Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Najib muka tak malu - DUNIA kutuk penipuan pilihan raya di Malaysia

Posted: 17 May 2013 07:20 AM PDT



bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Pentadbiran ala-Umno punca PAS kalah di Kedah

Posted: 17 May 2013 07:58 AM PDT

PRU ke-13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi semua orang. PRU13 menyaksikan tsunami rakyat menolak BN kecuali di beberapa negeri.Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kecemerlangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir menguasai semula Perak dan Terengganu, sementara berjaya menidakkan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan.

Tetapi berlainan pula keputusannya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN. Sebagai seorang ahli politik anak Kedah, saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kekalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah.


Pentadbiran ala-Umno Kemenangan Pakatan Kedah dalam PRU12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majoriti rakyat yang mahukan perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh Umno-BN. Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh kerajaan Datuk Seri Azizan Razak apabila sejak dari awal lagi beliau dikatakan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad tokoh korporat yang dikaitkan dengan Umno sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri.

Jawatan-jawatan penting dalam syarikat dan institusi berkaitan kerajaan negeri diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan Umno tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj kerajaan negeri sama ada secara langsung atau tak langsung. Maka lahirlah isu-isu seperti kes pelantikan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas, isu bercambahnya pusat hiburan dan karaoke berlesen dan tanpa lesen, isu krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta kakitangan di KUIN. Kesemua isu di atas tidak diatasi ataupun diselesaikan.

Azizan cukup bangga dengan jawapan-jawapan politik di media-media arus perdana tanpa melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan. Saya mendapat maklum majoriti staf KUIN yang menyokong PAS tidak memberi undi kepada parti itu dalam PRU yang lalu. Rakyat melihat pentadbiran Azizan lemah, tidak efisyen, tiada perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati disebaliknya. Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan bawah pentadbiran PAS disia-siakan. Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di peti-peti undi.
 

Hampir 20 peratus undi diberi kepada BN hasil dari kekecewaan itu. Pergolakan dalaman Pergolakan dalam cawan antara exco Datuk Phahrol-Dr Ismail dan Azizan yang telah selesai dan dilupakan dihidupkan semula oleh Azizan sendiri melalui pemilihan calon-calon PRU13. Azizan dilihat 'mencantas' Phahrol dan Dr Ismail dan beberapa orang lagi yang bukan kroni beliau. Phahrol dihantar ke Parlimen Jerlun untuk disembelih, sementara Dr Ismail dibuang terus. Bantahan demi bantahan dari orang ramai akhirnya menyaksikan Phahrol dibawa semula ke Pengkalan Kundor dan Dr Ismail dihantar ke Jerlun. Lebih malang lagi apabila senarai calon-calon ini tidak pernah dibincang dalam tiga mesyuarat tertinggi di peringkat negeri - mesyuarat harian, politik dan pilihan raya serta dadan perhubungan. Malah permintaan ahli perhubungan negeri untuk supaya ia dibincangkan tidak pernah diambil peduli. Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan calon-calon kepada PAS Pusat, dengan beliau menjadi master mind dipilih senarai yang beliau restui sahaja.

Pemilihan calon-calon yang tidak mengikut prosedur ini telah mendapat tentangan dan menimbulkan kemarahan yang amat sangat di peringkat jentera parti di segenap peringkat yang membawa kepada sabotaj dan kelesuan jentera pilihan raya. Jabatan pilihan raya gagal Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS negeri sejak dari awal lagi telah menyimpang dari landasanya apabila mencampuri urusan pemilihan calon-calon yang telah diketahui umum bahawa itu bukan bidang tugas JPN. Hampir kesemua AJK JPN terlalu berpolitik untuk memastikan hanya Azizan dan kronimya sahaja menang.

Lagak dan pembawaan mereka amat memualkan. Tiada strategi dan perancangan yang dibuat JPN untuk memenangkan Kedah selain dari daftar pemilih dan pengundi luar kawasan. Lebih malang apabila apabila bilik gerakan membuat laporan membodek menyatakan faktor Azizan akan menyumbang 70 peratus kepada kemenangan Kedah walaupun fakta sebenar sebaliknya. JPN gagal membaca kehendak semasa pengundi. Calon-calon masuk bertanding tanpa strategi khusus untuk menang. Strategi yang sudah tentu berbeza mengikut DUN dan Parlimen, berbeza mengikut ras, jantina, umur dan tidak kurang penting juga strategi akan berubah mengikut ketokohan dan kewibawaan calon lawan.

Ketiga-tiga faktor di atas menjadi faktor utama, di samping faktor-faktor lain mengapa Allah memberi kekalahan kepada PAS Kedah. Semoga "teguran Allah" ini bisa memberi bekas kepada kepimpinan yang tidak lagi boleh berbincang atau ditegur. Mereka memilih jalan susah dan jalan yang lebih panjang untuk belajar. Sesungguhnya kemenangan itu hak Allah dan kita sebagai hamba-Nya hanya perlu melengkapkan ciri-ciri yang akan membawa kepada kemenangan. Dan Allah akan menarik kemengan itu jika kita melampau dan tidak memenuhi cirri-ciri itu dan itulah yang berlaku di Kedah. Semoga kita sama-sama bermuhasabah.
Sumber

5 W H 1

0
sumber :-

5 W H 1


Mengapa Travelog Lantai Parlimen?

Posted: 17 May 2013 02:32 AM PDT


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Dah dibodohkan, mau tunggu apa lagi... (LM)

Posted: 17 May 2013 08:02 PM PDT

Rasa tidak puas hati di kalangan parti BN berkenaan jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran. 

Apa ditunggu lagi? Dr. Masing and the gang, sudah tiba masanya, angkat kerusi masing-masing dan berpindah ke sebelah Pakatan Rakyat.

Seterusnya:   Dah dibodohkan, mau tunggu apa lagi...

Malaysia bukan negara Hamidi & sons (LM)

Posted: 17 May 2013 06:30 PM PDT

Insaflah wahai Zahid, 53% Rakyat yang mengundi telah menolak parti umporno/BN yang masih kamu wakili. 

Sudahlah BN menjadi kerajaan minoriti, nak cakap ikut sedap. Inilah sikap dan dasar aparteid yang telah lama dihumban oleh masyarakat dunia yang cuba ditegakkan semula oleh umporno/BN.

Anwar: 'Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?'


Seterusnya: Malaysia bukan negara Hamidi & sons

Bos SPR mana ada tel*r nak datang... (LM)

Posted: 17 May 2013 09:33 AM PDT

Rafizi: Pakatan akan desak reformasi SPR 'di mahkamah, jalanan dan Parlimen' 

GEORGE TOWN, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. 

Pakatan telah menyahut cabaran Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Amenu agar PR menjemput si pengerusi SPR hadir berdialog, tapi bayangnya pun tak nampak hingga akhir majlis.... pencuri hanya berani berada bersama perompak...


dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Dulu buat duit dengan My-Team ... sekarang?

Posted: 17 May 2013 06:49 AM PDT



"Semalam dalam media sosial, semua meminta pasukan Harimau Malaya supaya layak ke Piala Dunia. Saya tidak tahu nak buat macam mana dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun harapan mereka tinggi, saya anggap ini satu cabaran untuk saya menggalas tugas dan harapan ini,"- KJ

dollah yankee -
KJ, baru 2 hari jadi menteri dah dok nampak boleh buat duit dengan team bola pulak !

Calun2 PAS dikawasan bandar menang dengan undi cina

Posted: 17 May 2013 04:03 AM PDT

dollah yankee -

RAKYAT MARHAEN

8
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Khalid Abu Bakar mesti menghapuskan persepsi negatif masyarakat terhadap polis

Posted: 17 May 2013 05:24 PM PDT

Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah berikrar untuk menjadikan keselamatan rakyat sebagai keutamaan demi mengembalikan persekitaran yang baik untuk orang ramai. Ikrar tersebut pastinya akan diuji supaya tidak menjadi janji mulut semata-mata tetapi mesti dibuktikan dengan kejayaan menurunkan kadar jenayah di dalam negara. Khalid juga berdepan cabaran untuk membuang persepsi negatif masyarakat bahawa beliau mempolitikkan pasukan Polis demi BN dengan memberi tumpuan kepada membanteras jenayah dan bukan pemimpin Pakatan Rakyat.
Keselamatan awam adalah isu pilihan raya umum yang menyaksikan rakyat meluahkan kebimbangan mereka berikutan peningkatan kes ragut, rompakan tepi jalan dan kes tembak menembak meski pun ada dakwaan bahawa indeks jenayah telah menurun sebanyak 7.6 peratus dalam tahun 2012, dengan 153,811 kes direkodkan berbanding 166,295 kes pada tahun 2011; penurunan sebanyak 12,484 kes. Dengan begitu banyak mangsa jenayah, tidak ada sesiapa pun yang mempercayai dakwaan pihak polis atau bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein bahawa terdapat penurunan sebanyak 27 peratus dalam kadar jenayah dari tahun 2009 sehingga 2012, jika dibanding dengan peningkatan sebanyak 33 peratus di antara tahun 2004 sehingga 2008.
Khalid boleh menjadi Ketua Polis Negara yang lebih teruk daripada pendahulunya, kecuali jika beliau boleh menunjukkan kejayaannya membanteras penjenayah dan bukan menguruskan musuh politik BN. Saya mempunyai pengalaman buruk dengan Khalid, sewaktu beliau menyerang saya secara terbuka ketika menjadi Ketua Polis Selangor kononnya kerana saya enggan bekerjasama dengan pihak polis yang mahu mengambil kenyataan saya, sungguhpun saya sudah berbuat demikian. Sungguh beliau kemudiannya mengakui kesalahannya, beliau tidak pun meminta maaf atau menarik balik serangannya terhadap saya.
Read More / Baca Lagi >>

Tok Guru Nik Aziz saran belajar Mandarin

Posted: 17 May 2013 05:19 PM PDT

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan orang Melayu-Islam di negara ini mempelajari bahasa Mandarin dengan niat memudahkan proses untuk berdakwah kepada masyarakat Cina.

Menurutnya, beliau menekankan perkara itu kerana Islam adalah agama untuk semua bangsa dan penguasaan bahasa membolehkan dakwah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

"Saya selalu sebut di Kelantan kena ada sekolah bahasa Mandarin. Ia membolehkan kita terangkan Islam kepada Cina, saya baru ada cucu untuk belajar bahasa Mandarin sekarang ini. Ramai dah anak saudara belajar bahasa itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana meraikan Kejayaan Mengekal Kerajaan Islam Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sebelum ini, Nik Aziz pernah menyatakan beliau bersetuju sekiranya Kelantan diperintah orang Cina Muslim yang berpengetahuan luas mengenai agama Islam.

Nik Aziz berkata, beliau yakin pada masa hadapan pendakwah di negara ini akan dapat menguasai bahasa Mandarin memandangkan sudah menjadi trend masa kini bahasa itu sudah dipelajari oleh orang pelbagai bangsa.

Dalam pada itu bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas adalah satu-satunya parti yang memperjuang Islam kepada semua bangsa termasuk golongan Cina yang sebelum ini takut dengan Islam.

Malah beliau turut menyatakan amatlah malang bagi Umno, parti yang dikuasai oleh Melayu-Islam, tetapi tidak mahu mengamalkan ajaran Islam,  apatah lagi mahu berdakwah kepada masyarakat Cina.

Apa selepas Blackout 505? Rafizi menangani kekecewaan ...

Posted: 17 May 2013 05:14 PM PDT



Apa akan berlaku selepas Black 505, perhimpunan besar-besaran di seluruh negara Pakatan Rakyat, berikutan pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan BN kembali berkuasa persekutuan?

Ini adalah soalan lazim yang ada pada fikiran orang ramai yang menghadiri forum awam di Pulau Pinang setelah Pakatan gagal untuk membentuk kerajaan persekutuan walaupun telah memenangi undi popular sebanyak 52 peratus pada pilihan raya tersebut.

"Saya tahu adanya rasa kekecewaan ini," kata Rafizi Ramli,Ahli Parlimen Pandan dari PKR(kanan),yang merupakan salah seorang daripada ahli panel di forum yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan di negeri ini malam tadi.

"Tetapi bila memikirkan ini, dalam 20 tahun yang lalu, ada sesiapa yang terfikir bahawa lima negeri akan jatuh kepada kerajaan yang selain daripada BN pada tahun 2008?" tanya beliau.

"Ia tidak masuk akal. Itulah sebabnya saya sering memberitahu semua orang, jangan putus asa, ia adalah satu proses kematangan tetapi segala-galanya adalah di pihak kita dan malang bagi (BN)," kata Rafizi dengan sorakan yang kuat dari orang ramai yang memenuhi dewan the Dome,Komtar.


Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Bercakap dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih.

Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Blackout 505 N9

Posted: 17 May 2013 05:12 PM PDT

Dianggarkan lebih daripada 45,000 rakyat hadir Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat Black 505 Peringkat Negeri Sembilan di Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersil Oakland, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.. Ramai yang terperangkap dalam sesakan jalanraya,lebih kurang 8 kilometer panjang...Bekalan elektrik terganggu 5 minit...







 








 


 





 



 


 


Para peniaga di himpunan #Black505 di Pusat Komersil Oakland, Seremban, Negeri Sembilan tak puas hati disaman Majlis Perbandaran Seremban


PASCA PRU13: AZMIN, ZURAIDA MENGHANCURKAN IMEJ MEREKA DI DALAM PARTI

Posted: 17 May 2013 05:08 PM PDT

PRU 13 sudah berlalu.  DS Anwar Ibrahim dengan beberapa orang 'pendekar'nya terus buat kerja menemui rakyat untuk memberitahu rakyat mengapa kita menolak keputusan PRU 13 yang lalu.  Peraturan dan undang-undang juga dipatuhi di mana petisyen kini sedang disiapkan untuk difailkan di mahkamah, di dalam masa yang sama rakyat juga perlu diberitahu mengapa petisyen ini perlu dibuat kerana kita tiada media radio atau TV untuk menyampaikan maklumat kepada mereka.
Di dalam kesibukan DS Anwar Ibrahim dan rombongannya ke merata-rata negeri, Azmin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin terus mendapat kecaman dari ahli-ahli parti.  Azmin sepatutnya bersama-sama DS Anwar, paling tidak pun Azmin sesekali turun membantu DS Anwar Ibrahim kerana beliau adalah Timbalan Presiden PKR.  Setiap program "BLACK OUT 505", DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum akan ditemani oleh Presiden PKR, DS Wan Azizah.  Sdr Johari Abdul, Tian Chua, Chegu Bard dan beberapa orang yang lain sentiasa bersama membantu Ketua Pembangkang ini.  Di mana Azmin?  Ketua Wanita, Zuraida juga di mana?  
Azmin Ali awal-awal lagi sudah nyatakan sikap "tidak perlu berdemo" setiap hari, minggu atau bulan.  Beliau mahu DS Anwar Ibrahim terima sahaja keputusan PRU 13 walaupun semua maklum, mustahil Umno/Bn boleh menjadi kerajaan jika tidak dengan menipu.  Tetapi Azmin Ali buta perut, Zuraida pula besarkan perut duduk sahaja melihat Ketua Serikandinya, Siti Aishah yang sering membantu DS Anwar Ibrahim.  
Read More / Baca Lagi >>

Bishop: Polls anything but free and fair

Posted: 17 May 2013 04:58 PM PDT

Bishop Paul Tan explains that while he abstains from partisan politics, he supports electoral watchdog Bersih in its cause for free and fair polls.

PETALING JAYA: An outspoken Catholic cleric has cast aspersion on the 13th general election with regard to the battle for Putrajaya being clean and fair.
Bishop Paul Tan said this in reference to the report of the Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) and Centre for Public Policy Studies (CPPS).
"IDEAS and CPPS have done an interim report. In it, there is this conclusion: 'GE13 was only partially free and not fair'. I find it difficult to believe that the report could conclude this…
"But when it concluded 'only partially free' for the three reasons given that are fraught with irregularities as reported in the said report, the people involved are not objective," he said.
"From the multiple examples of irregularities arrived in the report, permit me to use a stronger phrase than that of IDEAS and CPPS: GE13 is anything but transparently 'free and fair'," he added.
Tan, who heads the Malacca and Johor diocese, conceded that he could be wrong but stressed that he was morally obliged to speak out at this time because of the immorality practiced before and during GE13.
"If I didn't speak up, I would have to answer to my God and my Church," he said.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Menyantuni intelek generasi muda

Posted: 17 May 2013 04:57 PM PDT

Memerhati senario pasca PRU ke-13, kata-kata negarawan aliran konservatif German, Otto Von Bismarck yang dipelajari sewaktu kuliah pertama politik antarabangsa di Universiti Malaya terus menerjah.

Pemimpin yang terkenal dengan diplomasi keseimbangan kuasa (balance-of-power) pernah berkata,"In politics, there are no permanent friends or foes, only permanent interests".

(Dalam kancah politik, kayu pengukur taulan dan lawan ditunjangi kepentingan.)

Sehingga kini kata-kata tersebut memberi dampak luar biasa dan menjadi pencetus perdebatan dalam kalangan rakan seangkatan, yang kini berlainan fahaman politik.

Ungkapan tersebut sering dilihat sebagai konotasi negatif kerana menjelmakan ajaran real politik Niccolo Machiavelli, bapa sains politik dunia Barat.

Namun jika diperhalusi, elemen keperluan, kepentingan, dan kehendak walaupun sering dipengaruhi evolusi zaman, masih menjadi nadi politik zaman moden, terutama dalam sebuah kerajaan demokrasi.

Selepas rakyat memberikan mandat pada PRU ke-13, yang menang mahupun yang kalah, mungkin dalam keadaan sedar atau tidak menjaja alasan berbaur rasisme.

Tsunami Cina, tsunami rakyat
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: MCA mungkin perlu menerima kaum lain, kata Donald Lim

Posted: 17 May 2013 04:55 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Mei — MCA perlu membuka keanggotaan kepada kaum lain selepas prestasi terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya 2013 kerana tidak boleh hanya mengharapkan undi Cina, kata pengerusi parti di Selangor Datuk Donald Lim.
Beliau mengatakan parti komponen Cina di bawah gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) perlu melihat gambaran lebih besar dan mengambil kira realiti perpecahan bandar-luar bandar berbanding kaum, seperti yang berlaku dalam keputusan pilihan raya.
"MCA mungkin perlu berubah daripada kekal sebagai parti berasaskan kaum. Mungkin perlembagaan parti perlu diubah untuk membenarkan kaum lain masuk," kata Lim (gambar) kepada The Malaysian Insider.
"Ini adalah kurun berbeza. Sekarang kita adalah berbilang kaum dan orang perlu bergerak ke hadapan dan bergaul dengan bebas. Pada ketika ini, adalah lebih baik untuk membuka bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat," tambah beliau.
Dalam pilihan raya umum 5 Mei, MCA hanya menang tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN ditandingi — kurang separuh daripada kerusi Parlimen yang mereka perolehi pada 2008.
Disebabkan ini, MCA dikecualikan daripada Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, konsisten dengan ikrar presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal mendapatkan lebih kerusi Parlimen berbanding 2008.
Apabila ditanya kemungkinan parti komponen BN bergabung menjadi satu, Lim berkata: "Ia adalah cadangan baik akan tetapi perlu mengambil masa kerana Umno berprestasi baik jadi mereka mungkin menentangnya."
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Ahli Parlimen PAS

Posted: 17 May 2013 04:53 PM PDT

SEREMBAN rushes for a slice of Anwar, PR:Who are you to tell us to get out - Zahid scolded

Posted: 17 May 2013 04:51 PM PDT

SEREMBAN rushes for a slice of Anwar, PR:Who are you to tell us to get out - Zahid scolded
Yes, it was another easy victory for Anwar Ibrahim and his Pakatan Rakyat team. The 50,000-odd crowd at the Seremban Blackout 505 rally on Friday night was only too happy to lap up their speeches, and Prime Minister Najib Razak should take note that when Anwar asked, "should we give BN another 5 years", the crowd roared back "NO WAY!"'
So great is Anwar's and Pakatan's hold on the people that they have become superstars. On arrival, they are mobbed and at the end of the ceramah (rally), the crowd rushes up to the stage to take photos with their favourite Pakatan leaders and to get their autographs.
Tonight, apart from Anwar who as always got the loudest cheers, it was Nik Nazmi, the PKR assemblyman for Seri Setia, who got the hero's welcome, while stealing the show was Johari Abdul, the PKR MP for Sungei Petani.
Nik Nazmi was this morning charged under the Peaceful Assembly Act for failing to give 10 days notice to the police before holding the mammoth Suara Rakyat Suara Keramat rally (the first in the Blackout 505 series) at the Kelana Jaya stadium in Selangor on May 8.
He is the first PR leader to be charged but with Prime Minister Najib Razak expected to go all out to suppress public support for Anwar and PR, observers believe there will be many more leaders who will suffer the same fate.
Shoddy organization and incompetence
The crowd's complete lack of fear and implicit trust in in the PR is clear to see but this has also become a double-edged sword, for the responsibility heaped upon the Pakatan is now greater than before. As they call on the people to rally together and reject the results of the tainted 13th general election, it is also incumbent on Anwar and team to reciprocate by ensuring public safety.
Blackout 505 has taken on a life of its own and Anwar and PR are no longer mere Opposition leaders but mega-stars capable of drawing tens of thousands to their gatherings. Britney Spears, Justin Bieber and even Psy would go green with envy at the PR's star appeal. And this is why it is imperative that the Blackout 505 gatherings are professionally managed if they are to be continued. The rallies should not be left alone to be handled by overzealous and rather ignorant volunteers from the state level, whose sole idea of public security is to yell "duduk duduk" at the people and media.
For example at Friday night's rally, the PKR state chief should be made to answer as to why there was no cordoned-off area for the press and the guest-speakers?  Why were members of the crowd allowed to come right up to the stage? Where was the space for the press and camera crew? What if there had been a stampede or trouble? Really, it doesn't always need agent provocateurs to create trouble. Very often, all it takes is an over-enthusiastic audience and a very poorly-trained team of marshals to trigger a stampede that can leave dozens injured.
These are the nuts and bolts that PKR leaders have to come to grips with if they are to continue with their rallies spree. They need to snap out from the 'after-glow' of their huge success and work harder to overcome sheer, shoddy and incompetent organization. The support and trust of the people are not given for free, it must be returned not just with expressions of thanks and gratitude but with real and greater professionalism. More than ever before because PR leaders have now assumed near 'cult' status. Safety is a basic prerequisite and should no longer be left to amateur volunteers with little or even zero training.
It's what we can do
Read More / Baca Lagi >>

Oi, who are you to tell us to get out? Seremban ticks off Zahid, BN

Posted: 17 May 2013 04:44 PM PDT

Najib is shaking, he's very scared - Chen Man Hin at Seremban Blackout 505

Posted: 17 May 2013 04:44 PM PDT

Nik Nazmi gets a hero's welcome at Seremban Blackout 505

Posted: 17 May 2013 04:43 PM PDT

Eli Wong wins over hearts at Seremban Blackout 505

Posted: 17 May 2013 04:39 PM PDT

DAP will never join BN - Anthony Loke at Seremban Blackout 505

Posted: 17 May 2013 04:38 PM PDT

Perkauman: Siapa musuh kita?

Posted: 17 May 2013 08:08 AM PDT

Mohd Izzuddin Ramli

17 MEI — "Perkauman adalah sangat semalam". Antara ungkapan popular dilaungkan di banyak negara yang masyarakatnya telah melihat isu perkauman sebagai suatu perkara yang sudah ketinggalan. Di Amerika misalnya, tidak ada lagi kisah perhambaan antara orang kulit putih dengan orang kulit hitam, sejarah persengketaan antara puak Yahudi dan kaum Aryan di German suatu ketika dahulu juga kini hanya boleh dikesan melalui rakaman-rakaman sejarah sahaja.
Malah tidak sedikit penyanyi-penyanyi di dunia terus menerus mengalunkan pelbagai lagu yang membawa pesan-pesan anti-perkauman. John Lennon penyanyi berasal dari Amerika suatu ketika dahulu popular dengan lagunya "Imagine", Michael Jackson dengan lagu "Black and White", U2 kumpulan rock terkenal dari Ireland menyayikan lagu "Pride", Johnny Cash penyanyi folk Amerika dengan lagu "White Girl" dan Billy Bragg dengan "All You Fascist". Tidak terlepas Bob Dylan ketika menghempaskan kemarahannya terhadap Ku Klux Klan (KKK), sebuah pertubuhan perkauman melampau di Amerika turut memanifestasikannya melalui lagu yang berjudul "The Death of Emmett Till". Masyarakat di setiap belahan dunia secara umum semakin mengakui bahawa perlawanan manusia lewat perbezaan warna kulit ternyata sudah tidak relevan.
Disaat masyarakat dunia sudah mulai menanggalkan kaca mata perkauman sebagai satu-satunya cara untuk melihat dinamika kehidupan manusia, malang sekali bagi sesetengah daripada kita di negara ini masih lagi terperangkap dan bahkan sengaja menggunakan kerangka pandang sebegini. Dalam banyak hal, baik dari aspek ekonomi, politik mahupun sosial, tentang apa yang kita makan, dengan siapa kita berjual-beli atau dengan siapa kita berteman dan bersiar-siar masih sahaja dibatasi dengan jaring-jaring perkauman. Apalagi keadaan dilihat semakin membarah setelah berakhirnya musim pilihanraya. Kenyataan-kenyataan dan ucapan-ucapan yang berbaur perkauman, analisis-analisis yang seakan-akan tidak boleh menemui jawapan jika tidak diukur melalui kerangka kaum terus menerus berlangsung — baik dari ahli politik mahupun orang perorangan. Api-api perkauman kini masih lagi menyala dan terus diperbesar.
Read More / Baca Lagi >>

Hijrah: Dr Agus persoal kenyataan Zahid

Posted: 17 May 2013 07:14 AM PDT


KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.

"Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?" tanya beliau di dalam Facebooknya.

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

"Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan," jelasnya.

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.

Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Harga petrol tidak diturunkan!

Posted: 17 May 2013 07:09 AM PDT

Oleh SELENA TAY
Undi popular yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat (PR) ialah 51%. Ini bermakna majoriti rakyat telah mengundi Pakatan dengan mengharapkan bahawa harga petrol akan diturunkan pada 6hb Mei 2013. Inilah yang telah dijanjikan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim jika Pakatan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada 6hb Mei yang lalu.


Tetapi ini gagal direalisasikan kerana walaupun PR meraih lebih banyak undi popular, jumlah kerusinya di Parlimen adalah kurang dari BN dan oleh itu BN lah yang membentuk Kerajaan Persekutuan. Justeru itu, diharap pula bahawa Kerajaan BN tidak akan naikkan harga petrol kerana ini akan mengecewakan rakyat terutamanya golongan miskin dan yang berpendapatan rendah kerana mereka akan dibebankan lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dengan peningkatan kos sara hidup yang berterusan, kesan yang diperolehi dari BR1M yang berjumlah RM500 itu pun tidak dapat dirasai kerana jumlah tersebut akan habis digunakan selepas menolak pembayaran bil-bil bulanan dan perbelanjaan di pasar pagi pada hujung minggu. Di bandar-bandar yang besar pula, jumlah RM500 boleh tahan selebih-lebihnya dua minggu sahaja dan itupun jika sebuah rumahtangga itu kecil dan mengamalkan dasar yang amat kedekut.
Dan jika Cukai Barangan Dan Perkhidmatan dilaksanakan dalam tahun ini, maka rakyat yang miskin akan dibebankan lagi. Kerajaan BN mestilah prihatin kepada rakyat yang miskin seperti yang telah diuar-uarkan dalam jelajah Janji Ditepati mereka untuk menjadi sebuah kerajaan yang berprihatin dan mesra rakyat.

Antara mencintai tanahair dan penguasanya

Posted: 17 May 2013 07:09 AM PDT

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Hadis 'Cintakan tanahair itu daripada iman' tidak sahih. Bahkan ia hadis maudu' (palsu). Ini dinyatakan oleh al-Saghani (meninggal 650H/1252M) dalam karyanya al-Maudu'aat. Ini dipersetujui oleh para ilmuwan ulung hadis seperti yang disebut oleh 'Ali al-Qari dalam bukunya al-Masnu' fi Ma'rifat al-Hadith al-Maudu'.


Walaupun hadis ini palsu (fabricated) dari sudut kesabitannya (authenticity) daripada Nabi Muhammad SAW, namun ada tokoh seperti Muhammad Tahir al-Fatani (meninggal 986H/1578M) dari India dalam karyanya Tazkirah al-Maudu'aat menyatakan dari sudut maksud ataupun isi kandungannya benar.

Dalam kata lain menurut pendapat beliau, hadis ini memang tidak sabit daripada Nabi SAW, tetapi kandungan maksud yang terdapat dalam teks itu benar. Ertinya, cinta tanahair itu termasuk dalam iman.

Pun begitu, sarjana hadis lain seperti Muhammad Nasir al-Din al-Albani memberikan komentar yang berbeza. Dalam karyanya Silsilah al-Da'ifah wa al-Maudu'ah, beliau menyebut:

"Makna hadis ini tidak betul. Ini kerana cintakan tanahair sama seperti cintakan nyawa, harta dan seumpamanya. Semua itu sudah wujud dalam jiwa insan. Tidak dipuji kerana mencintainya, tidak juga ia termasuk dalam kelaziman iman. Tidakkah engkau lihat semua manusia berkongsi cinta tersebut? Tiada beza antara yang mukmin dan yang kafir" (1/110. Riyadh: Maktab al-Ma'arif).

Fitrah

Pendapat al-Albani ini benar dari satu sudut bahawa ia sesuatu yang termasuk dalam gharizah iaitu tabiat semulajadi insan ataupun fitrah. Namun menyatakan ia tidak terpuji adalah sesuatu yang kurang tepat. Islam memuji manusia yang hidup berpegang kepada fitrah.
Sayang harta yang mengelakkan pembaziran dipuji dalam Islam. Sayang nyawa yang menghalang kemusnahan diri diperintahkan oleh al-Quran. Pembaziran dan pemusnahan jiwa diharamkan. Sudah pasti cinta tanahair yang menghalang kerosakannya sesuatu yang dipuji.

Sesuatu yang sama antara Muslim dan non-Muslim bukan bererti tidak dipuji dalam Islam. Menyayangi anak-anak dan ibubapa sesuatu yang dikongsi oleh Muslim dan bukan Muslim. Ia terpuji. Menghilangkan bahaya di jalanan, termasuk dalam cabang iman.
Orang bukan Muslim juga melakukannya. Walaupun untuk mereka ia tidak termasuk dalam iman tetapi mereka juga melakukannya. Ia sesuatu yang terpuji. Persamaan tidak menafikan kebaikan. Pandangan al-Albani di sini kurang kemas untuk diterima.

Kasih Nabi Muhammad SAW
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Menunggu Reaksi Mahathir Mengenai Kabinet Baru Najib

Posted: 17 May 2013 07:08 AM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Kabinet baru yang diumumkan Najib semalam menerima reaksi yang berbagai daripada masyarakat umum. Ada yang memuji dan tidak kurang yang mengeji. Ada yang gembira dan ada pula yang tidak berapa suka dengan kabinet baru itu.

Yang mempertikaikan kerana Najib masih mengekalkan sebahagian besar wajah-wajah lama dan terdapat juga yang menyifatkan saiz kabinet ini masih lagi berskala besar, tidak sepadan dengan jumlah penduduk negara yang hanya berjumlah 28 juta orang.
Selain itu terdapat juga beberapa perlantikan yang mendapat pujian umum seperti CEO Maybank, Wahid Omar sebagai Menteri di JPM dan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan. Kedua mereka ini bukan saja mendapat pujian dan kata-kata penghargaan daripada rakyat biasa, malah juga daripada beberapa pemimpin parti pembangkang.

KJ terutamanya, mendapat fokus utama kali ini. Setelah tercicir selama empat tahun sedangkan pesaing yang ditewaskannya dalam perebutan Ketua Pemuda UMNO pada 2008, Mukhriz Mahathir diberi jawatan timbalan menteri, begitu juga naibnya, Razali Ibrahim yang turut dijadikan timbalan menteri, dengan perlantikan sebagai menteri kali ini umpama ganjaran berkat kesabarannya selama empat tahun itu.

Sementara banyak orang menerima perlantikan KJ, Kelab Chedet secara terbuka menolak perlantikan KJ ini atas alasan yang dikatakannya sudah difahami oleh semua orang dan tidak perlu diperjelaskan lagi kepada umum. Adalah dipercayai penolakan itu kerana dalam pemilihan 2008 KJ telah didapati terlibat dalam unsur-unsur politik wang semasa pertandingan oleh Lembaga Disiplin UMNO. Bagaimanapun beliau hanya diberikan amaran dan dibenarkan bertanding.

Kaitan lain mungkin mengenai penglibatannya dalam apa yang dipanggil budak-budak tingkat 4 yang menguasai kepimpinan Pak Lah ketika itu sehingga membuatkan Mahathir menjadikan campurtangan serta penguasaan mereka dalam kepimpinan negara sebagai asas utamanya menyerang dan berusaha menjatuhkan Pak Lah ketika itu.

Read More / Baca Lagi >>

PECAT ZAHID HAMIDI DARI KABINET DAN UMNO!

Posted: 17 May 2013 06:51 AM PDT


Baru sahaja menang dengan kontroversi dan margin yang kecil, tiba-tiba Naib Presiden Parti Rasis Umno mengeluarkan kenyataan biadap yang menyinggung rakyat Malaysia. Zahid Hamidi 

Dengan angkuh dan biadap Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

"Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular," katanya.

"
Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka," katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia semalam.

Zahid memang tidak sedar diri. Beliau naik menjadi menteri dan elaunnya dibayar oleh rakyat melalui pembayaran cukai dan sebagainya. Beliau tidak layak menjadi menteri dan pemimpin negara kerana tidak sanggup menerima pandangan dan pendapat orang lain. Orang seperti layak menjadi Ketua Gangster di mana pendapatnya sahaja yang betul dan tidak boleh disanggah.

Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang gesa Parlimen cela Zahid

Posted: 17 May 2013 06:40 AM PDT

Ketika Khairy Jamaluddin berkata pandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara lain dianggap padangan peribadi, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula menggesa parlimen mencela menteri dalam negeri itu.

Dalam kenyataannya Lim berkata tidak memadai bagi Khairy yang baru dilantik menteri belia dan sukan untuk mengelak daripada menjawab isu tersebut dengan menyatakan ia "pandangan peribadi" dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan.

"Bagaimana Khairy tahu bahawa kenyataan Ahmad Zahid yang memalukan itu tidak mencerminkan kedudukan kerajaan BN? Adakah Khairy telah mendapat jaminan perdana menteri atau timbalan perdana menteri bahawa kabinet baru akan menolak kenyataan Zahid dengan satu kenyataan rasmi?" tanya pemimpin DAP itu.

"Adakah Khairy akan mengambil inisiatif sewaktu mesyuarat kabinet untuk mencadangkan jemaah menteri menjarakkan diri dan menolak kenyataan Zahid itu?" tanya Lim lagi.

Lim berkata, seseorang akan menjangka, ekoran keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menunjukkan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapatkan 48 peratus undi popular berbanding dengan 51 peratus untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, seseorang itu akan menjangka para menteri bersikap merendah diri, mudah didekati dan sensitif.

Tetapi malangnya, kata Lim, rakyat melihat keangkuhan Ahmad Zahid ketika menjadi salah seorang menteri kanan dalam kabinet Najib selepas pilihan raya umum itu.

Kenapa Ahmad Maslan pilih perkataan ‘meliwat’?

Posted: 17 May 2013 06:39 AM PDT



KUALA LUMPUR: Orang berkata penggunaan bahasa melambang watak dan keperibadian seseorang.

Mungkin itulah yang ingin dicerminkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno hari ini dalam tulisannya di Utusan Malaysia yang bertajuk: "Jangan 'meliwat' fikiran rakyat".

Dalam artikelnya, Ahmad menekankan bahawa himpunan aman dan demonstrasi jalanan tidak wajar disalahgunakan, sebaliknya bantahan terhadap proses pilihan raya hendaklah dibuat menerusi petisyen pilihan raya.

Sambil mengakui bahawa BN tewas undi popular di tangan Pakatan Rakyat, Ahmad berkata sistem pilihanraya negara mementingkan jumlah kerusi yang dimenangi.

"Oleh itu, pembangkang yang sering mendakwa mereka pandai dan layak memerintah sepatutnya faham undang-undang negara ini dan jangan memalukan diri sendiri. Jangan 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri. Malulah dan hormatilah rakyat.

"Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Baria menjelaskan, BN berjaya meraih 47% undi popular, manakala PKR 20.0%, DAP 15.4% dan Pas 14.5% (jika dijumlahkan hanya 49.9%)," kata beliau.

Namun bagaimana pengetahuan dan akal boleh 'diliwat' hanyalah Ahmad yang mengetahuinya.

Sebelum ini, Ahmad turut menimbulkan kontroversi apabila mengaku menonton video lucah yang diledakkan oleh Datuk T bersama isterinya.

Read More / Baca Lagi >>

DAP: Tangkap penjenayah, bukan pemimpin Pakatan

Posted: 17 May 2013 06:35 AM PDT

Ketua polis negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti membuang persepsi negatif bahawa beliau mempolitikkan pasukan keselamatan demi kepentingan BN dengan menumpukan kepada usaha membanteras jenayah dan bukan mensasarkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang dap special meeting 110313 lim guan engLim Guan Eng (kanan) berkata, Khalid mesti membuktikan ikrarnya untuk mengutamakan keselamatan rakyat dan mengembalikan persekitaran yang selamat untuk orang ramai.

"Ikrar tersebut pastinya akan diuji supaya tidak menjadi janji mulut semata-mata tetapi mesti dibuktikan dengan kejayaan menurunkan kadar jenayah di dalam negara," katanya yang juga setiausaha agung DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, keselamatan awam antara isu pilihan raya umum yang menyaksikan rakyat meluahkan kebimbangan mereka terhadap peningkatan jenayah meski indeks jenayah menurun sebanyak 7.6 peratus dalam tahun 2012.

"Tan Sri Khalid boleh menjadi ketua polis negara yang lebih teruk daripada pendahulunya, kecuali jika beliau boleh menunjukkan kejayaannya membanteras penjenayah dan bukan menguruskan musuh politik BN," katanya.

Wang Rakyat Jadi Mangsa : Syarikat kerajaan mengalu-alukan pelantikan Kabinet dengan iklan muka penuh, mengundang kritikan

Posted: 17 May 2013 06:32 AM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Mei — Syarikat kerajaan yang ditubuhkan bagi membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dikritik hari ini kerana membayar untuk iklan muka penuh di akhbar Utusan Malaysia milik Umno dan The Star milik MCA untuk memberi ucapan tahniah kepada Datuk Husni Hanadzlah kerana dilantik semula sebagai menteri kewangan kedua.
Iklan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (gambar) menyiarkan gambar bewarna Husni dari ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja.
Menurut seorang pegawai The Star, SPNB dikenakan bayaran RM59,529.60 untuk iklan tersebut.
Pegawai Utusan Malaysia pula mengatakan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM37,000 kepada SPNB.
"Mengapa badan berkanun menggunakan duit pembayar cukai untuk mengucapkan tahniah terhadap pelantikan semula menteri? Ini amalan membodek," kata ahli Parlimen DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.
 "Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum."
SPNB adalah syarikat dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.
Ini merupakan penggal kedua Husni memegang portfolio itu bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan I.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan iklan tersebut sebagai "pembaziran" wang awam dan melambangkan obsesi hubungan awam yang telah terbukti tidak memberikan banyak kesan sepertimana semasa Pilihan Raya 2013 lalu.
"Adalah sesuatu yang luar biasa untuk syarikat, terutamanya syarikat kerajaan, untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang individu menteri. Ini adalah pembaziran dan menunjukkan contoh tidak baik.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT