Jumaat, 31 Mei 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Sembah Derhaka ke atas titah Agong (LM)

Posted: 31 May 2013 07:18 PM PDT


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

Sembah Derhaka Rakyat: Jika badan yang diamanahkan, dalam soal ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah sekian lama tidak lagi beramanah dan berjaya membohongi institusi Yang DiPertuan Agong, itulah sebenarnya perbuatan yang amat berbahaya dan menghina kedudukan Tuanku. 

JAWAPAN TAUKE PIL KUDA DAN JUGA ALASAN DIN AYAM

Posted: 31 May 2013 04:13 PM PDT

Jawapan Empunya Diri Yg Dituduh Jual Pil Kuda

MALAYSIA WAVE

 

HABIS YANG TERENGGANU SETAHUN DAN KEDAH SETAHUN BUKAN KALAH KAH TN GURU???? KEKALAHAN DI TERANGGANU DAN KEDAH DI LIHAT KEGAGALAN PRESIDEN MENYELESAIKAN MASAALAH DALAMAN. 3 TAHUN DULU RAMALAN TELAH DIBUAT BAHAWA KEDAH AKAN TUMBANG. TETAPI TIADA YANG PEDULI.

 

 

 

 

Di bawah adalah kenyataan rasmi calon PKR Seberang Takir yang telah dituduh menjual pil kuda sehingga telah diletak calon PAS untuk bertanding 3 penjuru di DUN Seberang Takir.

Bukan setakat itu, tuduhan palsu itu telah diulang di dalam sebuah ceramah yang kemudiannya ceramah tersebut disiarkan ke seluruh Malaysia oleh media UMNO berulang-ulang kali.

Selamat membaca.

TULANG BESI

Ahmad Nazri bin Mohd Yusof
Kelulusan Ijazah Sains Farmasi
Universiti Sains Malaysia
No Pendaftaran :Ahli Farmasi :1590
24000 Chukai Kemaman

TUDUHAN PENGEDARAN UBAT BATUK DAN PIL KUDA

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan sebagai pengedar ubat batuk dan pil kuda.

Untuk makluman sehingga kini tidak ada satu pun tuduhan atau siasatan polis terhadap farmasi dan kelinik saya. Semua tuduhan tersebut dibuat kerana hasad dengki dan khianat diatas kejayaan farmasi dan kelinik saya "KLINIK NABILA" yang sehingga kini merupakan farmasi dan kelinik yang terbaik di Daerah Kemaman serta kejayaan saya diangkat sebagai calon di N11 Seberang Takir.

Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Parti dan juga Polis pada bila2 masa.

Sekian pernafian saya

Yang benar.

(AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)
I/C:660421-11-5003

Di bawah pula adalah kenyataan dari Ustaz Zaharuddin Muhammad aka Ustaz Din Ayam merangkap menantu kepada Presiden PAS

SYAMSUL ISKANDAR PERLU MUHASABAH PARTI BUKAN MENUNDING JARI

Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak.

Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13? Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu?

Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerusi DUN Kota Damansara (KD) dengan PSM lebih awal. PAS bukan melawan PKR di KD tetapi melawan PSM walau dengan apa lambang sekalipun. Sehari sebelum penamaan calon, pihak PAS Subang masih belum mendapat kata putus sama ada PSM atau PKR yang bertanding. Bagi PAS, jika bertanding 3 penjuru lawan PSM adalah sesuatu yang tiada masalah justeru PKR dan DAP juga bertanding 3 penjuru dengan PSM.

Di sana terdapat tuduhan lain, iaitu PAS memecah belahkan undi di DUN Kota Damansara. Tuduhan ini sebenarnya salah dan tidak berfakta. Setelah pihak saraf PAS kawasan membuat post-mortem, di dapati bahawa jika PAS tidak bertanding sekalipun belum tentu 7 ribu undi PAS itu akan diperolehi oleh PSM. Protes terhadap reputasi dan penampilan calon PSM sepanjang satu penggal agak tidak menyenangkan ramai pengundi di DUN Kota Damansara. Ianya bukan sahaja disedari oleh PAS Subang bahkan ia juga disedari oleh akar Umbi PKR. Atas sebab itu PKR Dun Kota Damansara akar umbi DUN Kota Damansara membuat kenyataan akhbar menyokong PAS pada hari sabtu, sehari sebelum hari mengundi. Bagi saya, pihak tertinggi PKR juga wajar mendengar suara akar umbinya di DUN Kota Damansara tentang reputasi dan potensi calon PSM yang akan diletakkan.

Dari satu sudut yang lain pula, jika dibanding dengan kawasan lain yang bertanding 3 penjuru, calon yang diisytiharkan tarik diri biasanya mendapat undi kurang daripada 1 ribu, iatu jumlah undi protes. Jadi, 7 ribu undi adalah satu jumlah undi protes yang sangat besar dalam keadaan calon PAS DUN Kota Damansara dilihat sebagai telah menarik diri khususnya dengan pengumuman dan kempen melalui ceramah oleh SUA di Kota Damansara serta billboard calon pas yang dipatahkan selain daripada Blast Mesej oleh pihak saraf musuh kepada pengundi memaklumkan Calon PAS tarik diri. Semua ini menampakkan PAS menarik diri, pun begitu berjaya mendapat undi yang tinggi.

Sedari awal, respond yang pihak PAS Kawasan Subang perolehi, sebahagian besar pengundi mungkin akan mengundi BN jika PSM terus bertanding. Oleh itu PAS kawasan mengharapkan PKR bertanding di DUN Kota Damansara, bukannya PSM.

