Sabtu, 4 Mei 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRU 13 ... apa kata Zizan Maharaja Lawak?

Posted: 04 May 2013 08:43 AM PDT


[Video] Flashmob di Seberang Jaya Pulau Pinang

Posted: 04 May 2013 07:58 AM PDT

[Video] Peserta Flashmob dipukul di DUN Sg Rapat

Posted: 04 May 2013 06:17 AM PDT


Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Baju milik mangsa yang mengalami kecederaan parah dipukul dalam kejadian sekitar 4.14 petang di Pengkalan Pegoh.
Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Peserta flashmob PR mendengar penjelasan pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.
Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
Keadaan menjadi tegang apabila peserta konvoi BN melalui kawasan tersebut selepas kejadian peserta flashmob PR cedera dipukul.
IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.
Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

"Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

"Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

"Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

"Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

"Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

"Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak," katanya.
Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

"Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
"Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan," katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Tragedi ambang PRU 13.

Posted: 04 May 2013 06:38 AM PDT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BULATKAN TEKAD, FOKUS TUMBANGKAN REJIM

Posted: 04 May 2013 12:08 AM PDT

MASA untuk lakukan perubahan.  Terima kasih kepada semua petugas dan penyokong yang telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memperbaiki segala kerosakan di dalam negara ini.

Esok 05 Mei 2013, InsyaAllah, kita bakal menyaksikan keberanian rakyat negara ini untuk melakukan perubahan.  Rakyat bukan tidak suka kepada Br1M, tetapi rakyat mahu kehidupan mereka lebih baik dengan kos sara hidup yang tidak menekan, justeru itu bagi mereka umpan BR1M hanya sekadar untuk dua tiga hari, kemudian mereka akan menanggung kos sara hidup yang tinggi.  Kenaikan cukai melalui GST sedia menanti, saman AES yang sekarang ini ditangguhkan bakal bermula jika rakyat takut untuk menukar kerajaan.  

Tawaran pendidikan percuma dan penurunan harga minyak yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat akan dapat dinikmati oleh rakyat negara ini, asalkan mereka berani lakukan perubahan dengan mengundi PKR, PAS dan DAP pada pilihanraya kali ini.  Seandainya kesemua janji ini tidak dipenuhi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini, kita bangkit beramai-ramai untuk tumbangkan kerajaan yang gagal penuhi janji mereka.

Ujian pertama untuk kerajaan baru Pakatan Rakyat bermula esok selepas pengiraan undi. Perkara pertama yang kita mahu mereka buktikan adalah perkara asas yang dijanjikan iaitu turunkan harga minyak.   Turunnya harga minyak, ertinya turunkan harga barang keperluan, bil letrik, air dan banyak lagi keperluan asas kita.  Apakah kita tidak mahu harga minyak lebih murah dan kita boleh melalui lebuhraya tanpa tol secara berperingkat-peringkat?  

Semuanya kita akan jawab esok....SELAMAT MENGUNDI! SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN KITA JALAN YANG LURUS.....INI KALI LAH !!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Jangan Ambil Hati Terhadap Mahathir (LM)

Posted: 04 May 2013 05:20 PM PDT

Menjelang pilihan raya umum ke-13 yang diadakan pada hari ini, Dr. M masih telah rancak berkempen seolah-olah dialah komander ulung Barisan Nasional dan UMNO.

Pelbagai tohmahan telah diucapkannya sama lagaknya seolah–olah dia masih muda lagi, dan bukan berusia 88 tahun pada 10 Julai ini.. 

Memang banyak kali kita dengar dia menuduh sesiapa sahaja yang dia suka sebagai rasis. Yang banyak kali menerima cemuhannya ialah Lim Kit Siang, orang yang banyak mendedahkan penyelewengan wang di zaman TKT mencengkam kuasa..

Seterusnya:     Jangan Ambil Hati Terhadap Mahathir

Berilah BN peluang, jadi pembangkang... (LM)

Posted: 04 May 2013 04:30 AM PDT

Sayang BN? Beri mereka peluang jadi pembangkang

Sebagai penyokong BN yang setia, cara terbaik untuk membantu BN adalah dengan mengundi Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA: Rakyat diseru supaya memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) duduk di kerusi Barisan Pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


505: HARI DINANTI TELAH TIBA - UBAH SEKARANG..!!!!

Posted: 04 May 2013 05:51 PM PDT


PRU13:Grand Finale(4/5/2013)

Posted: 04 May 2013 05:32 PM PDT

505: INI KALI LAH! - Anwar Ibrahim

Posted: 04 May 2013 05:30 PM PDT

INI KALI LAH! - Anwar Ibrahim
6 Mei - Cuti Awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi.
30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat
1. 7 Mei - Menurunkan harga minyak serta merta
2. Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN
3. Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat
100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat
1. Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi.
2. Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang
3. Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia (world class standard) serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga
4. Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan.
5. Membebaskan media dari campurtangan politik
6. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri
7. Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum.
8. Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerakerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang 'anti-rakyat':
  • Akta Percetakan dan Penerbitan 1984
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
  • Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
9. Memulakan penyelesaian permasalahan tanah adat Orang Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara.

505: Johor Pakatan may bag at least 8 parliament seats

Posted: 04 May 2013 05:26 PM PDT

Pakatan Rakyat is likely to make a big dent in BN's fortress in Johor based on the huge turnout at its ceramahs.
JOHOR BARU: As the last few hours tick away before Sunday polls, Pakatan Rakyat is poised to take at least eight parliamentary seats in Johor.
The DAP southern team led by party adviser Lim Kit Siang is expected to capture Gelang Patah, Kulai, Kluang, Labis, Tanjung Piai while retaining Bakri.
Johor PKR chief Chua Jui Meng and PAS vice-president Salahuddin Ayub also have a good chance of taking Segamat and Pulai respectively.
The forecast is based on the assumption that Pakatan candidates will bag 80% of the Chinese votes, 25% of the Malay votes and 50% of the Indian votes.
Pakatan is expected to easily obtain 80% of the Chinese votes judging from the overwhelming response it has received across Johor.
Throughout the campaigning period, Pakatan has been able to attract thousands, if not tens of thousands, of Chinese to their ceramahs.
However, the number of Malays attending the Pakatan ceramahs increased only slightly ranging from a few hundreds to a few thousands. Pakatan is expected to see a 25% swing to its side compared with the 14%-20% in the 2008 general election.
Meanwhile, the Indian votes are split almost evenly based on the response of the voters interviewed by FMT. Some of them acknowledged that the government has failed to resolve long-standing problems such as the "stateless" Indians, while others feel that the BN administration has done a pretty good job.
However, the opposition is unlikely to bag Johor Baru and Air Hitam parliamentary seats, held by BN's Shahri Abdul Samad and Wee Ka Siong respectively.
This is because both of them have immense influence in their constituencies which they won with more than 10,000-vote majority in the 2008 polls.
Tide has changed
Read More / Baca Lagi >>

Voting day is finally here: God bless a NEW MALAYSIA

Posted: 04 May 2013 05:24 PM PDT

Yes. The time has come. This is the day. This is the hour. This is our moment. Let us do it. Just do it. Vote for justice. Vote for a clear future. Vote to rid this nation of its cancerous and blood sucking corrupt ways that have left Malaysians in need of RM1.39 a day aid.
Voting day is finally here: God bless a NEW MALAYSIAYes. March with unity in our hearts. Unite to see a true single nation for a single people – Malaysians. We must break free from the chains of race, religion and region divides that have crippled us into enemies amongst ourselves.
Yes. We are doing this not just for ourselves. We are voting for change for all those children in our cares and the millions more who will be born on this land that they will call home.
Yes. Let us not fall victims along the way. We will not fall into the temptress of BN. No money, no threats, no manipulations can rob us of the very values that our respective faiths teaches us.
Yes. We will not be cowed by any kind of threats. No Mat Rempits. No gangsters. No thuggish politicians. No bully can take that freedom from our hearts.
Yes. We are all Malaysians. We will define our future for us and for all Malaysians yet to be born.
Yes. Yes. Yes. We march onwards without losing that hope. We march without losing that courage.
Yes. Despite all the many odds stacked against us. Yes, despite all the hurdles thrown into our ways. Yes, despite all the beatings, brutality and frustrations we will deliver what the nation needs.
Yes. It is we the rakyat who will determine what we want and how we want and when we want for Malaysia and for all Malaysians.
Yes. Let us make the 5th of May what everyone is hoping for - The New, refreshing Malaysia. A nation that stands tall in the region; a nation that can be the ultimate example to the world out there.
Yes. God bless our vote. May the heavens have mercy and keep evil hearts imprisoned. Yes a New Malaysia and nothing less no matter how much the forces that be will hammer us from various angles.

505: 'Kami sudah buat keputusan, menanti pagi 5 Mei'

Posted: 04 May 2013 05:23 PM PDT

SHAH ALAM  - Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kini sudah mencapai kemuncaknya ekoran hari ini merupakan peluang terakhir untuk calon yang bertanding memenangi hati pengundi.

Calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) memanfaatkan tempoh yang kurang daripada 24 jam ini untuk berkempen sebelum pengundi mula keluar untuk menunaikan tanggungjawab mulai jam 8 pagi esok.

Malah sebelum penamaan calon lagi, perang bendera sudah berlaku dan semakin hari, bendera serta poster semakin meriah dipasang di mana-mana.

Tinjauan Sinar Harian Online hari ini mendapati, rata-rata pengundi di Shah Alam sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab membuang undi malah sudah membuat keputusan untuk memilih parti yang mana.

Penduduk Shah Alam, Aminah Mohamad, 58, mengakui sudah bersedia untuk mengundi, esok.

"Insya-ALLAH saya sudah bersedia untuk mengundi esok. Siapa pilihan saya, itu rahsia," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sementara itu, bekas Adun Tanjong Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, 63,  yang kebetulan berada di kawasan Shah Alam pagi tadi berkata, keputusan siapa yang bakal diundi sudah lama dibuat.

"Insya-ALLAH saya akan keluar mengundi esok. Saya sudah lama saya buat keputusan. Saya akan pilih kerajaan yang membawa kebaikan kepada negara," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

505: BN, PR dua-dua yakin menang besar

Posted: 04 May 2013 05:21 PM PDT


ramalan cuaca SHAH ALAM - Walaupun berhadapan dengan pelbagai spekulasi saat akhir kononnya ribuan pengundi luar dibawa masuk ke Kuala Lumpur dan Selangor, Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali yakin Pakatan Rakyat (PR) masih berpeluang meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya masih yakin kita boleh menjana satu lonjakan yang besar dengan syarat, rakyat Malaysia yang berhak untuk mengundi keluar secara beramai-ramai pada hari esok," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau yang juga calon bagi kawasan Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa menyeru orang ramai supaya keluar beramai-ramai bagi menjalankan tanggungjawba mengundi hari ini.

"... keluar di awal pagi dengan jumlah peratus yang cukup tinggi kerana apabila peratusan itu tinggi, kemungkaran dan penipuan akan tenggelam," ujar beliau.

Sementara itu bagi calon kerusi Parlimen Parit Buntar, Muammar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin dari Barisan Nasional (BN), maklum balas setakat ini memihak kepadanya.
"Kita mendapat reaksi positif terutamanya di kalangan masyarakat Melayu, India dan Cina di kawasan ini yang begitu gembira dengan pelan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Read More / Baca Lagi >>

505: Rakyat sudah keluar mengundi

Posted: 04 May 2013 05:20 PM PDT


PRU13: Rakyat sudah keluar mengundi
Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.
BERIKUT perkembangan di lokasi mengundi di seluruh negara.

Sri Andalas:

Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.


505: ANGGOTA FLASH MOB PAS/PR PERAK, YANG DISERANG OLEH PENYOKONG TEGAR UMNO DI IPOH

Posted: 04 May 2013 05:18 PM PDT


Tiga petugas PAS Perak yang sedang melakukan flash mob di Ipoh,  telah diserang dan dipukul oleh hampir 40 orang yang memakai baju I love PM.

Ada yang pecah muka dan berdarah kepala. Mereka sedang dapatkan rawatan.. Laporan polis sudah dibuat. Mohon supaya PDRM tegas dan pantas bertindak untuk menangkap dan mendakwa dengan mengheret ke Mahkamah pengganas-pengganas ini.

Gelagat dan perangai para penyokong UMNO sudah melampaui batas...Tak mampu nak tawan hati dan jiwa rakyat terutamanya anak-anak muda dan pengundi atas pagar maka diguna cara samseng.

Cara guna pakai UMNO ini dilihat sebagai bukti kukuh betapa UMNO kini sudah tidak mampu nak mempertahankan kuasa di Perak dan juga seluruh negara.

Budaya tegar UMNO akan menambahkan lagi benci dan meluat rakyat kepada UMNO...Sudah pasti kebencian rakyat ini akan mereka terjemahkan dalam bentuk undi esok hari.

INI KALILAH... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA.

505: INI KALI LAH!!!...LEBIH 50,000 RAKYAT SELANGOR BERHIMPUN DI STADIUM KELANA JAYA

Posted: 04 May 2013 05:16 PM PDT

 

SEBAGAI TANDA MENYOKONG SELANGOR KEKAL PR DAN UBAH PUTRAJAYA!!!!


Pergh!!! Makin nak dekat waktu mengundi makin bertambah ramai rakyat menyokong dan mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Ceramah Grand Finale Pakatan Rakyat malam ini di Stadium Kelana Jaya adalah bukti kukuh lagi padu.

Lebih 50,000 rakyat Selangor berhimpun tanda memberikan sokongan padu lagi jitu tanpa berbelah bagi kepada Kerajaan PR Selangor yang sedia ada sambil bertekad mau mengubah Putrajaya.

Nampaknya segala dakyah dan fitnah yang dilemparkan kepada para pemimpin tertinggi PR langsung tidak memberi sebarang impak dan kesan negatif, tetapi sebaliknya memberi ransangan dan semangat serta peluang kepada PR merampas Putrajaya dari BN.

INI KALI LAH... JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.

Anwar Ibrahim: Esok Kita Bankrapkan UMNO!

Posted: 04 May 2013 05:14 PM PDT

505: Destiny lies in your hand

Posted: 04 May 2013 05:11 PM PDT

Please vote for a political coalition or individual that would work towards ensuring Malaysia continues to remain peaceful, stable and prosper in this tough economic time.

PETALING JAYA: This is it! The day for us to choose on who will administer our country for another five years is upon us today.
Your ballots will decide not only our fate, but also of our future generation. The entire nation's destiny would rest in our hands.
So which coalition or individual should we choose? Well, it should be the party that promises peace, stability and prosperity.
We must vote in a government that will ensure our beloved Malaysia remains peaceful, stable and prosper in this bleak global economic time.
But which coalition promises it? This is where voters need to read between the lines of the promises made by our political aspirants.
The people must understand that in order for our country to remain peaceful and stable, we need a government that would respect human rights and the rule of law.
When we are administered by a government that is bent on suppressing human rights such as the right to choose and speak out against the ills plaguing the nation, abuse of power thrives.
Can a government talk about respecting human rights when those who speak their minds against a leader get hauled in by the authorities?
Read More / Baca Lagi >>

505: 'Undi hari ini ubat ketegangan selama ini' - Asri

Posted: 04 May 2013 05:10 PM PDT


Dr Mohd Asri
BEKAS Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, meskipun dilihat sebagai tokoh Islam progresif di negara ini, beliau juga bukan wajah asing dalam perjalanan politik negara ini. Meskipun tidak aktif berpolitik, pandangan beliau sering diambil perhatian dan dijadikan pertimbangan khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Awalnya, Asri antara tokoh yang disebut-sebut akan menwarnai gelanggang PRU13.

Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online baru-baru ini, Asri yang menegaskan tidak akan turun bertanding PRU13 menyifatkan hari keramat 5 Mei esok sebagai "hari untuk mengubat ketegangan" politik yang disaksikan sepanjang lima tahun lalu.

"Saya rasa rakyat tak sabar hendak mengundi kerana  dah lama, undian adalah ubat pada ketegangan ini," kata Asri. Ikuti temu bual penuh beliau bersama G MANIMARAN dan MUHAMMAD SHAMSUL ABDUL GHANI


SINAR HARIAN ONLINE: Orang menunggu Pilihan Raya Umum ke-13. Dan, Dr mengikuti perkembangan lima tahun lepas, dari 2008 sampai sekarang. Apa yang Dr nampak mengenai perjalanan politik Malaysia?

DR ASRI: Bismillah... saya rasa kita kena buat perbandingan antara apa yang rakyat peroleh pada pilihan raya ke-11 dan ke-12 . Kalau kita lihat pada pilihan raya ke-12, kita akan dapati nilai dan harga diri sebagai rakyat lebih dihormati apabila pihak pemerintah, kuasa mereka atau pun undi mereka dikurang dengan begitu banyak.

Jadi, ini menunjukkan, lagi berkuasanya suara rakyat, lagi kuatnya kesedaran rakyat terhadap politik, pemerintah mana-mana pun sama ada dalam konteks BN atau PR mereka akan sentiasa menghormati rakyat. Jadi, hatta kita melihat pemberian itu dan ini kedua belah pihak tuntutan rakyat, kebebasan mahkamah, kes suruhanjaya polis, akta ISA, diberi perhatian oleh kerajaan kerana rakyat dilihat ada kesedaran politik, dan bersedia untuk berubah.

PRU adalah satu saluran penting yang menentukan nafas kehidupan rakyat dalam negara ini. Tak seperti sebahagian orang sangka kerajaan mana-mana yang datang pun boleh menyediakan benda yang sama, tetapi sebaliknya iaitu pengaruh rakyat yang menentukan sikap kerajaan.


Hak rakyat dihormati
Read More / Baca Lagi >>

505: Rakyat Selangor Disaran Turun Mengundi Atasi Pengundi Ragu

Posted: 04 May 2013 05:08 PM PDT


Peluang Pakatan Rakyat (PR) untuk kekal mentadbir Kerajaan Negeri adalah cerah sekiranya semua rakyat Selangor keluar mengundi esok bagi mengatasi kehadiran pengundi ragu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika majoriti rakyat yang mengundi adalah besar, maka peratusan pengundi ragu untuk mengganggu proses pilihan raya di sesebuah kawasan dapat dikurangkan.
mb perutusan 4 meiMenurutnya, ia disokong melalui beberapa kajian yang menunjukkan peratusan PR untuk menawan Putrajaya dan memenang semula di Selangor adalah tinggi.
"Kita minta rakyat turun beramai-ramai dan memilih parti yang mereka ingini.
"Jika peratusan yang keluar mengundi adalah besar, maka sebarang penipuan tidak akan berhasil," katanya.
Beliau berkata, persaingan antara PR dengan Umno-BN juga dijangka sengit pada Pilihan Raya Umum Ke -13 kali ini berbanding 2008.
Bagaimanapun beliau yakin rakyat akan lebih memihak kepada PR berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima gabungan itu baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

505: Petugas buat flashmob dipukul 'I Love PM'

Posted: 04 May 2013 05:07 PM PDT



(Seorang petugas PAS sedang dirawat setelah dipukul ketika membuat flashmob)

IPOH: Beberapa penyokong PAS cedera parah apabila dipukul oleh kirra-kira 40 orang yang memakai baju T I Love PM hari ini.

Ada antara mereka yang pecah muka dan kepala berdarah, kini sedang dirawat di hospital berdekatan.

Mereka hanya sekadar angkat sepanduk untuk para pemandu kereta bunyikan hon jika sokong Pakatan Rakyat.

(Petugas ini terpaksa diusung selepas dipukul)

Namun kerena tidak bertamadun, mereka dipukul hingga berdarah sebegini.

"Mengapakah petugas-petugas yang memakai baju I love PM itu sanggup melakukan perkara sekejam ini... pohon doa teman-teman... kita sayang Malaysia," tulis satu laporan dalam facebook.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwat kekal: Sudah dua kali rakyat ditipu?

Posted: 04 May 2013 05:06 PM PDT


Kontroversi "dakwat kekal yang tidak kekal" yang berlaku semasa pengundian awal baru-baru ini telah menimbulkan sekali lagi persoalan tentang kredibiliti SPR serta ketelusan perjalanan pilihanraya di Malaysia.
Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari sebelum berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.

Alasan yang diberikan pada masa itu adalah kerana terdapat parti-parti politik yang telah membeli dakwat kekal dari luar negara dan dijangka akan menyalahgunakannya untuk PRU12. Pada masa itu ramai yang tidak dapat menerima alasan tersebut namun terus memberi peluang kepada SPR.

Salah satu tuntutannya Bersih 2.0 adalah berkaitan penggunaan dakwat kekal. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya) yang telah ditubuhkan oleh Parlimen juga telah mengesyorkan agar dakwat kekal digunakan dalam PRU13. SPR telah bersetuju untuk melaksanakan syor tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

505: Pemantauan dilakukan terhadap warga asing ‘berkelakuan pelik’ dalam PRU13, kata PAS

Posted: 04 May 2013 05:05 PM PDT

Sukarelawan PAS akan berada di tempat tertentu di seluruh negara untuk memantau terutamanya terhadap warga asing, yang berkelakuan pelik dan mungkin mengundi esok, kata naib presiden Salahuddin Ayub hari ini.
Ini berlaku kerana ketakutan mengenai warga asing diterbangkan ke semenanjung Malaysia untuk mengundi sebagai pengundi hantu yang kecoh beberapa hari menjelang Pilihan Raya 2013 walaupun kedua-dua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan polis telah menafikan perkara ini.
"Semenjak keluar berita semalam, kami telah merancang strategi untuk memantau dan kami telah menghantar laporan ke pusat operasi kami," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider hari ini.
"Kami mahu memberitahu mereka, jangan fikir pergerakan dan tindakan mereka tidak diperhatikan," katanya.
Menurut Salahuddin, agen dari PAS dan juga parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) melakukan pengintaian hari ini, dibantu oleh maklumat daripada orang ramai.
Ejen-ejen diletakkan di pelbagai tempat, termasuk stesen bas, lapangan terbang, dan kediaman tetapi Salahuddin enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai ejen-ejen kerana bimbang dengan keselamatan mereka.
Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan hari ini mustahil bagi warga asing untuk mengundi esok dan polis akan mengambil tindakan sekiranya berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

505: Seruan Anwar, Hadi dan Nik Aziz Ini kalilah

Posted: 04 May 2013 05:01 PM PDT

pakatan rakyat putrajaya naeem
SHAH ALAM 4 MEI : Ini kalilah! Sejarah baru akan tercipta selepas Ahad ini dengan Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih Kerajaan Persekutuan daripada BN.
Keyakinan itu disuarakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan sokongan rakyat di seluruh negara yang condong memilih PR dengan kehadiran luarbiasa dalam sesi ceramah diadakan termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak yang merupakan kubu kuat BN.
Menurutnya, rakyat tidak harus berasa takut dengan peralihan kuasa yang akan berlaku kerana ia akan dilakukan secara aman dengan Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat yang dianggotai bekas jeneral dan ketua polis akan membantunya serta pemimpin PR lain untuk mengendalikan proses berkenaan.
"Dalam melakukan persediaan untuk bulan-bulan pertama mentadbir kerajaan, saya akan mengeluarkan peta laluan PR yang menggariskan tindakan-tindakan utama yang akan kita ambil untuk memenuhi janji-janji manifesto kami.
"Seperti yang saya tekankan, fokus peta laluan ini mestilah pro-rakyat dan mengandungi langkah-langkah yang akan mempunyai kesan segera dan manfaat jangka panjang.
"Ini adalah langkah-langkah perubahan yang BN tidak bersedia laksanakan tetapi akan dilakukan oleh PR. Ini merupakan perubahan yang akan membawa pembaharuan, kemerdekaan yang sebenarnya ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Anwar turut memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan sementara bahawa rakyat tidak akan toleran terhadap sebarang penipuan pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

505: Keluar mengundi awal, bantu usaha pantau pengundi hantu – Anwar

Posted: 04 May 2013 05:00 PM PDT

bangsarDatuk Seri Anwar Ibrahim menasihati penyokong Pakatan keluar awal untuk mengundi, kemudian membantu usaha memantau sebarang percubaan melakukan penipuan termasuk membawa pengundi hantu.
"Kita boleh menang dengan 51 peratus. Sebab itu, kita kena keluar beramai-ramai, mengundi awal. Kemudian bantu calon Pakatan, lakukan pemantauan.
"Kena waspada dan kawal kawasan kita," kata Ketua Umum KEADILAN itu ketika berucap di perkarangan pusat beli-belah Bangsar South, malam ini.
Lebih 15,000 pengundi Parlimen Lembah Pantai mengikuti ucapannya selain pidato penyandang kerusi, Nurul Izzah Anwar  dan pimpinan Pakatan, sekalipun lokasi ceramah terpaksa ditukar pada saat akhir berikutan sabotaj pemimpin Umno BN.
Merujuk kemasukan pengundi asing yang diragui secara besar-besaran yang belum dijawab SPR secara tuntas, Anwar mengulangi amaran keras kepada suruhanjaya itu supaya tidak bersekongkol dengan sebarang penipuan pada PRU 13.
Read More / Baca Lagi >>

505: Jangan subahat musnahkan dokumen k'jaan - Anwar

Posted: 04 May 2013 04:58 PM PDT

NONESehari sebelum pilihan raya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 13 juta pengundi di seluruh negara supaya memangkah dengan keyakinan, keberanian dan bervisi.

Katanya, keputusan yang dibuat akan membawa Malaysia ke era baru, justeru mengundilah dengan kekuatan dan galakkan anggota keluarga dan sahabat handai terlibat sama.

Bercakap dalam sidang media di Kubang Semang hari ini, Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam atas dedikasi dan perkhidmatan membantu melancarkan perjalanan kerajaan.

Beliau juga menggesa mereka tidak terlibat memusnahkan atau menyorokkan dokumen kerajaan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya daripada BN selepas hari pengundian esok.

"Tolong jangan bersubahat dengan mana-mana pihak untuk mengganggu kelancaran peralihan kuasa kerana ia bertentangan dengan undang-undang," kata Anwar.

505: Ini adalah tentang kita!

Posted: 04 May 2013 04:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei — Hari mengundi. Akhirnya kita sampai di sini. Hari ini, kita — 13.3 juta daripada kita yang layak mengundi — akan menentukan bagaimana keadaan lima tahun akan datang.
Sepanjang dua minggu tempoh berkempen telah membawa keluar perkara baik dan buruk bukan sahaja bagi calon, tetapi bagi diri kita. Orang-orang yang dipikat untuk mengundi.
Sesetengah orang mengatakan ini telah menjadi perbalahan pilihan raya terhebat kerana kawan dan ahli keluarga bergaduh sesama sendiri kerana pandangan berbeza.
Ini telah selalu berlaku akan tetapi sekarang, dengan Facebook dan media sosial lain, "pergaduhan" menjadi lebih besar dan tersebar dengan lebih cepat.
Akan tetapi ini, ini adalah tindakan demokrasi sebenar. Walaupun sebelum satu kertas undi dipangkah, kita sudah menyaksikan perselisihan dan putus kawan di Facebook dan di mana sahaja akan tetapi, tidak mengapa sebenarnya.
Akhirnya, kita belajar untuk menyuarakan pendapat kita. Kita belajar untuk bersuara. Tidak mengapa jika anda tidak bersetuju dengan apa yang kawan anda katakan. Tidak mengapa jika anda fikir dia bodoh kerana menyokong sesetengah calon.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Rintihan Marhaen

Posted: 04 May 2013 12:52 PM PDT

PRU13: Lebih 15,000 hadir ceramah Anwar, Nurul Izzah di Lembah Pantai

Posted: 04 May 2013 12:20 PM PDT

IMG_0296KUALA LUMPUR 4 MEI: Lebih 15,000 hadir ke ceramah Grand Finale Pakatan Rakyat Lembah Pantai di perkarangan kompleks beli belah Bangsar South di sini, malam ini yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suasana seperti pesta dengan kehadiran penduduk Lembah Pantai dari pelbagai bangsa dan segenap lapisan umur dengan masing-masing duduk aspal jalan menunggu kehadiran Ketua Umum KEADILAN itu dan penyandang Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
IMG_0529Meskipun dengan notis singkat berikutan sabotaj dari Umno BN , program yang awalnya dirancang berlangsung di surau flat PPR Kerinchi tetap mendapat sambutan hangat dari rakyat .
Orang ramai yang menunggu sejak jam 6 petang bersorak sebaik Nurul Izzah dari arah Masjid Toh Puan Rahah yang terletak bersebelahan tapak ceramah kira-kira jam 8.30 malam.
Orang ramai melaungkan slogan 'Reformasi', Ini kalilah!, 'Tukar! dan 'Ubah' disambut tiupan vuvuzela. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan Nurul Izzah.
Keadaan menjadi gempita sebaik sahaja pengacara majlis mengumumkan ketibaan Anwar kira-kira jam 8 malam.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Ribuan banjiri ceramah terakhir Pakatan...Ubah Sekarang..!!!

Posted: 04 May 2013 12:19 PM PDT



 
12 tengah malam: Kempen selama 15 hari telah berakhir. Dan proses pengundian untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bermula jam 8 pagi esok.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di seluruh negara ini pada sebelah petang.
Pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang dan proses pengiraan undi akan bermula tidak lama selepas itu. Keputusan akan mula diketahui dari jam 8 malam.

Malaysiakini
akan melaporkannya secara langsung sepanjang hari esok.
11.45pm - Ipoh: Calon Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin muncul di hadapan 50,000 hadirin di Jalan Laxamana, sambil mengetuai laungan "5 Mei, tukar kerajaan" dalam bahasa Cina.

Pengacara mengumumkan bahawa derma yang dikumpul untuk malam itu melebihi RM100,000 dan belum habis dikira.

NONE11.15pm - Seremban: Empat puluh lima minit sebelum berakhir secara rasmi tempoh berkempen, kira-kira 10,000 orang membanjiri Taman Seremban Jaya untuk menghadiri ceramah terakhir DAP.

Orang ramai, yang sebahagian besarnya membawa payung kerana terdapat hujan renyai-renyai, menyanyi 'Ubah' dan beberapa lagu-lagu Cina bersama-sama dengan calon-calon DAP di atas pentas.
11.00pm - Petaling Jaya: Stadium Kelana Jaya dibanjiri penyokong Pakatan untuk perhimpunan terakhir sebelum hari pengundian esok, di mana calon-calon dari empat kawasan berhampiran berucap kepada orang ramai (gambar teratas).

Kawasan pilihan raya tersebut adalah Kelana Jaya, Subang, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.

Pihak penganjur mengumumkan bahawa jumlah hadirin mencecah lebih 50,000 orang.

10.30pm - Ipoh:
Calon DAP bagi Ipoh Barat M Kulasegaran dalam ucapannya menggesa semua rakyat Perak supaya
membuang undi mereka seawal mungkin esok.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Pakatan sudah menang 7 negeri, sedia ke Putrajaya

Posted: 04 May 2013 12:18 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Dengan tidak sampai 20 jam waktu pengundian bermula, PAS yakin Pakatan Rakyat akan berjaya mengambilalih pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini.


(Mustafa penuh keyakinan dalam sidang medianya hari ini)

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, hanya negeri Melaka, Pahang dan Johor sahaja masih lagi bersama BN sedangkan semua negeri lain boleh dikira sudah jatuh ke tangan Pakatan.

"Semalam saya umumkan kita dapat 117 kerusi Parlimen dari 222 yang ada. Petang nanti saya akan dapat angka baru yang boleh jadi meningkat lagi kerana trendnya Pakatan sedang meningkat," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini.

Dengan kenyataan Mustafa ini bermakna, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sudah jatuh kepada Pakatan di Semenanjung ini.

Yang menjadi isu sekarang adalah setakat mana kekuatan PAS dalam Parlimen nanti bagi memastikan suara Islam dan Melayu menguasainya. Ekoran itu, ramai bersetuju agar semua pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS kali ini, bukan Umno, bagi memastikan perkara itu.

Ini kerana, hampir 90 peratus pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam piilihan raya ini. Dengan angka itulah, keyakinan sangat tinggi di kalangan pemimpin Pakatan mereka akan menang kali ini.

Read More / Baca Lagi >>