Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Artis : Leina Hangat berhijab ... Alhamdulillah

Posted: 15 Sep 2013 09:57 AM PDT

Gambar terbaharu Leina Hangat diambil daripada laman Facebook miliknya.
PETALING JAYA: Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.
Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai.
"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.
"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.
Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.
"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.
"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.
Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.
Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.
"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.
"Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya.
Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.


Lelaki separuh bogel mengganas cari anak dara

Posted: 14 Sep 2013 11:49 PM PDT

  • Lelaki separuh bogel mengganas cari anak daraGambar seorang lelaki tanpa seluar dipercayai suspek diedarkan kepada orang ramai di sekitar Bukit Payung dan Alor Limbat melalui pelbagai media baru termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di Marang.
 1 / 1 
MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng 'Zorro' berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup," kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri. 

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

"Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

"Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera" katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai 'orang minyak' oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

"Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

"Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit," katanya.

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘They lied, Rosli Dhoby not pro-Indonesia’

Posted: 15 Sep 2013 08:12 PM PDT

Documentary evidence showed that British Colonial Office hid truth of how and why Charles Vyner Brooke was assasinated.

KUCHING: The re-emergence of an old incriminating BBC report of  famed Sarawak Malay nationalist Rosli Dhoby has irked his family.
Tahar Johnny, a cousin of Rosli, known for his role in the assassination of Sir Duncan Stewart, the second governor for Sarawak, said the later was not pro-Indonesia although he was anti-British.
"Yes, he had a great liking for anything Indonesia. Early in the mornings, he would listen to Indonesian radio broadcasts, and he also liked to read Indonesia books.
"But that was it. He had never mentioned anything about supporting Indonesia to govern Sarawak," said Tahar, 73 adding that the incident had happened a long time ago and it was not right to kindle "old wounds" especially now that "Sarawak is already peaceful and a better place for its people."
Rosli was reportedly part of the anti-cessionist movement which was against Rajah Charles Vyner Brooke's decision to cede the state to the British Crown just after the Second World War.
Rosli, together with his anti-cessionist Rukun Tiga Belas organisation members – Awang Rambli Amit, Morshidi Sidek and Bujang Suntong – had conspired carried out the assassination of Stewart during the governor's first official visit to Sibu on December 3, 1949.
Rosli stabbed Stewart on his arrival after Morshidi pretended to take pictures of the governor.
The four were subsequently sentenced to death, and were hanged to death on March 2, 1950. Rosli was at the time a 17-year-old lad.
Speaking to FMT, Tahar  however admitted to  the possibility that there were other conspirators who were sympathizers of the then newly independent and expansion-aspiring Indonesia.
"Some of them (the other members of Rukun Tiga Belas) might have been pro-Indonesia. But I am very sure Rosli wasn't.
"He indeed had a great admiration for Indonesia, and most likely gained his nationalist sentiments from Indonesia, but he had never mentioned about supporting a union with Indonesia," he said.
Letter between conspirators
Tahar said further that Rosli had never expressed any aspirations to involve Indonesia in the future of Sarawak.
He was responding to a report by the BBC Radio last year, alleging that a letter between two unnamed fellow conspirators of Rosli had been found, within which they made clear their intentions to help Indonesia to take over British Sarawak.
The existence of the alleged letter, however, was suppressed by the British, amidst fear of hostile reaction from Indonesia. SouthEast Asia was in the midst of pre-war fears.
The British then purportedly linked the assassination to Anthony Brooke, Vyner's nephew, who was at that time also against Sarawak becoming a crown colony.
In the BBC report dated March 12, 2012, it said former undisclosed documents proved British officials had covered up evidence about Stewart's assassination, fearing the truth might start a war.
This however, was said to have stained the reputation of Anthony Brooke, who was the "Rajah Muda" or "Crown Prince" for the Sarawak.
Rosli and Morshidi were thought to be members of a group dedicated to restoring Anthony to the throne of Sarawak.
Anthony was never officially informed that the assassination had no connections with him until he died in 2011.
Prior to Sarawak becoming a crown colony, it was ruled by the Brooke Family for more than 100 years.
However, in July 1946, Sarawak became Britain's last colonial possession, when it was handed over to the Britain by Vyner, in exchange for a £200,000 much to Anthony's and most Sarawakians' chagrin.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas 50 tahun, berjayakah Malaysia sebagai negara?