Keputusan pengundian membuktikan bacaan PAS sedari awal adalah tepat. Jika PAS tidak bertanding, sebahagian besar akan menyokong BN di samping ada yang memberikan respond untuk tidak keluar mengundi jika PSM bertanding lawan UMNO. Saya yakin 7000 undi tersebut akan pergi kepada Pakatan Rakyat jika PAS atau PKR yang bertanding. Tetapi kegagalan PKR berunding dengan PSM menyebabkan undi-undi pakatan rakyat 'lari tidak bertempat'.

Berkenaan pil kuda saya akan coretkan dalam masa terdekat, Isyaallah. Dari segi agihan kerusi, saya rasa cukup kesal untuk dua perkara, pertama ialah pemilihan beberapa calon PKR baru-baru ini tidak melihat dan membuat 'screening' lebih dalam tentang bakal-bakal calon PKR sehingga ada yang 'suspek penjual pil kuda' juga diambil sebagai calon. Ini menunjukan seolah-olah PKR masih belum mengambil pengajaran daripada lompatnya wakil rakyat Mereka sehingga jatuh kerajan PR di Perak dan telah menggugat keyakinan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. Yang melompat bukan wakil rakyat PAS, tetapi PKR. Sayugia PKR mengambil pengajaran dan sayugia PAS turut serta bertindak kerana ini adalah masa depan bersama.

Kedua, apabila ada pemimin PKR berhujahkan kesaksamaan kerusi untuk bertanding di tempat-tempat tertentu, apa yang boleh dibaca oleh orang ramai bahawa tuntutan kerusia oleh PKR berhujahkan kesaksamaan mempunyai tujuan 'kuasa'. PAS berebut kuasa dengan BN, tetapi sesama Pakatan Rakyat, PAS lebih mengutamaan potensi calon serta individu yang akan bertanding berbanding. Tambahan pula, semua calon PAS akan ditapis secara halus oleh Majlis Syura sebelum diluluskan untuk bertanding. Latar belakang dan akhlak diambil kira sebagai penilaian dan mesti ada tazkiah (sokongan) tentang laporan calon. Bagi PAS, perkara ini sangat penting kerana calon tersebut apabila menang, maka ia akan mencorakkan masa depan negara. Fokus penilaian PAS berkenaan calon ini cukup jelas apabila Tuan Guru Presiden dengan tegas menamakan ADUN PKR, Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar sekalipun kerusi PAS adalah majoriti di Selangor berbanding PKR.

Saya tidak akan mencoret luahan ini jika Syamsul Iskandar tidak memulakannya.

Zaharudin Muhammad.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kritik kerajaan akan dibatalkan pasport mereka? kenapa begitu?

Posted: 31 May 2013 08:09 AM PDT

Dalam keadaan kedua-dua pihak pembangkang dan parti kerajaan sedang berperang mulut berhubung dengan banyak isu, keluar pula kenyataan yang sangat mengelirukan dari Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato Alias Ahmad. Mengapa dan kenapa kenyataan yang sangat mengelirukan ini dikeluarkan, hanya beliau sahajalah yang tahu.
Dato Alias telah mengeluarkan kenyataan yang Jabatan Imigresen mempunyai hak untuk membatalkan Pasport rakyat Malaysia yang mengkritik kerajaan di luar negara dan ini tidak dapat diterima. Mengkritik kerajaan yang memerintah adalah hak rakyat negara ini dan ia boleh dilakukan dimana-mana, samada di dalam atau dari luar negara.
Kita bersetuju rakyat yang mengkritik dan memburukkan negara itu wajar diambil tindakan seperti itu, tetapi setakat mengkritik kerajaan yang mereka anggap rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu bukannya mengkritik negara. Jika seorang rakyat mengkritik kehadiran sistem negara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan apa yang berkaitan dengannya adalah salah bagi negara ini dan wajar pasport mereka di batalkan.
Tetapi jika seseorang mengkritik kerajaan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan membantutkan usaha memperkayakan perpaduan kaum itu tidak salah dan adalah 'ultra-vires' jika tindakan diambil terhadap rakyat itu. Jika semua kritikan terhadap kerajaan itu membolehkan pasport mereka terbatal maka negara kita seolah-olah sebuah negara yang zalim dan tidak bertamadun.
Rakyat dan pemimpin yang meminta pertolongan kuasa asing, misalnya CIA, untuk menumbangkan kerajaan, itu adalah tindakan yang jahat dan perlu pasport mereka itu ditarik balik atau dibatalkan terus. Tindakan ini adalah tindakan memusuhi negara dan Yang Di Pertuan Agong, maka mereka wajar dibatalkan pasport mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan UMNO Kedah haramkan kuliah agama di Seri Mentaloon..??

Posted: 31 May 2013 08:05 AM PDT


Amat malang bagi umat Islam di negeri ini, khususnya kakitangan awam yang selama ini menghadiri kuliah mingguan setiap hari Sabtu di Seri Mentaloon kerana kerajaan UMNO Kedah telah mengharamkannya! 

Kuliah mingguan tersebut diperkenalkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir Kedah pada 2008, menampilkan para penceramah agama yang menyampaikan pelbagai ilmu Islam. Ia mendapat sambutan hangat khususnya dari kakitangan kerajaan dan swasta, memandangkan tempat tersebut lebih selesa dan mempunyai kemudahan parkir yang luas.

Bagaimanapun sejak Kedah diambilalih oleh UMNO 5 Mei lalu, yang dilaporkan memenangi PRU dengan cara 'menipu dan membeli undi' maka kuliah agama tersebut tidak dibenarkan sama sekali.

Untuk maklumat, sewaktu negeri-negeri Islam seperti Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan berada di bawah naungan Komunis Soviet suatu masa dahulu kuliah-kuliah agama seperti itu memang diharamkan sama sekali. Kerajaan komunis khuatir kesedaran umat Islam terhadap agamanya menyebabkan dasar-dasar yang sekular dan anti Islam akan ditolak.

