Isnin, 4 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA

TERKINI DARI LAHAD DATU [3ptg -5/3/13]

Posted: 04 Mar 2013 11:11 PM PST

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini.

LAPORAN LANGSUNG
VIDEO | 4.28 mins  Frightened villagers flee
VIDEO | 1.54 mins  Operasi dijangka sehingga malam
VIDEO | 3.08 mins  Police deny gunshots in Semporna

1.54pm: Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menasihatkan warganya agar tidak mengunjungi kawasan pantai timur Sabah, termasuk bandar Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat kedutaan berkenaan menyebut menjangkakan lebih banyak insiden keganasan akan berlaku di kawasan terbabit.

1.42pm: ABS-CBN melaporkan bahawa Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata.

Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario (kanan) telah meminta rakan sejawatannya dari Malaysia untuk berbuat demikian supaya mereka dibenarkan meninggalkan kawasan pertempuan di sana.

Del Rosario juga meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk menyampaikan nota kepada duta Malaysia ke Filipina untuk berhubung rayuan tersebut.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zamid Hamidi.

1.30pm: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan helikopter dan diiringi ke bilik taklimat.

1.15pm: pegawai-pegawai Jabatan Penerangan mengedarkan jaket kuning terang bertulis 'media' kepada wartawan di pusat media.

"Ini adalah permintaan pihak polis, jadi kita mematuhinya. Ia akan lebih mudah mengenal pasti petugas media," jelas seorang pegawai.
1.08pm: The Star dalam laporan di Twitter menyebut, Semporna diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan Ops Sulu di Tanduo.

1pm: 
Dalam satu lagi laporan pada 12.43pm, Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang "beristirahat".

12.50pm:
 Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata makanan disediakan untuk penduduk yang tersesar.

"Mereka ditempatkan dalam dewan... berdekatan dan kami membantu mereka. Tiada masalah makanan atau air," katanya.

12.44pm: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.

Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.

InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini.

"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.

Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.

"Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita... Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan."

11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.

LAHAD DATU : Pemimpin Sulu dakwa tindakan M'sia keterlaluan

Posted: 04 Mar 2013 09:59 PM PST

Mac 5 2013

Penceroboh Lahad Datu Boleh Didakwa Kerana Membunuh – Nazri Aziz
KUALA LUMPUR: Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada Selasa berkata, insiden Lahad Datuk merupakan satu pencerobohan bukannya peperangan.
"Ini merupakan satu pencerobohan kepada kedaulatan negara, bukannya suatu peperangan.
"Oleh kerana ia adalah pencerobohan, maka keadaan itu lebih baik dikendalikan oleh polis," katanya yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ditanya mengenai bagaimana lelaki bersenjata Sulu akan ditangani, beliau berkata, sekiranya ia adalah peperangan, Konvensyen Geneva akan memainkan peranan.
"Jika mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan didakwa di mahkamah," kata Nazri.
Beliau menambah, mereka sudah tentu akan didakwa kerana membunuh.
Dalam pertempuran antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, seramai enam anggota polis terbunuh.

LAHAD DATU : Penceroboh tidak bercadang untuk menyerah, akan berjuang hingga titisan darah terakhir

Posted: 04 Mar 2013 09:25 PM PST

LAPORAN LANGSUNG

12.44pm: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.

Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.

InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini.

"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.

11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.

NONEPasukan Malaysia kini menjalankan operasi 'mopping up'. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.

Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.

Katanya, operasi ini hanya difokuskan di Kampung Tanduo.

11.50pm: Seorang wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara itu, Benigno Aquino.

Kumpulan berkenaan berbuat demikian dalam perhimpunan di luar kedutaan Malaysia di Filipina.

11.35am: 
The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya

Penunjuk Perasaan Adakan Bantahan Di Luar Kedutaan Malaysia Di Manila
PUTRAJAYA: Beberapa kumpulan berhimpun di kedutaan Malaysia di Filipina bagi membantah terhadap serangan ke atas pemberontak bersenjata yang berlaku pada pagi Selasa di Lahad Datu, Sabah.
Beberapa tulisan Twitter (tweet) disiarkan oleh ABS-CBN News Channel kira-kira dua jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan terhadap penceroboh Sulu, menunjukkan penunjuk perasaan memegang sepanduk bagi menuntut Malaysia menyelesaikan isu itu secara aman.
Kumpulan-kumpulan itu mendesak untuk keadilan bagi "Tausug martyrs" – yang dipercayai sebagai rujukan kepada sekumpulan pemberontak – dan untuk perlindungan Sabah yang didakwa sebagai tanah kepunyaan Kesultanan Sulu.
ABS-CBN turut menulis 'tweet' bahawa antara penunjuk perasaan adalah kumpulan militan.
Polis diarahkan untuk mengawal keadaan bagi memastikan penunjuk perasaan tidak berada begitu dekat dengan kedutaan.

Tindakan Ofensif Di Kampung Tanduo Pagi Selasa Capai Objektif - KPN
KUALA LUMPUR: Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi Selasa.
Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan SriZulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo.
Beliau berkata, tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.
Ismail berkata, tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan.
Ismail berkata, sejak serangan ofensif dimulakan, pasukan keselamatan negaramendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polisdan tentera.
Awal pagi Selasa, wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo turut mendengar beberapa letupan yang menggegarkan perkampungan itu.
Beberapa jet pejuang dan helikopter dilihat turut berlegar di ruang udara kawasan itu dan orang ramai tidak dibenar menghampiri kawasan operasi.
Ismail berkata, pada masa ini pasukan keselamatan menggerakkan anggota komando, tentera dan Pasukan Gerakan Am (polis) untuk menjalankan tindakan susulan dan penggeledahan di beberapa rumah di kawasan itu.
Ketua Polis Negara turut menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlah kematian atau mereka yang cedera.
"Berita-berita yang tidak tepat ini boleh jejaskan operasi yang sedang berjalan," katanya yang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana serangan ofensif dalam 'Ops Sulu' itu hanya melibatkan Kampung Tanduo.
Beliau turut meminta orang ramai memberi kerjasama dan jangan cuba memasuki kawasan operasi itu serta mematuhi arahan pasukan keselamatan.
"Kawasan operasi lebih kurang 10 kilometer persegi...selamat...kawasan khusus lebih kurang empat kilometer persegi...jangan masuk dalam kawasan ini," katanya.
Ismail berkata, serangan ofensif itu perlu diambil pasukan keselamatan dalam mempertahan keselamatan negara dan memastikan keamanan dan ketenteraman diSabah tidak tergugat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan pagi Selasa berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaanmengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh. Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," kata Najib.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera berkata, pasukan tentera menggunakan bahan letupan tertentu dalam serangan ofensif itu untuk menentukan agar keselamatan anggota polis dan tentera terjamin apabila mereka memasuki kawasan berkenaan untuk tindakan susulan dan penggeledahan.
"Memandangkan operasi masih berjalan, saya tidak boleh dedahkan sistem apa yang kami guna," katanya. - BERNAMA

LAHAD DATU : Lelaki Bersenjata Sulu Ditumpaskan Sepenuhnya, Kata Sumber Polis

Posted: 04 Mar 2013 08:16 PM PST

KPN: Tiada kecederaan atau kemalangan di kalangan pasukan keselamatan Malaysia.
KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.
Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir yang dilanjutkan, yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.
Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.
Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.
Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.

Musuh masih lepaskan tembakan, kata IGP
12.30 Mac 5 2013
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini.

LAPORAN LANGSUNG
11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.

NONE
Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi 'mopping up'. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.

Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.
Katanya, operasi ini hanya difokuskan di Kampung Tanduo.
11.50pm: Seorang wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara itu, Benigno Aquino.
Kumpulan berkenaan berbuat demikian dalam perhimpunan di luar kedutaan Malaysia di Filipina.

11.35am: The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya.

Ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan kita, lapor laman itu.
1125am: Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol. Kawasan itu terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo yang menjadi medan pertempuran.

11.10am: Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang 
NONE
terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.

Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan  di pihak PDRM dan tentera.
11.02am: Pekerja ladang kelapa sawit dilihat berkumpul di bawah satu pondok sementara. Mereka diminta menangguhkan tugas sementara polis memperluaskan kawalan di sekeliling ladang tersebut yang terletak hampir dengan kawasan pertempuran

Turut bersama pekerja tersebut ialah seorang penduduk, Sabri Abdullah, 49, yang tidak dapat pulang disebabkan kawalan polis.

"Saya menunggu untuk pulang sejak pagi ini. Saya lapar dan tidak ada makanan," katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, mereka orang miskin dan tidak mempunyai wang dan terpaksa menyediakan makanan sendiri.

11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.
villagers fleeing bombings in kampung tanduo sabah 2
"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.

Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.

"Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya dalam satu majlis di Bukit Jalil.
Beliau juga menyelar golongan yang tergamak mengatakan bahawa kejadian pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu sebagai "sandiwara".

Tanpa menamakan individu berkenaan, Najib berkata tindakan itu merupakan "perbuatan yang keji" oleh orang yang "tak ada isi perut".

"Ada orang yang tergamak bahawa ini satu sandiwara. Saya tak tahu nak kata apa kepada manusia yang tergamak cakap begitu.

"Tak ada isi perut. Ini satu perbuatan yang keji... Kita perlu tolak orang seperti ini," kata Najib
NONE
10.57am: Polis memperluaskan kawalan dari kawasan konflik ke kawasan luar dan menutup semua pintu masuk ke Kampung Tanduo.

Anggota polis dengan raifal dilihat mengambil kedudukan di kawasan ladang sawit sebagai persediaan untuk menghadapi penceroboh yang lolos.
10.45am: Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan.

"Kami melakukan semua yang kami mampu untuk mengelakkannya, namun akhirnya orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini," kata Setiausaha Ricky Carandang.

10.43am: Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam tadi di antara setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pertemuan di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan langkah untuk penyelesaian aman berhubung situasi di Lahad Datu.

10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya.

Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur.

Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu.

10.15am: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.

"Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bulan rakyat Filipina."

Sementara itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang serangan tersebut.

"Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP.

Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.

"Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.
10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

NONE
9.55am:Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.
9.45am: Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.

Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut.

"Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.

"Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita - hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina.  Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina," katanya.
9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu,  mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 .
Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.

9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka.  Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
villagers fleeing bombings in kampung tanduo sabah 2
8.45am: Penduduk  Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.
8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara. Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.
    
Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera. 
    
Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.
    
Di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo dilaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat wartawan menginap.
    
Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.
    
Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

azlan
8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah  mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.

Tindakan Ofensif Di Kampung Tanduo Pagi Selasa Capai Objektif - KPN
KUALA LUMPUR: Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi Selasa.
Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan SriZulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo.
Beliau berkata, tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.
Ismail berkata, tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan.
Ismail berkata, sejak serangan ofensif dimulakan, pasukan keselamatan negaramendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polisdan tentera.
Awal pagi Selasa, wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo turut mendengar beberapa letupan yang menggegarkan perkampungan itu.
Beberapa jet pejuang dan helikopter dilihat turut berlegar di ruang udara kawasan itu dan orang ramai tidak dibenar menghampiri kawasan operasi.
Ismail berkata, pada masa ini pasukan keselamatan menggerakkan anggota komando, tentera dan Pasukan Gerakan Am (polis) untuk menjalankan tindakan susulan dan penggeledahan di beberapa rumah di kawasan itu.
Ketua Polis Negara turut menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlah kematian atau mereka yang cedera.
"Berita-berita yang tidak tepat ini boleh jejaskan operasi yang sedang berjalan," katanya yang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana serangan ofensif dalam 'Ops Sulu' itu hanya melibatkan Kampung Tanduo.
Beliau turut meminta orang ramai memberi kerjasama dan jangan cuba memasuki kawasan operasi itu serta mematuhi arahan pasukan keselamatan.
"Kawasan operasi lebih kurang 10 kilometer persegi...selamat...kawasan khusus lebih kurang empat kilometer persegi...jangan masuk dalam kawasan ini," katanya.
Ismail berkata, serangan ofensif itu perlu diambil pasukan keselamatan dalam mempertahan keselamatan negara dan memastikan keamanan dan ketenteraman diSabah tidak tergugat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan pagi Selasa berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaanmengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh. Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," kata Najib.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera berkata, pasukan tentera menggunakan bahan letupan tertentu dalam serangan ofensif itu untuk menentukan agar keselamatan anggota polis dan tentera terjamin apabila mereka memasuki kawasan berkenaan untuk tindakan susulan dan penggeledahan.
"Memandangkan operasi masih berjalan, saya tidak boleh dedahkan sistem apa yang kami guna," katanya. - BERNAMA

Penduduk Kampung Bimbang Serangan Balas Kumpulan Bersenjata Sulu
SEMPORNA: Mustarim Fermin, 31, membungkuskan tilam dan pakaiannya ke dalam beg kerana dia mahu keluar dari Kampung Simunul pada pagi Selasa, selepas mendengar khabar angin bahawa kampung itu akan dibakar.
"Kami tidak merasainya sebelum ini jadi saya tidak mahu mengambil sebarang risiko," katanya, yang meninggalkan kawasan itu dengan beberapa beg, sambil berkata, dia menetap bersama seorang saudara dan akan pulang kembali sekiranya keadaan menjadi lebih tenang.
Ketua kampung, Panglima Ramli Sarahman, 56, berkata, penduduk kampung bimbang terhadap serangan balas dendam selepas sekumpulan lelaki bersenjata terbunuh apabila diserang oleh sekumpulan anggota polis.
"Terdapat macam-macam khabar angin, dan kami memberitahu mereka untuk tidak mendengarnya tetapi mereka masih berhati-hati. Penduduk kampung juga akan melakukan pemantauan ke seluruh kampung," kata Ramli yang berjaga sepanjang malam.

LAHAD DATU : Kronologi Pasukan Keselamatan Malaysia Lancar Serangan Terhadap Kumpulan Bersenjata Sulu

Posted: 04 Mar 2013 07:41 PM PST

Sebuah hilikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA
LAHAD DATU: Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi Selasa bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu:
11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas" Sulu.
10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara tidak akan menjawab sebarang soalan.
10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk sidang akhbar.
10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.
10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun sebahagian pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar mengingatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin kerana "ia semuanya adalah penipuan" dan situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu.
10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda Sahabat. Mereka berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7 pagi.
10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis memberitahu orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.
Seorang anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan itu dekat Lahad Datu. Foto BERNAMA
10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang media dari pukul 9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media sedang menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo.
10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.
10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan Perdana Menteri menerusi panggilan telefon mengenai perkembangan operasi yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Gambar diambil daripada akaun Twitter milik Hishammuddin pada Selasa.
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

LAHAD DATU : Tempur Di Kampung Tanduo Dilancarkan Sepenuhnya

Posted: 04 Mar 2013 07:10 PM PST

10:45AM Mac 5 2013
Pihak keselamatan memperketatkan kawalan keselamatan di zon merah susulan serangan ofensif yang dilancar ke atas penceroboh bersenjata di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini.
  
Tinjauan Bernama mendapati pasukan keselamatan meletakkan zon penampan bagi membezakan kawasan perang dan ruangan untuk orang awam di laluan masuk ke Kampung Tanduo, Labian dan Tanjung Batu yang dikawal ketat oleh anggota keselamatan terdiri daripada tentera dan polis. 
  
Kawasan itu menjadi zon larangan masuk bagi orang awam dan pihak tidak berkaitan.
  
Sementara itu, masyarakat setempat termasuk di kawasan berjiran seperti Felda Sahabat 16 pula mengambil langkah keselamatan dengan berkurung di dalam rumah.
  
Tinjauan Bernama di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari kawasan pencerobohan kumpulan bersenjata terbabit, mendapati keadaan seperti biasa dan orang ramai masih keluar dengan urusan masing-masing.
  
Walaupun masih banyak premis perniagaan ditutup, operasi beberapa kedai runcit, kedai kasut dan kedai telekomunikasi di Bandar Sri Perdana berjalan seperti biasa.
  
Awal pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif dari udara dan darat ke atas penceroboh yang menjadikan Kampung Tanduo sebagai kubu mereka sejak 9 Februari lepas.
  
Serangan itu dilancar selepas kumpulan terbabit tetap enggan menyerah diri sekalipun telah diminta berbuat demikian oleh pasukan keselamatan.
  
Sehingga kini, lapan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia terkorban ketika mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman kumpulan penceroboh terbabit yang mendakwa mereka 'Tentera Sulu'.

Bernama

Tempur Di Kampung Tanduo Dilancarkan Sepenuhnya
KG TANDUO: Pertempuran darat dipercayai berlaku di kampung Tanduo.
Tembakan meriam dihentikan dan jet pejuang dipercayai telah melakukan tugas mereka.
Tiada letupan didengari lagi.
Jets tidak dilihat terbang melalui kampung itu yang berlakunya serangan tembakan pada sejak pukul 7 pagi.
Butiran bilangan mangsa di kalangan anggota kumpulan bersenjata Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, dan pasukan keselamatan tidak diketahui.
Bagaimanapun, ambulans dari Tawau dan Lahad Datu telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dilihat menuju keluar.
Sebuah helikopter Nuri turut dilihat membawa tentera dari Cenderawasih kepada barisan hadapan di kampung Tanduo.
Persisiran kampung Tanduo tenang apabila pihak berkuasa maritim dan tentera laut berada di situ melakukan pemantauan terhadap kemungkinan serangan balas dari kumpulan bersenjata di selatan Filipina yang mengancam untuk melakukan serangan di bandar pantai timur Sabah sekiranya kampung Tanduo diserang.
Walaupun terdapat laporan penceroboh dilihat muncul dari Kinabatangan dan kawasan-kawasan lain, polis mengisytiharkan keadaan di seluruh Sabah kini terkawal.

LAHAD DATU TERKINI - Kg Tanduo diserang

Posted: 04 Mar 2013 05:27 PM PST

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini.

Pasukan Keselamatan M'sia Lancar Serangan Terhadap Lelaki Bersenjata Sulu
LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah
8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

LAPORAN LANGSUNG
9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka.  Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
8.45am: Penduduk  Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini. 
8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah  mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2k

KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februai, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman  tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
  
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
  
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
  
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
  
Kerajaan  mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan  telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Kesultanan Sulu .... siapa?

Posted: 04 Mar 2013 08:24 AM PST

Fakta Kesultanan Sulu
Jamalul Kiram III
KESULTANAN Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.
Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.
Beliau kemudiannya memperkenalkan Kod Undang-undang Sulu (Diwan) pertama berdasarkan al-Quran, dan memperkenalkan institusi politik Islam serta penyatuan Islam sebagai agama rasmi negara.
Pada 1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).
Bagaimanapun pada 1878, Sultan Sulu memajak Borneo Utara kepada Eropah.
Perjanjian itu menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri dan ia sah sehingga akhir zaman.
Kesultanan Sulu menerima pembayaran serahan tahunan bersamaan dengan 5,000 dolar Malaya, yang kemudiannya meningkat kepada 5,300 dolar Malaya pada 1903.
Borneo Utara berada di bawah naungan British dari akhir abad ke-19.
Kawasan berkenaan mendapat tempoh singkat kemerdekaan sebelum menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Sejak itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada Kesultanan Sulu.
Keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan perkiraan sebelumnya.
Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa minggu yang lalu.
Kesultanan Sulu kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.
Kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada Amerika Syarikat.
Filipina, bagaimanapun terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III.

SEMPORNA : Penduduk Kg Simunul Angkat Mayat Penceroboh

Posted: 04 Mar 2013 06:59 AM PST

Penduduk kampung mengusung mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar dari Kampung Seri Jaya, Simunul di sini, Isnin. Dalam kejadian Sabtu lepas enam anggota polis maut dan enam anggota kumpulan bersenjata turut terbunuh. -fotoBERNAMA
SEMPORNA: Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para penduduk sejak semalam.
Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh.
Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan.
"Saya diberitahu penduduk, mereka mengatakan pihak penceroboh akan membalas dendam dengan membakar kampung ini (Kampung Simunul) jadi saya beritahu mereka jangan cepat percaya berita sebegitu, kerana saya sentiasa berhubung dengan pihak polis," katanya.
Ramli yang menjadi ketua kampung itu sejak tujuh tahun lepas, berkata tiada paksaan untuk penduduk kampung meninggalkan kediaman mereka, kerana ia merupakan hak individu.
Beliau optimis pasukan keselamatan negara mampu mengawal keadaan, dan menambah, keadaan kampung kembali tenang namun masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah pengawasan polis. BERNAMA

Kenderaan tentera bertali arus ke Kg Tandou

Puluhan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan berhampiran Kampung Tanduo lewat petang ini.

