Sabtu, 9 Mac 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO EDIT TERBAIK YANG MELUCUKAN TENTANG "MACAI SEJATI"

Posted: 09 Mar 2013 09:43 AM PST

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERKINI Lahat Datu : 2 anggota PGA cedera

Posted: 09 Mar 2013 07:42 PM PST


2 Anggota PGA Cedera Bertempur Pengganas Sulu
LAHAD DATU: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu kira-kira pukul 8 malam Sabtu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam pertempuran selama enam jam itu itu, dua anggota dari PGA Miri cedera di bahagian betis dan peha.
Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan.
Bagaimanapun menerusi sidang media pada Ahad, Hamza tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat musuh yang berjaya ditembak atau tidak dalam pertempuran tersebut.

Lahad Datu: “Saya lihat wajah enam orang yang berkawal itu bengis dan berdiri tegak mengelilingi Raja Muda Agimuddin Kiram

Posted: 09 Mar 2013 05:02 PM PST


Lahad Datu: "Saya lihat wajah enam orang yang berkawal itu bengis dan berdiri tegak mengelilingi Raja Muda Agimuddin Kiram yang ketika itu berjubah putih dan merenung tajam melihat kami yang berunding dengan anak buahnya," kata seorang penduduk Kampung Tanduo, di sini, yang turut serta bersama empat anggota polis daripada Unit Cawangan Khas ketika mengadakan rundingan dengan pengganas berkenaan, sebaik mereka tiba di kampungnya.

Lelaki berusia 48 tahun itu fasih berbahasa Suluk diajak empat anggota polis berkenaan membantu berunding dengan kumpulan pengganas terbabit bagi memujuk mereka pulang ke Filipina.

"Keadaan ketika itu sedikit tegang apabila mereka berkeras tak mahu berganjak dari kampung ini dan mendakwa ingin menuntut semula tanah yang dikatakan milik nenek moyang mereka.

"Saya hanya sempat mengikuti dua rundingan iaitu pada 13 dan 14 Februari lalu, namun menemui jalan buntu kerana kumpulan terbabit tetap berkeras enggan keluar dari kampung berkenaan," katanya.

Foto
PENDUDUK Kampung Tanjung Labian yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan selepas diarahkan pihak keselamatan.

Agimuddin Kiram yang mendakwa Raja Muda Sulu dipercayai mengetuai ratusan pengganas menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu, adalah adik kepada Jamalul Kiram III, individu yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu.

Saya ingat saya akan mati

Lahad Datu: "Saya ingat saya akan mati kerana pengganas mengacukan pisau pada leher saya," kata Azmain Mahmood, 32, penduduk Kampung Tanjung Batu yang berjaya meloloskan diri daripada kumpulan pengganas terbabit.
Menurutnya, dalam kejadian jam 8 malam Ahad lalu, dia menonton televisyen apabila pintu rumahnya diketuk.

Sebaik membuka pintu, dia terkejut mendapati sekumpulan lelaki bersenjata yang terus menyerbu masuk ke dalam rumahnya.
"Mereka mengacu pisau pada leher saya sambil bertanya sama ada saya yang memberitahu kedudukan mereka kepada anggota keselamatan Malaysia.

"Saya yang sangat takut ketika itu terus menjawab 'bukan saya, kamu salah orang'. Pengganas terbabit terus mengarahkan kami keluar ke kawasan lapang di luar rumah.

"Kumpulan pengganas berkenaan kemudian meminta pelbagai barang, termasuk makanan dan keperluan harian daripada penduduk kampung," katanya ketika ditemui di Dewan Fajar Harapan, semalam.
Menurutnya, seorang daripada pengganas terbabit bertanya siapa boleh keluar membeli beras untuk mereka dan dia terus menawarkan diri untuk membantu.

"Saya sengaja menawarkan diri dan apabila dibenarkan keluar dari kampung, saya terus melarikan diri.
"Ketika itu sekurang-kurangnya 50 pengganas menawan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan sebahagiannya dibawa ke Kampung Tanduo dengan berjalan sejauh tiga kilometer sebelum dibebaskan secara berperingkat-peringkat beberapa hari kemudian," katanya.

Beliau berkata, semua penduduk yang dibebaskan kumpulan pengganas itu tidak dicederakan sepanjang berada di Kampung Tanduo.

Guna tangkal 'tidak kebal'

Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.

Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.
Foto
PENGGANAS Sulu yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia memakai tangkal dipercayai untuk menjadi kebal.

"Pengganas berkenaan percaya pemakaian tangkal berkenaan menjadikan mereka kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan.


PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM

Posted: 09 Mar 2013 07:32 AM PST


LAHAD DATU : Ditawan kemudian di penggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Gambaar Hiasan

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala./~sabahkini.net

Ops Daulat: Pasukan Keselamatan Tahan 27 Orang di Zon Merah

Posted: 09 Mar 2013 06:56 AM PST



Tiga bot yang membawa 27 penumpang ditahan oleh pasukan keselamatan di Tanjung Batu. Mereka ditahan ketika bot yang dinaiki berada di Zon Merah Ops Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu, dekat sini pada 10 pagi Sabtu
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Ops Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu, dekat sini pada 10 pagi Sabtu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata mereka yang mendakwa kononnya ingin menangkap ikan ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu.
"Kita curigai kehadiran mereka berhampiran lokasi operasi, jadi kita serahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut. "Walaupun tiada senjata ditemui, saya telah arahkan polis Daerah Lahad Datu untuk jalankan siasatan mendalam dan akan ambil tindakan sewajarnya jika mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh berkenaan," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.
Beliau berkata penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan dari Sulu meningkat kepada 106 orang, berbanding 79 orang semalam.
Berikutan operasi membersih dan membanteras musuh sedang dijalankan, Ismail menasihati orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan yang ditetapkan kerana boleh menjejaskan operasi selain membahayakan mereka yang tidak berkenaan.
Berhubung 53 mayat penceroboh yang belum dibawa keluar dari Zon Merah, beliau berkata semua militan yang ditembak itu belum diperiksa oleh unit Forensik berikutan kedudukannya berhampiran dengan lokasi di mana musuh berada dan keadaan itu boleh mengancam nyawa pasukan sekiranya dihampiri.
Ismail berkata walaupun terdapat beberapa mayat telah dibawa keluar, namun sejak unit Forensik diserang Rabu lepas pihaknya terpaksa mengambil langkah lebih berjaga-jaga.
Katanya sehingga kini unit Forensik hanya merakamkan gambar penjenayah yang terbunuh tetapi belum dapat menjalankan proses siasatan dan bedah siasat ke atas mayat-mayat terbabit bagi tujuan pendakwaan.
Selepas lima hari dilancarkan, Ops Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban.-BERNAMA


PDRM Tambah Bilangan Anggota Pasukan Kesleamatan di Lahad Datu - Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengatur untuk menambah kekuatan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dan keseluruhan pantai timur Sabah.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang berbincang berkaitan penambahan anggota untuk mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan terbabit. "Kita akan menaikkan jumlah anggota keselamatan kita di sana. Sebelum ini, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan Kawasan Keselamatan Khas (SSA) di Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
"Jadi kita sedang berbincang mengenai bagaimana kita hendak menubuhkan kawasan keselamatan khas itu dan bagaimana kita hendak mengambil pendekatan dalam mewujudkan kawasan keselamatan khas tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek kepada perwira negara Lahad Datu, Sabah di sini Sabtu.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas (SSA) di Sabah bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.
Kawasan Keselamatan Khas yang berpusat di Lahad Datu itu akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara agar dapat berfungsi segera.
Beliau turut berkata moral anggota PDRM yang berada di sana amat tinggi, dan rata-ratanya berasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian pasukan keselamatan itu untuk berjuang dan menyelamatkan Sabah.
Pada majlis itu, Khalid menerima cek bernilai RM30,000 daripada Presiden Gurdwara Pusat Latihan Polis DSP Mender Singh untuk disumbang kepada waris perwira serta anggota yang cedera berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.
Dalam ucapannya, beliau berkata sumbangan itu merupakan satu sokongan moral yang sangat tinggi, bukan sahaja kepada waris yang terkorban, tetapi menjadi suntikan semangat kepada para pejuang. "Mereka (pasukan keselamatan) sedang menyerahkan jiwa raga dalam mencurah khidmat bakti dan berjuang bagi mendaulatkan negara di Sabah. "Saya yakin sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia tanpa batasan agama, bangsa dan budaya tentulah perwira-perwira kita akan lebih bersemangat dalam meneruskan 'Op Daulat' dalam menghapuskan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara kita," katanya.
Khalid mengakhiri ucapan dengan harapan Sabah kembali aman sejahtera dan berharap rakyat negeri itu boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Kira-kira 400 orang hadir pada majlis itu, antaranya, kaum Sikh, anggota Angkatan Tentera Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kaum Sikh dari seluruh Gurdwara di Malaysia mengadakan upacara doa yang bermula semalam hingga 17 Mac ini agar tiada lagi episod pertumpahan darah melibatkan anggota pasukan keselamatan, dan berharap krisis di Sabah dapat diselesaikan segera.
Turut hadir Pengerusi Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia Datuk Wira Ayub Yaakob, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah. -BERNAMA

Kerabat Jamalul Kiram arah pengikutnya tidak serah diri

Posted: 09 Mar 2013 03:03 AM PST




9 Mac 2013


SHAH ALAM - Walaupun jumlah kematian pengikut Jamalul Kiram III meningkat akibat tindakan pasukan keselamatan Malaysia, keluarga individu yang mengisytiharkan dirinya Sultan Sulu  mengarahkan 'askarnya' supaya bertahan dan tidak menyerah kalah.


Anak kepada Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu  hari ini yang bapa saudaranya, Agbimuddin Kiram dan para pengikutnya tidak akan meninggalkan Sabah walaupun serangan bertali arus datang dari pasukan keselamatan Malaysia.



Awal minggu ini pihaknya mengumumkan bersedia untuk mengadakan gencatan senjata.



Beliau sebaliknya merayu kepada baki anggota pemberontak supaya kekal setia bersama Agbimuddin dan mengingatkan kehadiran mereka ke Lahad Datu semata-mata untuk mengambil kembali kampung halaman mereka.



"Sila kekal di sana. Ini adalah satu penghormatan buat kehidupan kita semua," katanya dipetik ABN CBS News.