Posted: 15 Sep 2013 08:08 PM PDT

OLEH AMIN ISKANDAR@BLACK

Hari ini, genaplah 50 tahun usia Malaysia. Sudah separuh abad negara berdiri selepas Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan Malaysia pada 16 September, 1963.
Pada tanggal keramat ini 50 tahun lalu, Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman berucap di Stadium Merdeka sempena penubuhan Malaysia.
"Dengan Nama Allah, Yang Amat Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, Perdana Menteri Malaysia, dengan persetujuan dan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang-Dipertuan Agong, Yang Terutama Yang Dipertuan Negara Singapura, Yang Terutama Yang Dipertuan Negara Sabah, Yang Terutama Gabenor Sarawak, dengan ini mengisytiharkan dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia... akan kekal menjadi sebuah demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan."
Dua tahun selepas ucapan bersejarah itu, Singapura meninggalkan Malaysia, pada Ogos 1965.
Selepas 50 tahun, apakah Malaysia bergerak selari dengan janji Tunku semasa penubuhannya?
Prof Datuk Dr Mohd Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merasakan walaupun tidak dapat dinafikan pembangunan fizikal di Malaysia berlaku, negara masih lagi lemah dari segi kepimpinan dan pengurusan.
"Dari segi pencapaian demokrasi dan kebebasan rakyat kita masih merangkak perlahan. Merugikan minda kerana kita tidak dapat manfaatkan modal-modal insan yang banyak," katanya kepada The Malaysian Insider.
Menurut Agus, rakyat Malaysia masih belum dapat merasakan kehidupan sebenar dalam sebuah negara demokrasi kerana tidak mempunyai kebebasan sebenar untuk mempunyai perbezaan pendapat, kebebasan akademik dan berpersatuan.
Selepas 50 tahun, apakah Malaysia sebuah negara adil kepada semua negeri terutamanya kepada Sabah dan Sarawak yang merupakan watak-watak utama penubuhan negara?
Read More / Baca Lagi >>

Muafakat bersama PR untungkan PAS - Ust Ahmad Awang

Posted: 15 Sep 2013 06:07 PM PDT

Naib Presiden Pas Pusat, Ahmad Awang 
IPOH – Muafakat politik Pas bersama PR dilihat banyak membantu melonjakkan rekod parti untuk memperbaiki kedudukan kerusi dalam pilihan raya, kata bekas Naib Presiden Pas Pusat, Ahmad Awang.

Beliau berkata, berbanding sebelum ini, Pas sudah menunjukkan pengaruh yang besar dalam sistem politik negara apabila mampu memenangi beberapa kerusi yang sebelum ini tewas.

"Jika dilihat dari sudut politik, Pas sebagai parti mempunyai tujuan untuk mengembangkan pemikiran, meraih kuasa dan salah satunya adalah melalui sistem pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau Dun.

"Saya kira jika Pas tiada dalam PR, kita tidak mampu untuk meraih lebih banyak kerusi, seperti di Selangor, kita sudah menjadi sebahagian dalam pentadbiran," katanya.

Beliau melihat langkah kaji semula Tahaaluf Siyaasi seperti yang diutarakan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib itu seolah-olah memberi kata dua, sama ada membuat keputusan untuk terus kekal dalam Pakatan atau menarik diri.

Sedangkan katanya, dalam menghadapi PRU14 akan datang, Pas mempunyai peranan besar untuk menjuarai pemikiran pengundi Melayu untuk melakukan perubahan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14: Pas akan kukuh komitmen bersama PR

Posted: 15 Sep 2013 06:04 PM PDT

Pas akan terus memperkukuhkan komitmennya dengan PR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama Pas dalam PR tidak merugikan parti, namun segala kelemahan akan diperbaiki melalui meja rundingan.

"Cadangan agar Pas menyemak tahaaluf siyaasi dengan rakan PR bukan bermakna memutuskan hubungan dengan mereka.

"Semakan agar perjalanan tahaaluf siyaasi selaras dengan tuntutan syarak sebagaimana resolusi yang dikemukakan ialah sesuatu yang sihat dan tidak wajar dipolemikkan. Oleh kerana dasar Pas ialah Islam, maka gesaan untuk semakan dan kajian adalah dialu-alukan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Saham khas gagal tambah ekuiti Bumiputera

Posted: 15 Sep 2013 06:03 PM PDT


KUALA LUMPUR: Beberapa saham bumiputera yang telah diagihkan selama ini gagal meningkatkan  pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat akibat harga saham yang menurun dan tidak menjana kekayaan yang diharapkan, ujar Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid
Menurut beliau,  suntikan pelaburan atas nama bumiputera harus dilihat dengan kritikal supaya daya tahan pemilikan saham tidak menurun.

