah, pertama kali dalam sejarah pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat kesemua tiga tonggak utama, saya sendiri sebagai Ketua, Dr Siti Mariah Mahmood, Timbalan dan Mumtaz Md Nawi, Naib Ketua berada di peringkat penggubalan dasar.
Saya dan Dr Mariah berada di Parlimen manakala, Mumtaz adalah exco negeri Kelantan yang mana dasar untuk penggubalan dasar peringkat negeri. Ini satu ruang yang baik untuk mempraktikkan segala apa yang kita rancang. Bukan semata-mata kita beredar di sekitar ahli parti.
Read More / Baca Lagi >>

Harapan untuk Muktamar PAS (Bahagian 1)

Posted: 19 Nov 2013 06:49 PM PST

"Out of the crooked timber of humanity, no straight thing was ever made" (Immanuel Kant).
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan antara gerakan politik bercitra Islam yang paling menonjol di Malaysia dan antara yang paling dinamik di dunia.

 Jika kita lihat perkembangan orientasi politik dan kemasyarakatan yang dilalui PAS sepanjang kewujudannya, jelas bahawa banyak berubah dan berkembang menuruti tuntutan masyarakat sezaman dengannya. Oleh sebab itulah, hari ini PAS boleh dikatakan sebagai parti paling 'popular' - sekurang-kurangnya dalam wacana awam di Malaysia, walaupun keahliannya bukanlah yang terbesar. November 2013 menyaksikan satu lagi muktamar tahunan yang akan ditempuh PAS dan ahlinya. Kami memilih untuk menyaksikan secara dekat muktamar ini, kerana dengan perkembangan media sosial serta situasi pasca PRU 13 pada hari ini, kita boleh katakan bahawa muktamar ini amat menarik. Tambahan lagi, muktamar kali ini akan menentukan bakal pucuk pimpinan PAS untuk dua tahun akan datang yang dengannya kita mampu menilai unjuran prestasi PAS dalam beberapa hal berkaitan.
Dalam situasi negara yang kian parah dengan pelbagai isu seperti rasuah, ketirisan, penipuan dalam pengurusan dan sebagainya, kebanyakan anak muda hari ini yang kebanyakannya berpendidikan tinggi, tinggal dan mengundi di kawasan bandar, mendambakan alternatif yang lebih baik daripada kerajaan sedia ada.
Pada titik masa yang penting inilah, PAS sebagai sebuah gerakan Islam jua parti politik yang membentuk Pakatan Rakyat wajar memainkan peranan sebagai sarana yang dilihat mampu memperbaiki keadaan yang semakin tenat kini.
Untuk tujuan itu, PAS bersama seluruh pucuk pimpinan dan ahlinya perlu serius melakukan refleksi dan renungan terhadap prestasinya sebagai sebuah gerakan massa selama ini. Hal ini amat diperlukan supaya prestasi PAS pada masa depan mampu dimantapkan dan (harapnya) semakin diterima rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia.
Budaya intelektualisme
Sebuah gerakan yang bermatlamat membawa perubahan sosial di tengah masyarakat perlu bermula dengan memahami cara serta corak pergerakan masyarakat tersebut terlebih dahulu. Ciri unik inilah yang membawa keilmuan Islam sepanjang zaman untuk mencapai takah tinggi di lapangan ilmu dan intelek.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan lupa agenda ini semasa muktamar ke 59

Posted: 19 Nov 2013 06:46 PM PST

Oleh Zulkifli Yahaya
ISU biasa yang berbangkit setiap kali pilihan raya ialah penyalahgunaan jentera serta dana kerajaan untuk kepentingan BN. Untuk pilihan raya kecil (PRK) ia lebih mencolok mata. Pembangkang setakat boleh menyindir; BN menang besar atau kurangkan majoriti pembangkang kerana yang bertanding ialah kerajaan Pusat lawan parti pembangkang