"Mereka mahu tinggal di sana. Ia merupakan kampung halaman mereka sendiri dan mereka mahu tinggal di sana secara aman," katanya lagi.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan seorang lagi lelaki bersenjata Sulu ditembak mati pagi tadi.



Ini membawa jumlah kematian pengikut Kiram kepada 53 orang.



Keluarga Kiram bercadang untuk melakukan gencatan senjata dan berjanji tentera mereka tidak akan menyerang ketika berhadapan dengan pihak berkuasa Malaysia.



Malaysia turut menolak cadangan gencatan senjata Khamis lalu dan mengarahkan pasukan  keselamatan supaya terus membedil musuh.

PKR nafi bayar bapa Saiful RM1 juta

Posted: 09 Mar 2013 02:35 AM PST




9 Mac 2013
Azlan Mohd Lazim
Azlan Mohd Lazim
SHAH ALAM - Sambil menafikan PKR membayar RM1 juta kepada bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat pendedahan mengejutkan semalam, seorang pemimpin kanan parti itu yang didakwa mendalangi perkembangan itu menegaskan, beliau "bangga" kerana dapat membantu parti dan pemimpinnya.

"Ya, saya mengaku saya terlibat, saya yang menguruskan... saya bangga. Jadi apa isunya?

"Sebab saya pemimpin parti, memang saya bangga kerana dapat membantu parti dalam menghadapi situasi seperti ini... bapa Saiful datang jumpa kami, kami menyambut," kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul ketika dihubungi.


Pemimpin pusat PKR itu diminta mengulas dakwaan beberapa media khususnya blog pro-Umno bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu membayar RM1 juta kepada Azlan Mohd Lazim untuk mengatakan pihak-pihak tertentu mendalangi strategi untuk memerangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dapat dipenjarakan buat kali kedua di bawah kes meliwat.

Anwar bebas daripada tuduhan 9 Januari 2012. Kes itu kini berada di peringkat rayuan.

Pagi semalam, Azlan mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak  bertanggungjawab sehingga membawa kes liwat kedua melibatkan Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau.

Mengulas lanjut, Johari berkata, pihaknya tidak ada wang untuk membayar pihak-pihak tertentu.

"Saya tidak ada duit. Pengundi di kawasan saya tahu saya. Kami pun tidak akan berbuat demikian, bagi duit. Mungkin Umno dan mereka yang menyokong Umno beranggapan bahawa segala masalah yang wujud boleh diselesaikan dengan wang.

"Tetapi kita kena ingat bahawa kesedaran diri untuk menyatakan kebenaran tidak boleh dibeli dengan wang ringgit," katanya.

Johari menambah: "Bapa Saiful sendiri datang kepada kami bersama beberapa orang dan menyatakan hasrat mahu mendedahkan pengakuan beliau dan mahu bertemu dengan Datuk Seri Anwar."


"Beliau tidak mengenakan apa-apa syarat. Beliau tidak minta duit, jawatan atau apa-apa... cuma beliau kata beliau merasakan ada benda yang perlu didedahkan selepas mengetahui apa yang berlaku membabitkan anaknya, sepanjang lima tahun lalu," kata beliau.

Johari seterusnya berkata: "Jika Umno merasakan kami membayar bapa Saiful RM1 juta, apakah kami juga bayar bekas pegawai kanan tentera yang menyertai PKR baru-baru?"

"Apakah kami juga bayar ahli-ahli yang menyertai PKR sejak 1998, sejak reformasi... saya nak tanya. Ingat, kesedaran diri tidak boleh dibayar dengan duit," katanya lagi.
Johari juga berkata, kenyataan media yang dibacakan oleh Azlan sebenarnya disediakan oleh beliau sendiri.

"Kalau beliau tanya pun saya akan kata saya tidak ada duit... jika saya beri beliau, makna saya juga kena beri kepada semua yang lain. Saya tidak ada duit," katanya lagi.

Polis Periksa Kg Simunul Kesan Saki Baki Senjata Penceroboh Militan

Posted: 09 Mar 2013 01:01 AM PST




SEMPORNA: Polis pada Sabtu menjalankan pemeriksaan di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini bagi mengesan saki-baki senjata kumpulan penceroboh militan yang terlibat dalam kejadian serangan hendap 2 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan itu melibatkan kira-kira 100 anggota polis dari komando VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am Batalion 14 dan Unit Forensik.
"Selain untuk mengesan senjata api, kami juga membuat lakaran lokasi kejadian termasuk lakaran laut secara spesifik," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati pemeriksaan yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir lima jam kemudiaan mendapati rata-rata penduduk melahirkan perasaan lega apabila polis menjalankan pemeriksaan di kawasan itu.
Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata pemeriksaan seumpama itu adalah yang pertama sejak kejadian serangan hendap yang mengorbankan enam anggota polis dan menyebabkan enam musuh terbunuh.
"Ketika polis membuat pemeriksaan, penduduk yang berada di dalam rumah diarah tidak keluar rumah, manakala yang ingin masuk ke dalam rumah diarah tunggu sehingga pemeriksaan selesai," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pemeriksaan anggota pasukan keselamatan itu menimbulkan perasaan lega penduduk yang sebelum ini hidup dalam kebimbangan berikutan kejadian pertempuran antara polis dan penceroboh militan itu. "Penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.
Ditanya mengenai jumlah penduduk yang kembali ke kampung, beliau berkata minggu lepas jumlah penduduk yang meninggalkan kampung ini hampir 1,000 orang tetapi hari ini hanya tinggal 300 orang yang belum pulang. -BERNAMA

Kiram cabar Malaysia buktikan 52 tenteranya terbunuh

Posted: 09 Mar 2013 12:34 AM PST



Keluarga Kiram percaya kematian "tentera"nya cuma 10 dan bukan 52 seperti didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia, kata jurucakap keluarganya Abraham Idjirani, dan mengatakan ia adalah propaganda untuk menunjukkan kemenangan.

