Jumaat, 13 September 2013

bumiperak

bumiperak


Peserta bantah Rampas Kuasa Perak 2009 dipenjara 2 tahun, denda RM5,000

Posted: 13 Sep 2013 12:55 AM PDT

KUALA KANGSAR Jumaat 13 Sept: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada kesemua 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu.

Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM 5000. Hakim juga memutuskan bahawa permohonan tertuduh untuk pergantungan perlaksanaan ditolak.

Wakil peguam tertuduh, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya memfailkan notis rayuan di mahkamah tinggi. Sebelum keputusan, barisan peguam tertuduh telah mengemukakan mitigasi bagi tujuan peringanan hukuman.

Katanya, semenjak kes ini bermula iaitu 6 Februari 2009, ke semua mereka yang tertuduh telah hadir memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak mahkamah.

Peguam juga telah mengemukakan alasan-alasan munasabah berhubung keseluruhan tertuduh dengan mengambil kira kesan, kos dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka sepanjang 5 tahun perbicaraan kes ini.
Bernama melaporkan Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah manakala pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka setelah meneliti serta menimbang kesemua keterangan termasuk hujahan kedua-dua pihak.
    
Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47, didapati bersalah menyertai perhimpunan haram itu pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak.
    
Hakim Norsalha memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas menolak permohonan peguam Augustine Anthony yang mengetuai pasukan lapan peguam mewakili kesemua tertuduh, bagi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.
    
Mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
    
Dalam penghakimannya, Hakim Norsalha beliau berkata hukuman yang dijatuhkan mahkamah adalah demi kepentingan dan ketenteraman awam serta institusi diraja selepas turut mengambil kira rayuan kedua-dua pihak.
    
"Ini sebagai satu pengajaran dan keinsafan kepada semua pihak dan mahkamah mendapati ia satu kesalahan serius," katanya.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Artis kahwin - Black Hanafiah - Naquia Yasirah dan Fauziah Ghous - Md Zhafran Md Yusof

Posted: 13 Sep 2013 10:39 PM PDT

Black Hanafiah Impikan Punyai Ramai Anak
Black Hanafiah akhirnyan menjadi suami kepada Naquia Yasirah. FOTO: SHAHRUL FAZRY ISMAIL
KUALA LUMPUR: Penyanyi Black Hanafiah mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga besar iaitu bilangan anak yang ramai selepas bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohamad Khairi pada Jumaat.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, hasrat itu ditanamnya kerana dia dan Naquia Yasirah, 28, dilahirkan dalam keluarga yang kecil iaitu masing-masing mempunyai tiga beradik.
"Keluarga kami kecil iaitu masing-masing ada tiga beradik. Melihat kepada jumlah kecil itu, saya, kalau boleh mahu sebuah keluarga yang besar, Insya-Allah," katanya.
Black berkata demikian selepas majlis akad nikahnya dengan Naquia Yasirah di Zebra Square, Kampung Pandan di sini, Jumaat.
Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohamad Khairi Abu Hassan, 55.
Naquia Yasirah mencium tangan Black pada majlis membatalkan air sembahyang selepas akad nikah.
Pihak lelaki memberikan wang hantaran sebanyak RM12,000 dan mas kahwin RM80 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.
Black yang popular dengan lagu Teman Pengganti berkata, dia dan isterinya tidak merancang mengenai bilangan anak sebaliknya mahu mendapat zuriat secepat mungkin.
"Anak itu rezeki bagi kami. Bukan senang nak dapat anak. Bagi saya, lagi cepat, lagilah bagus," ujarnya.
Mengenai lokasi berbulan madu Black memberitahu mereka memilih untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci, Mekah yang dijadualkan pada awal tahun hadapan..
Dalam pada itu bercerita apakah penyebab dia jatuh hati terhadap Naquia Yasirah, pemuda itu berkata, selama ini dia mencari wanita yang tidak mengenalinya sebagai seorang artis.
Katanya, sehinggalah pada 18 Oktober 2012, Black berkenalan dengan Naquia Yasirah di Dataran Merdeka, melalui seorang teman dan mendapati wanita tersebut tidak mengetahui dia seorang penyanyi ketika mereka bertentang mata.
"Saya masih ingat lagi pada tarikh 18 Oktober 2012 pukul 6.56 petang, saya bersalaman dengan dia (isteri) dan saya lihat reaksinya, dia tidak kenal saya (penyanyi). Saya pun terkejut. Bermula dari situlah saya berusaha untuk mendapatkannya," ujar Black.
Sementara itu Naquia Yasirah pula berkata, dia menyukai Black kerana sifatnya yang jujur, penyayang selain merupakan lelaki terbaik dalam hidupnya.
Dia yang pernah bekerja dan menuntut di Melbourne, Australia kini bekerja dengan sebuah syarikat milik keluarga.
Naquia Yasirah juga merupakan anak saudara kepada Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan iaitu suami kepada pelakon Datin Umie Aida.