"Dalam hal memperkukuhkan pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera , kami memerhatikan berlaku ketidaktelusan dalam pembelian dan penjualan aset oleh pelbagai agensi yang mengendali aset atas nama bumiputera," ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, wujud kecenderungan membeli bangunan atau aset hartanah yang tidak telus sehingga menjadi beban  kewangan kepada agensi terbabit,  malah ada aset yang terbiar tanpa diurus secara produktif.
Apa yang lebih dikesalkan, tambahnya terdapat  penjualan aset oleh agensi terbabit  kepada bukan bumiputera.

"Kami menuntut agar semua agensi yang diamanahkan untuk mengurus aset hartanah dipantau secara profesional dan tidak dipengaruhi  oleh gangguan politik," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

Kronisme & nepotisme halang kemajuan ekonomi Bumiputera

Posted: 15 Sep 2013 06:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelancaran program  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, 14 September lalu oleh Perdana Menteri hanya sekadar menukar nama kepada program yang sama jika kerajaan tidak bersikap terbuka , telus dan membanteras amalan kronisme.



Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan medianya berkata,  mentransformasikan program pelbagai skim hanya bermakna jika ia diuruskan dengan amanah dan tidak diganggu oleh keputusan politik yang akan menjejaskan ekuiti bumiputera .

"Para usahawan bumiputera perlu dibina dengan skim yang berbeza. Semua agensi yang sedia ada nampaknya tidak melahirkan usahawan bumiputera yang diharapkan.

"Prosedur perniagaan perlu dipermudahkan dan anugerah projek-projek kerajaan hendaklah dilakukan secara meritokrasi yang telus . Kaum bumiputera yang benar-benar menunjukkan daya perniagaan yang baik hendaklah diberi peluang meningkatkan perniagaan," ujarnya.

Teras juga berpendapat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak harus menjadi pesaing kepada para usahawan bumiputera manakala  peniaga sederhana dan kecil perlu diberi kemudahan dan lokasi perniagaan yang strategik.

"Penyeliaan perniagaan bumiputera yang mendapat pinjaman dari pelbagai agensi perlu dilaksanakan agar tidak berlaku salahguna modal perniagaan," tambah Azmi.
Read More / Baca Lagi >>

HARI MALAYSIA - "KEMBARA" [Pete Teo]

Posted: 15 Sep 2013 05:43 PM PDT

16 Sept: Sejarah Yang Cuba Dipadamkan

Posted: 15 Sep 2013 03:57 PM PDT

Resolusi Multaqa Ulama usaha perkukuhkan PR

Posted: 15 Sep 2013 08:18 AM PDT


KOTA BHARU: Cadangan Multaqa Ulama Se-Malaysia yang mahu tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula disifat sebagai usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, keputusan itu dianggap sebagai satu strategi bagi mewujudkan gabungan yang lebih kuat.

Veteran PAS, Subky Latiff pula menyifatkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain bermula pada 1959, apabila PAS bekerjasama dengan Parti Negara.

"Kemudian pada 1982 PAS bersama Barisan Nasional dalam kerajaan campuran. Oleh itu tahaluf siyasi sebenarnya bukan perkara baru.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperkukuhkan kepemimpinan ulama," katanya pada wacana anjuran Ilham Centre di Bazar Tengku Anis malam tadi.

Resolusi Multaqa Ulama di Alor Setar semalam mencadangkan lapan perkara termasuk tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menjaga maslahah syariah.
Read More / Baca Lagi >>