Idjirani berkata, keluarganya mahu Putrajaya membenarkan wartawan luar, terutamanya dari Filipina, untuk memasuki zon konflik di Lahad Datu, bagi mengesahkan jumlah kematian.

"Kamu mesti benarkan media tempatan dan luar negara ke zon konflik untuk mengesahkan jumlah kematian. Jika tidak, ia masih boleh diperdebatkan," katanya yang dipetik dari akhbar The Philippine Star semalam.

Idjirani, yang bercakap bagi pihak Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, mengesahkan hanya 10 dari "tentera Di Raja" Sulu terbunuh dalam serangan dari pihak Malaysia sejak Jumaat dua minggu lalu.

Dalam siaran ABS-CBN semalam, jurucakap Jabatan Luar Negara Filipina (DFA) Raul Hernandez berkata kerajaan masih cuba mengesahkan jumlah kematian warga Filipina di Sabah, dan mereka hanya bergantung dari maklumat yang diberikan oleh Putrajaya.
Agbimuddin yang mendakwa dirinya sebagai putera raja Sultan Sulu, mengetuai sekumpulan bersenjata berjumlah 200 orang ke Sabah, dan berada di negeri timur Malaysia itu sejak 9 Februari.

Penceroboh tersebut berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia Jumaat dua minggu lepas, selepas tiga minggu perbincangan gagal, dan pertempuran dilaporkan menyaksikan ramai penceroboh Sulu mati, sementara lapan anggota keselamatan Malaysia terkorban.

Malaysia melancarkan serangan secara bersepadu pada pagi Selasa, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan artileri berat menghujani Kampung Tanduo dimana penceroboh itu berlindung.

Pada Khamis, pihak berkuasa Malaysia mengatakan kematian penceroboh Sulu berjumlah 52, dengan 32 orang terkorban berikutan serangan udara pada Selasa lalu.

Tetapi Idjirani pada semalam berkata pihak Sulu bertempur sekali sahaja, pada hari Jumaat lalu, dimana hanya sepuluh sahaja kematian, dakwanya.

"Kami memanggilnya Pembunuhan Beramai-Ramai 1 Mac," katanya yang dipetik dari siaran ABS-CBN News.
Memetik dari Agbimuddin, Idjirani berkata 235 tentera Sulu, setakat ini 10 kematian, 10 ditahan dan empat cedera. Agbimuddin kali terakhir dihubungi oleh keluarganya di Filipina pada 2.30 petang semalam, menurut laporan dari Phillipine Daily Inquirer, dan berkata beliau dan tenteranya masih hidup dan dalam pelarian, tetapi menghadapi kelaparan.

Akhbar itu melaporkan Agbimuddin dan tenteranya berkumpul semula dan berjaya melepasi serangan bertubi-tubi pasukan keselamatan Malaysia, yang menuju mereka di kawasan berbukit.

"Mereka terus bergerak, bukan dengan bot atau sebarang pengangkutan, tetapi dengan berjalan kaki. Mereka menderita akibat kelaparan," kata Idjirani lagi.

Sepupu Agbimuddin Jacel Kiram mengatakan serangan dari pasukan keselamatan Malaysia sebagai "keganasan maksima", berbanding permintaan Manila untuk "toleransi maksima" sebelum serangan Selasa lalu.

Bagaimanapun, "puteri diraja" Sulu berkata arahan gencatan senjata dari Sultan masih berlangsung dan tentera di Sabah dinasihatkan untuk terus bertahan.

"Arahan kepada mereka adalah sentiasa untuk bertahan, hanya bersedia untuk sebarang serangan. Cuma bertahan, jangan serang," katanya lagi.

Malaysia menolak permintaan keluarga Kiram untuk gencatan senjata pada Khamis, sebaliknya menuntut penceroboh itu meletakkan senjata dan menyerah tanpa syarat.- TMI

Lahad Datu : MILITAN TERPERANGKAP, MULA BERGERAK DALAM KUMPULAN KECIL

Posted: 08 Mar 2013 11:51 PM PST



Lahad Datu, 9 Mac - Pasukan keselamatan yakin anggota militan

bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini. 



Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri.



"Berdasarkan kejadian dan tindakan yang diambil, kami berkeyakinan besar bahawa sememangnya mereka kini terperangkap di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.



"Jadi, kami akan meneruskan kepungan dan membuat penggeledahan, fokus kami kini tertumpu pada kedua-dua tempat dan kepungan dikekalkan bagi mengelak pihak musuh masuk semula ke Kampung Tanduo selepas melarikan diri ke Tanjung Batu," katanya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. 



