Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Paul Low berjaya ditransformasikan (LM)

Posted: 19 May 2013 07:13 AM PDT

Paul Low, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) yang sebelum ini lantang bersuara agar menteri-menteri mengisytiharkan harta masing-masing, dalam tempoh seminggu dilantik menjadi Menteri pintu belakang kerajaan 47%, telah menukar nada.

Hanya dengan sekali jentik di tel*rnya, Paul Low kini menukar haluan, mempertahankan bahawa ahli kabinet Najib tidak perlu mengisytiharkan harta demi keselamatan menteri-menteri. Demi keselamatan atau demi menyembunyikan jumlah harta kekayaan para menteri daripada diketahui Rakyat?

...Beginilah akibatnya jika sudah masuk ke dalam tong taik... tong tak bersih, muka berlumuran taik...

PENJELASAN RAFIZI PAKATAN MENANG PRU 13

Posted: 19 May 2013 05:57 AM PDT








AZRAN .....AIR ASIA KITA BOLEH BG IKLAN PERCUMA.UTUSAN BUKAN LAKU

Posted: 19 May 2013 01:56 AM PDT


Bahasa

'Utusan': Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Rani Omar minta maaf

By Md Izwan

Azran dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau. - Gambar failKUALA LUMPUR, 19 Mei — Harga iklan syarikat penerbangan AirAsia lebih murah daripada iklan-iklan kecil yang lain, kata Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini, serta menggesa ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani, meminta maaf.

Awang Selamat dalam ruang kolum tersebut mendakwa harga iklan yang diberikan kepada AirAsia adalah terlalu murah dan tidak memberikan sebarang keuntungan kepada Utusan Malaysia, malah lebih rendah daripada iklan-iklan kecil yang lain.

"Tanpa Air Asia, Utusan tidak akan hadapi sebarang masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut," kata Awang Selamat yang dipetik berkata dalam akhbar tersebut.

"Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan AirAsia," kata Awang Selamat yang dipetik dalam Utusan Malaysia hari ini.
Dalam ruang itu lagi, Awang Selamat juga membuat perbandingan antara AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS), yang mana menyifatkan MAS sebagai memiliki khidmat yang lebih baik dan kental nasionalismenya.
"Kepada yang berbudi kita berbahasa, terutama penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya," kata Awang Selamat lagi.

Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau.
Beliau dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan editor akhbar tersebut akhir-akhir ini.

Beliau dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.
 
Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu kemudiaan menyiarkan kenyataan dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar Azran sebagai "bongkak" dan "lupa diri".

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut "angkuh" kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa "kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pasca PRU13: Bangunkanlah politik, budaya baru

Posted: 19 May 2013 08:58 PM PDT

0leh AHMAD MUHAJIR
TERINGAT pada pertengahan tahun 1980-an, dikala umur masih belia, darah panas, ekstrem dan mahu menang sendiri, Almarhum Bapak Mohammad Natsir menyampaikan sebuah hadis Qudsi kepada anak-anak muda melalui Almarhum Dr Ir Muhammad 'Ima duddin 'Abdulrahim mesra kita panggil Bang Imad, yang ertinya "Barangsiapa yang durhaka kepada-Ku (kata Allah) akan Aku biarkan mereka diperintah oleh orang-orang yang tidak tahu dengan-Ku."


Penulis sedar dan sangat menangkap maknanya, kita berceramah keras, hebat dan adakalanya garang, dan menyedihkan lagi kita terpukau dengan anggukan pendengar, tanpa disedari kita merasa ujub dan kibir, tanpa kita buat kajian apa yang perlu kita sampaikan dan apa kesannya kepada yang mendengar. Di sinilah, kita kurang memahami psikologi dakwah, kurang arif dengan tahap pemikiran pendengar kurang mesra dengan keperluan dan cita rasa pendengar masa itu.
Di sinilah kita perlu banyak belajar dan melihat dunia luar, perlu mengkaji realiti dan bacaan politik semasa. Jangan kita terbuai dengan kehebatan kita yang tidak seberapa, lalu kita dinilai orang agak angkuh dan kaku. Di sinilah kita menerima hakikat hasil PRU13 baru-baru ini, harapan kita terlalu besar untuk menuju sebuah kemenangan, 'mood' rakyat terlalu tinggi untuk sebuah perubahan, bahkan Pesta Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur 26 April-5 Mei 2013 di PWTC, yang sepatutnya habis 5 Mei namun ditutup lebih cepat satu hari kerana PRU itu.
Orang yang datang melihat membeli dan mencari buku kebanyakannya menyebut "Ini kalilah", itu tidak ada rasa takut dan bimbang, padahal PWTC adalah Ibu Pejabat Umno, rakyat begitu bera ni tidak takut apalagi segan silu, ikut kajian yang datang mengucapkan kalimat 'perubahan' itu hampir 90 peratus. Namun apakan daya ikut beberapa orang sahabat mereka menyebut SPR dengan akronim lain dipanjangkan menjadi 'Suruhanjaya Penipu Raya', kita tidak boleh mempersoalkan suara hati mereka kerana mereka yang bekerja dan merasakan beratnya perjuangan untuk menuju sebuah kemenangan.
Read More / Baca Lagi >>