Nikah 21 September, Fouziah Gous Enggan Majlis Dipertikaikan
Fouziah Gous dan Md Zhafran.
SERDANG: Pelakon Fouziah Gous, 30, tidak mahu orang ramai mempertikaikan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 21 September depan kerana ia dibuat mengikut kemampuannya.
Fouziah berkata, majlis tersebut dilakukan hasil bajet daripada wang simpanan daripada titik peluhnya selama ini sebagai pelakon.
"Sebagai anak tunggal perempuan dan bongsu dalam keluarga semestinya mereka ingin meraikan perkahwinan ini dalam keadaan yang meriah dan terbaik.
"Pada saya setiap majlis perkahwinan adalah mengikut kemampuan masing-masing, jika ia dibuat dengan meriah atau besar-besaran ia adalah rezeki mereka, begitu juga kami," katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, di sini, Jumaat.
Fouziah dan tunangnya dan Md Zhafran Md Yusof, 30, melantik Nas Great Idea Sdn. Bhd. di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini sebagai perunding majlis perkahwinan mereka.
Tambah Fouziah, dia enggan melayan pandangan orang yang sering berfikiran negatif terhadap rezeki orang lain.
Sementara itu, bercerita tentang majlis perkahwinan, Fouziah berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pihak yang ingin menaja perkahwinan tersebut.
Fouziah bahagia membilang hari untuk bergelar isteri orang.
"Ada banyak penaja yang datang untuk taja perkahwinan ini tapi saya tidak mahu kerana saya mahu lakukannya sendiri.
"Jika mereka taja nanti mereka akan buat apa yang mereka suka untuk majlis saya, Namun ada beberapa tajaan sahaja seperti barang kemas dan daripada pihak yang saya kenali sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Fouziah dan Md Zhafran akan melangsungkan pernikahan pada 21 September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam.
Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah perempuan pada 29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.
Majlis menyambut menantu pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Bagaimanapun, pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu ini enggan mendedahkan jumlah hantaran, mas kahwin dan butiran lain kerana ia hanya akan dikongsi pada hari pernikahan mereka.
"Kami sepakat memilih tarikh 21 September kerana hanya tarikh itu semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak dapat berhimpun. Lagi pula bakal adik ipar saya yang belajar di London ada di sini sebelum kembali semula menyambung pengajian sehari selepas kami bernikah.
"Ikatan perkahwinan yang bakal dibina ini lebih bermakna dengan kehadiran insan-insan terdekat," katanya.
Fouziah bertunang dengan Md Zhafran yang merupakan ahli perniagaan itu selepas hampir tiga bulan mengenali hati budi masing-masing.

Identiti sebenar Papa Gomo diketahui

Posted: 13 Sep 2013 06:06 AM PDT


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo, dan dia juga berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya.

Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan Muhammad turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap memudaratkan badan kehakiman.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata, Wan Mohammad Azri berbohong kerana walaupun membuat penafian tersebut ketika memberi keterangan, tetapi penulis blog berusia 30 tahun itu, dalam pernyataan pembelaannya, mengaku dia adalah Papagomo dan membela diri atas alasan membuat komen yang adil.

Beliau memutuskan bahawa penulis blog itu tidak menyesal dengan tindakannya seperti yang dipaparkannya dalam perbicaraan kes fitnah itu.

Di samping itu, semasa perbicaraan, seorang penulis blog, yang memberi keterangan sebagai saksi, mengaku mengenali Wan Muhammad Azri sebagai Papagomo apabila mereka bertemu dalam satu sidang penulis blog pada tahun 2009.

Bernama turut melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.

Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar gantirugi am sebanyak RM200,000 dan gantirugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.

Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.

"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba  melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.

"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.

Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.

Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam.

Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan dalam artikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang tidak berasas.

"Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah  keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan y bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.

Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.

Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.

"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.

Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Disember 2011.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.

Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar.

Prosiding hina mahkamah 21 Oktober

Sementara itu, Reuben ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penghakiman mahkamah hari ini dan berkata hakim itu telah menolak pembelaan Wan Muhammad Azri atas alasan membuat komen yang adil .

"Perkara yang paling besar adalah mahkamah mengakui bahawa Wan Muhammad Azri adalah Papagomo," katanya.

Selain itu, Ruben berkata, mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk prosiding menghina terhadap Wan Muhammad Azri berhubung tulisannya yang lain dalam blognya.

Katanya, prosiding menghina prosiding terhadap Wan Muhammad Azri akan berlangsung pada 21 Oktober.

Selain Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli turut memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog tersebut.