Sorotan ringkas sejarah identity kebangsaan Malaysia

Posted: 15 Sep 2013 08:02 AM PDT


Tanggal 16 September tidaklah sepopular atau se-gah tarikh keramat 31 ogos yang menjadi symbol kemerdekaan negara kita dari penjajahan imperialis British. Pada tarikh ini lewat 50 tahun yang lalu tanah Melayu telah digabungkan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara Malaysia,yang namanya kekal sehingga ke hari ini. Bermulanya dengan pengumuman penggabungan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961, akhirnya Sabah,Sarawak dan Singapura, yang dahulunya dijajah dimerdekakan di bawah bendera Malaysia.
Sejarah penggunaan nama Malaysia ini tidak seperti yang digambarkan di dalam buku-buku teks sejarah yang seakan muncul secara tiba-tiba setelah Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Sebaliknya nama ini berakar jauh sejak tahun 1880-an lagi.
Misalnya, seorang ahli geografi dari Scotland, Alexander Keith Johnston telah mencatatkan peta yang meliputa keseluruhan kepulauan Melayu sebagai kawasan "South Eastern Peninsula and Malaysia" dalam bukunya National Atlas of Historical, Commercial dan Political Geography.
Juga pada tahun 1923, A.L. Koreber dalam bukunya Anthropology menggambarkan Malaysia sebagai kawasan geografi yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Asia Tenggara (tidak termasuk Burma, Siam dan Indochina) yang para penghuni ibundanya mempunyai ciri-ciri utama fizikal dan budaya malayo-polinesia yang membentuk watak rantau itu.
Namun nama Malaysia ini agak lambat dan sedikit jarang digunakan dalam dokumentasi-dokumentasi British setelah bermula era penjajahan mereka di Semenanjung Tanah Melayu sekitar 1920-an. Pentadbiran British lebih gemar menggunakan nama Malaya sebelum digantikan pula dengan panggilan British Malaya. Nama Malaysia secara rasminya muncul apabila bancian penduduk dilakukan pada tahun 1931.
Namun ahli akademik yang bertanggungjawab mempopularkan nama ini adalah seorang profesor dari universiti Harvard dalam bukunya Malaysia: A study in Direct and Indirect Rule (anehnya buku ini pernah selalu dikongsi di laman Facebook sebagai bukti agenda Freemason) terbitan 1937 di New York. Buku itu membicarakan soal dasar imperialisme British di Tanah Melayu.
Berbeza sedikit dengan Koreber, Malaysia yang dimaksudkan oleh Emerson lebih kecil merangkumi hanya Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Indonesia tanpa termasuk Filipina dan wilayah-wilayah Utara Borneo. Sejak itu di parlime British,terutama tahun 1945 dan 1946 penggunaan nama Malaysia lebih kerap digunakan merujuk kepada jajahan British di Tanah Melayu dan sekitarnya.
Dua perkara yang dapat kita simpulkan daripada kajian-kajian akademik ini adalah: 1) nama Malaysia ini adalah ciptaan luar yang asing daripada masyarakat pribumi Tanah Melayu. (2) konsep Malaysia pada asalnya difokuskan hanya pada sudut geografi, dan bukan penduduknya. Sungguhpun kebanyakannya meletakkan kelompok Melayu sebagai teras utama penduduk Malaysia ini, tiada diskusi berkenaan dengan identity kebangsaan Malaysia.
Berbeza pada sekitar tahun 1950-an pejuang-pejuang politik tempatan telah menanggapi konsep "Malaysia" ini bukan hanya pada dimensi geografi sahaja sebaliknya turut ditekankan bahawa identiti utama dalam konsep Malaysia ini adalah berteraskan masyarakat Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Perutusan Hari Malaysia - Dr Wan Azizah

Posted: 15 Sep 2013 07:57 AM PDT

TARIKH 16 September adalah catatan sejarah untuk Malaysia iaitu tarikh keramat untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di mana 14 negeri ditadbir dibawah satu kerajaan persekutuan yang berpegang kepada prinsip dan sistem demokrasi berparlimen.

Setelah 50 tahun, sudah pasti kita semua punyai impian untuk melihat negara yang kita cintai ini diterajui oleh kepimpinan yang benar-benar memartabatkan kehidupan dan hak rakyat.

PKR mengimpikan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang membuka ruang kepada setiap individu warganya menikmati pendidikan percuma, kesihatan, keselamatan dan pengurusan yang ikhlas dan membela rakyat.

Sejajar dengan apa yang telah dideklarasikan di Permatang Pauh pada 12 September 1998 bahawa,"Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang".