Tangkapan Adam cetus kebangkitan, kata NGO

Posted: 19 May 2013 08:55 PM PDT



 
Tangkapan aktivis siswa Adam Adli akan menjadi pencetus kebangkitan anak muda dan akan menyemarakkan mood kemarahan rakyat terhadap dakwaan penafian demokrasi secara melampau oleh kerajaan, kata sebuah NGO anak muda.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, pada hari pertama tahanannya sahaja sudah 100 aktivis berkumpul bagi menunjukkan solidariti di hadapan lokap yang dihuninya.
NONEBadrul (kanan) yang lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan kenapa pemimpin Umno yang didakwanya berulang kali mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dan kebencian antara agama tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun ratusan laporan polis dibuat.
"Malah pemimpin Umno, proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set undang-undang," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Barul juga membidas menteri dalam negeri yang baru Datuk Zahid Hamidi apabila "memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat".

"Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan 'demokrasi yang mati'," katanya, merujuk kepada tulisan kontroversi Zahid di Utusan Malaysia baru-baru ini.

Hijrah: Zahid berkeras, tak akan tarik balik kenyataan

Posted: 19 May 2013 08:55 PM PDT


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menggesa rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah keluar dari negara ini.

Zahid juga dilaporkan berkata, beliau bersedia berdepan dengan usul mengecamnya berhubung kenyataannya itu yang akan dibawa ke Dewan Rakyat yang akan bersidang nanti.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan akan membawa usul di Dewan Rakyat bagi mengecam Zahid yang mengeluarkan kenyataan yang didakwa tidak wajar itu.

Zahid mengejutkan banyak pihak apabila mengeluarkan kenyataan meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain ketika beliau baru sahaja dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kenyataannya itu menimbulkan pelbagai bantahan bukan sahaja dari ahli politik malah termasuk juga ahli akademik dan penganalisis politik.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Adam Adli: Pembesar dibela, rakyat ditindas

Posted: 19 May 2013 08:54 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kenapa Adam Adli menjadi mangsa? Kenapa Adam Adli ditangkap? Kelihatan Umno dan BN sangat takut kepada Adam Adli? Mengapa Adam Adli disoal siasat?
Demikian pertanyaan yang dilontar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

"Jelas tindakan pihak berkuasa hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Beliau juga mempersoalkan sewaktu Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan perkauman jijik dan penuh hasutan "Apa lagi orang cina mahu?", kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas untuk menahan editornya, membatalkan permit penerbitannya serta mereka yang bertanggungjawab mengungkapkan kenyataan tersebut.

Begitu juga, ujarnya semasa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan melampau berbau hasutan apabila beliau mendesak pihak yang menentang penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya, keluar dari negara ini di mana pihak berkuasa dan kenapa tidak tahan dan soal siasat pemimpin yang dangkal itu.

Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: 'Tsunami Cina', Cina yang mana?

Posted: 19 May 2013 08:53 PM PDT

Racism is a refuge for the ignorant. It seeks to divide and to destroy. It is the enemy of freedom, and deserves to be met head-on and stamped out - Pierre Berton

Sejarah tamadun dunia menunjukkan pelbagai bangsa pernah menjadi hamba kepada kezaliman. Lihat sahaja Piramid Mesir, simbol kemegahan pemimpin yang zalim, sebanyak 800 juta bongkah batu dibawa dari bumi Aswan ke Kaherah oleh hamba abdi.

Hari ini, semua orang begitu ghairah mengagumi piramid yang sergam berdiri.

Tiada siapa ambil peduli batu-batu kecil sekitar piramid, iaitu kubur 300,000 hamba abdi yang bersusah payang membina piramid untuk raja firaun.

Kita tidak mempersoalkan apa ras dan keturunan hamba ini, tetapi yang jelas mereka telah ditindas oleh firaun.

Sejarah penindasan telah melangkaui persoalan ras dan keturunan. Tiada siapa dapat menentukan warna kulit mereka sebelum mereka dilahirkan. Apabila dia ditindas adalah normal untuk dia bertindak balas melawan kezaliman.

Revolusi Rusia 1917 memperlihatkan perjuangan proletariat melawan borjuis, iaitu golongan kelas pertengahan melawan penindasan oleh kelas atasan. Idea Marxist ini telah diolah oleh Soekarno di Indonesia dengan nama Marhaeinisme, iaitu ideologi menentang penindasan manusia ke atas manusia, dan bangsa ke atas bangsa.

Ali Shariati, pemikir hebat abad ke-20 berkata, Islam adalah agama yang mengajar manusia berjihad melawan penindasan dan bukannya agama yang meratapi penindasan.

Penindasan rentas keturunan

Beliau meniupkan semangat penyatuan golongan mustadhafiin melawan penindasan oleh golongan mustakbirin. Semangat ini telah menjulang Revolusi Iran 1979.

Sejarah melawan penindasan membuktikan ras dan keturunan bukan pemangkin untuk meniup roh perjuangan menegakkan keadilan.
Read More / Baca Lagi >>

MP: 'Mini mahathirfiruan' sedang muncul di Kedah

Posted: 19 May 2013 08:50 PM PDT



 
Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiruan" di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.
Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum ini.