Turut memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penulis blog tersebut adalah seorang bekas anggota polis yang telah menjalani hukuman lapan bulan penjara selepas disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, juga dilaporkan Wan Muhammad Azri sebagai pengundi hantu yang didaftarkan secara berasingan dengan IC polis dan IC awam. - MalaysiaKini

dollah yankee

dollah yankee


PapaGomo dah jadi PapaKedana..

Posted: 12 Sep 2013 11:58 PM PDT



Disini ...
PapaGomo dah jadi PapaKedana

Kah..Kah..Kah.. kami pun bukan koman, bukan tak reti nak tulis, kami pun selalu dapat first hand news, tapi bila terkenangkan benda-benda macam ni lah yang buat kami tak mau make first move. Kalau setakat kena fine 50 ringgit tak pa juga, ini 500,000 ribu beb!

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut poket binasa ...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


The Chinese and Umno hegemony

Posted: 13 Sep 2013 06:45 PM PDT

The Umno-led BN government is simply doing what it has said it will do – in private and by their deeds – to make Malaysia Malay.

Over time I have come across numerous articles and postings in the mainstream media and on the internet that tell us much about the Chinese.
And I am always reminded that the Chinese have contributed much to any country that they live in.
So much have been written about these Chinese by the Chinese that I, a Malay, now know more about the Chinese than I do about the Malays! Or do I?
Ask any Chinese that have spent a few minutes speaking with me and they will tell you that within the first few minutes of our meeting, the question I will ask them is:
"Why do you want to stay in Malaysia?"
Why indeed!
Do not talk about the situation in China. Your forefathers left China ages ago for a better life elsewhere. And for a while the better life was in Malaya and then Malaysia.
After two or three generations down the line the current generations of Chinese who have grown up believing Malaysia to be their Tanah Tumpahnya Darahku are now again considering their options.
The Umno-led Barisan Nasional government is simply doing what it has said it will do – in private and by their deeds – to make Malaysia Malay.
They do so without any excuses or apologies that what they do can be deemed to be racist or unfair to any other race but the Malays.
They do so with the aplomb and arrogance that absolute political power confers on those who have them. And to all intents and purposes, they are doing so legally and with no regards to anything else but to ensure the racial and political dominance of the Malays over all others in Malaysia.
Without going into whether this is morally or ethically the right or wrong thing to do, let us all understand that this is the prevailing situation in Malaysia. Let me state this again with clarity.
Two questions
Read More / Baca Lagi >>

Sabah perlu kawal keselamatan sendiri....

Posted: 13 Sep 2013 06:37 PM PDT

Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia gagal mengawal keselamatan negeri itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa menghentikan sindrom penafian dan lebih proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Sabah terjamin.
Menurut Presiden Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, selepas 50 tahun merdeka, Malaysia gagal mengawal keselamatan negeri Sabah.
"Keselamatan merupakan faktor utama mengapa Sabah didesak untuk bersetuju membentuk Malaysia pada tahun 1963 ekoran ancaman yang diterima dari Filipina dan Indonesia dan Malaysia ditubuhkan untuk menjaga keselamatan di Sabah," katanya.
Beliau mendakwa kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar bahawa beliau takut akan ditembak mati sebaik sahaja melangkah keluar dari Dewan Rakyat menunjukkan betapa tidak selamat lagi negara kita.
"Keselamatan yang tergugat di Sabah adalah kegagalan terbesar kerajaan pusat dan ia kini menjadi mimpi ngeri untuk ahli parlimen dari Barisan Nasional," katanya lagi.
Oleh itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor mengulangi cadangan partinya supaya Kementerian Dalam Negeri Sabah ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal imigresen, pendaftaran negara dan PDRM sebelum keadaan keselamatan menjadi lebih buruk lagi.
"Peristiwa tembak menembak dan keganasan di Semenanjung telah membuktikan bahawa agensi-agensi persekutuan yang bertanggungjawab untuk keselamatan tidak dapat mengendalikan keselamatan rakyat di Semenanjung," katanya lagi.

‘It’s only 20 sen, lah’

Posted: 13 Sep 2013 06:35 PM PDT

Having depleted the nation's coffers prior to May 5, 2013, the petrol price hike is a way for the government to take back what it freely doled out to the rakyat.

The recent 20 sen hike in the price of RON95 petrol was put forward by BN leaders as a necessary move that is good for the nation's economy and also good for the pockets of the poor because the hike would enable the poor to get more cash aid via BR1M.

However, this merely goes to show that the government is taking from the citizens only to give it back to them.

In fact, the government is taking the money from a low-wage earner who rides a motorbike to his workplace only to give it back to him because he is also eligible for BR1M. Is this some sort of a cruel joke?

Simply put, the increase in the petrol price is due to the government spending too much prior to May 5, 2013 and their spending has depleted the nation's coffers. Therefore they have to top it up again.

Thus the government spends money to woo your vote and after that you have to pay for being wooed – this is diabolical irony indeed.