Selamat Hari Malaysia.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

ASB2: Strategi Baru, Pendekatan Lama

Posted: 15 Sep 2013 07:39 AM PDT

dr zul ahmad pic mza
SHAH ALAM, 15 SEPTEMBER – Permodalan Nasional Berhad (PNB) memerlukan perubahan struktur supaya ia menjadi lebih dinamik dan dapat bersaing secara agresif bagi menjana pendapatan tinggi.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefli Ahmad berpandangan pendekatan sedia-ada antara faktor hasil pulangan yang rendah seperti simpanan tetap 8 hingga 10 peratus sahaja.
Menurut beliau, PNB sebenarnya boleh mengerakkan Amanah Saham Berhad 2 (ASB2) tanpa perlu menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuat demikian.
"PNB 1 ini mengambil pendekatan jalan selamat. Mereka tidak agresif untuk membangunkan dan mengangkat pendapatan negara kasar (GNI) berkapita orang Melayu kerana kaedah perlaksanaan kerja masih sama.  Mereka masih menggunakan pendekatan tidak mahu mengambil risiko, dengan kata lain tidak mahumemecah dan menembus pasaran rantaian pembekalan," jelas Dr Dzulkefli.
PNB merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia dengan misi sebagai organisasi pelaburan untuk meningkatkan kekayaan ekonomi Bumiputera. ASB2 diumum semalam oleh Najib Razak sebagai sebahagian dari inisiatif pemerkasaan ekonomi Bumiputera.
Menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai melepaskan batuk di tangga, Dr Dzulkefli berpendapat program-program yang diumum tidak mengambil iktibar daripada kegagalan program-program terdahulu. Jelas beliau pendekatan lama hanya membantutkan matlamat mendapatkan pendapat lebih tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa Ekonomi Bumiputera: Masalahnya bukan dasar, tapi rasuah & ketirisan

Posted: 15 Sep 2013 07:38 AM PDT


SECARA formalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970 sudah tiada selepas tahun 1990, ketika itu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan kemudian, Najib menukarnya sekali lagi setelah BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada PRU ke-12, menjadi Model Ekonomi Baru (MEB) pada tahun 2010. Malah d izaman Najib juga, MEB disertai dengan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programe (ETP).


Intipati kepada ketiga-tiga dasar ini tetap sama sungguhpun namanya berbeza.

Saya pernah bertanyakan perkara ini dengan rakan-rakan dari kaum Cina. Adakah beliau merasa tidak selesa dengan DEB atau DPN atau MED. Jawabnya secara umum, tidak. Mereka sama sekali tidak merasa risau atau bimbang atau terganggu dengan agenda DEB, DPN atau MEB kerana beliau mengakui bahawa dasar tersebut punya sebab yang boleh diterima.

Realiti bahawa majoriti penduduk Malaysia, lebih dari enam puluh peratus adalah kaum Bumiputera (lebih lima puluh peratus adalah Melayu) dan kaum majoriti inilah yang paling diancam kemiskinan. Justeru katanya, kaum Cina atau India juga, tidak pun merasa cemburu atau merasa terancam, malah mereka boleh memahami dan menerimanya.

Namun, jelasnya lagi bukan niat atau objektif dasar-dasar ini yang dipertikaikan, tetapi bagaimana dasar ini dilaksana. Inilah juga yang disepakati oleh ramai rakan-rakan Melayu yang lain.

Rekod lampau

Ratusan billion ringgit telah dibelanjakan sejak Rancangan Malaysia kedua (1970-an) untuk melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan ini. Namun, bukan sahaja objektifnya gagal dicapai malah jika 'Melayu masih ingat', ada direkodkan berlakunya pelbagai skandal penyelewengan dalam kerajaan, sejak dari zaman penswastaan Tun Mahathir ( kes MAS membabitkan Tan Sri Tajudin Ramli dan krisis ekonomi 1997), zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (Laporan Ketua Audit Negara seperti kerugian yang ditanggung kerajaan akibat kelemahan mengurus dalam projek keretapi berkembar Ipoh-Rawang) hinggalah ke zaman Najib (kes pembelian kapal selam, peralatan tentera dan kes NFC).

Jika 'Melayu masih ingat' pada tahun 2011, Global Financial Integrity melaporkan, sekitar RM888 bilion ringgit wang haram mengalir keluar negara dari tahun 2000 hingga 2008. Ini belum termasuk laporan Ketua Audit Negara tentang pelbagai lagi ketirisan akibat kecuaian pihak kerajaan, baik di peringkat kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan dalam pelbagai projek yang lain. Ini pun jika 'Melayu masih ingat'.

Read More / Baca Lagi >>

"Geng 13": OKT Orang Kena Zalim dari Penjara Tapah Perak

Posted: 15 Sep 2013 06:53 AM PDT

The Truth about Rural Sarawak: No Clean Running Water (Impian Sarawak)

Posted: 15 Sep 2013 06:49 AM PDT

Ikhwanul Muslimin: Kami Tidak Akan Menyerah Kalah

Posted: 15 Sep 2013 06:48 AM PDT


Presiden sementara Mesir Adly Mansour melanjutkan tempoh darurat kepada dua bulan lagi susulan keganasan berterusan di Kaherah.