Seorang daripada militan Sulu maut ditembak di Kampung Tanjung Batu, di sini selepas cuba memboloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri dalam insiden pada 8 pagi ini.



Zulkifeli berkata pasukan keselamatan akan mengetatkan lagi kepungan di kawasan hutan dan berpaya di kedua-dua kampung berkenaan yang dikenal pasti dijadikan laluan oleh kumpulan militan itu untuk meloloskan diri sebelum ini.



"Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder serta berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut...jadi, kita akan perketatkan kepungan di kawasan itu," katanya.



Beliau berkata kepungan di Kampung Tanduo dijalankan membabitkan jarak seluas empat kilometer persegi dan aktiviti pembersihan ke atas penceroboh akan bermula di situ sebelum diperluaskan ke Kampung Tanjung Batu.



Zulkifeli berkata sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini mula menyembunyikan diri di dalam semak serta hutan tebal dan pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk.



Polis mengesahkan, selepas lima hari dilancarkan, Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan dengan 79 ditahan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau
terkorban. - BERNAMA

Lagi Sultan Sulu muncul

Posted: 08 Mar 2013 11:12 PM PST


Badaruddin pula dakwa dirinya Sultan Sulu sah

9 Mac 2013
MANILA - Di sebalik kesahihan Jamalul Kiram III sebagai waris Kesultanan Sulu, masih ada lagi pihak yang menuntut gelaran Sultan Sulu walaupun setakat ini tiada sebarang bukti untuk mengesahkan perkara itu.

Badaruddin D. Mohammed Bataraza mendakwa beliau sultan sebenar Sulu kerana merupakan anak kepada isteri pertama Sultan Jamalul Alam yang menandatangani perjanjian 1878 untuk memajak Sabah kepada British North Borneo Company.

Menurut dokumen lengkap dihantar kepada Philippine Daily Inquirer, wakil Badaruddin pernah cuba mendapatkan pengiktirafan kerajaan Filipina sejak 25 Julai lalu.

Pihaknya juga pernah menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sebenar.


Jurucakap Badaruddin, Arturo Sampana berkata yang kononnya sultan yang sudah berusia 74 tahun itu masih lagi bersembunyi tetapi akan mendedahkan dirinya yang sebenar tidak lama lagi untuk bercerita mengenai sejarah dan susur galur keturunannya.

Difahamkan, Badaruddin merupakan putera keempat dari lima orang anak Almarhum Puteri Aishah bersama Datu Mohammad Bataraza.

Aishah pula merupakan puteri kepada Sharifah Zainab atau juga dikenali sebagai Puteri Indok, yang merupakan isteri kepada Sultan Badaruddin II yang memerintah Sulu dari tahun 1881 hingga 1884.

Katanya, Badaruddin II merupakan pengganti kepada Sultan Jamalul Alam selepas meninggal dunia akibat diracun manakala ahli keluarganya yang lain termasuk Aishah berjaya menyembunyikan diri.

Kata beliau, Jamalul Kiram III yang kini dikehendaki Malaysia  merupakan keturunan isteri kedua Jamalul Alam.

"Mengikut tertib Kesultanan Sulu, waris sah memegang tahta hanya dari keturunan isteri pertama sultan," tambah beliau.

Ujarnya lagi, Badaruddin dan keluarganya tinggal di Sabah pada tahun 1970-an dan kembali ke Filipina pada tahun 2009 tetapi kekal bersembunyi untuk menjamin keselamatan mereka sekeluarga.

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


PRU12 dalam kenangan, PRU13 dalam terjemahan

Posted: 09 Mar 2013 06:53 PM PST

Bagaikan bermimpi, sudah 5 tahun berlalu rupanya PRU12 yang lepas. Saat dan detik yang pasti tidak dapat dilupakan dalam lembaran sejarah Malaysia. Pada 8 Mac 2008, 'tsunami' politik telah melanda tanah air ini sehingga merubah lanskap politik Malaysia. BN hampir tumbang pada saat itu, hilang majoriti 2/3 di parlimen, hilang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, gagal menawan Kelantan serta kehilangan banyak kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ibu negeri yang lain.

Rakyat khususnya di Semenanjung memberi isyarat dan amaran yang tegas kepada BN. "Tak selamanya kamu boleh tipu kami dengan gula-gula yang ditaburkan tiap kali menjelang pilihanraya. Kami ingin ajar kamu bahasa peti undi dan kuasa rakyat.."

Menyorot kembali keputusan PRU lepas, ia menunjukkan pembangkang (PR belum ditubuh ketika itu) berpotensi besar di kerusi-kerusi urban, dan separa bandar. Antara faktornya ialah akses media baru sebagai alternatif kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ia berbeza bagi BN yang mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya media arus perdana termasuklah TV, radio dan surat khabar.

Maka, tak menghairankan BN lebih berkubu di kawasan kampung, pedalaman, Felda dan juga 'fixed deposit' di Sabah & Sarawak. Pengundi di kawasan sebegini kurang terdedah kepada sumber maklumat alternatif dan mempercayai seboleh mungkin segala propaganda Utusan, Berita Harian, RTM & TV3. Sebagai bukti, PR mampu menang di negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan hampir kesemua ibu negeri di Malaysia.

Mengikut pecahan kaum pula, PRU12 menunjukkan ketika itu kaum Cina dan India bangkit membuat perubahan manakala kaum Melayu agak kurang yang membuat perubahan. Maka hasilnya, PKR yang bertanding di kerusi campuran kaum dan DAP yg bertanding di kerusi majoriti kaum Cina mendapat kerusi yang lebih banyak berbanding PAS. Contoh yang paling mudah, kes di Perak di mana DAP mendapat kerusi DUN paling banyak manakala PAS mendapat paling sedikit.

Mengikut faktor geografi pula, arus 'tsunami' ini deras melanda di sebelah Pantai Barat dan Utara sahaja. Di sebelah Pantai Timur dan Selatan pula hanya tempias sahaja yang melanda. Maka hasilnya, BN masih kekal berkuasa di Johor, Melaka, Pahang dan Terengganu. Di Negeri Sembilan pula, BN gagal mendapat 2/3 kerusi Dun kerana kerusi campuran telah dimenangi DAP dan PKR. Di Sabah dan Sarawak pula jelas menunjukkan ketika itu, mereka sebagai penyelamat kerana berjaya menyumbangkan 55 kerusi parlimen kpd BN berbanding pembangkang hanya mendapat 2 kerusi (Kuching dan Kota Kinabalu). Di Semenanjung, BN hanya menang 85 kerusi manakala pembangkang pula mendapat 81 kerusi. BN juga gagal mendapat undi popular di Semenanjung iaitu 49% berbanding 51% dimiliki pembangkang.

Episod baru politik Malaysia ini tak terhenti di situ. PM, Pak Lah gagal untuk memimpin kerajaan baru pada 2008 ini dengan teguh sepertimana PRU 2004. Beliau ditekan daripada segenap sudut, dari dalam mahupun luar. Antara yang utamanya ialah persetujuan awal dari Ahli Parlimen BN "Kerajaan Baru 16 September" tajaan Anwar dan juga konspirasi kudeta rampasan kuasa di Perak. Akhirnya beliau berundur dan menyerahkan baton PM kepada penggantinya, Najib Razak. Senario politik Malaysia terus berwarna-warni dengan kemunculan NGO tajaan Umno iaitu Perkasa dan deretan NGO lain yang atas namanya pelbagai tapi hakikatnya ia dimiliki BN mahupun PR.

Setelah itu, giliran Pembangkang pula diuji iaitu 'katak-katak' pun muncul melompat ke seberang dengan diberitakan menerima  tawaran-tawaran jutaan ringgit dari BN . Walaupun mereka tidak menyertai BN secara terus tetapi hakikatnya mereka adalah 'bebas' yang pro BN. Antara aktor utamanya ialah Ibrahim Ali, Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, dan Zulkifli Nordin.

PRU13: "Harapan baru untuk rakyat & perubahan yang membawa kesejahteraan..?"

Kini, pada bila-bila masa sahaja PM, Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dan sekaligus PRU13 akan dilangsungkan. Buat pertama kalinya, kelihatan PM begitu takut untuk membubarkan parlimen sedangkan mandat yang diberikan oleh rakyat secara moralnya tamat pada hari ini 8 Mac setelah genap 5 tahun. Tidak dapat dipastikan mengapa kali ini parlimen begitu lambat dibubarkan..? Mungkin sebab PM masih mencari masa yang terbaik pada ketika sekalian rakyat jelata merasai manisnya gula-gula yang diberikan itu atau mungkin juga PM belum yakin akan kemampuan BN utk kembali ke Putrajaya setelah kuasa yang ada sekarang diserahkan kepada rakyat.

Antara faktor lain yang menarik untuk kita perhatikan pada PRU13 ini ialah kecenderungan rakyat untuk membuat perubahan. Setakat ini, kelihatannya kaum Cina begitu kuat dan bersemangat untuk menukar kerajaan baru, kaum India sebahagian besarnya sudah mula berpatah balik kepada BN manakala kaum Melayu..? Kaum Melayu masih dalam dilema kerana mereka yang di pedalaman mahupun golongan intelektual ada yang termakan dengan momokan 'jika PR menang, habislah nasib kita orang Melayu, Islam akan diketepikan, Raja akan hilang kuasa' dan bermacam lagilah igauan mimpi ngeri yang cuba ditanam dalam minda orang Melayu. Maka usahlah dihairankan apabila munculnya Third Force, arus baru yang mengaku mereka tak berpihak kepada mana-mana tetapi hakikatnya mereka adalah penyelamat kepada BN antaranya ialah Jati dan juga Isma.

Di samping itu, PRU13 ini adalah "perang alam siber". Jika PRU 2008 dahulu, ruang vakum internet ini dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang melalui blog, Youtube dan portal berita kini, BN telah pun menyedari kealpaan mereka dahulu. Maka medan pertempuran maklumat di alam maya ini sama ada melalui Facebook,Twitter, Youtube dan Blog menjadi persaingan hebat antara PR vs BN. Pelbagai kaedah dan strategi digunakan sehingga kadangkala ia melampaui batas seperti sebaran fitnah dan gambar yang diubah suai sesuka hati mengikut selera kecenderungan parti masing-masing. Begitu hebatnya penangan media baru ini begitu jelas dapat dilihat seperti contoh fenomena "Listen, Listen, Listen", "Ini semua salah Anwar", dan bermacam lagi virus maklumat yang begitu cepat tersebar dengan adanya fungsi button "share" di FB.

Sebagai akhirnya, PRU13 ini adalah cabaran getir buat kedua-belah pihak. BN akan berusaha dengan begitu bersungguh seperti mana amanat Presiden Umno, Najib pada 2010 iaitu "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".Malangnya ...Imej BN hampir musnah dengan pendedahan kes C4 Altantunya oleh Deepak adik angkat Rosmah dan penyiasat persendirian PI Bala yg di bayar oleh sahabat Najib Razak Baginda. Yang terbaru Kes Lahad Datu dengan amarah militan SULU yg telah mengorbankan Anggota Polis atas kegagalan perjanjian tanah & penempatan seperti dakwaan beberapa pemimpin SULU yang telah tersiar dalam media2 Filipina. Rakyat Sabah kecewa kerana hanya untuk memenangkan BN, projek IC oleh Mahathir kepada pendatang-pendatang ini telah mula "makan tuan"

Sebaliknya ..Kesedaran umum terhadap PR semakin terserlah bila bapa Saifool dlm kes liwat2 memohon maaf terbuka kepada Anwar dengan mendakwa bahawa ini adalah  satu konspirasi Najib untuk menjatuh Anwar. 

PR pula yang dikemudi oleh Anwar seboleh mungkin memacu bersama PKR, PAS dan DAP ke mercu kuasa Putrajaya. PAS dilihat memikul cabaran yang paling getir kerana secara tradisinya akan bertanding di kerusi majoriti Melayu. Kerja keras dengan gerak kerja serta maklumat-maklumat terkini wajib sampai kepada setiap pengundi sekiranya ingin bersama-sama melihat arus perubahan dalam kalangan kaum Melayu pendalaman untuk mendayung bahtera ke Putrajaya.

Impian PR untuk sampai ke Putrajaya juga akan menjadi realiti sekiranya berlaku perubahan besar di Sabah dan Sarawak, serta kaum Melayu dan India turut sama dengan arus perubahan. Dan sememangnya, faktor pengundi muda khususnya Generasi Y yang sifatnya kritikal dalam menilai juga akan menjadi salah satu faktor utama penentu dalam PRU 13 ini. Pengundi lain juga secara umumnya sudah semakin bijak dalam menilai dan membuat pilihan dengan syaratnya akses media yang adil sampai ke segenap lapisan masyarakat.
SPR pula sebagai pengadil perlawanan perlulah menunjukkan kesungguhan dan komitmen mereka dengan berani, telus dan adil untuk mengendalikan the mother of all election yang dijangka paling sengit dalam sejarah Malaysia ini.

Sebagai Muslim, kita tetap yakin dan percaya bahawa tiada kerajaan yang mampu kekal berkuasa selamanya kerana kuasa itu sebenarnya adalah milik Allah. Pemimpin yang dipilih itu perlu melaksanakan amanah dengan panduan dan suluhan wahyu Al Quran dan As Sunnah. Segala perancangan dan tipu daya yang dibuat manusia yang angkuh untuk kekal di puncak kuasa takkan mampu untuk melawan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

Selamat mengundi. Laksanakanlah hak anda untuk memilih pemimpin dengan pertimbangan akal dan iman demi masa depan baru tanah air Malaysia kita yang tercinta ini.

Ruang Untuk Najib Memimpin Kemenangan BN Semakin Sempit

Posted: 09 Mar 2013 05:07 PM PST


Apabila bapa Saiful Bukhari tampil memohon maaf kepada Anwar dan menyifatkan kes liwat yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang itu adalah suatu konspirasi jahat semata-mata, ramai rakan-rakan dalam UMNO merasakan ianya merupakan "pukulan maut" kepada karier politik Najib. Najib pasti akan kalah pilihanraya nanti dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri, kata mereka.

Beberapa pemimpin UMNO yang sempat saya hubungi dan berbual-bual juga mempunyai pandangan yang sama. Kata mereka, Najib sudah tidak ada harapan lagi untuk menghasilkan kejayaan buat BN berikutan semua isu akhirnya masuk ke gol sendiri.

Sebelum ini Anwar sudah dibebaskan dalam kes itu oleh hakim Mahkamah Tinggi dan kesnya akan menjalani proses rayuan Julai ini, kemudian ketua pendakwaraya, Yusof Zainal Abidin pula meletak jawatan dan kini bersama-sama dengan Anwar, kemunculan bapa Saiful turut memihak kepada Anwar tentunya mewujudkan persepsi malang lagi bagi Najib.

Rakyat dan pengundi setidak-tidaknya mula percaya bahawa isu liwat kedua itu adalah konspirasi politik sebagaimana yang sering didakwa oleh Anwar sendiri selama ini. Ruang Najib mencipta kemenangan lantas menjadi semakin sempit manakala laluan untuk Anwar memburu Putrajaya kelihatan semakin terbuka luas.

Tetapi apabila tidak lama kemudian, Saiful segera bingkas menafikan hujah bapanya itu, keadaan menjadi reda semula. Namun ia tidak pula menjadikan peluang Najib menjadi bertambah baik.

Ini kerana walaupun Saiful menyatakan bahawa bapanya telah menjadi mangsa kerakusan politik Anwar dan menegaskan beliau tetap istiqamah dengan pendiriannya, setidak-tidaknya dengan kemunculan bapa Saiful ini telah menyebabkan kepercayaan rakyat menjadi berbelah bagi terhadap Najib. Lebih-lebih lagi perancang yang didakwa bapa Saiful dalam isu liwat itu adalah merupakan salah seorang pegawai khas Najib dan beliau masih berdiam diri sehingga ini.

Sebab itu, tidak memeranjatkan apabila Anwar dengan berani menyatakan bahawa PR mempunyai keyakinan untuk memenangi pilihanraya akan datang dengan kelebihan sekurang-kurangnya 10 kerusi. Hujah Anwar itu sebenarnya bukan saja dikongsi oleh kebanyakan orang, malah beberapa pemimpin UMNO juga mengakui hakikat yang sama.

Sebelum munculnya bapa Saiful, Najib dan BN sebenarnya sudah pun terhenyak dengan kemunculan Deepak dan P Bala yang mendedahkan pelbagai perkara dan membuat pelbagai dakwaan terhadap Najib, daripada terlibat dalam isu Altantuya dan menerima wang sehinggalah kepada mengubah akuan bersumpah yang memihak kepadanya.

Jika dalam isu Deepak, Najib hanya menyatakan peniaga karpet itu tidak boleh dipercayai tetapi dalam kes P Bala, sehingga ini belum terdengar lagi apa-apa jawapan balas daripada Najib mahupun mana-mana ahli keluarganya, meskipun nama mereka disebut dengan jelas oleh penyiasat persendirian itu.

P Bala pula sudah memulakan siri jelajahnya untuk memastikan PR memenangi pilihanraya umum akan datang. Deepak pula sudah mengemukakan saman fitnah terhadap Najib, tetapi ini tidak bermakna beliau hanya mahu berdiam diri. Beliau mungkin sedang menunggu masa yang sama sesuai untuk membuat dakwaan baru sama ada terhadap Najib mahukan bekas kakak angkatnya, Rosmah Mansor.

Dengan P Bala yang berjanji akan pusing keliling Malaysia dan Deepak terus bersuara, ruang untuk Najib dalam pilihanraya akan datang ini sebenarnya semakin sempit dan terhimpit. Imejnya sudah musnah di mata umum. Beliau mungkin menghabiskan banyak masa menjelajah ke sana dan ke sini tetapi hakikatnya keadaan di bawah tidak banyak berubah. Persepsi yang sudah terbentuk sukar dihapuskan, lebih-lebih lagi apabila ianya tidak dijawab mahukan dinafikan.

Muncul pula insiden serangan terhadap pemberontak Sulu di Lahad Datu dan Semporna yang kini sudah pun mengorbankan 53 nyawa orang Sulu, menambahkan lagi kesukaran Najib sebenarnya. Walaupun perjuangan mempertahankan kedaulatan negara adalah suatu kewajipan dan pengorbanan pasukan keselamatan sentiasa disanjung tinggi, isu yang tidak dapat dielakkan ialah kemungkinan kematian 53 pemberontak itu menatijahkan ramai orang Sulu yang tidak puas hati dan kecewa terhadap kerajaan.

Kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, kenalan, jiran, isteri dan pelbagai hubungan lain dengan 53 pemberontak yang terbunuh itu tidak mustahil boleh membentuk jumlah penolakan yang besar akhirnya, lebih-lebih lagi jika perang di Lahad Datu dan Semporna itu terus berlanjutan untuk suatu tempoh yang lama lagi.

Mereka yang tidak berpuas hati ini tentunya menyalahkan kerajaan sehingga menyebabkan berlakunya perang yang mengorbankan banyak jiwa itu dan kenapa tidak diambil pendekatan lain yang tidak sampai menyebabkan kehilangan begitu banyak nyawa. Dalam hal ini kelemahan pimpinan dalam menangani krisis menjadi persoalan utama. Kelemahan pemimpin bermakna kelemahan kerajaan dan kelemahan kerajaan bermakna ia perlu ditukar. Itulah persepsi yang akan terjadi nanti.

Melalui 53 kematian orang Sulu setakat ini dan tidak tahu bila perang ini akan berakhir, kedudukan BN di Sabah nyata dalam bahaya. Lagi lama perang, lagi banyak BN akan kehilangan undi, khususnya daripada kalangan orang Sulu, baik yang memang asalnya menetap di Sabah mahupun daripada kalangan yang diberi kerakyatan dalam Projek IC dahulu.

Dengan pelbagai isu yang muncul mutakhir ini, Deepak, P Bala, perang di Lahad Datu dan kemunculan bapa Saiful, secara realitinya nyawa BN makin berada di hujung tanduk. Dan jika dicampur dengan pelbagai isu lainnya sejak Najib menghuni Seri Perdana, sudah terang lagi bersuluh kedudukan BN dan kerajaan yang ada sekarang di mata rakyat sebenarnya.

Itu belum dikira lagi kesan daripada perbuatan sabotaj dan kemungkinan beberapa pihak dalam UMNO dan BN sendiri yang akan "pusing" dalam pilihanraya nanti kerana kecewa tidak terpilih atau digugurkan sebagai calon.

Lebih malang bagi Najib ialah lagi beliau melengah masa untuk mengadakan pilihanraya, lagi gelap laluan di hadapannya.