NONE"Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan demokratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah lima tahun sebelum ini.
"Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh MB Muhkriz adalah satu isyarat kebangkitan satu 'mini Mahathirfiruan' yang sedang muncul," sindir Gooi (kiri).

Bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri dalam era perhimpunan Reformasi membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 turut mendapat gelaran hampir sama, iaitu "Mahafiraun" di Internet.

Mukhriz pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.
"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi menteri besar di Alor Setar, lapor Bernama.
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar pada hari yang sama merayu supaya Mukhriz selaku pengerusi Perbadanan Stadium Kedah membenarkan perhimpunan itu setelah ia ditolak pengurusan stadium.

Khutbah Jumaat | Ahli Parlimen Temerloh | 10 Mei 2013 |

Posted: 19 May 2013 08:43 PM PDT

UMNO ZALIM...ORANG TENGAH SUJUD SOLAT...DIANGKATNYA...INIKAH YANG DIKATAKAN UMNO BELA ISLAM???

Posted: 19 May 2013 08:42 PM PDT

FITNAH UMNO TERHADAP KRISTIAN DAN HUBUNGAN UMNO DENGAN ISRAEL

Posted: 19 May 2013 08:42 PM PDT

Syed Shahir: 3 faktor jika PR mahu terus menang

Posted: 19 May 2013 08:41 PM PDT

Cina bukan rasis- Ann Wan Seng

Posted: 19 May 2013 08:41 PM PDT

Pesanan Penting Oleh as-syahid Iman Hassan al-Banna

Posted: 19 May 2013 05:29 PM PDT

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Pemimpin sejati bukannya yang berjaya mengalahkan musuhnya

Posted: 19 May 2013 05:27 PM PDT

Politik pasca pilihanraya ke13 ini nampaknya lebih hebat dari kempen sebelum pilihanraya itu. Isu pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR tidak menerima keputusan pilihanraya adalah yang paling hingar bingar kita dengar. Tetapi sejak akhir-akhir ini nampaknya yang selalu membuat kenyataan tentang ketidak puasan dengan keputusan PRU ini adalah PKR dengan Ketua Umumnya berucap di seluruh negara setiap malam.
Anwar keluar setiap malam kerana keputusan PRU yang tidak menyebelahi parti beliau dan tuduhan yang beliau lontarkan itu belum menunjukkan apa-apa bukti kebenarannya sehinggalah kes-kes itu di bawa kehadapan penghakiman mahkamah. Pihak PKR berkata yang mereka mempunyai bukti kukuh tentang kewujudan penipuan di 27 kawasan Parlimen.
Setakat ini saya belum lagi menyertai mana-mana himpunan tersebut kerana saya mahu melihat bukti yang disabitkan oleh mahkamah dahulu. Malahan jika ia tuduhan itu terbukti benar, tentulah pemilihan semula akan diadakan dikawasan-kawasan tersebut. Maka saya tidak nampak perlunya rally ini diadakan. Lainlah jika kita hanya hendak menunjukkan kebersamaan dengan pucuk pimpinan pembangkang itu dalam keadaan beliau belum tercapai hajatnya hendak menjadi Perdana Menteri buat masa ini.
Bagi saya tidak perlu berhimpun kerana mahkamah akan membuat keputusannya nanti. Tetapi saya tidak pula menentang tindakan sesiapa untuk berhimpun, kerana mungkin berhimpun itu sudah menjadi gaya hidup politik hari ini. Mungkin mereka mempunyai kepercayaan, jika bergiat dalam politik, mereka mesti berhimpun. Jika tidak berhimpun itu bukan politik namanya. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa yang sudah ketagih dengan berhimpun. Itu hak mereka. Jika itulah caranya untuk menyelesaikan masalah teruskanlah berhimpun waimma setiap malam dan petang sekali pun.
Read More / Baca Lagi >>

Stop the racial politicking

Posted: 19 May 2013 05:24 PM PDT

While racial discord continues to grow unhealthily in the country, premier Najib continues to be non-committal on this issue.

It is Malaysia's greatest tragedy that despite being home to people of diverse faiths, mutual respect for one another's religious beliefs is increasingly being compromised.
The culprits who engage in racial disrespect are none other than the country's politicians, the very people who had assured to look after the rakyat's welfare.
To a great extent, the damage done by these politicians has become irreversible, with racial harmony once enjoyed by Malaysians now becoming a thing of the past.
One would have thought the bloodshed from the May 13, 1969 racial riots was enough to teach Malaysians a lesson or two about unity and respect.
But that is not the case. Racial politicking has often led to Malaysians ending up at loggerheads with one another.
Forty-four years after the country was shocked by racial riots, the scenario has not quite changed.
For example, when the ruling party Barisan Nasional failed to record a two-third victory in the May 5, 2013 general election, its chief Najib Tun Razak very quickly assigned blame on the Chinese community, saying it was a 'Chinese tsunami' that was responsible for BN's failure in the 13th general election.
Suddenly, the Chinese community became the 'black sheep of the family', with irresponsible people taking the liberty of condemning the Chinese for lending support to the opposition pact under Pakatan Rakyat.
Soon after the 13 general election, the Umno-owned Utusan Malaysia lambasted the Chinese community in its front-page article, asking "Apa lagi Cina mahu" or "What more do the Chinese want"?
The Chinese community have been termed as "ungrateful" for ditching BN during a time so crucial like the general election.
A week after the 13th general election, a retired Court of Appeal judge, Mohd Noor Abdullah revealed his racist side when he chided the Chinese community saying they must be prepared for a backlash from the Malays for their 'betrayal" in the general election.
Mohd Noor also accused the Chinese of plotting to seize political power despite having economic power in the country.
Najib remains mum
Read More / Baca Lagi >>