Sebelum ini, arahan darurat tamat pada Ogos lalu namun ia dilanjutkan berikutan ribuan rakyat Mesir dan penyokong Presiden digulingkan Mohamed Mursi masih meneruskan perarakan di jalan-jalan utama sekitar bandar bagi mendesak pembebasan pemimpin itu sekali gus mengutuk rampasan kuasa tentera.

"Tempoh darurat dilanjutkan dua bulan. Kami beri amaran, tentera dan polis tidak berkompromi dengan mana-mana individu melanggar perintah ini," katanya menerusi stesen televisyen tempatan Press TV.

Sementara itu, selepas solat Jumaat semalam, ribuan rakyat Mesir menyertai perarakan mega di Madinah Sidi Salim, Wilayah Kafr Asy Syeikh dan Syubra Al Kheymah serta di hadapan masjid Al Fath, Zagazig.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Bolehland: Isu kos sara hidup rakyat, keutamaan kerajaan

Posted: 15 Sep 2013 06:39 AM PDT

Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat sentiasa menjadi  perhatian dan keutamaan kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Katanya kerajaan memberi perhatian serius berhubung isu berkenaan kerana kerajaan memahami beban hidup rakyat serta atas dasar demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

"Selaras dengan janji kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup, maka kerajaan membuka  lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang berkonsepkan kedai serbaneka dengan menjual semua keperluan asas rumah.

"KR1M mampu menawarkan pengurangan harga sehingga 50 peratus lebih murah daripada barangan sama berjenama lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan KR1M di Km3.2 Jalan Apas di sini hari ini.

Hasan berkata sebanyak 397 jenis produk dijual di KR1M berkenaan dengan harga yang murah dan pada masa yang sama kualiti dan keselamatannya dikekalkan seperti produk-produk sama yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Deris: Guru kritik PPPM secara terbuka dipantau..!!!

Posted: 15 Sep 2013 04:42 AM PDT

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan meminta pengarah pendidikan negeri memantau tindakan segelintir guru mengkritik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terbuka.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebarang kritikan seharusnya disampaikan menerusi saluran yang betul bagi memastikan kelemahan dapat diperbaiki.

"Kalau mahu mengkritik boleh, tetapi beritahu saya. Saya terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar PPPM di sini hari ini.

Beliau berkata guru yang mempunyai kemusykilan atau pandangan boleh memaklumkan kepada beliau secara langsung menerusi e-emel.

Pada masa yang sama beliau meminta rakyat memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan PPPM sebaik mungkin.

Sementara itu, Idris turut membidas sebuah portal berita propembangkang yang memutar belit kenyataannya berhubung sistem pendidikan negara baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat sokong Pas kerana kerjasama dalam PR - Prof Dr Agus

Posted: 15 Sep 2013 04:39 AM PDT

Agus Yusoff 
Penganalisis politik berpendapat sokongan rakyat terhadap Pas yang ditunjukkan dalam pilihan raya bukan disebabkan parti itu tetapi kerjasama bersama perikatan PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Pas tidak akan mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya  sekiranya bergerak sendiri dan bergabung dengan parti lain.

Menurutnya, peningkatan kekuatan Pas adalah berdasarkan kerjasama yang dijalinkan bersama PKR dan DAP.

"Kumpulan Ulama Pas ini tidak sedar ialah Pas mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU13) lalu bukanlah disebabkan kekuatannya bertanding sendirian, namun pakatan di antara parti itu dengan beberapa parti pembangkang yang lain.

"Sejak keluar dari BN pada 1978, politik Pas tenggelam.