Kenderaan tentera yang bertali arus itu, termasuk kereta perisai dan trak membawa anggota tentera, dilihat memasuki kawasan jalan ladang kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang ini.

Barisan trak tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membelok ke jalan ladang tersebut.

Turut dilihat dalam barisan kenderaan itu adalah dua ambulans.

Jalan ladang berkenaan merupakan antara beberapa laluan ke Kampung Tanduo. Petugas media dihalang daripada menggunakan jalan berkenaan, dan hanya dilalui pasukan keselamatan yang menuju kampung tersebut.

Perkembangan ini berlaku susulan dakwaan penduduk tempatan bahawa Tentera Diraja Sulu yang dikepung di Kampung Tandou meloloskan diri dari sekatan dan menduduki Kampung Tanjung Batu.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada peningkatan jumlah tentera itu bagi meluaskan perimiter kawalan ke atas penceroboh, yang kini turut melibatkan kampung berdekatan, atau untuk bertindak ke atas kumpulan bersenjata itu.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan panglima angkatan tenera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin enggan mendedahkan sekiranya pasukan keselamatan akan bertindak ke atas penceroboh berkenaan

LAHAD DATU : Penceroboh Tanduo kini memasuki Kg Tg Batu dan Tg Labian

Posted: 04 Mar 2013 03:55 AM PST

Penduduk kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian meninggalkan kampung mereka beramai-ramai hari ini ekoran dakwaan bahawa kumpulan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo membolosi kawalan pihak keselamatan.

Seorang penduduk kampung Gabril Asakil, 48, berkata seramai 50 orang penceroboh memasuki kampung mereka di Tanjung Batu untuk mendapatkan barangan keperluan.

Katanya, penduduk kampung keluar daripada kampung pada waktu malam dan hanya akan kembali pada waktu pagi.

"Apabila kami pulang pada waktu pagi, kami dapati mereka sudahpun menduduki kampung kami," katanya.

Gabril berkata beliau pasti bahawa golongan yang menawan kampung tersebut merupakan penceroboh dari Kampung Tanduo dan perkara ini disahkan oleh penduduk yang tidak dapat melarikan diri.

"Penceroboh itu menghantar dua orang daripada orang kampung kami untuk membeli makanan, tapi tentulah mereka melarikan diri.

"Mereka memberitahu kami orang ini memang penceroboh dari Kampung Tanduo," katanya.

Foto lelaki dipenggal kepala 'gambar lama', kata ATM

Posted: 04 Mar 2013 03:07 AM PST

Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah, kata seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.

Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.

"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga menyebabkan pertumpahan berdarah.

Terdahulu, beliau merasmikan program persijilan asas kejuruteraan penerbangan untuk lesen DCAM Part-66, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM), bagi anggota tentera yang bakal bersara di Kota Bharu.

Setakat ini, lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac.

Mengenai gambar lelaki dipenggal kepala tersiar dalam laman web kononnya dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu, Abdul Aziz berkata ia merupakan gambar lama yang dipercayai berlaku di sebuah negara jiran beberapa tahun lalu.

"Gambar itu ditulis dengan perkataan 'Lahad Datu' di bawahnya untuk mengambarkan peristiwa itu berlaku di Lahad Datu dan ini menampakkan niat jahat pihak tertentu terhadap kerajaan," katanya.

Beliau tidak menolak ia dilakukan untuk berseronok-seronok sahaja tetapi menegaskan bahawa implikasinya amat besar kepada negara dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang waras.

- Bernama

Najib bersama Esmail Kiram II

Posted: 04 Mar 2013 02:24 AM PST

TERSEBAR GAMBAR FB!!! Najib dan Esmail Kiram 11, maka terbongkarlah segalanya dan sahlah Anwar difitnah

Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis...dari facebook Esmail D. Kiram 11

MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
 
Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

 Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).

Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.

http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE

Penafian Misuari

Sementara itu media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.

Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas.

"Mereka mendakwa saya memberikan semangat," kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini.

"Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami," kata Misuari semasa pertemuan tersebut.

Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. "Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka," tambahnya (Hrkh)

Ni.. Penceroboh L/Datu, Rupanya Tetamu UMNO

EDISI KANTOI TERBURAI! RAKAMAN GAMBAR PEMIMPIN UTAMA SULU HADIR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 SEBAGAI TETAMU AGUNG JEMPUTAN KHAS TERSEBAR LUAS!

Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.

Mereka dijemput khas oleh UMNO sebagai tanda sahabat dan rakan karib intim. Cuba memburukkan pencerobohan Lahad Datu dengan DSAI tetapi rupa-rupanya pemimpin agung Sulu adalah tetamu agung Najib Razak semasa PAU 2012. 

TERKINI LAHAD DATU [4.50ptg 4/3/13] : 30 penduduk Tanjung Batu di tawan pemberontak

Posted: 04 Mar 2013 12:56 AM PST

Oleh : MUTALIB M.D

TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu.

Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.
"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.

Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.

"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.

Sebagai petani dan nelayan biasa, kata Kunsul, penduduk tidak mempunyai kekuatan untuk menumpaskan 50 militan bersenjata berat, apatah lagi menangkis serangan lanun yang mendarat setiap minggu di Tg Labian dan sekitarnya terutama Tanduo.

Dalam pada itu, lima limit lalu, seorang mangsa, Rudy Kunsul, yang berjaya melepaskan diri daripada tawanan militan berkenaan kini berada di Pejabat Komtek PGA Sahabat 16 untuk membuat laporan dan sedang disoal siasat.

Sabahkini.net berjaya menghubungi Rudy melalui telefon dan dapat menemuramah Rudy yang masih dalam nada cemas setelah berjaya melarikan diri dan menumpang kenderaan ke Bandar Sahabat.

"Saya ditawan selama 45 minit dan ketakutan. Tetapi demi menyelamatkan nyawa, ketika militan leka, saya bersama dua rakan saya menyisip keluar daripada rumah Pak Amil, tempat kami dikumpulkan," kata Rudy yang ditawan militan berkenaan ketika sedang meninjau kampung sekitar sekitar jam 9 pagi tadi,

Menurut Rudy, beliau dan rakannya, Ismail Mahmud dan Fred terpaksa menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan nyawa 30 penduduk kampung termasuk lima wanita yang masih ditawan pihak militan.

"Saya lihat mereka (militan) menggunakan senjata berat seperti M16, Carbine, Armalite, Garrant dan sebagainya. Sayapun tidak berapa kenal senjata lain. 60 peratus daripada militan berkenaan bersenjata," ujar Rudy sebelum meminta diri kerana tiba gilirannya untuk disoal siasat. - SABAHKINI

"Saya adalah Penasihat kepada Sultan Sulu 'sebenar' kata Lokman Adam - Exco Pemuda UMNO

Posted: 03 Mar 2013 11:07 PM PST

OLEH NOMY NOZWIR
MARCH 04, 2013
KUALA LUMPUR, 4 Mac — Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam mengakui menjadi penasihat Sultan Sulu yang "sebenar", dan menafikan dengan "Sultan Sulu" palsu yang mana pengikutnya sedang mengganas di Lahad Datu, Sabah.
Lokman berkata, Sultan Sulu yang sebenar ialah Sultan Roodinood Julaspi Kiram yang kini menetap di Manila, dan bukan Sultan Jamalul Kiram III(gambar) yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sebenar.
"Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.
"Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita," kata Lokman dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas tentang gambar kad tertera namanya yang tersebar di Facebook dan Twitter, yang tertulis "Advisor to The Crown" (Penasihat Raja) Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, dengan gelaran "Datu Sri Panglima" yang sering digunakan pembesar diraja Sulu.
Menurutnya, tohmahan ini adalah langkah terdesak pertemuan antara ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nur Misuari dan pertemuan Datuk Seri Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Palsu terbongkar.
Lokman berkata, pada tahun 1959, bekas ketua menteri Sabah, Tun Datu Mustapa Harun telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan takhta, dan kemudiannya Sultan Julaspi menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maarof, Bangsar.
"Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk 'Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia'. Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. 
"Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang 'imposter' Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. 
"Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah," kata Lokman lagi.
Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. 
Peringkat awal, North Borneo telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.
Apabila penduduk Sabah bangkit menentang pemerintahan North Borneo Company, Sabah diserahkan kepada British, sebelum menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada September 1963.