Kita pun sibuk menghitung jumlah pemberian termasuk janji yang dibuat kerajaan Pusat dalam PRK, lalu melihat nisbah kenaikan undi BN. Misalnya dalam PRK Sungai Limau, RM17 juta duit kerajaan Pusat dibelanja untuk tambah 465 undi BN. Itu sajalah yang mampu dibuat. Sedang BN terus bermaharajalela dalam setiap PRK menyalahgunakan jentera dan dana kerajaan berkempen untuk BN. Termasuklah menyekat kebebasan media dan salah guna media kerajaan (RTM) untuk kempen BN.
Pembangkang sering mencabar para pemimpin BN, sertailah pilihan raya sebagai 'anak jantan' serta menggunakan cara bermaruah. Soalnya pembangkang bercakap dengan golongan yang tidak pernah fikir soal maruah dan tidak pernah peduli mereka jantan atau pondan. Samalah  agaknya dengan kita nasihatkan pelacur agar pentingkan moral serta menjaga maruah diri. Kalau dia tahu jaga moral tentu dari awal dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Jenis kerajaan yang kita hadapi sejak separuh abad ini ialah sebuah kerajaan pekak badak terhadap sebarang tuntutan ke arah pemurnian demokrasi.
Setiap kali PRK para jurukempen pembangkang akan menemui pengundi bermodalkan lidah dan bahan bacaan, untuk menarik mereka mengundi calon daripada parti pembangkang. Semua perbelanjaan pilihan raya ditanggung oleh dana parti. Tapi BN, hampir kesemuanya guna kemudahan dan duit kerajaan.
Menghimpun rakyat atas nama jabatan kerajaan tapi mengasak dengan kempen politik BN.
'Rasuah' yang dihambur untuk rakyat bukan sedikit, berjutajuta ringgit sehingga sebahagian rakyat kelemasan dengan (kononnya) budi BN dan terasa bersalah untuk tidak mengundi mereka.
Di mana-mana negara demokrasi pun, amalan sejelik ini tidak pernah atau tidak lagi digunakan, kecuali Malaysia dan satu dua negara yang paling primitif amalan demokrasinya di atas muka bumi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Isu-isu dijangka hangat dalam muktamar Pas ke-59

Posted: 19 Nov 2013 06:44 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Hari ini muktamar Pas ke-59 bermula dengan sidang Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Manakala sidang penuh bermula pada Jumaat 22 Nov. Pemilihan untuk barisan kepimpinan baru Pas akan bermula selepas perasmian yang akan dilakukan Presiden Abdul Hadi Awang.

Selain soal pemilihan khasnya untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden, muktamar ini juga akan menjadi tumpuan dan dijangka hangat dengan beberapa isu yang diawal-awal lagi sudah dirancang agar ianya meletus dalam muktamar ini.

Antara isu-isu atau perkara yang akan menjadi perhatian ialah isu kerjasama politik Pas dengan PKR dan DAP. Soal 'tahaluf syiasi' ini dijangka akan didebat hebat. Akan ada pro kontra mengenai hal ini.


Usul ini dilihat menjadi ibu segala usul dalam muktamar kali ini kerana ia dikemukakan oleh dewan ulamak yang dianggap dewan yang menggambarkan Pas sebagai parti Islam. Lagi pun perkara ini diterima sebagai usul. Sesuatu yang disuarakan dari rahang ulamak ini dianggap perfecat dan tepat oleh sesetengah ahli Pas. Ia satu ijtihad dalam kontes keagmaan. Apa lagi isu ini sudah dimainkan sejak awal begitu rupa sekali.

Isu ini juga bakal dibuat penentuan oleh perwakilan atas maksud untuk memperkukuhkan Pas serta hala tuju Pas untuk masa depan. Elok semasa pembentangan usul ini ia tidak disembunyikan maksud dan rahsia sebenarnya.

Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz : Rosmah tidak layak guna jet peribadi kerajaan

Posted: 19 Nov 2013 06:37 PM PST

Pakatan Rakyat (PR) menegaskan tidak timbul soal sama ada menggunakan jet peribadi atau penerbangan komersial dalam isu lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar.
mahfuz omarPertikaian terbabit berdasarkan kelayakan Rosmah untuk menggunakan kemudahan kerajaan kerana beliau hanya isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, menyifatkan keputusan yang dibuat kabinet adalah lemah dan dilihat tidak wajar kerana seharusnya memberikan lebih tumpuan kepada usaha memacu ekonomi negara.
"Berapa tambang isu jet bukan persoalannya tetapi kelayakan penggunaan terbabit. Apakah Rosmah layak menggunakan jet itu dan atas dasar apa kabinet meluluskannya kerana Rosmah tidak layak menggunakan jet atau kemudahan besar kerajaan.
"Rosmah hanya boleh menggunakan kemudahan kerajaan untuk mengiringi suaminya sebagai Perdana Menteri," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan beliau menyatakan kos penggunaan jet peribadi lebih murah berbanding penerbangan komersial.
Read More / Baca Lagi >>

dollah yankee

dollah yankee


This is what we call 'Bootlicker'

Posted: 19 Nov 2013 12:25 AM PST



Be proud of Rosmah's "fruitful" trip to Qatar, says Minister

Putrajaya has defended Datin Seri Rosmah Mansor's recent use of a government jet for her trip to Qatar, saying the trip was "fruitful"...
He said Rosmah's trip brought a positive outcome, but added he would reveal the benefits of the trip after receiving a report on it... TERUSKAN MEMBACA DISINI

dollah yankee -
????? laporan belum terima??? laporan belum baca???tapi dah umum ianya lawatan yang positif?Tak habis-habis dengan 'statement' bodoh!