“Chinese tsunami” at 13th GE: Implications for all Malaysians

Posted: 19 May 2013 05:23 PM PDT

Barisan Nasional (BN) politicians are still absolutely clueless and retain their foggy ideas about democracy as practiced in the past and have failed to realize that Malaysians no longer want to play by the rules of the past.
The 12th and 13th general elections clearly show that a new Malaysia is emerging and Malaysians now see partisan politics as out-of-sync with the prevailing realities of the country which is really in line with globalization.
What Malaysians of all walks of life want is not being adhered to by BN and that is precisely why the ruling coalition is beginning to lose a lot of ground and support and followers. And it is not just the Chinese who are dead set against the governance of BN.
If read carefully, the popular vote, which is steadily increasing in favor of Pakatan Rakyat (PR), goes to show that more and more Malaysians, as envisaged, are beginning to warm up to PR and are readying the opposition coalition to come to full power.
Clearly, it is merely a matter of time before BN is cut down to size. While this realization by BN is there, that they are going on their way out of favor with the people, the will and determination to change has not really been effected.
Why BN's transformation is a farce
While on one hand there seems to be this grandiose transformation that is taking place by BN, on the other hand there is great obstinacy and stubbornness to make the changes the people really want to witness.
Therefore, there is this dichotomy between what is happening in the country and what the people wish for in this country. In other words, BN is not actually paying heed to the people. They are still playing by the rules of an old game.
This "old game" that they are playing is to show great favoritism and biasness towards BN-UMNO while forsaking the fundamental principles of parliamentary democracy which is fair play and meritocracy.
Instead of trying to level the playing field, BN's so-called transformation drive is a mere eyewash as it has not made the changes the people want to see and which most Malaysians find that PR are more capable of pulling off.
What BN's transformation drive is failing to do, PR's reformation is beginning to prove that they are able to deliver and having sacrificed so much to allow for the bumiputras to draw level economically with the non-bumiputras through the 30-year tenure of the New Economic Policy (NEP) from 1970-2000, it is time not just for the Chinese community but Indians as well to now enjoy political equality.
Political equality does not exist in Malaysia
The reason why political equality does not exist in Malaysia is simply because of the non-existence of fair play and meritocracy ever since the NEP took effect till now.
Given that the NEP was stated as essential to help and assist bumiputras who were lagging behind (but they were actually lagging by their own doing), the non-bumiputras sacrificed greatly to ensure that economic parity of some kind was achieved.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah : ‘Tsunami Cinta’ Rakyat Tolak Umno-BN

Posted: 19 May 2013 05:21 PM PDT

nurul izzah parlimen 11.10.2012 01
KUALA LUMPUR 20 MEI : Nurul Izzah Anwar menyifatkan kejayaan Pakatan Rakyat(PR) memperolehi undi popular dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 lalu sebagai 'tsunami cinta' rakyat menolak Umno- BN.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata undi popular 51 peratus yang diperolehi PR sebagai isyarat rakyat Malaysia untyk menyelamatkan negara daripada genggaman Umno-BN yang selama ini menyalahgunakan kepercayaan rakyat melalui pemerintahan penuh penipuan, penyelewengan, rasuah dan sebagainya.
Menurutnya, keputusan PRU13 juga diragui dan diyakini berlaku penipuan melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa lain yang dikawal Umno-BN.
"Datuk Seri Najib akan terus memainkan isu perkauman (bagi meraih sokongan). Memang jelas bukan sekadar 'Tsunami Cina' tetapi sebenarnya dia tidak faham, rakyat menyatakan 'Tsunami Cinta' untuk Malaysia. Di Selangor PR menang undi 55 peratus undi Melayu.
"Hindraf dihina dan diharamkan pada 2008 dengan PR dikatakan menyokong kumpulan haram yang anti Melayu. Pemimpin mereka ditahan di bawah ISA. Sekarang diambilnya pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy dijadikan Timbalan Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Boikot perkauman lembapkan pembaharuan ekonomi, kata pakar perniagaan

