Selasa, 15 Oktober 2013

bumiperak

bumiperak


BBC: Pengharaman kalimah Allah usaha Umno dapatkan sokongan

Posted: 15 Oct 2013 06:34 PM PDT

Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam. Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%.
 
"Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya."
Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam.
 
"Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan 'al-ilah' yang bermaksud tuhan. Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam Melayu dari negara Arab," kata pengarangnya.
 
"Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum kedatangan Islam.
"Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu."
 
Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi.
Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010.
Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut, "Malaysia telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang Islam.
"Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha Besar dan Pencipta sekalian alam. Allah juga adalah tuhan kepada Nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain," kata Akash Sagar TMI

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bayangan “Ngeri” Keputusan Pemilihan Pemuda, Wanita

Posted: 15 Oct 2013 08:52 PM PDT

A Kadir Jasin

KEMENANGAN total Khairy Jamaluddin dan kemenangan besar Shahrizat Abdul Jalil dalam pemilihan Ketua Pemuda dan Wanita Sabtu lalu telah mencetuskan beberapa ramalan dan cakap kedai kopi mengenai pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno Sabtu ini.

Ada yang melegakan dan tidak kurang pula yang mengerikan. Ada berunsur konspirasi dan ada yang berciri peribadi.

Berikut adalah antara inti sarinya:

1. Kedudukan Presiden, Mohd Najib Abdul Razak, yang menang tanpa cabaran semakin kukuh.

2. Presiden kini mungkin berasa beliau susah berkedudukan untuk membuat "tuntutan" antaranya agar status quo Naib Presiden dikekalkan, khasnya demi kepentingan sepupu beliau Hishammuddin Hussein yang dikatakan paling "vulnerable" (terancam) di kalangan tiga penyandang.

3. Shahrizat yang disayangi Presiden dan akur kepada Presiden pastinya menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh Presiden atau oleh penasihat-penasihat Presiden yang sangat ramai itu.

4. Setelah menang mutlak mengikut pemilihan kolej (bahagian), Khairy kini kuat dan berpengaruh. Beliau mempunyai "voting block" yang padu yang mampu mencorakkan pemilihan Naib Presiden dan ahli biasa MT serta membuat tuntutan terhadap Presiden.

Khairy (atas) Lawan Mukhriz (bawah) - Perang proksi?

 

Read More / Baca Lagi >>

Sertai operasi bukan penamat kritikan terhadap polis, kata Surendran

Posted: 15 Oct 2013 08:44 PM PDT


Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata, walaupun beliau menerima tawaran untuk menyertai operasi bersama pasukan polis, ia bukan jalan penyelesaian terhadap kritikannya kepada agensi penguatkuasa itu.
Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, berkata tawaran yang datang daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar itu hadir semata-mata kerana kritikannya terhadap pasukan polis dan terpaksa menyambutnya demi tujuan yang  baik.
"Ia adalah maklum balas spontan terhadap kritikan saya yang munasabah, tapi saya perlu menerimanya dengan niat baik," kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Surendran menafikan kenyataan Khalid yang berkata beliau tidak kisah keselamatan pasukan polis bertugas, sebaliknya berkata, kritikannya adalah kerana kenyataan "tembak dulu" oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kemudiaan disokong oleh pegawai atasan polis.
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah ALLAH: NGO beri DAP amaran

Posted: 15 Oct 2013 08:43 PM PDT


 Rahmad Ishak

SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh The Herald disambut baik oleh Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak.

Tegas Rahmad, tidak ada mana-mana pihak boleh mempertikaikan keputusan berkenaan, terutamanya parti-parti pembangkang kerana dikhuatiri akan mengganggu-gugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Pihak kami juga memberi amaran supaya keputusan kes tersebut tidak dijadikan modal politik pembangkang terutamanya DAP dalam cubaan untuk menegakkan benang yang basah di mana akhirnya bakal mengundang episod ketegangan kaum di luar jangkaan.Read More / Baca Lagi >>

Tawar ahli Parlimen sertai operasi tunjuk polis tidak matang

Posted: 15 Oct 2013 08:40 PM PDT


Profesionalisme dan ketidakmatangan pasukan polis dikritik berikutan tawaran mereka kepada Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi bersama-sama pasukan polis baru-baru ini, dan ia membuktikan wujud masalah besar dalam agensi tersebut.
Surendran akan hadir ke Bukit Aman hari ini bagi mengukur saiz badannya untuk pakaian pasukan keselamatan tersebut selepas dijemput  Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar), tetapi peguam dan kumpulan hak asasi manusia mengkritiknya kerana Surendran adalah orang awam dan kurang latihan.
"Anggota polis sudah bertahun-tahun berlatih, ini berbeza dengan Surendran, bagaimana beliau akan hadapi keadaan bahaya," kata Koordinator Kempen dan Undang-undang Lawyers For Liberty (LFL), Michelle Yesudas.
Beliau berkata, pihaknya mengkritik Khalid kerana meminta Surendan menandatangani borang tuntutan ganti rugi sebelum menyertai operasi polis.
Sekurang-kurangnya 10 disyaki penjenayah ditembak mati dalam tempoh 10 hari yang lalu, tujuh daripadanya adalah warga Indonesia.
"Polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan orang awam dan tidak meminta mereka untuk menandatangani waran kematian mereka sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

'Kafir, murtad jika pertikai keputusan kes kalimah Allah' - Nooh Gadut

Posted: 15 Oct 2013 08:39 PM PDT





 
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.
Nooh Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga "mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak", lapor Utusan Malaysia.

"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya.

Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.

"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Kebanjiran Warga Asing Di Ibu Kota

Posted: 15 Oct 2013 08:34 PM PDT

Kes tembak pemungut hutang: Dua anggota polis ditahan

Posted: 15 Oct 2013 06:45 PM PDT




Polis mendapat perintah menahan reman tujuh individu, termasuk dua anggota polis dan seorang wanita, selama lima hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang pemungut hutang.

Pendaftar Kanan Mahkamah Ahmad Faiz Md Zin memerintahkan kesemua suspek, yang berusia antara 30 dan 55 tahun, ditahan reman sehingga 19 Okt ini bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek diwakili peguam Lim Boon Beng dan Christine Khor.

Dalam kes itu, mangsa, Kang Seak Siong, 38, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya akibat pendarahan teruk di bahagian perut kiri dua jam selepas ditembak di sebuah pusat hiburan pada awal pagi Isnin lepas.

Sebelum itu, mangsa dan seorang daripada suspek dikatakan bertengkar.

Terdahulu, Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata suspek utama kes itu adalah anggota pasukan cegah jenayah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.

"Siasatan awal mendapati ia berpunca dari perselisihan faham antara mangsa dan suspek sehingga suspek melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.Read More / Baca Lagi >>

IGP under fire for asking PKR MP to follow police raids

Posted: 15 Oct 2013 06:43 PM PDT


It is an invitation even rarer than one to go to space but national police chief Tan Sri Khalid Abu Bakar (pic) is under more fire for inviting PKR lawmaker N. Surendran to accompany police in operations against suspected criminals.
Surendran will be at the Bukit Aman federal police headquarters today to be sized up for body armour courtesy of the Inspector-General of Police but human rights groups have urged the country's top cop to retract the invitation as the PKR vice-president and Padang Serai MP was a civilian and lacked police training.
"Policemen have undergone many years of training. How will Surendran react when put in a dangerous situation?" asked Lawyers for Liberty legal campaign coordinator Michelle Yesudas.
She also criticised Khalid for his demand that Surendran sign indemnity forms before joining the police raids. At least 10 suspected criminals were shot dead in the past 10 days, seven of whom were Indonesians.
"The police are tasked to ensure the safety of civilians and not ask them to sign their own death warrants. This says something about the force and how serious they are in tackling serious crimes," she told The Malaysian Insider, while accusing Khalid of playing judge, jury, executioner and lawmaker.
Read More / Baca Lagi >>

Umno: Pertembungan penyandang dan pencabar bukan reformer atau agenda kanan

Posted: 15 Oct 2013 06:09 PM PDT


Ramai menjangkakan siapa pun yang menang dalam pemilihan, Umno tetap parti yang sama.Ramai menjangkakan siapa pun yang menang dalam pemilihan, Umno tetap parti yang sama.Rakyat Malaysia perlu membebaskan diri daripada tanggapan bahawa pemilihan Umno baru-baru ini adalah pertempuran antara reformis dan konservatif atau ingin melihat satu kemenangan dalam Pemuda Umno dan pemilihan Wanita sebagai satu pencerahan.
Ia hanyalah pertempuran antara penyandang dan pencabar dan bukan apa-apa yang membezakan mereka daripada segi ideologi. Ia adalah "yang pertama, saya adalah Umno, Melayu dan barulah kepentingan negara".
Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang kerana mereka mempunyai kuasa penyandang, dan mendapat sokongan dari atas yang mahu mengekalkan status quo.
Dan pencabar mereka hanyalah pasukan kerdil.
Semuanya juga menunjukkan penyandang akan menang sebagai naib presiden hujung minggu ini, tidak kira cabaran sekuat mana akan datang daripada Tan Sri Isa Samad, Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

MCA and the Chinese at crossroads

Posted: 15 Oct 2013 05:50 PM PDT

For the ordinary Chinese, the path ahead looks misty, foggy and clouded by an air of uncertainty.

The infighting in MCA is gaining momentum with the Extraordinary General Meeting (EGM) coming up on Sunday, Oct 20.
However it must be said that this infighting is going to destroy MCA from within and is not beneficial to anyone, least of all the Chinese community whom MCA chooses to champion.
A strong MCA is always good for the Chinese. This is so that the Chinese can have a choice between voting for MCA or DAP.
Many Chinese deemed MCA as Umno's lackey and it is for this reason alone that DAP manages to obtain the majority of the Chinese votes.
Way back in the 1990s, MCA was strong due to backing provided by the Chinese – that was in the 1995 and 1999 general elections. But after the 2004 general election onwards, as MCA was seen to be afraid of speaking up, the Chinese votes for MCA also began to dwindle.
Therefore it is time for MCA to pick up the pieces again. They need rejuvenation and a new set of young leaders to helm the party. All the old warhorses must make way as the party needs new leaders to kickstart the renewal process in time for the next general election.
MCA too has to learn to be at the forefront of Chinese issues. Where was MCA in regards to the Jalan Sultan-MRT issue? Why is MCA afraid to tell off the Umno leaders who tell the Chinese to 'leave' or 'get out'? Why is MCA afraid to exert their power in BN?
At the end of the day, MCA's cowardice shines through and repels the Chinese voters.
Another issue most annoying to the Chinese is that yearly the Chinese top-scorers failed to obtain a place in local universities despite having had MCA's Wee Ka Siong as a deputy minister in the Education Ministry.
This shows that even having a Chinese minister in a position of power is of no help whatsoever and it is obvious that MCA is ineffective as a champion for the Chinese.
Thus the Chinese logic is that if MCA cannot do much, why not vote for DAP? At least, DAP dares to speak up and speak out. Even if DAP also cannot get things done, at least DAP dares to make some noise compared to MCA who is as meek as a mouse and seems like a non-entity in BN.
Still, many Chinese now opine that MCA has left it a little too late when it comes to winning the hearts of the Chinese. This is because after the 13th general election many Chinese have lost interest in the political situation of the nation.
Interviews conducted by this columnist revealed that the Chinese thinking can now be summed up as thus: 'I don't care anymore about politics. Now I only care for my stomach. My current philosophy is: when I see one step, I will walk one step.'
'See one step, walk one step' is a Cantonese saying which means taking one day at a time.
Disillusioned community
Read More / Baca Lagi >>

Al Fatihah: Takziah buat keluarga Almarhum Datuk Adnan

Posted: 15 Oct 2013 05:33 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Adnan Othman, 69, yang kembali ke rahmatullah kira-kira jam 7.40 malam tadi di kediamannya di Kota Damansara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan ringkas mewakili kepimpinan dan ahli parti itu merakamkan takziah buat keluarga almarhum dan berharap mereka bersabar di atas ujian Allah itu.

"Semoga Allah menempatkan almarhum bersama-sama dengan hamba-hamba-Nya yang soleh," ujarnya.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan dikafankan sekitar jam 8.30 pagi dan seterusnya disembahyangkan jam 10.00 pagi.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk dikebumikan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan almarhum yang merupakan bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia secara rasmi menyertai parti itu pada 2 April lalu dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Agung PAS.

Akhirnya Dr Agus bertemu dengan TMB Kelantan

Posted: 15 Oct 2013 04:17 PM PDT

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah (kanan) menerima kunjungan Profesor Dr Muhamad Agus Yusof di Kelantan.Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah (kanan) menerima kunjungan Profesor Dr Muhamad Agus Yusof di Kelantan.Selepas bertembung melalui media sejak sekian lama, akhirnya Profesor Dr Muhamad Agus Yusof bertemu secara bersemuka dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan (TMB), Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
Pertemuan itu berlaku pada 14 Oktober lalu apabila Agus, pengkaji politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkunjung ke pejabat Nik Amar dan turut mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.
"Saya bawa dokumen berupa luahan rasa, pandangan dan pendapat saya dan kawan-kawan secara bertulis kepada timbalan menteri besar dan menteri besar," kata Agus ketika mengulas kunjungannya itu.
Awal Ogos lalu, Agus dan Nik Amar saling serang menyerang antara satu sama lain mengenai perkembangan di Kelantan yang semua dibuat melalui media termasuk The Malaysian Insider.
Ia bermula dengan tulisan Agus melalui Facebooknya sempena sambutan 100 hari kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan baru selepas Datuk Nik Aziz berundur sebagai menteri besar.
Read More / Baca Lagi >>

MALAM TADI RAKYAT TURUN KE PELABUHAN KUANTAN BANTAH KAPAL PEMBAWA NADIR BUMI

Posted: 15 Oct 2013 03:49 PM PDT

Apabila menerima maklumat tentang kehadiran kapal pengangkut "Red Recource" yang akan membawa Nadir Bumi Syarikat Lynas dari Australia dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada 16 Oktober 2013, maka rakyat yang sekian lama menentang projek Lynas telah berkumpul di Pelabuhan bagi menunjukkan Solidariti membantah kehadiran kapal berkenaan.
Sebelum itu, melalui Pejabat Ahli Parlimen Kuantan satu surat telah dihantar kepada Menteri bertanggungjawab untuk menggesa agar kehadiran kapal berkenaan dapat dibatalkan.  
Malam tadi, sekumpulan Anti Lynas telah turun dan berkumpul di Pelabuhan bertujuan untuk menunjukkan bantahan kepada pihak berkenaan bahawa kehadiran Nadir Bumi tersebut dibantah sekeras-kerasnya.  Di antara yang turut bersama rakyat bersolidariti malam tadi adalah kesemua YB dari PR terutamanya di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota termasuk Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota.
Mereka berkumpul dengan membunyikan 'horn' dan menyalakan lampu kenderaan masing-masing tepat jam 12.00 tengah malam tadi seterusnya berkumpul bersama sepanduk dan banner. 

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Khutbah Hari Raya Aidiladha 1434H

Posted: 15 Oct 2013 08:09 AM PDT

Ong: Pemimpin MCA jangan "syok" sendiri

Posted: 15 Oct 2013 07:57 AM PDT

Jim Rogers: US is exceptional...it's largest debt nation in the world!

Posted: 15 Oct 2013 07:56 AM PDT

Feature: Silencing an independent Egyptian voice

Posted: 15 Oct 2013 07:55 AM PDT

Binatang dikorban, apa kaitan pengorbanan manusia

Posted: 15 Oct 2013 07:51 AM PDT


Wahai anakku,
Engkau pernah bertanya erti pengorbanan. Apa erti pengorbanan sebenarnya pada seseorang manusia terutamanya di Hari Raya Adiladha?
Apakah cukup sekadar menyembelih binatang-binatang ternakan? Yang dikorbankan itu binatang, apa pula kaitannya dengan pengorbanan manusia?

Wahai anakku,
Aktiviti menyembelih haiwan al-an'am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dinamakan Qurban atau Udhiah.
Ia sebenarnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Antara salah satunya ialah untuk kamu memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

Wahai anakku,
Dalam aktiviti Qurban, kamu juga dapat menghayati nikmat bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah. Malah, kerana banyaknya aktiviti menderma untuk golongan fakir miskin, aktiviti Qurban ini juga dapat menanamkan rasa kasih sayang antara si kaya dengan si miskin.

Wahai anak kesayanganku, fadhilat yang kamu akan dapat daripada ibadah korban amat besar. Kamu akan dapat menambah amal kebajikan:
Read More / Baca Lagi >>

Media Antarabangsa Dedah Tujuan Umno Mengharamkan Kalimah Allah Kepada Penganut Kristian

Posted: 15 Oct 2013 06:57 AM PDT


Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam.
Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%.
"Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya.
"Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.
Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam."Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. 
Read More / Baca Lagi >>

‘Jauhi program Anwar’ amaran kerajaan BN kepada pelajar Malaysia di Australia

Posted: 15 Oct 2013 06:42 AM PDT

AmaranADELAIDE, AUSTRALIA 15 OKT: Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar 'menjauhkan diri' dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di 'Festival of Ideas, Dissent and Democracy'.
Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.
"Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.
"Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.
"Anda cukup tahu apa yang ditandatangani," kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.
Read More / Baca Lagi >>

Penerbitan terdahulu menggunakan kalimah Allah akan ditarik balik - Menteri

Posted: 15 Oct 2013 06:28 AM PDT

Allah not exclusive to Muslims, government declares ban only applies to Herald

Posted: 15 Oct 2013 04:21 AM PDT

The ban on the use of the word Allah only applies to the Catholic weekly, Herald, and not other Christian publications or the Al-Kitab, the Bahasa Malaysia bible which is widely used in Sabah and Sarawak, said Deputy Home Minister Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (pic).
He said the Cabinet decision to allow the use of Allah in Bahasa Malaysia or native language bibles in Sabah and Sarawak and the assurance given by Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud in 2011 still stand, thereby suggesting that the government does not believe that the word is exclusive to Muslims.
But the issue (the ban on the word Allah in the Herald) is not over yet, he added, and believed there would be an appeal to the Federal Court.
He added that the decision made by the Federal Court later could change all that.
However, he said the Federal Court ruling could still be over-ridden by a political decision.
"Decisions made by the courts are case laws. Even though they become part of the law of the country, they are normally not enforceable.
"That means you can't get the police or other agencies to enforce them. They are not statute laws (laws passed by parliament)," he told reporters after joining his constituents in Kampung Tabuan Hilir in the slaughtering of cows and distribution of meat to the poor in conjunction with Hari Raya Aidil Adha.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran Buat Perkasa: Keputusan mahkamah tidak terpakai di Sabah dan Sarawak, kata Wan Junaidi

Posted: 15 Oct 2013 03:58 AM PDT


Perkasa disaran tidak membabitkan negeri di Malaysia Timur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.Perkasa disaran tidak membabitkan negeri di Malaysia Timur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.Larangan penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam hanya terpakai kepada akhbar mingguan Katolik, Herald dan bukannya kepada penerbitan Kristian lain atau Bible dalam bahasa Melayu, Al-Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata keputusan Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab di Sabah dan Sarawak serta jaminan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2011 masih terpakai.
Katanya, isu ini masih belum selesai dan beliau percaya kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
"Saya percaya akan ada lagi semakan kehakiman."
Wan Junaidi berkata keputusan oleh Mahkamah Persekutuan kelak akan mengakhiri segala perkara berbangkit.
Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan nanti akan dipolitikkan oleh pihak tertentu.
"Keputusan yang diputuskan mahkamah adalah berpandukan Perlembagaan dan tidak menerima tekanan daripada sesiapa.
"Bermakna polis atau agensi lain tidak mempengaruhi keputusan mereka," katanya ketika ditemui dalam satu acara penyembelihan korban di Tabuan Hilir, Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Insaf erti pengorbanan dalam mencapai darjat taqwa

Posted: 15 Oct 2013 03:45 AM PDT

Anwar-hari-rayaKUALA LUMPUR 15 OKT: Ibadah korban adalah iktibar dalam usaha menjiwai erti ketaatan perintah Allah untuk mencapai darjat kemuliaan manusia.
Dalam ucapan sempena sambutan hari raya Aidil-Adha hari ini, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibadah qorban adalah ujian kesabaran dalam melaksanakan perintah-Nya.
"(Salam) Eiul Adha, mubarak. Menginsafi erti pengorbanan dan kesucian pengabdian kepada Allah.
"Merintih lantaran kekerdilan dalam mencapai derajat taqwa," tulis Anwar dalam ucapan Aidil-Adha di laman twitternya.
Justeru, rakyat Malaysia diseluruh negara dianjur menyemai semangat pengorbanan dan menjalin silaturahim dalam usaha mengangkat martabat rakyat.
Anwar akan berada di Cherok To' Kun esok di kawasan parlimennya di Permatang Pauh untuk sambutan hari raya Aidil-Adha.
Manakala pada sebelah petangnya, dijadualkan satu pertemuan bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang di Yayasan Aman, Permatang Pauh.

MTUC cadang tiga perkara utama untuk Belanjawan 2014

Posted: 15 Oct 2013 03:43 AM PDT

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan tiga perkara utama berkaitan kepentingan rakyat untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Belanjawan 2014, termasuk tidak melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
  
Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat saban tahun.
  
"Pengguna perlu menanggung cukai penggunaan jika GST dilaksana dan ia pasti akan membebankan golongan berpendapatan rendah meskipun bayarannya adalah kecil," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dilapor berkata kerajaan sedang menjalankan kajian berkaitan GST bagi menilai impak terhadap kadar inflasi dan kaedah terbaik pelaksanaannya.
  
Beliau berkata pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan merupakan satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.

Read More / Baca Lagi >>

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KENAPA TAKUT SATENGAH JALAN

Posted: 15 Oct 2013 06:00 PM PDT






KOMENTAR TUKAR TIUB
di sarawak telah wujud 
gerakan merdeka 22 julai
anak anak muda sarawak
sudaj mula pakai baju t 22 julai


Keputusan mahkamah tidak terpakai di Sabah dan Sarawak, kata Wan Junaidi

Larangan penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam hanya terpakai kepada akhbar mingguan Katolik, Herald dan bukannya kepada penerbitan Kristian lain atau Bible dalam bahasa Melayu, Al-Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAPA TAKUT.... kah kah kah..

kah kah kah..TAKUT SABAH  KELUAR MALAYSIA KE?... kah kah kah...

kah kah kah...TAKUT IBAN SARAWAK NAK MERDEKA SENDIRI... kah kah kah..

kah kah kah...TAKUT KADAZAN  NAK UMUM MERDEKA... kah kah kah..




----------

HARI RAYA MENCARI ITIK

Posted: 15 Oct 2013 01:04 AM PDT




ITIK PANGGANG
MENCARI ITIK PANGGANG
awal pagi dah bersedia nak cari itik panggang
dah dikenali sebuah kedai di jinjang
gwa selalu makan di jinjang

NAPA JINJANG
mula kenal dengan tempat makan di jinjang
bila datang  tunjuk setiakawan
pada geng dataran padang merbok 
yang dipasong di jinjang

selalu makan malam di kawasan jinjang
banyak kedai makan
relak dan cool
satu blok depan penjara adam adli
tapi tak pernah makan tengah hari

lalu hari ini nak cuba
itik panggang hanya ada 
ditengah hari
kedai itik pangang telah dikenali pasti

ciis
sampai sampai satu kedai dah tutup
jam baru 12:30
ngelencong ke sebuah lagi kedai itik
nasib tak baik
last kopek orang sedang bungkus

KECEWA LALU KE KEPONG
tapi  kepong dah moden
tak macam 10 tahun dulu
cari punya cari jumpa food court
tanya punya tanya tak ada itik panggang
kecewa lagi

MENGARAH KE SS2
ada sebuah kedai
gwa tak mahu beri nama
nanti lagi gwa susah
kedai ini hanya jual itik panggang
hanya satu menu

sampai jam  1 lebih
ciiis ramai beratur
gwa beratur
ada minah cun  yang beratur sama
beri tahu
semua sudah habis terjual
ciiiiis  
kecewa lagi

raya tahunm ini
tak dapat makan itik panggang
NOTA
siapa tahu dimana ada jual itik
disekitar kuala lumpur
di chow kit ada 2 buah
orang acheh yang jual
okay ke tak ada yang spesial

sapa tahu  yang laian
sila umumkan
kita berkongsi


DARI FACE BOOK

Menu raya orang demam seperti aku: sham masak gulai lomak lado api itik salai
GULAI LOMAK LADO API
  ITIK SALAI
--------

GEROMBOLAN TIPU PARTI SENDIRI

Posted: 14 Oct 2013 11:57 PM PDT





I REST MY CASE ME LORD
 Pemilihan Umno: Calon dakwa tidak dimaklumkan sama ada menang atau kalah
Lima calon yang bertanding bagi jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno bahagian Baling pada Sabtu lepas mendakwa mereka masih tidak mendapat keputusan pertandingan jawatan itu sama ada menang atau kalah.
Mereka turut mendakwa telah menghubungi setiausaha pergerakan itu tetapi gagal mendapat jawapan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... AWAS DAN WASPADA.... kah kah kah..

kah kah kah... GEROMBOLAN  TIPU AHLI PARTI SENDIRI... kah kah kah..

kah kah kah...INI HANYA PERCUBAAN.... kah kah kah..

kah kah kah... PADA PARTI MUSUH PASTI  TIPU LEBIH LAGI...kah kah kah..

kah kah kah...PRU14 TEKNIK YG SAMA AKAN DI GUNAKAN... kah kah kah..


---------

PERUTUSAN HARI RAYA HAJI

Posted: 14 Oct 2013 07:52 PM PDT





PERUTUSAN EIDUL ADHA 1434H

Saban tahun 10 Zulhijah adalah hari untuk umat Islam memperingati dan menyambut hari yang berbahagia. Bulan Zulhijah ini adalah bulan yang memiliki keutamaan tersendiri.

Alhamdulillah, kita terus memanjatkan syukur atas kurniaan nikmat oleh Allah S.W.T yang memberikan terus kekuatan ukhwah umat untuk menikmati bulan Zulhijah, terutamanya 10 hari pertama. At-Tarmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda "Tiada sebarang haripun dari hari-hari yang paling disukai oleh Allah dilakukan ibadat di dalamnya dari sepuluh hari Zulhijan, setiap hari puasa di dalam tempoh itu menyamai menghidupkan setahun dan menghidupkan malamnya seumpama menghidupkan Lailatul Qadar"

Ibadah korban adalah tanda syukur  kepada Allah atas nikmatnya serta mewujudkan semangat kerjasama, perkongsian dan tolong menolong dalam masyarakat. Disamping amalan sedekah dan ziarah terus dikekalkan. Inilah indahnya Islam apabila ibadah korban itu dapat dihayati dengan keikhlasan.

Justeru, marilah kita menginsafi dan redha dengan ganjaran ibadah korban ini. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar seperti kisah Siti Hajar dan Ibrahim a.s yang sabar dengan ujian Allah, lalu dikurniakan Allah satu mukjizat kepada sekalian manusia iaitu air zam zam yang tidak pernah putus bekalan hingga saat ini.

Ayuh kita raikan Eidul Adha ini dengan keikhlasan dan memaknai pengorbanan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

Selamat Hari Raya Eidul Adha.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti KEADILAN Rakyat

-----------

SURAT DARI GAGAK NIGERIA

Posted: 14 Oct 2013 07:47 PM PDT



  • Abdel Aisha
    Abdel Aisha
    Hello How are you? My Name is Aisha Abdel, i am just browsing now, i saw your profile you looks very gentle that is why i write to you. please i will like you to contact me with my email Address (abdelaisha@live.com) so i can give you my picture & tell you more about me


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KESAH NYA;
pagi raya ni buka fb
tetiba masuk surat ini
ini mesti kerja gagak  nigeria

berapa ramai agaknya
jantan gagalis
yang kena kelentong oleh gagak

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


--------

BERITA BAIK UNTUK SABAH DAN SARAWAK

Posted: 14 Oct 2013 07:30 PM PDT


NASIONALISMA
DAYAK
 Keputusan kalimah Allah boleh jejas sokongan BN di Sabah, Sarawak
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Keputusan kalimah Allah boleh jejas sokongan BN di Sabah, SarawakGabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) boleh hilang sokongan kuat mereka di Sabah dan Sarawak dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang..


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI BERITA BAIK... kah kah kah..

kah kah kah...BAIK UNTUK NASIONALISMA SABAH...kah kah kah..

kah kah kah..BAIK UNTUK NASIONALISMA SARAWAK... kah kah kah..

kah kah kah... TERBAIK UNTUK NASIONALISMA KADAZAN... kah kah kah..

kah kah kah..TERBAIK UNTUK NASIONALISMA IBAN... kah kah kah...

NOTA
kira punya kira
tak ada untuk besama malaysia
kah kah kah
----------