Jangan Ketawa: PRU-13 Bukti UMNO Parti Terkuat

Posted: 31 May 2013 07:47 AM PDT

NGO Kesal IGP Beri Jawapan Kes Pembunuhan Murugan

Posted: 31 May 2013 07:46 AM PDT

Sejuta Laporan Polis pun tidak akan mengubah keputusan Pilihan Raya kata Timbalan Pengerusi SPR ?

Posted: 31 May 2013 07:42 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata laporan polis mengenai dakwat kekal tidak akan cukup untuk mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13, kerana dakwat itu hanya satu elemen tambahan untuk proses pilihan raya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata demikian bagi mengulas laporan polis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwat kekal yang dibuat dalam tempoh tiga minggu selepas hari mengundi pada 5 Mei.

"Dia menggunakan isu dakwat kekal kerana Pakatan Rakyat kehabisan idea.

"Dakwaan Pakatan bahawa lebih 45,000 warga Bangladesh adalah pengundi hantu telah menjadi satu bahan ketawa kerana ia tidak masuk akal sama sekali," kata Wan Ahmad berkata seperti yang dilaporkan oleh portal berita, The Mole.

"Anwar membuat laporan polis dan mengarahkan penyokong-penyokongnya untuk melakukan perkara yang sama hanya kerana mereka mahu memastikan petisyen mereka akan disokong oleh sebab yang kukuh.

"SPR mengakui bahawa terdapat kes-kes di beberapa kawasan yang pekerja kita mempunyai beberapa masalah dengan dakwat. Tetapi seperti yang kita kata banyak kali, dakwat kekal digunakan sebagai satu elemen ditambah bagi mengelak pengundian berganda, "


Wan Ahmad juga berkata tidak ada cara untuk pengundi untuk membuang undi mereka dua kali kerana nama mereka akan diperiksa dan dipotong oleh kakitangan SPR dan ejen parti politik.

Ini laporan asal...

PETALING JAYA: The Election Commission (EC) said police reports on the indelible ink would not be enough to dispute the results of the 13th general election, as the ink was only an additional element to the electoral process.

EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar was responding to Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's police report on the indelible ink, made over three weeks after polling day on May 5.

"He continues to harp on the indelible ink issue because Pakatan Rakyat is running out of ideas.

"Pakatan's allegation that over 45,000 Bangladeshis were phantom voters has become a laughing stock because it does not make sense at all," Wan Ahmad said as reported by news portal, The Mole.

He also described the allegation as "grasping at straws", adding that there had not been a single report to justify the claims.

"Anwar made a police report and ordered his supporters to do the same simply because they wanted to ensure their petition would be supported by a strong cause.

"The EC admits that there were cases in some areas that our workers had some problem with the ink. But as we said so many times, indelible ink was used as an added element to prevent multiple voting," he said.

Wan Ahmad also said there was no way for voters to cast their ballot twice as their name would be checked and crossed by EC staff and political party agents.

The EC has also reportedly set up a special task force to investigate the different quality of the indelible ink.

"When we tested the sample, the quality was good. But things were different during polling day. So we will investigate this matter," Wan Ahmad said.

At a rally last week, Opposition speakers had demanded re-election in constituencies where they claimed cheating had occurred on polling day, calling for EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof and his team to resign.

In response, Wan Ahmad said they had done their duty in accordance with the law, and even if they were willing to step down, the new faces would be subject to the same laws ~ The Star

Malas nak komen banyak-banyak dah pasal orang tua ni.. gambar di bawah ni mungkin sesuai untuk dia..

Antara Musa Hitam,Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim...

Posted: 31 May 2013 07:07 AM PDT

Kalaulah dahulu Musa Hitam tidak menyerah kalah awal ketika berkonflik dengan Mahathir Mohamad, mungkin perubahan politik Malaysia berlaku lebih awal. 

Begitu juga dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Setelah dua kali masuk pilihan raya menentang Barisan Nasional pada tahun 1990 dan 1995, beliau menyerah kalah.


Kedua-dua membawa agenda pembaharuan juga. Musa menerima dan membenarkan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuasa setelah menang pilihan raya negeri di situ. Tindakannya menimbulkan kemarahan Mahathir. Tengku Razaleigh dengan manifesto Selamatkan Malaysia mampu membaewa PAS dan DAP dalam satu pakatan menentang Barisan Nasional di atas agenda pembaharuan.
 
Tetapi kedua-duanya menyerah kalah di tengah jalan. Musa menghentikan perlawanannya menentang Mahathir dan menerima tawaran jawatan bukan politik. 

Tengku Razaleigh bubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan menerima tawaran bergabung dengan Umno Baru dengan pengikut-pengikutnya dilantik dalam kabinet.
 

Itu bezanya Anwar Ibrahim dengan Musa dan Tengku Razaleigh. Beliau meneruskan perlawanannya walaupun melalui banyak kesusahan, berbanding Musa dan Tengku Razaleigh. 

Namun begitu sebenarnya, Anwar ada ketikanya seolah-olah menyerah kalah. Selepas beliau dibebaskan, beliau menghilang ke luar negara untuk jangka masa panjang.


Tindakannya itu menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat. Hanya setelah timbul rasa tidak senang itu, beliau kembali ke tanah air dan mula menyusun langkah.


Namun begitu jika partinya tidak ada, mungkin beliau juga tidak terdorong untuk meneruskan perjuangan. Ketika mula-mula hendak ditubuhkan Parti Keadilan Nasional, Anwar berada dalam penjara.


Terdapat perdebatan sama ada wajar ditubuhkan parti bagi menyokong agenda Reformasi Anwar. Ada sesetengah berpendapat adalah lebih baik gerakan Reformasi kekal sebagai NGO yang ketika itu bernama Adil. 


Tetapi sekiranya ia merupakan NGO, Adil tidak akan menjadi pencabar kepada Umno, apatah lagi Barisan Nasional. Apakah perjuangan Adil? Menuntut keadilan untuk Anwar dan jika berjaya, Anwar kembali kepada Umno.


 

Ketika Musa menentang Mahathir, banyak pengikutnya yang bersedia untuk menubuhkan sebuah gerakan perjuangan. Tetapi ia dipatahkan oleh Resolusi Melayu Johor (RMJ) dan keengganan Musa untuk menentang Umno. Maka sebahagian pengikut Musa menyertai Parti Semangat 46.

Dalam pilihan raya tahun 1995, Parti Semangat 46 telah mengubah namanya kepada Parti Melayu Semangat 46. Penekanan kepada Melayu ini dirasakan penting lengkap ditambah lambang keris pada bendera parti itu.

Read More / Baca Lagi >>

Perjuangan mesti diteruskan...

Posted: 31 May 2013 07:04 AM PDT

Oleh SELENA TAY
WALAUPUN PRU13 sudah berlalu, perjuangan mesti diteruskan oleh Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan bagi semua golongan masyarakat.
Bermula dari sekarang, ahli dan penyokong PAS harus berusaha sedikit demi sedikit untuk mendekati masyarakat Melayu di luar bandar dan kampung yang ketandusan maklumat yang benar.

Proses menyantuni masyarakat luar bandar memerlukan usaha yang gigih dan jangka masa yang panjang sebab cara melakukannya hanyalah dengan lawatan dari rumah ke rumah dengan disertai oleh cetakan risalah. Tiada cara lain lagi untuk melakukan tugas ini kerana di kawasan kampung dan pedalaman tidak terdapat laman sesawang/internet. Oleh itu, gerak kerja untuk mengenali setiap penduduk haruslah dilakukan sekarang juga walaupun pilihan raya umum yang seterusnya akan diadakan hanya dalam lima tahun lagi.
Dengan permulaan gerak kerja yang awal, wakil rakyat daripada PAS akan berpeluang mengenali semua penduduk di dalam sesebuah kawasan Parlimen tersebut dan tidak pula perlu mengejar masa pada saat-saat yang terakhir sebelum pilihan raya.
Justeru, diharap wakil rakyat daripada PAS akan sempat mengunjungi sesebuah keluarga itu sekurang-kurangnya dua kali sebelum pilihan raya yang akan datang.

Terus mengasak Najib, sekali gus bermuhasabah tentang PRU13

Posted: 31 May 2013 07:04 AM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Sebenarnya, tanpa perlu menunggu bukti-bukti baru berkaitan penipuan dalam PRU13 -- termasuk dakwat kekal yang tidak kekal, lampu padam ketika membilang kertas undi, ada pemilih mengundi lebih daripada sekali, juga amalan politik wang yang menjolok mata -- sistem dan proses pilihan raya negara kita perlu segera direformasi secara menyeluruh.

Pengerusi SPR bersama timbalannya,  dan lima anggota yang lain (rujuk profil mereka dalam laman web SPR dan saya pernah mengulasnya dua tahun lalu) harus meletakkan jawatan. Keyakinan awam kepada anggota SPR. seperti dituntut Perkara 114 (2) Perlembagaan sudah lama terhakis. Gelagat SPR tidak lebih daripada komponen ke-14 BN!
Justeru, gema lantang suara rakyat yang ditunjukkan dalam siri jelajah "Blackout 505" mesti diteruskan secara lebih proaktif. Bukannya dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan di luar proses demokrasi, tetapi mahu bangkit mengasak secara intensif agar kerajaan benar-benar serius melakukan pembaharuan politik.
Tidak lama lagi kita akan berdepan proses persempadan kawasan pilihan raya, yang selama ini menjadi instrumen paling ampuh buat BN mengekalkan kuasa. Tanpa majoriti dua pertiga, jumlah kerusi tidak dapat ditambah, namun SPR dibimbangi akan meneruskan "kerja jahat" selama ini, iaitu melakar semula kawasan pilihan raya semata-mata untuk memudahkan BN memenangi PRU14.
Sistem First-Past-The-Post telah dimanipulasi sepenuhnya, termasuk penyimpangan maksimum untuk jumlah pengundi di setiap kawasan pilihan raya. Walhal, BN sepatutnya dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengimbangi kawasan Parlimen, dengan melakukan penambahan kerusi mengikut formula lebih demokratik merujuk prinsip satu orang satu uundi, dengan mengambil kira kawasan luar bandar (rural weightage), tetapi dengan nisbah yang munasabah.

Saya tertarik dengan rumusan aktivis SAMM, Edy Noor Reduan: "Menyeru semua NGO dan aktivis supaya pastikan tiada lagi rapat himpunan, tiada lagi acara persembahan, tiada lagi ucapan pidato yang melampuh, kini tiba masa untuk bergerak, kini tiba masa untuk berarak dengan berani."

Apa pun, saya juga teruja dengan persoalan dibangkitkan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman: "Apa lagi yang mahu dilakukan selepas jelajah "Blackout 505"? Presiden Anak itu lebih prihatin dengan  proses koreksi diri dan langkah segera menjernihkan keadaan, sekali gus mrumuskan hala tuju dan prioriti parti.
Read More / Baca Lagi >>

Horrific autopsy report on Sat: Zahid, Khalid unfit to hold office, Paul Low a disgrace - Surendran

Posted: 31 May 2013 07:01 AM PDT

The family of the late N Dharmendran, who was beaten to death while in police custody, will reveal the full post-mortem report containing "horrific and shocking" details on Saturday, their lawyers told Malaysia Chronicle on Friday.
Horrific autopsy report on Sat: Zahid, Khalid unfit to hold office, Paul Low a disgrace - Surendran"Injuries and torture detailed in post-mortem report is horrific and will shock the nation when revealed tomorrow. That no action has been taken 9 days since Dharmendran's death proves the Inspector General of Police Khalid Bakar and Home Minister Zahid Hamidi are unfit to hold office. Paul Low is a disgrace and laughing stock as a human rights minister," N Surenrdan, the family's lawyer, told Malaysia Chronicle.
Surendran will expose the findings of the autopsy at a press conference to be held in the PKR headquarters at 10.30am on Saturday, June 1.
Remanded over a fight but ended murdered by the police?
The 31-year-old Dharmendran, an employee of sewage treatment utility Indah Water, had been remanded since May 11 for suspected involvement in a fight. He was found dead in police custody on May 21.
Surendran, who is also the MP for Padang Serai, had just days ago dropped a bombshell, revealing that Paul Low had made contact with his clients and invited them to a secret meeting without the presence of their current lawyers.
While Low, a former president of Transparency International Malaysia, was quick to deny this, insisting that it was the family who misconstrued his motives, the newly-appointed minister drew criticism for U-turning on his previous appeal to the government to form an independent panel, IPCMC, to monitor police conduct as a means to prevent custodial deaths.
"This is hypocritical because Datuk Low had himself criticised the failure of the government to implement the IPCMC as there is already an existing mechanism to lodge complaints against the police is both hypocritical and irresponsible," DAP sec-gen Lim Guan Eng said in a statement issued on Friday.
"As the then-President of Transparency International Malaysia, Datuk Low told a press conference after presenting the 2009 Global Corruption Report that the watering down of the proposed IPCMC into a special complaints commission 'strongly indicates the government's inability to regulate the gatekeepers'."
What happened to you, Paul Low?
Indeed, there is deep public disappointment with Paul Low, who is perceived by many to have 'sold out' to Prime Minister Najib Razak's corruption-tainted government.
As for Zahid, whose credibility is already sagging after several highly-priced procurement deals he pushed through as Defense Minister, calls are growing for him to step down for abuse of power and interfering with police work. Just today, a group of students protested outside his office, lambasting him for using the police as tools for his political purposes.
"Even though there is a new Home minister, the Home Ministry continues to be partisan and as long as this continues, the police will not be independent,"  student activists Abdul Muqit Muhammad had told the press.
Read More / Baca Lagi >>

Musa Aman FLOUTING the federal constitution: Rescind entry ban on Nurul - Bar councils

Posted: 31 May 2013 07:00 AM PDT

Musa Aman FLOUTING the federal constitution: Rescind entry ban on Nurul - Bar councils
The three Bars of Malaysia — Sabah Law Association, Advocates' Association of Sarawak and Malaysian Bar — deplore the denial of entry of Nurul Izzah Anwar, a Member of Parliament, into Sabah, upon landing in Kota Kinabalu on 30 May 2013, which was during the Pesta Kaamatan celebrations.
By deploying this drastic measure, the Sabah State Government is flouting the guarantee of freedom of movement that is enshrined in Article 9 of the Federal Constitution, which provides that "every citizen has the right to move freely throughout the Federation".  Although the Sabah State Government has the statutory right to restrict entry, this power must be used sparingly, and only with justifiable cause.
The three Bars of Malaysia call on the Sabah State Government to immediately rescind the entry ban that it has imposed, and to cease and desist from resorting to such action without any justifiable cause.  We urge the Malaysian Government to take concrete measures to safeguard each citizen's right to travel within his or her own land without hindrance.
G B B Nandy @ Gaanesh
President
Sabah Law Association


Khairil Azmi bin Mohd Hasbie
President
Advocates' Association of Sarawak

Christopher Leong
President
Malaysian Bar

DAP kesal kenyataan pengarah ROS

Posted: 31 May 2013 06:59 AM PDT


KUALA LUMPUR: DAP Malaysia mengecam tindakan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengeluarkan kenyataannya kepada media, sedangkan siasatan masih belum selesai.

Ini kerana, DAP baru sahaja menerima surat daripada ROS yang meminta agar parti itu membekalkan beberapa dokumen untuk siasatan lanjut, semalam.

"Namun, dalam masa sama, hari ini di Utusan Malaysia, beliau telah bertindak mengeluarkan kenyataan biarpun kami baru terima surat semalam," tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada sidang media, di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Menurut Anthony,  tindakan Abdul Rahman itu jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, tidak profesional , serta seperti menjadi agen politik bagi pihak tertentu.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Seremban itu berkata kenyataan Abdul Rahman itu yang mengatakan terdapat ahli parti itu dinafikan hak mengundi pada kongres parti itu, Disember lalu, merupakan satu tuduhan.

Tegas Anthony, pada kongres parti itu, sebanyak 1843 perwakilan hadir dan mengundi bagi pemilihan parti (CEC), di samping peratus kehadiran ahli parti sebanyak 71.5 peratus.

"Peratusan itu menunjukkan satu angka yang tinggi, yang mana tidak ada mana-mana parti yang akan mendapat peratus kehadiran 100 peratus.  Jika peratusan itu boleh dianggap sehingga pemilihan itu tidak sah, adakah boleh jika kita katakan pilihan raya umum yang lalu juga tidak sah kerana peratusan keluar mengundi tidak 100 peratus?" soal Anthony.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor: Portfolio Penerangan Pastikan Rakyat Dapat Maklumat Tepat

Posted: 31 May 2013 06:58 AM PDT

Exco Selangor Baru
KLANG 30 MEI : Portfolio Penerangan diwujudkan bagi memastikan rakyat Selangor mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai segala program yang dirangka Kerajaan Negeri menerusi hebahan media.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim langkah ini mengambil pengajaran ketika pentadbiran penggal pertama lalu ,biarpun banyak program dijalankan seperti agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) namun ia tidak sampai kepada rakyat secara menyeluruh.
"Oleh sebab itu salah satu tugas portfolio ini ialah memberikan penerangan yang lebih tepat, jelas dan terus kepada rakyat.
MB exco baru
"Ini akan kita bincangkan supaya sebarang maklumat dan komunikasi kepada rakyat dapat dilaksanakan melalui pelbagai usaha seperti hebahan melalui TVSelangor, radio dan semua media," katanya dalam sidang media selepas majlis angkat sumpah exco Kerajaan Negeri di Istana Alam Shah di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri komited meneruskan agenda MES dalam penggal terbaru ini di mana kekayaaan negeri diagihkan kepada rakyat.
Menurutnya, beliau dan barisan exco yang baru dilantik menerima segala nasihat DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akan memastikan kesinambungan pentadbiran bersih dan telus yang ditunjukkan Kerajaan Negeri  sepanjang lima tahun lalu.
'Kepada rakan yang baru dilantik, saya yakin mereka mampu memberikan komitmen yang tinggi terhadap bidang tugas yang diamanahkan demi meneruskan kecemerlangan kerajaan Selangor," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Gerrymandering a BN advantage?

Posted: 31 May 2013 06:53 AM PDT

KiniTalk: The Future of BN Post GE-13

Posted: 31 May 2013 06:52 AM PDT

Jika SPR bubar, siapa calon barunya?

Posted: 31 May 2013 06:38 AM PDT

Oleh ALI BUKHARI AMIR

Perkara yang berkaitan SPR ini boleh dilihat dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan di mana ia berperanan sebagai sebuah suruhanjaya yang menyelia pilihan raya. Daripada suatu segi, sepertinya ia diperakui sah kedudukannya oleh perlembagaan

Tetapi, isu hari ini bukan lagi melibatkan persoalan sama ada SPR itu masih relevan atau tidak. Ia adalah persoalan keyakinan rakyat terhadapnya. Biarpun ia terpahat dan tertulis di dalam perlembagaan, tapi ia mestilah diyakini untuk menjalankan peranannya sebagaimana yang dikehendaki rakyat.

Insiden kepenggunaan dakwat kekal yang mengakibatkan keyakinan rakyat tercalar termasuk kejadian terputusnya bekalan elektrik di beberapa buah tempat pengundian, termasuk pendedahan berhubung kehadiran rakyat Bangladesh telah membuktikan bahawa SPR hari ini berdepan dengan masalah besar.

Masalah besar ini sudah berada di tahap terhakisnya kepercayaan rakyat ke atasnya. Dan, jika SPR gagal melaksanakan tuntutan rakyat anjuran Bersih sebelum ini, maka pesuruhjaya SPR perlulah ditukar ganti dengan pesuruhjaya yang lain pula.

Tugas SPR antara lainnya adalah mendaftarkan pemilih. Hal ini pun tidak dilaksanakan SPR. Ada tuntutan yang tidak diendahkan iaitu gesaan agar didaftarkan terus para pemilih itu setelah cukup usia mengundi.

Pendek kata, banyak kelemahan yang jelas ketara wujud jika hendak diselak kelemahan ini satu persatu. Jadi, kepada siapakah yang perlu rakyat adukan permasalahan SPR ini.
Read More / Baca Lagi >>

Duit Haram: Malaysia juara pengubah wang haram berpusat di Amerika Syarikat

Posted: 31 May 2013 06:37 AM PDT


KUALA LUMPUR, 31 MEI: Perkhidmatan kiriman wang tidak berlesen di Malaysia didakwa menjadi sebahagian daripada operasi besar pengubahan wang haram berpusat di Amerika Syarikat yang bernilai US$6 bilion (RM18.3 bilion).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata reputasi buruk Malaysia sebagai juara aliran wang haram per kapita menjadi dalil kukuh kegagalan Barisan Nasional (BN) dan Bank Negara melenyapkan rasuah dan mencegah pengubahan wang haram di Malaysia.
Katanya, ketika berada di London beliau sedih apabila membaca laporan akhbar New York Times bahawa skim pengubahan wang haram yang beroperasi di bawah Liberty Reserve memiliki jutaan pelanggan di seluruh dunia yang 'bersifat penjenayah' itu melakukan 55 juta transaksi dalam tempoh tujuh tahun lalu.
"Dalam kes pengubahan wang haram dalam talian terbesar dalam sejarah, Liberty Reserve bergantung sepenuhnya kepada penukar pihak ketiga untuk menerima dan membuat bayaran bagi pihak mereka, yang selalunya adalah 'usahawan pengirim wang tidak berlesen yang tidak mempunyai badan pemantau kerajaan atau undang-undang yang signifikan, berpusat di Malaysia, Rusia, Nigeria dan Vietnam'.
"Global Financial Integrity Report yang berpengkalan di Washington menyenaraikan negara China di tangga pertama dalam aliran keluar wang haram yang selalunya berunsur rasuah berjumlah US$2.8 trilion dan Malaysia berada pada kedudukan kelima di dunia dengan US$291 bilion. Namun atas dasar per kapita, China kalah kepada juara dunia Malaysia dengan hanya RM6,400 seorang setahun berbanding RM32,000 bagi Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, di England, malangnya Malaysia mempunyai sejarah silam apabila warganya ada yang menjadi 'bookie' mengatur perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris.
Read More / Baca Lagi >>

Punca bot karam: Tiada jalan darat antara Sibu-Kapit-Belaga

Posted: 31 May 2013 06:36 AM PDT


KUALA LUMPUR, 31 MEI: DAP menganggap punca sebenar berlakunya tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga, Selasa lalu, yang meyaksikan 11 mangsa hilang, termasuk satu mayat ditemui kerana tiada jalan raya antara Sibu-Kapit-Belaga walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka dan enam tahun menuju Wawasan 2020.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata persoalan yang sepatutnya bermain di kotak fikiran rakyat Malaysia ketika kaum Dayak mengambut Hari Gawai ialah sama ada musibah bot karam dengan 179 penumpang terselamat dan 11 hilang, menjadi satu daripada agenda Kabinet Persekutuan yang bermesyuarat, semalam.
Beliau berkata, atau adakah Kabinet sudah memutus untuk memperbetulkan kegagalan 50 tahun pembangunan saksama di Sarawak dengan memastikan wujudnya akses jalan raya ke Kapit dan Belaga.
"Jika tidak, apakah perbezaan yang dilakukan kepada teras sosio-ekonomi nasional dan pembangunan infrastruktur juga keadilan sosio ekonomi yang terlewat kepada penduduk pedalaman Sarawak melalui melantik tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak menyertai Kabinet Persekutuan.
"Malah, sekiranya musibah bot karam itu berlaku pada hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri tentu sudah melawat tempat kemalangan dan menemui mangsa dalam tempoh 24 jam untuk menyampaikan ucapan takziah Kerajaan Persekutuan secara peribadi berbanding sikap berbeza Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang, yang tidak mengucapkan sepatah kata pun mengenai musibah bot Belaga sejak dua hari lalu," katanya dalam kenyataan hari ini..
Beliau berkata, setiap orang sebenarnya takut untuk menggunakan bot ekspres kerana arus sungai tidak boleh dijangka tetapi mereka tiada pilihan lain kerana tidak boleh menggunakan pengangkutan darat.
Read More / Baca Lagi >>

Retract ban on Nurul Izzah, outspoken BN MP says

Posted: 31 May 2013 06:34 AM PDT

Bung Moktar had said that there was a need to rectify the move. - File pic
KUALA LUMPUR, May 31 — The ban on PKR vice-president Nurul Izzah Anwar from Sabah should be withdrawn as she does not pose a threat to the state, outspoken Barisan Nasional MP Datuk Bung Moktar Radin has said.
He asked the Sabah state administration to give a solid reason for the move he had last night described as a "big mistake" and a "disaster".
"Why I tweeted support Nurul Izzah? Because I see there's no need to block her from Sabah, because she is not a threat," the Umno supreme council member said today after the attending the Umno supreme council meeting here.
"So I ask the state government to give a solid reason.
"If purposely menahan (blocked) , it is a move that is not relevant, I think that certain quarters that made the ban have to retract," he added.
Last night, Bung Moktar had said that there was a need to rectify the move.
"I believe this is a big mistake… and it needs to be corrected," he had tweeted on his @MyKinabatangan Twitter handle, tagging Nurul Izzah and Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman in his tweet yesterday.
"I don't understand why Nurul was not allowed to enter Sabah. If it's true, then this is a mistake and a disaster," added the Umno supreme council member.
Yesterday, Nurul Izzah was denied entry into Sabah upon arriving in Kota Kinabalu to celebrate Pesta Kaamatan, or the Harvest Festival, in her personal capacity.
Today, Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman refused to comment Nurul Izzah's deportation from the east Malaysian state yesterday.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah akan cabar larangan memasuki Sabah di mahkamah

Posted: 31 May 2013 06:32 AM PDT

Nurul Izzah tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan. - Gambar fail
PETALING JAYA, 31 Mei — Menyifatkan tindakan menghalangnya memasuki Sabah sebagai "penahanan anti demokratik", Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri barisan nasional (BN) Sabah atas tindakan mereka di mahkamah.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.
"Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
"Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik," tegasnya lagi.
Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan telah ditahan dan seterusnya dihantar pulang ke Semenanjung.
Pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) itu juga tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihalang daripada memasuki negeri berkenaan.
"Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan.
"Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah," katanya kepada pemberita.
"Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu," katanya, dan menambah,"sampai bila saya dilarang?"
Beliau menegaskan, PKR juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penjelasan dan menggesa mereka kemuka kepada umum senarai nama pemimpin PR yang dihalang, supaya rakyat tahu apa sebabnya mereka mengancam keselamatan Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

PATI Raja Di Sabah: Musa Aman enggan ulas halangan Nurul Izzah ke Sabah

Posted: 31 May 2013 06:31 AM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Mei — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman enggan mengulas mengenai halangan masuk Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kenegeri Borneo itu semalam.
Musa (gambar) terus ke keretanya secara tergesa-gesa apabila cuba ditemui oleh The Malaysian Insider di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.

Imigresen Sabah: Kami ikut arahan kerajaan negeri halang Nurul Izzah

Posted: 31 May 2013 06:30 AM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Mei — Jabatan Imigresen Sabah mengatakan mereka hanya mengikut arahan kerajaan negeri untuk menghalang Nurul Izzah Anwar (gambar) daripada memasuki Sabah.
"Arahan itu diterima dari semasa ke semasa," kata Noor Alam Khan Abdul Wahid dipetik dari The Star Online mengulas tentang halangan terhadap naib presiden PKR itu ke Sabah semalam.
Seorang pegawai di jabatan ketua menteri berkata, tiada kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan setakat ini.
Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.
Penghantaran pulang naib presiden PKR itu dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai menurut ahli Parlimen BN Sabah Datuk Bung Mokhtar Radin adalah "bencana" dan "kesilapan besar".
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan Ketua Menteri (KM) Sabah Datuk Seri Musa Aman mengapa Nurul Izzah dihalang masuk ke negeri itu dan terus dihantar pulang, dan berapa ramai lagi ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang akan dihalang.
Menurut Lim, tindakan tersebut melanggar prinsip asas hak asasi manusia dan menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia dilayan dengan buruk di negara sendiri.
"Memandangkan senarai tersebut adalah hak prerogatif Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, kami ingin tahu siapa lagi yang dinamakan dalam senarai larangan terbabit," kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang komponen kerajaan, bukan pengkhianat..!!

Posted: 31 May 2013 06:23 AM PDT

Oleh: Hadi Kamilan
Pada 10 April 1826, Sir John Hobhouse ketika berhujah di dalam House of Commons, Westminster (Parlimen British) telah mengungkapkan istilah His Majesty's Opposition (Pembangkang Di Raja) atau di sesetengah negara memanggilnya His Majesty's Loyal Opposition (Pembangkang Taat Di Raja) yang menjadi batu asas penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara England ketika itu. Setelah 162 tahun, peninggalan dan jasa besar beliau masih lagi diguna pakai di seluruh Parlimen di negara-negara Komanwel sehingga hari ini.
Pembangkang komponen kerajaan, bukan pengkhianatApakah yang dimaksudkan beliau sebagai Pembangkang Di Raja ketika itu? Menurut Geraltz Schmitz (1988) dalam kertas kajiannya "The Opposition in a Parliamentary System" istilah His Majesty's Opposition atau Pembangkang Di Raja, membawa maksud ahli-ahli pembangkang di dalam Dewan Perundangan sesebuah negara berkemungkinan akan mempertikai dasar kerajaan sedia ada. Namun pada masa yang sama masih lagi berfungsi di dalam kerangka demokrasi yang dibenarkan.
Pencerahan berhubung maksud pembangkang pula diperincikan dalam kertas kerja "The Role of Political Parties in Democracy" oleh National Democratic Institute for International Affairs sebagai "democratic opposition" iaitu parti politik yang tidak menerima undi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan namun memainkan peranan yang sama penting untuk ahli dan penyokongnya serta termasuk juga kepada orang yang tidak menyokong dasar dan aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan pemerintah.
Justeru, atas dua definisi ini maka konsep Pembangkang Di Raja dapat difahami sebagai membenarkan pencanggahan idea melalui hujah dan debat bagi memastikan demokrasi itu berfungsi tanpa rasa takut dituduh sebagai pengkhianat memandangkan tugas mereka bertanggungjawab terhadap penyokongnya dan kepada siapa yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan pemerintah. Pada sesiapa yang menganggapnya is hanyalah perubahan terma perkataan, mereka silap kerana ia menunjukkan kepentingan kedudukan pembangkang di dalam sistem Parlimen negara-negara Komanwel yang mempunyai sejarahnya yang panjang.
Ini kerana pada awal abad ke 16 dan ke 17, sesiapa sahaja ahli-ahli Parlimen yang cuba mengemukakan rang undang-undang peribadi (private bill), bertentangan pendapat atau idea dengan Raja (kerajaan), hatta berdebat isu-isu nasional seperti hak pewarisan, dasar luar dan agama telah merisikokan diri mereka untuk di penjara. Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang lumrah jika hari ini pembangkang sering dipinggirkan, diperkecil dan diperkotak-katikkan peranannya memandangkan ia telah berlaku ratusan tahun dahulu.
Pembangkang komponen kerajaan
Walau pun terma Pembangkang Di Raja tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia secara terang dan jelas, namun pengiktirafan terhadap ketua pembangkang dan peranannya dapat dilihat dalam beberapa akta dan undang-undang kecil. Ini pastilah berbeza dengan kedudukan His Majesty's Opposition di United Kingdom memandangkan Perlembagaan United Kingdom ini tidak bertulis maka atas warisan dan sejarahnya pada tahun 1826, maka terma ini telah di kanunkan secara tidak langsung disisi Perlembagaannya.
Norman Wilding di dalam bukunya "An Encyclopedia of Parliament" menyatakan di dalam menentukan kedudukan dan mengiktiraf peranan pembangkang di dalam dewan perundangan, kebiasaannya kedudukan pembangkang diketuai Ketua Pembangkang yang akan duduk di barisan hadapan sekali dan di sebelah kiri Yang Di Pertua Dewan Perundangan. Parti politik pembangkang yang menguasai kerusi terbanyak akan diberikan keutamaan diikuti parti-parti politik yang berikutnya. Kedudukan yang diguna pakai ini juga terpakai di dalam Parlimen Malaysia memandangkan Malaysia juga merupakan sebuah negara jajahan takluk negara British satu ketika dahulu.
Walau pun pilihanraya di Malaysia telah diadakan pada tahun 1955, namun ia merupakan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan sebelum merdeka. Justeru, ia tidak boleh di anggap Parlimen Tanah Melayu yang mencerminkan kedudukan sebuah Parlimen yang berdaulat. Hanya pada tahun 1959, barulah Malaysia mempunyai sebuah kabinet kerajaan dan pembangkang yang formal di dalamnya.
Read More / Baca Lagi >>

Sidang Sidang Media, Nurul Izzah Isu Larangan Memasuki Sabah

Posted: 31 May 2013 06:04 AM PDT

Bekas Pengerusi GERAK Mohon Maaf Kepada Khalid Ibrahim - BULETIN 13

Posted: 31 May 2013 05:34 AM PDT

Chin Tong: MCA irrelevant since 1990

Posted: 31 May 2013 05:33 AM PDT