Posted: 19 May 2013 05:20 PM PDT


Gambar fail penjual sayur di pasaran SS2 di Petaling Jaya. Pertubuhan Melayu telah memanggil untuk memboikot perniagaan Cina.KUALA LUMPUR, 20 Mei — Kempen memboikot barangan pengguna daripada peniaga kaum Cina akan membantutkan perancangan  transformasi ekonomi kerajaan, kata pemimpin korporat dan pakar ekonomi.
Dewan Perniagaan Melayu dan Cina, disamping pakar ekonomi Dr Yeah Kim Leng menekankan ketegangan perkauman akan  menakutkan pelabur luar negara, walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang pada 4.1 peratus dalam suku tahun  pertama, rekod paling rendah dalam tempoh suku kesembilan sebelum ini.
Pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde dilaporkan melahirkan kebimbangan November lalu  terhadap aliran masuk pelaburan luar negara (FDI) ke Malaysia, hutang awam yang tinggi dan risiko ketidaksamaan pendapatan.
"Kita perlu lihat terhadap impak keseluruhan gesaan boikot tersebut," kata Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM)  Hanafee Yusof kepada The Malaysian Insider semalam.
"Mereka tidak boleh lakukannya berdasarkan sentimen... dalam ekonomi, kita bergantung antara satu sama lain," tambah beliau.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilapor berkata kepada agensi berita nasional Bernama pada Rabu lalu permintaan domestik yang kukuh akan terus menjadi "pemacu utama pertumbuhan", disokong oleh perkembangan sektor swasta  yang berterusan dan disokong oleh sektor awam.
Pakar ekonomi Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, yang merupakan bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi  Malaysia (MIER), berkata bulan lepas pertumbuhan ekonomi negara dijangka sederhana kepada 5 peratus tahun ini daripada 5.6 peratus tahun lepas, disebabkan oleh faktor luaran seperti krisis zon di Eropah.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Aman # Bebaskan Adam Adli - Lokasi Depan Balai Polis Jinjang

Posted: 19 May 2013 05:00 PM PDT

Penangkapan Adam Adli cetus kebangkitan anak muda

Posted: 19 May 2013 08:34 AM PDT

SAMMEkoran penahanan Adam Adli, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan memastikan kebangkitan anak muda berada di kemuncaknya. SAMM menyifatkan penangkapan Adam sebagai pencetus terbaik memandangkan mood rakyat yang marah dengan penafian demokrasi melampau oleh kerajaan pemerintah.
Ucapan berapi Adam Adli di pentas anjuran SAMM dan SMM 13 Mei lalu telah membawa kepada penahanan beliau semalam di Bangsar Utama. Adam Adli telah dibawa ke Balai Polis Jinjang atas dakwaan akta hasutan dan kemudian disumbat ke dalam lokap di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang.
SAMM bersama hampir 100 aktivis rakyat telah berkumpul dan menunjukkan solidariti terhadap Adam Adli di hadapan lokap yang dihuni oleh beliau sepanjang malam tadi.
Hari ini, pihak polis dengan pantas mendapatkan perintah reman ke atas Adam Adli selama 5 hari. Ini satu penindasan terhadap anak muda yang bersuara bagi pihak rakyat majoriti.
Kemarahan Adam terhadap penipuan PRU-13 telah mempengaruhi ucapan beliau untuk menyeru orang ramai menyuarakan bantahan secara aman di jalanraya. Seruan Adam Adli telah disambut dengan gegak gempita oleh hampir 3 ribu hadirin di KLSCAH yang juga didengari oleh 250 ribu pendengar radio secara live.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Rakyat sudah buat pilihan...!!!!

Posted: 19 May 2013 08:29 AM PDT


PRU13 Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu jelas. Barisan Nasional (BN) diisytiharkan menang di 133 kerusi Parlimen, mendapat kembali semua negeri yang ditadbirnya, di samping berjaya merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat (PR).

Pakatan pembangkang pula memenangi 87 kerusi, dengan mengekalkan pentadbirannya di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walaupun ia hilang negeri jelapang padi itu kepada BN, PR berjaya muncul untuk membuktikan kekuatannya di banyak kawasan yang sebelum ini menjadi kubu BN, terutama Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Walaupun pencapaian kali ini dari segi kerusi dibandingkan dengan prestasi 2008 di mana BN mendapat 140 kerusi, suka atau tidak, pemimpin-pemimpin BN perlu berpuas hati kerana ini bukan sekadar membuat BN dapat mempertahankan semua negeri yang dimenangi pada 2008, bahkan yang lebih penting baginya ialah telah mengembalikannya ke Putrajaya, tempat yang diidam-idamkan oleh PR.

Bagaimanapun, setelah keputusan PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu diumumkan, wujud pelbagai persepsi, terutama mengenai siapa
yang popular dan siapa yang tidak?

Keadaan ini menjadi lebih mengelirukan apabila pembangkang mendakwa mereka memenangi sebahagian besar hati rakyat berdasarkan peratusan sokongan yang diterima dalam proses pengundian itu.

Berdasarkan perkiraannya setelah mendapat keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PR mendakwa ia menikmati 52 peratus undi popular, berbanding 47 peratus, yang didapati oleh BN.

Sejauh manakah perkiraan dan dakwaan ini betul dan boleh diterima sebagai hakikat?

Berdasarkan kiraan Sinar Harian, jumlah keseluruhan undi yang diterima bagi kerusi Parlimen, BN mendapat undi sebanyak 5,307,538, manakala PR 5,636,605 dan bagi kerusi Dun pula BN memperoleh undi sebanyak 4,731,794 dan PR 4,978,019.