"Pas cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan PR pada tahun 2008 dan 2013," katanya kepada Sinar harian Online, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pemerintah Umno-BN Didakwa Serah Tanah Kampung Pada Orang Kenamaan

Posted: 15 Sep 2013 04:36 AM PDT

Manikavasagam
SHAH ALAM, 15 SEPT: Lebih 40 tahun mendiami Kampung Jalan Kenangan, Kapar, penduduk asal kampung itu berputih mata apabila geran tanah kediaman yang dijanjikan Kerajaan Umno-BN diserahkan kepada orang luar.
Pengerusi Badan Bertindak Kampung Jalan Kenangan, Hanif Mohd Sani berkata penduduk asal yang berpenat-lelah meneroka tanah kampung itu diketepikan sehinggakan terpaksa mendiami tanah setinggan.
"Setiap kali pilihan raya mereka akan tabur janji yang sama, nak beri geran, hinggalah kira-kira seminggu sebelum pilihan raya 2008, akhirnya mereka keluarkan borang 5A tetapi yang dapat orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kampung ini, cuma sebahagian sahaja orang kampung yang dapat," jelas beliau.
Menurut Hanif, penduduk pada asalnya sudah pun memperolehi Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi tanah kediaman masing-masing tetapi pada 2001 Kerajaan Negeri Umno-BN membatalkan tol berkenaan. Hanif mendakwa mereka dijanjikan geran tanah sebagai ganti.
Read More / Baca Lagi >>

DAP sokong MCA isu saluran dana kampung baru

Posted: 15 Sep 2013 04:35 AM PDT



Dalam satu perkembangan mengejut, DAP hari ini menyokong saranan MCA agar kerajaan melanjutkan pemberian bantuan terus kepada sebanyak 607 buah kampung baru di seluruh negara.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baru kepada majlis kerajaan tempatan hanya hanya menambah masalah birokrasi.

Tambahnya, keadaan itu bukan sahaja menambah beban kerja penjawat awam tetapi turut akan menambah kelewatan.

Katanya, sistem sedia ada melibatkan penyaluran dana secara terus kepada jawatakuasa kemajuan dan keselamatan kampung perlu diteruskan kepada golongan berkenaan lebih memahami isu setempat.

Sehingga tahun lepas, sejumlah RM70 juta disalurkan kepada 450 buah kampung baru Cina, 113 kampung terancang dan 44 buah kampung nelayan majoriti Cina, kata Lim.
Read More / Baca Lagi >>

NEP(New Economic Putsch)- Najib's New Economic Model.

Posted: 15 Sep 2013 03:08 AM PDT

Just yesterday amidst the pomp and splendour, PM Najib the UMNO president, announced his Permerkasaan Ekonomi Bumiputera. I translate that loosely into English as The Empowerment of Bumiputera economics. I haven't seen the English version.
Muhyidin says he is all for the economic push. It's a lucky day says he. Except he has got it wrong. It will not be a push but it will be a putsch.
Where was it declared? It was done at the UITM main hall in Shah Alam. UITM in the words of the PM, is the ultimate symbol of Malay achievements and potential. That symbolism- I don't find objectionable.
What are disturbing are the increasingly flawed leadership qualities of the PM as the proclaimed leader of all Malays. I hear him. I hear him loud and clear as he thanked all the Malays for their fabled support that allowed UMNO to increase its parliamentary seats from 79 to 88. He can only point that part of his generalship from the recent GE. He won't fool everyone.
Of course he didn't and won't qualify this claim by revealing that UMNO increased the number of seats due to gerrymandering and because of unfair voter density in the constituencies. He did not qualify it by saying he only got 133 seats compared to 140 in the previous administration. And he of course didn't say that he only managed 47% of the popular votes and that he failed to regain Selangor where UITM is itself located.
Here is a leader who revelled in ceremonies and decorum. It is anyone's guess to imagine how much money was spent to set up the prop and stage from which the emperor shall issue the edicts and dictates for an economic blueprint for the Malays. If anything, Najib was emperor-like when he announced the economic blueprint for the Malays.
If Tun Razak were to declare such a plan, he would have done it in a natural and unaffected setting. It's a blueprint for the poor and yet the declaration is done in all its pomp and glory more fitting and suitable for a declaration of a business model for corporate mandarins. No doubt many of the Malay economic mandarins were around on hand in the PM's entourage and salivating at the prospects of stealing more.
The first thing that comes to mind- now which of the consultants came up with this idea for the PM to announce? Maybe not many people have realised this, but Najib began the era where many of the ideas and initiatives- as Najib cautiously describes them, are produced by consultants. I am not surprised when friends in the government tell me that the upcoming Budget for 2014 is prepared mostly by consultants with little involvement from officers and researchers in the Finance Ministry. How do we expect government officers to wholeheartedly support the Budget if the final version of the budget wasn't the result of much involvement from them? How do you expect them to defend what you can't claim ownership on? You are asked to implement a version which is put up by consultants using the diverse inputs supplied by them in the first place.
Read More / Baca Lagi >>

PAS mengundur ke belakang ?