In the age of the internet, urban folk will not be so easily taken in by the silly reasons given for the increase. Since the hike on Tuesday, Sept 3, this columnist has interviewed 100 urban folk pertaining to the hike. Responses from the rakyat are summed up below:

1 BN supporters (six persons): "Only 20 sen, lah. What's the fuss? Moreover it is good for the nation. Why grumble? Where is your patriotism?"

2 General public (not belonging to any political party, neutral, 77 persons): "Prices of foodstuffs and other consumer goods will go up fast not to mention public transport fares. Before the 13th general election, the PM said that he will consider the people's well-being and perhaps that is the reason why it is a 20 sen, not 30 sen increase or more. What to do now? Just try to cope until the next general election, lah. We have got no choice but the government must also be thrifty to set a good example. They cannot expect us to be thrifty while they continue to be spendthrift."

3 Pakatan Rakyat supporters (17 persons): We knew that this would happen and we already warned the rakyat about this during the GE13 campaign but we were accused of lying about BN in order to garner votes. Now die, lah. The worst is that we too have to suffer because of the minority's stupidity. What a confounded situation. Damn!

Najib out of tune
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan 13 individu pro-demokrasi dipenjara: DAP Perak kesal

Posted: 13 Sep 2013 04:57 PM PDT

46455_574301349283646_1363772732_n
IPOH, 13 SEPTEMBER: "Mereka bukan pengganas tetapi rakyat Malaysia dan pejuang mempunyai hak untuk bersuara apabila demokrasi dicemar dengan rampasan kuasa," kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Beliau juga sedih dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 ke atas 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, 6 Februari 2009 lalu.
Menurut Ngeh, keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum juga amat tidak wajar memandangkan semua yang dihukum itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Malah, katanya, semua tertuduh telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada mahkamah sepanjang lima tahun perbicaraan dijalankan.
"Bagi DAP Perak, kami menghormati keputusan mahkamah tetapi amat bersimpati kepada semua yang disabitkan kesalahan.
"Ada antara mereka adalah pesara kerajaan dan hukuman itu mungkin akan memendekkan penerimaan pencen mereka dan ada yang masih bekerja dan berkeluarga, bagaimana dengan kebajikan ahli keluarga mereka apabila punca pendapatan keluarga terjejas selama dua tahun," soal beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Berbulan siasat DAP, sekarang baru ROS kata tak ada bukti?

Posted: 13 Sep 2013 04:56 PM PDT

MAHU atau tidak, terpaksalah DAP menunduk muka menurut arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya dibuat balik pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang konon diragui kesahihannya.

Kalau tidak diturut, kena hari susahlah nasib badan. Silap-silap, parti pula dibatalkan pendaftaran. Serupa nasibnya macam UMNO bila diharamkan pada 1988 akibat kegelojohan politik Dr Mahathir masa itu.

Maka, parti skema DAP ini tidaklah pula mahu berdegil. Bersetujulah sekalian pimpinan parti baik yang kecil atau yang besar untuk menurut sahaja perintah ROS itu demi kebaikan semua pihak, biar mudah semua urusan.

Tapi tiba-tiba, hari ini satu Malaysia jadi hairan bila ROS yang nampak bersungguh-sungguh benar mahu membetulkan salah-silap DAP rupanya tidak ada bukti kukuh untuk tidak mengiktiraf CEC yang dipilih perwakilan Disember tahun lalu.

Yang peliknya, macam mana ROS sebagai tukang siasat DAP sampai  berbulan-bulan, sampai kecoh ke tengah malam, rupa-rupanya tidak ada bukti kukuh??!!!
Read More / Baca Lagi >>

Apabila Menteri-menteri "Cap Ayam" Bersuara...

Posted: 13 Sep 2013 04:36 PM PDT


Di era Najib menjadi PM. kita dapati sungguh ramai menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan "cap ayam" dilantik dan mereka mengeluarkan kenyataan yang menampakkan taraf akalnya yang dangkal.

en yataan di atas ialah satu kompilasi yang menjelaskan hal tersebut.

Dan yang terkini tersenarai seorang lagi timbalan menteri.

Tmbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan namanya, menyatakan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah membelanjakan cuma RM132 sebulan untuk petrol RON95. Bererti tak sampai RM5 sehari. Lucu, tetapi inilah tahap mentaliti menteri kabinet yang ada kini.

Dialog manifesto bersama MB Selangor dapat sambutan hangat

Posted: 13 Sep 2013 04:34 PM PDT

mb manifesto
KLANG 13 SEPT: Dialog Manifesto anjuran kerajaan Selangor bagi mendapatkan pandangan rakyat Selangor untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2014 mendapat sambutan hangat.
Ia berikutan kehadiran lebih 300 orang pelbagai kaum di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini, malam ini.
Majlis disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kehadiran pimpinan lain, antaranya Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Timbalan Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri.
Dialog itu memberi peluang kepada rakyat untuk memberi cadangan secara terus tentang pelaksanaan manifesto 2013 untuk dimasukkan dalam belanjawan negeri.
Sepanjang pentadbiran Abdul Khalid, beliau mempraktik amalan mengambil kira pandangan masyarakat umum sebelum belanjawan tahunan negeri dirangka.
Amalan itu turut mengundang minat kerajaan Persekutuan untuk mengikut langkah sama.

Rakyat diajak belajar hidup bersama walaupun berbeza - Dr Mujahid

Posted: 13 Sep 2013 04:31 PM PDT

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof mengajak semua pihak di negara ini untuk belajar hidup bersama walaupun mempunyai pandangan dan pendapat berbeza untuk sesuatu perkara.

"Kita perlu belajar hidup bersama walaupun berbeza pandangan dan pendapat," kata Dr Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS ketika melancarkan buku terbarunya, 'Berdialog dengan Gereja, sebuah Travelog Kedamaian', kelmarin.

Buku itu sarat dengan cerita bagaimana beliau berusaha merapatkan jurang antara agama, khasnya Islam dengan Kristian dalam meredakan ketegangan antara kedua-duanya terutama ekoran isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

Saranan Dr Mujahid diberikan selepas pada pagi sebelumnya Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) turut mengajak perkara yang sama.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, semua pihak perlu untuk mempromosikan kesederhanaan untuk membolehkan dunia ini aman.

Ketua Pegawai Eksekutifnya pula, Datuk Saifudin Abdullah berkata, sebelum Malaysia mengajak dunia untuk kesederhanaan, "Kita perlu juga menyelesaikan masalah yang sama dalam negara kita."
Read More / Baca Lagi >>

TAKZIAH BUAT DR SYED HUSIN ALI DAN KELUARGA - AL FATIHAH

Posted: 13 Sep 2013 08:19 AM PDT


KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat mantan Timbalan Presiden Parti, YB Senator Dr Syed Husin Ali dan keluarga di atas pemergian isteri beliau yang tersayang, Puan Sabariah Abdullah yang telah meninggal dunia jam 7.40 malam tadi. Semoga Dr Syed Husin dan keluarga sentiasa tabah, sabar dan redha.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

"Jom Heret Motor" Protes Harga Minyak - GESA

Posted: 13 Sep 2013 07:25 AM PDT

Kudeta Perak: 13 Hero Kuala Kangsar dipenjara.

Posted: 13 Sep 2013 07:17 AM PDT

Khutbah Jumaat: Jakim gesa umat Islam pertahankan kontrak sosial dan kalimah Allah

Posted: 13 Sep 2013 07:12 AM PDT


Khutbah Jumaat hari ini menggesa orang Melayu dalam negara ini mempertahankan kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kalimah Allah demi memastikan persefahaman antara satu sama lain.
Teks yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, kontrak sosial perlu difahami dan dihayati bagi menjaga keharmonian antara kaum yang dikecapi oleh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama.
"Percayalah, persefahaman hanya boleh dicapai seandainya seluruh rakyat memahami, kontrak sosial yang menjadi teras kepada kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum.
"Memahami Perlembagaan dan kontrak sosial ini akan mengambarkan seseorang itu mempunyai kekuatan diri untuk menjadi warganegara yang setia, bangsa yang mahu bersama dalam membina persefahaman antara satu sama lain," kata teks khutbah hari ini.
Kontrak sosial merujuk kepada perjanjian oleh bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, bagaimanapun ia menjadi senjata ampuh kepada Umno, parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN).
Ia juga sering digunakan oleh Umno serta kumpulan berhaluan kanan seperti Perkasa untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.
Umno dan kumpulan pendesak Melayu sering menggunakannya sebagai retorik sejak berdekad lamanya bagi meraih sokongan orang Melayu.
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat kontrak sosial secara penuh.
Bahkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) juga menggesa dalam menjaga hubungan antara kaum, setiap rakyat hendaklah peka kepada sensitiviti serta mengelak daripada perbuatan, tindakan atau tutur kata yang boleh melukakan saudara daripada kaum lain.
Teks khutbah juga menasihati masyarakat supaya tidak melampaui batas dalam perkara yang dipersetujui.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 13 Sept 2013

Posted: 13 Sep 2013 07:08 AM PDT

Ustaz Zulqarnain Hassan | Kuliah Jumaat 13 Sept 2013

Posted: 13 Sep 2013 07:07 AM PDT

Sinai on the brink

Posted: 13 Sep 2013 07:03 AM PDT

We are having constructive conversations-Kerry

Posted: 13 Sep 2013 07:02 AM PDT

Russian missile destroyer heads towards Mediterranean

Posted: 13 Sep 2013 07:02 AM PDT

PERKASA jangan campuri urusan PAS - Dr Hatta

Posted: 13 Sep 2013 06:59 AM PDT

Projek IC: Anwar Akan Jawab Mahathir minggu depan

Posted: 13 Sep 2013 06:56 AM PDT

Mahathir Mohamad tidak habis-habis untuk mengenakan dan mengaitkan sesuatu yang buruk ke atas Anwar Ibrahim. Biarpun perkara itu jelas dalam bidang kuasanya atau dia tahu benar mengenai sesuatu beliau tetap mengenakan Anwar secara selamba.

Terbaru mengenai projek IC di Sabah. Mahathir sedang disiasat oleh RCI berhubung perkara itu. Menjelaskan kepada wartawan selepas beliau disoal siasat dalam siasatan itu Mahathir selamba mengatakan kenapa Anwar tidak hentikan projek itu.

Kata-kata Mahathir memberi konotasi yang Anwar juga tahu dan terlibat.

Beliau beranggapan kalau semasa dia memerintah yang melaksanakan agenda itu seharusnya Anwar sebagai timbalannya menghenti rancangan itu.

Begitulah Mahathir cara dengan mengelak dan menyangkutkan najis kepada orang lain, terutamanya Anwar. Cara Mahathir yang tidak pernah berhenti mengena Anwar samalah dan tidak ubah janji iblis yang pernah memohon kepada Tuhan untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat.

Anwar akan menjawab tanggapan selamba ke Mahathir ke atasnya itu semasa disoal siasat dalam RCI nanti.

RCI kad pengenalan: Bukan Mahathir seorang yang bertanggungjawab

Posted: 13 Sep 2013 06:53 AM PDT

Semakin hari Mahathir semakin terserlah sebagai pelaku segala kesalahan terhadap negara. Tidak salah lagi jika dikatakan oleh setengah pihak Mahathir adalah penjenayah kepada negara yang terulung. Tetapi ia bukan dilakukan oleh Mahathir seorang sahaja. Mereka yang memberikan sokongan kepada Dr mahathir sekian lama juga adalah pihak yang sama jenayahnya kepada negara.

Mahathir merupakan saksi yang ke 209 dalam RCI tentang pendatang haram yang diberikan kad pengenalan oleh kerajaan pimpinannya di Sabah dan Sarawak. Seperti biasa Mahathir bersikap angkuh dan tidak mahu menjawab pertanyaan dan soalan secara jujur tetapi cuba menafikan penglibatannya dengan cuba menyalahkan semua pihak termasuk Anwar Ibrahim.

Tetapi hakikatnya semasa Mahathir berkuasa tidak ada siapa yang boleh mengganggu kehendak dan kemahuannya. Semua yang ada di dalam kerajaan, baik dari pihak pelaksana mahupun dari pihak penggubal dasar di setiap peringkat, tahu yang pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing itu adalah satu isu yang nyata.

Tetapi semasa itu semua ahli politik BN khususnya UMNO, berbangga dapat memenangi pilihanraya melalui pemberian kad pengenalan itu dan ia merupakan 'open secret' kepada semua rakyat Malaysia termasuk di Semenanjung Malaysia ini. Mahathir tetap 'accountable' terhadap pemberian kad pengenalan itu.

Ini merupakan satu tindakan 'treason' atau tindakan menderhaka kepada negara yang tidak sepatutnya ada pihak yang menafikannya. Hukuman terhadap penderhakaan kepada negara ini semua orang tahu dan tidak payah disebut dan di ulangi lagi. Ramai orang tidak berani menyebut apa hukuman terhadap kesalahan ini kerana ia terkena kepada Dr Mahathir.

Tetapi kalau ia terkena kepada Mat Sabu seluruh jentera kerajaan dan badan kehakiman dan perundangan akan mengambil tindakan pantas untuk mengenakan Mat Sabu, jika boleh di masukkan kedalam panjara. Tetapi itu adalah 'accountability' Dr Mahathir? Bagaimana pula dengan 'responsibility' bagi Ahli-Ahli Jemaah Kabinet' pula? Kenapa mereka tidak mengambil tindakan terhadap ketua eksekutif mereka yang bernama Dr Mahathir itu?

Kenapa Kabinet serta parti yang memerintah tidak pula mahu menyandarkan kesalahan keada semua pemimpin kerajaan dan parti pemerintah semasa pemberian kad pengenalan itu? Sebenarnya dalam isu ini bukan Mahathir sahaja yang bersalah dan mengambil 'accountability' itu. Semua pemimpin kerajaan perlu mengambil 'responsibility' terhadap kejadian ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAU 2013: Walaupun Masih Jadi Teka-Teki, Kempen Ku Li Sedang Berjalan Sebenarnya

Posted: 13 Sep 2013 06:52 AM PDT

Ketika ini, kedudukan sama ada Tengku Razaleigh Hamzah akan bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO masih lagi samar dan tiada kepastian. Ahli Parlimen Gua Musang itu juga dalam sidang akhbarnya minggu lalu meminta orangramai menunggu sehingga 28 September depan iaitu hari pendaftaran untuk mengetahui kedudukan sebenar mengenai dirinya.

Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah, demikian lebih kurang jawapan ringkas Tengku Razaleigh atau Ku Li kepada pemberita yang meminta kepastian daripadanya.

Jawapan Ku Li terus mengundang tanda-tanya kepada orangramai dan ahli-ahli UMNO sendiri. Lebih-lebih lagi kepada 150 ribu perwakilan yang pertama kali akan menentukan pucuk pimpinan UMNO melalui sistem baru yang diperkenalkan ini, sama ada jawatan Presiden UMNO dipertandingkan atau tidak, turut mengundang debaran.

Ku Li pula, selepas saja sidang akhbarnya pada Jumaat lepas, telah pun berlepas ke Eropah untuk bercuti bersama keluarganya. Beliau hanya akan kembali ke tanahair pada 25 September, tiga hari sebelum hari pendaftaran yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat UMNO.

Pemergianya bercuti dan pulang ke tanahair pada 25 September, menambahkan lagi spekulasi dan teka-teki itu.

Untuk sesiapa yang ingin bertanding bagi jawatan dalam UMNO kali ini, mereka hanya perlu mendaftarkan nama sahaja. Bagi jawatan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri, hari pendaftaran telah ditetapkan pada 21 September manakala bagi Majlis Tertinggi pula pada 28 September.

Pemilihan pemimpin di peringkat bahagian dan Pusat akan diadakan secara serentak di seluruh negara di mana Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan pada 12 Oktober manakala Majlis Tertinggi pada 19 Oktober.

Sementara kedudukan Ku Li masih menjadi tanda-tanya, orangramai pula sibuk membuat pelbagai spekulasi sama ada beliau bertanding atau sebaliknya. Beberapa pemimpin UMNO juga telah tampil memberi pandangan agar Ku Li tidak perlu mencabar Najib, malah akhbar Utusan melalui kolum Awang Selamat juga turut memberi pandangan dengan nada yang serupa.

Beberapa Badan Perhubungan UMNO Negeri pula telah membuat usul dan ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, walaupun Najib sendiri secara terbuka menyatakan beliau sedia dicabar.
Read More / Baca Lagi >>

Bikers get pushy with fuel hike protest

Posted: 13 Sep 2013 06:46 AM PDT

We encourage Mahathir’s evil

Posted: 13 Sep 2013 06:44 AM PDT

The rakyat must try harder to remove all traces of Mahathir and his legacy, if this country is to move forwards without the politics of division and mistrust.

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad's lack of contrition, is breathtaking but not totally unexpected. We have lost all trust in our politicians, because of him. He stultified our minds, with 40 years of brainwashing.
During his tenure, money greased the wheels of government. Knowledge, or the acquisition of knowledge was restricted, so that in time, he could become master of a compliant rakyat. This is what we have been reduced to, a nation of yes-men who are powerless to act, in the face of mounting recalcitrance.
Mahathir's 90 minute performance at the Royal Commission of Inquiry (RCI) into Sabah's illegal immigrant problem, is testimony of his arrogance. He believes that he is invincible. As the 209th witness at the RCI, he behaved like an arrogant buffoon. He showed his contempt for the proceedings, the court and the rakyat.
He denied any knowledge of Project IC and instead blamed low-ranking officers for issuing identity cards to foreigners. A weak leader is one who blames everyone else, including society, for things that went wrong. Should Mahathir be jailed for contempt of court and perjury?
Why has the head of the Civil Service kept quiet? Why is the union which represents the civil servants, not publicly defended the good name of its members?
More often than not, Umno Baru politicians use and abuse the civil servants to further their political agendas but when Mahathir insults the civil servants, not one Umno Baru politician has dared to protect them.
What of the junior civil servants themselves? Have they protested their innocence? Is it any wonder politicians like Mahathir have nothing but contempt for people who keep quiet when bullies ravage their reputations.
The day after his testimony, Mahathir insinuated that Anwar Ibrahim, his one-time deputy, was responsible for Project IC. Mahathir said, "He was in the government, he knew the government's policy. If that was the government's policy, why didn't he stop it?"
As some people get older, they enter their second childhood. Mahathir's childish response is perhaps, a manifestation of this second childhood. He is like the spoilt child who wants to be the centre of attraction. At times, he acts like the neglected child craving affection, by playing guessing games.
When asked by reporters if he was referring to Anwar, Mahathir sneered, "Maybe". Is giving a direct answer beyond Mahathir's comprehension? His supercilious response is like the child who is privy to a secret and feels superior to everyone else.
Mahathir's legacy
Any member of the rakyat who goes to a government department is aware that no decision is made without the approval of a civil servant with authority. Senior staff await orders from the top.
Mahathir claimed not to know anything about Project IC. What sort of PM was he, who did not know what was happening in his country? Hundreds of thousands, were given MyKads.
This mammoth operation needed clearance from the highest authority in the land. Mahathir must try harder if he thinks he can continue to pull the wool over our eyes.
Read More / Baca Lagi >>

RECONCILIATION OR RETALIATION? Perak Crisis activists jailed 2 yrs, fined RM5K each

Posted: 13 Sep 2013 06:42 AM PDT

RECONCILIATION OR RETALIATION? Perak Crisis  activists jailed 2 yrs, fined RM5K eachKUALA LUMPUR - In a ruling the federal Opposition has described as marking another "Black Day" for justice in Malaysia, the Kuala Kangsar Sessions Court has sentenced 13 individuals to 2 years jail and fined them RM5,000 each for protesting a 2009 power grab staged by Prime Minister Najib Razak's Umno-BN coalition.
The coup-d'etat launched by Najib had toppled the state government then led by the Pakatan Rakyat coalition, helping Umno-BN to regain power in Perak.
"Reconciliation my foot, this is retaliation," Teja state assemblyman Chang Lih Kang said on Twitter.
"It's the maximum jail penalty, a black day," said DAP adviser Lim Kit Siang.
Youth NGO Solidariti Anak Muda Malaysia has also slammed the Najib government for the "overly harsh and inhumane" punishment, and is calling on members of the public to show solidarity in a peaceful assembly at the Tapah prision where the 13 are expected to be incarcerated.
Vengeance penalty?
The 13 were found guilty of participating in an illegal gathering in Jalan Istana, Bukit Chandan at 3.30 pm on Feb 6, 2009, during the oath-taking and swearing-in ceremony of new Perak Menteri Besar, Zambry Kadir, who replaced Pakatan's Nizar Jamaluddin.
The 13 are Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38, Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 26, Zulhaizam Zulkifli, 29, Isha Riduan Ishak, 59, Adi Hilme Mohd Nasir, 44, Yusuf Jaafar, 48, Idris Mohd Thaib, 48, Mohamad Nazeer Hameed, 48, Khairul Azmi Hassan Basri, 48, Mohd Hasri Ismail, 48, and Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47.
Judge Norsalha Hamzah handed down the sentence after finding the defence failed to create a reasonable doubt, while the prosecution managed to prove a prima facie case against all the accused, and after taking into consideration the submissions from both parties.
Judge Norsalha ordered them to serve the jail sentence from today after rejecting the application from Augustine Anthony, who led a panel of eight lawyers representing the accused, to have a stay of execution for the jail sentence pending appeal at the High Court.
She also ordered them to serve another five months' jail if they failed to pay the fine.
In the interests of the people?
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia tidak sebahagia dahulu, menurut laporan PBB

Posted: 13 Sep 2013 06:40 AM PDT


Malaysia tidak sebahagia seperti sebelumnya menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
Kedudukan  Malaysia merudum dari tangga 51 pada  tahun lalu ke tangga 56 berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2013.
Ini menjadikan Malaysia ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura di tangga 30 dan Thailand di tangga 36 namun masih mendahului Indonesia yang berada di kedudukan 76.
Tahun lalu, Singapura berada pada kedudukan 33, Thailand (52) dan Indonesia (83). Rujuk rajah di bawah.
Manakala Denmark berada di kedudukan pertama negara paling bahagia di dunia dengan memperoleh markah 7.693 berdasarkan "Tangga Cantril" iaitu satu bentuk pengukuran berdasarkan penilaian responden dengan menggambarkan kehidupan sebagai tangga, berdasarkan skala 10 paling bahagia dan 0 sebagai terburuk.
Malaysia mendapat markah 5.760 dalam ujian tersebut merudum 0.377 mata daripada laporan sebelumnya. 40 negara lain turut mencatat penurunan sementara 60 negara lagi mencatat peningkatan.
Bagaimanapun, kajian tersebut tidak menyatakan butiran lengkap keputusan yang diperoleh.
Laporan tahun ini berdasarkan maklumbalas yang diterima dari tahun 2010 hingga 2012 daripada156 negara yang dikeluarkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan PBB (SDSN).
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangka hayat sihat, sokongan sosial untuk mendapatkan bantuan, persepsi rasuah, sifat pemurah dan kebebasan membuat pilihan adalah faktor yang diambil kira dalam kajian itu.
Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa perkembangan baru seperti dunia kini lebih bahagia dan pemurah sejak lima tahun lalu berdasarkan penilaian penduduk mengenai hidup mereka.
"Laporan ini kaya dengan maklumat dimana ukuran dan kajian yang dilakukan secara sistematik boleh mengajar kita bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan perkembangan mapan," kata Pengarah Institut Bumi Universiti Columbia, Jefrrey D. Sachs.
"Kini berlaku peningkatan permintaan sedunia apabila penduduk mementingkan polisi dan mengutamakan kualiti hidup," katanya.