Read More / Baca Lagi >>

Pesanan Dari Adam: Kuatkan semangat, teruskan perjuangan

Posted: 19 May 2013 08:27 AM PDT

Vigil_AdamAdliKUALA LUMPUR, 19 MEI : Meskipun direman selama lima hari, namun aktivis mahasiswa Adam Adli sempat menyampaikan pesanan kepada rakan-rakan yang bermalam di luar Lokap Berpusat Jinjang dan pihak yang menyokongnya di seluruh negara.
"Kuatkan semangat. Teruskan perjuangan," pesan Adam yang disampaikan melalui peguam Latheefa Koya hari ini.
Sejak malam tadi, kira-kira 30 aktivis mahasiswa dan NGO berkampung di hadapan Lokap Berpusat Jinjang untuk memberikan sokongan kepada Adam Adli.
Kumpulan tersebut turut menyalakan lilin tanda solidariti selain berkempen melalui laman twitter dengan menggunakan hashtag #BebaskanAdamAdli.
Nik_JidanManakala buskers Nik Jidan dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip turut membacakan puisi sambil diperhatikan ole kira-kira 20 anggota polis berpakaian biasa.
Mereka turut mendirikan khemah, namun diarahkan Polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diturunkan kira-kira jam 12.30 pagi.
Difahamkan, solidariti nyalaan lilin bagi menyatakan sokongan kepada Adam Adli akan diteruskan jam 8 malam ini di Lokap Berpusat Jinjang.
Adam direman selama lima hari sehingga Khamis, 23 Mei dan disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, 13 Mei lalu.

Analisis awal Jabatan Pilihanraya PAS Johor PRU13

Posted: 19 May 2013 08:25 AM PDT

 Dun Sg Abong PAS (Dr Syeikh Ibrahim Salleh) 14084 BN 10271 Menang majoriti 3813
Dun Puteri Wangsa PAS(Ustaz Abdullah Husin) 20357 BN 16888 Menang majoriti 3469
Dun Maharani PAS (Dr Mohamad Taslim) 12731 BN 9595 Menang majoriti 3136
Dun Pt Yaani PAS (Hj Aminolhuda Hassan) 11278 BN 10090 Menang majoriti 1188

Dun Gambir PAS (Dato' Dr Mahfodz Mohamed) 8395 BN 8705 Kalah majoriti 310
Dun Mahkota PAS (Khairulfaizi Ahmad Kamal) 18323 BN 19431 Kalah majoriti 1108
Dun Pemanis PAS (Normala Sudirman) 8976 BN 10305 Kalah majoriti 1329
Dun Tenang PAS (Md Zin Johar) 6335 BN 7921 Kalah majoriti 1586
Dun Sg Balang PAS (Malik Mohd Diah) 8081 BN 9716 Kalah majoriti 1635
Dun Senggarang PAS (Dr Ramli Md Kari) 9285 BN 11368 Kalah majoriti 2083
Dun Nusajaya PAS (Salahudin Ayub) 20965 BN 23166 Kalah majoriti 2201
Dun Serom PAS(Azmi Ahmad) 9354 BN 11618 Kalah majoriti 2264
Dun Endau PAS(Ust Azam Abd Razak) 6073 BN 9183 Kalah majoriti 3110
Dun Bkt Permai PAS( Mazlan Aliman) 7867 BN 11236 Kalah majoriti 3369
Dun Buloh Kasap PAS(Firdaus Mas'od) 6078 BN 9448 Kalah majoriti 3370
Dun Pulai Sebatang PAS(Ungku Mohd Noor Mahmod) 10142 BN 13554 Kalah majoriti 3412

Terdapat 12 Dun yang PAS tandingi di Johor kali ini kalah dengan majoriti tipis dan memperolehi lebih 40% undi. Dun Bkt Permai adalah Dun yang peratusan keluar mengundi paling tinggi di Johor iaitu 90.10%.

Sejumlah 292,588 pengundi telah mengundi PAS berbanding 408,776 pengundi mengundi BN. Jumlah ini adalah merangkumi 40.76% keseluruhan pengundi di DUN PAS bertanding. Ini adalah peningkatan sejumlah 7.9% berbanding PRU 12.

Isu perkauman yang dieksploitasi secara terancang dikenalpasti antara punca utama undi melayu menyokong BN.

Menurut Mazlan Aliman, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor telah diamanahkan mengetuai Jawatankuasa Postmortem PAS Johor bersama pasukannya akan membentangkan hasil bedah siasat dalam tempoh 1-2 bulan lagi.

Selangor: Bekalan air bersih Syabas tidak cukup, bukan sumber air

Posted: 19 May 2013 08:22 AM PDT


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyeru Kerajaan Pusat supaya memberi keutamaan kepada menyelesaikan penstrukturan semula industri air bagi membolehkan kerajaan negeri memulihkan keadaan perkhidmatan pembekalan air yang tidak terurus sepanjang di bawah Syabas.

Seruan ini dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang mengakui bekalan air bersih tidak mencukupi.

Kenyataan ini mengesahkan kenyataan awal kerajaan Selangor sebelum ini bahawa keutamaan perlu diberikan kepada bekalan air terawat bukan air mentah, kata Khalid dalam kenyataannya.

Bagi beliau, kekurangan bekalan air terawat adalah kerana kelemahan penyelenggaraan loji-loji rawatan air, keadaan paip air yang kurang memuaskan serta kegagalan Syabas mengadakan sistem logistik yang berkesan dalam menyalurkan air kepada pengguna.

Ini ditambah dengan kegagalan Syabas menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 33 peratus kepada 15 peratus pada 2012 seperti yang dipersetujui dalam perjanjian perswastaan, katanya.

"Ia juga merupakan sebab yang sama mengapa Langat 2 bukan penyelesaian kepada masalah air. Penyelesaian yang lebih berkesan adalah dengan memastikan operator air cekap dan berkesan," tegas Khalid dalam kenyataannya.

PRU13, kemenangan milik siapa?

Posted: 19 May 2013 08:20 AM PDT

Oleh AHMAD LUQMAN HAKIM AHMAD LUTFI
HARAPAN lebih 50 peratus rakyat Malaysia secara umumnya tidak kesampaian pada 5 Mei lalu apabila keputusan PRU13 memihak Barisan Nasional (BN) pada peringkat Persekutuan apabila memperoleh majoriti mudah 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang mendapat 89 kerusi Parlimen.


Begitu juga di negeri-negeri seluruh Malaysia kecuali Sarawak (yang telah mengadakan pilihan raya negeri sebelum ini) yang mempamerkan prestasi BN mampu mengekalkan kuasa di sembilan buah negeri selain merampas semula Kedah yang sebelum ini dikuasai oleh Pakatan, manakala Pakatan dapat mengekalkan kemenangan bergaya di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang dengan majoriti 2/3 di kesemua negeri yang dikuasai mereka. Sekali imbas, BN dapat mengekalkan pengaruhnya di kebanyakan tempat di Malaysia walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi dakwaan dakwat kekal yang "tidak kekal", pengundi Bangla, 'blackout' dan sebagainya selain berdepan tentangan yang amat sengit daripada lawannya oleh Pakatan melalui kempen-kempen yang telah dijalankan sepanjang 15 hari kempen pilihan raya yang disifatkan sebagai "ibu segala pilihan raya".
Namun hakikat yang perlu ditelan oleh BN ialah mereka sebenarnya kerajaan tidak popular buat pertama kali dalam tempoh 56 tahun Malaysia merdeka apabila statistik SPR menunjukkan undi popular BN hanya 46 peratus berbanding undi popular kepada Pakatan mencecah 50.3 peratus, fakta yang sebenarnya amat mengejutkan majoriti rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan kekuasaan BN yang tetap kekal di puncak kuasa.
Pakatan akan mengemukakan petisen terhadap SPR di mahkamah selepas keputusan PRU13 diwartakan kerana terdapat beberapa alasan yang munasabah bagi mencabar kemenangan BN di beberapa tempat. Siapakah sebenarnya menguasai PRU13 dan isuisu berkaitan yang menimbulkan kemelut yang kian menampakkan bibit-bibit keraguan antara kaum mula ditimbulkan.
Seperti biasa, akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang sedia maklum merupakan akhbar "kempen" BN telah memainkan sentimen perkauman hanya dua hari selepas PRU13 iaitu memaparkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" dan "Pengundi Cina bersikap talam dua muka". Hal ini sebenarnya mencabul etika akhbar yang menjadi santapan rakyat setiap hari.
Sewajarnya akhbar memainkan peranan sihat dan adil dalam melaporkan sesuatu berita kerana rakyat berhak tahu akan situasi sebenar yang berlaku, namun akibat sudah alah bisa tegal biasa, Utusan Malaysia dan Kosmo sudah tidak peduli akan semua itu dan terus sahaja memperalat perasaan rakyat Malaysia dengan menggunakan pendekatan prasangka buruk dan serkap jarang dalam setiap laporan yang dipaparkan.
Read More / Baca Lagi >>

Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13

Posted: 19 May 2013 08:17 AM PDT

Oleh nik mohamad abduh
PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi.

PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di Kelantan), undi Cina dan yang paling ketara, undi anak muda dan perantauan. PAS memperolehi majoriti besar yang ketara di Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa, 3 kawasan yang padat, maju dan berpelajaran.
Aura TGNA adalah antara faktor utama yang boleh difahami dengan mudah. Faktor penindasan oleh Putrajaya terhadap Kelantan juga menjadi antara faktor utama selain persembahan pentadbiran kerajaan negeri yang berjaya mengurangkan kesilapan dan kesalahan walaupun berhadapan beberapa cabaran yang agak rumit.
Kekalahan dengan tambahan beberapa kerusi kepada BN adalah faktor bersifat tempatan. Di daerah selatan dan hulu seperti Gua Musang dan Jeli, PAS masih gagal memecah kebuntuan dengan kalah di semua kerusi DUN dan parlimen. Masyarakat di sana masih kurang pendedahan media baru yang menjadi senjata utama PAS memasuki setiap rumah. BN terus berjaya memerap pemikiran rakyat untuk kekal menyokong mereka.
Persembahan calon atau wakil rakyat terdahulu adalah juga menjadi faktor utama. Rakyat menunjukkan protes mudah dengan tidak mengundi calon tersebut atau parti sendiri. Ia tindak balas yang menjadi budaya politik rakyat Kelantan. Yang mengurangkan keketaraannya adalah kefahaman umat Islam Kelantan yang jelas dan sebati bahawa parti Islam perlu dijunjung dan parti sekular mesti ditolak.
Read More / Baca Lagi >>

DUNIACACAMARBA

0
sumber :-

DUNIACACAMARBA


Wanita Maut DIDERA Suami

Posted: 18 May 2013 05:11 PM PDT



[HM] Kuala Lumpur: Dipijak di muka dan dicucuh dengan api rokok hingga mati. Begitulah nasib malang menimpa seorang ibu kepada empat anak, termasuk seorang kelainan upaya, di Kampung Bahagia, Jalan Puchong, di sini, kelmarin.

