Khamis, 25 April 2013

bumiperak

bumiperak


Zul Noordin boleh pulang awal

Posted: 25 Apr 2013 08:48 PM PDT

Malang buat Zulkifli Noordin.. MIC istihar boikot!
PETALING JAYA: Vowing not to forgive the Barisan Nasional candidate for Shah Alam, MIC vice- president M Saravanan has advised Indians not to vote for the Perkasa leader.
"I will never forgive him (Zulkifli). I will continue to tell Indians not to vote for him, he doesn't deserve their votes.
"If I were to say something disrespectful towards Muslims or their beliefs and then apologise, do you think they will accept it?" he asked.
"It is the same, we are Malaysians and the thought of disrespecting other religion should never even cross our mind.
"I respect the Prime Minister's (Najib Tun Razak) choice. But his candidacy degrades BN on the whole, he is a disgrace to the party," said Saravanan, who is contesting the Tapah parliamentary seat.
In an old video clipping which surfaced recently, Zulkifli had questioned the Hindu concept of God and mocked the Ganges River, which is considered sacred by Hindus.
"I have been to Sungai Ganga before. How can you say it's pure? There are chicken carcasses and small sticks floating," Zulkifli had said in the video clip.
He has since apologised for his remarks.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - CERAMAH AKU MALAM TADI DI BALOK MAKMUR, KUANTAN

Posted: 25 Apr 2013 01:16 PM PDT

MALAM INI AKU CERAMAH DI BALOK MAKMUR, KUANTAN BERSAMA LT JEN (B) GHAFIR, IKUTI LIVE STREAMING

Posted: 25 Apr 2013 12:59 AM PDT

INSYAALLAH, malam ini aku akan berceramah di markas PAS, Balok Makmur, Kuantan bersama dengan mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Ghafir.

Turut berceramah yang akan bermula jam 9 malam nanti adalah calon-calon dari PR yang bertanding di Kerusi Parlimen/Dun di Indera Mahkota, iaitu Dato Fauzi Abd Rahman yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang (Parlimen Indera mahkota), Sdr Andansura Rabu (Dun Beserah) dan Sdr Lee Chean Chung (Dun Semambu).

Ceramah malam ini juga akan disiarkan secara LIVE dari Live Streaming oleh Pusat Media Pakatan Rakyat Pahang.

dollah yankee

dollah yankee


Woitt..! Kami ada pasang parabola haram laa ...

Posted: 25 Apr 2013 03:47 AM PDT



dollah yankee -
Jangan laa nak menipu ...sebab rumah kami ada guna parabola haram, dan dapat tengok 163 saluran Thai,Philiphine,Lao,Vietnam,Indonesia,Singapore..



Betul Ker Berita Nih?

Dekat-dekat PRU ni semua berita menjadikan was-was untuk diterima

Published: Khamis April 25, 2013 MYT 1:23:00 PM  35 Askar Sulu Cuba Masuki Sabah Ditembak Mati

Oleh CHRISTINA CHIN

Beliau berkata, kesemua mereka ditembak sebelum dapat memasuki perairan Malaysia selepas enggan berpatah balik.
Zahid berkata, menurut laporan perisikan, kumpulan tersebut cuba memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Jika mereka sudah memasuki perairan kita, kita akan mengusir mereka keluar. Kita akan mempertahankan negara ini," katanya pada sidang media di sini Khamis

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Kamilia tampil mohon maaf..!!!

Posted: 25 Apr 2013 07:15 PM PDT


Kamilia Ibrahim
SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti.
"Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai.
"Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar.
"Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini," katanya.
Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad.

PRU13: PR dakwa Umno 'beli' bilik gerakan

Posted: 25 Apr 2013 07:08 PM PDT



SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mendakwa satu gerakan besar-besaran dilakukan Umno Selangor untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu selain cubaan Barisan Nasional (BN) menabur wang kepada pengundi sewaktu berkempen.
Abdul Khalid Ibrahim Menurutnya, beliau menyeru rakyat di negeri ini membuat laporan dan memberi maklumat jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen.
"Mereka boleh lapor kepada saya, SPR atau polis. Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas," katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor di Seksyen 7, di sini semalam.
Sementara itu, beliau berkata, PR menyahut cabaran Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan kad laporan kecemerlangan pentadbiran negeri sepanjang lima tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 2 kereta PR dibakar di Klang, henti politik ganas

Posted: 25 Apr 2013 07:07 PM PDT


KLANG: Dua buah kereta dibakar di dalam kawasan Parlimen Kota Raja dan salah seorang mangsanya adalah anak calon PKR di Sri Andalas, Dr Xevier Jayakumar.

Sehubungan itu, calon PAS Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) mendesak siasatan segera perlu dibuat dan dihentikan politik ganas.

Sebelum ini, satu letupan bom berlaku di dalam satu majlis anjuran BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Namun, hanya seorang sahaja yang mendapat cedera ringan di kakinya.

Polis yakin ia dibuat bukan untuk mencederakan sesiapa tetapi ada tujuan lain.



Sokongan India



(Dr Mariah bersama penyokongnya di kalangan masyarakat India)

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Kereta anak perempuan calon PKR dibakar

Posted: 25 Apr 2013 07:05 PM PDT


 
NONEDua kereta milik anak perempuan calon PKR Dr Xavier Jayakumar terbakar apabila sekumpulan lelaki membaling bekas berisi minyak tanah di pintu masuk kediamannya di Klang Jaya, Klang, semalam.

Kejadian itu dipercayai sebagai satu lagi insiden bermotifkan politik.

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, ejen pilihan raya Sangetha Jeyakumar, 30, berada bersama bapanya di pusat khidmat Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat selepas satu sesi ceramah.

Seorang jiran yang tidak mahu dikenali berkata, dua orang lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan parang, dalam sebuah kereta Kia Sephia berwarna perak, turun dari kereta itu dan memanjat pintu pagar rumah tersebut untuk masuk ke halamannya.

"Anjing saya mula menyalak semasa kedua-dua lelaki itu menjerit dengan kuat sebelum memanjat pintu pagar.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Najib pertahan haramkan ‘Allah’, tolak debat pilihan raya

Posted: 25 Apr 2013 07:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 April — Datuk Seri Najib Razak telah mezahirkan sokongan terhadap rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pengunaan perkataan Arab untuk tuhan, "Allah", oleh bukan Islam di Malaysia, menurut wawancaranya bersama saluran berita antarabangsa Al –Jazeera.
Perdana menteri kerajaan sementara itu turut memberitahu Veronica Pedrosa dalam wawancara yang akan disiarkan pada Ahad, beliau tidak berminat untuk berdebat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya 5 Mei.
"Konsep Allah berbeza dalam Islam berbanding dalam Kristian, kita tidak seharusnya mengecewakan orang Islam dan orang Islam tidak seharusnya mengecewakan orang Kristian, kita tinggal secara harmoni selama bertahun-tahun dan ianya seharusnya berterusan," kata beliau dipetik dari petikan wawancara yang diedarkan oleh Al-Jazeera versi bahasa Inggeris.
Mahkamah Rayuan Malaysia telah menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk satu lagi kes pengurusan terhadap kerajaan dan rayuan Kementerian Dalam Negeri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 perkataan "Allah" boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald.
Read More / Baca Lagi >>

Mencorak Harapan: Hishamuddin Mahu Sempurnakan Aspirasi Anak Muda

Posted: 25 Apr 2013 06:25 PM PDT

Tian Chua: Rakyat Malaysia Adalah Penentu Masa Depan Untuk Negara Ini

Posted: 25 Apr 2013 06:24 PM PDT

PRU13: PAS Terengganu Lancar 33 Video Klip Isu Semasa

Posted: 25 Apr 2013 06:23 PM PDT

PRU13: CheGuBard - Masa sudah tiba menguburkan UMNO..!!

Posted: 25 Apr 2013 06:23 PM PDT

Terkini PRU13: Program PAS Kelantan (Manifesto PAS Kelantan) PRU13

Posted: 25 Apr 2013 06:22 PM PDT

Shahrir vs Gen Hashim: 'JB will be battle for hearts & minds'

Posted: 25 Apr 2013 06:21 PM PDT

PRU13: Semangat tukar kerajaan memuncak

Posted: 25 Apr 2013 08:41 AM PDT

Oleh Lim Hong Siang
ANDA boleh merasai betapa kuatnya azam masyarakat Cina untuk menuntut pertukaran kerajaan persekutuan kali ini. Malah mungkin tidak keterlaluan seandainya saya mendakwa bahawa semangat patriotik mencecah kemuncaknya, apabila ia diterjemahkan ke dalam tindakan untuk melakukan perubahan. 
Seorang anak muda memakai baju Himpunan Hijau, berdiri dalam keadaan cuaca yang sejuk di "pasar malam" Taiwan, menjulang papan dengan tulisan "Wahai rakyat Malaysia, jom balik undi. Jangan biarkan pendatang asing menentukan masa depan kita."
Padahal, bukan seorang anak muda Malaysia sahaja yang berbuat demikian, tetapi "kelakuan" yang sama juga ditemui di stesen LRT di Taiwan.
Ramai pelajar Cina melanjutkan pengajian mereka di Taiwan.
Jadi kelakuan ini barangkali boleh menarik perhatian warga Malaysia yang lalu di situ.
Kisahnya tidak terhenti begitu saja. Seorang pelajar di Taiwan telah membelanjakan kos sara hidup bulanannya untuk membeli tiket penerbangan supaya balik mengundi. Beliau mengakui sememangnya ia membebankan, tetapi berbanding dengan masa depan Malaysia, harga yang dibayar itu berbaloi.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Kempen Busuk BN Pertahan Putrajaya

Posted: 25 Apr 2013 08:37 AM PDT

KUALA LUMPUR:Dato' Seri Najib Tun Razak bertindak melanggar prinsip demokrasi dengan menyalahgunakan dana, sumber dan harta awam bagi tujuan kempen Umno-BN.
Pengumuman sejumlah peruntukan untuk pelbagai projek dan sumbangan selepas pembubaran parlimen oleh Pengerusi BN itu sekaligus mencabul etika kuasa kerajaan sementara.

Malah, Najib gagal mematuhi Akujanji Pilihanraya yang ditandatanganinya sendiri dengan badan Transparency International sebelum ini. Antara pengumuman yang tidak menghormati prinsip demokrasi itu ialah pelaksanaan tiga projek tama di Cyberjaya bernilai RM8 bilion pada 5 April lalu.
Tiga hari selepas itu Najib juga mengumumkan perluasan penerima kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card kepada 725,000 pesara kerajaan.
Pada 9 April pula, Najib mengumumkan cadangan pembinaan kompleks bernilai RM400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: GAMBAR ANGGOTA POLIS GERAK AM (PGA) SEDANG MEBUANG UNDI DI KEM PGA, GALING KUANTAN, PAHANG

Posted: 25 Apr 2013 08:34 AM PDT

Pengerusi SPR kerap kali apabila diajukan soalan mengenai tatacara undi pos beliau menjawab.. tiada lagi istilah undi pos tetapi ditukar kepada UNDI AWAL.

Cara undi awal ini serupa dengan undi biasa....Diadakan dalam dewan secara telus, adil dan bersih.

Paling utama semua wakil calon parti akan dibenarkan memantau dan meliaht proses undi awal ini...Itulah lebih kurang bunyi ayat yang terpacul dimulutnya.

Tapi jika rakaman gambar ini benar dimanakah wakil calon bertanding?...mengapa diadakan secara tertutup?

Mohon sangat-sangat pihak berwajib SPR memberikan jawapan bagi pencerahan minda rakyat.

Tidak mau wujud persespsi buruk mengenai tata kelola SPR dalam mengendalikan PRU kali ini.

PRU13: SATU UNDI UNTUK MCA ADALAH SATU UNDI UNTUK PERKASA!

Posted: 25 Apr 2013 08:32 AM PDT

Zulkifli Noordin sudah insaf dan bertaubat, kata Soi Lek


 
Keputusan BN untuk mencalonkan Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin bertanding kerusi Parlimen Shah Alam telah dikritik hebat tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyokong pilihan parti itu.

Katanya, Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu.

"Beliau telah bertanding di bawah PAS (sebelum ini). Beliau dan PAS adalah kawan yang sangat baik, oleh itu ketika berada dalam PAS, kemungkinan besar beliau menerap nilai-nilai dan budaya PAS.
Read More / Baca Lagi >>

KANTOI!!!!!!...TUKANG PASANG BENDERA BN BERJAYA DIRAKAM BAWA TURUN BENDERA PAS SETELAH MEMASANG BENDERA BN DI JOHOR BAHRU!

Posted: 25 Apr 2013 08:31 AM PDT

HELO BRO!!! NAK BAWA MANA PERGI BENDERA-BENDERA PAS TU!!!!!!
Seorang petugas pasang bendera BN yang memakai Baju T BN sedang membawa lari bendera-bendera PAS setelah diturunkan selepas memasang bendera BN di Johor Bahru telah berjaya dirakamkan.

Haprak punya petugas UMNO!!!!!!!!!!...Sudah pasti menerima arahan dari pihak tertentu untuk melakukan kerja yang langsung tidak bertamadun ini..Ini dinamakan politik primitif zaman purba.  politik guna otot bukan otak.

INGAT!!!!.. Kamu turunkan bendera PAS nanti rakyat balas dengan turunkan UMNO pada PRU ini.

Itu janji ikrar keramat rakyat.

PRU13: CALON UMNO MAIN WAU BULAN DI BATU SAPI?

Posted: 25 Apr 2013 08:29 AM PDT

SETELAH selesai peletakkan beberapa roket DAP di Batu Sapi di sekitar Parlimen Batu Sapi Sandakan, kini tiba pula giliran wau bulan PAS mewarnai lagi suasana PRU di sini.
Wau bulan yang disiapkan sejak beberapa hari lalu sudah sedia 'diterbangkan' dan kini wau bulan tersebut dipacak betul-betul di hadapan Bilik Gerakan PAS P.185 Batu Sapi Sandakan. 
Lokasi berkenaan dianggap srategik kerana seluruh penduduk kampung yang melintasi jalan tersebut boleh melihat wau bulan gergasi itu. Tambahan pula, lokasinya berdekatan dengan Kampung Istimewa.
Wau bulan yang menggunakan 17 bendera PAS itu disiapkan oleh beberapa petugas yang bertungkus lumus siang dan malam.
"Selain bendera gergasi, kita juga mempunyai wau bulan yang sangat besar. Biar seluruh penduduk Batu Sapi sedar akan kehadiran kita di sini. Moga ia juga menjad isyiar berterusan di bumi bertuah ini," kata Haji Hamzah Abdullah ketika diminta menyatakan pendapat berkenaan dengan wau bulan tersebut.
Rata-rata penduduk yang melalui jalan tersebut pasti akan menoleh melihat wau tersebut dan ada antara mereka yang melaungkan 'Ini kali lah!' kepada petugas yang sentiasa berada di bilik gerakan.

GE13: NAJIB IGNORANT SABAH'S AUTONOMY ?

Posted: 25 Apr 2013 08:28 AM PDT

PUTATAN : The assurance by the Prime Minister that Sabah 's autonomy is a non-issue because its provision is still intact "under the 20-Points of the Malaysia Agreement" is unacceptable because it misses the whole point about Sabah 's autonomy, said State Reform Party (STAR).
STAR's state deputy chairman, Awang Ahmad Sah, who is contesting for the Putatan parliamentary constituency under the STAR's ticker, said in statement here that the Prime Minister seems to be as ignorant as PKR advisor Anwar Ibrahim on the matter of Sabah 's autonomy.
"While Anwar said state autonomy is up to the federal to give and not according to the state's demand, Najib on the other hand said it is still in tact," Awang Sah said. "I am flabbergasted that that Najib as the Prime Minister is again proven to be ignorant about our history. The day before that he said that we joined Malaysia and then became independent on September 16, 1963 . Now he is saying our autonomy is still intact in the 20 Points of the Malaysia Agreement.
Read More / Baca Lagi >>

GE13: Over 28,000 'foreign' voters on electoral roll

Posted: 25 Apr 2013 08:08 AM PDT

There are at least 28,593 voters of foreign origin on the electoral roll, most of them concentrated in the hot states of Selangor and Sabah, said the Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap).

This is the sum of all persons who have registered as voters in the 2012 fourth quarter electoral roll, and had identified themselves as from one of four countries in the registration forms.

These Bangladesh, Philippines, Indonesia, and Pakistan - all which are main sources of migrant labour for Malaysia.
width is 435

Sabah has the most, with 55.6 percent, while Selangor has 15.1 percent.

The other states have a much lower proportion, ranging from 6.2 percent in Kuala Lumpur to 0.1 percent in Putrajaya.

Sabah's neighbour Sarawak has only 1.1 percent of such voters.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: PR sasar menang 33 kerusi di tiga negeri deposit tetap BN

Posted: 25 Apr 2013 08:04 AM PDT


KUCHING, 25 APRIL: Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Johor yang menjadi "deposit tetap" Barisan Nasional (BN) sebagai penentu PR memerintah dan mentadbir Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Calon PR Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, bagi mencapai sasaran itu, PR perlu memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kerusi Parlimen di setiap negeri berkenaan iaitu masing-masing sembilan kerusi Parlimen di Sabah dan Johor serta 11 kerusi di Sarawak untuk menjadikan 29 kerusi.
Selain itu, katanya, ia adalah tambahan kepada 80 kerusi Parlimen yang di Semenanjung yang dimenangi pada PRU 2008 bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 109 kerusi dan memerlukan tiga lagi kerusi untuk menang dengan majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Beliau berharap PR boleh memenangi 125 kerusi Parlimen, dengan PKR mendapat 45 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing dengan 40 kerusi bagi menghasilkan majoriti selesa 28 kerusi Parlimen (baki 12 kerusi datang daripada negeri lain selain Sarawak, Sabah dan Johor).
Pada PRU 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen berbanding 82 oleh Pakatan Rakyat, yang hanya memenangi tiga kerusi iaitu satu di setiap negeri iaitu Bandar Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah) dan Bakri (Johor).
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: DAP cabar UMNO/BN nyatakan pendirian mengenai hudud

Posted: 25 Apr 2013 08:02 AM PDT


KUCHING: 25 APRIL: Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengulangi pendirian DAP mengenai pelaksanaan hudud iaitu tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, beliau mencabar UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut menyatakan pendirian secara terbuka sama ada mahu melaksanakan hudud atau sebaliknya.
"UMNO dan BN tidak perlu membuang masa untuk mengelirukan rakyat dengan menjadikan hudud sebagai isu politik, malah meminta Datuk Seri Najib Razak memartabatkan agama Islam dan menghormati umat Islam dengan menghentikan kempen yang memperalatkan agama kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat.
"Saya harap pemimpin BN benar-benar menghormati kesucian Islam dan agama lain kerana kepercayaan agama bukanlah alat permainan politik," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kit Siang mengulas laporan media hari ini mengenai cabaran Najib supaya Pakatan Rakyat menyatakan pendirian secara jelas mengenai isu hudud, hanya satu gimik politik semata-mata.
Beliau kesal kerana UMNO/BN terus memperalatkan agama pada PRU kali ini sedangkan Pakatan Rakyat menyatakan bahawa hudud tidak terkandung dalam Manifesto Rakyat, pendirian bersama dan apa-apa prinsip bersama.
Sehubungan itu, katanya, DAP tetap menghormati PAS dan ideologinya, sama seperti PAS dan PKR menghormati DAP dengan ideologi DAP dan prinsip perjuangan semata-mata untuk kepentingan rakyat atas dasar demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Siri 2 : Mat Taib - Balik ke pangkal jalan

Posted: 25 Apr 2013 08:00 AM PDT

Setelah melepaskan jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan Umno pada 2009, Tan Sri Muhammad Muhd Taib seolah-olah memencilkan diri daripada dunia politik tanah air.

Sejak itu beliau lebih banyak kelihatan dengan kain dan ketayap di surau, masjid dan majlis-majlis berkaitan agama.BERIKUT sambungan temu bual bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib bersama Sinar Harian.

Ramai calon ambil keputusan bertanding Bebas. Adakah 'loyalty' (taat setia) tidak lagi relevan dengan keadaan sekarang?
Muhammad: Loyalty itu mesti ada asas. Loyalty itu sampai satu peringkat, ada yang lebih yang boleh menghebatkan lagi.
Dalam Parlimen kita ada 222 kerusi. Saya tengok dekat dua pertiga boleh bersama, boleh bercantum dan kita boleh jadi kuat.
Orang bukan Melayu dia yakin Islam adil. Yang kata Islam itu tidak fair; spinning (putar-belit) by some people, Islam ganas...Islam jahat. Tetapi jika diulang-ulang, terutamanya oleh media Barat, (umpamanya) meletup, 10 orang mati..militan Muslim sangat jahat. Tetapi 50 juta orang putih mati perang dunia, yang dibunuh oleh orang Kristian, berperang antara dia dengan dia, dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua, tiada satu perkataan militan Kristian pun keluar.
Ini semua spinning. Tetapi kalau Islam, empat orang mati, (dituduh) militan Islam.
Islam itu adil. Mengapa orang lain takut . Saya tidak nampak ia menjadi isu yang besar.

Read More / Baca Lagi >>

Siri 1 :'Mengapa saya pilih Pas'

Posted: 25 Apr 2013 07:59 AM PDT

Setelah melepaskan jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan Umno pada 2009, Tan Sri Muhammad Muhd Taib seolah-olah memencilkan diri daripada dunia politik tanah air.

Sejak itu beliau lebih banyak kelihatan dengan kain dan ketayap di surau, masjid dan majlis-majlis berkaitan agama.
Kemunculannya di gerai-gerai untuk menikmati sarapan pagi bersama enam atau tujuh orang rakan selepas menunaikan solat Subuh adalah pemandangan biasa di sekitar Shah Alam.

Beliau jarang kelihatan bercerita, tetapi lebih banyak mendengar perbualan sahabat-sahabatnya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, semalam, dua hari selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13, Muhammad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Taib atau Mat Tyson, membuat kejutan dalam kalangan rakan parti dengan menyerahkan borang permohonannya untuk menjadi ahli Pas kepada Presiden Parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam temu ramah eksklusif dengan editor dan wartawan kanan Sinar Harian di Kompleks Media Karangkraf kira-kira lima jam selepas majlis penyerahan borang itu, bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997) itu meluahkan segala isi hatinya tentang mengapa beliau pilih untuk menyertai Pas.

Ikutilah wawancara lebih sejam dengan beliau itu.

Boleh Tan Sri jelaskan mengapa memilih untuk membakar jambatan lama, adakah yakin jambatan baru boleh dibina dengan baik?

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia's GE13 too close to call - former US ambassador

Posted: 25 Apr 2013 07:56 AM PDT

Malaysia's 13th General Elections on May 5 will be the most important -- and the most hard-fought -- in Malaysian history. The United Malays National Organisation (UMNO) and its coalition partners have ruled the nation since its independence in 1957. But now, for the first time in history, the Malaysian opposition is united and strong, and it believes it has a real chance of coming to power.
Malaysia's GE13 too close to call - former US ambassadorAnd also for the first time, UMNO, as well as those who have benefited politically and economically from their connections to the ruling party, fear that the voters might reject their party and the system that have governed the country continuously for over five decades.
Major differences
This is not simply a question of who wins. There are major differences between the ruling party's and the opposition's approaches to political and human rights, economic policy, and affirmative action. An opposition victory would bring change in many areas. The opposition promises to shift the focus of the government's affirmative action programs from a race-based to a needs-based system. It pledges it will crack down on the corruption and crony capitalism that is holding back the country's economic potential, and open up more political space by easing the restrictions on political freedom.
Fortunately for the United States, there are no appreciable differences in the foreign policies of either side. But what happens on May 5 will have a major impact on Malaysia's future political and economic direction, and that is why we in the outside world need to pay attention.
No matter who wins, a realignment of Malaysian politics is inevitable. Win or lose, there will be pressures on the current Prime Minister, Najib Tun Razak, to step down. Win or lose, UMNO will have to decide whether to "re-invent" itself, something it failed to do after the last elections in 2008, when it suffered major losses.
If it does decide to change, then the question is whether it will be in the direction of more openness, or whether it is towards appealing to the more chauvinistic Malay elements in its party. If it is the latter, which I believe is more likely, then we can expect to see more racial polarization in the country as well as continued emigration by minorities, and especially college-educated minorities, to Singapore and elsewhere.
Too close to call
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Data Pengundi Pos Tidak Lengkap

Posted: 25 Apr 2013 07:54 AM PDT

Rodziah purple PC HQ PKR 01
SHAH ALAM 25 APRil : Calon DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail (PKR) kesal masih terdapat lagi kepincangan dalam pengurusan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kali ini berkenaan daftar pengundi pos.
Ujarnya, daftar terbaru yang diperolehi daripada SPR tidak disertakan maklumat lengkap mengenai para pengundi pos itu.
"Saya terima senarai 12 lagi pengundi pos daripada luar negara untuk DUN ini, tetapi tidak lengkap tentang di mana mereka tinggal, bagaimana untuk dihubungi dan sebagainya.
"Ini sedikit sebanyak membantutkan usaha calon untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka (pengundi pos), terutamanya tentang fokus dan manifesto yang diketengahkan untuk PRU (Pilihan Raya Umum) kali ini," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kenapa saya mahu kerajaan baru PR? (LM)

Posted: 25 Apr 2013 06:33 PM PDT

BN mengamalkan budaya takut. Asyik diulang hanya BN yang boleh memerintah. Siapa bersuara, disuruh keluar Malaysia. Oleh Shahrulazwad Ismail

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memerintah terlalu lama telah menyekat bukan sahaja kebebasan bersuara rakyat, malahan kebebasan berfikir rakyat. Kesemua idea dan cara BN dianggap tepat dan tidak boleh dipersoalkan walaupun yang diminta hanyalah penjelasan, belum pun dibuat bantahan. 

MESTI TONTON:SKANDAL YANG MELINGKUPKAN BANK BUMIPUTRA -The Banker Who Knew Too Much

Posted: 25 Apr 2013 09:26 AM PDT


ANWAR DAKWA BANTUAN KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ADALAH UMPAN UNDI

Posted: 25 Apr 2013 05:08 AM PDT

Pakatan perintah semua sekolah diberi bantuan.Sekolah agama rakyat pun tidak mendapat bantuan kerajaan.Kita naik, kita akan pastikan semua sekolah mendapat bantuan yang sepatutnya..
                                           SYED HAMID, NIZAM DAN TENGKU ZULPURI


ANWAR  DAKWA BANTUAN KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ADALAH UMPAN UNDI


Mentakab- Sepetang bersama Anwar Ibrahim yang diadakan di Taman Saga Mentakab petang tadi mendapat sambutan yang luar biasa. Walau waktu bekerja , dan hujan renyai hampir 3000 hadir bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Turut hadir ialah mantan ADUN  Semantan Syed Hamid syed Mohammed(penyandang di dun Semantan parlimen Temerloh), Calon Dun Lanchang Ahmad Nizam Hamid, Calon Dun Mentakab dari DAP Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.Ketiga-tiga calon DUN Temerloh ini turut sama berucap sebelumnya.

Anwar menjelaskan bahawa bantuan kepada semua sekolah kebangsaan yang diberikan adalah apabila tibanya pilihanraya.malahan katanya sekolah agama pun tidak ada yang kerajaan Umno Bn berikan. Pakatan dalam manifestonya menjelaskan bahawa pendidikan percuma akan diberikan termasuk memperbaiki sekolah jenis kebangsaan tamil, Bantuan Guru Bahasa Melayu kepada sekolah jenis kebangsaan Cina, dan bantuan kepada sekolah agama rakyat.

" Semua sekolah jenis  kebangsaan termasuk semua sekolah agama bukan ada bantuan sama macam sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. Semua sekolah kebangsaan  mesti jaga bahasa kebangsaan. Sebab itu saya jelaskan bahawa mesti  dijaga bahasa kebangsaan baik di sekolah jenis kebangsaan cina dan Tamil, dan bantuan seluruhnya kepada semua sekolah" 

"Kita bantu semua sekolah, sekarang panggil semua sekolah cina bagi bantuan 400,ooo ringgit . naik sahaja pakatan kita akan bantu semua sekolah kebangsaan dengan memperbaiki mutu bahasa bahasa di sekolah jenis kebangsaan."

Beliau juga mengulangi bahawa tidak aka nada rasuah untuk mana-mana wakil rakyat dalam kerajaan baru pakatan. Jika harta perniagaan itu wang sendiri, maka ianya tidak menjadi soal,namun kalau ianya duit rakyat dan duit Negara ianya tidak seharusnya menjadi hak pimpinan Umno untuk mengambil duit rakyat.Beliau juga menjelaskan bahawa harta dunia tidak akan dibawa sampai mati.

"Lihat muka saya, jika saya bohong,ubah semula.curi harta rakyat saya tak akan kompromi .Tidak akan ada wakil rakyat Pakatan yang ada rakyat Malaysia yang akan mencuri duit rakyat .kalau ambil , kita rampas dan hokum. Kalau duit lembu bagi semula kepada penternak lembu, kalau duit angkatan tentera, kita akan kembalikan kepada tabung angkatan tentera"


Beliau juga turut mengulangi janji beliau untuk menurunkan harga minyak tetapi biarlah ianya menjadi rahsia terlebih dahulu.Pengalaman selama 8 tahun sebagai menteri kewangan , boleh menjadikan kita mampu  membantu rakyat . 

Anwar juga menjelaskan bahawa apabila kerajaan baru mengambilalih, semua sistem tv akan dirombak semula bersesuaian dengan kemajuan Negara bagi  menyampaikan berita tanpa adanya fitnah dan berita kotor yang mahu memperbodohkan rakyat.

"Kita ambil alih 6hb , Tv semua kita ubah.Kalau nak jadi pemimpin, ikut suka sahaja.tak suka hentam kita siang malam . Kalau Mahathir pun saya maafkan. Semua saya maafkan.Yang nak kita bentuk ialah kerajaan baru yang baik untk semua rakyat. Bukan macam tv yang ada sekarang." 

 Beliau kemudiannya memperkenalkan calon-calon DUN Parlimen termerloh.


WRLR

PM: Pengundi lebih yakin kpd DSAI (LM)

Posted: 25 Apr 2013 04:26 AM PDT

Umcedel: Pengundi cenderung pilih Anwar jadi PM

KUALA LUMPUR - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Kajian membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon. 

Bacaan seterusnya:    PM: Pengundi lebih yakin kpd DSAI

Seks & bom, memang kepakaran mereka (LM)

Posted: 25 Apr 2013 12:37 AM PDT

Kenyataan Media: Letupan Nibong Tebal: Ini Kebolehan 'Mereka'

Saya mewakili pasukan kempen PR N21 DUN Sg. Acheh memandang serius insiden yang konon letupan di program Bn di sini baru - baru ini.

Saya menggesa pihak polis segera menyelesaikan siasatan memandangkan hanya tinggal 10 hari sebelum hari mengundi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.