Posted: 15 Sep 2013 03:04 AM PDT

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Resolusi Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013 menunjukkan kepada saya betapa pemikiran 'mereka' yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara. 

Satu yang kumpulan Ulamak PAS ini tidak sedar ialah PAS mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU) bukanlah kerana kekuatannya bertanding sendirian, tetapi kerana pakatannya dengan beberapa parti pembangkang yang lain. Sejak keluar dari pakatan BN pada tahun 1978, politik PAS tenggelam. PAS cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 dan 2013. Sekiranya PAS bertanding bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dengan parti lain, saya yakin PAS akan hanya mendapat sokongan dari segelintir orang Melayu yang totok pemikirannya seperti kumpulan ulamak ini sahaja. Bagi orang Melayu yang sederhana pemikirannya, mereka lebih cenderung menyokong UMNO dan BN kerana kelebihan UMNO ialah tidak memandang serong kepada lebai atau tidak lebainya seseorang.
Satu yang menarik dari resolusi ulamak ini ialah "mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat." Saya ingin sekali cadangan ini dipersetujui oleh kepimpinan PAS dan kita tengok sejauh mana PAS boleh pergi jauh dalam politiknya. Saya rasa PAS akan meroyan beragam selepas itu kerana tidak ada lagi sokongan kepadanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan PAS: Ketentuan jawatan hak perwakilan

Posted: 15 Sep 2013 03:02 AM PDT


KUALA LUMPUR: PAS melihat ketentuan jawatan adalah hak perwakilan untuk memilih kerana Perlembagaan parti jelas memberi hak kepada perwakilan.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berhubung dengan cadangan Dewan Ulamak supaya jawatan tertinggi parti daripada ulama.

Ini, katanya sebagaimana juga dewan-dewan lain akan mengangkat dewan yang mereka wakili; terpulang kepada perwakilan untuk bersetuju atau sebaliknya dengan cadangan dari Dewan Ulamak itu.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS  ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan. PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak.

PAS melihat resolusi dari Dewan Ulamak hasil Multaqa Ulamak sebagai sesuatu yang menepati demokrasi dalam PAS, kerana Dewan Ulamak sebagai sayap penting parti sewajarnya membuat rumusan bagi pihak dewan yang diwakili.
Read More / Baca Lagi >>

APARTHEID M'SIA: Thanks to Najib, Malays seen as shameless, corrupt, dependent on handouts

Posted: 15 Sep 2013 02:58 AM PDT

APARTHEID M'SIA: Thanks to Najib, Malays seen as shameless, corrupt, dependent on handoutsKUALA LUMPUR - Any pretence that Malaysia may have had to being a civilized nation was thrown out the window with the latest economic 'plan' for the Bumiputras, announced by Prime Minister Najib Razak.
Most of the money, in any event, will go not to the poor and struggling Malays but to a cabal of Malay businessmen with cozy links to the ruling Umno elite. This is no conjecture, it is what has been happening for decades with the New Economic Plan.
What the new plan does, at least in conception, is to take taxpayer's money and distribute it to only one part of the population. And this part of the population is defined by their race. The word for such twisted economic policies cannot be any other than apartheid. There are preferred citizens and then there are the rest.
Self interest, self interest and self interest
Najib's motivations for taking so backward a step appear to be three-pronged.
This step will first ensure that he will be unchallenged at the coming Umno elections as he has given the hardliners what they want. Even an arch-racist like Mahathir cannot complain.
Second, he hopes to ensure the Malay vote for the next elections.
Third, he now matches up to his father in the enacting of racially biased policy.
Muhyiddin cornered, acid test for the rest of BN
Muhyiddin, rumoured to be considering a bid for the Umno leadership, quickly rallied to Najib's side, declaring the opinion of other citizens and the international community irrelevant.
Indeed, most non-bumiputras will have felt very hurt by this overt institutionalization of racism in the country.
The utter irrelevance of BN component parties like the MCA and MIC is apparent. Even they may now give the BN up as a bad job.
Forget about multiracial Malaysia
The dream of a multi-racial Malaysia where all races unite and work together, is now crushed.
For non-bumiputras, the message from the government is an unmistakably clear one. They are unwanted citizens.
As far as the government is concerned, they can take their skills and their capital and migrate to some other land.
This is of course already happening. The rate of such exits will increase. Singapore will be a key beneficiary, as will Australia, Canada and other western countries.
Taking Malaysia backward, not forward
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT