Isnin, 1 April 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Video Inside] Ceramah TERBARU Mat Sabu - 29/3/13 Bandar Baru Sentul KL

Posted: 01 Apr 2013 09:38 AM PDT

Sabah Kini Bersih - Hamza

Posted: 01 Apr 2013 09:02 AM PDT


Lokasi Persembunyian Pengganas di Sabah Kini Bersih - Hamza
LAHAD DATU: Sembilan kampung yang menjadi lokasi pertempuran dan persembunyian militan dari selatan Filipina sepanjang Operasi Daulat telah digeledah dan disahkan bersih daripada ancaman pengganas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata proses pemindahan penduduk yang mendiami pusat penempatan sementara ke kampung berkenaan giat dijalankan, kecuali Kampung Tanduo yang ditutup.
"Penduduk dari Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Tanagian yang ditempatkan di pusat penempatan sementara telah mula dipindahkan ke kampung masing-masing.
"Malah kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani juga telah selesai digeledah dan dibersihkan, dengan itu, boleh dikatakan seluruh kawasan Operasi Daulat telah bersih dan orang kampung juga telah dibenar untuk kembali ke rumah masing-masing," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 pada Isnin.
Beliau berkata tiga daripada empat dewan serba guna di Felda Sahabat yang dijadikan pusat penempatan sementara iaitu Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura juga telah ditutup kecuali Embara Budi disebabkan ada rumah penduduk yang mendiami pusat itu rosak sepenuhnya. Beliau berkata walaupun pusat pemindahan sementara di kawasan Felda akan ditutup sepenuhnya, Operasi Daulat tetap diteruskan kerana fokus utama operasi ialah memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan benar-benar selamat.
Dalam perkembangan berkaitan, Hamza berkata lapan lagi individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara.
"Sehingga kini, 16 orang yang ditahan di bawah Sosma telah dituduh di mahkamah," katanya.
Mengulas laporan media Filipina bahawa 100 orang memasuki perairan Sabah untuk membantu saki-baki pengganas, Hamza berkata: "Mereka boleh mengatakan apa sahaja tetapi saya telah nyatakan bahawa keselamatan di negeri Sabah adalah terjamin".
Dalam pada itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mempunyai kepakaran tersendiri dalam menangani taktik pengganas yang mungkin cuba menyamar sebagai orang tempatan dengan berpakaian seperti penduduk kampung. -BERNAMA

Ceroboh Lahad Datu: 7 Warga Filipina & Seorang Anggota Polis Didakwa

Posted: 01 Apr 2013 07:35 AM PDT



LAHAD DATU: Tujuh warga selatan Filipina pada Isnin didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan. Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.
Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah.
Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.
Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh. -BERNAMA


Ada pihak cuba cemar nama baik Ridhwan

1 April 2013
Muhammad Ridzwan Sulaiman
Muhammad Ridzwan Sulaiman
KUALA LUMPUR - Pembantu peribadi Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman yang ditahan di bawah Akta Kesalahan   Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini, mendakwa ada pihak cuba mencemar nama baik majikannya itu dengan mengaitkannya dengan insiden Lahad Datu.

Hasbiallah Hakaman berkata ini kerana Ridhwan, 47, ada menguar-uarkan bahawa beliau bercadang bertanding dalam pilihan raya  umum ke-13 nanti sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Prai.

"Mungkin isu ni timbul kerana dia ada uar-uarkan dia nak bertanding di sana...dia adalah calon yang disukai rakyat di sana. Siapa  main konspirasi ni, saya tak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, hari ini.  

Ketika ditanya sama ada penahanan tersebut akan menjejaskan nama Ridhwan, Hasbiallah berkata: "Belum jatuh kesalahan lagi, jadi tak boleh kata nama dia terjejas."
Ketika ditanya mengenai hubungan Ridhwan dengan Sultan Muedzul Lail Tan Kiram, beliau berkata ia hanya sekadar hubungan perniagaan dan kini tidak lagi berhubungan.

"Hubungan perniagaan ini berlaku sebelum kejadian (pencerobohan militan) di Lahad Datu (Sabah) lagi. Mereka membuat  perniagaan kelapa kering dan Ayahanda (Ridhwan) ada bantu orang di sana yang miskin," katanya dan enggan mendedahkan jumlah dana yang disumbangkan.

Ketika ditanya mengenai reaksi Ridhwan yang ditahan di bawah Sosma, Hasbiallah berkata: "Moral dia ok, dia tak ada masalah.  Dia tahu dia di pihak yang benar dan dia yakin itu, lagipun persatuan tu bukan ditubuh untuk buat keganasan, tapi untuk kebajikan.

"Kami ada bukti-bukti dia (Ridhwan) tak terlibat. Dia ditahan di bawah Sosma. Esok polis akan beritahu lanjut tentang penahanan ini  dan saya serahkan pada lawyer," katanya.
Muhammad Ridhwan merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia. - Bernama

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIAPA KECEWA MAHU JADI PENGKHIANAT, SILAKAN !!

Posted: 01 Apr 2013 08:11 PM PDT

KHABAR angin bertiup kencang ada yang mahu jadi calon Bebas di Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang angkara tidak tersenarai sebagai calon.  Baru-baru ini DS Anwar telah umumkan nama seorang tokoh muda, wanita berkelulusan undang-undang iaitu Sdri Cik Murnie Hidayah Anuar sebagai calon KEADILAN di Parlimen Paya Besar.  Pengumuman itu dibuat di dalam Program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan pada 30 Mac baru-baru ini.

Adatlah, tidak semua yang dipilih oleh pucuk pimpinan disukai 100% oleh penyokong parti.  Jika tokoh yang bercadang untuk menjadi calon Bebas itu pun jika dipilih oleh pucuk pimpinan, tidak juga 100% disukai oleh ahli-ahli parti dan pengundi tempatan.  Itu biasa dan berlaku di mana-mana sahaja hatta di Parlimen Permatang Pauh sekalipun bukan semua ahli menyukai DS Anwar Ibrahim.

Apa yang penting, parti diutamakan.  Tidak suka individu, jangan bunuh parti.  Ada cara mahu tolak individu tanpa membunuh parti sendiri.  Parti ada waktu pemilihan ketua dan semua ahli berhak memilih ketua masing-masing.  Ketika ini sesuai untuk digunakan bagi menolak pemimpin yang kita rasa tidak sesuai menjadi pemimpin.  Jika tidak suka cara 'Panglima' yang mengetuai kita berperang dengan musuh, jangan kita bunuh panglima kita di medan perang.  Itu kerja bodoh, namanya.  

Aku bukan sokong individu, aku sokong parti.  Bab calon biarlah yang berhak menentukan untuk membuat keputusan.  Kita di bawah cuma boleh cadangkan atau memberi pandangan sahaja.  Jika keputusan sudah dibuat, sebagai ahli parti perlu akur apatah lagi kita sendiri tidak mempunyai asas kukuh untuk menolak calon yang dipilih oleh parti.

Calon yang tidak terpilih, terpulanglah samada mahu jadi calon Bebas atau menukar diri menjadi 'katak'.  Jika sanggup berbuat demikian, memang tepatlah parti tidak mencalonkannya kerana terdapat unsur-unsur berjuang untuk kepentingan diri.  Aku sendiri akan bangkit menentang habis-habisan mana-mana calon yang tidak terpilih yang bertanding sebagai calon Bebas kerana mereka itu adalah pengkhianat sebenarnya.


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


GE13 : Will Pakatan sweep KL clean?

Posted: 01 Apr 2013 09:17 PM PDT

There are obstacles against the opposition pact's determination to improve on its 2008 performance.

Few political observers doubt that most of the 11 parliamentary seats in the Federal Territory of Kuala Lumpur will go to Pakatan Rakyat in the coming election.
But will the opposition pact do better than it did in 2008 and make a clean sweep? Some would say "Yes", considering the general perception that urban voters have become more anti-Barisan Nasional than they were when the last election was held.
Furthermore, Pakatan needs only to capture one more seat – Setiawangsa – to make it a clean sweep.
Seasoned observers are not so sure. They say there are obstacles standing in the way of Pakatan realising this particular dream, the most onerous being BN's ability, through its collaboration with the Election Commission, to manipulate postal voting.
Indeed, the reason most often given for Pakatan's 2008 defeat in Setiawangsa is that postal ballots account for a large share of the votes in the constituency. According to 2012 figures, they number 12,432 out of 49,958 votes.
Other Kuala Lumpur constituencies with postal votes exceeding 5,000 are Segambut (6,517), Bukit Bintang (5,284) and Bandar Tun Razak (5,175). Batu and Wangsa Maju have 3,400 and 3,220 respectively.
Secondly, according to Cheras MP Tan Kok Wai of DAP, Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and other authorities tend to sideline Pakatan representatives in consultations regarding the social and economic development of the city.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : 'Barisan 1 Malaysia' taktik baru UMNO@BN?

Posted: 01 Apr 2013 09:15 PM PDT

JERANTUT: Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat kemungkinan ada maksud tersirat disebalik penukaran 'Barisan Nasional' kepada 'Barisan 1 Malaysia' yang dibuat BN ketika ini.

Menurutnya, tidak mustahil taktik penukaran di saat menjelang pilihan raya itu dibuat bagi menghalalkan mereka menggunakan logo 1 Malaysia sewaktu hari pengundian nanti.

"Saya merasakan BN bertindak menggunakan perkataan Barisan 1 Malaysia adalah sebagai agenda mereka untuk digunakan sewaktu hari mengundi nanti.

"Kita sedia maklum bahawa menggunakan logo parti tidak dibenarkan sama sekali atas tujuan untuk mempengaruhi pengundi, jadi mereka membuat perancangan sedemikian," jelas beliau ketika program jelajah Negara Berkebajikan di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menguatkuasakan subseksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 antara lain menetapkan penggunaan logo parti pada hari mengundi adalah tidak dibenarkan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Pertarungan antara Guan Eng, Chang Yeow tidak akan berlaku.....!!! Sendiri cabar..sendiri takut..ha..ha..ha...

Posted: 01 Apr 2013 09:14 PM PDT

Teng bertegas semalam dia mempunyai hak untuk menentukan kerusi negeri untuk pertarungan tersebut dengan Lim yang mana ia dilihat sebagai salah satu strategi untuk menyingkirkan ketua menteri tersebut. - Gambar fail
GEORGE TOWN, 2 April — Tiada pertarungan satu lawan satu antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Pilihan Raya 2013 melainkan Teng bersetuju untuk turun bertanding di kerusi Air Putih.
Lim memberitahu wartawan hari ini kemungkinan akan mempertahankan kerusi Dun Air Putih yang disandangnya selepas Teng enggan berganjak dengan syaratnya dimana beliau mahu menentukan kerusi bagi pertarungan dengan ketua menteri Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Pemimpin utama DAP itu pada minggu lalu telah menerima cabaran Teng untuk berlawan satu lawan satu dan kemudiaannya mencabar Pengerusi BN Pulau Pinang tersebut bertanding di kerusi Padang Kota.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Bekas Pengarah Kagat calon PAS di Baling, Ust Nasrudin Tantawi di Temerloh, Ahmad Zamri di Titiwangsa

Posted: 01 Apr 2013 09:08 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan pula akan bertanding di Parlimen Temerloh sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi.

TERKINI PRU13 : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN - KEMASKINI 2-April-2013

Posted: 01 Apr 2013 08:36 PM PDT




SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini  2 April 2013)

1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
4. Batu - Tian Chua (penyandang)
5. Sembrong - Onn Abu Bakar
6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan)
7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
9. Kuala Kedah -  Dr Azman Ismail 
10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
11. Padang Serai - N Surendran
12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty
13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup
14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)
15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)
18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
20. Pandan - Rafizi Ramli
21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
23. Saratok - Ali Biju                    
24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
25. Baram - Roland Engan
26. Limbang - Baru Bian
27. Nibong Tebal - Mansor Othman (belum disahkan)
28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)
32. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 2 April 2013)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tuck
10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang)
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)
12. Raub – Datuk Mohd Ariff Sabri (Sakmongkol47)
13. Cheras - Tan Kok Wai (penyandang)
14. Bukit Bintang - Fong Kui Lun (penyandang)
15. Segambut - Lim Lip Eng (penyandang)
16. Kepong - Dr Tan Seng Giaw (penyandang)
17. Bukit Mertajam - Chong Eng (penyandang)
18. Batu Kawan - Dr P. Ramasamy (penyandang)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 2 April 2013)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat -  Dato' Haji Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Datuk Ustaz Haji Mujahid Haji Yusof Rawa (penyandang)
13. Baling - Brig Jen Dato Najmi Ahmad
14. Titiwangsa -  Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
15. Temerloh - Ust Nasrudin Hassan

(PAS dijangka bertanding 76 parlimen)

Mahathir vs Kit Siang: CLASH OF THE TITANS

Posted: 01 Apr 2013 08:24 PM PDT

There is eager anticipation over whether Mahathir Mohamad would accept the challenge thrown by DAP adviser Lim Kit Siang to contest the Gelang Patah seat. At the moment, most Malaysians as well as the leaders from the Opposition do not quite believe that the 87-year-old will do so. But what if he does?
Well, if Mahathir does then it would be poetic justice of a sort. Karma overrides even the best-laid of human plans. And the Pakatan Rakyat trio of DAP, PAS and PKR would have no one but themselves to blame for the late-minute miscalculation, which can set back their Putrajaya ambition.
Mahathir vs Kit Siang: CLASH OF THE TITANS Make no mistake, Gelang Patah is in the bag for Kit Siang despite his rather dramatic claim that he is putting his political neck on the line by shifting from Ipoh Timur to help PR wrest Johor. With an electorate that is 53% Chinese, chances are even if the PR fielded a Martian, the Martian would win because of the PR flag. No need for Kit Siang to come personally at all.
As for Mahathir - if he accepted the Gelang Patah challenge - he may lose because he is already so reviled by the Chinese community. Even so, many Umno watchers believe he can be a significant game changer in Johor. How so?
Well, they say his mere acceptance alone would straightaway galvanize the Umno candidates there. Many are already feeling badly demoralized and it would be an enormous boost for them to see an 87-year-old, nasty and devilish though he may be, take up the cudgels to help defend their party.
Goal or own goal
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan: PM perlu bubar Parlimen minggu ini

Posted: 01 Apr 2013 08:20 PM PDT



Pakatan: PM perlu bubar Parlimen minggu ini
Salahuddin (kiri) bersama Adun Batu Caves, Amiruddin Shari turut merasmikan Wi-Fi percuma di bawah program Selangorku di peringkat Batu Caves.
 
BATU CAVES - Dijangka Parlimen sekali lagi bakal menjadi perhatian terakhir Jumaat ini menunggu pengumuman pembubaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sekiranya tiada pengumuman maka negara mempunyai masalah atau sesuatu masalah tidak terduga bakal berlaku.

Menurutnya, beliau mengaitkan perkara itu dengan insiden Lahad Datu apabila isu tersebut masih menjadi persoalan rakyat selepas maklumat yang diperoleh tidak tepat dan berlaku percanggahan kenyataan daripada banyak pihak.

"Kita tidak mahu menuduh atau menyalahkan mana-mana pihak tetapi membantu menyalurkan pandangan berkenaan isu keselamatan kerana mahukan negara kekal aman.
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari: Negeri Sembilan Ibarat Pandu Kereta Tanpa Insurans

Posted: 01 Apr 2013 08:16 PM PDT


aziz bari 2SHAH ALAM, 2 APRIL: Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari berkata Kerajaan Negeri Sembilan yang ada hari ini sama seperti memandu kereta yang tamat tempoh  insuransnya.
Ini kerana Kerajaan Negeri Sembilan yang mendapat mandat dalam Pilihan  Raya Umum ke 12 (PRU-12) pada 2008 lalu sudah terbubar secara automatik pada 26 Mac lalu.
"Ini macam bawak kereta selepas insuransnya sudah mati, ini perkara yang tidak wajar dan saya fikir orang Negeri Sembilan kena ambil maklum perkara ini," kata Dr Aziz Bari kepada TV Selangor hari ini.
Beliau menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya sudah membuat persiapan dan memaklumkan kepada rakyat Negeri Sembilan tentang tindakan yang akan diambil dalam isu pembubaran DUN negeri itu.
"Apa yang berlaku di Negeri Sembilan tiada kena mengena dengan persekutuan, jadi seolah-olah walaupun kerajaan sudah tamat, Dewan (Undangan Negeri) sudah bubar dan kerajaan sementara tak dilantik secara formal, SPR masih buat tak tahu sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : DAP dijangka letak anak P. Patto di DUN Bukit Gasin

Posted: 01 Apr 2013 08:14 PM PDT


Kasthuri mengakui pengaruh politik yang ditinggalkan bapanya masih kuat dalam keluarganya. - Gambar-gambar oleh Saw Siow Feng KUALA LUMPUR, 2 April — Calon muka baru dan bukan daripada penduduk tempatan, Kasthuri Rani Patto  dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mendiang Edward Lee Poh Lin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan N 34 Bukit Gasing; kawasan dimenangi DAP dengan majoriti besar 8,812 undi menewaskan calon Datuk Dr Lim Thuang Seng dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Selepas pemergian Lee pada pada 2011, kawasan tersebut masih tiada pengganti memandangkan tiada pilihan raya kecil diadakan kerana sudah melebihi tempoh, Hannah Yeoh Tseow Suan (ADUN Subang Jaya) telah dilantik sebagai ADUN angkat kawasan tersebut untuk mengambilalih tanggungjawab dan tugas ditinggalkan oleh Lee.
Bagi mempertahankan kerusi yang dianggap sebagai "selamat" kepada DAP, Kasthuri telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan jentera parti dan menggalas amanah dikawasan tersebut.
"Apabila saya turun bertemu rakyat, mereka kenal saya sebagai ahli DAP yang menggantikan Edward Lee untuk menjalankan tanggungjawab selepas pemergian beliau.
"Mereka ada beri komen, mereka juga bertanya sama ada saya akan menggantikan Edward Lee. Tapi saya benci kata menggantikan, secara jujurnya ia bukan menggantikan tapi meneruskan perjuangan sebelum ini yang diperjuang oleh YB Edward Lee," kata Kasthuri.
Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi Mantap : Rakyat Malaysia masih bergelut dengan hutang kad kredit

Posted: 01 Apr 2013 08:10 PM PDT

Zakariah menyalahkan kemudahan pinjaman wang menyebabkan sebilangan besar rakyat Malaysia berhutang, disumbangkan oleh kecairan yang tinggi dalam sektor perbankan. - Gambar Reuters KUALA LUMPUR, 2 April — Di sebalik beberapa pandangan optimis mengenai ekonomi untuk 2013 dan seterusnya, rakyat Malaysia sedang bergelut untuk menyimpan ketika cuba untuk menyelesaikan timbunan hutang dikala negara terapung di bawah 55 peratus hutang kepada nisbah siling Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pandangan cerah mengenai ekonomi muncul menjelang Pilihan Raya 2013 tetapi ahli ekonomi telah menyatakan kebimbangan dengan peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berjumlah 80.5 peratus tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh kad kredit dan hutang peribadi.
"Ini adalah kerana isi rumah Malaysia sekarang ini sangat berminat untuk meminjam wang," kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Dr Zakariah Abdul Rashid menerangkan mengenai sebab utama peningkatan hutang isi rumah negara.
Beliau mengatakan hutang isi rumah Malaysia berbanding nisbah KDNK adalah diantara yang tertinggi di rantau ini, walaupun sesetengah negara lain telah mencapai lebih 100 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Siar Manifesto PR: Rancangan kartun pun 30 minit

Posted: 01 Apr 2013 08:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) sependapat dengan Pakatan Rakyat menolak tawaran kerajaan BN menawarkan slot selama 10 minit bagi menyiarkan manifesto PR dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Pilihan raya Umum ke-13 ini.
"PAS WP merasakan tawaran kerajaan melalui RTM itu bukan menandakan suatu pengiktirafan kepada PR, bahkan ianya suatu penghinaan kepada rakyat dan amalan demokrasi di negara ini," tegas Timbalan Pesuruhjayanya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) sependapat dengan Pakatan Rakyat menolak tawaran kerajaan BN menawarkan slot selama 10 minit bagi menyiarkan manifesto PR dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Pilihan raya Umum ke-13 ini.
Read More / Baca Lagi >>

Graffiti Anwar dalam klip video kumpulan Exist ‘Pasti Kau Ingin’

Posted: 01 Apr 2013 08:07 PM PDT

3
KUALA LUMPUR 2 APRIL: Lagu 'Pasti Kau Ingin" dendangan kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube.
 
Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik , video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat.
 
Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu : Anak kecil main iPad.....Tak main api macam UMNO doh..!!!

Posted: 01 Apr 2013 07:45 PM PDT

Mat Sabu : Tun M - Bapak Pelingkup Negara

Posted: 01 Apr 2013 07:45 PM PDT

Lahad Datu : Rancang serangan 10 tahun lalu - Mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan

Posted: 01 Apr 2013 07:42 PM PDT

Cara- Cara Ulama Al- Azhar Menegur Pemimpin Negara

Posted: 01 Apr 2013 07:39 PM PDT

Apa sudah jadi Akademi Usahawan Tani Kg Awah?

Posted: 01 Apr 2013 07:37 PM PDT

Islam & Cinta - Dato Dr MAZA

Posted: 01 Apr 2013 07:36 PM PDT

Lt Jeneral (B) Ghafir: Masalah Di Lahad Datu Adalah Masalah Ahli Politik

Posted: 01 Apr 2013 10:18 AM PDT

Mat Sabu: Hey! Anak Kecil Sekarang Main iPad, Bukan Main Api!

Posted: 01 Apr 2013 09:35 AM PDT

PRU13 : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN - KEMASKINI 2-April-2013

Posted: 01 Apr 2013 09:34 AM PDT




SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini  2 April 2013)

1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
4. Batu - Tian Chua (penyandang)
5. Sembrong - Onn Abu Bakar
6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan)
7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
9. Kuala Kedah -  Dr Azman Ismail
10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
11. Padang Serai - N Surendran
12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty
13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup
14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)
15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)
18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
20. Pandan - Rafizi Ramli
21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
23. Saratok - Ali Biju                    
24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
25. Baram - Roland Engan
26. Limbang - Baru Bian
27. Nibong Tebal - Mansor Othman (belum disahkan)
28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)
32. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 2 April 2013)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tuck
10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang)
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)
12. Raub – Datuk Mohd Ariff Sabri (Sakmongkol47)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 2 April 2013)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat -  Dato' Haji Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Datuk Ustaz Haji Mujahid Haji Yusof Rawa (penyandang)
13. Baling - Brig Jen Dato Najmi Ahmad
14. Titiwangsa -  Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
15. Temerloh - Ust Nasharuddin Tantawi

(PAS dijangka bertanding 76 parlimen)

Politik Kopiah...!!!

Posted: 01 Apr 2013 09:24 AM PDT


Salam semua... Bagi orang-orang kampung, berkain pelikat ni dah perkara besa. Bukan takat pi masjid ja, ubah lembu kat padang, lepak bawah rumah petang-petang, tu jugak la unifom depa...

Jadi kembang kempeh la hati orang-orang kampung mengkalu ada orang pekan yang syok melaram ngan unifom depa.

Kali ni Pak Long nak buat sumbangan kat tim Najib. Asyik-asyik dok tunjuk pak lebai Pas ja yang berpelikat ngan kopiah, sekali sekala Pak Long nak tunjuk jugak kat rakyat semua bahawa Najib pun dah berubah selera...

Memang terpegun la Mak Long hang tengok Najib bersimpuh sopan dengan kopiah dari pekan... haha...

Alhamdulillah,
Segak bergaya bekaih PM kita...
Walau senget macam tak besa...
Sekali sekala apa salahnya...
Salin kulit time pilihanraya...
~pak long din

Punca Pemuda UMNO kena belasah di Bandar Tun Razak didedahkan!

Posted: 01 Apr 2013 09:18 AM PDT

Di Bandar Tun Razak, Jumaat lalu hanya disebabkan bendera satu pergaduhan telah dilaporkan berlaku antara penyokong Pakatan Rakyat dan juga seorang macai UMNO.
Laporan dari kebanyakkan media Pro UMNO mendakwa bahawa pergaduhan telah dimulakan oleh seorang penyokong Pakatan Rakyat.

Kononnya menurut macai-macai UMNO pergaduhan tercetus hanya kerana penyokong PR tidak berpuashati bila menyaksikan bendera-bendera BN dipasang jauh lebih banyak dari bendera PKR..

Itu menurut macai UMNO.. Adakah ianya benar atau satu lagi fitnah mereka?

Berikut adalah penjelasan mengenai insiden tersebut oleh seorang sahabat kepada Mohammad Saiful Bin Mansur..

Salam.. hari ni aku buka FB Isu Politik Semasa dan Page UMNO yang lain kecoh pasal kes seorang Mamat dan nama dia memang MAMAT pun,... dipukul oleh seorang sahabat aku Mohammad Saiful Bin Mansur yang berpunca dari sikap biadap dan dengki UMNO/BN dengan bendera tiga jalur yang dipasang bersama dengan bendera Besar PKR di BANDAR TUN RAZAK DEKAT DEPAN CIMB BANK JALAN JUJUR.

Kejadian pada Malam kelmarin itu sebenarnya adalah dari keangkuhan dan kesamsengan yang terlampau MAMAT ini yang datang mahu membuka bendera tersebut. Aku ada ditempat kejadian bersama sahabat ini dan seorang lagi rakan. Mereka BN semuanya 5 orang termask pemuda UMNO mewah.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Sulu : Surat Habaq Umno pon pening nak buat cerita...!

Posted: 01 Apr 2013 08:53 AM PDT

Tu dia sama sama deoa pon dah cempera buat berita..!

Akhirnya Mengaku Jadi Buaya Negara?

Posted: 01 Apr 2013 08:50 AM PDT


Akhirnya ada juga para penyokong UMNO yang jujur dan berhati suci murni apabila mengambarkan perangai dan gelagat UMNO/BN yang sebenar. UMNO jenis buaya tembaga baham semau harta rakyat tanpa kira waktu dan ada rasa belas kasihan. Apa jua yang boleh memberi kekayaan dia akan baham ngap!!!! Tahniah!!!!.. Kejujuran mu akan sentiasa rakyat ingat dan sanjung!!!!