Lebih memilukan, wanita itu, Nurhidayah A Ghani, 29, dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suaminya berusia 39 tahun yang dikahwini 11 tahun lalu.

Menceritakan kejadian itu, kakak mangsa, Ummi Kalsom berkata, adiknya menerima nasib malang selepas melahirkan anak sulung yang kini berusia 10 tahun dan kurang upaya.

"Keadaan anak sulung mereka bukan penyebab utama arwah dibelasah, namun tabiat suaminya yang ketagih dadah dan arak selain panas baran menyebabkan adik saya menjadi mangsa belasahannya.

"Arwah sering melarikan diri ke rumah keluarga di Kampung Muhibah, Jalan Puchong, namun suaminya pandai memujuk dan membawanya pulang ke rumah" katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.


[PANAS] 5 Belum Angkat Sumpah, Mesyuarat Kabinet Najib TIDAK Sah

Posted: 18 May 2013 04:51 PM PDT


[RK] KUALA LUMPUR, 18 MEI: Kabinet baru dan legitimasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diragui bukan saja kerana Barisan Nasional (BN) mendapat 47% undi popular berbanding 51% undi diperolehi Pakatan Rakyat (PR), tetapi kerana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah paling tidak adil dan kotor di dalam sejarah negara.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sekiranya PRU-13 bersih, bebas dan adil, dengan padang sama rata untuk kedua-dua perikatan, bukan saja undi popular PR akan meningkat sebanyak 60 peratus atau melebihi 65 peratus, tetapi juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi Parlimen.

Katanya, sekarang ini, Kabinet pasca-PRU-13 Najib juga menjadi sandiwara malah jenaka kerana mempunyai dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri tidak sah walaupun mereka melalui upacara mengangkat sumpah yang tidak sah di hadapan Yang Dipertuan Agong, semalam.

"Amat sedih dan mengejutkan apabila Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai jabatan kerajaan lain yang terbabit begitu cuai dan lalai sehingga diabai, malahan dilanggar pematuhan terhadap undang-undang, peraturan, adat dan protokol yang tidak sepatutnya berlaku di dalam demokrasi berparlimen berusia 56 tahun di bawah enam Perdana Menteri. 

"Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya. 

"Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding – kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator,"katanya dalam kenyataan media, hari ini. 

Menurutnya, ini bermakna mesyuarat Kabinet selama dua jam semalam dicemari dengan penyalahan undang-undang kerana dihadiri dua Menteri tidak sah, Paul Low dan Abdul Wahid. 

Tambahan, katanya, Paul Low sudah pun diwawancara sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mana dia tidak berhak, memandangkan pelantikan Kementeriannya hanya boleh berjalan apabila dia mengangkat sumpah sebagai Senator, jelas di dalam Perkara 43 (1)(b) dalam kes Menteri dan Perkara 43A(1) dalam kes Timbalan Menteri. 

"Saya difahamkan sehingga sekarang, kelima-lima mereka belum mengangkat sumpah untuk menyandang dua jawatan Menteri dan tiga jawatan Timbalan Menteri. Apakah akan ada upacara angkat sumpah "tergesa-gesa" tengah malam buat kelima-lima mereka sebagai Senator?" ujarnya. 

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib sepatutnya menjelaskan bagaimana boleh berlaku pelanggaran Perlembagaan dan undang-undang yang turut memalukan Yang di-Pertuan Agong dengan penghasilan satu sandiwara pelantikan Kabinet. 

"Malah Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia yang ditandatangani Najib Razak pada 20 Februari lalu untuk mematuhi dan memerhati empat prinsip tadbir urus baik diabaikan iaitu: 

Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara; 

Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan; 

Tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan 

Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia. 



Kerabu Bersuara ®

0
sumber :-

Kerabu Bersuara ®


Dato Ismail Kamus Mengislamkan Pereka Fesyen Terkenal. Allauakhbar!

Posted: 19 May 2013 07:35 AM PDT

 http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/945367_570939752947008_1943123788_n.jpg

ALHAMDULILLAH! Fashion designer Calvin Thoo reverted to Islam just now. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah.

Video: Fakta Pakatan Rakyat menang PRU 13 Oleh Rafizi

Posted: 19 May 2013 05:22 AM PDT



Gambar DS Anwar Memandu Sendiri Ke Program Di P. Pauh

Posted: 18 May 2013 10:11 PM PDT

https://pbs.twimg.com/media/BKmjpFKCYAE0b5P.jpg:largehttps://pbs.twimg.com/media/BKmjEcRCcAAkeHC.jpg:largehttps://pbs.twimg.com/media/BKmj5obCMAAtqL6.jpg:large

Dato' Husam - Himpunan Blackout 505/Kuantan-14052013 (Sessi Bersama Pimpinan)

Posted: 18 May 2013 10:07 PM PDT



BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT